1
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultants2
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsINVESTLAH – TIP MELABUR SAHAM FY
Karya ;
FAIZAL YUSUP 2015
3
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsPROFIL PENULIS
FAIZAL YUSUP @ FY
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelabur di Bursa Malaysia baik yang baru mahupun yang lama.
Sebagai pengenalan kepada ebook ini, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Faizal Yusup, Dalam bidang saham ini ramai yang mengenali saya dengan nama panggilan FY. Saya juga lebih senang membahasakan diri sebagai FY sebagai singkatan kepada Faizal Yusup.
Saya memulakan kerjaya menjaga portfolio institusi khususnya Morgan Grenfell sebagai Dealer’s Representative pada tahun 1996 di Kenanga Investment Bank Berhad. Untuk pengetahuan anda, saya memiliki Diploma in Investment Analysis dari UITM Shah Alam juga BSc Finance dari University of Nebraska Lincoln, USA. Ilmu pengetahuan kewangan dan pelaburan ini amat penting dan menjadi asas yang mengukuhkan profesion saya sebagai Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad.
Disamping itu saya juga memiliki dua lesen Capital Market iaitu untuk transaksi Ekuiti juga Derivatif. Pada masa yang sama saya juga menjawat jawatan Naib Presiden dalam Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia.
Pada tahun 2005 saya mengambil keputusan memulakan penulisan blog www.faizalyusup.net dengan pengisian motivasi namun demikian pada tahun 2008 ia beralih menjadi blog pengisian pelaburan saham. Sekarang, blog ini merupakan blog
4
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultantsyang paling tinggi trafiknya di alam maya dari aspek pengisian mengenai pelaburan saham dalam Bahasa Melayu. Pelbagai artikel saham yang berguna yang boleh anda baca dan ambil ilmunya dari sana secara percuma.
Seterusnya pada tahun 2012 saya mula keluar dan menjalankan Seminar Saham Super Investor bagi menyampaikan pengisian-pengisian pelaburan saham yang berkesan secara terus kepada para pelabur yang berminat untuk menceburi pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. Seminar ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sehingga kini ia masih lagi berjalan dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.
Setelah lebih 18 tahun bergelumang dalam Bursa Malaysia ini, mengalami kejatuhan dan kenaikan, ia menjadikan saya lebih matang. Pelajaran dan pengalaman yang saya dapati darinya tidak ternilai lantas ia membolehkan saya menjana keuntungan dari pelaburan di Bursa Malaysia ini. Pengetahuan inilah yang sering saya kongsikan baik di blog, dalam seminar mahupun dalam buku-buku ebook yang diterbitkan. InsyaAllah, ia semua usaha ini akan dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Selain itu saya juga pernah dijemput pihak MITI, sekolah, NGO dan institusi untuk menjalankan sesi ceramah pelaburan. Baru-baru ini pula saya dijemput oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menjadi penceramah dalam Roadshow Smart Invest yang bakal menjelajah seluruh pelusuk tanah air pada tahun 2015 ini. Ia merupakan satu penghormatan yang besar dalam bidang ini. Disamping itu juga saya menulis buku motivasi, pelaburan saham dan novel. Sehingga kini 11 buah buku telah diterbit dan dipasarkan.
5
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsHubungi saya sekiranya anda punya sebarang persoalan mengenai pelaburan saham. InsyaAllah saya akan cuba menjawabnya.
Sekian dulu.
FY
016 6667 430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia www.faizalyusup.net
www.seminarsaham.com.my
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
6
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsKANDUNGAN
Profil Penulis Kandungan MukaddimahBAB 1 - PENGENALAN
Kelebihan Efek Kompaun – Compounding Effect Melabur Di Bursa Malaysia
Niat Melabur Saham
Status Syariah Sesuatu Saham Direct And Indirect Investment Remisier Vs Online Trading Pendapatan Pasif Melabur Saham Modal Permulaan Pelaburan Saham Mencari Ilmu Saham
Mencari Ilmu Saham Melalui Seminar Dan Kursus Saham
Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Menghadiri Seminar Saham? Investor Atau Trader?
BAB 2 - MEMULAKAN PORTFOLIO PELABURAN SAHAM
Membuka Akaun CDS Membuka Akaun Trading Akaun CDS Berstatus Syariah Panduan Membuka Akaun Online
BAB 3 - MELABUR DALAM SAHAM TERBITAN AWAM @ INITIAL PUBLIC OFFER (IPO)
Cara Mendapatkan IPO IPO 2015
Kenapa Harga IPO Tak Naik?
BAB 4 - MELABUR DALAM PASARAN TERBUKA
Bursa Malaysia
Faktor-Faktor Penyenaraian Saham Syarikat Di Bursa Malaysia Indeks Bursa Malaysia
Produk Dalam Bursa Malaysia Kategori Saham Di Bursa Malaysia
Panduan Memilih Saham Yang Menguntungkan Di Bursa Malaysia Timing Dan Stock Selection
7
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsKaedah Pemilihan Saham Gaya FY - IMANTAP Market Participants
Bahaya Yang Menanti Trader Newbie Perbezaan Antara Trader Dan Investor Modus Operandi Sindiket Saham Kesihatan Pasaran Saham
Kekuatan Pasaran
BAB 5 - TIP-TIP PELABURAN SAHAM FY
Tip Saham Untuk Dibeli? Mencari Mentor Saham Masa Melabur
Fundamental Analysis Vs Technical Analysis Network Is An Asset
Elakkan Membeli Saham Mengikut Emosi
Elakkan Membeli Saham Dengan Duit Yang Dipinjam Jari Yang Tak Sama Panjang
Jangan Jatuh Cinta Dengan Mana-Mana Saham Sekalipun
BAB 6 - PENUTUP
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
Perkhidmatan Remisier Saham Di Bursa Malaysia Soalan-Soalan Lazim Mengenai Perkhidmatan Remisier Seminar, Personal Coaching Dan Trading Software Perkhidmatan Membaikpulih Portfolio Saham Yang Rugi Testimoni Daripada Peserta Seminar Saham Super Investor Personal Coaching Train The Supertrader
Ebook
Ebook Super Investor - Merungkai Rahsia Pelaburan Ipo Di Miti Hubungi Kami
8
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultants9
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultants10
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsAnda ingin menjana keuntungan dalam Bursa Malaysia sepertimana yang ditunjukkan dalam paparan-paparan di atas? Anda ingin tahu caranya? Jika jawapan anda Ya, maka teruskanlah membaca ebook ini...
11
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsMUKADDIMAH
© Advance Forward Training & Consultant
Bursa Malaysia
Dagangan Saham – Sistem BTX
New Revolution in Self Improvement
Page 26
Bismillahirrahmanirahim.
Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya buku Ebook Investlah – Tip Melabur Saham bersama FY ini dapat diterbitkan untuk tatapan anda semua. Ia diberikan secara PERCUMA dan FY berikan kebebasan untuk anda menyampaikan Ebook ini kepada sesiapa sahaja. Namun demikian hakcipta Ebook ini masih milik Advance forward Traning and Consultants dan sebarang peniruan baik sebahagian atau sepenuhnya adalah dilarang sama sekali.
Anda boleh mendapatkan Ebook ini samaada dengan memuat turunnya dari website www.faizalyusup.my bila website itu siap nanti atau dengan menghubungi dealer FY En Abdullah Ramzi di emel : [email protected]. Beliau akan menghantarnya kepada anda. Semoga ia membawa kefahaman dan banyak manfaat kepada anda.
Pelaburan saham di Bursa Malaysia bermula semenjak tahun 1977 dan sebenarnya ia masih baru dan mentah kalau dibandingkan dengan Bursa-Bursa Saham di negara maju. Sebenarnya tidak ramai rakyat di negara ini yang menjadi pelabur memandangkan mereka tak punya pengetahuan mengenainya.
Di bawah ini FY sertakan statistik pelabur di negara ini yang jelas menunjukkan betapa jumlahnya amat kecil kalau dibandingkan dengan populasi mereka yang layak melabur.
12
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsKeadaan ini ditambah pula dengan kejatuhan pasaran saham dan nilai matawang pada tahun 1997 dahulu oleh sebab Asean Financial Crisis menyebabkan ramai yang rugi lantas serik dan meninggalkan pasaran saham walhal keadaan sudah jauh berubah dimana Bursa Malaysia telah menjalani evolusi lantas menjadikan ianya lebih matang dan canggih dewasa ini.
