• Tidak ada hasil yang ditemukan

Istilah Istilah yang Digunakan Penagih D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Istilah Istilah yang Digunakan Penagih D"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Istilah-Istilah yang Digunakan Penagih Dadah dalam

Proses Berinteraksi : Panduan Kepada Bakal Kaunselor

di Agensi Pemulihan Dadah

Mohamad Azhari Abu Bakar; Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia;abmazhari@fcs.unimas.my Nor Hasniah Ibrahim; Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia;inhasniah @fcs.unimas.my

Mohd Razali Othman; Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia;orazali @fcs.unimas.my Siti Norazilah Mohd Said; Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia;mssnorazilah@fcs.unimas.my Aina Razlin Mohammad Roose; Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia;mrarazlin @fcs.unimas.my

Edris Aden; Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia;aedris @fcs.unimas.my

Muhamad Sophian Nazaruddin; Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia;msophian@fcs.unimas.my

Abstrak

Penggunaan istilah-istilah tertentu dalam kalangan penagih dadah (pelatih) merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam interaksi harian mereka. Istilah-istilah tersebut mempunyai makna yang tersirat dan sukar difahami oleh orang awam. Contohnya, istilah kristal bukan merujuk kepada batu kristal yang kita fahami tetapi merujuk kepada syabu iaitu sejenis dadah. Oleh itu, seseorang yang berminat untuk menjadi kaunselor di agensi pemulihan perlu mempersiapkan diri bagi memahami istilah-istilah yang digunakan oleh pelatih. Kajian ini dijalankan untuk mengumpul maklumat berkaitan istilah-istilah yang digunakan oleh para pelatih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Pemahaman istilah tersebut dapat membantu kaunselor untuk berinteraksi dengan lebih mudah (proses pembinaan hubungan) semasa sesi berlangsung mahupun di luar sesi kaunseling. Kaunselor juga dapat membantu diri mereka daripada ditipu oleh pelatih apabila dapat memahami istilah yang digunakan. Data penyelidikan ini diperolehi daripada 69 pelatih dan 40 kakitangan yang bertugas secara langsung dengan golongan pelatih di sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Responden telah menyenaraikan seberapa banyak istilah-istilah yang biasa digunakan atau diketahui oleh mereka. Data yang diperolehi telah dianalisa dan dikategorikan mengikut maksud yang sama walaupun mempunyai istilah yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelatih telah menyenaraikan sebanyak 75 kelompok istilah dan kakitangan menyenaraikan 66 kelompok istilah. Hasil kajian ini akan dipanjangkan dalam bentuk manual istilah sebagai panduan kepada bakal kaunselor di agensi pemulihan untuk berinteraksi dengan golongan pelatih dengan lebih efektif.

Kata kunci: istilah; pelatih; dadah; komunikasi

PENGENALAN

▸ Baca selengkapnya: istilah yang digunakan untuk menggambarkan hubungan antarmasyarkat desa adalah

(2)

bahasa isyarat yang hanya difahami dan digunakan secara meluas dalam sesebuah kelompok dan difahami dengan maksud yang berbeza daripada maksud asal istilah tersebut. Oleh itu, terdapat kesukaran untuk memahaminya melainkan setelah diketahui siapa dan daripada golongan mana yang menuturkan perkataan-perkataan atau istilah-istilah tersebut (Harun A. Ghani, 1990). Kepelbagaian bahasa atau kelainan cara sesuatu bahasa itu digunakan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor seperti kedudukan geografi, kumpulan sosial, perwatakan peribadi dan konteks semasa. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Nik Safiyah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2003) yang menegaskan bahawa variasi bahasa (Melayu) wujud disebabkan oleh beberapa faktor sosial seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomik yang berbeza.

