• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOLEKSI PERIBAHASA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KOLEKSI PERIBAHASA"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 1

KOLEKSI

PERIBAHASA

SIMPULAN BAHASA

BIDALAN

PEPATAH

PERUMPAMAAN

KATA-KATA HIKMAT

(2)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 2

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

MUKA DEPAN

m/s 1

ISI KANDUNGAN

m/s 2

SIMPULAN BAHASA

m/s 3 hingga m/s 11

BIDALAN

m/s 12 hingga m/s 17

PEPATAH

m/s 18 hingga m/s 21

PERUMPAMAAN

m/s 22 hingga m/s 23

KATA-KATA HIKMAT

m/s 24 hingga m/s 25

(3)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 3

SIMPULAN BAHASA

1.

ada angin

berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika

2.

ada hati

mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau

memiliki sesuatu

3.

air muka

rupa atau wajah seseorang

4.

ajak-ajak ayam

tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang

5.

ada bakat

mempunyai tokoh atau perwatakan

6.

alas perut

makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan

yang mengenyangkan

7.

anak angkat

anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri

8.

anak bapa

anak yang disayangi oleh bapa

9.

anak buah

orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara

10.

anak emas

(4)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 4

11.

angkat kaki

meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab

12.

atas angin

negara-negara di sebelah barat

13.

atas pagar

tidak menyebelahi mana-mana pihak

14.

ayam tambatan

orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan

15.

bahasa pasar

bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya

16.

banyak mulut

orang yang banyak bercakap

17.

batu api

orang yang suka menghasut

18.

batu loncatan

sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati

19.

bau-bau bacang

tali persaudaraan yang jauh

20.

bawah angin

negara-negara di sebelah timur

21.

bekas tangan

hasil kerja tangan seseorang

22.

beralih akal

berubah fikiran atau pendapat

23.

beralih angin

(5)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 5

24.

berat hati

enggan; malas

25.

berat mulut

pendiam atau tidak suka bercakap banyak

26.

berat tulang

orang yang malas bekerja

27.

berat sebelah

tidak berlaku adil

28.

berbelah bagi

sukar untuk membuat keputusan

29.

berhati batu

degil dan sukar menerima nasihat

30.

berhutang budi

patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga

31.

bermuka dua

tidak jujur

32.

bertikam lidah

bertengkar; berdebat

33.

besar hati

bergembira atau berbangga akan sesuatu

34.

besar kepala

degil; sukar menerima pandangan orang lain

35.

buah hati

(6)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 6

36.

buah mulut

sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai

37.

buah tangan

hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang

38.

bulat hati

bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad

39.

buruk siku

mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain

40.

buta hati

tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam

41.

cahaya mata

anak

42.

cakar ayam

tulisan yang buruk

43.

campur tangan

turut serta atau mencampuri urusan orang lain

44.

cari jalan

berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu

45.

cepat tangan

suka mencuri

46.

dalam tangan

sudah pasti akan diperoleh

47.

darah daging

anak kandung

48.

durian runtuh

(7)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 7

49.

gaji buta

mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh

50.

gelap mata

hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta

51.

harga diri

maruah atau kehormatan seseorang

52.

harga mati

harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi

53.

hati batu

degil atau keras hati

54.

hidung tinggi

sombong atau tinggi diri

55.

hilang akal

tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri

56.

ikat perut

menahan lapar kerana berjimat

57.

iri hati

menyimpan perasaan dengki atau cemburu

58.

isi hati

perasaan dalam hati

59.

jalan buntu

tidak ada jalan penyelesaian

60.

kacang hantu

(8)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 8

61.

kaki ayam

tidak berkasut atau berselipar

62.

kaki bangku

tidak berkebolehan bermain bola

63.

kaki botol

suka minum minuman keras

64.

kecil hati

berasa tersinggung atau merajuk

65.

kepala angin

perangai yang tidak menentu

66.

kepala batu

degil dan tidak mendengar nasihat

67.

kera sumbang

orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain

68.

khabar angin

berita yang belum tentu benarnya

69.

langkah kanan

bernasib baik

70.

langkah seribu

cepat-cepat lari kerana ketakutan

71.

lidah bercabang

kata-kata yang tidak dapat dipercayai

72.

lipas kudung

cepat membuat kerja

73.

lintah darat

(9)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 9

74.

makan angin

bersiar-siar untuk berehat

75.

makan suap

menerima rasuah

76.

malu-malu kucing

berpura-pura malu di hadapan orang

77.

mati katak

mati dengan sia-sia

78.

membabi buta

melakukan sesuatu tanpa berfikir

79.

membawa diri

tahu menjaga diri

80.

membuka jalan

memberi laluan kepada orang lain

81.

membuka tembelang

menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain

82.

memeras otak

terlalu kuat berfikir atau belajar

83.

menarik diri

tidak turut serta; meletak jawatan

84.

mencari jalan

berusaha untuk melakukan sesuatu

85.

mencuci mata

(10)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 10

86.

