• Tidak ada hasil yang ditemukan

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

TITAH

DULI YANG MAHA MULIA

PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

DI ISTIADAT

MENGHADAP SEMBAH TAAT SETIA DAN

PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

SEMPENA

SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEENAM PULUH

DULI YANG MAHA MULIA

PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM

SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH

TARIKH: 5 NOVEMBER 2016 (SABTU) JAM: 10.30 PAGI

(2)

1

Salam Sejahtera

YA RAAFI’, YA ADZHIIM, YA MALIKUL MULK, YA ZUL-JALAALI WAL IKRAM,

Maha Suci ALLAH, yang di tangan Nya segala kerajaan, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.1 Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki.2 Dialah ALLAH, tiada tuhan

selain Dia, Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci ALLAH daripada apa yang mereka sekutukan.3 Hamba-Mu ini melafazkan kalimah kesyukuran kerana dengan

1Al-Quran, Al-Mulk (67:1) 2 Al-Quran, Ali Imran (3:26) 3 Al-Quran, Al-Hasjr (59:23)

(3)

2

limpah insan dari Mu jua, hamba-Mu dikurniakan usia dan keafiatan dapat menyambut ulang tahun hari keputeraan kali keenam puluh.

2. Beta hargai lafaz taat setia yang dizahirkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda, demikian juga ikrar taat setia yang dipersembahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Beta amat insaf akan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas Beta. Kesempurnaan menyempurnakan amanah ini, bukan sahaja diperhatikan oleh rakyat, tetapi merupakan ujian besar daripada ILAHI, yang akan dinilai pada hari kebangkitan di Mahkamah Rabbuljalil seperti yang terkandung dalam ayat 9, Surah Ali-Imran bermaksud:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada

keraguan padanya. Sesungguhnya ALLAH tidak

memungkiri janji Nya.”4

3. Abdullah Munshi dalam ‘Kisah Pelayaran ke Negeri

Kelantan’ antara lain mencatatkan:

(4)

3

“Beringatlah Tengku, pada hari kemudian akan ditanya

ALLAH akan segala hak rakyat. Tengku akan mula-mula masuk neraka sekiranya ia berlaku zalim kerana Raja itu di hadapan rakyatnya, dan yang masuk syurga dahulu adalah raja-rajanya yang adil dan saksama. Janganlah Tengku kira bahawa Raja itu terlebih mulia dan terlebih besar dari rakyatnya kerana semua adalah hamba ALLAH Ta’ala. Tujuan yang sebenarnya dijadikan ALLAH itu seorang Raja, bukanlah untuk membunuh orang sesuka hati atau mencari harta, tetapi tidak lain dan tidak bukan, untuk memelihara manusia agar tidak dianiaya oleh orang lain.”5

4. Semoga dalam memenuhi amanah, ketika bersemayam di atas takhta kerajaan ini, barang dijauhkan ALLAH, Beta dihanyutkan dengan kata-kata pujian yang boleh melalikan hingga mengakibatkan Beta terkabur penglihatan. Kebijaksanaan seseorang Sultan menitahkan hukum, kearifan seseorang Raja Pemerintah melaksanakan keadilan, dipengaruhi oleh maklumat sebenar yang sampai kepada pendengaran Baginda. Saidina Ali bin Abi Talib Karamallahu Wajhah menyatakan:

“Tidak ada kekayaan yang mengatasi hikmah, tidak ada kemiskinan yang lebih miskin daripada kejahilan, tidak ada

(5)

4

pusaka yang lebih agung daripada budaya dan tidak ada

sokongan yang lebih kuat daripada perundingan”.6

5. Oleh itu, Beta amat hargai, kata panduan dan kata pedoman yang disembah maklumkan oleh ahli-ahli Dewan Negara, para ulama dan para umarak, dengan mengambil iktibar kata-kata yang diungkapkan oleh Saidina Abu Bakar al-Siddiq Radiallahuanhu, dalam pidato ulung Baginda setelah dipilih menjadi khalifah:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi

pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu; untuk itu jika aku berbuat baik, bantulah aku, dan jika aku berbuat salah, betulkanlah aku. Sifat jujur itu adalah amanah, sifat bohong itu adalah khianat. Taatlah aku selagi aku taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya. Jikalau aku derhaka terhadap ALLAH dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku”.7

6. Kalimah yang hampir sama, diucapkan oleh Umar bin Abdul Aziz ketika baginda diangkat menjadi khalifah. Umum membayangkan, tatkala diangkat ke darjat tinggi memiliki kuasa, tentunya seseorang itu, akan berhati riang dengan berpesta ria; di sebaliknya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz, telah memasukkan kepala ke celah dua lututnya, menangis teresak-esak kerana takut

6Saidina Ali RA, Nahjul Balagha, (Peak of Eloquence). 7 Ibn Athir, Al-Kamil fi al Tarikh, 1/361.

