• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPENTINGAN SIYASAH SYAR IYYAH DALAM PEM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPENTINGAN SIYASAH SYAR IYYAH DALAM PEM"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

KEPENTINGAN SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM

PEMERINTAHAN

Disediakan oleh:

Muhammad Safwan Bin Harun

PENDAHULUAN

Islam ialah agama yang menyeluruh meliputi segala aspek kehidupan. Manusia diberikan garis panduan untuk menjalani pelbagai aktiviti dalam kehidupannya berbentuk ibadat, muamalat, munakahat, jihad, politik dan seumpamanya. Syariat Islam yang sempurna telah menyediakan undang-undang yang jelas samada dalam bentuk umum mahupun khusus. Pensyariatan ke atas aktiviti-aktiviti umat manusia itu boleh didapati dalam kitab agung al-Quran dan hadith dari Rasulullah SAW dan dalil-dalil syariah yang lain seperti Ijma’ dan Qiyas. Umat Islam hidup dalam keadaan terbimbing oleh syariat Ilahi yang lurus.

Pentadbiran dan pemerintahan ialah aspek penting dalam ketamadunan mahupun

(2)

PEMERINTAHAN ISLAM

Islam sebagai Ad-din merangkumi segala aspek kehidupan manusia sama ada dari segi ibadat, politik, ekonomi, dan juga sosial. Ia menjadi penggerak utama ke arah jalan yang diredhoi Allah dan akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bidang politik atau siasah yang dijelmakan melalui sebuah pemerintahan adalah merupakan salah satu bidang utama yang dititikberatkan oleh Islam.

Menurut Drs. Adang Affendi perkataan pemerintahan adalah bererti kekuasaan yang merupakan satu amanat daripada pihak atasan kepada orang bawahan untuk melaksanakannya. Di sini pemerintahan juga merupakan satu perintah yang perlu dilaksanakan.

Beliau menjelaskan lagi bahawa manusia merupakan pemegang amanah Allah yang memiliki segala kekuasaan di langit dan bumi. Allah merupakan pemilik mutlak berhak menyerahkan kuasa pemerintahan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan berhak menarik kembali andai berlaku penyelewengan kuasa pemerintahan yang diberikan itu. Ini boleh dilihat menerusi firman Allah S.W.T:

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya1

Apabila diberi kuasa pemerintahan maka manusia perlu melaksanakan tanggungjawab seperti yang telah digariskan oleh Allah.

Menurut Haji Zainal Abidin Ahmad pemerintahan Islam adalah kekuasaan politik yang merupakan tanggungjawab berat, mencabar dan berisiko tinggi. Ini kerana pemerintah merupakan wakil yang dilantik oleh rakyat untuk menjalankan pemerintahan. Hakikat pemerintahan itu sendiri adalah satu amanah dari Allah yang menghendaki manusia supaya memakmurkan buminya.

Seterusnya, menurut Al-Kurdi dalam bukunya The Islamic State menjelaskan bahawa pemerintahan Islam itu adalah merupakan pemerintahan yang berfungsi sebagai pelaksana

(3)

syariat dan perundangan Islam. Pemerintahan yang berada di dalam sesebuah negara Islam meliputi pelaksanaanya kepada golongan muslim dan bukan muslim.2

Berdasarkan beberapa pandangan tersebut, maka dapat difahami pemerintahan Islam

ialah pra syarat terbinanya sebuah keadilan sosial.3 Sebagai contoh dapat kita lihat dalam peribadi Umar Al-khattab yang sepanjang tempoh pemerintahan hidup bukan sebagai penguasa satu empayar yang luas tetapi kehidupannya hanyalah umpama seorang pelayan sejati dari Allah kepada hambaNya4.

Perkara yang dititikberatkan dalam sebuah pemerintahan Islam adalah memenuhi maslahah atau kepentingan orang ramai dan penyediaan keperluan hidup mereka. Untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia itu maka perlulah dijalankan syariat Allah yang syumul dan lengkap itu. Bahkan pengutusan Rasul dengan segala ajaran yang terkandung di dalam kitabNya adalah bertujuan untuk menyempurnakan maslahah-maslahah utama kepada sebuah daulah Islamiyyah.

Tanpa pelaksanaan pemerintahan Islam maka syariah Islam tidak akan tertegak. Ini kerana pemerintahan Islam merupakan media kepada pelaksanaan syariah Allah yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabiin. Pemerintahan menurut syariat yang telah ditetapkanNya adalah merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Perutusan Islam melalui rasul-rasul adalah sebagai mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Mereka diutuskan bersama syariat yang menjadi landasan kepada sebuah pemerintahan Islam yang bermatlamat ke arah pembentukan tamadun manusia yang agung dan bertata susila tinggi.

SIASAH SYAR’IYYAH

Perkataan ‘Siasah Syar’iyyah’ adalah berasal daripada dua perkataan bahasa Arab iaitu perkataan ‘Siasah’ dan ‘Syar’iyyah’. Kedua-dua perkataan ini perlu dijelaskan bagi memahami konsep siasah syar’iyyah yang sebenar.

