• Tidak ada hasil yang ditemukan

Haji Umar bin Ismail Nuruddin sumbangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Haji Umar bin Ismail Nuruddin sumbangan"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Al haji Umar bin Ismail Nuruddin sumbangan terhadap

perkembangan ilmu Falak di Kelantan/ -suatu sorotan terhadap

kitab Miftah al Ta’lim dan Shams al Fathiah

Oleh PM ZAKARIA B. MUSTAFFA

CiTU Kampus Puncak Alam

Abstrak

Al-Haji Umar bin Ismail Nuruddin tertera pada muka hadapan kedua kitab karangannnya dan lebih dikenali dengan Haji Umar Sungai Keladi. Lahir di Kota Bharu Kelantan pada 1284H/1867M dan meninggal pada tahun 1946M1. Mendapat pendidikan awal seperti kebanyakan kanak-kanak lain dalam tradisi masyarakat Melayu dan seterusnyaa menyambung pelajaran agama ke Mekah. Di Mekah beliau sempat berguru dengan tokoh terkenal seperti Wan Ahmad bin Muhammad Zain al Fatani dari Asia Tenggara dan guru dari kota suci Mekah sendiri seperti ulama ‘Jawi’ lain sebelum dan selepasnya.. Akhirnya setelah berada disana selama 12 tahun beliau menguasai pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu Falak. Selesai pengajian di Mekah, beliau pulang ke Kelantan semula untuk melaksanakan tanggungjawab keilmuannya dengan menyumbangkan tenaga kepada masyarakat asalnya di Kota dan pernah bertugas dengan Majlis Agama Islam Kelantan. Dalam bidang Falak, beliau pernah menulis dua buah kitab iaitu Miftah al-Ta’lim (1924), dan Shams al-Fathiah (1926). Buku Miftah al-Ta’lim membicarakan tentang matematik sebagai ilmu yang penting dalam memahami isi buku seterusnya iaitu Shams al- Fathiah yang membicarakan tentang ilmu Falak itu sendiri khususnya tentang penggunaan Rubu’Mujayyab.

Pendahuluan

Lahir di Kampung Atas Banggol, Kota Bharu pada 18 J. Awal 1284 bersamaan 17 Seprtember 1867. Bapanya berkebolehan sebagai tukang emas lalu Sultan memilihnya untuk mengukir Bunga Emas untuk dihantar ke Siam kerana Kelantan ketika ini berada dibawah pengaruh Siam . Bapanya sendiri yang kuat berpegang kepada ajaran Islam dan berdarah satria meluangkan masa untuk mendidik anaknya mengaji al Quran disamping guru-guru lain seperti Hj. Abdul Manan Atas Banggol. Ketika berumur 10 tahun beliau berjaya mengkhatam al Quran. Oleh keinginan yang tebal terhadap pendidikan agama sianak dihantar ke Pondok Haji Awang Gemok atau Haji Awang Alim (Haji Awang Muhammad Zain) atau dkenali juga tempat tersebut sebagai Surau Kemboja untuk mempelajari Bahasa Arab. Beliau meneruskan pengajian agamanya dengan Tuan Guru Haji Ismail HajiMahmud Atas Banggol, Kota Bharu sehingga umurnya mencapai 18 tahun.2

Kekeluargaan

Haji Omar mengambil keputusan mendirikan rumahtangga semasa 18 tahun (1885) dengan Che Aishah binti Abdullah. Beliau memilih pekerjaan untuk saraan keluarga dengan bekerja sebagai peniaga kain dari Singapura. Beliau berulang alik antara Singapura dan Kota Bharu. Namun

1 Sila lihat juga www.kelantan.edu.my/ttulisumar.htm.

(2)

kepuasan terhadap ilmu belum tercapai lalu pada 1887 (1305H) dan secara kebetulan isterinya meninggal dunia pada 1304H beliau mengambil keputusan untuk pergi mendalami ilmu ke Mekah.

Sekembali dari Mekah pada Rabu 18 Safar 1317H dan pada 27 R. Awwal 1317 beliau sekali berkahwin dengan Khadijah binti Muhammad Taib. Beliau mendapat 3 orang iaitu Fatimah, Ibrahim (Imam Tumpat) dan Aishah. Oleh kerana isterinya meninggal, beliau berkahwin lagi dengan Cik Wook/ Aishah binti Yusuf dari Kubang Pasu, Kota Bharu pada malam Jumaat 15 R. Akhir 1325H. Perkahwinan kali dianugerahkan 6 orang anak iaitu Muhammad-ayah Abdullah Nakula, Haji Mahmod Sungai Keladi, Abdullah, Ahmad Fadhil, Mustafa dan Hafsah.

Pendidikan

Di Mekah beliau berguru selama 12 tahun dengan Haji Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al Fatani3, Haji Wan Ali Kutan, Tuan Abd. Mutalib Tuan Faqih Kota, Syeikh Ahmad bi As’ad al Dahhan, Syeikh Muhammad Khayyat, Syeikh Said Yamani , Syeikh Hasbullah, Syeikh Umar Bajunid, Syeikh Nik Mat Kecik al Fatani, Tok Senggora, Daud al Fatani dan lain-lain. Hasilnya beliau mahir dalam ilmu Falak, Fiqh, Usul Fiqh, Nahu, Saraf, Balaghah dan Qiraat. Sezaman dan pernah bersahabat dengan tokoh Falak Pulau Pinang, Abdullah Pahim.4. Guru-guru Falak beliau semasa menuntut di Mekah ialah Syeikh Ahmad Khatib, Syeikh Muhammad bin Yusof al Khayyat dan Syeikh Abu Bakr Syatta5