(6)

5

kepada ujian ILAHI. Baginda bimbang akan ujian terhadap kuasa dan tanggungjawab. Pada hari kedua memegang amanah, Khalifah Umar bin Abdul Aziz, dalam pidato mengatakan:

“Aku bukan orang yang paling baik di kalangan kamu, sedangkan aku orang yang paling berat tanggungjawabnya di kalangan kamu”.

7. Demikian rasa tawaduk yang diperlihatkan oleh amirulmukminin yang menghayati dan mengamalkan sifat amanah dan akauntabiliti berlandaskan Islam. Sepanjang pemerintahan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menolak segala kemewahan, malah menjual kenderaan dan peralatan yang diperuntukkan kepada Baginda kerana menganggapnya terlalu mewah, lalu menyerahkan hasil jualan kepada Baitul Mal untuk manfaat rakyat jelata.

8. Karya agung Taj Us-Salatin (Mahkota Segala Raja-raja), antaranya mengandungi tamsil pemimpin yang adil dan yang zalim, dijadikan pedoman oleh Raja-raja di Alam Melayu. Taj

Us-Salatin menggariskan syarat yang perlu dipatuhi oleh raja, menteri

dan pegawai semasa mentadbir sesebuah kerajaan. Raja wajib bersifat adil, bersedia menerima aduan rakyat dengan sifat terbuka, bijaksana dan berhati-hati terhadap rakyat yang mengadu hal kepadanya, menyiasat aduan, dan menyegerakan hukuman demi

(7)

6

menjaga kebajikan rakyat. Rakyat akan berasa teraniaya, jika Raja berdiam diri terhadap aduan yang disampaikan oleh rakyat. Raja hendaklah menghukum dengan sabar, lemah lembut dan menghindarkan rasa kebencian, bersandarkan kebenaran, demi mendapat keredaan ILAHI. Raja hendaklah menghormati orang berilmu, bersifat merendah diri, menjauhkan diri daripada sikap takbur atau berbangga dengan kedudukan. Adalah tanggungjawab utama Raja memastikan, baginda dibantu dalam urusan memerintah negara, oleh barisan penasihat, pegawai dan pembantu istana yang solih, jujur, berpengetahuan dan adil.8

9. Firman ALLAH Subhanahu Wata’ala dalam ayat 53 Surah

Al-Anfaal, bermaksud:

“...sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH Maha

Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.9

10. Tarikh 2 Januari 1492, mencatatkan runtuh dan berakhirnya peradaban Andalusia yang agung. Setelah dikepung oleh Kerajaan Castilla, Sepanyol, Abu Abdillah Muhammad bin al-Ahmar

8Bukhari al-Jauhari, Taj Us Salatin (Mahkota Raja-raja); Ringkasan sepuluh syarat yang harus dipelihara oleh segala Raja. 9Al-Quran, Al-Anfaal (8:53)

(8)

7

Shagir, memilih untuk menyerah, dengan mewakilkan Menterinya, Abu al-Qasim Abdul Malik, menandatangani kesepakatan damai. Abu Abdillah berundur meninggalkan istana, memberikan laluan kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella memasuki Granada dan memijak kaki di istana Alhambra. Dikisahkan, di sebuah bukit, Abu Abdillah berhenti sejenak, dengan syahdu, dengan sedu hiba dan dengan linangan air mata, mengamati pemandangan kota Granada. Ibunya, Aisyah, berteriak kepadanya, “menangislah!..menangislah!...menangislah! kini engkau menangis seperti perempuan yang kehilangan, padahal engkau tidak mampu mempertahankan kerajaan seperti lelaki perkasa. Bukit tersebut diberi nama Puerto del Suspior del Moro oleh penduduk Sepanyol, bermaksud Bukit Tangisan Orang Arab

Terakhir. Peristiwa yang amat menghinakan, peristiwa yang

sungguh memilukan, peristiwa yang sungguh menghiris jantung dan menusuk kalbu, berakhirnya sebuah kerajaan, tamatnya era pemerintahan satu kesultanan.

