• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Kelab Fotografi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Kelab Fotografi"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

KATA2 ALUAN GURU PENASIHAT

KATA-ALUAN PENGERUSI

LATARBELAKANG PERSATUAN

TAKWIM

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN

PENILAIAN DAN PENUTUP

LAMPIRAN

(3)

Syukur ke hadrat ilahi, dengan rahmat dan izin-Nya persatuan dan kelab Fotografi SMK.Kabogan dapat berjalan dan menghidupkan aktiviti rutin kokurikulum di sepanjang tahun 2012. Meskipun baru berusia 4 tahun jika mengambilkira penggunaan nama Kelab Fotografi, namun persatuan ini telah berjaya mengorak langkah lebih jauh dengan menukar nama daripada Kelab Majalah dan Penerbitan kepada Kelab Fotografi berkuatkuasa pada bulan April 2009. Dengan itu, fokus persatuan ini akan menjurus kepada fotografi. Ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada seni dan kemahiran yang sudah menjadi institusi ini.

Fotografi meskipun ilmu dan kemahiran baru kerana ia mula muncul pada awal abad ke-19, namun kesan dan pengaruhnya kepada dunia begitu mendalam sekali. Kemunculan pelbagai teknologi lain dalam bidang pengimejan seperti televisyen, video, scanner, hologram dan sebagainya tidak pernah mampu menggugat kedudukan fotografi sebagai satu bidang seni visual yang terbaik. Dengan kemunculan kamera digital, bidang fotografi semakin jauh ke hadapan sehingga melahirkan banyak cabang dan bidang lain seperti misalnya ‘digital fine art’, digital painting dan sebagainya.

Sesuai dengan hasrat menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, mahir dan berketrampilan maka penubuhan Kelab Fotografi merupakan tindakan sekolah bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan. Dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang difikirkan sesuai seperti bengkel fotografi, kemahiran mengedit gambar, gerak kerja luar dan pemotretan di lapangan, para pelajar didedahkan kepada kemahiran fotografi yang asas. Tujuannya untuk menanamkan minat kepada pelajar. Ini sekaligus mendorong mereka untuk mengembangkan kreativiti dan minat dalam bidang yang cukup sensasi ini.

Adalah diharapkan agar penubuhan Kelab Fotografi memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang berpotensi ini. Di samping terlibat dalam aktiviti kokurikulum, penglibatan pelajar dalam kelab fotografi juga akan dapat mengembangkan minat dan kemahiran mereka seterusnya membantu mereka untuk berkecimpung secara lebih aktif pada masa akan datang.

Sekian

______________________ (Zubir Bin Osman )

Ketua Guru Penasihat Kelab Fotografi SMK.Kabogan Sesi 2012

(4)

Menjadi ahli dalam kelab fotografi merupakan satu kebanggaan. Ini kerana, inilah satu-satunya kelab di sekolah yang berasaskan kemahiran seni dan teknologi tinggi yang boleh dikembangkan oleh pelajar untuk kepentingan masa depan mereka. Ertinya, selain mahir menggambar, pelajar boleh mempelajari bidang pengeditan gambar menggunakan komputer dan menghasilkan kerja yang berseni dan berkualiti untuk ditatap, dinikmati, dihayati dan dikomersialkan.

Seni yang indah akan menjadi lebih bererti jika dapat dikongsi dan dihayati secara massal. Kemahiran dan bakat semulajadi adalah anugerah tuhan. Namun teknologi juga harus dipelajari. Sesuai dengan realiti ini , penubuhan kelab fotografi adalah bertepatan dengan keperluan semasa. Pelajar seharusnya didedahkan dengan apa-apa bidang dan lapangan yang boleh mengembangkan minat, kecenderungan dan bakat mereka. Salah satu bidang yang dikenalpasti ialah fotografi yang bukan lagi asing.

Walaupun SMK.Kabogan agak terpencil (sekolah luar bandar), namun guru dan pentadbir sekolah sentiasa peka kepada keperluan semasa. Penubuhan Kelab Fotografi merupakan satu agenda jangka panjang sekolah untuk melahirkan ramai pelajar yang berkemahiran dan berketrampilan dalam bidang masing-masing. Salah satu bidang yang dikenalpasti ialah fotografi yang sememangnya ‘glamour’ dan ‘sensasi’.