2 Al-Kurdi, The Islamic State (Lahore : Islamic Publication Ltd, 1969), 33.

(4)

Definisi Siasah

Menurut kamus bahasa arab, perkataan siasah berasal daripada ‘sasa’, ‘yasusu’ dan ‘siasatan’ yang secara literalnya membawa maksud menjaga dan mentadbir urusan manusia dan haiwan dengan baik. Menurut Ibn Manzur, perkataan siasah adalah jelas daripada perkataan bahasa Arab dan beliau menolak pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa perkataan siasah berasal daripada bahasa Farsi atau Moghul.5

Perkataan siasah juga boleh didapati daripada hadith Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim seperti berikut Kanat Banu Israila tasusuhum al-Anbiya” yang bermaksud kaum Bani Israil (Yahudi) siasah (hal ehwal pemerintahan) mereka dipimpin oleh para nabi. Menurut Al-Qistilani dan Imam al-Nawawi “Tasusuhum al-Anbiya” bermakna para nabi menguruskan hal ehwal pemerintahan Bani Israil seperti mana pemerintah negara lain menguruskan kepentingan rakyat mereka.6

Para sarjana Islam zaman dahulu merasakan bahawa ilmu mengenai siasah sangat penting dalam kehidupan sesebuah negara. Kurdi Ali telah mendefinisikan perkataan siasah sebagai ilmu pemerintahan yang harus dimiliki oleh para ahli yang betul-betul menguasai dasar-dasar pengetahuan dan perundangan-perundangan dalam sesebuah negara. Hal ini dijelaskan dalam bukunya ‘Aqwaluna wa Af’aluna’ (Teori dan Amalan Kita) bahawa keperluan bangsa-bangsa kepada politik, sama dengan keperluan manusia kepada air dan udara.7

Walaubagaimanapun, pada zaman moden ini ulama-ulama tidak lagi mendefinisikan maksud siasah hanya kepada pemerintahan pada zaman Rasulullah s.a.w sebaliknya kebanyakan ulama seperti Abdul Wahab al-Khallaf telah mendefinisikan bahawa siasah adalah “pengelolaan masalah-masalah umum bagi negara Islam yang menjamin wujudnya kemaslahatan dan terhindarnya dari kemudaratan dengan tidak melanggar ketentuan syariah yang umum.” 8

Kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa perkataan siasah membawa maksud ilmu pemerintahan untuk menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan demi kepentingan rakyat yang diperintah terutamanya dalam sesebuah negara. Ianya tidak jauh lari dengan makna politk yang digunakan dalam konsep Barat.

5 Ibn Manzur, Lis n al-‘Arab (Beirut: t.p., 1990), 6: 108.

6 Zainal Abidin Ahmad, Ilmu Politik Islam (Jakarta: Bulan Bintang, 1977), 30.

(5)

Definisi Syar’iyyah

Perkataan Syar‘iyyah adalah perkataan bahasa Arab yang diambil daripada lafaz syara‘a yang dari segi bahasanya bermaksud jalan yang lurus dan tempat laluan air. Kaitan perkataan syariah dari segi bahasa menunjukkan kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung kepada penerusan hayat manusia. Begitu juga jalan yang lurus adalah sesuatu yang membawa manusia ke arah kebaikan. Perkataan syariah juga digunakan di dalam al-Quran dalam banyak ayat, antaranya ada yang bermaksud sebagai peraturan hidup yang terkandung dalam suruhan dan larangan dan ada juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak .

Di dalam pengajian Ilmu Fiqh, para fuqaha’ mentakrifkan al-syariah sebagai hukum-hakam yang diwahyukan oleh Allah kepada para Nabi untuk dibawakan kepada sekalian hambaNya.9 Hukum-hukum tersebut dinamakan syariah kerana ia adalah suatu ajaran yang lurus dan disamakan kedudukannya seperti tempat aliran air kerana syariah Islam menghidupkan jiwa dan akal manusia sebagimana air menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang mati.

Apabila perkataan syar’iyyah disandarkan dengan agama, ia bermaksud sesuatu yang sah disisi agama dan ianya adalah suatu perkara yang disyarakkan oleh Allah. Atau dengan kata lainnya perkataan syariah bermaksud sesuatu hukum yang dinisbahkan kepada hukum syarak sebagai syariah yang wajib dilaksanakan dalam pentadbiran negara, di mana pemimpin-pemimpin dan pentadbir yang tidak melaksanakan hukum-hukum Allah sebagai syariah akan

menerima balasan buruk di akhirat kelak.10

Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah syar’iyyah adalah jalan untuk mencapai sesuatu tujuan syariah di mana jalan tersebut hendaklah berlandaskan arahan-arahan Allah yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’, Qiyas dan meneliti sumber yang lain seperti masalih mursalah, istislah dan seumpamanya yang bertujuan menerapkan masalahah dalam pemerintahan.

9 Yusuf Hamid al-‘Alim, al-Maqāsid al-‘Ammah li al-Syarī‘ah al-Islāmiyyah, (Khartoum: D r al-Sud niyyah li

al-Kutub, t.t.), 19-21.

(6)

Definisi Siasah Syar’iyyah

Para Ulama silam telah memberikan pelbagai definisi terhadap Siasah Syar‘iyyah mengikut pandangan masing-masing yang sesuai dengan realiti pada zaman mereka. Di antara

ulama yang memberikan definisi tersebut ialah :

i. Ibn ‘Aqil : Suatu tindakan oleh pemimpin yang boleh menyelamatkan orang ramai dan menghindarkan mereka dari kehancuran, walaupun tindakan tersebut tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. atau pun tidak ada wahyu berkenaan perkara tersebut.11

ii. Ibn Nujaim : Siasah Syar‘iyyah ialah satu tindakan sesuatu dari pihak pemerintah

berdasarkan kemaslahatan yang dilihatnya sekalipun tidak ada dalil secara langsung dan terperinci ke atas perbuatan itu.12

iii. Ibn ‘ bidīn : Siasah ialah mengelokkan keadaan orang ramai dengan membimbing dan memimpin mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat.13

Para sarjana Islam masa kini bersetuju dengan pentakrifan yang telah dibuat oleh ulama terdahulu. Di antara ulama yang bersetuju dengan pentakrifan di atas ialah :

i. Rizq Muhammad al-Zalbanī : Siasah Syar‘iyyah ialah mengendalikan urusan

awam atau bersama berdasarkan hikmat yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil-dalil juz`i.14

ii. Syeikh ‘Abd al-Rahman Taj : Hukum-hukum atau peraturan yang mengatur perjalanan pentadbiran negara dan rakyat, di mana ianya hendaklah bertepatan

dengan ruh syariah, selaras dengan usul-usul kulliyah, seterusnya dapat mencapai objektif kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu tidak disebut secara langsung oleh nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah.15

11 Ibn Qayyim al-Jawziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah Fī al-Siyāsah al-Syar‘iyyah (Beirut: D r al-Kutub

al-‘Ilmiyyah, t.t.), 11.