Evolusi ini sebenarnya membolehkan pelaburan dijalankan dalam ekologi pasaran yang sihat dan pastinya boleh membawa keuntungan kepada pesertanya. Keuntungan ini pula boleh didapati dalam pelbagai kaedah dan pendekatan. Baik pelaburan secara terus ke dalam Bursa Malaysia dengan membeli saham-saham yang tersenarai untuk mendapat keuntungan dari segi kenaikan harga, namun demikian keuntungan juga boleh dijana melalui perolehan dividen, bonus, pelaburan saham terbitan awam atau IPO, IPO di MITI dan sebagainya.
Industri pasaran modal ini adalah K Industry atau Knowledge Industry jadi mereka yang ingin memasukinya memerlukan ilmu pengetahuan. Ini kerana tanpa ilmu pelaburan maka risiko mengalami kerugian akan menjadi lebih tinggi.
Atas kesedaran inilah FY bagi pihak Advance Forward Training and Consultants mengambil keputusan untuk menulis E-Book ini sebagai panduan mudah kepada mereka-mereka yang ingin melibatkan diri dalam pelaburan saham. Ebook yang sedang anda baca ini dikhususkan untuk menghuraikan secara overview akan kaedah, prinsip dan strategi pelaburan ekuiti di Bursa Malaysia.
13
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsSelain penghuraian yang menyeluruh Ebook ini juga menjawab pelbagai soalan-soalan lazim yang sering ditanya para pelabur saham dan pastinya akan membantu anda memahami teknik pelaburan saham ini dengan lebih lanjut lagi.
Semoga ia membawa manfaat kepada anda dan harapan kami agar anda bakal menjadi seorang Super Investor!
14
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBAB 1
Setelah berada dalam industri pelaburan saham selama lebih 18 tahun ini telah banyak yang FY pelajari mengenainya. Jadi FY mengambil keputusan menulis buku ini bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada dengan harapan ia bakal membawa manfaat kepada anda sidang pembaca yang FY hormati sekelian. Buku ini diberikan secara percuma jadi anda bebas untuk memberi atau menghadiahkan kepada sesiapa sahaja yang ingin melibatkan diri dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia ini. Lagi ramai lagi bagus dengan harapan ia membawa manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya.
Apapun, apa yang FY lihat ialah bagi kebanyakan pelabur, pelaburan saham mendatangkan kerugian demi kerugian. Jadi atas sebab inilah jumlah pelabur yang aktif di Malaysia semakin lama berkurangan. Malah jumlah Remisier dan Dealer juga semakin berkurangan sejak 15 tahun kebelakangan ini.
Terus terang FY juga melalui keadaan yang sama. Bergelumang dengan naik turun pasaran dan terpaksa membayar yuran yang tinggi bagi mendapatkan pelajaran, ilmu pengetahuan serta pengalaman di dalam industri pelaburan saham ini. Industri yang telah sekian lama dikuasai oleh orang asing mahpun bangsa Cina di negara ini. Namun semua pengalaman ini berbaloi kerana akhirnya Allah Taala mengurniakan FY dengan ilmu yang memadai untuk meminimakan kerugian dan meningkatkan keuntungan dalam
15
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultantspasaran saham ini. Mengurniakan FY dengan ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kesedaran dan kefahaman yang membolehkan FY menjana keuntungan demi keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia.
Jadi FY mengambil keputusan untuk menulis buku ini bagi mendedahkan teknik-teknik yang perlu anda tahu bagi baik sebagai pelabur yang pernah mengalami kerugian mahupun bagi pelabur baru yang berhasrat untuk menjejakkan kaki dalam dunia pelaburan yang penuh dengan cabaran ini.
Buku ini bukanlah buku akademik yang menceritakan akan keseluruhan instrumen kewangan yang ada di Bursa Malaysia, terus terang FY boleh menulis semua itu tapi pada FY buat apa menulis semua teori itu sedangkan ia tak perlu dan tak boleh mendatangkan keuntungan? Lagipun FY adalah seorang trader dan remisier yang berlesen dan bukannya seorang ahli akademik. Jadi, pada FY apa yang penting ialah untuk menyampaikan apa yang perlu, menerangkan pendekatan-pendekatan yang mudah dan praktikal yang mana dengan itu membolehkan anda sebagai pelabur mendapatkan keuntungan dan meningkatkan kedudukan ekonomi anda. Itu yang penting dan diberi keutamaan dalam buku yang bakal anda baca ini.
Apapun sehingga kini pendedahan orang kita kepada aspek pelaburan saham ini masih lagi rendah. Pelbagai pandangan yang dapat kita dengar mengenainya baik dari sudut ketiadaan modal hinggalah ke sudut tidak mahu mengambil risiko, pernah gagal dan mengalami kerugian dan sebagainya.
Kalau kita buat perbandingan, di Singapura ada lebih 3,000 remisier bagi populasi sejumlah tak sampai 4 juta orang sedangkan di Malaysia terdapat lebih kurang 6,000 remisier yang aktif untuk jumlah penduduk seramai 30 juta orang.
Pasaran mereka berada pada tahap 3,000 mata sedangkan KLCI berada pada tahap 1,800 semasa topik ini ditulis atau dalam ertikata lain ekonomi mereka berada dua kali ganda lebih baik dan atas sebab yang sama nilai matawang mereka juga berada pada tahap yang jauh lebih tinggi.
Apapun kalau difikirkan pada tahun 80 an Dow Jones juga hanya berada pada tahap 1000 mata namun demikian 30 tahun kemudian ia mencecah 15000 mata. Kenaikan 14 kali ganda. Mungkin ia bukanlah satu perbandingan epal dengan epal namun demikian bila syarikat Malaysia berkembang menjadi syarikat global di masa yang akan datang FY yakin pasaran saham kita akan naik lebih tinggi lagi mungkin melebihi 2,000 mata dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun lagi. Kalau kita hendak buat perbandingan maka FY rasa Korea Selatan adalah contoh yang terbaik. Mereka berada pada tahap 1850 mata dewasa ini dan pernah mencecah 2,000 mata pada penghujung tahun 2007 atas kerjasama pelabur runcitnya.
Buat masa ini nisbah pelaburan runcit di Malaysia masih rendah iaitu kira 20% dari pasaran dan selebihnya pelabur institusi baik tempatan mahupun antarabangsa. Ini disebabkan kerana jumlah remisier yang yang berada di pasaran sangat kecil iaitu kira-kira 4,000 orang kalau dibandingkan dengan lebih 20,000 agen bagi saham amanah,
16
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsInsuran dan kad kredit. Bukankah anda selalu sudah ada insuran paling tidakpun insuran kereta, bukankah anda juga sudah ada pelaburan amanah saham paling tidakpun ASB dan bukankah anda telah punya Kad Kredit? Tapi sudahkan anda punya Akaun CDS untuk melabur saham? Ramai yang tidak.
Bagi kebanyakan orang kita, pemandangan mereka kepada pelaburan saham sangatlah negatif kerana bagi kebanyakan kita merasakan yang ianya merupakan sesuatu yang berisiko tinggi sedangkan sebenarnya terdapat saham fundamental yang rendah risikonya. Sebenarnya kita cuma perlu punya ilmu pelaburan saham.
Kalau difikirkan kembali berada di tempat tinggi kali pertama untuk melakukan “bungee jumping” juga dirasakan seperti mengambil risiko yang tinggi namun setelah melakukannya beberapa kali silap-silap kita akan menyukainya malah hilang rasa takut yang ada setelah meyakini ciri-ciri keselamatan yang ada dalam pasaran saham.
Apa yang ingin FY katakan ialah kalau anda melabur 1 lot saham Public Bank yang bernilai RM1,000.00 pada tahun 1967, sekarang anda bergelar jutawan. FY yakin kalau anda melabur sekarang dalam saham yang baik asasnya 10 tahun akan datang pasti anda akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
Banyak yang bakal FY kongsikan dengan anda dalam buku ini dan semuanya melibatkan pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Sebenarnya seperti yang FY katakan tadi, ramai orang kita yang tak tahu mengenai saham, ada yang tahu dan melabur tetapi mengalami kerugian kerana mereka tak punya ilmu melabur. Apapun FY juga mengalami keadaan yang serupa ketika belajar dahulu namun keadaan adalah lebih baik sekarang kerana dewasa ini FY telah celik akan ilmu saham ini dan tahu saham manakah yang punya asas yang kukuh bagi tujuan pelaburan yang menguntungkan. Keberangkalian membuat keuntungan dan meningkatkan kemewahan buat semua pelanggan semakin baik. Syukur Alhamdullillah.
Pun begitu sepertimana prinsip yang bakal FY sampaikan dalam buku ini, maka di sini FY akan menyampaikan apa yang FY tahu kerana sebenarnya masih banyak yang perlu FY baiki dan pelajari bagi mencantikkan lagi ilmu kewangan ini.