Pekerjaan

Dari segi pekerjaan beliau mulai mengajar di Masjid Besar Kota Bharu pada hari Isnin 3 Zulkaedah 1322H dengan perintah Sultan Muhammad ke 4. Rekod kehadiran pelajar turut dicatit yang secara tidak langsung diketahui murid datang dari pelbagai negara seperti Patani, Palembang, Pahang, Legor, Minangkabau, Jawa dan lain-lain. Beliau mengajar tafsir, Hisab, kitab Iqna’, Minhaj al Abidin dan lain-lain. Pada hari Khamis 20 Syaaban 1331 beliau memilih untuk menetap di Kampung Sungai Keladi dan mendirikan surau dan pondok serta melaksanakan pengajaran agama disana. Pada 7 R. Akhir 1335 bersamaan 30 Januari 1917 beliau dilantik sebagai pengarang dan penterjemah kitab di Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Karya beliau:

1) al Durr al Naqiy fi makrifat al Arqam al Hindi (1909) 2) Jalan Sejahtera (1917)

3) Jambangan Melayu (1917) 4) Pengenal Kesucian (1921) 5) ‘Aqd al Falah (1922),

3 Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak ‘Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim’-perintis Ilmu Falak Moden Anjuran Jabatan Mufti Negeri pulau Pinang dan Unit Penyelidikan Falak & Sains atmosfera, USM, Pusat Islam, USM

4 Sila lihat www.semanggol.com

(3)

6) Tazkirat al ‘Awwam (1923)

7) Pelajaran membahagi pesaka (1923) 8) Miftah al Ta’lim (1924) dan 9) Shams al Fathiah (1926).

10) Zahratul Waridiyah dan Terjemahan Tafsir al-Khazin (belum cetak)6

Antara muridnya Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan, seorang ulama yang terkenal di Rembau Negeri Sembilan (1907-1997) yang pernah menghasilkan Taqwim Solat (1954)7. Di Melaka, Abdul Wahid bin Osman dari Sungai Udang pernah menjadi salah seorang murid Haji Umar Sg.Keladi.8

Tokoh-tokoh Falak lain di Kelantan

a) Dato’ Haji Mohd Nor bin Ibrahim (1905-1987)

Salah seorang ulama’ Kelantan yang terkemuka dan dianggap tokoh paling masyhur selepas Tok Kenali. Dilahirkan pada 20hb. Ogos 1905 di Kota Bharu, beliau adalah anak kepada Haji Ibrahim Yusuff, Mufti Kerajaan Kelantan antara 1928-1941.

Setelah menamatkan persekolahan awalnya di Madrasah Muhammadiah Majlis Agama Islam Kelantan, beliau melanjutkan pelajaran ugamanya di Mekah pada tahun 1923. Bidang ilmu yang beliau pelajari meliputi bukan sahaja ilmu-ilmu agama tradisional seperti usuluddin, fiqh, hadith, qiraat dan tafsir, tetapi juga ilmu-ilmu falak . Guru-guru beliau di Mekah antara lain ialah Tok Senggora, Syeikh Nuh Jamaludin Kelantan, Syeikh Mohd. Nor Patani, Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani, Chek Pak Ya al-Ramani dan lain-lain.

Jawatan beliau yang pertama selepas pulang ke Kelantan ialah menjadi Qadhi Besar Kelantan pada tahun 1937. Pernah memangku jawatan Mufti Khas antara 1hb. September 1941 hingga 28hb. Oktober 1944, iaitu sehingga jawatan berkenaan dihapuskan. Antara 1949 hingga pertengahan 1965, beliau menjadi guru di Jami’ Merbau al-Ismail (kemudiannya Maahad Muhammadi) dan sekaligus mengajar di Masjid Muhammadi. Selang waktu antara pertengahan 1965 hingga April 1968, beliau habiskan di Masjid Negara Kuala Lumpur, berkhidmat di Kelas Tahfiz al-Qur’an yang baru ditubuhkan sekarang (Dar-al-Qur’an) dan menyusun tafsir pimpinan ar-Rahman yang terkenal itu.

Dilantik menjadi Mufti pada 1hb. Mei 1968 berikutan kematian sahabatnya Dato’ Haji Ahmad Maher. Jawatan ini beliau sandang sehingga ke akhir hayatnya pada 13hb. Februari 1987.

Lebih dari seorang ulama’, beliau adalah seorang hafiz dan ahli falak yang terkenal,penulis dan orang mampu berbahasa Inggeris. Kemasyhuran beliau lebih banyak terserlah dalam bidang-bidang qiraat, falak, tafsir dan usuluddin, ketimbang bidang fiqh sebagaimana layaknya seorang Mufti.9

6 Ismail Awang dalam majalah pengasuh bilangan 420 keluaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Disember 1976

7 http://madrasahbongek.blogspot.com, http://www.yadim.com.my dan Wan Muhammad Saghir Abdullah, dalam kertas kerja memantau 70 tahun aktiviti tuan guru haji Ibrahim Bongek Acheh-hubungan Keilmuan dengan Syeikh Ahmad al-Fatani pada 17 Feb. 2007/29 Muharram 1428H

8 http://almaturidiyyyah.blogspot.com

(4)

b) Haji Ab.Rahman Haji Hussain (1945-2006)

Haji Ab. Rahaman Hussain telah dilahirkan pada 11 September 1945, di Kg. Padang Pak Amat Pasir Putih, Kelantan. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Hjh Halijah bt. Mohd.Nor dan telah dikurniakan seramai 12 orang cahayamata yang terdiri dari 6 orang puteri dan 6 orang putera.