12 Zayn al-Dīn Ibn Nujaim, al-Bahr al-Rā’iq Syarh Kanzu al-Daqā’iq, ed. Ke-3 (t.tp.: D r al-Kit b alIsl mī, t.t.),

5: 11.

13Muhammad Amīn Ibn ‘ bidīn, Hāshiyah Radd al-Mukhtār ‘Alā al-Durr al-Mukhtār, ed. Ke-3 (Beirut: D r al

-Fikr, 1966) 4: 15.

14 Rizq Muhammad al-Zalbanī, Mudhakkirah Fī Maddah al-Siyāsah al-Syar‘iyyah, (Kaherah: Matba‘ah al-Syarq,

t.t.), 19.

(7)

iii. Syeikh ‘Abd al-Wahh b Khallaf : Siasah Syar‘iyyah ialah menjalankan pentadbiran awam sebuah negara Islam berdasarkan sesuatu yang menjamin kebaikan dan mengelakkan keburukan dimana ia tidak terkeluar dari batas-batas

syariat dan dasar-dasar umumnya walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab. 16

Berdasarkan beberapa pandangan di atas bolehlah dirumuskan bahawa siasah syar‘iyyah merupakan sistem politik yang mentadbir kerajaan Islam, yang mengurus urusan kerajaan dan rakyat dalam setiap aspek. Kaedah pentadbiran ini dipetik dari nas-nas syariah yang terdiri daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang ditafsirkan oleh para ulama. Sekiranya kaedah pengurusan itu tidak disebut oleh nas al-Qur’an dan al-Sunnah maka ia hendaklah diambil daripada pendapat imam mujtahid, dengan syarat ianya tidak bertentangan dengan ketetapan-ketetapan umum dan kaedah-kaedah asas yang ditetapkan oleh syariah Islam. Begitu juga secara dasarnya ia tidak boleh bercanggah dengan dalil-dalil yang nyata serta semangat perundangan Islam. Oleh itu, siasah syar`iyyah adalah suatu istilah yang digunakan membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin dengan berpandukan sumber hukum dan kaedah ijtihad bagi membentuk sistem politik Islam. Hasil rumusan ijtihad mereka dalam pelbagai bidang dan sektor inilah membentuk polisi–polisi kerajaan bagi memandu bidang-bidang yang berkaitan.

DALIL PENERIMAAN SIYASAH SYAR’YYAH DALAM PEMERINTAHAN

Keperluan dalam sesebuah pemerintahan hari ini amat berbeza dengan suatu zaman dahulu.

Terdapat banyak dasar-dasar pemerintahan yang dilaksanakan sedangkan ianya tidak termaktub dalam al-Quran dan Hadith, Ijma’, Qiyas serta pandangan para imam mujtahid. Perkara ini berlaku kerana kemaslahatan manusia pada setiap zaman berbeza beza. Mengekalkan sesuatu peraturan lampau tanpa melihat realiti dan menjaga maslahah serta keperluan manusia pada zaman ini akan meletakkan umat dalam kesempitan dan kesukaran untuk menguruskan urusan duniawi.

Penolakan terhadap siyasah syar’iyyah sebagai sumber pemerintahan akan membawa kepada kesukaran pemerintahan Islam. Oleh itu, siyasah syar’iyyah tidak dikira sebagai syariah

16 ‘Abd al-Wahh b Khallaf, al-Siyāsah al-Syar‘iyyah fi al-Shu’un al-Dusturiyyah wa Kharijiyyah wa

(8)

Islam kecuali hukum-hukumnya bertepatan dengan hukum-hukum syariah dan qawaid

kulliyyah serta tidak bercanggah dengan nas dan ijma’.17 Antara dalil penerimaan siyasah syar’iyyah seperti yang dicatatkan oleh Abd al-‘Al Ahmad ‘Atuwwah ialah: 18

a) Syariah samawiyyah terdahulu meraikan keperluan dan masalahah umat pada zaman tersebut. Syariah-syariah yang datang selepas itu diturunkan dan mengalami beberapa perubahan kerana menjaga keperluan dan meraikan keadaan semasa. Sebagai contohnya, diharamkan kepada kaum Bani Israil bekerja pada hari Sabtu dan pengharaman ke atas mereka beberapa jenis daging haiwan. Akan tetapi syariah sebelum mereka menghalalkan perkara tersebut begitu juga syariah selepas mereka. Begitu juga dalam syariah Nabi Adam dibenarkan berkahwin dengan saudara sendiri kerana jumlah umat manusia ketika itu sedikit. Namun, perkahwinan sesama saudara kandung tidak lagi dibenarkan dalam syariah yang datang selepas itu. Hakikat yang sama turut berlaku dalam syariah Nabi Muhammad SAW iaitu syariah terakhir. Syariah ini sudah pasti mengambil kira perubahan pentadbiran dan pemerintahan dari satu fasa ke fasa yang lain. Hal ini direalisasikan oleh siasayah syar’iyyah sebagai sumber hukum pemerintahan Islam.