Harapan FY semoga ada yang mendapat manfaat daripada tulisan-tulisan bisu ini yang kemudiannya diterjemahkan kepada keuntungan kewangan dan kenaikan taraf kehidupan. InsyaAllah.
17
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsKELEBIHAN EFEK KOMPAUN – COMPOUNDING EFFECT
Pelaburan saham tidak semudah yang kita sangkakan. Ia bukan hanya dengan adanya modal kita kemudiannnya membeli saham tanpa menganalisanya. Selain kuasa memegang dan kesabaran, kita perlukan kaedah yang tepat untuk mendapat keuntungan. Dari pengamatan FY sebenarnya ramai pelabur yang memulakan portfolio saham tidak mempunyai ilmu yang cukup. Kita tak tahu apa-apa, cuma ada duit dan membeli saham dengan cara yang sembrono sesuka hati sahaja. Analoginya seperti memasuki hutan tanpa membawa peralatan dengan mata yang tertutup di malam hari. Risiko untuk sesat sangatlah tinggi. Inilah sebabnya kenapa kita banyak dengar mereka yang mengalami kerugian. Terus terang FY juga dahulu begitu namun lama kelamaan dangan inzin Allah Taala FY semakin faham dan semakin celik dalam perihal saham ini.
Namun belumlah boleh dikatakan yang FY ini seorang pakar. FY cuma kongsikan apa yang FY tahu dengan harapan ia boleh membantu memberikan serba sedikit kefahaman kepada anda bagi mengalakkan kesalahan-kesalahan yang pernah FY lakukan.
Apapun untuk pengetahuan anda Kebarangkalian untuk menjana keuntungan adalah dengan menggunakan Kaedah Analisis Asas dan Analisis Kewangan ( Financial / Financial Analysis ). Terus terang dari kajian sejarah Kaedah Carta atau Analisa Teknikal pasti akan lambat laun merugikan. Ini kerana Kaedah FA digunakan secara meluas oleh semua institusi kewangan jadi kita akan membeli saham yang mereka beli iaitu saham yang kuat dan utuh kedudukan kewangannya. Namun demikian kaedah carta boleh juga membantu serba sedikit dalam menganalisis pergerakan / kelakuan harga saham.
Sedikit huraian mengenai Efek Kompaun. Jika kita berjaya menghasilkan keuntungan 15% setiap pada tahun dengan bermodalkan RM100 ribu, maka kita boleh mendapat 1.64
18
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultantsjuta selepas 20 tahun, malah dengan modal 50 ribu, selepas 20 tahun, kita masih boleh mendapatkan RM818 ribu.
Contoh: -
50,000 x 1.15 = 57,500 tahun pertama 57,500 x 1.15 = 66,125 tahun kedua 66,125 x 1.15 = 76,043 tahun ketiga Dan begitulah seterusnya...
20 tahun kemudian = 818,000
Jadi mulakan dari sekarang, jadilah pelabur yang bijak!
Berusahalah seperti kita akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah seperti kita akan MATI esok hari.
19
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsMELABUR DI BURSA MALAYSIA
Sehingga kini pendedahan orang kita kepada aspek pelaburan saham ini masih lagi rendah. Pelbagai pandangan yang dapat kita dengar mengenainya baik dari sudut ketiadaan modal hinggalah ke sudut tidak mahu mengambil risiko, sudah terkena dan sebagainya.
Kalau kita buat perbandingan, di Singapura ada lebih 3000 remisier bagi populasi sejumlah tak sampai 4 juta orang sedangkan di Malaysia terdapat kurang dari 4000 remisier yang aktif untuk jumlah penduduk seramai 27 juta orang.
Pasaran mereka berada pada tahap 3100 mata sedangkan KLCI berada pada tahap 1450 semasa artikel ini ditulis atau dalam ertikata lain ekonomi mereka berada dua kali ganda lebih baik dan atas sebab yang sama nilai matawang mereka juga berada pada tahap yang jauh lebih tinggi.
Apapun kalau difikirkanpada tahun 80 an Dow Jones juga hanya berada pada tahap 1000 mata namun demikian 30 tahun kemudian ia mencecah 14000 mata. Kenaikan 14 kali ganda. Mungkin ia bukanlah satu perbandingan epal dengan epal namun demikian bila syarikat Malaysia berkembang menjadi syarikat global di masa yang akan datang FY yakin pasaran saham kita akan naik lebih tinggi lagi mungkin melebihi 2000 mata dalam jangkamasa 5 hingga 10 tahun lagi. Kalau kita hendak buat perbandingan maka FY rasa
20
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsKorea Selatan adalah contoh yang terbaik. Mereka berada pada tahap 1850 mata dewasa ini dan pernah mencecah 2000 mata pada penghujung tahun 2007 atas kerjasama pelabur runcitnya.
Buat masa ini nisbah pelaburan runcit di Malaysia masih rendah iaitu kira 20% dari pasaran dan selebihnya pelabur institusi baik tempatan mahupun antarabangsa. Ini disebabkan kerana jumlah remisier yang yang berada di pasaran sangat kecil iaitu kira-kira 4000 orang kalau dibandingkan dengan 20000 agen bagi saham amanah, Insuran dan kad kredit. Bukankah anda selalu sudah ada insuran paling tidakpun insuran kereta, bukankah anda juga sudah ada pelaburan amanah saham paling tidakpun ASB dan bukankah anda telah punya Kad Kredit? Tapi sudahkan anda punya Akaun CDS untuk melabur saham? Ramai yang tidak.
Bagi kebanyakan orang kita, pemandangan mereka kepada pelaburan saham sangatlah negatif kerana bagi kebanyakan kita merasakan yang ianya merupakan sesuatu yang berisiko tinggi sedangkan sebenarnya terdapat saham fundamental yang rendah risikonya. Sebenarnya kita cuma perlu punya ilmu pelaburan saham.
Kalau difikirkan kembali berada di tempat tinggi kali pertama untuk melakukan “bungee jumping” juga dirasakan seperti mengambil risiko yang tinggi namun setelah melakukannya beberapa kali silap-silap kita akan menyukainya malah hilang rasa takut yang ada setelah meyakini ciri-ciri keselamatan yang ada dalam pasaran saham.
Apa yang ingin FY katakan ialah kalau anda melabur 1 lot saham Public Bank yang bernilai RM1000 pada tahun 1967, sekarang anda bergelar jutawan. FY yakin kalau anda melabur sekarang dalam saham yang baik asasnya 10 tahun akan datang pasti anda akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
21
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsNIAT MELABUR SAHAM
Sebenarnya semua perkara yang ingin kita lakukan di dalam dunia ini bermula dengan niat. Niat ini bakal menentukan hala tuju juga hasil yang bakal kita kecapi suatu ketika nanti. Dalam hal ini ramai juga pelabur baru yang mengatakan mereka bermain saham sedangkan kata-kata itu adalah satu doa. Kalau kita bermain maknanya permainanlah yang bakal kita dapat. Dalam hal ini pasanglah niat untuk melabur saham dan bukan ingin bermain saham. Melabur disini bermakna meletakkan modal dalam instrumen yang tertentu dalam Bursa Malaysia dengan harapan ia membawa keuntungan kepada anda di masa-masa mendatang.
22
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsSTATUS SYARIAH SESUATU SAHAM
Dewasa ini ramai juga yang bertanya sama ada saham-saham yang lalu itu berstatus syariah atau tidak. Dalam hal ini sebenarnya lebih 70% atau lebih 700 kaunter dalam Bursa Malaysia mendapat status syariah. Status ini diberikan oleh Syariah Comittee Suruhanjaya Security. Secara umumnya saham-saham berikut ini dikategorikan sebagai saham yang tidak patuh syariah.
Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai sekuriti yang tidak patuh syariah sekiranya syarikat tersebut menjalankan aktiviti teras yang tidak selaras dengan Syariah sepertimana kriteria yang berikut :
(a) Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);
(b) Perjudian dan pertaruhan;
(c) Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;
(d) Insurans konvensional;
(e) Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;
(f) Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan
(g) Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah; dan
(h) Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah
Siapa yang menentukan sama ada sesebuah sekuriti itu patuh Syariah atau tidak?
Sekuriti patuh Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Ahli MPS terdiri daripada golongan pakar Syariah, pakar perundangan dan kewangan dan juga ahli akademik.
Dalam menentukan status patuh Syariah sesebuah syarikat, fokus diberikan kepada aktiviti teras syarikat tersebut berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Aktiviti teras sesebuah syarikat adalah aktiviti yang menjana pendapatan dan seterusnya diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen.