Beliau telah terdidik sejak kecil dengan suasana agama yang kukuh menerusi didikan kedua ibubapa pondok masjid al-Muhammadi Kota Bharu. Beliau meneruskan pengajian di Maahad Muhammadi sehingga tamat darjah 9 pada tahun 1966. Kegigihan beliau dalam meningkatkan ilmu pengetahuan membawa kejayaan diperingkat SPM dan HSC sebagai calon persendirian.

Beliau menuntut ilmu Falak sejak tahun 1961 hingga 1980an bermula di peringkat awal pengajian ketika di Maahad Muhammadi sehingga masuk ke alam pekerjaan. Beliau telah mendapat bimbingan dari beberapa orang tokoh ulama dan falak di antaranya ialah Hj. Mohd. Saleh b. Hj. Daud, Dato’ Hj. Mohd. Nor b Hj. Ibrahim (Mufti Kerajaan Kelantan), Dato’ Hj. Ismail Yusof (Mufti Kerajaan Kelantan), Hj. Mohd. Khair Taib dan Hj. Ab Rahman Hj. Salleh. Beberapa jawatan beliau sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan bermula pada tahun 1967 sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Agama Arab (Sekolah Agama Rakyat), kemudian di Maahad Muhammadi Kota Bharu, Penyelia Agama di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negari Kelantan, Pegawai Dakwah Negeri Kelantan dan jawatan terakhir di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan sebagai Ketua Penolong Pengarah Dakwah negeri Kelantan pada tahun 1997 sehingga bersara pada 1 Oktober 2000. Selepas beliau bersara terus menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat sebagai pendakwah bebas dan memimpin Persatuan Falak Syar’ie Malaysia sehingga ke akhir hayatnya.

Abd. Rahaman Hussain merupakan tokoh falak terkenal terutamanya di Kelantan kerana nama beliau sering terpapar di kalendar dan diari agensi kerajaan negeri Kelantan kerana menghitung waktu solat dan taqwim Hijrah. Selain itu beliau sering diundang menyampaikan ceramah berkaitan agama dan falak. Beliau berjasa dalam memimpin Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) sebagai Yang DiPertua selama 14 tahun sejak dari Oktober 1992 hingga ke akhir hayatnya, September 2006. Beliau mengambil alih tampok kepimpinan PFSM selepas Dr. Abdullah Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua yang pertama. Beberapa kursus dan seminar Falak diadakan sepanjang pimpinan beliau bagi mengembangkan ilmu Falak dalam masyarakat. Di antara seminar yang dianjurkan oleh PFSM atau bersama dengan agensi lain ialah ;

 Seminar Falak Syarie Negeri Kelantan pada 9 RabiulAwal 1418H / 14 Julai 1997M di Balai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.

 Seminar Penghayatan Ilmu Falak Menjelang Alaf Baru Negeri Kelantan, pada 25 - 27 RabiuAkhir 1420H / 7 - 9 Ogos 1999 M di B alai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.

 Seminar Penghayatan Ilmu Falak Syar’ie Pada Era Teknologi Maklumat pada 18 - 19 Safar 1422 H / 12 -13 Mei 2001 M, di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.

(5)

 Seminar Falak Syarie, Ilmu Falak dan Pemantapan Aqidah, pada 24 Rejab 1425 H / 9 September 2004 M di Bilik Senat UKM Bangi Selangor, anjuran Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.

Beliau juga turut membentangkan beberapa kertas kerja di seminar yang dianjurkan oleh PFSM atau agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan. Di antara kertas kerja yang penah dibentangkan seperti :

Ilmu Falak Menjelang Alaf Baru; di Seminar Falak Syarie Negeri Kelantan pada 9 RabiulAwal 1418H / 14 Julai 1997M di Balai Islam Kota Bharu, anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia.

Istilah Falak Syar’I Dalam Penentuan Waktu Ibadat ; di Seminar Falak Syari di zaman penerokaan angkasa lepas pada 4 – 5 JamadilAkhir 1411 H / 22 – 23 Disember 1990 di Pusat Islam Kuala Lumpur, anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Persatuan Falak Syari Malaysia dan Persatuan Al-Quran Universiti Islam Antarabangsa.

 Ilmu Falak Syarie Di Malaysia: Penyesuaian Antara Tuntutan Moden Dan Tradisional, di Seminar Falak Syarie pada 19 September 2005, di Dewan Muktamar 1, Pusat Islam UiTM Shah Alam, Selangor, anjuran Pusat Pemikiran Islam (CITU), UiTM Shah Alam.

Taqwim Menurut Justifikasi Syara’ ; di Seminar Keunggulan Taqwin Islam pada 13 – 14 Ogos 2005 di Kompleks Taman Seni Islam anjuran Jabatan Mufti Selangor.

Kepentingan Arah Kiblat Dalam Kehidupan Umat Islam: pada 19 – 20 JamadilAkhir 1427 H / 15-16 Julai 2006, di Pusat Konvensyen Kolej Islam Antarabangsa Selangor, anjuran Jabatan Mufti Selangor dan Konvensyen Kolej Islam Antarabangsa Selangor.

