Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-19
Tema : Reka Bentuk, Pembangunan, Penggunaan Dan Penilaian Teknologi Instruktional Awana Portp Malai, Langkawi, Kedah Darul Aman
9 - 11 September 2006
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK MELALUI PEMBELAJARAN AKTIF DIKALANGAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UTM UNTUK SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN
Noor Azean Atan, Norah Md. Noor, Mohd Fadzli Ali Jabatan Multimedia Pendidikan
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai, Johor Bahru, Johor, Malaysia
[email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak
PENGENALAN
Graduan daripada semua Institusi Pengajian Tinggi tidak hanya perlu menyiapkan diri dengan kemahiran teknikal tetapi juga perlu mempunyai kelebihan dari segi kemahiran generik untuk memastikan mereka sentiasa berani menonjolkan kelebihan diri, menambah pengetahuan baru selaras dengan keperluan dan berupaya berkomunikasi dengan baik dikalangan pelbagai kategori masyarakat. Ia juga membolehkan pelajar menggunakan kemahiran tersebut dengan baiknya di alam pekerjaan.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah cuba menerapkan beberapa attribut kemahiran generik yang bersesuaian dengan graduannya bagi memastikan mereka berupaya untuk menyesuaikan diri dan cemerlang dalam dunia kerjaya. Kemahiran generik tidak dapat dibina dalam sehari. Ia memerlukan penglibatan pelajar yang proaktif dalam kelas, kokurikulum dan pelbagai aktiviti yang tidak formal. Kemahiran ini diterapkan dalam pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran di kelas dan aktiviti kokurikulum. Salah satu teknik pengajaran yang sering diperkatakan dapat membantu pembinaan kemahiran Generik ialah Pembelajaran Aktif (active learning) di dalam kelas.
Pendidikan masa kini menunjukkkan bahawa pelajar belajar dengan baiknya apabila mereka dapat melibatkan diri secara terus dengan bahan pembelajaran dan dengan aktifnya mengambil bahagian di dalam pembelajarannya seperti di dalam kelas.
Merujuk kepada model pembelajaran secara traditional, ianya meletakkan pelajar sebagai penerima konsep/maklumat yang pasif dari pengajaran guru. Walaubagaimanapun, model tersebut telah diperkembangkan dimana penyampaian maklumat pengajaran oleh guru kepada pelajar memerlukan penglibatan sama pelajar secara aktif dan pelajar juga perlu terlibat dengan penilaian dan tugasan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Justeru itu, kami sebagai pensyarah dari Fakulti Pendidikan, cuba menerapkan kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar menerusi kaedah pembelajaran dan pengajaran aktif di dalam kelas selaras dengan pernyataan misi dan visi UTM yang melahirkan graduan yang kompiten, kreatif dan versatil dalam kerjayanya.
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK
Hager et. al (2002) secara umumnya menyatakan bahawa kemahiran generik merujuk kepada komponen kemahiran yang semakin penting di kalangan graduan Institusi Pengajian Tinggi. Kemahiran ini tidak termasuk pada kemahiran teknikal dan pengetahuan spesifik dalam bidang yang diceburi. Ia lebih kepada kemahiran berfikir secara analitikal dan kritikal, komunikasi, kerja berkumpulan, dan lain-lain kemahiran yang diperlukan apabila graduan menempuhi dunia pekerjaan.
Menurut Oliver & McLoughlin (1999), untuk menyenaraikan kemahiran generik bagi graduan Institusi Pengajian Tinggi yang benar-benar diperlukan bukanlah satu tugas mudah. Terdapat perbezaan pada senarai kemahiran yang diperlukan mengikut Negara. Pada tahun 1993, New Zealand menyenaraikan 8 kemahiran yang diperlukan iaitu pengurusan diri, kemahiran kompetitif, kemahiran fizikal, kemahiran numerik, kemahiran penyelesaian masalah dan koperatif juga kemahiran pembelajaran dan pekerjaan. Pihak yang menguruskan Kurikulum di United Kingdom pula menyenaraikan hanya 6 kemahiran iaitu kemahiran menggunakan nombor, kerja berkumpulan, kemahiran menambah pengetahuan dan persembahan juga kemahiran penyelesaian masalah.
secara efektif dalam konteks kerjayanya dan juga keseluruhan sosialnya. Dengan pembangunan atribut-atribut ini, akan dapat membantu pelajar mahir dalam bidang disiplin masing-masing atau bidang kepakaran kerjayanya.