23
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsDIRECT AND INDIRECT INVESTMENT
Dalam artikel kali ini pula FY akan terangkan mengenai Direct and Indirect Investment ke dalam Bursa Malaysia atau dalam Bahasa Melayu Pelaburan Saham Secara Langsung dan Pelaburan Saham Secara Tak Langsung serta apakah kelemahan dan kelebihannya. Sebenarnya bagi kebanyakan kita yang modal tetapi tak punya masa, pengalaman mahupun ilmu pelaburan saham, adalah lebih baik untuk kita serahkan dana pelaburan tersebut kepada konsultan yang profesional untuk mengendalikannya dengan meletakkannya dalam saham–saham amanah seperti ASB, ASW, CIMB Wealth Advisors, Saham-Saham Amanah di Public Bank, Philips Capital, Pelaburan MARA, Amanah Saham yang diterbitkan oleh boleh dikatakan semua bank komersial dan banyak lagi. Namun demikian, kita boleh juga pergi terus secara langsung (direct) ke dalam Bursa Malaysia samaada dengan menggunakan khidmat Remisier mahupun secara terus dengan kaedah online.
Apapun di sini FY huraikan akan kelebihan dan kelemahannya ;
INDIRECT INVESTMENT
24
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsInvestors – Fund Management Companies via Profesional Fund Managers– Bursa Malaysia
KEBAIKAN
Punya pool modal pelaburan yang banyak memandangkan ia mengumpulkan duit dari pelabur yang ramai.
Consultant Professional yang berkelayakan dan bertauliah
Mereka boleh menggunakan pelbagai strategi pelaburan termasuk Dollar Cost Averaging yang menguntungkan dalam jangkamasa panjang.
KEBURUKAN
Yuran permulaan sehingga setinggi 5% dikenakan ke atas modal.
Yuran pemprosesan, yuran tahunan, yuran pentadbiran dan pelbagai lagi yuran yang akan dikenakan. Jadi Fund tersebut mestilah menjana pendapatan yang jauh lebih tinggi memandangkan kos mereka sejak awal-awal lagi berada di paras yang tinggi.
DIRECT INVESTMENT
Investor – Brokers via Online Facility – Bursa Malaysia KEBAIKAN
Kos brokerage yang rendah. KEBURUKAN
Tanpa ilmu dan pengalaman pelaburan saham, risiko kerugian menjadi amat tinggi. Tiada Remisier dan Dealer yang boleh membantu,
Pada FY kaedah ini hanya sesuai digunakan oleh Expert Trader dan Expert Investor yang punya Financial Literacy yang tinggi. Namun bagi kebanyakan pelabur baru mahupun yang lama tetapi tiada ilmu yang dinyatakan tadi maka urusniaga saham secara online tidak disarankan sama sekali.
Investor – Brokers via Remisiers – Bursa Malaysia KEBAIKAN
Brokerage yang dikenakan masih murah kalau dibandingkan dengan Konsultant Profesional mahupun Syarikat Saham Amanah memandangkan kita melabur secara Direct ke dalam Bursa Malaysia.
Kalau Remisier anda bagus contohnya punya kelayakan Profesional, pernah menjadi Fund Managers, punya Financial Literacy, punya ilmu dan pengalaman yang meluas mengenai pasaran saham maka ia bakal menguntungkan anda kerana mereka boleh
25
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultantsmembantu memberikan garis panduan yang baik mengenai pelaburan saham kepada anda. Mendapat khidmat nasihat yang baik tetapi pada kadar yang lebih murah kalau dibandingkan sekiranya anda menggunakan khidmat konsultan profesional.
KEBURUKAN
Ia bergantung kepada kepakaran Remisier anda. Kalau remisier anda hanya tahu menekan butang jual dan beli sahaja maka fikir-fikirkanlah kembali kerana pastinya ia tak berbaloi.
26
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsREMISIER VS ONLINE TRADING
REMISIER
Bila menggunakan perkhidmatan remisier standard brokerage yang dikenakan ialah pada kadar 0.7% dengan minima RM40.00. Bagi transaksi saham melebihi RM100,000.00 selalunya brokerage yang dikenakan ialah 0.3%.
ONLINE
Brokerage yang dikenakan ialah 0.42% dengan minima RM28.00. Namun demikian ada syarikat yang menurunkan brokerage ini serendah RM10.00 yang mana sebenarnya ia melanggar undang-undang yang ditetapkan pihak Bursa Malaysia namun demikian sebenarnya syarikat tersebut yang waived atau menanggung selebihnya bagi pihak pelanggannya.
Namun demikian dari segi Clearing Fees dan Stamp Duty ia tetap sama. Clearing Fees adalah 0.03% dan Stamp Duty Kerajaan ialah RM1 bagi setiap RM1,000.00 bagi setiap transaksi.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN REMISIER
Bila menggunakan perkhidmatan Remisier, kita bukan hanya boleh bertanya tentang banyak perkara yang mungkin tidak kita ketahui dalam pasaran, pada masa yang sama kita juga boleh meminta bantuan dengan mereka dalam permohonan IPO, permohonan IPO di MITI, Private Placement, Share Financing, Crossing Deals, Married Deals, Buying In dan pelbagai lagi. Ada sesetengah remisier yang berkelayakan boleh juga memberikan nasihat dan saranan saham-saham yang baik untuk dibuat pelaburan. Namun harus diingat bukan semua remisier boleh berbuat demikian.
ONLINE
Bila menggunakan perkhidmatan online, kelebihan utamanya ialah kita bakal mendapat kadar brokerage yang rendah bagi setiap transaksi yang kita lakukan. Namun demikian selalunya kita tak tahu dan tak dapat nak bertanya tentang itu ini. Sesetengah akaun CDS Online Trading ini pula merupakan akaun CDS Nominee yang tidak boleh digunakan untuk permohonan IPO dan sebagainya. Ia hanya dikhaskan untuk trading sahaja. Dari pemerhatian FY banyak pelabur baru yang melakukan kesilapan bila menjual dan membeli saham secara online kerana mereka masih baru tak tak punya ilmu mengenainya.
Contoh kesilapan yang pernah FY nampak ialah ;
27
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultants Kesilapan kaunter pembelian, ingin beli kaunter A terbeli kaunter B.
Kesilapan hendak membeli tetapi terjual dan begitulah sebaliknya.
Kesilapan membeli saham OR dan saham Warrant yang bakal lupus mahupun saham-saham yang bakal dinyahsenaraikan dan sebagainya.
Kesilapan-kesilapan ini sebenarnya hanya membawa kepada KERUGIAN. Nota kecil ;
Oleh sebab tak punya Remisier mahupun Dealer untuk bertanya maka banyak persoalan itu akan sampai kepada FY. Buka akaun Online atau akaun Trading di tempat lain tapi tanya pada FY. Saranan FY, buka sahaja akaun saham dengan FY, kalau tanyapun FY boleh jawab dengan senang hati. InsyaAllah.
SARANAN FY
Kepada pelabur baru anda umpama bayi yang baru lahir dan tak tahu apa-apa mengenai dunia. Jadi anda perlukan ibubapa untuk menjaga dan memelihara anda. Jadi di sini, FY tidak menyarankan anda menggunakan perkhidmatan Online melainkan anda bertatih dan meminta bantuan Remisier anda sehinggalah anda punya keyakinan untuk berjalan dan berlari. Dalam ertikata lain anda sesuai menjalankan urusniaga online bila anda telah punya ilmu trading di Bursa Malaysia ini.
Remisier yang hebat adalah remisier yang boleh mengajar dan mendidik anda sehingga ada boleh berdiri di atas kaki sendiri dalam menjalankan urusniaga Trading di Bursa Malaysia. Bagi mereka yang tidak punya masa untuk menjadi seorang trader maka menjadi seorang Investor adalah lebih baik. Minta bantuan Remisier anda untuk membantu dalam pemilihan kaunter yang baik untuk dibuat pelaburan.
Ingatlah kerjaya seorang Remisier ini adalah kerjaya professional jadi caj 0.7% yang dikenakan adalah caj yang patut bagi khidmat nasihat mereka. Pada FY menggunakan perkhidmatan Remisier yang membawa keuntungan adalah lebih baik dari menggunakan perkhidmatan Online yang murah tetapi merugikan.
Kesimpulannya tak kesahlah samaada anda ingin menggunakan perkhidmatan Remisier mahupun Online kerana di penghujung cerita keuntungan yang dijana dari pasaran menjadi keutamaan.
28
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsPENDAPATAN PASIF MELABUR SAHAM
Sekiranya kita bekerja dan mendapat gaji dari pekerjaan yang kita lakukan maka itu dinamakan pendapatan aktif. Ini kerana kita terpaksa melaburkan masa dan tenaga bagi tujuan mendapatkan pendapatan tersebut. Pendapatan pasif dalam hal ini bermakna kita menggunakan duit sebagai modal untuk menjana pendapatan. Dalam erti kata lain, duit buat duit tanpa memerlukan masa dan tenaga.