Asas Penetapan Idul Adha Dari Sudut Syariah, pada 29 RabiulAkhir 1424 H / 30 Jun – 2 Julai 2003, di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Usaha mengembangkan ilmu falak ke dalam masyarakat adalah salah satu perjuangan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Penglibatan beliau dalam usaha mengembangkan ilmu falak, boleh dilihat melalui penglibatan beliau dalam kerja-kerja sukarela di antaranya ialah;

 Yang DiPertua Persatuan Falak Syarie Negeri Kelantan (1998-2006)

 Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, JAKIM (1991 – 2006)

 Ahli Majlis Penasihat Planetarium Negara (1999 – 2006)

 Ahli Jawatankuasa Penubuhan Balai Cerap Negara Langkawi (2003)

(6)

Akhirnya Ab. Rahaman bin Hussein telah pulang menemui Yang Maha Esa pada tanggal selasa 3 Ramadhan 1427 H / 26 September 2006 jam 4.00 petang di Hospital Machang, Kelantan.10

c) Haji Ab.Rahman Salleh (1930-2010)

Dilahirkan pada tahun 1930, dan mendapat pendidikan agama yang awal di Mekah dan di Kelantan sendiri. Beliau merupakan tenaga pengajar ilmu falak semasa ilmu falak menjadi sebahagian kurikulum dalam sekolah agama di Kelantan. Pernah dilantik sebagai penasihat bahasa Arab bagi buku teks yang diterbitkan bagi kegunaan sekolah-sekolah agama di Kelantan. Jawatan terakhirnya ialah pengelola peperiksaan sekolah agama di Kelantan. Namun Ustaz Abd. Rahman Salleh sering merendah diri, tidak suka menonjolkan diri yang menjadikan beliau kurang dikenali di luar negeri Kelantan. Beliau juga terkenal sebagai pakar penulisan khat. Antara nama samaran dan gelaran bagi setiap tulisan khatnya ialah Abu Faiz dan al-Khatat. Beliau pernah memenangi tempat ketiga Pertandingan Seni Khat ASEAN tahun 1989. Menurut Haji Abd. Rahaman Hussien ( anak saudara serta anak murid kepada Ustaz Abd. Rahman Salleh), kebanyakan tulisan khat di Masjid Sultan Hassanal Bolkiah, Negara Brunei Darussalam merupakan hasil seni Ustaz Abd. Rahman Salleh.

Antara buku ilmu falak ialah

a) Qawaidul Miqat dalam tiga jilid. Jilid pertama terbitan tahun 1959 M, kedua tahun 1961 dan ketiga tahun 1963. Ketiga-tiga buku ini dalam bahasa Arab dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Kandungannya mengenai ilmu miqat dengan tumpuan kepada kaedah hitungan waktu solat dan arah kiblat menggunakan sukuan sinus dan jilid ketiga berkaitan hitungan takwim Islam. Sebuah buku terbitan Tinta Publisher yang bertajuk Ilmu Miqat: Hitungan Waktu dan Takwim dan pengarangnya Abdul Rahman Salleh @ Al-Khatat keluaran 2012 menepati apa yang diulaskan oleh Dr. Baharuddin Zainal.

b) Jadwal Istikhraj as-Sa’ah bil Rubu’ Mujayyab tahun 1960. Jadual ini sebenarnya maklumat parameter hitungan sudut jam Matahari yang terdiri daripada nilai badc qutr, asal mutlak, nisf al-fadlah dan mail matahari mengikut tarikh Afranji (Miladi) dan tarikh buruj. Maklumat ini dipaparkan khusus bagi kegunaan negeri Kelantan, pengguna hanya perlu melakukan operasi aritmetik dengan sukuan sinus untuk mendapatkan waktu solat bagi negeri Kelantan.

c) Jadwal al-Mirathil as-Syar’i. Jadual ini mengandungi 30 jalur waris dengan nisbah faraid masing-masing. Kedua-dua jadual ini (Jadwal Istiqraj dan Jadwal al-Mirathil) menjadi hiasan di ruang tamu rumahnya, di Banggol Kulim, Machang Kelantan.11

d) Dato’ Haji Ismail Yusoff 1915-1988)

10 Tulisan Nur Izzati Binti Abu Bakar , Akademi Pengajian Islam , Universiti Malaya, http;//mufti.penang.gov.com.my, lihat juga Kassim Bahali (2006), Sumbangan Mohd. Khair Taib Dan Ab. Rahaman Hussain Dalam Perkembangan Ilmu Falak Di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan 20 Tahun Persatuan Falak Syarie Malaysia.

Universiti Tenaga Nasional, Bangi.

(7)

Di antara kehebatan beliau ialah mampu mencipta takwim Masihi yang unik yang boleh digunakan selama 41 tahun mulai tahun 1963 hingga tahun 2004. Takwim ini berbentuk bulat dan dicetak di atas dua helai kertas kad dan dijual dengan harga 50 sen sebuah. Wang hasil jualan takwim digunakan untuk membina Maktab Pengaian Islam.12. Ketika memegang jawatan Mufti ke 10 antara lain tugasnya:

i) Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan (iv-b)

ii) Pengerusi Jawatankuasa Penyelenggaraan Waktu Solat (iv-e)

d) Wan Musa bin Daud dikatakan pakar dalam ilmu Falak iaitu generasi pertama dari keluarga Wan Nuh dari Kampong Pauh Kumbang, Kutan, Pasir Pekan.13 Namun tidak disebut sudut kepakarannya.