b) Syariah Islam meraikan perbezaan keadaan dalam tasri’nya. Perkara ini dapat dilihat dalam pelbagai situasi. Contohnya ialah wujudnya syarat yang ketat dalam persaksian berbanding dalam pengriwayatan sedangkan kedua-duanya merupakan pemberitahuan. Begitu juga persaksian dalam jenayah zina lebih ketat syaratnya berbanding persaksian dalam jenayah membunuh. Perbezaan keadaan ini memerlukan siyasah syar’iyyah bagi memastikan maslahah dan kepentingan masyarakat Islam terpelihara dalam apa jua

keadaan.

c) Syariah Islam juga turut meraikan perubahan keadaan dengan mensyariatkan rukhsah. Dalam ibadat solat diharuskan untuk dilaksanakannya secara jama’ kepada para musafir. Hal ini bertujuan untuk menghilangkan masyaqqah dan kesempitan dalam melaksanakan syariah dalam kehidupan. Menghilangkan masyaqqah dan kesempitan ini merupakan antara tujuan yang diperolehi daripada sesuatu hukum siyasah syar’iyyah. Oleh itu, ia merupakan dalil pengiktirafan iyasah syar’iyyah dalam pemerintahan Islam.

17 Abd al-‘Al Ahmad ‘Atuwwah, al-Madkhal ila Siyasah al-Syar’iyyah (Riyadh: Jami’ah al-Imam Muhammad bin

Sa’ud al-Islamiyyah, 1993), 137.

(9)

d) Keruntuhan moral dan akhlak umat pada akhir zaman ini sangat kritikal. Hal ini menuntut satu rawatan yang khusus untuk mencegah jenayah dan kerosakan umat daripada berterusan dan berpanjangan selari dengan usul syariah. Tidak dapat tidak

rawatan itu hendaklah di bawah naungan siasah syar’iyyah yang berperanan menetapkan hukuman dan merealisasikan kemaslahatan kepada individu dan masyarakat pada setiap tempat dan zaman.

e) Hukum-hukum siasah syar’iyyah yang diistinbat oleh mujtahid terhasil melalui

perantaraan qawaid ‘ammah. Antara qawaid tersebut ialah al-taysir wa al-suhulah,

raf’u al-haraj, naf’u al-dharar, al-‘adl, al-musawah bain al-nas, al-syura dan beberapa

qawaid ‘ammah yang lain. Melalui hukum-hukum siyasah tersebut ianya mendorong ke arah mencapai maqasid syariah (tujuan syariah). Hakikatnya, maqasid syariah ini ialah sasaran utama yang wajib dicapai dalam sesuatu pengsyariatan hukum ke atas manusia dalam semua aspek kehidupan. Qawaid ‘ammah adalah kaedah-kaedah yang diiktiraf syara’ dengan jelas melalui nas-nas dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. Oleh yang demikian, hukum siyasah yang dibina melalui perantaraannya juga merupakan sesuatu yang diiktiraf. Maka, sewajarnya siasah syar’iyyah ini digunakan dalam urusan pemerintahan sesebuah negara.

f) Pendekatan siasah syar’iyyah merupakan metode yang telah digunakan oleh para Khulafa’al-Rashidin dalam pemerintahan mereka. Amalan ini tidak dibantah sama sekali oleh para sahabat yang lain bahkan ditaati dan diikuti oleh generasi seterusnya. Keadaan ini memberi petunjuk berlakunya ijma’ ke atas penerimaan siasah syar’iyyah

sebagai sumber perundangan pemerintahan. Oleh itu, kedudukan siasah syar’iyyah tidak dapat dipertikaikan lagi seperti mana hal-hal lain yang telah diijma’kan.

KLASIFIKASI PEMAKAIAN SIYASAH SYAR’IYYAH

(10)

Bagi memastikan hukum-hukum siyasah ini mendatangkan maslahah kepada masyarakat maka diletakkan beberapa syarat.19 Pertama; tindakan siasah syar’iyyah mestilah selari dengan maqasid (objektif) syariat Islam. Semua peraturan syariah bertujuan untuk

menjaga keperluan manusia samada dari perspektif al-daruri, al-haji dan al-tahsini. Kedua; hukum siasah syar’iyyah mestilah selari dengan hukum dan prinsip yang bersifat qat’i dalam syariah Islam. Maka hukum siyasah yang diijtihadkan mestilah tidak bertentangan dengan prinsip dan hukum yang bersifat qat’i seperti pengharaman arak, membunuh tanpa hak, berzina dan sebagainya. Bahkan sewajarnya hukum siyasah mendorong ke arah penambahbaikan hukum syariah yang telahqat’i seperti mengharam penjualan arak di tempat-tempat awam.20

Dalam membincangakan al- adillah al-Syariyyah dalam siyasah syariyyah ini terdapat beberapa aliran yang dikenalpasti. Aliran-aliran tersebut dikenali dengan tafrit (konservatif), ifrat (liberal) dan tawasut (moderat).21

a) Aliran tafrit

Kelompok ini meninggalakan permasalahan semasa yang terhasil dari realiti semasa. Alasan pengabaian tersebut adalah kerana ketiadaan nas samada daripada al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan Qiyas. Al-Qardawi menyifatkan mereka sebagai al-Zahiriah al-Judud (Neo Zahiriyyah). Hal ini kerana cara mereka mengeluarkan sesuatu hukum daripada nas-nas syariah menyamai kaedah mazhab Zahiriyyah. Mereka memahami nas secara literal dengan melalaikan tujuan syarak. Oleh itu, aliran ini menyempitkan penggunaan Siyasah Syar’iyyah dalam konteks

al-adillah al-syar’iyyah berpandukan sumber yang disepakati dan didapati secara zahir dari nas-nas syarak.22

b) Aliran ifrat

Golongan ini melampau dalam menggunakan siasah syar’iyyah sehingga melangkau sempadan

maslahah dan ketetapan yang telah ditentukan syariah. Tindakan ini mendorong kepada terbentuk suatu hukum siasah yang bercanggah dengan tujuan syariah dan ruhnya. Al-Qardawi menyifatkan mereka sebagai golongan yang mengosongkan nas dari maqasid syariah. Mereka pewaris kelompok yang mengosongkan nama-nama Allah dari hakikatnya. Golongan ini

19Muhammd Nazir Bin Alias, “Analisis Terhadap Hubungkait Antara al-Maslahah al-Mursalah dengan al-Siyasah

al-Syar’iyyah” (disertasi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2008), 112-114.

