• Tidak ada hasil yang ditemukan

etika dan perundangan dalam sukan dadah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "etika dan perundangan dalam sukan dadah"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KURSUS GGGC4023

ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM SUKAN DAN REKREASI

TUGASAN : ARTIKEL PERUNDANGAN

TAJUK : PENGGUNAAN DADAH STEROID BOLEH BAWA MAUT: DR RAMLAN SUMBER : MSTAR ONLINE

DISEDIAKAN UNTUK:

MOHD. RADZANI BIN ABDUL RAZAK

DISEDIAKAN OLEH :

(2)

PENGGUNAAN DADAH STEROID BOLEH BAWA MAUT: DR RAMLAN Diterbitkan: Selasa 28 Feb, 2012

KUALA LUMPUR: Demi mengejar impian dan menempa kejayaan dengan cara mudah dan singkat, atlet yang mengambil dadah terlarang sebagai jalan pintas untuk mencapai cita-cita sebenarnya berdepan risiko kematian tanpa mereka sedari.

Tindakan mengambil dadah terlarang, sama ada untuk meningkatkan prestasi, penenang atau menguatkan tubuh bukan hanya merosakkan masa depan mereka sebagai atlet sebaliknya dalam jangka masa panjang membawa mudarat sehingga boleh mengundang maut. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata pengambilan dadah streiod seperti jenis Anabolic steroids boleh mengundang maut dalam jangka masa panjang. "Pengambilan dadah jenis ini juga boleh mendatangkan kesan negatif dan boleh memberi kerosakan kepada organ jantung, buah pinggang, hati, ginjal dan alat kelamin sehingga tidak mampu untuk mendapatkan zuriat. Dr Ramlan yang berkelulusan Sarjana Sains dan Perubatan Sukan, University of London mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang perubatan dan sains sukan bermula sebagai pegawai perubatan di ISN. Beliau juga menghasilkan tiga buah buku berkaitan sains sukan iaitu Buku Panduan Perubatan untuk Jurulatih-jurulatih di Malaysia pada tahun 1993, Buku Panduan Perub atan Sukan untuk Atlit dan Jurulatih (2001) dan menjadi penulis bersama untuk buka 'Case Histories in Joint and Muscle Injury' (2004). Selain itu, beliau juga pernah menjadi ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos dan Sukan Para Asia 2010 di Guangzhou, China.

(3)

"Psikologi atlet akan menjadi lebih agresif daripada kebiasaannya di mana personaliti atlet boleh menjadi panas baran, ingkar perintah dan tidak mampu melakukan pertimbangan secara normal sehingga boleh bergaduh dengan rakan mahupun dengan jurulatih," katanya.

Dr Ramlan berkata adalah tidak berbaloi apabila atlet sanggup menggadaikan kesihatan dan nyawa sendiri sebagai tukaran untuk mendapat pingat dengan jalan mudah sedangkan harga nyawa dan kesihatan adalah jauh lebih mahal daripada itu. Beliau berkata pengambilan bahan terlarang dalam sukan bukan hanya mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan dan psikologi atlet tetapi turut membawa kerosakan yang besar kepada masyarakat sukan yang terdiri daripada atlet, jurulatih, badan sukan dan semua pihak yang terlibat di dalamnya. Dr Ramlan berkata pengambilan dadah dalam sukan bukanlah satu perkara baru sebaliknya perkara itu mula timbul sejak zaman olimpik kuno lagi.

"Atlet pada zaman itu berusaha mencari kelebihan dalam jangka masa singkat untuk mengatasi saingan lawan dengan mengguna daun-daun, akar kayu, rempah ratus dan organ binatang yang dirasakan mampu memberi kelebihan luar biasa kepada mereka," katanya. Beliau berkata semua ini berpunca daripada sikap tidak jujur yang ada pada diri manusia yang tamak mengejar kejayaan sehingga sanggup mengguna jalan pintas untuk mencapai impian masing-masing. "Soal etika adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh kerana hanya atlet yang mempunyai kejujuran dan keikhlasan dalam pertandingan sahaja mampu beraksi dengan corak persembahan yang tulen tanpa dicemari dengan penggunaan bantuan dadah terlarang," katanya.

Dr Ramlan berkata walaupun mengikut statistik, kurang satu peratus atlet negara terlibat dalam pengambilan dadah terlarang, ia tidak bermakna isu itu bukan satu permasalahan besar bagi masyarakat sukan di negara ini.

(4)

selepas kejohanan sebaliknya memberi pendidikan dan pencegahan. Beliau berkata pada kaca mata dunia, Malaysia amat dihargai sebagai negara anggota Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) yang memainkan peranan utama memerangi penyalahgunaan dadah dalam sukan.

