• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERISTIWA KAMPUNG MEDAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERISTIWA KAMPUNG MEDAN"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PERISTIWA KAMPUNG MEDAN

Peristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari. Peristiwa ini berlaku di beberapa kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan , Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama. Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan. Pergaduhan turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Kelana Jaya, Sungai Way, Bandar Sunway dan Puchong.

Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Lindungan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian. Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah rumah orang Melayu. Sementara jiran Indianya mengadakan majlis pengkebumian. Dikatakan bahawa, orang India tersebut bersikap biadap dan tidak menghormati orang-orang Melayu yang mengadakan majlis perkahwinan tersebut. Kemudian 200 orang turut sama dalam pergaduhan itu. Mereka dipercayai orang luar yang datang atau dibawa dari luar Kampung Medan. Peristiwa ini mendapat liputan CNN.

Penduduk berada dalam keadaan ketakutan terutama pada waktu malam. Masyarakat India berwaspada dan bersiap-sedia sekiranya samseng Melayu datang menyerang mereka. Sebaliknya masyarakat Melayu di Kampung Medan sentiasa berkawal kalau-kalau samseng India dibawa masuk untuk menyerang mereka. Mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana mereka telah saling kenal-mengenali hampir 3 dekad. Menurut cerita orang bahawa samseng-samseng ini dikatakan datang dari luar.

Menurut cerita orang lagi, kesilapan orang India yang memukul seorang Indonesia bersuku Madura (menyangka orang Melayu Malaysia) menyebabkan puak Madura turut sama bersama dengan orang melayu.

Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo selaku Menteri Besar Selangor ketika itu bertindak berkawal di kuil Hindu di Kampung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak. Malahan beliau sendiri menasihati penduduk Melayu yang marah agar mereka mematuhi undang-undang negara.

Beberapa orang yang luka telah dihantar ke Unit Kecemasan di Hospital Universiti di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Polis dan FRU telah bertugas dan berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama. Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu ialah Datuk Mohamad Jamil Johari. 153 orang telah ditahan kerana berada dalam keadaan

(2)

mencurigakan di tempat kejadian. 95 orang lelaki Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia. 37 orang telah dilaporkan cedera termasuk 34 India dan 3 Melayu.

98 senjata pelbagai jenis dan saiz terutama parang dan besi telah ditemui dan dirampas oleh polis yang membuat sekatan dan serbuan. Lain-lain senjata ialah boang buatan sendiri, pisau, pedang samurai, rantai besi, paip besi, kapal dan kayu.

Datuk Mohamed Jamil Johari turut menyatakan sebuah lori dan 2 buah motosikal telah dibakar. Beberapa buah bas dan van telah dirosakkan. Datuk Seri S. Samy Vellu selaku pesiden MIC telah melawat mayat K. Muneiretham di Hospital Universiti. V. Segar, 34 dan A. Ganeson, 28 turut terbunuh. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia turut bertugas di Kampung Medan. Mereka bertugas memberi bantuan kecemasan dan bekalan makanan serta khemah. Rela dan St Johns Ambulance turut memberi perkhidmatan kecemasan dan kawalan keselamatan.

Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang. Hindraf melalui DAP mempersoalkan di Parlimen Malaysia, kenapa polis tidak menyiarkan hasil laporan 6 orang yang terbunuh dan mengapa samseng-samseng tidak didakwa di mahkamah.

Selepas tragedi ini, kerajaan negeri Selangor telah mensasarkan Setinggan Sifar pada 2005 di Selangor. Kini kawasan perumahan lebih teratur. 97 % perumahyan baru setinggan telah diselesaikan. Tinggal 1000 keluarga belum pindah di Selangor.

Sumber: Imbas Kembali: Peristiwa Berdarah Kampung Medan | MalaysiaSensasi

PERISTIWA KAMPUNG RAWA - PULAU PINANG

Januari 1998 – Anak-anak Qaryah Majid Kampong Rawa menandatangani beramai-ramai memorandum bantahan serta menghantarnya kepada pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Ahli Politik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan badan-badan kerajaan yang lain, berkaitan kuil haram yang di bina berhampiran Masjid kampong Rawa dan mengganggu jemaah masjid mengerjakan ibadat terutama ketika solat maghrib dan tarawikh dengan membunyikan bunyi loceng kuil, di waktu umat Islam sedang solat.