Berikut merupakan atribut-atribut yang di ketengahkan oleh UTM untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar.
Kemahiran Komunikasi (Communication Skills)
Kemahiran komunikasi merujuk kepada kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dalam pelbagai konteks dan audien.
CS1 Kebolehan mempersembahkan maklumat dan melahirkan idea dengan jelas, efektif dan berkeyakinan samada secara bertulis mahupun lisan.
CS2 Kebolehan mendengar dan memberi respons secara aktif terhadap idea orang lain.
CS3 Kebolehan untuk berbincang dan mencapai persetujuan.
CS4 Kebolehan membuat persembahan dengan jelas dan berkeyakinan bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
CS5 Kemahiran untuk menggunakan teknologi dalam persembahan
Bekerja dalam kumpulan (Teamworking)
Kebolehan bekerja dalam kumpulan meliputi kebolehan seseorang untuk bekerja dengan orang lain yang datang dari latar belakang yang berbeza dalam mencapai sesuatu matlamat.
TW1 Kebolehan untuk membina reputasi yang baik, berinteraksi dan bekerja dengan efektif dengan orang lain bagi mencapai objektif.
TW2 Kebolehan untuk memahami atau menjangkakan salingtukaran atau persamaan peranan yang dimainkan oleh pemimpin dan juga pengikut.
TW3 Kebolehan untuk menyedari dan menghormati atitud,tindakan dan kepercayaan orang lain.
TW4 Kebolehan untuk memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan usaha dalam kumpulan.
TW5 Komitmen dalam membuat keputusan secara kolektif.
Penyelesaian masalah (Problem solving)
Penyelesaian masalah meliputi kebolehan untuk berfikir secara kritikal, logikal, kreatif dan analitik.
PS2 Kebolehan untuk memvisualkan sesuatu dan membentuk konsep daripadanya.
PS3 Kebolehan untuk mendapatkan idea dan jalan penyelesaian alternatif.
PS4 Kebolehan untuk berfikir di luar kepompong tradisi.
Fleksibel atau mampu menyesuaikan diri (Adaptability)
Kebolehan menyesuaikan diri atau fleksibel meliputi kebolehan atau kesediaan seseorang untuk bertukar berdasarkan situasi atau keperluan semasa.
AD1 Kebolehan untuk mengenal potensi bagi tujuan peningkatan atau pembaikan.
AD2 Kebolehan untuk mengaplikasikan jalan penyelesaian yang sedia ada.
AD3 Kebolehan untuk memula dan melaksanakan perubahan.
AD4 Kebolehan untuk bekerja dan mengekalkan keberkesanan walaupun dalam tekanan.
AD5 Kebolehan untuk memahami dan mengadaptasi ke dalam budaya komuniti atau persekitaran kerja yang baru.
AD6 Kebolehan untuk menjadi fleksibel dan konstan dan mengekalkan fokus dalam sesuatu tugas.
Pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning)
Pembelajaran sepanjang hayat meliputi kebolehan untuk meneruskan pembelajaran secara kendiri dalam mencapai pengetahuan dan kemahiran yang baru.
LL1 Kebolehan untuk mencari informasi yang relevan dari pelbagai sumber.
LL2 Bersikap terbuka dalam menerima idea baru dan berkemampuan dalam mengarahkan diri sendiri atau pembelajaran kendiri.
LL3 Bersemangat dalam pembelajaran.
Keyakinan diri (Self-Esteem)
Keyakinan diri meliputi aspek-aspek berikut:
SE1 Berfikiran positif.
SE2 Komitmen dalam menjaga kehormatan dan maruah diri.
SE3 Yakin kepada diri sendiri.