11. Kejatuhan Andalusia tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi melalui proses yang panjang. Bibit-bibit kejatuhan bermula sejak pemerintahan Andalusia dijuzuki kepada kerajaan-kerajaan kecil. Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan dan satu khalifah, berpecah menjadi dua puluh kerajaan kecil, disebabkan semangat puak dan sikap fanatik yang tidak menghiraukan pentingnya ukhuwah Islamiah, tetapi lebih menjurus kepada ketuanan kaum

(9)

8

sesama sendiri; sementara pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman, bergaduh dan bercakaran, saling menindas sesama sendiri untuk merebut kuasa khalifah dan penguasaan wilayah.

12. Kejatuhan Andalusia, berpunca dari kelemahan pemerintahan yang sanggup menggadai prinsip, demi mendapat sokongan untuk kekal bersemayam di atas takhta yang hanya dapat dipertahankan untuk sementara waktu sahaja. Kejatuhan pemerintahan Islam di Andalusia, turut disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran, antaranya tiada mekanisme baik dalam menyediakan pengganti yang layak serta pengganti yang berwibawa, sementara di kalangan barisan pewaris pula, sudah terlalu korup, tiada akauntabiliti dan telah hilang integriti.

13. Ahli sejarah Mesir Dr. Raghib As-Sirjani, merumuskan kejatuhan Andalusia disebabkan oleh tiga faktor penting; pertama: mereka yang menguasai pemerintahan, tenggelam dalam godaan harta dunia, berlumba mengumpul harta yang kemudiannya mendorong mereka hidup mewah, bermegah, berfoya-foya serta berseteru kerana berebut kuasa; kedua: sibuk dengan urusan dunia dan meninggalkan semangat jihad; dan ketiga: merebaknya berbagai kemaksiatan dan kemungkaran yang tidak dibendung malah dibiarkan berlaku. Berlaku penyimpangan besar dalam pemerintahan, tanggungjawab serta amanah diserahkan bukan

(10)

9

pada ahlinya, sementara kesenangan dunia telah merosakkan generasi muda.

14. Demikian juga, kelat dan pahit yang terpaksa di mamah oleh para pembesar, para hulubalang dan para biduanda, dalam ratap hiba dan sedu sedan, wanita, perawan dan gadis sunti Melaka, ketika Rajanya kehilangan takhta, kerajaannya kehilangan pemerintahan, dan rakyatnya kehilangan negara, apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Melaka jatuh ke tangan Portugis kerana pemimpinnya leka, hingga mengabaikan rakyat - mengabaikan negara – mengabaikan agama. Setelah ketiadaan Tun Perak, tanggungjawab pentadbiran diserahkan kepada mereka yang kurang bijaksana. Rasuah berleluasa, sistem cukai yang tinggi yang diperkenalkan, mengakibatkan para pedagang beralih ke pelabuhan lain, di Acheh, di Bantam, di Patani dan di Brunei. Perdagangan di Melaka merosot dalam suasana berlakunya perpecahan sesama bangsa, berlakunya perselisihan puak tua dan puak muda, serta berlaku pula, pengkhianatan rakyat tempatan dengan dibantu oleh orang luar.

15. Belajarlah daripada sejarah agar tidak diulangi kesilapan lampau. Mereka yang lupa akan sejarah, akan didera dengan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Sikap tidak belajar daripada sejarah, adalah sebesar-besar pengajaran sejarah.10

(11)

10

Sejarah bukannya ramalan; sejarah ialah catatan peristiwa yang telah berlaku secara faktual, satu rekod yang tepat, konsisten dan tidak berubah, untuk dijadikan rujukan - dijadikan teladan - dijadikan panduan.

16. Terkandung di dalam Al-Quran, pelbagai kisah tentang kebangkitan dan keruntuhan tamadun, pemerintahan, kerajaan dan ummah. Para pengkaji mendapati hampir 1,500 ayat atau satu perempat kandungan Al-Quran mengandungi kisah-kisah sejarah11 untuk dijadikan peringatan. Surah Al-A’raaf mengandungi 206 ayat. Dalam surah tersebut, terkandung kisah-kisah Nabi Adam Alaihissalam, Nabi Nuh Alaihissalam, Nabi Hud Alaihissalam, Nabi Saalih Alaihissalam, Nabi Lut Alaihissalam, Nabi Shuib Alaihissalam, Nabi Musa Alaihissalam, kaum Aad dan kaum Thamud, kerana ALLAH Subhanahu Wata’ala mahukan manusia terkemudian, menjadikannya pedoman selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 74 Surah Al-A’raaf yang bermaksud:

“Dan ingatlah ketika ALLAH jadikanmu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan ditempatkan kamu di bumi, untuk kamu dirikan istana-istana di tanah yang rata, dan kamu pahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka

11Syarif al Syeikh Soleh Ahmad al Khatib, As Sunah al Illahiyah al Insaniyah Wa Athar al Iman Biha Fi al Aqidah Wa al Suluk,

Dar al Uthmaniyah, Aman 2004. (Dipetik daripada kertas Mansor bin Sulaiman (UMP), Sunnah ALLAH berkaitan Jatuh dan Bangun Tamadun Manusia Menurut Al-Quran dan Hubungannya Dengan Proses Pendidikan Akhlak: Suatu Kajian)

(12)

11

ingatlah nikmat ALLAH itu dan janganlah kamu

bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi”.12

Di kalangan pemerintah Bani Umayyah, Khalifah Umar bin Abdul Aziz, merupakan contoh terbaik, seorang pemimpin yang menjadikan sejarah sebagai panduan, ketika menggubal dasar dan mengolah wawasan pemerintahan baginda.

17. Beta hargai persepakatan yang Beta peroleh daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda, Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir, kesemua Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar dan ahli Dewan Negara, membantu Beta dalam memenuhi amanah sebagai amirulmukminin. Beta menzahirkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, para Hakim, para ulama, para umara, ahli-ahli Dewan Negeri, Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia, badan-badan beruniform, para penghulu dan imam serta Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang masing-masing telah menyempurnakan amanah untuk membantu supaya negeri ini terus dapat dibangunkan dalam suasana aman dan warga berada dalam sejahtera. Demikian jua penghargaan Beta kepada pihak swasta, badan-badan sukarela, badan-badan kebajikan, pertubuhan-pertubuhan belia, badan-badan sukan, serta warga keseluruhannya

(13)

12

yang telah memperlengkapkan usaha-usaha pembangunan yang dirintis oleh Kerajaan Beta.

18. Berpegang dan yakinlah kepada rahmat ILAHI untuk melakukan yang makruf dan yakinlah akan perlindungan ILAHI untuk memerangi kemungkaran; tegapkan iman yang luhur agar terbina sebuah negara bangsa yang kukuh bersatu – teguh berpadu, aman lagi makmur, sebuah negara yang sejahtera dan mendapat keampunan ILAHI, ‘BALDATUN TAYYIBATUN WA RABUN

GHAFFUR’ seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran, ayat 15 Surah Saba.

19. YA FATTAAH, YA SAMII, YA BASHIIR, YA HAADII, Hamba Mu ini, memohon ihsan dari Mu, agar dikurniakan hikmah, dianugerahkan taufik - dilimpahkan hidayah. Semoga negeri dan rakyat Perak Darul Ridzuan senantiasa mendapat lindungan dari Mu jua dan dilimpahkan segala keberkatan fid-dunia wal-akhirat.

Termaktub di Istana Iskandariah Kuala Kangsar

Referensi

Dokumen terkait

Abstrack: The Community Empowerment Through The Desa Siaga Program of Active Financial Inclusion. This study aims to describe the stages of community empowerment

Aat ini member isyarat (1) orang dewasa mesti menyambut kehamilan dengan senang dan syukur, (2) seorang ibu menjaga kehamilannya hingga anak dalam kandungan sehat lahir

Mengenai faktor siswa dapat dilihat pada saat pelaksanaan layanan bimbingan belajar yaitu siswa tidak mesti datang keruang BK dengan sendiri untuk minta diberikan layanan

Banten; email: henri.algadri@yahoo.com.. Dalam hal ini, perlunya pembuktian dan pendokumentasian folklor agar keaslian folklor tersebut dapat diketahui dan terjaga. Di

Setelah menjelaskan nama-nama tulang penyusun sistem rangka, bagilah siswa menjadi beberapa kelompok (jumlah kelompok menyesuaikan dengan jumlah siswa). Kemudian

benthamiana berhasil dilakukan dan gen hptII telah berfungsi pada uji seleksi generasi T1, namun masih diperlukan uji ekspresi untuk melihat peranan gen MaMt2 pada tanaman generasi

Perencanaan perbaikan untuk perkuliahan Fistum pada masa yang akan datang adalah undian disiapkan oleh asisten, setiap kelompok harus siap maju untuk

Defisiensi G6PD adalah suatu kelainan enzim yang terkait kromosom sex (x-linked), yang diwariskan, dimana aktifitas atau stabilitas enzim G6PD menurun, sehingga menyebabkan