(3)

Januari 1998 – Polis Cawangan Khas telah menghidu sensitiviti isu berkenaan dan telah memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan dan langkah-langkah wajar dan sesuai berkaitan aduan anak-anak Qaryah Kampong Rawa. Walaubagaimanapun aduan anak Qaryah dan nasihat daripada Polis Cawangan Khas tidak di indahkan dan di pandang ringan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang..

Dalam tempoh tersebut Majlis Perbandaran Pulau Pinang, ada membuat lawatan, mengambil gambar kuil Hindu tersebut, tetapi tiada tindakan susulan selepas itu.

Dari maklumat yang di perolehi, tuan tanah, yang dimiliki oleh seorang Cina telah mengeluarkan Notis dan bantahan supaya kuil tersebut di robohkan, tetapi apa yang terjadi sebaliknya, kuil tersebut telah di perbesarkan lagi dalam masa yang singkat.

Pihak Qaryah juga kesal kerana kuil-kuil Hindu di kawasan Sungai Pinang terlalu banyak dan di bina dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan dari pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan boleh di katakan hampir setiap 50 meter tedapat kuil Hindu yang besar atau kecil tanpa apa-apa tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, melalui agensinya iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Menurut bancian, bilangan kuil Hindu, bermula dari KOMTAR hingga ke Kampong Rawa melebihi 40 buah, samada kecil atau yang besar.Dari maklumat yang boleh di percayai, anak qaryah Kampong Rawa juga tidak berpuashati kerana kuil tersebut bukanlah sebagai tempat ibadah kaum Hindu tetapi mereka mendakwa di situ adalah pusat pengedaran dadah setempat dengan berlindung di atas nama kuil.

13 Mac 1998 ( Jumaat ) – Kesabaran anak Qaryah Kampong Rawa sampai kekemuncaknya dan tercabar apabila kuil tersebut telah di besarkan walaupun bantahan rasmi telah di buat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Demontrasi pertama jemaah Masjid Kampong Raya telah di adakan.

18 Mac 1998 ( Rabu ) – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil keputusan di dalam mesyuarat EXCO supaya kuil yang telah diubahsuai dengan perbelanjaan hampir RM50,000.00 itu, di perkecilkan mengikut saiz asal.

20 Mac 1998 ( Jumaat ) – Demonstrasi kedua anak qaryah telah diadakan di perkarangan Masjid Kampong Rawa dengan kehadiran yang lebih ramai dan mereka telah bersurai

(4)

apabila pihak polis berjanji membawa wakil qaryah bersemuka dengan pihak atasan untuk berunding.

22 Mac 1998 ( Ahad ) – Mesyuarat tergempar telah diadakan pada waktu malam diantara pemimpin-pemimpin Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Qaryah Masjid Kampong Rawa, wakil penduduk Kampong Rawa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta badan-badan Kerajaan yang berkaitan, mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Dato’ Koh Su Khoon, keputusan nya:- (Dari maklumat yang di perolehi mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 malam)

Pihak Qaryah dan penduduk Kampong Rawa telah memberi kata dua kepada Kerajaan Negeri supaya kuil tersebut di pindahkan sebelum hari Jumaat 27 Mac 1998.

Pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju dan mengambil keputusan supaya kuil yang di bina secara haram tersebut di pindahkan sebelum Jumaat 27 Mac 1998 ke tanah Kerajaan yang berhampiran.Kuil tersebut akan di sita (Seal) oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Dari maklumat yang di perolehi, Kerajaan Negeri telah menanggung perbelanjaan perpindahan kuil Hindu tersebut yang dianggarkan berjumlah RM70,000.0023 Mac 1998 ( Isnin ) – jam 3.30 petang, penganut Hindu seramai hampir 250 orang telah mengadakan demonstrasi di Jalan Penang berhadapan KOMTAR, membantah keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memindahkan kuil tersebut, mereka bersurai setelah di nasihati oleh pihak Polis.

Minggu tersebut, bermula dari Isnin (23 Mac) hingga Jumaat (27 Mac) suasana di sekitar Pulau Pinang mula tegang dan berita-berita angin yang berunsur fitnah dan tidak benar telah mula tersebar, ini memburukan lagi keadaan, dan memaksa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan rasmi supaya rakyat Negeri Pulau Pinang bertenang, bersabar dan tidak menyebarkan fitnah dan mendengar berita angin.

