• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN I PENDAHULUAN. 3. Dalam peraturan ini, tafsiran yang digunakan adalah seperti berikut:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAHAGIAN I PENDAHULUAN. 3. Dalam peraturan ini, tafsiran yang digunakan adalah seperti berikut:"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

PERATURAN & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam Kali Ke-7 Tahun 1437H / 2016M

BAHAGIAN I PENDAHULUAN Nama dan Pemakaian

1. Peraturan ini dinamakan Peraturan Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam

2. Peraturan ini hendaklah hanya terpakai bagi Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka dan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam.

Tafsiran

3. Dalam peraturan ini, tafsiran yang digunakan adalah seperti berikut: “Majlis” ertinya Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan;

“Urus Setia” ertinya Urus Setia Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan;

“Jawatankuasa Induk” ertinya Jawatankuasa Induk Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam;

“Penganjur” ertinya agensi yang menguruskan penganjuran Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam iaitu Majlis Agama Islam Melaka, Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam; dan

“Jemaah Hakim” ertinya anggota-anggota yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk untuk menghakimi Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam.

(2)

2 BAHAGIAN II

PELAKSANAAN MAJLIS Anjuran dan Kelolaan

4. Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri yang ditetapkan dari semasa ke semasa. Pelaksanaannya dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan, iaitu Jawatankuasa Induk Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam .

Keanggotaan Jawatankuasa Induk

5. Jawatankuasa Induk terdiri daripada keanggotaan seperti berikut: a. Seorang Pengerusi yang dilantik oleh YAB Ketua Menteri Melaka;

b. Seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Pengerusi Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam;

c. Beberapa orang ahli yang mewakili Jabatan Kerajaan yang berkenaan yang dilantik oleh Pengerusi;

d. Beberapa orang ahli daripada kalangan orang perseorangan yang dilantik oleh Pengerusi berdasarkan pengalaman dan kemahiran dalam bidang Tilawah al-Quran tertakluk kepada syarat mendapat persetujuan Pengerusi Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam terlebih dahulu mengenai bilangannya; dan

e. Seorang Setiausaha daripada pegawai Majlis Agama Islam Melaka atau Jabatan Agama Islam Malaysia.

6. Majlis Agama Islam Melaka selaku Biro Agama Dunia Melayu Dunia Islam menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Induk.

Pelantikan Jawatankuasa Kecil

6. Jawatankuasa Induk berhak menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya bagi tujuan membantu pelaksanaan majlis.

Tarikh Majlis Diadakan

7. Tarikh Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Induk yang lazimnya akan jatuh pada 17 Ramadhan setiap tahun

Pembahagian Hadiah

8. Hadiah kepada peserta diberikan mengikut bahagian, iaitu Kategori Qari dan Qariah. 9. Hadiah-hadiah wang tunai beserta hadiah iringan diberikan kepada Johan, Naib Johan

dan tempat ketiga Kategori Qari dan Qariah.

10. Setiap peserta yang tidak mendapat hadiah utama seperti di Para 10 akan diberi hadiah wang sagu hati.

(3)

3 11. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan diberi hadiah cenderahati dan sijil

penyertaan.

12. Bentuk hadiah kepada pemenang dan peserta yang mengambil bahagian ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk.

BAHAGIAN III

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Peserta-Peserta Majlis Tilawah

Para peserta yang layak menyertai Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa MAIM bersama DMDI terdiri daripada:

1.1 Qari dan qariah yang mewakili negeri-negeri di Malaysia ; dan 1.2 Qari dan qariah yang mewakili negara-negara DMDI.

2. SYARAT-SYARAT PESERTA 2.1 Beragama Islam.

2.2 Berusia tidak kurang 18 tahun pada hari pertama majlis dijalankan kecuali dengan izin pihak penganjur.

2.3 Peserta yang pernah menjadi johan di dalam Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa MAIM bersama DMDI adalah tidak layak untuk menyertai majlis ini. 2.4 Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan dan menyerahkannya

kepada urusetia beserta satu salinan kad pengenalan dan kad tukar alamat jika berkaitan.