SE4 Mempunyai kualiti dari aspek keyakinan
SE5 Seimbang dari aspek emosi dan rohaniah
Etika atau moral meliputi kebolehan untuk melaksanakan piawaian yang tinggi dari aspek etika dalam interaksi profesional mahupun sosial.
ET1 Bertindak secara beretika dan bermaruah dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.
ET2 Memahami kesan ekonomi, persekitaran dan sosio-budaya terhadap kerjaya profesional.
ET3 Menganalisis dan membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah melibatkan isu moral atau etika.
PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN AKTIF DI DALAM KELAS
Menurut Donald & Jennifer (2002), pembelajaran aktif secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai satu kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar di mana mereka tidak hanya mendengar ceramah yang diberikan oleh pengajar secara pasif. Ini termasuklah aktiviti-aktiviti seperti membuat catitan atau rumusan terhadap pengajaran atau menyelesaikan masalah yang diberikan oleh pengajar secara berpasangan atau berkumpulan.
Pembelajaran Aktif juga dikenali sebagai Pembelajaran berasaskan Pengalaman (experiential learning) atau Pembelajaran hands-on yang merujuk kepada penglibatan dalam pembelajaran yang aktif. (Hendrikson 1984)
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi mengaplikasikan konsep pembelajaran aktif ini. Antara strategi yang boleh digunakan ialah seperti berikut.
Latihan Individu – Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan cara memberi soalan secara spesifik atau terbuka yang berkaitan dengan topik pada hari itu. Pelajar dikehendaki menjawab secara spontan dalam tempoh satu minit bagi memastikan samada mereka dapat memahami apa yang telah disampaikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kaedah ini dipanggil sebagai “One Minute Paper”.
Soal jawab – Bagi mengalakkan pendengaran yang aktif, pelajar boleh diminta merumuskan jawapan yang telah diberikan oleh rakan mereka dalam ayat mereka sendiri.
Perbincangan secara berpasangan – Aktiviti perbincangan secara berpasangan tidak memerlukan kelas yang mempunyai susunatur yang tertentu dan masa yang panjang untuk membahagikan ahli kumpulan. Pelajar boleh berkongsi pendapat dan nota bagi memastikan mereka memahami konsep yang benar-benar tepat.
Pembelajaran Koperatif - Ia amat sesuai dilaksanakan bagi tugasan atau projek yang agak kompleks. Kelas digalakkan mencampurkan ahli daripada berbeza etnik, agama dan pencapaian akademik. Terdapat pelbagai teknik seperti Jigsaw, Permainan, Debat dan Role Play boleh digunakan bagi menggalakkan penglibatan pelajar dalam kelas. (Robert 1995)
Terdapat pelbagai lagi strategi yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan pembelajaran aktif di dalam kelas. Malah, pelajar sendiri boleh melibatkan diri dalam penilaian dan menentukan apa yang lebih diperlukan bagi memahami topik yang diajar.
OBJEKTIF
2. Mengenalpasti kemahiran generik (komunikasi, kerja-berkumpulan dan penyelesaian masalah) yang diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif di dalam kelas serta kemahiran generik yang diperolehi.
METODOLOGI
Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif untuk mendapatkan tahap penerapan kemahiran generik dikalangan pelajar yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan (SPM 2102) melalui kaedah pembelajaran aktif.
Kajian ini telah dijalankan dikalangan 80 orang pelajar tahun dua yang mengambil subjek Bahasa pengaturcaraan 1 (SPM 2102) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Instrumen kajian ini iaitu menggunakan borang soal selidik yang merangkumi lima konstruk iaitu berkenaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan, persoalan berkenaan ciri-ciri penerapan kemahiran generik yang hanya bertumpu kepada kemahiran komunikasi, kerja-berkumpulan dan penyelesaian masalah serta konstruk berkenaan penerimaan pelajar tehadap pembelajaran aktif.
ANALISIS DAN DAPATAN HASIL KAJIAN
Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 10.0. Setiap markah yang dikutip dalam bentuk lima skala akan diberikan markah / skor 1 hingga 5. Bagi memudahkan proses analisis dijalankan, data dalam bentuk lima skala ini akan dkelaskan menjadi tiga skala yang lebih mudah berdasarkan skor min yang diperolehi sebagaimana yang ditunjukkan dalam jadual pengelasan berikut.