Pelaburan saham sebenarnya boleh memberikan alternatif pendapatan sampingan kepada pelaburnya. Namun demikian, perkara pertama yang harus dilakukan oleh para newbie ialah mereka perlu menabung bagi mendapatkan modal permulaan sebelum memulakan langkah melabur dalam Bursa Malaysia.
Ini kerana, pelaburan tanpa modal amat berisiko dan kebarangkalian untuk mengalami kerugian amatlah tinggi.
29
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsMODAL PERMULAAN PELABURAN SAHAM
Kali ini FY akan terangkan sedikit sebanyak tentang modal minima pelaburan saham serta dimana anda boleh melaburkannya. Apapun ini hanyalah pendapat FY semata-mata berdasarkan 17 tahun pengalaman FY dalam pasaran saham, berdasarkan apa yang FY lihat selama hari ini.
Antara pilihan yang pelaburan saham yang ada bagi pelabur di Bursa Malaysia ialah; IPO
IPO di MITI
PRIVATE PLACEMENTS
READY MARKET ATAU PASARAN TERSEDIA
Modal antara RM0.00 hingga RM1000.00
Pada FY bagi mereka yang mempunyai modal atau tabung sebanyak ini maka adalah lebih baik anda mencuba pembelian IPO Awam melalui online, ATM atau penghantaran borang. Ini kerana ia terlalu kecil dan tidak memadai untuk kita buat pelaburan di pasaran terbuka dan ia juga pasti menyusahkan untuk menyiapkan dokumen bagi memohon IPO di MITI.
Dalam pasaran terbuka brokerage minima yang dikenakan ialah RM40.00 beli dan jual jadi pelaburan saham berharga RM1.00 terpaksa ditunggu sehingga paling minima
30
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsRM1.08 hanya untuk kita breakeven. Pastinya anda terpaksa menunggu dalam masa yang panjang nanti untuk kembali mendapatkan modal apatah lagi keuntungan.
Modal antara RM1000.00 hingga RM5000.00
Di sini pilihan menjadi lebih besar. Anda boleh memohon IPO dan anda juga boleh membeli saham di pasaran terbuka. Namun demikian dalam pasaran terbuka pilihan menjadi terhad. Ini kerana pastinya anda tidak disarankan untuk membeli 5 jenis saham pada harga RM1.00. Ia bakal memberi efek yang sama seperti pihahan yang awal tadi. Di sini anda cuma boleh membeli satu jenis saham sahaja bagi mendapatkan leverage yang baik. RM5000.00 diperuntukan untuk satu jenis saham sahaja. Masalahnya bila kita punya modal yang kecil begini kebarangkalian untuk menjana keuntungan menjadi begitu kecil. Ini kerana kita hanya boleh memilih SATU saham sahaja daripada 1400 jenis saham yang ada.
Modal antara RM5,000.00 hingga RM50,000.00
Bagi mereka yang punya modal sebanyak ini maka ia menjadi lebih mudah. Ini kerana pilihan yang ada menjadi lebih terbuka. Namun demikian pembahagiannya pula menjadi terhad. Samaada anda ingin meletakkannya dalam pasaran terbuka, atau hanya IPO atau kedua-duanya sekali. Anda boleh memohon IPO, IPO di MITI atau melabur sahaja di pasaran terbuka. Dengan RM50.000.00 pilihan membeli saham dalam pasaran terbuka adalah lebih baik. Ini kerana anda boleh membeli lebih banyak saham dan membahagikan risiko atau dalam Bahasa Inggeris spread the risk. Anda juga boleh membeli satu jenis saham dan membahagikannya mengikut nilai pembelian yang sama dengan menggunakan kaedah Dollar Cost Averaging. Kaedah yang lazim digunakan oleh Syarikat Saham Amanah.
Modal antara RM50,000.00 hingga RM250,000.00
Sama seperti di atas namun dengan modal pelaburan sebanyak ini anda boleh membahagikannya untuk tujuan pelaburan dalam IPO serta dalam pasaran terbuka. Dengan modal sebanyak ini ada juga boleh membuka Akaun Trading Margin dengan syarikat broker bagi meningkatkan leverage pelaburan anda. Namun demikian dari apa yang FY tahu tiada Share Financing mahupun Margin Account yang berstatus Syariah.
Modal RM250,000.00 dan ke atas
Dengan modal sebanyak ini pula anda sudah mula boleh melabur sebagai High Networth Clients dalam pelaburan yang dinamakan Private Placements. Modal minima yang diperlukan ialah RM250,000.00 untuk satu blok saham. Bila banyak saham yang dapat kita beli dan bila saham itu naik maka kita bakal mendapat keuntungan yang berganda. Tetapi kalau semunya sudah diletakkan di sini maka tiadalah pilihan pelaburan yang lain. Dibawah ini FY paparkan impak pembelian saham melalui kaedah Private Placements ini.
31
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsSebenarnya Private Placements adalah salah satu kaedah pelaburan yang terbaik untuk mendapat pulangan pelaburan atau Return on Investment (ROI) terhadap pelaburan yang anda buat. Dalam contoh di atas anda boleh lihat yang pulangan bagi pelaburan ini melebihi 70% dalam jangkamasa sebulan.
Namun demikian kalau di Amerika Syarikat peruntukan saham ini dijalankan dalam bentuk bid and offer berdasarkan penawaran dan permintaan tetapi di negara ini ia tidak dijalankan sedemikian. Ini menyebabkan adakalanya saham Private Placement ini menjadi terlalu mahal kerana ia dijual oleh agen-agen saham yang mengenakan yuran-yuran tertentu.
Apapun bagi High Networth Clients FY sarankan untuk anda memasuki pasaran ini. Hubungi FY sekiranya anda berada dalam kelompok ini. InsyaAllah FY boleh membantu anda sekiranya ada Private Placements yang sesuai.
32
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsMENCARI ILMU SAHAM
Kalau dahulu mencari maklumat tentang pelaburan merupakan satu tugas yang sukar namun sekarang tidak lagi. Perkembangan teknologi telah memudahkan pencariannya di hujung jari iaitu hanya dengan melayari internet. Di internet pelbagai maklumat dan input saham yang terkini yang boleh kita cari.
Antara tempat-tempat yang boleh kita cari maklumat-maklumat saham adalah seperti berikut ;
Laman web Bursa Malaysia
www.bursamarketplace.com
Laman web Suruhanjaya Sekuriti
www.investsmartsc.my
Website dan blog pelaburan saham
Laman web syarikat
Akhbar Financial Times
Akhbar Focus
Akhbar Financial Edge
Laman web Business Times
Laman web Starbiz
Radio BFM
Radio Bernama
Laporan Tahunan
Laporan Suku Tahunan
Maklumat harian dari broker
Maklumat dalam platform online broker
Research Paper yang dikeluarkan oleh Research House
Buku dan Ebook pelaburan saham
Seminar, Kursus dan Personal Coaching Pelaburan Saham
Dealer, Remisier, Analyst yang berlesen
Dan banyak lagi.
Dalam hal ini ambillah masa untuk masuk ke dalam zon pelaburan. Lagi banyak ilmu dan maklumat yang anda dapati dan fahami maka pastinya lambat laun akan menjadikan anda pelabur yang bijak dan berhemah.
33
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsMENCARI ILMU SAHAM MELALUI SEMINAR DAN KURSUS
SAHAM
Salah satu perkara utama yang perlu dilakukan oleh para newbie yang memasuki pasaran saham ialah untuk mencari sebanyak mana input pelaburan yang penting. Ilmu pelaburan ini boleh didapati dari pembacaan, blog, pengalaman orang lain, mentor saham dan lain-lain. Ilmu ini juga boleh didapati dari seminar dan kursus saham yang tumbuh bagai cendawan kebelakangan ini.
Dalam hal ini pihak Advance Forward ada menyediakan beberapa kursus baik untuk para newbie atau beginner, untuk pelabur yang lebih berpengalaman mahupun pelabur-pelabur advance.
1. Seminar Super Investor
Seminar ini adalah khursus untuk pelabur beginner yang ingin memulakan portfolio pelaburan saham di Bursa Malaysia sebagai salah satu alternatif pelaburan mereka. Ia menghuraikan tentang alternatif pelaburan yang ada di negara ini dengan penjelasan yang mendalam tentang pelaburan ekuiti di Bursa Malaysia baik dari aspek primary market mahupun secondary market.
Primary market adalah saham-saham yang belum tersenarai dalam Bursa Malaysia yang mana pelabur yang berjaya melanggan saham-saham ini akan berkemungkinan besar menjana keuntungan darinya bilamana saham-saham ini disenaraikan di Bursa Malaysia.