Orang-orang Hindu dan Umat Islam dari merata ceruk Malaysia mula berkunjung ke Kampong Rawa memberi sokongan moral kepada pihak masing-masing, dan surat-surat sokongan, E-mail, dan newsgroup melalui Internet telah di edarkan supaya setiap pihak berkumpul pada

Jumaat 27 Mac 1998.

Dalam minggu tersebut Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), dan Pasukan Polis Hutan telah di tempatkan di sekitar Masjid Kampong Rawa dalam keadaan bersiap sedia.

(5)

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan dalam mesyuarat pada 22 Mac 1998 supaya kuil tersebut di pindahkan, tetapi pemimpin-pemimpin politik Hindu masih cuba mencari jalan supaya kuil tersebut di kekalkan di situ, walaupun mereka tahu pembinaan kuil tersebut adalah haram, tidak mengikut peraturan (sememangnya tiada peraturan pembinaan kuil ) dan mendapat bantahan dari tuan tanah. (tanah tersebut milik persendirian).24 Mac 1998 (Selasa) – Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mensita kuil tersebut dengan zink.

26 Mac 1998 (Khamis) – Pagi Khamis umat Islam semakin ramai berkumpul di Masjid Kampong Rawa, menunggu dan tertanya-tanya bilakah kuil tersebut akan di pindahkan, dan orang-orang Hindu pula semakin ramai berkumpul di Lines Road berhampiran Quarters Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dimana penempatan tapak kuil baru tersebut.

Bermula pada jam 10.00 malam kuil tersebut telah mula dipindahkan sedikit demi sedikit dengan di saksikan oleh hampir 500 orang jemaah di Masjid Kampong Rawa, beberapa ramai penganut Hindu di Line Road dengan kawalan ketat pihak Polis Simpanan Persekutuan, Pasukan Polis Hutan, Cawangan Khas dan pihak atasan Negeri Pulau Pinang. Semasa proses perpindahan tersebut berlakulah ejek mengejek, caci mencaci dan cabar mencabar, tetapi dapat di kawal oleh pihak polis.

Proses perpindahan tersebut selesai di jalankan pada jam 4.00 pagi, dan di selesaikan oleh Sami Hindu yang didatangkan khas daripada Batu Cave, Kuala Lumpur.

27 Mac 1998 (Jumaat) – Kehadiran jemaah untuk solat Jumaat pada 27 Mac 1998 adalah luar biasa dan di anggarkan hampir 5000 orang telah hadir untuk menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut, Jemaah selesai menunaikan solat Jumaat dengan sempurna:-2.30 ptg

Keadaan mula tidak terkawal setelah ada di antara jemaah yang meniup semangat dan mula berarak beramai-ramai ke Line Road di mana puak-puak Hindu ramai berkumpul, mereka mula merusuh dan mula mencetuskan PERISTIWA BERDARAH KAMPUNG RAWA.3.00 ptg

Polis mula bertindak menggunakan kekerasan menembak perusuh dengan air kimia, melepaskan hampir 150 gas pemedih mata, membuat serbuan dan menangkap perusuh.6.00 ptg .Pihak Polis berjaya menyuraikan jemaah di dalam masjid tersebut dan seperti kenyataan akhbar yang di keluarkan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang 140 orang telah di tangkap, dan di tahan reman, keadaan sekitar masjid terkawal.

9.00 mlm – Penduduk sekitar Georgetown di kejutkan lagi dengan peristiwa berdarah, apabila hampir 40 hingga 50 buah motor yang di tunggangi oleh pemuda-pemuda Hindu bermotor telah merusuh dengan menyerang orang-orang awam di sekitar Penang Road berhampiran Ibu Pejabat Polis Georgetown. Mereka telah memukul, merompak ala koboi dan menyerang orang awan dengan senjata, membaling batu ke Masjid Benggali, dan beberapa buat restoran mamak di Penang Road.

(6)

p/s : aq dapat cerita ni dr blog sumbody..kredit for him...

PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di

(7)

Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya.

(8)

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam

(9)

bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

(10)

Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Referensi

Dokumen terkait