20Muhamad Shukeri et al., “Analisis Penggunaan Ijtihad Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan Dari Tahun

1990 Hingga Tahun 2010” (makalah, Prosiding Persidangan Dunia Pemikiran Islam dan Tamadun: Cabaran dan

Realiti Kontemporari, 2012), 11.

21Mohd Zaidi Abd. Rahman, “Analisis Perbandingan Metodologi Siyasah Syar’iyyah denganUsul Fiqh”, Jurnal

Syariah 13, no. 2 (2005), 150.

22 Yusuf al-Qardawi, al-Siyasah al-Syar’iyyah fi Daw’ Nusus al-Syariah wa Maqasidaha (Qaherah: Maktabah

(11)

mengabaikan nas-nas juziyyah dan mendakwa berpegang dengan maslahah ‘ammah dan

maqasid kulliyyah.23 Penggunaan siasah syar’iyyah secara liberal seperti ini akan membawa kepada satu hukum yang bercanggah dengan maqasid syariah.

c) Aliran tawasut

Aliran ini mengamalkan pendekatan yang bersifat pertengahan. Kebergantungan kepada nas dan meneliti maqasid syariah dalam sesuatu hukum yang diistibatkan merupakan pendekatan yang digunakan oleh aliran ini. Oleh itu, hukum-hukum siyasah yang diterbitkan dapat memenuhi maslahah manusia dan menepati realiti semasa isu-isu pemerintahan. Hakikatnya sesuatu hukum itu ditinjau secara mendalam terhadap sejauh mana maslahah yang dapat dicapai dengan menafikan kemudhratan.24

Dalam meneliti penggunaan siasah syar’iyyah berdasarkan realiti semasa, maka satu corak yang hampir sama dengan aliran-aliran tersebut dapat dikenalpasti. Hukum siyasah akan out of date sekiranya pemerintah melihat nas secara berasingan dengan maslahah manusia. Nas syariah yang diturunkan itu sendiri tidak kosong dari makna-makna tertentu di zaman pensyariatannya. Pemerintahan yang berpegang kepada nas-nas hukum dan meneliti maqasid syariah akan merealisasikan satu hukum pemerintahan Islam yang bersifat semasa dan realistik.

KEPENTINGAN SIYASAH SYAR’YYAH DALAM PEMERINTAHAN

Siyasah Syar’iyyah merupakan satu pendekatan yang berteraskan pencapaian maslahah. Dalam setiap perkara berhubung urusan pemerintahan yang hendak diimplimentasikan terhadap rakyat, maka siyasah syar’iyyah akan meninjau segenap penjuru dasar kerajaan yang mampu memberi maslahah. Oleh yang demikian, penekanan terhadap al-ra’u dan kefahaman terhadap

maqasid syariah diberi perhatian untuk melahirkan hukum siyasah yang mengandungi maslahah kepada ummah. Realitinya, maslahah setiap zaman itu berbeza-beza mengikut perubahan tempat, masa dan keadaan manusia. Penelitian terhadap faktor pengubah ini wajar diberi perhatian yang khusus supaya hukum siyasah yang ingin dilaksanakan mendatangkan kebaikan dan jauh dari kesusahan.25

23 al-Qardawi, al-Siyasah al-Syar’iyyah, 245. 24Mohd Zaidi, “Analisis Perbandingan, 152.

25Muhamad Zaidi dan Raja Hisyamudin, “Pengaruh Perubahan Dalam Pembinaan Hukum Siyasah Syar’iyyah”,

(12)

Demi menjamin maslahah terhadap masyarakat, maka kerajaan bertanggungjawab menguruskan sistem pemerintahan Islam dengan merancang dan melaksanakan pelbagai usaha samada di peringkat negeri dan negara. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang berteraskan siyasah syar’iyyah mempunyai beberapa kepentingan dari aspek pelaksanaan syariah yang lebih kemas dan susun atur masyarakat yang lebih harmoni. Kepentingan-kepentingan siyasah syar’iyyah dalam pemerintahan secara terperinci ialah seperti berikut:

1. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap

Sistem pemerintahan di Malaysia terbahagi kepada dua peringkat iaitu di peringkat Negeri dan Persekutuan. Dua peringkat pemerintahan tersebut akan diwakili oleh para perwakilan yang telah dipilih secara demokrasi dalam Pilihan Raya Umum. Persoalan yang timbul dalam kerangka syariah Islam ialah wanita sebagai pemimpin.