Justeru, golongan penagih dadah juga mempunyai istilah, struktur ayat dan tujuan tersendiri dalam kalangan mereka bagi menyampaikan maklumat yang eksklusif untuk kefahaman mereka sahaja. Penggunaan istilah-istilah tertentu dalam kalangan penagih dadah merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam interaksi harian mereka. Istilah-istilah tersebut mempunyai makna yang tersirat dan sukar difahami oleh orang awam. Contohnya, istilah air bukan merujuk kepada air yang diminum tetapi merujuk kepada pegawai atau kakitangan yang bertugas. Istilah-istilah tertentu yang digunakan oleh golongan penagih dadah dalam interaksi harian mereka merupakan perkataan yang sama dituturkan oleh orang awam tetapi mempunyai maksud yang berlainan daripada bahasa sumber tersebut. Situasi sebegini boleh menyumbang masalah dan kesukaran kepada orang awam atau para kaunselor untuk berinteraksi dengan mereka secara jelas dan telus (Harun A. Ghani, 1990).

Permasalahan Kajian

Golongan penagih dadah mempunyai istilah-istilah tertentu yang digunakan sesama mereka bagi merujuk kepada sesuatu perkara yang hanya dapat diakses maksud sebenar oleh mereka sendiri. Hal ini menimbulkan kesukaran kepada kaunselor untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Berdasarkan semakan dan pembacaan, kurang kajian yang diketengahkan berhubung istilah yang digunakan oleh pelatih dalam berinteraksi di Malaysia. Hasil sorotan karya, kajian istilah telah lama dijalankan di negara seperti Singapura dan Amerika Syarikat. Oleh itu, penyelidik berminat untuk mengenengahkan kajian berbentuk istilah ini kerana mempunyai implikasi yang besar dalam proses interaksi antara pelatih dan kaunselor di pusat pemulihan dadah. Selain itu, penyelidik mendapati setiap negeri mahupun sesebuah kawasan mempunyai istilah-istilah tertentu yang digunakan (ada yang sama dan berbeza). Oleh itu, kajian ini hanya dijalankan di PUSPEN, Kuching. Tindakan menjalankan kajian ini adalah sebagai permulaan dan berbentuk penerokaan untuk menyampaikannya secara ilmiah kepada umum tentang istilah yang perlu difahami dalam konteks kepelbagaian budaya dan komunikasi.

Objektif

(3)

pembinaan hubungan) serta mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai pelatih sama ada dari segi sejarah hidup mereka atau rentak kehidupan mereka sebagai pelatih (penagih dadah) semasa sesi berlangsung mahupun di luar sesi kaunseling. Kaunselor juga dapat membantu diri mereka daripada ditipu oleh pelatih apabila dapat memahami istilah yang digunakan.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Masalah dadah adalah masalah sejagat dan satu-satunya masalah sosial yang paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara (Yuseri B Ahmad, Sapora Bt Sipon & Marina Munira Abdul Mutalib, n.d.). American Medical Association di dalam Lasimon Matokrem, (n.d.) menjelaskan chemical dependence is a chronic progressive disease characterized by significant impairment that is directly associated with persistent and excessive use of

psychoactive substance. Impairment may involve physiological and social dysfunction”.

Memandangkan penagihan adalah sejenis penyakit, oleh itu seseorang pelatih perlu dirawat dan dipulihkan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian kerana ia merupakan satu bentuk penyakit yang sangat kompleks yang merosakkan kehidupan individu terutamanya dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual. Justeru,rawatan yang diberikan seharusnya mencakupi segala aspek kehidupan penagih dadah.

Walau bagaimanapun, untuk melakukan sebarang rawatan atau memberikan sebarang bentuk pertolongan, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka. Komunikasi yang jelas memerlukan pihak kaunselor atau kakitangan agensi pemulihan memahami istilah-istilah atau lenggok bahasa yang digunakan oleh golongan ini. Perkara ini perlu kerana seseorang individu atau sesuatu kelompok manusia akan lebih selesa dan berasa dihargai sekiranya cara hidup dan lenggok bahasa mereka digunakan sewaktu berinteraksi dengan mereka. Oleh itu, komunikasi tersebut berlangsung dalam keadaan yang lebih santai dan bermakna.