2.5 Setiap peserta yang mewakili negeri-negeri di Malaysia hendaklah diperakukan penyertaan mereka daripada Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri-negeri manakala setiap peserta yang mewakili Negara-negara DMDI hendaklah diperakukan penyertaan mereka daripada Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam. 2.6 Sebuah negeri / negara hanya layak menghantar seorang peserta qari dan

seorang peserta qariah sahaja.

2.7 Peserta yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas maka penyertaannya adalah terbatal.

3. PERATURAN PESERTA

3.1 Peserta qariah hendaklah tidak berada dalam keadaan uzur syarie.

3.2 Setiap peserta dikehendaki hadir dalam majlis pengundian bagi menentukan giliran membaca dan tidak boleh mewakilkannya kepada sesiapa pun kecuali dalam keadaan yang amat mustahak dan mendapat kebenaran daripada urus setia.

3.3 Setiap peserta hendaklah mengundi nombor giliran dan ayat untuk dibaca pada waktu yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua jam sebelum majlis dijalankan.

(4)

4 3.4 Keputusan undian adalah muktamad. Peserta tidak dibenarkan sama sekali menukar giliran membaca atau ayat yang hendak dibaca selepas pengundian dibuat, kecuali dalam hal kecemasan setelah mendapat kebenaran penganjur. 3.5 Peserta yang tidak hadir dalam majlis pengundian atau membuat pertukaran

selepas pengundian tanpa mendapat kebenaran penganjur boleh dibatalkan penyertaannya.

3.6 Peserta hendaklah berada di majlis tilawah sekurang-kurangnya 30 minit sebelum majlis bermula.

3.7 Peserta yang ditetapkan giliran membaca pada malam-malam tertentu hendaklah berada di astaka 10 minit sebelum gilirannya membaca.

3.8 Setiap peserta dikehendaki membaca bermula daripada ayat yang ditetapkan dalam tempoh 10 minit.

3.9 Setiap peserta hendaklah berpakaian lengkap (menutup aurat dengan sempurna), iaitu baju kebangsaan negara masing-masing bagi qari dan pakaian yang sesuai bagi qariah ketika mempersembahkan bacaan dan semasa majlis penyampaian hadiah. Peserta qariah tidak dibenarkan memakai penutup muka semasa mempersembahkan bacaan dan semasa majlis penyampaian hadiah. 3.10 Setiap peserta hendaklah mematuhi semua arahan dan peraturan yang

dikeluarkan oleh penganjur dari semasa ke semasa. 4. HADIAH PEMENANG

4.1 Johan Qari dan Qariah : Wang tunai RM 10,000.00, sijil dan piala iringan. 4.2 Naib Johan Qari dan Qariah : Wang tunai RM 7,000.00, sijil dan piala iringan. 4.3 Ketiga Qari dan Qariah : Wang tunai RM 5,000.00, sijil dan piala iringan. 4.4 Saguhati Qari dan Qariah : Wang tunai RM 500.00 dan sijil.

5. PENGINAPAN DAN PERJALANAN

5.1 Penginapan hanya disediakan bagi seorang peserta qari bersama seorang pengiring lelaki dan seorang peserta qariah beserta seorang pengiring wanita (2 bilik sahaja bagi setiap negeri / negara). Sebarang pertambahan bilik adalah di bawah tanggungjawab negeri / negara yang menyertai majlis ini.

5.2 Sebarang kos perjalanan ke majlis ini adalah di bawah tanggungan negeri / negara masing-masing.

6. KETERANGAN

6.1 Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak penganjur : a. En. Saiful Azrin Bin Mohamed Salleh (017-5170137)

Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam

b. Ustaz Mohd Rizalman Bin Syed (012-3673967 / 06-282 5981 / 06-283 7416) Majlis Agama Islam Melaka

c. Ustaz Mohd Azizul Bin Abdul Aziz (013-6384181 / 06-288 2380) Bahagian Dakwah JAIM

(5)

5 6.2 Tarikh tutup penyertaan pada 10 Jun 2016 (Jumaat)