(5)

1. SINOPSIS

Ramai atlet diluar sana yang taksub akan kejayaan sehimgga tidak menyedari sesuatu yang mereka lakukan adalah salah dari sisi undang-undang dan memudaratkan kesihatan mereka sendiri. Telah terbukti bahawa pengambilan dadah streiod seperti jenis Anabolic steroids boleh mengundang maut dalam jangka masa panjang kepada atlet contohnya menyebabkan pelbagai kerosakan organ dalaman badan dan mengganggu sistem hormon seseorang atlet.

Dalam kes pengambilan dadah yang terlarang di Malaysia, antara jenis dadah digunakan ialah Drostanolone Metabolite (meningkatkan prestasi), Metandienone Metabolite (membina otot), propranonol (penenang) dan Anabolic steroids (membina otot). Atlet kebanyakannya terlalu taksub dengan tindak balas dadah yang diambil yang rata-ratanya member kesan positif terhadap perkembangan sesuatu pertandingan.

Kesan yang dapat dilihat adalah pengambilan dadah steroids akan mengubah psikologi seseorang atlet menjadi panas baran dan tidak berdisiplin. Di akui sejak zaman olimpik kuno lagi bahawa untuk memberi persaingan yang lebih hebat masyarakat pada ketika itu mula mengamalkan makan akar kayu, daun-daun yang dipercayai untuk menambah tenaga ketika perlawanan.

Oleh itu, ISN bersama agensi sukan lain seperti Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Negara, persatuan sukan kebangsaan dan penguatkuasa undang-undang perlu bergabung tenaga bagi memeranginya serta Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) memandang serius usaha menangani masalah dengan menubuhkan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas).

(6)

Pada pendapat saya, pemeriksaan kesihatan seperti ujian air kencing pemeriksaan darah dan sebagainya perlu dilakukan ke atas setiap atlet sebelum dan selepas pertandingan dengan lebih kerap bagi memudahkan jurulatih memantau tahap perkembangan kesihatan atlet masing-masing. Pemeriksaan perlu diwajibkan keatas semua atlet bagi membanteras pengambilan dadah dalam kalangan mereka bagi menghasilkan persaingan secara sihat dan berdisiplin.

Selain itu, pelbagai kempen anti-dadah perlu disebarkan secara meluas melalui media sosial contohnya seperti facebook, twitter, dan sebagainya untuk tujuan memberi kesedaran kepada orang ramai dan juga atlet tentang bahaya dadah kepada diri dan masyarakat. Hal ini adalah kerana masyarakat kini lebih kerap menggunakan media sosial jika hendak dibandingkan dengan penggunaan media massa.

Pada peringkat permulaan pemilihan atlet untuk sesuatu pertandingan, jurulatih haruslah memastikan atlet yang dipilih mempunyai latar belakang disiplin yang bersih dan baik disamping mempunyai bakat yang bagus. Hal ini penting kerana pemilihan mereka perlu ditapis bagi memastikan mereka bebas dari dadah dan tidak mempunyai kemungkinan untuk mengambil dadah.

Referensi

Dokumen terkait

Abstrak: Penelitian ini adalah penelitian deskriptif, bertujuan untuk mengetahui besar debit saat musim kemarau, daya output dan efisiensi serta kesesuaian pemilihan penstock

Handout tersebut mengacu pada buku pendidikan agama Islam yang sesuai dengan KBK serta buku-buku lain yang dirasa perlu diketahui siswa. Pemberian Handout

Toolbox adalah sebuah panel yang menampung tombol-tombol yang berguna untuk membuat suatu desain animasi mulai dari tombol seleksi, pen, pensil, Text, 3D

Dalam penelitian ini, sistem pakar dipilih sebagai solusi terhadap permasalahan yang terdapat di Kabupaten Karo karena sistem pakar adalah sistem berbasis komputer yang

Dalam fase ini proses interaksi orang tua dengan nilai baru yang berupa penanaman nilai pendidikan anti-korupsi yaitu nilai disiplin, nilai tanggung jawab dan nilai

yang dilakukan oleh Setiawan (2011) dengan hasil penelitian keadilan informasional berpengaruh positif signifikan terhadap kepuasan kerja karyawan BPR di Provinsi

|jejakseribupena.com, Soal dan Solusi Simak UI Matematika Dasar, 2010

tulis/ karya ilmiah, mulai dari halaman DAFTAR PUSTAKA sampai dengan RIWAYAT HIDUP, menggunakan angka yang diketik pada pias (marjin) atas sebelah kanan. dengan jarak 3