Dalam istilah sains politik moden, kepimpinan terbahagi kepada penglibatan secara langsung dan tidak langsung. Sementara daripada perspektif fiqh ianya dikenali dengan istilah

wilayah ‘ammah dan wilayah khassah.26Bidang kuasa dalam wilayah ‘ammah meliputi ruang kekuasaan yang sangat besar. Penglibatan individu-individu dalam wilayah ini bersifat secara langsung. Keputusan negara akan dibuat dalam skop wilayah ini. Antara jawatan utama dalam wilayah ini ialah khalifah (ketua negara). Oleh itu, majoriti ulama sepakat meletakkan lelaki sebagai syarat untuk memegang jawatan ketua negara. Pengecualian ini tidak bertujuan merendahkan kedudukan wanita tetapi sebagai satu penghormatan ke atas mereka daripada diberi tugas yang berat dan sukar.27 Antara dalil yang menyokong keputusan hukum ini ialah:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita”28

Namun dalam realiti pemerintahan negara Malaysia hari ini, terdapat jawatan-jawatan dalam

skop wilayah ‘ammah seperti menteri dan seumpamanya yang diberikan kepada wanita. Dalam menyoroti situasi ini terdapat dua pandangan yang berbeza. Pertama, wanita tidak boleh dilantik menjadi menteri khususnya yang melibatkan penggubalan dasar kerana peranannya hampir

26 Wilayah ‘ammah ialah satu bidang kuasa yang lebih luas dan kebiasaanya berkait dengan peringkat atasan.

Bidang kuasa ini kebiasaannya diambil oleh lelaki. Jawatan yang diklasifikasikan dalam bidang ini antaranya ialah khalifah, hakim, ketua angkatan tentera, menteri dan seumpamnya. Wilayah khassah merupakan satu bidang kuasa yang lebih dekat dengan naluri wanita. Sifatnya yang lebih kecil dan tidak meluas. Majoriti para ulama membenarkan wanita menduduki jawatan-jawatan dalam wilayah khassah ini. Antara jawatan dalam wilayah ini ialah pengkeranian, penganalisis politik, pentadbir dan seumpamanya.

27Sharifah Hayati Syed Ismail, “Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syar’iyyah”, Jurnal

Syariah 10, no.2 (2002), 116.

(13)

sama dengan khalifah. Kedua, diharuskan kerana tiada dalil.29 Perlu diberi perhatian disini ialah khilaf dalam status jawatan menteri kerana berada dalam skop wilayah ‘ammah. Namun realiti masyarakat di Malaysia yang mempunyai wanita-wanita yang berkredibiliti, berpendidikan

serta berkebolehan menimbulkan persoalan. Gandingan buah fikiran daripada kalangan lelaki dan wanita dalam pemerintahan mampu mewujudkan satu sistem yang lebih cekap dan efisyen. Oleh itu, amatlah wajar wanita diberi peluang untuk menjawat jawatan menteri berlandaskan siyasah syar’iyyah dengan mengambilkira realiti tersebut.

2. Memberi jaminan hak kepada bukan muslim

Pembinaan negara Islam di Madinah meniggalkan banyak kesan yang dapat diadaptasi ke dalam pemerintahan Islam di masa ini. Pada awal penubuhan negara Islam, Rasulullah memberikan kebebasan kepada bukan muslim untuk menguruskan urusan agama mereka secara bebas. Apabila kekuasaan Islam semakin kuat, maka keperluan untuk menjalinkan hubungan diplomasi yang lebih kompleks dan sistematik dengan bukan muslim mencetuskan perundangan baru yang diberi nama jizyah. Perundangan ini menjadikan status bukan muslim sebagai ahli dhimmah yang berkewajipan membayar cukai kepada kerajaan dan sebagai imbalan kerajaan perlu menyediakan suasana yang kondusif untuk kehidupan bernegara dengan aman dan harmoni.30

Sejarah pemerintahan Rasulullah tersebut memberi petunjuk bahawa urusan bukan muslim perlu diberikan kepada mereka secara autonomi. Oleh itu, mereka diberikan hak untuk mengadakan sebarang aktiviti seperti perayaan, upacara ibadat dan sebagainya secara bebas.

Namun, kebebasan yang diberikan kepada bukan muslim diseimbangkan oleh siyasah syar’iyyah dengan memelihara hak muslim di negara Islam. Dari satu aspek, syariah membezakan antara amalan dalaman dan luaran. Aktiviti masyarakat bukan muslim yang bersifat luaran dan dapat dilihat oleh masyarakat muslim yang lain perlu dikawal oleh pemerintah untuk kemaslahatan umat Islam. Perkara ini akan melahirkan garis pemisah yang jelas antara hak individu dengan hak masyarakat atau hak masyarakat minoriti dan majoriti. Sebagai contoh di zaman pemerintahan yang lalu, para ulama berijtihad dalam mengeluarkan hukum siyasah yang melibatkan pembatasan memakai baju lambang salib, memukul loceng atau apa sahaja amalan zahir yang membawa kepada penyebaran syiar-syiar agama bukan

29 Sharifah Hayati, “Kepimpinan Wanita , 117.

30Mohamad Zaidi Abdul Rahman, “Mengurus Hak Beragama Bukan Islam dari Perspektif Siyasah Syar’iyyah”,

(14)

Islam.31 Realiti hari ini, terdapat juga larangan yang wajar dilakukan oleh pemerintah untuk memastikan agama Islam terus terpelihara seperti larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ yang dibuat bersandarkan hukum siyasah syar’iyyah.32Dapat disimpulkan disini, siyasah syar’iyyah mampu memberi garis pertengahan dalam menentukan hak kepada masyarakat bukan muslim dalam negara Islam.

3. Memastikan hukum syariah diimplimentasikan dengan efisyen

Pemerintahan Islam perlu dipandu dengan sistematik agar undang-undang syariah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Undang-undang berkaitan dengan jenayah zina, rasuah, minum arak dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui kewujudan satu sistem pemerintahan yang menyelami realiti semasa. Sebagai contoh, perbuatan zina dapat dielakkan dengan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan berpandukan pendekatan siyasah.