6.3 Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

6.4 Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada: (a) Bagi penyertaan di luar negara :

Pengurus Besar Dunia Melayu Dunia Islam

28-2, Aras 2 Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka. Tel : +606 232 3223 Fax : +606 232 3221

(b) Bagi penyertaan di dalam negara :

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka

Aras 1, Pusat Islam Melaka, Jalan Bukit Palah, 75400 Melaka Tel : 06 - 288 2380 Fax : 06 - 288 1291

(6)

6 LAMPIRAN KAEDAH PENGHAKIMAN

MAJLIS TILAWATUL QURAN ANTARABANGSA

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA BERSAMA DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM 1. TUJUAN

Kaedah ini bertujuan untuk membantu Jemaah Hakim Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam menjalankan tugas-tugas penghakiman seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam.

2. RASIONAL KAEDAH PENGHAKIMAN

Kaedah ini memberi panduan secara terperinci kepada semua anggota Jemaah Hakim dalam setiap tugas yang mereka lakukan dan membantu mereka melaksanakannya dengan cekap dan berkesan.

3. BAHAGIAN-BAHAGIAN PENGHAKIMAN

Bahagian-bahagian penghakiman adalah seperti berikut: a. Tajwid, dengan wajaran 40 markah;

b. Tarannum, dengan wajaran 25 markah; c. Fasahah, dengan wajaran 20 markah; dan d. Suara dengan wajaran 15 markah.

4. BAHAGIAN TAJWID

Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Tajwid adalah seperti berikut:

a. Menjaga segala hukum Tajwid dengan sempurna, terutama mengenai perkara-perkara yang dihuraikan di bawah ini selanjutnya;

b. Menyebut dengan betul setiap makhraj dan sifat huruf serta lain-lain dari segi tebal dan nipisnya;

c. Menjaga hukum-hukum Tarqiq dan Tafkhim terutama pada huruf lam dan ra’; d. Mad Asli, Mad Tabii dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang dua harakat;

e. Mad Jaiz Munfasil boleh dibaca dengan dua harakat atau empat harakat atau lima harakat. Setiap peserta boleh memilih salah satu daripada wajah-wajah Mad Jaiz Munfasil mengikut jalan (tariq) yang dibaca oleh peserta. Sekiranya ia memilih salah satu daripadanya, ia hendaklah meneruskan bacaannya atas wajah itu tanpa berpindah kepada wajah yang lain. Sekiranya terdapat dua Mad Jaiz Munfasil atau lebih dalam sesuatu ayat, maka hendaklah disamakan kadar panjang mad itu, iaitu jika dibaca dengan empat

(7)

7

harakat pada Mad Jaiz Munsafil pertama, maka hendaklah dibaca dengan empat harakat

juga pada Mad Jaiz Munsafil kedua, demikianlah seterusnya;

f. Mad Wajib Muttasil hendaklah dibaca dengan kadar panjang empat harakat, atau lima

harakat, atau enam harakat ketika waqaf. Kadar panjang bacaannya hendaklah

diselaraskan;

g. Mad Lazim hendaklah panjang bacaannya dengan kadar enam harakat, manakala mad

istifham/mad farq boleh dibaca dengan dua wajah, iaitu bacaan ibdal atau tashil;

h. Mad ‘Aridh dibaca dengan kadar panjang dua atau empat atau enam hakarat ketika waqaf sahaja;

i. Mad Silah hendaklah dibaca dengan kadar dua harakat, tetapi sekiranya selepas Mad

