• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rimau Rugby Law Book

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rimau Rugby Law Book"

Copied!
48
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU PERATURAN

PERMAINAN

RAGBI RIMAU

DISEDIAKAN OLEH:

JAWATANKUASA PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN RAGBI

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

(2)

MINI RAGBI

 Mini Ragbi diperkenalkan dengan tujuan untuk mendedahkan pemain dengan kemahiran baru yang menyamai atau mirip kepada permainan ragbi yang sebenar.

 Kemahiran dan konsep baru ini seperti ‘Continous Play’, Scrum, Line Out dan juga posisi yang mirip kepada permainan 7 sepasukan ini diharap akan membawa dimensi baru kepada pelajar sekolah rendah yang akan memainkan permainan ini.

 Mini Ragbi pada dasarnya menekan kepada satu bentuk permainan yang lebih lancar (free flowing), kepantasan berlari, kepantasan dan ketepatan menghantar bola untuk serangan dari pelbagai situasi serta memberi bantuan kepada rakan (support play).

 Adalah diharapkan dengan permainan versi baru ini pemain akan lebih merasai kemeriahan dan cabaran yang sebenar dalam permainan ragbi mini.

PENDAHULUAN

Objektif permainan ialah 2 pasukan seramai 7 orang sepasukan dapat bermain dalam suasana ‘fair play’ berdasarkan peraturan dan semangat kesukanan dengan cara membawa, menghantar,menendang dan meletakkan bola dalam kawasan try untuk mendapat sebanyak mata yang mungkin.Pasukan yang mendapat mata paling besar akan memenangi perlawanan ini.

Buku peraturan permainan Ragbi Rimau ini adalah lengkap dan mengandungi segala perkara yang diperlukan untuk membolehkan permainan ini dimainkan secara betul dan adil.

JIKA TERDAPAT SEBARANG KEMUSYKILAN TENTANG PERATURAN DALAM SITUASI PERMAINAN MAKA PERATURAN PERMAINAN RAGBI IRB TUJUH SEPASUKAN AKAN DIRUJUK DGN MENGAMBIL KIRA SENTUHAN ADALAH TACKLE DAN PASUKAN AKAN KEHILANGAN POSESI SEKIRANYA TIADA BANTUAN DARI RAKAN.

Adalah menjadi tugas pengadil untuk mengaplikasi Peraturan Permainan yang paling adil dalam setiap permainan kecuali apabila peraturan percubaan dikuatkuasakan oleh Jawatankuasa Peraturan Ragbi Rimau MSSM.

Adalah menjadi tanggungjawab MSSM untuk memastikan setiap permainan dalam semua peringkat dijalankan mengikut nilai displin yang tinggi dan semangat kesukanan.Tanggungjawab ini tidak hanya dipikul oleh pegawai permainan tetapi juga pengurus, jurulatih, penganjur dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan permainan ini.

(3)

JK BUKU PERATURAN

1. JK buku peraturan terdiri dari tidak lebih 5 ahli akan dilantik setiap tahun. 2. JK akan terdiri dari individu terbabit:

i) Penyelaras Ragbi MSSM ii) Pengerusi Teknik Ragbi MSSM

iii) Setiausaha JK Pengerusi Teknik dan Pembangunan iv) Koordinator Pengadil Ragbi Rimau

v) Pengadil Ragbi Rimau yang Aktif

3. Sebarang pertukaran peraturan dalam permainan ragbi rimau mestilah dengan persetujuan JK Buku peraturan setelah perbincangan dibuat.

4. Tugas JK Buku Peraturan ialah seperti berikut:

i) Menimbangkan dan melaporkan apa jua cadangan yang dihantar secara rasmi oleh MSS Negeri melalui PT MSS Negeri untuk pengubahsuaian kepada Peraturan Ragbi Mini.

ii) Mencadangkan sebarang perubahan kepada peraturan dan menentukan tarikh perubahan tersebut berkuatkuasa.

iii) Mengenalpasti sebarang peraturan yang perlu diubah dari masa ke semasa dan dikemukakan kepada MSS Negeri untuk dipertimbangkan.

(4)

MSSM

RagbI RimaU

SEBELUM PERMAINAN

Peraturan 1 : Padang

Permainan

Peraturan 2 : Bola

Peraturan 3 : Bilangan

Pemain-Pasukan

Peraturan 4 : Pakaian Pemain

Peraturan 5 : Masa

Peraturan 6 : Pegawai

Permainan

PERATURAN 1. PADANG PERMAINAN

Padang permainan ialah keseluruhan kawasan yang ditunjukkan dalam pelan dibawah.

Padang Permainan termasuk

Kawasan Padang permainan ialah kawasan antara garisan gol dan garisan touch.

Garisan ini bukanlah sebahagian dari padang permainan. Jika pemain memijak garisan touch dia terkeluar dari kawasan permainan.

Kawasan permainan ialah Padang Permainan dan dalam kawasan in goal.Garisan

Touch,Garisan touch in goal dan Garisan Dead Ball bukan kawasan permainan.

In Goal ialah kawasan antara garisan goal dan garisan dead ball dan antara garisan touch in goal.

‘Kawasan 15’ ialah kawasan antara garisan goal dan garisan 15 meter, termasuk garisan 15 meter tetapi tidak termasuk garisan goal.

(5)

1.1 PERMUKAAN PADANG PERMAINAN

(a) Permukaan padang pada setiap masa mestilah selamat untuk dimainkan permainan ini. (b) Jenis Permukaan. Permukaan mestilah rumput tetapi boleh juga dimainkan diatas

pasir,tanah liat,rumput tiruan dan kayu asalkan permukaan itu lembut dan tidak mendatangkan bahaya kepada pemain.

(c) Bagaimanapun perlawanan yang hendak diadakan diatas permukaan selain dari rumput perlulah mendapat kebenaran bertulis dari penyelaras ragbi MSSM.

1.2 UKURAN PADANG PERMAINAN

Saiz padang permainan ialah 70 meter X 50 meter dengan kawasan try minimum 5

meter dan maksimum 10 meter dibelakang garisan try.

 Garisan tambahan adalah sama dengan garisan padang ragbi sebenarnya cuma ukurannya dipendekkan sedikit untuk disesuaikan dengan fizikal pelajar sekolah rendah.

 Garisan tersebut adalah:

i) Garisan 15 meter menggantikan garisan 22 meter

ii) Garisan 5 meter menggantikan garisan 10 meter

iii) Garisan 3 meter menggantikan garisan 5 meter lineout

iv) Garisan 10 meter menggantikan garisan 15 meter lineout

v) Garisan 5 meter dari garisan goal kekal 5 meter

 Ukuran Panjang dan lebar kawasan Permainan mestilah paling hampir dengan ukuran yang ditetapkan. Kawasan Permainan mestilah berbentuk segi empat tepat.

1.3 GARISAN PADANG PERMAINAN (a) Garisan Selari (Solid)

i) Garisan dead ball dan garisan touch in goal, keduanya diluar kawasan in goal. ii) Garisan goal, dalam kawasan in goal tetapi diluar padang permainan.

iii) Garisan 15 meter, selari dengan garisan goal.

iv) Garisan Tengah Padang (half way), selari dengan garisan goal. v) Garisan Touch iaitu diluar padang permainan.

(6)

i) Garisan 5 meter yang menghubungkan garisan touch dan jarak 5 meter dari garisan tengah dan selari dengan jarak tersebut.