Saya selaku pengerusi Kelab Fotografi SMK.Kabogan bagi tahun 2012 amat berbesar hati dengan penubuhan kelab ini seterusnya menjadi ahli dan pengerusi kelab. Penglibatan dan kegiatan dalam kelab ini memberikan banyak pengalaman kepada kami seterusnya mendedahkan kepada kami banyak pengalaman baru yang boleh dikembangkan dan diterokai. Diharapkan agar persatuan dan kelab ini akan terus maju dan berkembang pada masa hadapan seterusnya melahirkan ramai jurugambar professional yang boleh berkhidmat dan berbakti kepada Negara misalnya menerusi Jabatan Penerangan, RTM, BERNAMA, akhbar-akhbar tempatan atau mengusahakan sendiri studio fotografi untuk kepentingan masyarakat tempatan.

Sekian

___________________________________ ( Mohd. Yamin Bin Abd.Hurin ) Kelas 5 Jujur

Pengerusi Kelab Fotografi SMK.Kabogan Sesi 2012

(5)

Kelab Fotografi SMK.Kabogan mula diwujudkan pada tahun 2009.

Nama asal persatuan ini ialah Kelab Majalah dan Penerbitan.

Penubuhan persatuan ini diilhamkan daripada kejayaan

SMK.Kabogan menerbitkan majalah sekolah buat julung kali pada

tahun 2009. Objektif asal kelab ini ialah untuk mendedahkan kepada

pelajar mengenai selok belok dunia penerbitan majalah. Selepas

majalah sekolah tidak lagi diterbitkan kerana masalah teknikal, pihak

pentadbiran tidak membubarkan kelab tersebut sebaliknya menukar

namanya kepada Kelab Fotografi pada tahun 2010. Para ahli dalam

persatuan yang sedia ada telah diserap dan menjadi ahli Kelab

Fotografi secara automatik.

Kelab ini kemudian menukar objektifnya iaitu memberikan

pendedahan kepada ahli mengenai dunia fotografi dari pelbagai

sudut. Keahlian kelab ini pada mulanya hanya bertumpu kepada

pelajar yang benar-benar mempunyai kemahiran, minat dan

berkemampuan dari segi kewangan untuk memiliki peralatan

fotografi. Oleh yang demikian kelab ini hanya disertai oleh 25 orang

pelajar yang kebanyakannya daripada kelas tingkatan 3, 4 dan 5

Harmoni. Keahlian ini kemudiannya telah dibuka kepada semua

pelajar SMK.Kabogan.

Pada awalnya fungsi kelab adalah sebagai wahana dan sarana

bagi membolehkan pelajar mempraktikan kemahiran mereka.

Selepas keahlian kelab dibuka kepada semua pelajar, fungsi kelab

kemudiannya mengkhusus kepada usaha mendedahkan pelajar

untuk meminati fotografi. Memandangkan keterbatasan ruang,

persekitaran, masa, kewangan dan peralatan, kelab telah

membataskan kegiatan di sekitar sekolah sahaja melalui pelbagai

program bersifat insitu misalnya klinik fotografi, kemahiran

menggunakan ‘software editing’ dan ‘art and design’ yang

kesemuanya dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Adalah diharapkan pada masa akan datang kelab fotografi akan

menjadi lebih relevan kepada keperluan semasa dan perkembangan

teknologi pengimejan yang semakin canggih. Pelajar sepatutnya tidak

ketinggalan dalam menghayati dan menerokai bidang yang semakin

popular ini.