34
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsDalam huraian secondary market pula iaitu saham-saham yang telah tersenarai, kaedah dan cara menjana keuntungan dari saham-saham ini bakal dikongsikan dalam seminar yang sama.
2. Seminar SuperTech Investor
Seminar ini adalah lebih advance. Ia dijalankan oleh sifu Zuhri Zain MSTA dan sifu Nabil Fikri MSTA. Ia menghuraikan kaedah-kaedah analisa teknikal iaitu pembacaan carta-carta pergerakan harga saham. Psikologi pelabur, trend pasaran, tafsiran indikator-indikator dan sebagainya.
3. Personal Coaching Super Trader
Sesi personal coaching ini pula sesuai untuk investor dan trader yang telah bersedia untuk memulakan langkah membeli dan menjual saham di Bursa Malaysia. Personal coaching ini menghuraikan tentang kaedah pemilihan stok atau stock selection yang berkesan juga timing iaitu signal beli mahupun signal jual sesuatu stok itu.
Sebenarnya terlalu banyak pengisian saham yang tidak dapat disampaikan dalam masa satu hari, jadi atas sebab inilah kursus dan seminar tersebut dipecahkan begitu rupa. Hakikatnya, pada FY ianya sudah memadai untuk seseorang newbie yang mahu memasuki pasaran untuk menghadiri ketiga-tiga seminar ini. Ia bakal membantu seseorang trader newbie untuk menjalankan urusniaga saham secara berhemah dan InsyaAllah menjadikan pelabur tersebut seorang pelabur yang bijak.
35
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsAPAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SELEPAS
MENGHADIRI SEMINAR SAHAM?
Memandangkan kebelakangan ini begitu banyak bengkel, woksyop, kursus dan seminar saham dijalankan jadi FY mengambil keputusan untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Menghadiri Seminar Saham tak kiralah samaada anda pulang dari Seminar Super Investor FY atau yang lainnya.
Dari pemerhatian FY ramai juga yang balik dari seminar hanya mendapatkan ilmu pelaburan saham namun tidak melakukan apa-apa tindakan susulan atas sebab-sebab tertentu.
Jadi di sini FY akan terangkan langkah-langkah yang perlu anda ambil sekembalinya dari sebuah seminar saham kepada mereka yang telah punya modal dan bersedia untuk terjun dalam arena pelaburan saham ini.
BUKA AKAUN CDS
Sesetengah seminar menyediakan perkhidmatan membuka akaun CDS, jadi bukalah akaun CDS kerana inilah akaun yang wajib bagi semua pelabur saham di negara ini. FY ada menulis garispanduan membukanya dalam artikel yang lalu. Setelah menghantar borang untuk diproses tunggu sehingga pihak Bursa menghantar surat penyata untuk mengesahkannya.
36
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsNota – Akaun CDS tidak boleh dibuka oleh pelabur yang Bankrap, tetapi bagi pelabur yang blacklist punya masalah CTOS dan CCRIS ia tidak menjadi masalah.
BUKA AKAUN TRADING / ONLINE
Kemudian FY buka Akaun Trading dengan pihak Broker dan pastikan siapakah Remisier atau Dealer anda. Ini penting kerana sekiranya anda ada apa-apa urusan dan pertanyaan anda boleh bertanya dengan mereka. Akaun Trading digunakan untuk menggunakan perkhidmatan Remisier atau Dealer tersebut dalam menjalankan urusniaga saham. Akaun ini juga merupakan akaun yang wajib anda buka sekiranya anda ingin memulakan pelaburan saham.
Akaun CDS adalah tempat saham disimpan dan Akaun Trading ialah akaun dimana transaksi jual beli saham dijalankan.
Anda juga boleh membuka akaun Trading Secara Online selepas membuka akaun Trading ini. Akaun online ini membolehkan anda melihat papan Bursa melalui platform yang disediakan oleh syarikat broker saham.
Langkah-langkah membukanya juga sudah FY huraikan dalam ebook ini.
Kemudian anda akan menerima penyata dari syarikat broker tentang pembukaan Akaun Trading ini. Selepas akaun-akaun ini siap anda telah sedia untuk memulakan pembelian saham yang pertama anda.
MASUKKAN MODAL PELABURAN
Langkah seterusnya ialah untuk memasukkan modal saham dalam akaun Bank Syarikat Broker. Contohnya akaun Maybank Berhad atas nama Kenanga Investment Bank Berhad. Dana ini kemudiannya akan dimasukkan dalam akaun amanah atas nama pelabur itu sendiri. Dari sini kita sudah boleh mula membeli saham kita yang pertama.
PEMILIHAN SAHAM
Ini adalah langkah yang paling sukar. Anda perlu membuat Analisis Makro dan Mikro, Analisis Asas, Analisis Kewangan, Analisis Teknikal dan pelbagai lagi sebelum terjun dan membeli saham pertama anda atau anda boleh bertanya Remisier anda untuk bantuan. Ini kerana Remisier yang berpengalaman dan berkelayakan akan pastinya dapat membantu anda memandangkan mereka kenal kebanyakan saham-saham yang didagangkan di Bursa Malaysia ini.
Sebenarnya seorang remisier yang hebat boleh memberi garispanduan akan saham-saham yang baik untuk dibeli, bila masa yang paling sesuai untuk membeli saham-saham tersebut serta pada harga yang baik.
37
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsSetelah mengenalpasti saham mana yang ingin dibeli maka bolehlah anda terjun dan membelinya. Jangan takut kerana tiada apa yang perlu ditakutkan bila anda telah membuat persiapan yang rapi.
Melabur saham buat kali yang pertama sama sahaja seperti terjun Bungee Jumping. Anda takut akan jatuh menyembah bumi dan luka parah namun sekiranya persediaan rapi telah dibuat, faktor keselamatan, faktor cuaca dan sebagainya telah diambil kira maka InsyaAllah anda akan terjun dengan jayanya. FY percaya selepas 100 kali terjun maka terjunan anda akan menjadi lebih baik dan disusuli dengan aksi-aksi menarik. Begitu halnya dengan pelaburan saham. Anda takut kerugian dan sebagainya namun sekiranya persediaan rapi telah dibuat InsyaAllah akan dapat membeli kaunter yang selamat dan menguntungkan anda nanti.
38
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsINVESTOR ATAU TRADER?
Dalam hal ini anda kenalah pastikan samaada anda seorang Investor atau seorang Trader. Seorang Trader wajib ada akaun online kerana mereka perlu melihat pergerakan harga saham setiap masa namun ia tidak wajib bagi seorang Investor kerana mereka hanya perlu melihat pergerakan harga saham sekali sekala.
Ini kerana seorang Trader menggunakan strategi jangkamasa pendek sedangkan seorang Investor pula menggunakan strategi jangkamasa panjang.
GROUP SAHAM DI FB, WHATSAPP DLL
Sekiranya seminar tersebut berjanji akan memasukkan anda dalam Group Saham dan sebagainya maka saranan FY hubungi mereka kerana kemungkinan besar mereka ini sibuk dan tak sempat untuk berbuat demikian. Dengan menghubungi mereka InsyaAllah mereka akan memasukkan anda ke dalam group-group yang berkenaan. Bagi Alumni Seminar Super Investor anda boleh menghubungi FY sendiri bagi tujuan ini. Bagi pelanggan FY mereka boleh menjadi ahli dalam Grup FY Super Investors Club di Facebook mahupun menjadi ahli FY Investment Club atau FY Trader Club di Whatsapp.
39
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsSeminar Super Investor FY memberikan pandangan Basic yang menyeluruh tentang pelaburan di Bursa Malaysia ini dan ia memadai untuk anda menjadi seorang INVESTOR saham tetapi ia tidak memadai untuk anda menjadi seorang TRADER saham kerana anda perlu mendalami ilmu Analisa Teknikal untuk menjadikan anda seorang Trader saham yang baik.
Dalam hal ini saranan FY bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran menjadi seorang TRADER saham maka datanglah ke Seminar SuperTech Investor kerana di sini anda boleh mempelajari selok belok menjadi seorang trader saham. Ia dijalankan oleh dua orang Sifu yang punya kelayakan MSTA(UK) iaitu Sifu Zuhri Zain dan Sifu Nabil Fikri. Untuk pengetahuan anda Sifu Nabil Fikri adalah salah seorang Regional Technical Analyst di CIMB Investment Bank Berhad dan merupakan satu-satunya Technical Research Analyst berbangsa melayu di situ.
Dalam hal ini sekali lagi FY nasihatkan, pastikan siapa sifu anda dan pastikan mereka ini berlesen, berpengalaman dan berkelayakan. Bukan apa FY takut anda belajar ilmu yang salah dan akhirnya akan merugikan pihak anda.