Silah terdapat sebab, yakni hamzah selepasnya, maka hendaklah dibaca dengan kadar

panjangnya seperti Mad Jaiz Munfasil;

j. Ghunnah dibaca dengan kadar dua harakat, sama ada dalam keadaan waqaf dan wasal; k. Riwayat yang dijadikan asas pegangan ialah Riwayat Hafs; dan

l. Mengenai isymam dan raum, saktah, tashil dan ibdal, naql, silah dan imalah ialah seperti mengikut tariq bacaan yang dipilih oleh peserta seperti berikut:

i. isymam / raum ii. saktah

iii. tashil / ibdal iv. naql

v. Silah vi. imalah

m. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang Tajwid hendaklah mengandungi ciri-ciri seperti berikut:

i. Dapat menyempurnakan riwayat qiraat dan tariq bacaan dengan sempurna; ii. Dapat menyamai kadar panjang hukum mad;

iii. Dapat menyempurnakan sebutan huruf dan sifatnya; dan iv. Dapat menyempurnakan sifat-sifat ghunnah;

n. Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Tajwid ialah seperti berikut: i. Perkara –perkara yang dihakimi ialah:

1. bacaan mengikut Riwayat Hafs Tariq al-Imam al-Syatibi / al-Imam Ibn al-Jazari; 2. makhraj dan sifat huruf;

3. hukum nun dan mim sakinah dan tanwin; 4. hukum nun dan mim musyaddadah; 5. hukum ra’ dan lam;

6. hukum saktah, imalah dan ibdal; 7. hukum mad asli dan far’i; dan 8. hukum-hukum tajwid yang lain.

ii. Setiap satu kesalahan khafi dipotong satu markah; dan iii. Setiap satu kesalahan nyata (jali) dipotong dua markah.

(8)

8 5. BAHAGIAN TARANNUM

Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian tarannum adalah seperti berikut:

a. Menggunakan tarannum bil-Quran dengan sekurang-kurangnya empat jenis tarannum tanpa mengira jenis tarannum yang dimulakan;

b. Setiap tarannum bil-Quran hendaklah disempurnakan secara teratur sekurang-kurangnya dalam empat harakat tanpa bercampur aduk atau takrir;

c. Setiap tarannum bil-Quran hendaklah dibawa dalam tiga tingkatan (tabaqat) suara iaitu: i. rendah, sederhana dan tinggi; atau

ii. sederhana, tinggi dan tertinggi.

d. Setiap tarannum bil-Quran hendaklah dibawa dengan teratur dan tersusun satu demi satu tanpa bercampur aduk antara satu sama lain kecuali wuslah al-mumathalah;

e. Menunaikan wuslah al-mumathalah sekurang-kurangnya sekali dalam satu bacaan;

f. Setiap tarannum bil-Quran yang dibawa pada ayat yang akhir (penutup) hendaklah sama dengan tarannum yang dibawa pada ayat permulaan, iaitu sebelum berakhir tempoh masa yang ditetapkan;

g. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang tarannum hendaklah mengandungi ciri-ciri seperti berikut:

i. Tarannum bil-Quran yang mempunyai lahjah Arab dan qit’ah-qit’ah yang menarik; ii. Tarannum bil-Quran yang dibawa mempunyai wuslah al-mumathalah yang menarik

lebih daripada sekali dalam satu bacaan;

iii. Mempunyai kecekapan membawa tarannum bil-Quran lain selain daripada tarannum

bil-Quran wajib, sekurang-kurangnya dalam dua harakat dalam tempoh bacaan yang

ditentukan;

iv. Setiap tarannum bil-Quran mengandungi lebih daripada empat harakat yang teratur dan menarik;

v. Tarannum bil-Quran yang mempunyai unsur-unsur tersendiri tanpa meniru mana-mana qari yang masyhur;

vi. Dapat menyesuaikan tarannum bil-Quran dengan kehendak makna ayat tanpa lari daripada kaedah Tajwid dan Usul;

vii. Membawa burdah-burdah tarannum bil-Quran yang menarik;

viii. Setiap persembahan tarannum hendaklah disempurnakan empat tabaqat; dan

ix. Bacaan yang mempunyai salalim nuzul atau salalim su’ud yang menarik pada setiap tarannum dalam mana-mana harakat;

h. Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang tarannum bil-Quran ialah seperti berikut:

i. Membaca kurang daripada empat jenis tarannum – setiap satu tarannum wajib yang ditinggalkan dipotong empat markah;

ii. Tidak membaca dua jenis tarannum yang ditetapkan, setiap satu daripada dua tarannum yang ditinggalkan dipotong empat markah;

iii. Membaca kurang daripada empat harakat bagi setiap tarannum – setiap satu harakat yang kurang dipotong satu markah;