(6)

Bulan Aktiviti Tindakan Catatan

Feb

Mesyuarat Pertama

Ketua Guru

Penasihat Pemilihan AJK

Mac-Apr

Bengkel dan Klinik

Fotografi Fasa 1

Ketua Penasihat Guru Pengenalan Umum Fotografi

Mei-Jun

Membuat

persatuan

baju

Pengerusi Ketua Guru / Penasihat

Ahli menyediakan baju sendiri

Jul-Ogs

Lawatan ke Bukit

Tengkorak

Pengerusi Ketua Guru / Penasihat

Trekking n Exploration

Sept-Okt

Bengkel dan Klinik

fotografi Fasa II

Ketua Penasihat Guru Fotografi dan Komputer Nov

Jamuan akhir tahun

dan penyerahan sijil

keahlian

Pengerusi / Ketua Guru Penasihat

Penyerahan Sijil penyertaan dan jamuan akhir tahun

(7)

80% daripada aktiviti dirancang oleh kelab telah berjaya dilaksanakan. Ahli jawatankuasa yang berjaya dibentuk bagi sesi 2012 adalah seperti berikut:

Ketua Guru Penasihat: ZUBIR BIN OSMAN

Guru Penasihat: MOHD.SAID BIN HJ.AKMAD

Pengerusi Kelab: MOHD.YAMIN BIN ABD.HURIN (5J) Tim.Pengerusi: MOHD.SHAFIQ BIN MOHD.SAID (5H) Naib Pengerusi: NORAZILAH BINTI HASSAN BASRI (5J)

Setiausaha: MOHD.ADNAN BIN KAMARUDDIN (5P)

Pen.Setiausaha: NORHALIZA BINTI ROSLI (4H)

Bendahari: NUR AZIEMAH BINTI MOHD.SHIH (4J) Pen.Bendahari: NORANISA BINTI ABD.MAJID (4J) AJK Tingkatan: NUR SYAKIRAH BINTI MOHD.SHIH (1H)

JUMIATI BINTI MOHD.TAHIR (2H) NOORPAIDAH BINTI NURUDDIN (3H) MOHD.AL AFZAN BIN ALI HUSSIN (4H) NUR FADILAH FAZLIN BINTI ABD.SAID (5A)

Tempat Perjumpaan : KELAS 4P

Jumlah Yuran : RM1.00

Senarai Aktiviti : ( Seperti dilampirkan )

Jumlah Perjumpaan : 16 kali dalam tempoh 9 bulan

Memandangkan kebanyakan ahli adalah dari kalangan pelajar miskin, AJK Kelab telah memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang yuran. Ini bagi menggalakkan ahli mengikuti semua kegiatan kelab. Penghapusan yuran juga bagi memberikan suntikan kepada ahli agar dapat menyumbangkan tenaga, idea dan penglibatan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab.

(8)

Pada keseluruhannya, 80% daripada aktiviti yang dirancang oleh Kelab Fotografi SMK.Kabogan telah berjaya dilaksanakan. Faktor utama kejayaan ini ialah minat dan kesungguhan pelajar untuk meneroka dan menguasai bidang baru iaitu fotografi.

Pihak sekolah juga telah memberikan galakan dan sokongan moral kepada ahli jawatankuasa kelab untuk beroperasi dan melaksanakan aktiviti misalnya lawatan ke Bukit Tengkorak dan program bengkel/klinik fotografi.

Komitmen pelajar dalam mengikuti program yang dirancang dan dilaksanakan oleh kelab amat memberansangkan. Kehadiran mencapai 70% khususnya di kalangan pelajar menengah atas.

Kekangan masa, ruang dan kemudahan asas enjadi factor utama penyumbang ketidakhadiran pelajar dalam mengikuti aktiviti kelab. Ini ditambah oleh realiti bahawa SMK.Kabogan adalah sekolah luar bandar. 95% ahli tidak memiliki kamera untuk tujuan praktikal. Penggunaan kamera handphone kurang efisien dan tidak relevan dengan hasrat kelab untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada ahli.

Secara keseluruhannya, ahli-ahli kelab telah menunjukkan komitmen yang baik . Guru penasihat kelab telah memberikan galakan dan banyak peluang untuk berinteraksi dan mencuba pelbagai kaedah yang boleh diteroka bagi mendalami bidang fotografi. Diharapkan agar pada masa akan datang kelab ini akan mampu muncul sebagai kelab yang berprestij dan dapat melahirkan ramai jurugambar professional.

(9)

Referensi

Dokumen terkait