Masjid Muhammadi sebagai pusat perkembangan ilmu Falak di Kelantan

Abdul Razak Mahmud melalui majalah Pengasuh bilangan 490 menjelaskan pengajaran di Masjid Muhammadi Kota Bharu terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu Diniyah, Arabiyah dan Matapelajaran Umum. Di antara pelajaran Umum yang di ajar ialah Hisab, Geografi, Falak, Miqat, Logarithma.14

Oleh itu pengajian dimasjid ini memainkan peranan yang besar kepada perkembangan ilmu Falak khususnya di Ma’had Muhammadi.

Penumpuan utama dalam kitab Miftah al Ta’lim

Ciri-ciri umum kitab

1. Nama kitab: Miftah al-Ta’lim: Berkenaan Hisapan dan Taqwim. Dalam tulisan Wan Mohd. Saghir Abdullah mengenai Kiyai Muhammad Salih al-Fatani beliau ada menyebut bahawa tokoh tersebut ada merujuk nama kitab Miftah al-Ta’lim berkenaan hisab dan Taqwim karangan Yang Mulia Raja Muhamad Tahir bin al-Marhum Raja Abdullah al Falaki dan Kitab Shams al-Fathiyah berkenaan A’mal al-Jaybiyah. Rujukan dibuat semasa menulis Kitab Durar al Azman yang siap ditulis pada hari Isnin 1 Muharram 1353H/16 April 1934. Dari segi tarikh nampak sesuai kerana kedua-dua kitab Haji Umar Sungai Keladi ditulis lebih awal dari tarikh tersebut.

2. Mengandungi 31 mukasurat. Sabelah atas setiap halaman ditulis angka latin dan di bawah angka angka Arab

3. Kitab ini siap ditulis pada 1924. Dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu(1) disebut dalam notakaki cetakan dilakukan pada tahun 193015 dengan penambahan keterangan bahawa tarikh tepatnya bersamaan 28 Ogos 192416. Dalam buku yang penulis gunakan

12 Ahmad Faisal Abdul Hamid, Dato’ Haji Ismail Yusof: Sumbangannya terhadap perkembangan Islam di Kelantan, Tesis Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, 2002. Hal. 105. Lihat juga Abdul Razak Mahmod (1996), Dato’ Haji Ismail dalam kenangan.

13 www.wannuh.com

14 Abd.Razak Mahmod, Masjid Muhammadi Kota Bharu (1867-1987) dalam Pengasuh Bil. 490 Keluaran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Julai-Ogos 1988

(8)

tercatit tarikh selesai menyusun pada hari Khamis 27 Muharram tahun 1343H bersamaan 27 Ogos 192417

4. Kitab asal bersifat manuskrip/tulisan tangan diperolihi (kedua-duanya) dari Dr. Baharuddin Zainal

5. Dimulakan dengan pujian bagi Allah, Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammmad S.A.W.

Isi kandungan

1- Mengandungi tajuk kecil seperti di bawah: a) Pendahuluan: Berkenaan ilmu Hisab

b) Pengenalan: Berkenaan makna ilmu Hisab dan-lain-lain c) Pengenalan: Berkenaan segala sifat angka

d) Pelajaran 1: Berkenaan Jama’ (Tambah)

e) Pelajaran 2: Berkenaan Tansip (bahagi dua). ‘Sahih’ dan ‘Tidak Sahih’ f) Pelajaran 3: Berkenaan dengan Tarah (Tolak)

g) Pelajaran 4: Berkenaan dengan Darab (Kali) h) Pelajaran 5: Berkenaan Qismah (Bahagi)

i) Pelajaran 6: Berkenaan dengan kaedah membuat taqwim

j) Penghabisan: Berkenaan dengan nama segala Buruj bagi matahari dan manzilah bagi bulan

2- Mengenal nombor ‘sahih’ dari angka 1 hingga sembilan ribu ribu dan nombor pecahan dari ½ hingga 1/10.18

3- Dimasukkan sifir bila berbicara tentang darab. Sifirnya meliputi sifir 2, 3,4,5,6,7, 8 dan 9 yang disusun sehingga angka 9. Contohnya 2x2= 4 hingga 2x9=18, diikuti oleh sifir 3x3=9 hingga 3x9=27. Begitulah seterusnya hingga sifir 9x9= 81. Jadi kaedah ini berbeza dengan hafazan sifir biasa yang mendarabnya hingga 2x12, 3x12 dan 9x12. Disini pelajar tidak perlu mengulangi darab angka yang bila meningkat ke peringkat sifir lebih terkeatas. Contohnya bila sudah ada 2x3, tidak perlu lagi diulang bila sampai sifir 3 dengan 3x2. Cuma susunannya nampak tidak seimbang antara satu sifir dengan sifir yang lain

4- Kaedah campur/tambah bagi nombor yang pemjumlahannya mencapai 10 dan kurang daripada 10 seperti 1tambah 2 dan 3 tambah 8.