Jadual 1 : Pengelasan Tahap Kaedah Pembelajaran Aktif
Skor Min Tahap
0.00-1.66 Tidak Aktif 1.67-3.33 Sederhana 3.34-5.00 Aktif
Jadual 2 : Pengelasan Tahap Kemahiran Generik
Skor Min Tahap
0.00-1.66 Rendah 1.67-3.33 Sederhana 3.34-5.00 Tinggi
Jadual 3 : Pengelasan Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Pembelajaran Aktif dan Penerapan Kemahiran Generik
Skor Min Tahap
0.00-1.66 Rendah 1.67-3.33 Sederhana 3.34-5.00 Tinggi
Jadual 4 : Taburan bilangan pelajar mengikut kursus, kelayakan terakhir dan jantina perempuan iaitu seramai 73 orang berbanding lelaki hanya 7 orang sahaja. Jika dilihat dari segi kelayakan terakhir sebelum memasuki kursus masing-masing di Fakulti Pendidikan ini, sebahagian besar daripada pelajar ini mempunyai latarbelakang pendidikan daripada Matrikulasi dengan 75 orang diikuti 4 orang lepasan STPM dan seorang lepasan Diploma.
Berdasarkan data dari soal selidik, Jadual 5 hingga 10 memaparkan nilai min bagi setiap item dan min bagi setiap konstruk.
Jadual 5 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk Kaedah pengajaran dan pembelajaran Aktif di dalam Kelas
Bil Soalan Min
1. Pensyarah saya ada memberi tugasan secara individu yang perlu
diselesaikan diluar kelas 4.19
2. Pensyarah saya ada memberi tugasan secara berkumpulan yang perlu
diselesaikan diluar kelas 4.66
3. Pensyarah ada memberikan contoh-contoh masalah dalam kelas untuk
dibincangkan secara berdua di dalam kelas 4.19
4. Pensyarah ada memberikan contoh-contoh masalah dalam kelas untuk
dibincangkan secara berkumpulan di dalam kelas 4.30
5. Pensyarah menggalakkan pelajar membentangkan hasil perbincangan
secara sukarela di hadapan kelas 4.36
6. Pensyarah memilih pelajar secara rawak pelajar yang perlu membentangkan
hasil perbincangan di hadapan kelas 4.22
7. Pensyarah ada membuat aktiviti peer-teaching di dalam kelas 3.85
8. Pensyarah ada membincangkan kembali penyelesaian terbaik bagi masalah
yang diberi 4.29
9. Pensyarah sering bersoal jawab berkaitan dengan topik yang diajar dalam
kelas 4.45
10. Pelajar diberi peluang mengutarakan soalan semasa proses P&P dijalankan 4.55
11. Pensyarah mengambil kira pemarkahan bagi tugasan yang dijalankan
secara kumpulan 4.59
12. Pensyarah mengambil kira pemarkahan bagi setiap pembentangan yang
Min Keseluruhan 4.32 Jadual 5 menunjukkan bahawa min bagi setiap konstruk adalah lebih dari nilai 4 kecuali pada sub konstruk membuat aktiviti peer-teaching di dalam kelas dengan min 3.85. Namun dengan nilai min keseluruhan 4.32, ini menandakan bahawa kaedah pengajaran yang dijalankan oleh pensyarah subjek ini berada pada tahap yang aktif.