mencuit hati

lucu; menggelikan hati

87.

mengabui mata

cuba memperdaya; menipu

88.

mengadu domba

memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan

sebagainya

89.

mengambil angin

bersiar-siar untuk berehat

90.

mengambil berat

memberi sepenuh perhatian

91.

mengambil hati

dapat memikat atau mempengaruhi

92.

mengasah bakat

latihan untuk mengembangkan bakat

93.

muka tembok

tidak berasa malu

94.

mulut murai

kuat bercakap atau berbuat bising

95.

mulut tempayan

tidak dapat menyimpan rahsia

96.

murah hati

suka bederma; tidak kedekut

97.

naik angin

(11)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 11

98.

nyawa-nyawa ikan

hampir-hampir mati

99.

orang atasan

orang yang berpangkat tinggi

100.

otak udang

(12)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 12

BIDALAN

1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak

Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha

2. Alur bertempuh, jalan berturut

Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim 3. Batu yang selalu bergoek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut

Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan

4. Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai

Lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman

5. Belum duduk sudah berlunjur

Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira

6. Berbuat di alang, belayar di luar musim

Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai

7. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang

Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain

8. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

(13)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 13 9. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat

Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak

10. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak

Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap

11. Berkaul pada keramat

Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya

12. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian

Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian

13. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang

Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain

14. Bertanjak baharu tinjau

Membuat kerja mengikut aturan

15. Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai

Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai

16. Biar alah sabung, asalkan menang sorak

Tewas dalam perlawanan namun masih bercakap besar

17. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati

Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

18. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian

(14)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 14

19. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil

Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah

20. Biar genting, jangan putus

Biar rugi sedikit daripada rugi banyak

21. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat

22. Biar lambat asalkan selamat

Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati

23. Biar luka di dada, jangan luka di belakang

Biar kalah selepas berlawan daripada kalah kerana melarikan diri

24. Biar mati anak jangan mati adat

Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban

25. Biar mati di mata pedang, jangan mati kena tendang

Biar mati mempertahankan kehormatan daripada mati dalam kehinaan

26. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma

Biar mati kerana membuat kebaikan danipada mati kerana membuat kejahatan

27. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

(15)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 15 28. Biar penat badan, asalkan hati suka

Seronok membuat sesuatu kerja walaupun kerja itu susah

29. Biar putih tulang jangan putih mata

Sanggup mati daripada menyerah kalah

30. Biar senget, jangan tertiarap

Biar rugi sedikit danipada rugi banyak

31. Biar titik, jangan tumpah

Biar rugi sedikit jangan rugi banyak

32. Buang yang keruh, ambil yang jernih

Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja 33. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba

34. Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat

Sesuatu masalah dapat diatasi jika pihak-pihakyangterlibat bersedia untuk berunding

35. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu

36. Cicir dipungut, hilang dicari

(16)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 16

37. Dalam berselam, cetek bertimba

Sesuaikan sesuatu dengan keadaan

38. Daripada bersahabat dengan orang bebal, lebih baik berseteru dengan orang berakal

Bermusuh dengan orang pandai lebih elok daripada berkawan dengan orang yang bodoh

39. Daripada cempedak baiklah nangka

Lebih baik ada daripada tiada langsung

40. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik

41. Daripada hidup bercermin bangkai, Iebih balk mati berkalang tanah

Lebih baik mati danipada hidup menanggung malu dan kehinaan 42. Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak berlapang-lapang

Pendapat ramai lebih baik daripada pendapat individu

43. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati jika tutur katanya elok

seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati

44. Elok lenggang di tempat datar

Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnyal

45. Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?

(17)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 17 46. Gara-gara kata gelegar, rasuk juga yang menahannya

Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang

47. Genggam bara api biar sampa jadi arang

Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya

48. Habis akal, baru tawakal

Sesudah habis segala khtiar barulah berserah kepadaTuhan

49. Habis alur maka beralu-alu

Jika persetujuan tidak dapat dicapal melalui rundingan, barulah gunakan paksaan

50. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga

(18)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 18

PEPATAH

1. Ada air, adalah ikan

Ada negeri tentulah ada rakyatnya 2. Ada angin, ada pokoknya

Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya 3. Ada bangkai adalah hering

Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat 4. Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh

Di mana-mana sahaja kita tinggal, akan ada rezeki kita 5. Ada gula adalah semut

Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul 6. Adakah buaya menolak bangkai?

Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat 7. Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau

Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah 8. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya 9. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas

Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga 10. Ada udang di sebalik batu

Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan 11. Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tiada berilmu 12. Air dicencang tidak akan putus

(19)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 19

13. Air digenggam tidak tiris

Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja 14. Air mudik sungai, semua teluk diranai

Orang yang boros akan berbelanja tanpa perhitungan 15. Air pun ada pasang surutnya

Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala senang dan kadangkala susah 16. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga

tidak berfaedah mencampuri pergaduhan antara suami isteri atau sanak-saudara orang kerana setelah mereka berbaik-baik, kita akan diketepikan

17. Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan Memperbesar perkara yang kecil

18. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut 19. Alah bisa, tegal biasa

Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan

20. Alah jadi abu, menang jadi arang Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian

21. Alah membeli, menang memakai

Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama 22. Alah sabung, menang sorak

Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar 23. Alang-alang berminyak biar licin

Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai) 24. Alang-alang mandi biar basah / Alang-alang berminyak biar licin

Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai

25. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya

(20)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 20

26. Anak baik menantu molek

Mendapat untung baik yang datang berganda-ganda 27. Anak harimau jangan dibela pelihara

Orang yang jahat jangan dibuat kawan 28. Angin berputar, ombak bersahut

Perkara yang amat sulit 29. Angguk bukan, geleng ya

Lain di mulut, lain di hati 30. Anjing bercawat ekor

Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya 31. Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga

Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali-sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu

32. Anjing galak, babi berani

Bertemu lawan yang sepadan, berani sama berani, kuat sama kuat 33. Anjing ditepuk menjongket ekor

Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong

34. Anjing itu, jika dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang

Orang yang tamak dan tiada perasaan malu tidak akan menghiraukan nama baiknya 35. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis

Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi kesukaran

36. Apa payàhnya menaupkan bibir atas bawah Banyak berjanji tetapi tidak ditepati

37. Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada Cukup mempunyai segala yang diperlukan

38. Arang habis besi binasa Pekerjaan yang sia-sia

(21)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 21

39. Asal berinsang ikanlah

Tidak memilih pekerjaan, makanan, atau perempuan 40. Aur ditanam betung tumbuh

Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit 41. Ayam berinduk, sirih berjunjung

Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan 42. Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan

Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya

43. Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang Nasib yang malang

44. Ayam tak patuk, itik tak sudu

Seseorang yang hina dalam masyarakat

45. Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam

Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya 46. Ayam terlepas, tangan bau tahi

Orang yang melakukan kejahatan akhirnya akan mendapat malu 47. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya 48. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya

Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu di lakukan 49. Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh

Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh 50. Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam

(22)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 22

PERUMPAMAAN

Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat

Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya Bagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih

Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan Bagai enau dalam belukar melepaskan

pucuk masing-masing

hanya mementingkan diri sendiri

Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali

Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat

Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja

Bagai menatang minyak yang penuh mendidik anak dengan penuh belaian kasih sayang Bagai mencencang air membuat pekerjaan yang sia-sia

Bagai mural tercabut ekor seseorang yang becok mulutnya

Bagai si kudung mendapat cincin orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh

Bagai pinang dibelah dua/ Seperti cincin dengan permata

pasangan yang sama padan dan sama cantik

Bagai tikus membaiki labu merosakkan lagi barang yang dibaikinya Seperti abu di atas tunggul/ Seperti telur

di hujung tanduk

kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin

(23)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 23 Seperti anjing dengan kucing adik-beradik yang suka bergaduh

Seperti anjing dengan bayang-bayang orang yang tamak, tidak cukup dengan apa-apa yang ada Seperti api dalam sekam dendam; perbuatan jahat yang tersembunyi

Seperti ayam berak kapur muka pucat dan tidak bermaya

Seperti bertih digoreng bunyi bising atau percakapan yang tidak berhenti-henti Seperti cacing kepanasan tidak diam atau tenang; selalu gelisah

Seperti embun di hujung rumput kasih sayang yang tidak berkekalan Seperti gergaji dua mata/ Seperti talam

dua muka

seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak

Seperti harimau menyembunyikan kukunya

menyembunyikan kelebihan yang ada pada dirinya

Seperti hujan jatuh ke pasir/ Seperti mencurahkan air ke daun keladi

memberi nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan

Seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar Seperti kera kena belacan tidak suka duduk diam

Seperti kera mendapat bunga seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain Seperti kerbau dicucuk hidung seseorang yang lurus; menurut segala perintah orang lain

tanpa usul periksa

Seperti langit dengan bumi perbezaan yang amat ketara

Seperti mengajar itik berenang mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita Seperti pahat dengan penukul orang yang hanya bekerja apabila diperintah

Seperti pungguk rindu akan bulan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh Seperti rusa masuk ke kampung berasa hairan dan tercengang-cenggang apabila berada di

tempat yang baru

Seperti tikus jatuh di beras memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka Seperti ular kena palu jalan atau barisan yang bengkang-bengkok

(24)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 24

KATA-KATA HIKMAT

1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

2. Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

3. Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

4. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

5. Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)

6. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

7. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

8. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

9. Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

10. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

11. Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

(25)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 25 13. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu

memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

14. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

15. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

(26)

NURUL ALIAH SYAHIDAH (5B) MUKA SURAT 26

RUJUKAN

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm http://peribahasa-spm.blogspot.com/p/bidalan.html http://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.html http://peribahasa-spm.blogspot.com/p/pepatah.html http://anizyn.blogspot.com/2010/01/koleksi-kata-kata-hikmat-hikmah.html

DISUSUN OLEH,

Referensi

Dokumen terkait