Salah satu nama simbolik untuk dadah yang selalu digunakan oleh remaja pada awal tahun 70-an dan tetap terus digunakan sehingga sekarang adalah stone yang diambil sempena dengan nama kumpulan muzik Rolling Stone yang popular di Amerika Syarikat. Kumpulan tersebut memuja dadah dalam nyanyian mereka malahan telah menambahkan daftar kata bagi jenis-jenis dadah yang tertentu seperti ganja dikenali sebagai dam, pot,

stone, sayur dan tahi kambing, manakala heroin dikenali sebagai chok, tepung, teh dan fit

(4)

Jadual 1 : Jadual berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Adam bin Mohamed (2006)

Jenis-jenis dadah di dunia dan

panggilannya. Nama dalam Bahasa Malaysia

Nama dalam Bahasa Inggeris

Panggilannya / nama lain

Amphetamine – ubat perangsang

Amphetamins Speed, pep pills, devise, ups, beunies, drivers, footballs, co-pilot, hearts, crystals, waker up, eye opener, a dan s

Kokain Cocaine Coke, snow, c , the leaf, dust.

Candu Opium o , penyan, hop, tor, black stuff, opium dan madat

Barbituret (ubat tekanan jiwa)

Barbiturets Down, downers, barbs, goodballs, red, redbirds, yellos, yellow jacket, nimbies, blue heaves, blue, rainbows, m pils, big m

Morfin Morphine m dreamer, morpho, monkey, morf, tab, cubes, emsel, morphine, melter

Heroin Heroin h , horse, hard, stuff, junk, smach sugar, joy powder

Kodein Codein School boys

Ganja Marijuana Ganja, indian hemps, bhags, barang tarik, daun, loco weed, dot, grass, mary jane, weed, joints, stucjm, refers, hashis

Delirian(ubat peracun)

Deliriant Sniping glue

Penggunaan istilah-istilah ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Paynter (1928) yang mendapati bahawa istilah-istilah yang digunakan oleh golongan penagih dadah ini bukanlah istilah-istilah yang asing, kerana kebanyakan istilah-istilah yang digunakan diambil daripada istilah bahasa biasa, cuma diterjemahkan dan difahami oleh golongan ini berdasarkan kumpulan sosial mereka (Nik Safiyah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood, 2003). Pernyataan penyelidik tersebut turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Muhamad Fuad Abdul Karim, Rokiah Ismail & Mohamad Fauzi Sukimi (2009) yang mendapati bahawa istilah atau bahasa yang digunakan mempunyai persamaan dari segi maksud dengan bahasa utama yang digunakan dalam masyarakat di Malaysia iaitu bahasa Melayu. Wujudnya istilah-istilah tersebut dalam kalangan penagih dan pelatih adalah bertujuan untuk menghasilkan suatu sub budaya supaya dapat membentuk identiti dan membezakan mereka dalam masyarakat awam.

(5)

yang pelbagai bergantung kepada keadaan atau situasi sesuatu istilah itu digunakan yang secara tidak langsung mereka perlu sentiasa mengemaskini istilah yang digunakan dalam kelompok mereka. Menurut Elena (2006),penggunaan istilah-istilah yang berkaitan dengan dadah secara meluas merupakan kebiasaan dalam kalangan penagih. Situasi ini menyukarkan pihak pentadbir untuk mewujudkan polisi pencegahan dadah dan menyumbang kepada jurang komunikasi yang luas antara penagih dan penggubal polisi kerana budaya komunikasi tentang istilah dadah adalah berbeza.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan istilah-istilah yang berlainan maksud dari bahasa sumber tersebut terdiri daripada:

1. Merupakan pernyataan bahawa mereka terdiri daripada golongan yang sama atau mempunyai persefahaman dan keinginan yang serupa.

2. Agar golongan bukan penagih tidak mengetahui rahsia kegiatan mereka terutamanya ibubapa, teman atau pun anak isteri mereka.