(7)

(c) Garisan Putus (Panjang)

i) 5 garisan putus panjang ukuran 1 meter,5 meter dari garisan goal dan selari dengan garisan goal.

ii) 5 garisan putus panjang selari dengan garisan touch dan merentasi garisan garisan 15m, garisan 5 meter dan garisan tengah.

iii) 2 garisan putus panjang ukuran 5 meter, kedudukan 10 m dari garisan touch bermula dari garisan goal dan tamat di garisan 5 meter putus-putus.

iv) Satu garis berukuran 0.3 meter merintangi ditengah garisan half way (tengah)

1.4 TIANG BENDERA

(a) Terdapat 14 batang bendera dengan bendera sama warna (warna terang) dengan setiap tiang ketinggian minimum 1 m dari aras tanah.

(b) Bendera mestilah diletakkan diatas garisan pada 4 penjuru kawasan in goal.

(c) Kelapan-lapan bendera ini ialah diluar kawasan ingoal dan tidak termasuk dalam kawasan permainan.

(d) Tiang bendera lain mestilah diletakkan selari dengan garis 22 m dan garis tengah (halfway) dibahagian luar dalam jarak 1 meter dari tepi garisan.

PERATURAN 2.: BOLA 2.1 BENTUK

 Bola mestilah berbentuk bujur dan terdiri dari 4 panel

2.2 UKURAN

 Bola ragbi saiz 3 akan digunakan untuk permainan ini.

 Ukuran Panjang Bola: 25 cm

 Ukurlilit Bulat : 54 cm

 Ukurlilit Bujur: 67 cm

2.3 BAHAN

(8)
(9)

2.4 BERAT

 Lebih Kurang 350 -370 grams

2.5 TEKANAN ANGIN

 65.71 – 68.75 kilopascals, atau 0.67-0.70 kilograms per square centimeter,atau 9.5 – 10.0 pounds per square inch.

2.6 BOLA GANTIAN

 Bola gantian akan disediakan semasa perlawanan, tetapi pasukan tidak dibolehkan untuk mendapat kelebihan atau advantage dengan mengguna atau menukar bola tersebut.

 Bola besaiz lebih besar akan digunakan jika permainan melibatkan peringkat umur lebih dewasa.

(10)

PERATURAN 3. BILANGAN PEMAIN – PASUKAN Definasi

Pasukan: Satu pasukan terdiri dari 7 pemain dalam kawasan permainan dan 5 pemain simpanan. Penggantian: Seorang pemain menggantikan rakan sepasukan yang cedera.

Pertukaran: Seorang pemain bertukar dengan rakan sepasukan kerana alasan taktikal. 3.1 BILANGAN MAKSIMUM PEMAIN DALAM KAWASAN PERMAINAN

Maksimum: Bilangan pemain adalah sebanyak 7 orang dalam satu masa permainan.

Pendaftaran pemain adalah sebanyak 12 orang untuk sebuah pasukan.

3.2 PASUKAN LEBIH BILANGAN PEMAIN

Bantahan: Pada sebarang masa sebelum atau semasa perlawanan pasukan boleh membuat

bantahan tentang bilangan pemain pada pasukan lawan.

 Sebaik sahaja pengadil sedar sesebuah pasukan mempunyai lebih pemain, pengadil akan mengarahkan kapten untuk mengurangkan bilangan pemain.

 Skor perlawanan pada masa bantahan tersebut kekal.

 Perkara yang sama akan berlaku jika pengadil sendiri menyedari keadaan ini. Tindakan: Penalti akan diberi pada tempat dimana perlawanan patut dimulakan.

3.3 APABILA KURANG DARI TUJUH PEMAIN

 Minima bilangan pemain untuk sesuatu perlawanan diteruskan ialah 5 pemain.

3.4 KELUAR KERANA PERMAINAN KASAR

 Seorang pemain yang dikeluarkan kerana menerima kad kuning atau merah tidak boleh diganti atau ditukarkan.

(11)

3.5 PERTUKARAN (ROLLING SUBSTITUTION)

 Pertukaran pemain hanya boleh dibuat apabila bola mati dengan kebenaran pengadil.

 Penjaga Garisan mestilah dimaklumkan terlebih dahulu untuk memberi petunjuk pada pengadil yang pertukaran hendak dibuat.

 Penggantian yang dilakukan tanpa makluman kepada penjaga garisan dan tanpa kebenaran pengadil:

Tindakan: Penalti akan diberi pada tempat dimana perlawanan patut dimulakan.

 Tiada penggantian tetap atau sementara(blood bin) apabila pertukaran secara rolling digunapakai.

 Pengadil mempunyai kuasa untuk menghalang pertukaran dibuat jika didapati kekerapan pertukaran telah menghalang kelancaran permainan.

 Tiada had bilangan pemain yang boleh ditukar.

 Seorang pemain yang telah ditukar hanya boleh kembali ditukarkan sekali selepas pertukaran pertama. (Seorang pemain hanya boleh dimasukkan 2 kali sahaja)

 Bilangan penggantian tetap dikira walaupun seseorang pemain masuk menggantikan pemain yang cedera (blood bin)

3.6 KUASA PENGADIL UNTUK MEMBERHENTIKAN PEMAIN CEDERA DARI BERMAIN  Jika pengadil mengambil keputusan- dengan atau tanpa nasihat doktor atau pembantu

perubatan bertauliah seseorang pemain cedera patut berhenti bermain, pengadil berhak mengarahkan pemain itu meninggalkan padang.

 Pengadil juga boleh mengarahkan pemain meninggalkan padang permainan untuk menjalani pemeriksan doctor.

PERATURAN 4: PAKAIAN PEMAIN

Definasi: Apa sahaja yang dipakai oleh pemain. 4.1 PAKAIAN TAMBAHAN:

 Pemain boleh memakai alat bantuan (supports/guards)yang kenyal dan lembut terdiri dari bahan yang bersih dan boleh dibasuh.

 Pemain boleh memakai Mitts (fingerless glove) yang ada spesifikasi IRB.

(12)

 Pemain boleh memakai mouth guard atau dental protector.

 Pemain boleh memakai bandage atau dressing untuk menutup kecederaan dengan syarat bahan itu mesti bersih.

 Pemain boleh memakai tape atau bahan yang hampir sama untuk bantu atau mengelakkan kecederaan.

4.2 STUDS

 Studs pada boots pemain mestilah yang tidak mendatangkan kecederaan pada pemain lain.

 Jika boots jenis studs boleh dibuka semua studs hendaklah dikunci dengan ketat dan bilangan yang lengkap.

 Studs jenis blade tidak digalakkan untuk dipakai.

4.3 PAKAIAN YANG DILARANG

 Pemain dilarang memakai pakaian yang dicemari darah atau sebarang kekotoran yang menyebabkan jangkitan

 Tiada alatan yang tajam dan merbahaya

 Perhiasan seperti subang, rantai, cincin dan gelang tidak dibenarkan.

 Kuku pada jari tangan perlu pendek dan tidak tajam.

4.4 PEMERIKSAAN PAKAIAN PEMAIN

 Pengadil dan penjaga garisan yang dilantik mesti memeriksa pakaian pemain, kuku dan studs untuk memastikan peraturan ini diikuti.