5- Dimasukkan kaedah ujikaji hasil kerja untuk menilai semula kiraan yang dibuat supaya tidak salah.Contohnya: untuk tolak dengan mencampurkan bilang yang ditolak dengan baki, sekiranya didapati sama nilai dengan bilangan yang ditolak, maka tepatlah jawapan tersebut.19 6- Kaedah pengiraan atau ‘jalan’ ditunjukkan dengan begitu jelas. Contohnya 25x35

Maka dipukul lima kepada 5 hasil dua puluh lima dihantarkan lima dibawah khat dua

ditangan dan dipukul lima itu pula kepada tiga hasil sepuluh lima dan dihimpunkandia dengan dua ditangan jadi sepulu tujuh dan dihantarkan tujuh itu dibawahnya dan satu kemudiannya dan dipukul dua kepada lima hasil sepuluh dihantarkan sifar dibawahnya dan satu ditangan dan dua kepada tiga hasil enam dan dihimpunkandia dengan satu ditangan jadi tujuh

dihantarkandia dibawahnya dan diguris khat dibawahnya kemudian turun lima dibawah khat yangkedua dan tujuh dibawahnya dan dihimpunkan satu dengan tujuh jadi lapan

16 Ismail Che Daud, Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung, cetakan pertama 1988, Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Kelantan. Hal. 289

17 Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak ‘Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim’-perintis Ilmu Falak Moden

(9)

dihantarkandia dibawahnya maka barangyang hasil daripada pukulannnya itu lapan ratus tujuh puluh lima.20

7- Kaedah pengiraan yang berbeza seperti dalam kiraan darab. Contohnya bila mengdarab 254 dengan 643. Beliau akan menggunakan angka diatas (pertama-4) untuk mendarab lebih awal dengan ketiga-tiga angka di bawah, kemudian angka kedua (5) dan seterusnya angka ketiga (2), sedangkan bagi penulis sudah biasa dengan kaedah mengdarab angka pertama dibawah (3) dengan 254, kemudian diikuti dengan angka kedua di bawah (4) dan seterusnya angka ketiga (6).

254 643

2572

3215

1286

163322

254 643 762

1016

1524

163322

8- Semasa membincangkan taqwim beliau menjelaskan satu ‘Arabi’ ada 12 bulan dengan jumlah harinya iaitu Muharram 30 hari, Safar 29 hari, R.Awwal 30 hari, R. Akhir (Thani) 29 hari, J. Awwal 30 hari, J.Akhir (Thani) 29 hari, Rejab 30 hari, Sha’ban 29, Ramadhan 30, Shawal 29 hari, Zulqaidah 30 hari dan Zulhijjah 29 hari kecuali tahun kabisah (lompat) 30 hari. Dalam masa 30 tahun Hijrah terdapat 11 kali tahun lompat iaitu tahun ke 2, 5, 7,10,13, 15, 18,21,24, 26 dan 29. Kaedah untuk mengetahui tahun lompat Hijrah dengan ditolak 30-30 ( lebih mudah dibahagi dengan 30), bakinya disesuaikan dengan angka bagi tahun lompat tersebut diatas.21

9- Bagi mengetahui permulaan hari setiap tahun dan bulan.

10- Terdapat 12 buruj bagi matahari dan 28 manzilah bagi bulan. Terdapat 4 musim iaitu a) Fasl al-Rabi’ (antara Musim Sejuk dan Panas) pada buruj Hamal, Thawr dan Jawza’. b) Fasl al-Saif (Musim Panas) pada buruj Saratan, Asad dan Sunbulah. (Matahari berada di

Utara).

c) Fasl al-Kharif ( antara Musim Panas dan Sejuk) pada buruj Mizan, ‘Aqrab dan Qaws. d) Fasl al-Shita’ (Musim Sejuk) pada buruj Jadiy, Dalw dan Hut.(Matahari berada di

Selatan). Matahari berada dalam buruj Hamal pada 23 Mac, Thawr pada 22 April, Jawza’ pada 22 Mei, Saratan pada 21 Jun, Asad pada 21 Julai, Sunbulah pada 20 Ogos, Mizan pada 19 Sept. ‘Aqrab pada 19 Okt., Qaws pada 18 November, Jadiy pada 18 Dis., Dalw

(10)

pada 22 Jan. dan Hut pada 21 Feb. Keberadaan matahari pada satu-satu lebih kurang 30 puluh hari.22

Penggunaa Bahasa dan Tulisan

i) Penggunaan istilah Arab contohnya Kusur – pecahan (hal.7)

Khat- garisan (hal.20) Qismah- bahagi (hal.22) Darab- kali (hal 17)

Kabisah- tahun lompat (hal. 26)

Basitah- tahun biasa/bukan lompat (hal. 26) Buruj- kumpulan bintang (hal. 29)

Manzilah- (hal. 29) Fasl al rabi’- ( hal. 29) Sanah- tahun (hal.31) Satar- garis (hal. 32) Maghrib-barat (hal. 31) Masyriq-timur (hal.31)

ii) Gabungan perkataan yang mengelirukan contohnya Sepuluh dua- dua belas

Sepuluh tiga- tiga belas (hal. 20) Sepuluh lima- lima belas (hal.22)

Alif satu, ba’ dua, jim tiga, dal empat, ha’ lima, waw enam, zai tujuh pada hal. 27

iii) Perkataan yang memberi makna lain pada hari ini. Contohnya Dihantarkan –ditulis (hal. 20)

Timbangan- ujian (hal. 21) Tinggal- baki (hal.21)

Di pukul- di kali/darab (hal.21) Amal- operasi/kaedah (hal. 22)

Keluar bahagian- hasil bahagi (hal. 22) Hasil- jawab (hal. 23)

Penghabisan- penutup (hal. 29)

iv) Ejaan jawi samada digabungkan contohnya Dihantarkandia (hal. 20)

Yangdiringkasi (hal. 2) Barangyangtersebut (hal.30)

Atau tidak sama dengan ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka contohnya dieja perkataan siang dengan sin ,ya, nga (hal. 2), perkataan dicukupkan dieja dengan dal, cha, alif, kaf, fa’, kaf, nun (hal.9), perkataan di bawah dieja dengan dal, ba’, alif, waw, alif, ha, (hal. 10).

v) Bahasa tempatan (loghat Kelantan) contohnya Bangat- cepat (hal.31)

Sikit- sedikit (hal. 2)

Sanya- setiap kali pengarang memulakan tajuk kecil (hal. 3, 5)

(11)

Tahun orang putih-kalendar Masihi (hal. 30 )

Semasa menggunakan ayat al Quran pengarang mengambil kaedah yang biasa dilakukan oleh kitab kuning tidak menyertakan ayat dan surah tetapi terjemahannya disediakan.