3. Menjadi kod bagi mengelakkan kegiatan-kegiatan mereka terdedah atau diketahui umum.

4. Perasaan takut diketahui oleh pihak berkuasa, atau mengelirukan pihak-pihak tertentu yang mengesan kegiatan mereka.

5. Melindungi kepentingan sesama mereka

6. Rasa selamat berada bersama kumpulan seangkatan dan sehaluan dengan mereka. ( Harun A. Ghani, 1990) Penggunaan istilah-istilah khusus ini secara tidak langsung dapat melindungi kegiatan dan aktiviti mereka daripada diketahui oleh pihak polis khususnya dan masyarakat umumnya. Hal ini kerana, istilah mereka hanya boleh difahami oleh mereka yang berada di dalam kumpulan ini sahaja. Justeru, sangat penting untuk orang awam dan kaunselor serta pihak berwajib khasnya untuk mengetahui kewujudan istilah-istilah khas ini dan memahaminya supaya proses interaksi dan komunikasi dapat dilakukan dengan jaya.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti istilah-istilah yang digunakan oleh pelatih dan kakitangan di PUSPEN dalam komunikasi antara mereka.

Responden Kajian

Responden kajian ini terdiri daripada 69 orang pelatih dan 40 orang kakitangan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Kuching.

Instrumen Kajian

(6)

Prosedur Kajian

Responden kajian ini dipilih secara bertujuan dan semua proses persampelan tersebut dilakukan oleh kakitangan yang bertugas di agensi berkenaan. Kebenaran dipohon daripada pihak pengurusan dan semua proses pengedaran soalselidik dijalankan oleh pihak kakitangan yang telah diberi penerangan tentang proses pengedaran dan pengumpulan soalselidik. Kelompok pelatih dan kakitangan diberikan set soalselidik yang sama. Tujuan penglibatan kakitangan sebagai responden kajian adalah untuk membandingkan data istilah yang disenaraikan oleh pelatih dan kakitangan. Semua data yang diperolehi dianalisa secara deskriptif dengan mengkategorikan istilah-istilah yang mewakili satu maksud. Penyelidik juga turut menganalisa dengan melihat kekerapan istilah yang disenaraikan oleh semua responden dalam bentuk peratusan.

DAPATAN KAJIAN

Hasil analisa yang dijalankan menunjukkan bahawa kelompok pelatih dan kakitangan berjaya menyenaraikan istilah yang digunakan oleh pelatih dalam proses berinteraksi. Secara keseluruhan, kelompok pelatih lebih banyak menyenaraikan istilah yang digunakan berbanding kakitangan.

Perbandingan antara kedua-dua data menunjukkan terdapat banyak persamaan dari segi istilah dan maksud yang disenaraikan oleh kedua-dua kelompok responden tetapi perbezaan dapat dilihat dari segi kekerapan sesuatu istilah disenaraikan. Ini menunjukkan bahawa pihak kakitangan turut mempelajari dan mengetahui istilah yang digunakan pelatih dalam berinteraksi. Perkara ini dapat membantu dalam proses menolong serta pemerhatian tingkahlaku pelatih di PUSPEN.

(7)

Jadual 2: Senarai Istilah yang digunakan oleh Pelatih di PUSPEN , Kuching

Bil Istilah yang digunakan

Maksud istilah Tujuan penggunaan istilah dadah masuk ke asrama

42(61%)

2 bom seludup/meletakkan barang untuk disimpan/tempat menyembunyikan

barang/menyimpan sesuatu di tempat yang selamat dan tidak diketahui

7 jambu lemah lembut/orang

suruhan/pembantu/orang yang

8 payung cuti/rehat/disingkirkan sementara/off

day/dipulaukan/kena pulau

28(41%)

9 tokan/runner pengedar/bos mendapatkan dadah 27(39%) 10 hantu/mata merah

merokok supaya tidak diketahui orang

13 ikan terjun makanan di puspen/ikan yang dimasak berkuah/ikan

(8)

15 wayang/main peranan

pelakon/berlakon melakukan sesuatu yang tidak jujur untuk mendapatkan sesuatu

20(29%)

16 ada U/UU ganjaran/upah apabila menyuruh melakukan sesuatu

19(28%)

17 M mental 19(28%)

18 penyek dadah sudah berkurangan dalam badan/letih/kehabisan dos

makluman supaya tidak diketahui pegawai

18(26%)

19 sumpit/golong rokok tembakau 15(22%)

20 radio kotak berita tidak

sirin/jarum suntikan menyuntik 13(19%)

23 tengok air/jaga air berhati-hati/jaga line supaya lebih berhati-hati takut ada kakitangan

13(19%)