 Pengadil mempunyai kuasa untuk mengarahkan sebarang pakaian atau peralatan dibuang dari pemain ataupun menghalang pemain tersebut meneruskan perlawanan.

 Jika pada masa pemeriksaan sebelum perlawanan pengadil telah memberitahu larangan pemakaian sebarang peralatan dan semasa permainan didapati pemain memakai bahan/alat tersebut pemain tersebut boleh diarah keluar padang kerana salahlaku. Tindakan: Penalti akan diberi pada tempat dimana perlawanan patut dimulakan.

4.5 JERSI PASUKAN

 Pasukan mestilah memakai jersi yang sama warna dan mempunyai nombor yang jelas tertera dibelakang jersi.

 Pasukan boleh memakai jersi jenis ugly dengan syarat pasukan lawan memakai jersi yang berwarna sama.

(13)

 Seluar panjang jenis casual pants dan track bottom adalah dilarang.

 Pemain boleh memakai tight panjang dengan seluar pendek dipakai dibahagian luar.

PERATURAN 5: MASA PERMAINAN i) Masa Permainan Sebenar

 Masa permainan rasmi untuk Kejohanan MSSM B-12 adalah 20 minit setiap separuh masa dengan masa rehat maksimum 10 minit.

 Jika bermain secara Karnival maka masa permainan ialah 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit masa rehat.

 Masa Perlawanan mestilah tidak lebih dari masa yang ditetapkan termasuk time lost, masa tambahan dan keadaan yang lain.

 Walaubagaimanapun masa permainan adalah menjadi hak pengelola sesuatu kejohanan.

ii) Separuh Masa

 Selepas separuh masa pasukan akan bertukar padang.

 Untuk masa permainan rasmi masa rehat ialah tidak melebihi 10 minit.

 Masa rehat untuk permainan rasmi akan ditentukan oleh MSSM atau penganjur.

 Pemain mesti berada dikawasan permainan semasa rehat.

iii) Kawalan Masa Permainan

 Pengadil akan mengawal masa permainan tetapi boleh menyerahkan tugas tersebut pada penjaga garisan atau pegawai kawalan masa (time keeper) dan pengadil mesti memberi petunjuk untuk sebarang pemberhentian atau time lost.

 Jika perlawanan tanpa time keeper dan pengadil tidak pasti masa perlawanan pengadil boleh mendapat bantuan pada penjaga garisan atau sesiapa sahaja jika penjaga garisan tidak dapat membantu.

iv)Time Lost

Time lost adalah sebab-sebab berikut.

(14)

 Pengadil akan memberhentikan perlawanan tidak lebih dari satu minit agar pemain cedera boleh dirawat ataupun atas sebab lain yang sesuai.

 Pengadil akan mengarahkan pemain mendapatkan rawatan diluar padang selepas masa satu minit tamat.

 Selepas satu minit masa rawatan jika kecederaan serius dan pemain tidak boleh bergerak keluar dari padang maka permainan akan dihentikan (stoppage) dan dimulakan semula bila pemain cedera tadi dapat keluar dari kawasan permainan.

2. Menggantikan Pakaian Pemain.

 Bila bola mati pengadil akan memberi masa untuk pemain menggantikan jersey,seluar dan boots yang koyak.

 Masa juga diberikan untuk pemain mengikat tali boots yang terungkai.

3. Pertukaran Pemain.

 Masa diberikan untuk melakukan pertukaran pemain

4. Melaporkan salah laku oleh touch judge.

 Masa diberikan bila touch judge melaporkan foul play.

Penggantian Time Lost

 Penggantian masa time lost akan dilakukan dalam separuh masa ia berlaku.

ii) Sudden-Death

 Sekiranya kedudukan seri setelah masa penuh tamat, dan keputusan perlu diperolehi maka tambahan masa secara sudden-death selama 10 minit satu hala akan dibuat.

 Masa Sudden Death untuk Perlawanan Format Karnival adalah 5 minit sahaja.

 Sekiranya mana-mana pasukan mendapat try dalam masa 10 minit, permainan akan dihentikan dan pasukan yang mendapat try akan diisytihar sebagai pemenang.

 Bilangan Pemain pada masa sudden death ialah seramai 5 orang pemain sahaja dan tiada pertukaran sehingga masa tamat.

 Walaubagaimanapun jika pengadil mendapati ada pemain yang betul-betul cedera maka pertukaran dibenarkan hanya dari 2 pemain yang bermain pada masa sebenar tamat.

(15)

 Jika lebih dari 4 pemain cedera dan mendapat kepastian pengadil maka pemain simpanan yang tidak sepatutnya terlibat dengan permainan sudden death boleh digunakan.

 Pertukaran akan dibuat pada ketika berlaku stoppage.

 Lambungan Syiling 3 kali akan dilakukan jika masih tiada pemenang selepas masa ‘sudden death’.

 Penentuan pemenang dalam kejohanan berbentuk karnival adalah hak penganjur jika didapati cara ini menggangu jadual perlawanan kejohanan tersebut.

Peraturan Masa Yang Lain.

 Pengadil mempunyai kuasa untuk menamatkan perlawanan pada bila- bila masa jika didapati perlawanan tidak dapat diterus atas sebab –sebab keselamatan.

 Jika masa tamat dan bola belum mati, ataupun scrum atau line out masih belum dilakukan pengadil akan meneruskan permainan sehingga bola mati.

 Jika masa tamat dan mark, sepakan percuma atau penalty diberikan maka permainan akan diteruskan.

 Pengadil boleh menghentikan perlawanan selama satu minit jika didapati cuaca terlalu panas untuk minuman pada setiap separuh masa.

 Time Lost tersebut mesti diganti pada waktu separuh masa tersebut.

 Keputusan Perlawanan tidak dikira sekiranya perlawanan terpaksa ditamatkan sebelum separuh masa pertama berakhir.

 Keputusan Perlawanan adalah dikira sekiranya tidak dapat diteruskan perlawanan separuh masa kedua dengan syarat separuh masa pertama mestilah disudahkan.

PERATURAN 6: PEGAWAI PERLAWANAN Definasi:

 Setiap perlawanan dibawah kawalan Pegawai Perlawanan terdiri dari seorang Pengadil dan dua orang touch judges.

6.A Pengadil

Sebelum Perlawanan 6.A.1 Melantik Pengadil

 Pengadil adalah lantikan penganjur perlawanan/pertandingan.

 Jika tiada pengadil yang dilantik kedua-dua pasukan perlu bersetuju untuk keatas seorang pengadil yang akan mengadili perlawanan mereka.

(16)

6.A.2 Penggantian Pengadil

 Jika pengadil tidak dapat menghabiskan perlawanan, penggantian pengadil adalah melalui kuasa pihak penganjur.

 Jika tiada arahan dari pihak penganjur maka pengadil tersebut boleh membuat lantikan untuk menggantikan beliau yang selalu terdiri dari touch judge.

 Jika pengadil juga tidak membuat lantikan maka pasukan tuan rumah akan membuat lantikan untuk menggantikan pengadil.

6.A.3 Tugas Pengadil sebelum Perlawanan (a) Lambungan Syiling

 Pengadil akan mengawasi lambungan syiling.

 Salah seorang kapten akan membuat lambungan dan kapten yang lain akan melihat pemenang lambungan tersebut.

 Pemenang Lambungan akan menentukan pilihan untuk kick off atau pilihan padang.

(b)Pemeriksaan Pakaian Pemain.