Seterusnya sekiranya anda perlukan software bantuan dalam menjalankan urusniaga trading anda maka datanglah ke Seminar SuperTrader yang mana di sini cara menggunakan Software SuperTrader akan dihuraikan.
Seminar-seminar ini ada FY promosikan dalam blog www.faizalyusup.net bilamana ia dijalankan.
Tujuan FY promosikan seminar-seminar ini bukan untuk mendapatkan ganjaran kewangan darinya tetapi seminar-seminar ini disusun sedemikian rupa dengan pengisian yang kukuh dan mendalam supaya anda menjadi pelabur yang berhemah dan bijak dan InsyaAllah bakal menjadikan pelaburan saham ini sebagai sumber meningkatkan ekonomi keluarga anda khususnya serta ekonomi ummah secara amnya.
40
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBAB 2
MEMULAKAN
PORTFOLIO
PELABURAN
41
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsMEMBUKA AKAUN CDS
Artikel ini bagi memudahkan anda mengetahui cara bagaimana untuk membuka akaun CDS di sesebuah syarikat Broker dan dalam contoh ini membuka akaun CDS dan Trading dengan Kenanga Investment Bank Berhad.
Pada FY akaun CDS merupakan akaun yang boleh dibuka oleh setiap individu berumur 18 tahun ke atas. Kosnya cuma RM10.00 sahaja. Inilah yuran yang dikenakan oleh Bursa Malaysia. Pun begitu ada syarikat broker yang menanggung yuran ini bagi pihak anda. Akaun CDS ini boleh digunakan bagi memulakan portfolio pelaburan saham di Bursa Malaysia sekiranya anda ;
Mendapat ESOS
Mendapat Pink Form
Mendapat Blue Form
Memohon IPO Awam
Memohon IPO di MITI
Memohon Private Placement
Ia juga boleh digunakan untuk setiap urusniaga yang melibatkan saham dan produk kewangan dalam Bursa Malaysia.
Harus diberi perhatian sekiranya anda membuka akaun CDS di Maybank Investment Bank, selalunya mereka akan bukakan akaun CDS Nominees buat anda dan bukannya akaun personal. Ketahuilah yang akaun CDS nominees ini boleh digunakan untuk transaksi jual beli saham di broker tersebut tetapi ia tidak boleh digunakan untuk memohon IPO Awam, IPO di MITI, ESOS dan yang lainnya.
Jadi di sini FY terangkan panduan lengkap untuk membuka akaun CDS ini.
Pertamanya untuk mendapatkan borang-borangnya anda boleh pergi ke mana-mana broker saham di negara ini atau anda boleh juga menghubungi FY di talian 016 666 7430 sekiranya anda ingin membuka akaun CDS ini. Untuk makluman borang ini TIDAK BOLEH dihantar melalui EMAIL mahupun di PHOTOCOPY.
42
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsKad Spesimen Tandatangan - 2 Salinan.
Isikan nama penuh, no kad pengenalan dan turunkan tandatangan. Kad spesimen ini perlu di isi 2 salinan.
43
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBorang CDS -
Isikan nama penuh dan alamat sepertimana dalam kad pengenalan. Isikan maklumat berkaitan dan turunkan tandatangan. Oleh sebab ia 3 ply, tandatangan hanya di mukasurat yang pertama dengan sedikit tekanan supaya tandatangan anda kelihatan di mukasurat yang kedua dan ketiga. Gunakan pen hitam atau biru bagi tujuan pengisian borang-borang ini.
44
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBorang 2 - Borang E Dividen.
Isikan nama, no akaun bank yang lengkap, nama bank yang lengkap sepertimana yang terdapat dalam penyata / buku bank, no hp kemudian turunkan tandatangan.
Borang E Dividen ini digunakan bagi tujuan mendeposit dividen yang diterima dari saham-saham yang anda pegang terus ke dalam akaun bank janda.
45
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBorang Pengemaskini Butiran Akaun -
Isi borang ini sekiranya anda pernah mempunyai akaun CDS sebelum ini dan ada butiran yang ingin anda pinda. Kemudian turunkan tandatangan.
46
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBorang Akaun Trading MS 1 -
Sama seperti borang CDS yang terdahulu pengisian maklumat dalam borang ini adalah lebih kurang sama. Isikan juga alamat emel anda sekiranya anda berminat untuk menjalankan urusniaga melalui online.
47
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBorang Akaun Trading MS 2 -
Isikan maklumat penuh pekerjaan anda, alamat panuh tempat anda bekerja, maklumat kewangan, maklumat suami atau isteri tuan-tuan dan puan-puan. Tandakan juga objektif pelaburan anda.
48
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBorang Akaun Trading MS 3 -
49
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBorang Akaun Trading MS 4 -
50
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsLAMPIRAN YANG DIPERLUKAN
- Yuran RM10.00
51
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsSalinan Penyata Akaun Bank Komersial yang diterima adalah seperti berikut samaada ; 1. Muka Depan Buku Bank
2. Penyata Bank
ataupun Notification Bank sebegini bagi mereka yang tak punya buku bank mahupun penyata bank.
52
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsTetapi salinan penyata Maybank2U seperti di bawah ini TIDAK DITERIMA dan tidak boleh digunapakai.
Apa yang perlu anda lakukan ialah untuk memuat turun penyata bank dengan menekan butang - DOWNLOAD / PRINT sepertimana yang terpapar di bawah ini ;
Bagi sesetengah broker mereka juga mungkin meminta anda melampirkan salinan lesen memandu atau salinan penyata gaji untuk membuka akaun ini.
Apapun itu sahaja langkah-langkahnya. Akaun CDS boleh dibuka secara terus sekiranya ada pergi ke pejabat Broker yang berkaitan tetapi akaun Trading mengambil sedikit masa untuk diluluskan permohonnya.
53
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsAKAUN CDS BERSTATUS SYARIAH
Mengenai isu ini, akaun CDS hanyalah umpama tabung menyimpan duit. Dari mana kita mendapat duit itulah yang menentukan kedudukan halal atau haramnya. Dalam hal ini kedudukan syariah CDS anda adalah ditentukan dengan saham-saham yang anda beli. Kalau kita beli dan simpan saham syariah maka syariahlah CDS tersebut. Ia semudah itu. Namun demikian ada sesetengah Broker yang menyediakan akaun CDS Syariah ini. Akaun Syariah ini dibezakan bilamana sebuah hanya transaksi saham-saham Syariah sahaja yang boleh dijalankan dalam akaun tersebut. Ia akan secara automatik menolak pembelian saham-saham yang tidak mempunyai status syariah.
Untuk pengetahuan anda, semasa buku ini ditulis 71% daripada kaunter-kaunter yang disenaraikan di Bursa Malaysia adalah kaunter saham yang berstatus Syariah.
Apapun anda boleh ke pejabat FY di Kenanga Investment Bank Berhad, Bangunan Quattro West, Lorong Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya, bersebelahan Hotel PJ Hilton untuk membuka akaun CDS ini dan memulakan portfolio pelaburan saham syariah anda.
54
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsPANDUAN MEMBUKA AKAUN ONLINE
Dalam artikel kali ini FY akan menulis mengenai langkah-langkah membuka akaun Online kepada para pelabur yang ingin menjadi investor atau trader di Bursa Malaysia. Garis panduan ini adalah untuk para pelanggan Kenanga Investment Bank namun demikian untuk broker yang lain FY yakin yang pendaftaran akaun online tersebut lebih kurang sahaja langkah-langkahnya.
Sebelum sampai ke fasa membuka akaun online ini, akaun CDS dan Trading mestilah dibuka terlebih dahulu dan cara membuka akaun CDS dan Trading telah FY terangkan dalam artikel yang boleh anda cari di dalam buku ini. Dalam borang akaun Trading tersebut anda perlu tandakan pada ruang Akaun Online dan pastikan anda sertakan alamat Email.
Bilamana anda telah menerima surat dari Bursa Malaysia yang mana di dalamnya terdapat no CDS anda juga surat dari Kenanga Investment Bank yang menyatakan No akaun Trading anda maka anda bolehlah seterusnya mengambil langkah untuk membuka akaun Online ini.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut ;
Gunakan Search Engine Internet Explorer layari www.kentrade.com.my dan anda akan bertemu dengan paparan berikut ;
55
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultants Tekan pada butang - First Time Login - lalu anda akan dibawa pula ke paparan yang berikut ini ;
Baca Terms and Conditions ini dan kemudian tandakan pada ruang CONFIRMATION.
Tandakan samaada anda seorang EXISTING CLIENT bagi pelabur yang sudah mendapat surat yang FY nyatakan tadi atau pada butang I AM NOT A CLIENT sekiranya anda ingin mendapatkan FREE TRIAL software ini selama 90 hari.