Sistem pemerintahan di Negeri Kelantan merupakan satu pentadbiran yang menjalankan dasar-dasar dan program ke arah memartabatkan undang-undang syariah. Pendekatan yang diambil oleh pemerintahan di negeri tersebut jelas bertunjangkan siyasah syar’iyyah sebagai prinsip utama. Antara undang-undang ke arah memartabatkan syariah Islam dapat diklasifikasikan kepada 3 kategori. Pertama, dasar pencegahan jenayah zina dan sumbang mahram. Kedua, dasar minuman keras. Ketiga, dasar pencegahan rasuah.33

Dalam pelaksanaan dasar pertama, kerajaan negeri Kelantan telah mewujudkan beberapa peraturan ke arah memastikan jenayah zina dan sumbang mahram dapat dicegah dan dikawal. Kerajaan telah memperkenalkan etika kedai gunting yang membolehkan tukang gunting berurusan dengan pelanggan yang sama jantina sahaja. Seterusnya, kerajaan Kelantan

turut mengharamkan permainan yang melekakan dan menyumbang ke arah maksiat. Tujuan utama ianya diperkenalkannya ialah menjaga generasi muda daripada terus rosak dalam arus semasa yang fasid. Kerajaan Kelantan turut menghentikan kegiatan kelab malam dan mengeluarkan arahan wajib memasang lampu ketika tayangan filem di dalam pawagam.

31 Ibid, 121.

32JAKIM, “Larangan Penggunaan Kalimah Allah di Kalangan Bukan Islam”, laman sesawang e-fatwa, dicapai 21

Oktober 2015, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/larangan-penggunaan-kalimah-allah-di-kalangan-bukan-islam. Sila lihat juga Zaharuddin Abd Rahman “Larangan Kristian Guna Nama Allah”, laman sesawang zaharuddin.net, dicapai pada 22 Oktober 2015, http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/910-nama-allah-ekslusif-atau-tidak-hukum-asal-dakwah-a-siyasah.html

(15)

Undang-undang dalam kategori kedua menumpukan kepada isu minum minuman yang memabukkan. Telah jelas larangan minum arak dalam al-Quran dan al-Hadith. Melalui pendekatan siyasah syar’iyyah negeri Kelantan sedaya upaya mencegah masyarakatnya untuk tidak terlibat dalam minimuan yang diharamkan ini. Melalui undang-undang ini kerajaan telah mengurangkan lesen daripada 36 kepada 19 buah premis. Pada 1 hb Julai tahun 1993, kerajaan melarang minum minuman keras di tempat-tempat awam. Dengan penguatkuasaan undang-undang tersebut, arak tidak dapat diperolehi di hotel-hotel kerajaan, pasaraya dan pasar mini. Namun, hak bukan muslim tetap terpelihara. Mereka hanya perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya ingin meggunakan minuman tersebut dalam sebarang majlis mereka.

Ketiga, dasar pencegahan rasuah. Dasar ini menerapkan beberapa undang-undang dalam pentadbiran yang bertujuan untuk mengelakkan pemimpin dan rakyat mengambil dan memberi rasuah. Pertama, menghapuskan tender runding dalam pemberian kawasan balak. Dengan pengenalan undang-undang tersebut maka tender secara terbuka diperkenalkan dan ianya dapat memberi peluang sama rata kepada syarikat yang berkelayakan. Kedua, menghapuskan amalan memberi hadiah kepada kepada pemimpin semasa lawatan rasmi. Pelaksanaan undang-undang ini sangat jelas mendatangkan kesan positif dalam mencegah amalan rasuah dalam kalangan pemimpin.

4. Menjamin kebajikan masyarakat umum

Satu aspek yang penting dalam pemerintahan Islam, aspek kebajikan wajar diberikan penekanan khusus. Hal ini kerana, kebajikan yang terpelihara akan membentuk sebuah

masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Rakyat yang diperintah akan merasa bersyukur atas segala program dan pentadbiran sesebuah kerajaan. Pengabaian kebajikan dalam pentadbiran akan menimbulkan kekacauan, huru hara politik dan ketidakpuasan dalam kalangan rakyat kerana merasakan hak mereka tidak dipenuhi. Sebagai contoh langkah kerajaan ke arah menjamin kebajikan rakyat adalah dengan memperbanyakkan prasarana, menyediakan kemudahan hospital, menyediakan peruntukan banjir, menyediakan skim Bantuan Rakyat Satu Malaysia,34 peruntukan golongan miskin35 dan sebagainya. Dapat dilihat pendekatan siyasah

34Bernama, “BRIM diteruskan selagi pertumbuhan ekonomi kukuh”, FreeMalaysia Today, 22 Feb 2014.

35Shukeri Muhammad, “Siyasah Syar’iyyah Dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk” (Simposium

(16)

begini akan membuahkan pemeliharaan kebajikan rakyat. Oleh itu, program-program yang mendatangkan kebajikan rakyat wajar diperbanyakkan dan dikemaskan dari masa ke masa.

KESIMPULAN

Siyasah syar’iyyah amat penting dalam pemerintahan masa kini. Realiti dan suasana masyarakat yang berubah dan akan terus berbeza setiap zaman memerlukan satu penelitian terperinci terhadap hukum siyasah lalu. Hal ini bagi melahirkan maslahah dalam kehidpan masyarakat. Pendekatan siyasah syar’iyyah merupakan satu sumber yang dapat merealisasikan maslahah dalam sesebuah pemerintahan berdasarkan realiti semasa. Kepentingannya dapat dilihat dalam beberapa segi seperti memantapkan struktur pemerintahan, menjamin hak bukan Muslim dan memastikan hukum syariah dimartabatkan. Daripada huraian yang lepas, pemaikaian siyasah syar’iyyah dalam mengeluarkan hukum semasa dalam pemerintahan wajar diberi perhatian. Pemerintahan yang cekap hanya dapat diwujudkan daripada pengurusan dan garis panduan yang jelas. Justeru, siyasah syar’iyyah perlu difahami dan dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat agar hukum siyasah tidak dilihat rapuh dan tersasar.