Penumpuan utama dalam kitab Shams al Fathiah

Ciri-ciri umum kitab

1. Nama kitab: Shams al Fathiah: Berkenaan dengan A’mal Jaibiyah (selepas ini disebut Shams al Fathiah) boleh diterjemahkan sebagai Matahari Pembukaan berhubungan operasi Jaibiyyah (Sain)

2. Dimulakan dengan Bismillah,pujian bagi Allah dan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w..

3. Sebuah kitab yang membicarakan ilmu Miqat dan Qiblat dengan menggunakan peralatan Rubu’ Mujayyab untuk negeri Kelantan (hal.102). Namun begitu tidak disertakan gambar/lakaran peralatan tersebut

4. Mengandungi pendahuluan, 20 tajuk kecil dan penutup.

5. Muka suratnya dicatit bersambung dari kitab Miftah al Ta’lim yang dibicarakan sebelum ini iaitu dimuka pertamanya dicatit sebagai mukasurat 34. Namun pada halaman 35 (jawi) terdapat permulaan halaman bertulisan latin dibahagian atas dengan angka 3.

6. Kitab ini ditulis semasa pemerintahan Sultan Ismail Ibn al Marhum al Sultan Muhammad yang ke 4 dan bahagian akhirnya dicatit tarikh selesai disusun pada hari Khamis 18 Zulhijjah pada waktu Zohor tahun 1343H. serta ditutup dengan pujian dan doa hidayah kesejahteraan untuk pelbagai pihak.

7. Kitab ini masih bertulisan tangan dan mengandungi 78 halaman. Kitab ini siap ditulis pada 1925 dan dicetak pada 1926. Lebih tepat lagi ianya dicetak (cetakan yang pertama)

oleh Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan pada 6 Rejab 1344H/19

Januari 192623. Ustaz Ismail Awang menyatakan pada 19 Julai 1925.24 Dalam kitab yang digunakan penulis kitab ini disiapkan penyusunannya pada hari Khamis 18 Zulhijjah 1343H/ 9 Jun 1925, bersamaan tahun Hijrah tetapi lebih kemudian dari kitab Miftah al-Ta’lim.

Kandungan kitab

1. Pada bahagian pendahuluan dibincangkan tentang ilmu Miqat

2. Pada bahagian pengenalan dibicarakan tentang alat Rubu’ Mujayyab (Sukuan Sinus) 3. Dibawah tajuk kenyataan pengarang membahagikan kepada 20 huraian

a. Kaedah mendapatkan ketinggian atau Irtifa’ matahari b. Kaedah mendapatkan kadar Qaws Irtifa’

c. Kaedah mendapatkan mail (deklanasi) matahari dan ghayah al irtifa’ d. Kaedah mendapatkan latitude/ urd al balad

e. Kaedah mendapatkan bu’d al qutr f. Kaedah mendapatkan asl haqiqi g. Kaedah mendapatkan nisf al fudlah

23 Wan Muhammad Saghir Abdullah, Sejarah ilmu Falak Nusantara dalam kertas kerja Seminar Keilmuan Falak ‘Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syeikh Abdullah Fahim’-perintis Ilmu Falak Moden

(12)

h. Kaedah mendapatkan asl al muaddal, al dair dan fadl al dair i. Kaedah mendapatkan irtifa’ melalui maklumat fadl al dair

j. Kaedah mendapatkan mendapatkan zill daripada irtifa’ dan sebaliknya

k. Kaedah mendapatkan al dair antara Zohor dan Asar dan al Dair antara Asar dan jatuh matahari

l. Kaedah mendapatkan kadar masa Syafak dan Fajr

m. Kaedah mendapatkan kadar masa matahari di bahagian timur dan barat n. Kaedah mendapatkan irtifa’ yang tiada simt

o. Kaedah mendapatkan hissah bagi simt dan ta’dilnya p. Kaedah mendapatkan simt bagi tipa-tiap irtifa’ q. Kaedah mendapatkan simt al qiblah

r. Kaedah mendapatkan arah mata angin

s. Kaedah mendapatkan matali’ al Falakiyah, al Baladiyah dan al Waktu. t. Kaedah mendapatkan segala planet

4. Penutup

5. Dimasukkan jadual garisan latitude dan longtitud bagi negeri di Timur seperti Mekah, Madinah, Mesir dan beberapa negeri di Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia, Kemboja dan Tanah Melayu sendiri

6. Dibahagian akhir dimasukkan waktu sembahyang Fardu (Isya’, Subuh, Zuhur, Asar), Imsak dan Syuruk yang sebanyak 6 halaman didasarkan kepada Buruj Hamal (1) di selarikan dengan Sunbulah (6), Thawr (2) dengan Asad (5), Jawza’(3) dengan Saratan (4), Mizan(1) dengan Hut (6), ‘Aqrab (2) dengan Dalwu(5) serta Qaws (3) dengan Jadiy(4).