Jadual 6 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk Penerapan Generik Skill - Komunikasi
Bil Soalan Min
1. Kelas ini memberi peluang kepada saya membina kemahiran berkomunkasi secara terbuka
4.17
2. Kelas ini memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi dengan rakan –
rakan sekelas 4.38
3. Pembentukan kumpulan dalam subjek ini mengajar saya supaya boleh
menerima pendapat daripada ahli kumpulan yang lain 4.53 4. Pembentukan kumpulan dalam subjek ini memberi peluang kepada saya
untuk memberi pendapat kepada ahli kumpulan yang lain 4.46 5. Saya diberi peluang menyuarakan pendapat dalam kelas 4.12
6. Saya diberi peluang membentangkan hasil tugasan di hadapan kelas 4.21
7. Saya berupaya menulis laporan berkaitan tugasan yang diberi dengan jelas 4.09
8. Saya diberi paluang berbincang secara berdua ( partner ) di dalam kelas 4.28
9. Saya digalakkan untuk bertanya soalan terhadap pembentangan rakan lain
di hadapan kelas 4.14
10. Saya dibenarkan mengkritik pendapat rakan lain dalam kelas secara
terkawal 3.84
11. Saya digalakkan menggunakan bahan Bantu pembelajaran semasa
membentangkan tugasan ( papan putih, computer, ohp dll) 4.21
Min Keseluruhan 4.16
Jadual 6 menunjukkan bahawa semua sub konstruk mendapat nilai min lebih daripada nilai 3.34 yang membuktikan bahawa pelajar menyedari bahawa kelas ini melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penerapan kemahiran komunikasi samada secara verbal atau bertulis.
Jadual 7 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk Penerapan Generik Skill – Kerja berkumpulan
Bil Soalan Min
1. Kelas ini memberi peluang kepada saya bekerjasama dengan rakan-rakan
untuk melaksanakan tugasan 4.53
2. Kelas ini memberi peluang kepada saya bertindak sebagai ketua di dalam
satu-satu kumpulan 3.58
3. Kelas ini memberi peluang kepada saya memainkan peranan sebagai ahli
kumpulan 4.44
4. Pembentukan kumpulan kerja memberi peluang kepada saya untuk membuat keputusan secara bersama
4.40
5. Kelas ini memberi peluang kepada saya bekerjasama dengan rakan-rakan
untuk melaksanakan tugasan 4.53
Min Keseluruhan 4.34
Jadual 8 : Nilai Min setiap item dalam konstruk Penerapan Generik Skill – Penyelesaian Masalah
Bil Soalan Min
1. Kelas ini memberi peluang kepada saya menyelesaikan tugasan
berkumpulan berdasarkan kepada perancangan yang dibuat 4.45 2. Kelas ini mengajar saya cara yang betul menganalisa dan mengenalpasti
masalah yang diberi 4.27
3. Kelas ini menggalakkan pencarian maklumat sokongan untuk
menyelesaikan masalah yang diberi 4.36
4. Kelas ini mengajar saya cara yang betul memindahkan masalah yang diberi
dalam bentuk diagram atau carta alir 4.20
5. Kelas ini menggalakkan saya menyediakan beberapa kaedah penyelesaian
terhadap masalah yang diberi 4.21
Min Keseluruhan 4.26
Jadual 8 menunjukkan bahawa semua sub konstruk mendapat nilai min lebih daripada nilai 4 yang membuktikan bahawa pelajar mengakui dengan keyakinan yang agak tinggi bahawa kelas ini melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan penerapan kemahiran generik bagi menyelesaikan masalah secara sistematik.
Jadual 9 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk Penerimaan pelajar terhadap kaedah pembelajaran aktif dan penekanan kemahiran generik
Bil Pernyataan Min
1. Saya faham apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif 4.31 2. Saya tahu apa dia atribut bagi kemahiran generik yang ditekankan oleh UTM 4.01
3. Saya suka diberi peluang bercakap di dalam kelas tentang topik yang diajar 3.7
4. Saya suka pengajaran secara ceramah beserta soal jawab 3.8
5. Saya suka jika pensyarah menerangkan dan menghuraikan kembali konsep
dalam proses pengajaran 4.37
6. Saya lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan yang dibuat dalam kelas
4.10
7. Saya lebih suka melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan yang dibuat
diluar kelas 4.09
8. Saya suka jika diberi peluang membentangkan hasil perbincangan di
hadapan kelas 3.90
9. Saya suka kuiz open book diadakan di akhir kelas 4.3
10. Saya suka membuat latihan-latihan di dalam kelas bersama pensyarah 4.37
11. Saya suka diberi tugasan secara berkumpulan 4.47
Min Keseluruhan 4.13
Jadual 9 : Nilai Min bagi setiap item dalam konstruk penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran berbentuk ceramah dalam kelas yang senyap
Bil Pernyataan Min
1. Saya lebih suka pengajaran secara ceramah 2.71
Min Keseluruhan 2.7 Berdasarkan kepada Jadual 9, didapati bahawa pelajar menggemari aktiviti-aktiviti yang di arahkan oleh pengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan memperolehi nilai keseluruhan min 4.13. Ini juga dibuktikan dalam Jadual 10 di mana pelajar tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah pengajaran berbentuk ceramah dalam kelas tyang senyap hanyalah sederhana dengan min keseluruhan 2.7.