RUJUKAN

Sumber Buku:

Abdul Wahhab al-Khallaf, Ilmi al-Usul al-Fiqh. Cairo: Dar al-I’tisam, 1956.

.al-Siyāsah al-Syar‘iyyah fi al-Shu’un al-Dusturiyyah wa Kharijiyyah wa al-Maliyyah. Kuwait: Dar al-Qalam li Nash wa al-Tawzi, 1988.

Abd al-‘Al Ahmad ‘Atuwwah, al-Madkhal ila Siyasah al-Syar’iyyah. Riyadh: Jami’ah al-Imam Muhammad bin Sa’ud al-Islamiyyah, 1993.

Adang Affendi, Islam Konsepsi Dan Sejarahnya. Bandung : PT. Remaja Rosdakarya, 1991. ‘Abd al-Rahman Taj, al-Siyasah al-Syar‘iyyah Wa al-Fiqh al-Islami. Kaherah: al-Azhar, 1415 H.

Al-Kurdi, The Islamic State. Lahore : Islamic Publication Ltd, 1969.

Haji Said Haji Ibrahim, Manhaj Ilmu Fiqh. Kuala Lumpur: D r al-Ma‘rifah, 1997.

(17)

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah Fī al-Siyāsah al-Syar‘iyyah. Beirut: D r al -Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t..

Mohd Kurdi Ali, Aqwaluna wa Af’aluna. Cairo: Darul Mukhtar al-Islami, 1946.

Mohd Zaidi Abd. Rahman, “Analisis Perbandingan Metodologi Siyasah Syar’iyyah dengan Usul Fiqh”, Jurnal Syariah 13, no. 2, 2005.

. “Mengurus Hak Beragama Bukan Islam dari Perspektif Siyasah Syar’iyyah”, Jurnal Usuluddin 36, Julai-DIsember 2012.

Muhammad Amīn Ibn ‘ bidīn, Hāshiyah Radd al-Mukhtār ‘Alā al-Durr al-Mukhtār, ed. Ke-3. Beirut: D r al-Fikr, 1966.

Muhammd Nazir Bin Alias, “Analisis Terhadap Hubungkait Antara al-Maslahah al-Mursalah dengan al-Siyasah al-Syar’iyyah”. Disertasi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2008.

Muhamad Shukeri et al., “Analisis Penggunaan Ijtihad Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan Dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2010”. Makalah, Prosiding Persidangan Dunia Pemikiran Islam dan Tamadun: Cabaran dan Realiti Kontemporari, 2012.

.“Siyasah Syar’iyyah Dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk”. Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam Dalam Negara Islam, Dewan Annex, SUK Shah Alam, 23-24 Disember 2009.

Muhamad Zaidi dan Raja Hisyamudin, “Pengaruh Perubahan Dalam Pembinaan Hukum Siyasah Syar’iyyah”, Jurnal Syariah 16, no. 1, 2008.

Rizq Muhammad al-Zalbanī, Mudhakkirah Fī Maddah al-Siyāsah al-Syar‘iyyah. Kaherah: Matba‘ah al-Syarq, t.t..

Sharifah Hayati Syed Ismail, “Kepimpinan Wanita Dalam Politik Dari Perspektif Siyasah Syar’iyyah”, Jurnal Syariah 10, no.2, 2002.

Yusuf Hamid al-‘Alim, al-Maqāsid al-‘Ammah li al-Syarī‘ah al-Islāmiyyah. Khartoum: D r al-Sud niyyah li al-Kutub, t.t..

Yusuf al-Qardawi, al-Siyasah al-Syar’iyyah fi Daw’ Nusus al-Syariah wa Maqasidaha. Qaherah: Maktabah Wahbah, 1998.

Zainal Abdin Ahmad, Piagam Nabi Muhammad. Jakarta : Bulan Bintang, 1973.

.Ilmu Politik Islam. Jakarta: Bulan Bintang, 1977.

Zayn al-Dīn Ibn Nujaim, al-Bahr al-Rā’iq Syarh Kanzu al-Daqā’iq, ed. Ke-3. t.tp.: D r al-Kit b alIsl mī, t.t..

Laman Sesawang:

(18)

JAKIM, “LaranganPenggunaan Kalimah Allah di Kalangan Bukan Islam”, laman sesawang e-fatwa, dicapai 21 Oktober 2015, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/larangan-penggunaan-kalimah-allah-di-kalangan-bukan-islam.

Referensi

Dokumen terkait

Pada bagian ini akan menjelaskan penggunaan script yang sudah dikembangkan untuk memudahkan dalam ekstraksi pattern assembly suatu malware. Proses ekstraksi pattern assembly

Kompetensi dan Disiplin adalah salah satu fungsi manajemen sumber daya manusia yang penting dan merupakan kunci terwujudnya tujuan, karena tanpa adanya disiplin maka sulit

“Analisis jalur merupakan perluasan dari analisis linear berganda, atau analisis jalur adalah penggunaan analisis regresi untuk menaksir hubungan kausalitas antar variabel

Penelitian ini telah membuktikan khasiat antidiabetes dari produk jadi obat herbal kategori jamu atau obat tradisional yang diproduksi oleh salah satu usaha mikro obat

Pada umumnya pasien yang datang di unit perawatan kritis ini adalah dalam keadaan mendadak dan tidak direncanakan, hal ini yang menyebabkan keluarga dari pasien datang

´'DODP mencapai efektivitas pelaksanaan tugas pengelolaan sampah di Kecamatan Limapuluh Kota Pekanbaru memerlukan komunikasi dua arah antar sesama pegawai, dengan

Menurut penulis, peraturan perundang- undangan yang erat kaitannya dengan tindak pidana perusakan dan pencemaran lingkungan (yang dapat dijatuhkan sanksi pidana)