 Pengadil mesti memeriksa pakaian pemain bedasarkan peraturan 4.

 Pengadil boleh mengarahkan tugas ini diambil alih oleh touch judge.

6.A.4 Larangan Untuk Pengadil

 Pengadil boleh menerangkan tentang undang-undang permainan dengan tujuan untuk melancarkan perlawanan.

 Pengadil dilarang sama sekali untuk memberi taklimat berhubung tentang teknikal dan taktikal permainan sebelum,semasa dan selepas perlawanan.

SEMASA PERLAWANAN

6.A.5 Tugas Pengadil dalam Masa Permainan

 Pengadil adalah hakim mutlak yang menentukan fakta dan peraturan permainan. Peraturan permainan yang adil hendaklah diguna pakai pada setiap kali perlawanan.

 Bila JK Peraturan Ragbi Rimau telah menetapkan untuk mengguna pakai peraturan percubaan, pengadil perlu menggunakan peraturan ini dalam perlawanan.

 Pengadil menjaga masa.

(17)

 Pengadil memberi kebenaran untuk kepada pemain untuk meninggalkan kawasan permainan.

 Pengadil memberi kebenaran untuk pemain gantian/tukar masuk ke dalam kawasan permainan.

 Pengadil memberi kebenaran kepada doctor atau pembantu perubatan masuk kedalam kawasan permainan bilamana dibenarkan dalam peraturan.

 Pengadil memberi kebenaran kepada jurulatih untuk masuk kepadang pada separuh masa untuk bertemu dengan pemain mereka.

6.A.6 Pemain Membantah Keputusan Pengadil

 Semua Pemain mestilah menghormati kuasa yang ada pada pengadil.

 Pemain tidak boleh membantah keputusan pengadil.

 Pemain mestilah memberhentikan permainan bila pengadil meniup wisel kecuali pada masa kick off.

Tindakan: Penalti pada tempat berlaku kesalahan atau pada tempat perlawanan dimulakan. 6.A.7 Pengadil Mengubah Keputusan

 Pengadil boleh mengubah keputusan bila touch judge mengangkat bendera untuk untuk menunjukkan perlakuan salah laku atau sebab lain.

6.A. 8 Pengadil Membuat Rujukan

 Pengadil boleh membuat rujukan kepada touch judges kepada perkara berkaitan tugas ,peraturan salah laku dan masa.

 Penganjur boleh melantik seorang penjaga masa yang akan memaklumkan tamat masa pada setiap separuh masa.

 Penganjur boleh melantik seorang pencatat skor yang akan memaklumkan skor lengkap pada akhir perlawanan.

 Pengadil tidak boleh merujuk orang lain selain dari yang diatas.

 Rujukan juga boleh dibuat kepada pegawai yang menggunakan teknologi seperti video untuk mengesahkan sebarang keputusan tetapi mestilah dirujuk pada ketika berlaku insiden bukannnya selepas perlawanan.

(18)

 Pengadil mesti membawa wisel untuk menyatakan permulaan dan penamatan sesuatu separuh masa.

 Penagadil boleh memberhentikan permaainan pada bila-bila masa.

 Membunyikan wisel bila adaa skor atau try.

 Bila terdapat infringement atau foulplay

 Bila pengadil telah mengambil tindakan maka wisel kedua perlu dibunyikan untuk memberi sepakan percuma ataau penalty.

 Bunyikan wisel bila bola keluar daari kaawasan permainan, tidak dapat dimainkan dan penalty diberikan.

 Membunyikan wisel bila bola terkena pengadil dan salah satu pasukan mendapat advantage.

 Membunyikan wisel apabila ianya merbahaya untuk meneruskan perlawanan.

 Pengadil boleh membunyikan isel untuk memberhentikan permainan berdasarkan apa jua sebab yang tercatat dalam peraturan.

6.A.10 Pengadil dan Kecederaan

 Jika pemain cedera dan jika permainan diteruskan boleh membahayakan wisel perlu dibunyikan segera.

 Jika ini berlaku perlawanan diteruskan semula denagn memberi scrum kepada pasukan pembawa bola.

6.A.11 Bola Atau Pembawa Bola Terkena Pengadil  Perlawanan akan dihentikan.

 Skrum akan diberikan dengan hantaran kedalam kepada pasukan yang mendapat advantage.

6.A.12 Bola dalam Kawasan In Goal Terkena Bukan Pemain

 Pengadil akan menilai apa yang akan berlaku selepas itu dan memberi try atau touch down dimana berlaku kejadian.

SELEPAS PERLAWANAN

6.A.13 SKOR DAN PEMAIN KELUAR

 Pengadil mesti memberitahu keputusan perlawanan kepada pasukan dan pihak penganjur.

 Laporan tentang pemain yang dihantar keluar perlu diserah segera pada pihak penganjur.

(19)

 In Goal Judges boleh digunakan sekiranya didapati perlu.

6.B TOUCH JUDGES Sebelum Perlawanan

6.B.1 Melantik Touch Judges

 Hanya 2 Touch Judges untuk setiap perlawanan.

 Sekiranya mendapat persetujuan kedua-dua pasukan atau dapat arahan penganjur setiap pasukan boleh menyediakan seorang touch judge.

6.B.2 Kawalan Touch Judges

 Pengadil mempunyai kawalan keatas kedua-dua touch judges.

 Pengadil boleh mengatasi keputusan touch judges.

 Jika pengadil tidak berpuashati dengan prestasi atau tingkah laku touch judge maka pengadil boleh mengarahkan touch judge ditukar.

Semasa Perlawanan

6.B.3 Dimana Touch Judge Sepatut Berada

 Seorang touch judge pada setiap garisan touch sepanjang padang.

 Touch Judge boleh masuk ke kawasan permainan untuk melaporkan kepada pengadil hanya semasa permainan dihentikan.

6.B.4 Isyarat Touch Judge

(20)

 Berdiri ditempat line out dan tunjukkan pasukan yang akan buat lontaran.

 Beri isyarat bila bila bola atau pembawa bola masuk kedalam kawasan touch in goal.

 Memberitahu salah laku pemain.

Isyarat Semasa Line Out

 Bila bola telah dilontar touch judge akan menurunkan bendera kecuali i.bila pemain melontar meletakkan kaki dalam kawasan permainan ii.bila pemain yang tidak sepatutnya buat lontaran membuat lontaran

 Touch judge tiada kuasa untuk menentukan tempat yang betul throw in dibuat.

 Sebarang laporan salah laku mesti dibuat semasa bola mati bukan semasa perlawanan berlangsung.

Selepas Perlawanan

 Jika pemain dibuang padang kerana laporan touch judge maka laporan perlu ditulis dengan segera.

MSSM

RagbI RimaU

SEMASA PERLAWANAN

CARA MEMAINKAN PERLAWANAN

Peraturan 7 : CARA BERMAIN

Peraturan 8 : ADVANTAGE

Peraturan 9 : CARA DAPAT

SKOR

Peraturan 10 : KESALAHAN

Peraturan 11 : OFF SIDE DAN ON

SIDE

(21)

PERATURAN 7 – CARA BERMAIN

 Perlawanan dimulakan dengan tendangan mula

 Selepas tendangan mula mana-mana pemain yang on side boleh mengambil bola dan berlari dengannya.