DAPATAN, PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Berdasarkan soalan terbuka berkaitan pendapat pelajar samada pembelajaran aktif dapat menekankan kemahiran generik, 64 daripada 80 responden (80%) menunjukan persetujuan dan seringkali mengaitkannya dengan kemahiran kerja berkumpulan dan komunikasi.
Soalan Setuju Tidak setuju Tiada komen
Pada pendapat anda, apakah pembelajaran aktif boleh menerapkan kemahiran generik di kalangan
pelajar. 64 1 15
Beberapa komen positif pelajar
- Ya, semua pelajar terlibat secara aktif dan tak terikat kepada pengajaran dan pembelajaran tradisional
- Ya, kerana ia akan melibatkan komunikasi dua hala antara pensyarah dan pelajar dan pelajar dengan pelajar
- Pembelajaran yang menarik minat pelajar terhadap subjek computer yang sukar untuk difahami tanpa rasa kebosanan terhadap subjek
- Ya, bagi saya ia sangat bagus disamping mewujudkan komunikasi 2 hala yang sangat memberansangkan
- Memberi peluang kepada pelajar menyampaikan / mengutarakan soalan terhadap pembelajaran.
- Pembelajaran aktif seperti perbincangan dalam kumpulan, sentiasa mengadakan interaksi dua hala antara guru dengan pelajar. Pelajar juga berpeluang mengutarakan pendapat masing-masing. =)
- Ya, kerana disini pelajar akan belajar secara minds-on dan hands-on.
- Ya, kerana saya dapat mencungkil bakat saya dalam kemahiran seperti komunikasi dll.
1 Komen negatif pelajar
- Mungkin tetapi depends kepada penerimaan pelajar
RUJUKAN
Donald, R., & Jennifer L. (2002). Active Learning for The College Classroom. http://www.calstatela.edu/dept/chem/chem2/Active
Felder, R. M. & Brent., R (1999), FAQs. II a) Active Learning Vs. Covering the Syllabus; b) Dealing with Large Classes, Journal of Chemical Engineering Education, 33(4), 276-277.
Hendrikson, L. (1984), Active Learning. ERIC Digest No. 17. http://www.ericdigests.org/pre-921/active.htm
Hager, P., Holland., S. & Beckett, D. (2002), B-HERT Position Paper No. 9 : Enhancing The Learning and Employability of Graduates : The Role of Generic Skills
http://www.bhert.com/Position Paper No 9.pdf
Luca, J., Oliver, R., Arshad Omari & Dunbar, A. ( 2001), Designing An On-Line Learning
Environment To Support The Development Of Generic Skills : A Case Study, Paper presented at the AUC Academic & Developers Conference, Perth, James Cook University Townsville, 23-26 September.
Oliver, R. & McLoughlin, C. (1999). Using Web and Problem-Based Learning Environments to Support the Development of Key Skills. Paper presented at the 16th ASCILITE99
Conference, Queensland Australia, 5 – 8 December.
Robert E S. (1995). Cooperative learning : theory, research, and practice, Second Ed., Boston : Allyn & Bacon
Schalkwyk, A.V (2002), Issues of Quality When Integrating Generic Learning Outcomes in Study Programmes Geared at Career-Oriented Education, Paper presented at the HERDSA 2002 Conference, Perth, Western Australia, 3 – 6 July.