(9)

9 iv. Tidak membawa tiga tabaqat bagi setiap tarannum – setiap satu tabaqat yang tidak

dibawa dipotong satu markah;

v. Sumbang yang merosakkan tarannum – setiap satu kesalahan dipotong satu markah; vi. Terputus nafas yang merosakkan tarannum – setiap satu kesalahan dipotong satu

markah;

vii. Tarannum yang bercampur aduk – setiap satu kesalahan dipotong satu markah; viii. Takrir pada tarannum – setiap satu kesalahan dipotong satu markah;

ix. Takrir pada harakat – setiap satu kesalahan dipotong satu markah;

x. Meniru sepenuhnya bacaan mana-mana qari yang mashyur – dipotong satu markah; xi. Tidak membawa satu wuslah al-mumathalah dan ikhtilal al-lahn bagi satu bacaan –

dipotong satu markah;

xii. Tarannum penutup tidak sama dengan tarannum pembukaan – dipotong satu markah; dan

xiii. Jika berulang-ulang pada kesalahan yang sama, hendaklah dipotong markahnya dengan kadar tidak melebihi lima markah.

6. BAHAGIAN FASAHAH

Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Fasahah adalah seperti berikut:

a. Cermat dan fasih dalam bacaan;

b. Mahir menyebut kalimah-kalimah dan ayat-ayat; c. Terpelihara segala huruf, harakat (baris) dan tasydid;

d. Menepati waqaf dan ibtida’ termasuk Waqaf Jibril atau Waqaf Nabawi; e. Bacaan menurut lahjah Arab Fusha;

f. Bacaan sederhana, tidak terlalu cepat atau terlalu lambat; g. Tidak bercampur aduk antara bacaan tartil dan tadwir;

h. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang Fasahah hendaklah mengandungi ciri-ciri seperti berikut:

i. Bacaan dengan lahjah Arab;

ii. Dapat menyempurnakan ayat yang panjang dalam satu nafas; dan iii. Bacaan yang cermat dan bertadabbur;

i. Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Fasahah adalah seperti berikut: i. Tersalah memulakan bacaan atau ayat yang ditetapkan – dipotong tiga markah;

ii. Menamatkan bacaan melebihi 30 saat sebelum cukup tempoh yang diperuntukkan – dipotong satu markah;

iii. Tertinggal atau melangkau ayat semasa dalam bacaan – dipotong dua markah;

iv. Tidak membaca ayat atau surah yang telah ditetapkan – bacaan ditolak (tidak diberi markah);

v. Jika berulang-ulang pada kesalahan yang sama, hendaklah dipotong markahnya dengan kadar tidak melebihi lima markah; dan

vi. Jika berulang-ulang kesalahan nyata (jali) atau tiada kelancaran yang berterusan maka markah Fasahah dibatalkan (tidak diberi markah).

(10)

10 7. BAHAGIAN SUARA

Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penghakiman bahagian Suara adalah seperti berikut:

a. Kebersihan, kelicinan dan kelancaran suara; b. Kemanisan dan kelembutan suara;

c. Suara terang, nyata dan lantang;

d. Suara yang tidak berubah-ubah dari mula bacaan hingga ke akhirnya walaupun ada tekanan suara turun dan naik semasa membaca;

e. Ketepatan nada suara pada tarannum yang dibaca;

f. Menunaikan ikhtilal al-lahn sekurang-kurangnya sekali dalam satu bacaan;

g. Persembahan yang dikira istimewa dalam bidang Suara hendaklah mengandungi ciri-ciri seperti berkut:

i. Suara yang mempunyai lahjah Arab;

ii. Suara yang mempunyai keempat-empat tabaqat dengan selesa; iii. Suara yang menarik dan merdu;

iv. Suara yang bergerak dan dapat menghidupkan rentak-rentak suara;

v. Suara yang licin, lembut, terang dan jelas semasa tekanan suara tinggi, rendah dan sederhana;

vi. Suara yang mempunyai getaran dan burdah yang menarik;

vii. Dapat mengawal sepenuhnya alunan suara dengan selesa semasa nyaring dan semasa perlahan; dan

viii. Menunaikan ikhtilal al-lahn lebih dari sekali dalam satu bacaan.