 Semua pemain boleh membuat hantaran atau membuat tendangan.  Semua pemain boleh menghantar bola kepada pemain lain.

 Semua pemain boleh membuat sentuhan dan menahan pemain yang ada bola  Semua pemain boleh terlibat dengan scrum atau line out

 Semua pemain boleh meletakkan bola dalam kawasan in goal

 Apa sahaja yang pemain buat mestilah mengikuti peraturan dalam buku ini

PERATURAN 8 – ADVANTAGE 8.1 Definasi:

 Peraturan advantage ialah bertujuan untuk melancarkan perjalanan permainan dan mengelakkan banyak pemberhentian akibat kesalahan yang dilakukan pemain.

 Pemain dinasihatkan bermain mengikut tiupan wisel walaupun ada kesalahan yang dilakukan pemain lawan

 Apabila berlaku kesalahan dan memberi advantage padaa lawan maka pengadil tidak akan membunyikan wisel serta merta.

8.2 Advantage dalam Praktikal

 Pengadil ialah hakim utama dalam menilai dan membuat keputusan memberi advantage

 Advantage terdiri dari kawasan atau taktikal

 Taktikal advantage bermaksud kebebasan pasukan yang tidak melakukan kesalahan bermain dengan bola.

 Advantage kawasan bermakna mendapat keuntungan kawasan.

8.3 Advantage Tidak Digunakan

 Jika pasukan yang mendapat advantage tidak menggunakan advantage maka wisel dibunyikan dan permainan dibawa kembali pada tempat berlaku kesalahan.

(22)

 Bila pemain atau bola terkena pada pengadil

 Bola keluar dari tunnel scrum dan tak dimainkan

 Skrum Runtuh

8.5 Lebih dari Satu Kesalahan

 Jika ada lebih dari satu kesalahan oleh pasukan yang sama peraturan advantage masih dipakai.

 Jika akibat kesalahan satu pasukan advantage diberikan dan kemudian pasukan lain pula melakukan kesalahan, maka kesalahan yang pertama akan dikira.

PERATURAN 9 :KUTIPAN MATA

9.1 Kutipan Mata Menerusi Try atau Penalty Try  Setiap try yang dilakukan akan diberi 5 mata.

 Penalty try juga akan diberi 5 mata

PERATURAN 10:PERMAINAN KASAR 10.1 Definasi:

 Permainan kasar ialah apabila seseorang pemain melakukan perkara yang bertentangan dengan semangat kesukanan.

 Kesalahan tersebut ialah seperti menhadang,permainan kasar, kesalahan berulang kali, permainan merbahaya dan salah laku.

10.2 Menghadang

 Semasa pemain sedang mengejar bola pasukan lawan tidak boleh menolak atau halang pemain lawan.

(23)

 Menghadang pemain lawan dari buat sentuhan

 Menghadang bola dari dimainkan oleh lawan

 Memegang tangan lawan yang hendak buat sentuhan

 Pemain ada bola lari kearah rakan untuk elakkan sentuhan.

 Menghalang lawan lari setelah bola dikeluarkan dalaam kiraan 123.

 Pemain Skrumhalf lawan menghalang ganggu ketika lorongan bola dibuat.

10.3 Kesalahan lain

 Melambatkan permainan

 Melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

 Perlakuan menyakitkan lawan berbentuk fizikal.

 Menumbuk atau menampar semasa buat sentuhan.

 Menolak Skrum

10.4 Kad Kuning

 Pemain yang mendapat kad kuning akan dikenakan sin bin selama 5 minit dikawasan belakang garisan try lawan.

 Untuk permainan 7 1 7 sin bin selama 2 minit akan dikenakan.

10.5 Kad Merah

 Pemain yang kena kad merah secara automatik akan digantung 2 perlawanan selepas itu dan dihadapkan ke JK tatatertib.

PERATURAN 11 – OFF SIDE DAN ON SIDE 11.1 Definasi:

 Pada permulaan permainan semua pemain on side.

 Bila perlawanan berlangsung akan ada pemain yang off side

 Pemain ini boleh disalahkan sehinggalah dia on side semula

Dalam Permainan Am pemain yang off side ialah pemain yang berada didepan pembawa bola atau berada didepan rakan yang terakhir main bola.

Off side bermakna pemain terkeluar dari permainan dan boleh dikena tindakan jika dia terlibat

dengan permainan.

11.2 Pemain boleh jadi on side dengan tindakan rakan atau pemain lawan.

 Walaubagaimanapun pemain off side tidak akan on side jika menggangu permainan, bergerak kehadapan arah bola atau gagal bergerak 10 m dari tempat ada bola.

(24)

 Pemain offside tidak akan kena tindakan serta merta.

 Pemain yang menerima bola hantaran kehadapan secara tak sengaja tidak off side.

 Pemain boleh off side dalam kawasan in goal.

11.3 Pemain yang offside tidak boleh bermain dengan bola atau membuat sentuhan.  Bila rakan pemain yang offside tendang bola kedepan, pemain offside tidak boleh gerak

kehadapan kepada tempat bola jatuh sehinggalah pemain itu diletakkan dalam keadaan on side oleh rakan yang menendang.

Tindakan: Penalty

11.4 Menjadi Onside Dengan Tindakan Rakan Sepasukan.

 Bila pemain off side lari belakang rakan yang terakhir tendang,pegang atau bawa bola pemain telah on side

 Bila pemain yang bawa bola lari dihadapan pemain off side, pemain itu sudah jadi on side.

 Apabila penendang atau rakan yang sama paras atau belakang penendang semasa bola ditendang lari didepan pemain off side, dia sudah jadi on side.

(25)
(26)
(27)

11.5 Menjadi on side dengan tindakan pemain lawan

 Bila lawan yang ada bola lari 5 meter,pemain tadi sudah onside.

 Bila lawan hantar dan tending bola

 Bila lawan dengan sengaja memegang bola tapi tidak menangkap.

Tindakan: Penalty

PERATURAN 12 – KNOCK ON/THROW FORWARDS 12.1 Definasi:

 Terjadi bila pemain hilang posesi bola dan bola jatuh kedepan ataupun bila pemain melanggar bola kedepan dengan tangan atau lengan ataupun pemain lain sebelum pemain awal dapat menangkap bola tersebut.

12.2 Charge Down:

 Jika pemain charge down bola semasa ditendang ia tidak dikira knock on.

12.3 Throw Forwards

 Bila pemain lontar atau hantar bola kehadapan.

 Jika bola tidak di hantar forwards tapi kena tanah atau pemain dan kehadapan ianya tidak dikira forwards.

12.4 Kesalahan-Kesalahan

 Jika bola knock on atau forwards - scrum tempat kesalahan berlaku

 Jika bola knock on atau forwards di lineout - scrum di garis 10 m

 Jika bola knock on atau forward dalam in goal - scrum di garis 5 m setentang tempat kesalahan.

 Sengaja buat knock on atau forwards penalty diberikan dan jika melibatkan try, penalty try boleh diberikan.

(28)
(29)

MSSM

RagbI RimaU

PERMULAAN PERMAINAN

Peraturan 13 : PERMULAAN

PERMAINAN

Peraturan 14 : DROP OUT

Peraturan 14 : SENTUHAN

Peraturan 15 : MARK

PERATURAN 13: PERMULAAN PERMAINAN TENDANGAN MULA DAN TENDANGAN SEMULA 13.1 Definasi:

 Tendangan mula akan berlaku pada permulaan perlawanan dan permulaan semula perlawanan selepas separuh masa.