Kemudian tekan pada butang REGISTER lantas anda akan dibawa ke paparan yang berikut ini ;
56
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultants Disini anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan. Ini adalah paparan bagi pelabur yang telah mempunyai akaun CDS dan Trading dengan Kenanga Investment Bank. Anda perlu masukkan semua maklumat termasuklah PASSWORD, TRADING PIN dan sebagainya. Jangan lupa tulis password dan trading pin ini bagi mengelakkan anda terlupa.
Kemudian tekan pada butang SUBMIT. Anda seterusnya akan sampai ke paparan yang berikut ini.
57
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultants Di sini anda perlu tekan pada butang TRADING HALL dan pilih ENGLISH STOCK PRICE lantas anda akan sampai ke paparan yang berikut ;
Inilah paparan saham-saham yang didagangkan di Bursa Malaysia baik pada papan utama mahupun pada papan ACE.
Di sini anda hanya boleh melihat pergerakan harga saham-saham yang didagangkan dan sekiranya anda ingin memulakan pembelian dan penjualan maka apa yang perlu anda lakukan ialah untuk menghubungi Kentrade Helpdesk 1800-88-2274 untuk pengaktifan Account Summary dan Portfolio.
Mereka akan mengaktifkannya dan di sini nanti anda akan mendapat butang BUY dan SELL untuk memulakan transaksi pertama anda.
Bagaimanapun untuk mendapatkan LIMIT untuk membeli anda perlu masukkan modal terlebih dahulu, kalau tidak LIMIT anda adalah 0. Tiada apa yang boleh dibeli tanpa LIMIT ini.
Hubungi FY di talian 016 666 7430 sekiranya anda ingin memasukkan duit modal permulaan pembelian saham anda.
Baiklah, dengan membuka akaun-akaun ini anda telah bersedia untuk memulakan langkah pertama pembabitan diri dalam pelaburan di Bursa Malaysia! Kita mulakan dengan pelaburan yang paling mudah iaitu pelaburan dalam Primary Market atau Pasaran Saham Terbita Awam Yang Baru atau Initial Public Offer yang lebih dikenali dengan singkatan IPO di kalangan pelabur.
58
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBAB 3
MELABUR DALAM
SAHAM
TERBITAN AWAM
@ INITIAL PUBLIC
OFFER (IPO)
59
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsIPO Atau Initial Public Offer merupakan salah satu cabang untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham. Ia dinamakan Primary Market iaitu saham-saham yang belum tersenarai dalam mana-mana papan di Bursa Malaysia. Saham syarikat Sendirian Berhad yang akan disenaraikan akan melalui beberapa proses sebelum disenaraikan sama ada dalam Papan Ace atau Papan Utama di Bursa Malaysia.
Analoginya umpama membeli barang dari gudang dan menjualnya di pasar malam. Disini kebarangkalian keuntungan adalah lebih tinggi. Bagi tahun 2013 dan 2014 lebih daripada 90% saham-saham yang tersenarai pada hari pertama berjaya menjana keuntungan kepada para pelaburnya.
Jadi, sebagai seorang newbie, pelaburan IPO ini amatlah digalakkan. Ini kerana ia lebih selamat kerana risikonya yang rendah sedangkan pulangannya pula tinggi.
60
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsCARA MENDAPATKAN IPO
Bagi pasaran IPO sebenarnya terdapat beberapa kaedah bagi mendapatkan saham-saham ini. Disini, FY terangkan 5 kaedah asas yang mana selalunya saham-saham-saham-saham tersebut diperuntukkan ;
1. Pink Form
Pink Form adalah borang peruntukkan saham yang ditawarkan khas buat kakitangan syarikat yang bakal tersenarai di Bursa Malaysia itu.
2. Blue Form
Blue form adalah borang peruntukkan saham yang ditawarkan selalunya untuk para vendor, para pelanggan, atau sesiapa sahaja yang dirasakan sesuai iaitu mereka-mereka yang secara tidak langsung membantu memajukan syarikat yang bakal tersenarai di Bursa Malaysia itu.
3. IPO di MITI
Dalam hal ini, terdapat peruntukan saham IPO khas untuk bumiputera di MITI atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Peruntukan saham IPO tersebut akan diagihkan oleh pihak MITI.
4. Peruntukkan saham IPO melalui Private Placement.
Saham IPO juga boleh didapati dengan kaedah memohon private placement dari pihak syarikat yang bakal tersenarai mahupun dari bank penasihat syarikat tersebut. Namun demikian dalam hal ini ia hanya ditawarkan kepada
61
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And Consultantshigh networth clients dan blok saham yang ditawarkan selalunya melebihi RM250,000 setiap blok.
5. IPO Awam
Bagi peruntukan IPO awam selaluya 50% diperuntukkan kepada bumiputera dan 50% lagi diperuntukkan kepada pelabur bumiputera. Sebagai pelabur kita boleh melanggannya sama ada dengan memohonnya melalui ATM, online banking mahupun mengisi borang berwarna putih yang perlu dihantar ke Issuing House sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.
*Anda boleh mempelajari cara mendapatkan IPO ini dengan menghadiri Seminar Super Investor yang FY jalankan dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my bagi mendapatkan tarikh seminar seterusnya atau anda juga boleh membeli buku Ebook Super Investor – Tip Pelaburan IPO FY yang akan diterbitkan tak lama lagi dimana kaedah, proses dan rahsia menjana keuntungan dalam pelaburan IPO ini akan dihuraikan dengan cara yang mendalam.
IPO 2015
Apapun bagi tahun 2015 ada beberapa mega IPO yang bakal disenaraikan antaranya ;
WESTSTAR AVIATION SERVICES
MALAKOFF CORPORATION BERHAD
1MDB ENERGY
RED SENA BHD (SPAC F&B)
RANHILL ENERGY RESOURCES BERHAD
AL MEDINI
ISKANDAR WATER FRONT
ASEAN HEALTHCARE (SPAC HEALTHCARE)
CHEMARA PALMERA HOLDING BERHAD (SPAC PLANTATION)
KHAZANAH THEME PARK
EKUINAS ILMU
SIME AUTO
Serta beberapa saham lain seperti ;
QUALITAS BERHAD
BIO ALPHA BERHAD
Dan banyak lagi
Namun demikian pada pendapat FY ada yang baik namun demikian ada juga yang nampak kurang memberansangkan. Apapun pandai-pandailah buat analisa dengan harapan ia membawa keuntungan buat anda.
62
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsKENAPA HARGA IPO TAK NAIK?
Walaupun kebanyakan IPO ini naik dan menguntungkan pada hari pertama penyenaraiannya namun demikian sekali sekalaada saham IPO yang disenaraikan di Bursa Malaysia ini jatuh pada hari penyenaraiannya. Persoalannya kenapa? Selalunya ia disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ;
Persekitaran pasaran global yang merudum pada masa IPO itu disenaraikan.
Pasaran saham secara keseluruhannya menurun pada tarikh penyenaraian.
Terdapat sentimen negatif terhadap syarikat yang tersenarai itu.
Saham yang tersenarai itu terlebih nilai. Dalam hal ini bank penasihat telah meletakkan harga yang tinggi terhadap saham tersebut. Dalam erti kata lain mereka tidak memberikan ruang keuntungan untuk para pelabur.
Oleh itu, bacalah prospektus saham IPO tersebut dan pastikan ia merupakan syarikat yang kukuh dan menjalankan aktiviti perniagaan yang menguntungkan dengan nilai harga tawaran yang baik. Kefahaman ini pastinya akan mengurang risiko kerugian dan secara langsung meningkatkan kebarangkalian keuntungan.
63
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBAB 4
MELABUR DALAM
PASARAN TERBUKA
64
Hak Cipta Terpelihara Advance Forward Training And ConsultantsBagi pelabur yang baru, inilah paparan saham-saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Di sinilah dagangan atau urusniaga jual beli saham dijalankan. Di sini jugalah kita boleh menjana keuntungan sekiranya kita punya ilmu mengenainya namun demikian ia juga boleh menjadi tempat kita kerugian kalau kita tak tahu apa yang kita buat.
Seorang tentera yang berperang mestilah membawa kelengkapan perang, senjata dan sebagainya. Dia juga mesti punya strategi dan ilmu peperangan untuk memenangi peperangan tersebut. Seorang tentera yang masuk ke medan perang dengan membawa parang kontot tanpa ilmu peperangan pastinya akan kalah.
Jadi persiapkanlah diri anda dengan segala kelengkapan dan ilmu pelaburan sebelum memasuki pasaran saham ini. Dengan yang demikian, InsyaAllah kemenangan bakal menjadi milik anda.