h. Kaedah dan peraturan pemotongan markah dalam bidang Suara adalah seperti berikut: i. Suara parau – tiap-tiap kali dipotong satu markah;

ii. Suara sumbang yang merosakkan – tiap-tiap kali dipotong satu markah; iii. Suara tenggelam – tiap-tiap kali dipotong satu markah;

iv. Suara pecah dan terputus-putus – tiap-tiap kali dipotong satu markah; v. Suara tersepit atau tercekik – tiap-tiap kali dipotong satu markah;

vi. Suara terketar-ketar kerana terlampau tinggi atau terlampau rendah – tiap-tiap kali dipotong satu markah;

vii. Suara yang tidak cukup tiga tabaqat – tiap-tiap kali dipotong satu markah; viii. Suara lemah dan kelembapan – tiap-tiap kali dipotong satu markah; ix. Suara yang keras dan kaku – tiap-tiap kali dipotong satu markah; x. Suara yang berubah kualiti – tiap-tiap kali dipotong satu markah;

xi. Tidak membawa satu ikhtilal al-lahn bagi satu bacaan – dipotong satu markah; dan xii. Jika berulang-ulang pada kesalahan yang sama, hendaklah dipotong markahnya

(11)

11 KAEDAH PERMARKAHAN

8. BORANG PEMARKAHAN

Borang pemarkahan yang disediakan oleh penganjur sahaja dikira sah bagi kegunaan dalam majlis ini.

9. CARA MENGISI BORANG

Semasa majlis dijalankan, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian oleh para hakim ketika mengisi borang pemarkahan, iaitu:

a. Tiap-tiap satu kesalahan pada satu-satu bahagian hendaklah dipotong markah yang ditetapkan daripada markah penuh yang diperuntukkan bagi bahagian itu;

b. Kesalahan-kesalahan yang sama dalam satu-satu perkara tidak dikira sebagai satu kesalahan baru;

c. Setiap kesalahan hendaklah ditunjukkan dalam borang pemarkahan dengan memberi tanda jumlah markah yang dipotong pada ruangan yang disediakan dan dicatatkan kesalahannya;

d. Sekiranya seseorang peserta membaca ayat al-Quran lain daripada yang telah ditetapkan kepadanya, maka bacaannya tidak dikira;

e. Hakim hendaklah menggunakan pen dakwat apabila mengisi borang pemarkahan; dan f. Setelah selesai satu-satu penghakiman, borang-borang tersebut hendaklah ditandatangani

oleh setiap hakim; 10. JURUKIRA

Urusan kira mengira dan menyediakan daftar keputusan dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang jurukira yang dilantik oleh Pengerusi Jemaah Hakim.

11. PENENTUAN PEMENANG

Bagi menentukan pemenang, Jemaah Hakim akan berpandukan kepada perkara-perkara berikut:

a. Peserta yang dapat markah tertinggi akan menyandang tempat pertama, dan yang kedua tertinggi mendapat tempat kedua dan begitulah seterusnya;

b. Sekiranya berlaku persamaan markah antara dua orang peserta atau lebih, maka hendaklah dirujuk kepada markah bahagian Tajwid, iaitu peserta yang memperoleh markah Tajwid lebih tinggi dikira sebagai pemenang. Sekiranya masih terdapat persamaan, maka hendaklah dirujuk kepada markah bahagian Tarannum dan seterusnya markah Fasahah dan Suara. Sekiranya masih juga terdapat persamaan, Jemaah Hakim hendaklah membuat undian secara yang terbaik;

c. Bagi menetukan tempat kedua dan ketiga, Jemaah Hakim hendaklah mengikuti kaedah seperti penentuan tempat pertama yang dinyatakan di atas; dan

d. Johan antara negeri hendaklah ditentukan mengikut jumlah markah yang diperoleh oleh qari dan qariah yang mewakili sesebuah negeri dengan syarat salah seorang daripadanya