 Tendangan semula akan berlaku selepas setiap kali mendapat try.

13.2 Tempat Permulaan

 Tendangan mula mesti dibuat ditengah padang.

 Tendangan diambil semula jika ianya dilakukan ditempat lain.

 Tendangan mula tidak boleh melebihi garisan tengah.

 Tendangan mula boleh diubah jika kawasan tersebut tidak dapat dibuat tendangan kerana berlumpur atau sebagainya tetapi mestilah tidak terlalu jauh dari tempat tesebut.

(30)

13.3 Bagaimana Ia diambil

 Permainan akan dimulakan dengan pemain membuat tendangan drop ditengah padang.

 Jika dibuat cara yang salah ia diambil sekali lagi dan jika masi salah maka Free Kick akan diberi.

 Tendangan mesti dibuat dengan bahagian hadapan kaki. Tindakan: Free Kick

13.4 Siapa yang Mengambil Tendang Mula

 Dipermulaan permainan, pasukan yang mana dipilih untuk buat tendangan mula selepas menang toss atau pasukan yang kalah kerana pasukan menang pilih untuk terima bola.

 Selepas tamat separuh masa, pasukan lawan pada pasukan yang buat tendang mula akan memulakan perlawanan.

 Selepas setiap skor pasukan yang membuat skor akan ambil tendang mula.

13.5 Posisi Pemain Lain

 Semua pemain mestilah dibelakang bola bila ia ditendang.

 Jika tidak scrum akan diberi ditengah padang dan pasukan lawan memasukkan bola.

13.6 Posisi Pasukan Lawan

 Semua pemain lawan mesti berada dibelakang garisan 5m

 Jika pemain berada didepan garisan 5 m atau bergerak melepasi garisan 5 m sebelum bola ditendang oleh pasukan lawan, tendangan akan diambil semula.

13.7 Kick Off 5 Meter

 Jika bola yang ditendang melepasi garisaan 5 m dan melantun balik ke belakang ianya dimainkan.

13.8 Tendangan Kurang 5 m dan dimainkan pasukan Lawan

 Pemainan diteruskan jika pasukan lawan memenangi bola dan meneruskan perlawanan.

13.9 Kick Off kurang 5 m dan tidak dimainkan Lawan  Pasukan Lawan mendapat Free Kick.

13.10 Bola Terus Keluar

 Pasukan Lawan mendapat Free Kick.

13.11 Bola Terus Masuk In Goal.

 Jika bola masuk dalam in goal dengan disentuh atau tidak disentuh pemain, pasukan lawan ada 3 pilihan.

(31)

 matikan bola itu

(32)

Jika pasukan lawan letakkan bola, matikan bola,melepasi dead ball line, pasukan lawan akan mendapat free kick.

(33)

PERATURAN 14: DROP OUT 14.1 Definasi:

 Digunakan untuk memulakan permainan selepas pasukan lawan meletakkan bola dalam in goal, tanpa kesalahan dan pemain pertahanan mematikan bola itu atau lepas garisan touch dan garisan dead ball.

 Drop out ialah drop kick yang diambil oleh pasukan lawan.

 Mesti diambil dimana-mana belakang garisan 15 m dan menggunakan bahagian hadapan kaki.

14.2 Melambatkan Tendangan  Free Kick digarisan 15 m

14.3 Cara Tendangan Salah

 Jika salah pasukan akan diberi peluang tending sekali lagi.

 Jika salah kali ke- 2 kali maka scrum digarisan 15m pada lawan diberikan.

14.4 Drop Out Mesti melintasi Garisan 15 m

 Jika tidak melepasi 15 m mesti, pasukan lawan akan mendapat scrum digarisan 15 m

 Jika bola lepasi garis 15m dan berpatah balik kedalam garisan 15 m maka boleh dimainkan oleh keduia-dua pihak.

 Pilihan kepada pasukan yang menerima bola untuk meneruskan permainan.

14.5 Drop Out Terus Keluar

Pasukan Lawan mendapat scrum digarisan tengah 15 m.

Jika bola masuk dalam in goal dengan disentuh atau tidak disentuh pemain, pasukan lawan ada 3 pilihan.

 Letakkan bola itu (Touch down)

 matikan bola itu (Tendang Keluar melepasi Dead ball line)

 terus main.

 Jika pasukan lawan letakkan bola, matikan bola,melepasi dead ball line, pasukan lawan mendapat scrum digarisan 15m pasukan yang menendang.

14.6 Pasukan Lawan

 Semua Pemain Pasukan mesti berada dibelakang bola bila ditendang.

(34)

 Jika tendangan dibuat dengan segera dan ada pemain didepan yang sedang berundur maka tendangan itu dikira.

 Pemain yang sedang berundur tadi boleh bermain sehingga dia onside.

14.7 Pasukan Lawan

 Pasukan lawan tidak boleh charge melebihi 15 m sebelum bola ditendang.

 Jika tidak satu lagi drop out perlu diambil.

 Jika pemain ganggu melebihi garisan 15 m dan menghadang drop out.

 Tindakan: Penalty di garis 15m kepada pasukan yang menendang.

(35)

PERATURAN 15. SENTUHAN 15.1 Definasi:

 Sentuhan bermaksud bilamana pemain yang membawa bola disentuh dengan kedua-dua belah tangan oleh seorang atau lebih pemain pertahanan.

 Sentuhan mestilah dengan kedua-dua tapak tangan bukan dengan jari sahaja.

15.2 Dimana Sentuhan Berlaku

 Sentuhan hanya boleh berlaku dalam kawasan padang Permainan

15.3 Bahagian Badan yang disentuh

 Sentuhan mestilah menggunakan kedua-dua belah tangan mengenai mana-mana bahagian badan pihak lawan dibawah bahagian leher.

15.4 Kesalahan Sentuhan

 Sentuhan dengan niat untuk menyakitkan pihak lawan seperti menampar,menumbuk dan sebarang perbuatan lain yang boleh didefinasikan sebagai niat menyakiti lawan boleh diberikan penalti.

 Sentuhan yang dibuat pada bola dengan tujuan menjatuhkan bola dalam pegangan lawan juga dilarang.

 Kesalahan: Penalti

15.5 Memegang Lawan  Definasi:

 Memegang dengan menahan tangan dibelakang pemain bukannya memeluk.

 Pemain dibenarkan memegang pihak lawan sekiranya diperlukan dan mesti melepaskan pemain itu setelah rakan beliau memberi bantuan (support) dan mengeluarkan bola.

 Pemain yang tidak melepaskan lawan setelah bola dikeluarkan adalah salah.

Pemain yang menyentuh lawan tidak boleh bergerak dari lawan yang disentuh sehinggalah bola dikeluarkan oleh pemain yang disentuh atau oleh rakan pemain yang disentuh.

 Kesalahan: Penalti

15.6 Sentuhan Sebelah Tangan

 Sentuhan dengan sebelah tangan adalah tidak dikira dan pemain yang kena sentuh boleh meneruskan permainan.

(36)

15.7 Tindakan Selepas Sentuhan

 Pengadil akan melaungkan perkataan ‘touch’ jika sentuhan dengan 2 tangan dan ‘play on’ jika sentuhan dengan satu tangan.

PILIHAN 1

 Pemain kena sentuh mesti menghantar bola serta merta.