7. Dimasukkan juga jadual untuk memudahkan operasi al Dair bagi yang ingin membetulkan jam berdasarkan Buruj Hamal (1) dan Mizan(7) yang setara dengan Sunbulah (6) dan Hut (12)

8.

Penggunaa Bahasa dan Tulisan

i) Penggunaan istilah Arab. Contohnya Markaz (hal.41)

Jaib al-tamam (hal. 41) Khat al-mashriq (hal.41) ghayat al irtifa’ (hal. 63), nisf qaws al-nahar (hal.63), tamkin (hal.63),

al-dair (hal.63), urud (hal.64),

buruj shamaliah (hal.64), qamat (hal.64),

hissat al-fajr (hal.66), khit (hal. 66),

murri (hal.66) dan lain istilah Falak yang sering digunakan pengarang sepanjang penulisannya.

ii) Perkataan yang memberi makna lain pada hari ini. Contohnya Dihantarkan (hal.43)

dicabutkan (hal. 65)

iii) Ejaan jawi samada digabungkan. Contohnya dengandialah (hal. 63)

(13)

bulatan (ba’, waw, lam,ta’, nun-hal. 65), itu (alif, ya, ta’ marbutah-hal.43)

iv) Bahasa tempatan (loghat Kelantan). Contohnya Juring (hal. 43)

sanya (hal.63) bermaksud bahawasanya, jatuh matahari (hal.65),

naik matahari (hal.66) v) Salah ejaan

Terakas (sebaliknya) (hal. 49) vi) Kesalahan bahasa

Pada mengetahuikan (hal. 49)

Kesimpulan

Sumbangan Haji Umar Sungai Keladi ini boleh dikatakan agak besar juga dalam meransang masyarakat selepasnya menguasai bidang Falak ini. Selepas muncul tokoh-tokoh Falak terkenal seperti diatas yang tidak kedapatan di negeri lain di Tanah Melayu. Mufti Hj. Nor, Abd.Rahman Husin dan abd.Rahman Salleh adalah antara contohnya. Cetusan dan rantaian daripada beliau kita dapati di Kelantan ilmu Falak dan pembuatan alat Rubu’ Mujayyab masih terus dikeluarkan. Pelajar Maahad Muhammadi lebih berpeluang untuk mengenali ilmu ini berbanding institusi pendidikan agama dinegeri-negeri lain. Baharuddin Zainal pernah membuat rumusan keintelektualan ulama ini sebagai:

“ meletakkan asas hitungan trigonometri bagi semua konsep Falak yang menggunakan konsep geometri. Pada zamannya dan masa kini, semua konsep ini terdapat dalam ilmu ukur, ilmu pelayaran dan asas-asas ilmu Falak. Beliau melakukannya sebagai wasilah untuk pengamalan ibadah.”25

Pengaruhnya bukan sahaja di Kelantan bahkan kitab ini pernah dijadikan rujukan oleh Kiyai Muhammad Shalih al-Fathani. (Tulisan oleh Ustaz W. Saghir Abdullah dalam Bicara agama Utusan Malaysia/ Blog Ulama Nusantara) melalui Risalah Durar al-Azman Pada mengirakan Pangkal Tiap-tiap Tahun dan Bulan yang selesai ditulis pada 1 Muharram 1353H/ 16 April 1934M. Begitu juga muridnya di Negeri Sembilan dan Melaka seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Apa yang lebih mustahak diperhatikan daripada sadikit yang disumbangkan oleh Haji Umar ini, dengan penghasilan dua kitab ini mampu membantu mempermudahkan umat Islam dari sudut solat, puasa, menunaikan haji dan hari-hari kebesaran Islam bahkan amalan dan memulakan pekerjaan harian mereka. Namun begitu usaha bersifat tradisional ini perlulah digabungkan dengan teknologi moden hari ini seperti Kalkulator, Komputer, GPS dan kerjasama tenaga kepakaran yang ada di Jabatan Ukur dan Pusat Pengajian tinggi demi meninggi dan menapakkan Islam di bumi Allah ini.

Referensi

Dokumen terkait

2) Seluruh unit kerja memenuhi standar pelayanan prima dan mencapai target kinerjanya dengan administrasi yang akuntabel. Sebagai wujud pemerintahan yang baik,

Konstanta (b0) = 0,438, yang menunjukkan bahwa jika tidak dilakukan upaya peningkatan terhadap kehandalan, ketanggapan dan empati, maka kepuasan peserta JKN di

Provinsi Banten Provinsi Banten Provinsi Nusa Tenggara Barat Provinsi Nusa Tenggara Barat Provinsi Kalimantan Selatan Provinsi Kalimantan Selatan Provinsi Sulawesi Utara

 Jika Opsi Use default gateway on remote network kita aktifkan maka apabila Client ini sudah terkoneksi ke VPN Server maka selanjutnya Gateway yang di gunakan bukan lagi gateway dari

Kesimpulan pada penelitian ini yaitu untuk merancang model basis data pada Lembaga Kursus Digi Kidz memerlukan tahapan secara konseptual, logikal dan fisikal

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan penerapan model pembelajaran Example Non Example Berbantu Permainan Ulartangga dan menemukan peningkatan keterampilan

Kedua : Faktor apa yang paling berpengaruh terhadap tingginya tingkat kesadaran masyarakat Desa Plalangan Kecamatan Jenangan Kabupaten Ponorogo dan strategi apa yang dilakukan

Current Ratio merupakan variabel yang dominan berpengaruh terhadap Net Profit Margin, dengan nilai koefisien sebesar 4,099 Ini dikarenakan Current Ratio merupakan rasio yang