(12)

12 mendapat sekurang-kurangnya tempat ketiga. Dalam segi ini, qari dan qariah yang menyertai majlis sebagai Johan Menunggu diangap tidak mewakili mana-mana negeri. 12. PENUTUP

Kaedah penghakiman ini menjadi panduan kepada setiap anggota Jemaah Hakim melaksanakan tugas masing-masing dengan teratur dan sistematik. Dengan itu dapat membantu Jemaah Hakim menjalankan tugas-tugas penghakiman dalam Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan Majlis Tilawatul Quran Antarabangsa Majlis Agama Islam Melaka Bersama Dunia Melayu Dunia Islam dengan cekap dan berkesan.

(13)

13 Sila sertakan gambar terbaru ukuran pasport

BORANG PERMOHONAN PENYERTAAN

MAJLIS TILAWATUL QURAN ANTARABANGSA MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA BERSAMA

DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM KALI KE-7 TAHUN 1437H / 2016M

1. NAMA PENUH (HURUF BESAR) :

2. NO. KAD PENGENALAN /

NO. PASSPORT : 3. NO. TELEFON : 4. TARIKH LAHIR : 5. TEMPAT LAHIR : 6. UMUR : 7. JANTINA : 8. WARGANEGARA :

9. ALAMAT DALAM KAD

PENGENALAN :

10. ALAMAT SURAT MENYURAT :

11. NAMA DAN ALAMAT MAJIKAN

/ INSTITUSI PENDIDIKAN :

(14)

14

12. DIDIKAN AL-QURAN :

13. PENGALAMAN MENYERTAI

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN :

14. KELUARGA TERDEKAT UNTUK DIHUBUNGI SEMASA KECEMASAN

:

15. PENGESAHAN PESERTA : Saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberikan

adalah benar.

Sekiranya didapati terdapat keterangan yang tidak benar, maka

penyertaan saya boleh dibatalkan.

TARIKH : TANDATANGAN PESERTA : 1. 2.

16. UNTUK KEGUNAAN JABATAN : Permohonan adalah diterima / tidak diterima (Sila tandakan yang berkaitan)

TARIKH :

TANDATANGAN PEGAWAI :

CATATAN:

1. Borang permohonan ini hendaklah diisi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ini ditolak.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian dan data terkait faktor risiko terhadap status kontrol glikemik pada kehamilan dengan DM masih sangat jarang, sedangkan mema-hami faktor risiko status

4,22 Oleh karena itu, meskipun gigi dan tulang panjang berasal dari jaringan yang sama dan memiliki struktur penyusun yang sama, perbedaan dalam waktu akhir pertumbuhan

pengambilan cetakan jejak kaki lainnya dan perlu penelitian tersendiri terhadap masing-masing metode untuk kemudian dibandingkan apakah memiliki hasil pengukuran

Menurut Hasibuan (2012) “Kedisiplinan adalah kesadaran dan kesediaan seseorang mentaati semua peraturan perusahaan dan norma-norma sosial yang berlaku. Kedisiplinan harus

Sehingga dapat disimpulkan bahwa ada pengaruh yang signifikan pada pemberian kinesio taping pada kompres hangat terhadap aktivitas fungsional pada dismenore antara

Indeks keanekaragaman fitoplankton yang diperoleh dalam penelitian ini berada pada batas kisaran yang dikemukakan di atas, maka dapat dikatakan perairan Waduk PLTA Koto Panjang

Namun perolehan besarnya bagi hasil disesuaikan dengan jangka waktu transaksi (saldo rata-rata tabungan). Dengan penerapan distribusi hasil seperti di atas, maka dalam hal

Secara bahasa al-hҕikmah berarti: kebijaksanaan, pendapat atau pikiran yang bagus, pengetahuan, ¿lsafat, kenabian, keadilan, peribahasa (kata-kata bijak), dan al-Qur'an. Menurut