 Pemain yang sengaja meneruskan larian bukan sebab momentum akan dihukum. Tindakan: Penalti

PILIHAN 2 (MAUL)

 Jika pemain kena sentuh tidak mengeluarkan bola dengan segera maka peraturan pilihan kedua diaplikasi.

 Pemain mesti memusingkan badan dan mendapat bantuan dari rakan dalam kiraan 1,2 dan 3.

 Rakan yang memberi bantuan juga mestilah mengeluarkan bola atau berlari keluar dengan bola dalam kiraan 1,2 dan 3.

Selepas maul pertama, pemain yang menerima bola dari pemain bantuan atau pemain bantuan tadi lari keluar membawa bola maka kedua-dua pemain tadi tidak dibenarkan membuat maul kedua yang berturut selepas disentuh.

Kedua pemain yang terlibat dalam situasi tadi mesti menghantar bola kepada rakan.Tindakan: Penalti

 Terdapat garisan offside bayangan sebaik pemain membuat pilihan kedua. Tindakan: Penalti

 Skrum pada lawan akan diberikan jika pemain gagal mendapat bantuan dalam kiraan 1,2 dan 3.

 Penalti akan diberikan jika pemain bantuan gagal keluarkan bola atau berlari keluar dalam kiraan 1,2 dan 3.

15.8 Pemain Mencampak Bola Dengan Sengaja

 Pemain tidak dibenar mencampak bola ke belakang dan memungut semula setelah kena sentuh. Perlakuan dengan sengaja mencampak bola ke belakang untuk mengelakkan turn over kerana tiada support adalah menjadi kesalahan.

 Kesalahan: Penalti

15.12 Sentuhan Tidak Dikira.

 Sentuhan semasa bola masih didalam scrum ataupun semasa lineout ataupun maul (pilihan kedua) adalah tidak dikira sehingga bola dikeluarkan.

(37)

PERATURAN 16: MARK 16.1 Definasi:

 Untuk membuat mark pemain mesti berada atau dibelakang garisan 15 m.

 Pemain mestilah buat tangkapan yang bersih dan jerit mark pada masa yang sama.

 Mark tidak boleh dari tendang mula.

 Tendangan diberikan untuk mark dimana ianya berlaku.

 Mark boleh dibuat dalam kawasan in goal.

 Mark boleh dibuat dengan tap bola, tendangan terus atau tendangan drop.

 Tendangan dibuat oleh pemain yang membuat mark.

 Jika tendangan tidak dapat dibuat dalam masa 30 saat, scrum pada pasukan yang buat mark.

 Pasukan boleh terus minta scrum sebaik sahaja membuat mark.

 Pemain lawan mesti berada 10m dari tempat mark dibuat ketika tendangan hendak dibuat.

MSSM

RagbI RimaU

PERMULAAN PERMAINAN

Peraturan 17 : LINE OUT

Peraturan 18 : SKRUM

Peraturan 19 : PENALTI/FREE

KICK

(38)

PERATURAN 17: LINEOUT 17.1 Definasi:

 Tujuan lineout ialah untuk memulakan semula perlawanan dengan cepat,selamat dan adil setelah bola keluar dari kawasan permainan, dengan lontaran antara dua barisan pemain.

 Lineout adalah ‘contested’ lineout iaitu pemain boleh berlawan untuk merebut bola diudara.

‘Supporting’ ataupun menyokong pemain yang membuat lompatan dibenarkan.Pemain yang menyokong dihadapan mesti memegang peha dan pemain menyokong

dibelakang memegang bawah punggung pemain ‘jumper’.

 Pemain boleh memilih untuk i) melakukan tap ii) menangkap bola dan terus menghantar bola keluar dari lineout iii) Menangkap bola turun ketanah dan menunggu support dari rakan.

 Peraturan sentuhan tidak termasuk dalam lineout.

 Body contact semasa perebutan bola diudara adalah dibenarkan tetapi bukanlah dengan niat untuk menjatuh atau mencederakan lawan.

 Penalty akan diberikan jika pemain yang gagal memenangi bola dengan sengaja melanggar pemain yang memenangi bola.

17.2 Pemain Line out:

 Pemain yang terlibat dalam dua barisan yang menjadikan line out.

17.3 Penerima:

 Pemain dalam posisi untuk menangkap bola bilamana pemain dalam lineout menghantar bola keluar dari line out.

 Sebarang pemain boleh menjadi penerima tetapi hanya seorang sahaja.

17.4 Pemain lain

 Semua pemain yang tidak terlibat dengan lineout mestilah berada 10 m dari lineout ataupun berada diatas garisan gol jika lineout itu kurang dari 10 m ke garisan try.

17.5 Skrum selepas lineout

(39)

17.6 MEMBINA LINE OUT

 Minimum: sekurangnya 2 pemain mesti membina lineout

Tindakan: Free Kick atas garisan 10 m

 Maksimum:Pasukan yang membaling bola boleh menentukan bilangan tetapi tidak boleh melebihi 3 orang

Tindakan: Free Kick atas garisan 10 m

 Pasukan lawan boleh meleakkan kurang bilangan line out tetapi tidak boleh lebih.

Tindakan: Free Kick atas garisan 10 m

 Apabila bola keluar pemain hendaklah dengan segera membina lineout.

 Pemain dari kedua pasukan tidak boleh menonggalkan lineout selepas ianya di bina.

Tindakan: Free Kick atas garisan 10 m

 Jika pasukan melontar melatakkan pemain yang kurang pasukan lawan mestilah diberi masa yang setimpal untuk mengeluarkan pemainnya dari line out.

Tindakan: Free Kick atas garisan 10 m

 Pemain-pemain yang meninggalkan line out mestilah bergerak pantas supaya jarak mereka 10m iaitu jarak off side line line out.

 Jika lineout sudah tamat sebelum mereka sempat balik mereka boleh terus bermain.

Tindakan: Free Kick atas garisan 10 m

 Gagal membina line out: setipa pasukan mesti dengan sukarela membina line out.

Tindakan: Free Kick atas garisan 10 m

17.7 Dimana pemain patut berdiri.

 Pemain patut berdiri tidak kurang dari 3 m dari garisan touch .

 Bahagian belakang mestilah tidak melebihi 10 m dari garisan touch.

 Semua pemain dalam line out mesti berdiri dari 2 tempat.

Tindakan: Free Kick atas garisan 10 m

(40)

 Jarak antara dua garisan tersebut ialah setengah meter.

Tindakan: Free Kick atas garisan 10 m

 Sebelum bola dilontar semasa lineout, pemain tidak boleh memegang,tolak, menerkam atau menghalang lawan.

Tindakan: Penalti atas garisan 10 m

17.10 PERMULAAN DAN PENAMAT LINE OUT Lineout bermula:

 Apabila bola meninggalkan tangan pemain yang melontar.

Line out berakhir:

 Apabila bola yang ditangkap pemain dalam line out keluar dari lineout.

 Apabila bola pemain yang memegang bola dalam lineout meninggalkan line out.

 Apabila bola lontaran melebihi garisan 10 m

Peeling

 Pemain dalam lineout tidak dibenarkan keluar untuk menerima bola sebelum bola keluar dari tangan pelontar.

Lontaran Berat Sebelah (Sided)  Pilihan akan diberikan:

i) Lontaran semula pada lawan

ii) Skrum bola dimasukkan pihak lawan.

PERATURAN 18: SKRUM 18.1 Definasi:

 Tujuan untuk memulakan permainan dengan cepat, selamat dan adil, selepas kesalahan berlaku atau pemberhentian.

 Dibuat dalam kawasan permainan dengan tiga orang pemain dari setiap pasukan membentuk Skrum.

18.2 Uncontested Skrum

 Pemain yang membentuk skrum tidak boleh membuat tolakan.

Skrum adalah ‘uncontested’ scrum TETAPI pemain Hooker lawan DIBOLEHKAN membuat rebutan bola melalui kuisan ketika bola dilorong kedalam skrum.

 Kaki untuk membuat kuisan tidak boleh dikeluarkan awal sebelum bola dilorongkan.

 Jika didapati mana –mana pasukan membuat tolakan Penalti akan diberikan kepada pasukan yang kena tolak.

(41)

18.3 Lorongan Bola

 Lorongan bola oleh scrumhalf ke dalam scrum mestilah lurus.

 Lorongan bola boleh dibuat dari mana-mana arah.

 Lorongan bola mesti dibuat dengan kedua belah tangan.

 Loose head prop ialah prop pasukan yang mendapat bola

 Tindakan: Free Kick

18.4 Kuisan Keluar

 Pemain hooker mestilah menguis bola supaya keluar dari scrum dengan segera dan tidak boleh menyimpan bola dalam scrum.

 Menendang bola keluar dari scrum dengan sengaja juga merupakan satu kesalahan.

 Tindakan: Penalti

18.5 Lorongan bola yang tidak dapat dikuis oleh hooker.  Tindakan:Lorongan semula

 Jika kesalahan berulang free Kick untuk pasukan bertahan ditempat scrum.

18.6 Pemain Skrum Half.

 Pemain scrum half mestilah mengeluarkan bola dari scrum secepat mungkin.

 Tidak boleh memasukkan bola semula dalam scrum setelah bola keluar.

 Tindakan. Penalti

 Scrumhalf lawan tidak boleh melebihi offside line pasukan yang ada bola selagi bola tidak dikeluarkan dari scrum.

 Scrumhalf pasukan bertahan mempunyai pilihan samaada untuk berada ditepi scrum ataupun berada di barisan backs.

 Tindakan: Penalti

18.7 Sentuhan

 Peraturan Sentuhan tidak digunapakai selagi bola tidak keluar dari scrum.

18.8 Bilangan Pemain Skrum.

 Skrum adalah sebanyak 3 orang sahaja.

18.9 Offside

 Pemain lawan mestilah berada dibelakang gaarisan offside (garisan imagery) iaitu dibelakang kaki pemain pasukan mereka.

 Tindakan: Penalti

(42)

PERATURAN 19 :TENDANGAN 19.1 Definasi

 Tendangan adalah dibenarkan seperti dalam permainan ragbi yang sebenar.

 Selain dari itu pemain bebas untuk melakukan sebarang jenis tendangan seperti grubber kick, up and under dan lain –lain bentuk tendangan.

 Bola yang jatuh ke tanah boleh dipungut oleh mana – mana pemain dan permainan akan diteruskan.

 Semasa perebutan bola sentuhan tidak dikira selagi seseorang pemain itu tidak memegang bola.

19.2 Tendangan berterusan.

 Tendangan beterusan melebihi sekali tendangan adalah tidak dibenarkan walaupun oleh pemain yang berbeza.

 Selepas sekali tendangan pemain mestilah memungut bola tersebut untuk dimainkan.

 Menahan bola dengan kaki tidak dikira sebagai tendangan.

Tindakan: Penalti

 Apabila pemain menjatuhkan badan untuk mengambil bola yang ditendang maka pemain itu tidak oleh disentuh selagi pemain tersebut tidakbangun.(Fall on the Ball)

 Selepas pemain bangun dan jika kena sentuh maka peraturan sentuhan sudah diaplikasikan.

Tindakan: Free Kick pemain yang ada bola

 Apabila kedua pemain jatuh dan berebut bola dan bola tidak boleh dimainkan:

Tindakan: Skrum pada penyerang.

19.3 Tendangan Penalti

 Dalam Kawasan 15 m atau luar kawasan 15 m dan bola terus keluar atau melantun dalam kawasan permainan dan baru keluar.

Tindakan: Line Out bola pasukan yang menendang.

19.4 Tendangan dari Free Kick/ Tendangan semasa Permainan  Bola ditendang dari kawasan 15 m terus keluar.

Tindakan : Line Out pasukan lawan dimana bola keluar.

 Bola ditendang luar kawasan 15 m terus keluar.

Tindakan : Line Out pasukan lawan dimana bola keluar.

 Bola ditendang dari luar kawasan 15m melantun dalam kawasan permainan dan kemudian keluar.

Tindakan : Line Out pasukan lawan dimana bola keluar.

(43)

 Apabila sesebuah pasukan diberi penalty maka pilihan yang boleh dibuat ialah: i) Tap bola dan terus menyerang.

ii) Melakukan tendangan keluar dan lontaran untuk line out diberikan kepada pasukan yang menendang

iii) Minta scrum

iv) Jangan Melengahkan tendangan v) Tendangan cara punt atau drop kick

vi) Pemain pasukan mesti berada dibelakang bola.

(44)
(45)
(46)

19.4 Tindakan Pasukan bertahan:  Lari kebelakang 10 m dari mark

 Terus kebelakang walaupun bola dimainkan sehingga pada jarak tertentu yang membolehkan mereka terlibat dalam permainan semula.

 Jangan ganggu pasukan yang mendapat penalti dengan apa cara sekali pun.

 Kesalahan: Penalti

MSSM

RagbI RimaU

In goal

Peraturan 20 : In goal

20.1 Definasi:

 In goal ialah kawasan dimana pemain dari kedua-dua pasukan perlu letakkan bola tersebut.

 Bila pasukan penyerang letakkan bola dalam in goal lawan maka try diberikan

 Bila pasukan bertahan letakkan bola dalam in goal sendiri maka touch down diberikan

20.2 Meletakkan Bola

 Menyentuh bola ketanah

 Pemain menekankan badan dengan bola

 Meletakan bola digarisan gol dikira try

20.3 Membuat Touch Down

 Jika pasukan bertahan membuat touch down hasil dari bola yang dibawa masuk penyerang.

Tindakan: Drop Out 15 m

 Jika pasukan bertahan membuat touch down hasil dari bola yang dia sendiri bawa masuk. Tindakan: Skrum garisan tengah 5 m lorongan bola lawan

(47)

20.4 Penalti Try

 Diberikan apabila sesuatu gerakan yang boleh menghasilkan try dihalang dengan cara yang salah.

20.5 Situasi Advantage Pada Penyerang

1. Semasa pemain hendak buat try dalam keadaan sedang melayang diudara (fly) dan kena sentuh.

Tindakan: Skrum 5 m kepada pasukan penyerang.

2. Pemain telah masuk dalam kawasan in goal dan ketika hendak membuat try dia kena sentuh.

Tindakan: Skrum 5 m kepada pasukan penyerang.

Apa-apa perlakuan oleh penyerang yang boleh mendapatkan try tetapi kena sentuh maka scrum 5 m akan diberikan kepada penyerang.

MSSM

RagbI RimaU

(48)

Referensi

Dokumen terkait