24 air sejuk/air cun seseorang yang selamat/line clear/kakitangan bagus

tiada orang memerhati/ merujuk kepada keadaan yang terkawal

12(17%)

25 S.E singkatan sideeffect/

halusinasi/terkejut/emosi dan

26 air kakitangan/cikgu perlu

berhati-hati/makluman kepada yang lain/digunakan semasa kakitangan membuat pemeriksaan

11(16%)

27 on/enjut/enjut ajak bantai/hentam sahaja/go ahead 10(15%) 28 kuching serian/501 melancap melepaskan nafsu seks 9(13%) 29 ubah angin marah kepada orang lain/sesuatu

yang tidak bagus/emosi 32 kumbuk menumbuk dengan

selimut/belasah

dibelasah ramai-ramai 7(11%)

33 tembak menyuntik/suntikan 7(11%)

34 kapal karam kehabisan stok/ketiadaan tembakau

6(9%)

35 kertas duit 5(7%)

(9)

40 masuk air masalah mental 4(6%) 41 7 eleven/gan tidak henti bercakap sindiran 3(4%)

42 bahangin/mabuk emosi memberitahu bahawa

seseorang sedang marah

3(4%)

43 buang angin percakapan semasa orang tiba-tiba campur percakapan orang

3(4%)

44 hup kongsi rokok 3(4%)

45 komando merangkak bawah katil/merangkak

hukuman merangkak 3(4%)

46 mee dawai mee halus 3(4%)

47 panadol/goyang ecstasy merujuk ubat goyang 3(4%)

48 sangkut kena tangkap 3(4%)

49 seperah ramai-ramai 3(4%)

50 tidak ada karan badan orang sudah lemah kekurangan dadah/mengantuk apabila bercakap

3(4%)

51 bon polis 2(3%)

52 cas/bo mengambil syabu secara hisapan supaya tiadak diketahui orang lain

2(3%)

53 dobi tukang cuci 2(3%)

54 fit/pink/udang heroin dadah 2(3%)

55 jedom kerja ramai-ramai/gotong royong bersih kawasan 2(3%)

56 jek bodek 2(3%)

57 kolam orang hendak ditikam dalam kolam/dihumban dalam kolam 63 geng kongsi gelap polis yang memakai pakaian

seragam gelap

1(1%)

64 gido tidur 1(1%)

65 guni-guni kesan mengambil dadah 1(1%)

66 kacak barang bagus supaya tidak diketahui orang

1(1%)

67 kena projek dipermainkan orang lain menipu 1(1%) 68 masih merah/agik

merah

masih baru pelatih yang baru masuk ke PUSPEN

(10)

75 tutup kedai tidak beroperasi perkataan untuk cover line

1(1%)

Jadual 3: Senarai Istilah yang disenaraikan oleh kakitangan di PUSPEN , Kuching

Bil Istilah yang digunakan

Maksud istilah Tujuan penggunaan istilah

polis supaya berhati-hati 40(100%)

3 sayur/dam/pakalolo/

6 sumpit rokok tidak mahu diketahui

pegawai

24(60%)

7 spark mengapi-api/mengadu 18(45%)

8 wayang/main peranan

pelakon/berlakon melakukan sesuatu yang tidak jujur untuk mendapatkan sesuatu

15(38%)

9 tembak/jem/snyper menyuntik/suntikan 14(35%)

10 combat/murni/

12 hantu/antu tali barut/mata-mata polis/pembelot

merujuk orang yang membongkar rahsia/sindiran

12(30%)

13 S.E takut/terlebih dos/paranoid sindiran kepada rakan 12(30%)

14 sambak/nyambak pencuri/mengambil barang 12(30%)

15 apa ci/tong- tong/patak-patak

berkongsi 10(25%)

(11)

17 penyek/crash dadah sudah berkurangan dalam badan/letih/kehabisan dos

10(25%)

18 bom seludup/meletakkan barang untuk disimpan/tempat

19 bong/bang/dapur tabung uji/alat untuk

menghisap/tempat untuk hisap/

memasak/aktiviti menghisap

8(20%)

20 peuk/abu-abu raja bohong/pembohong khabar angin/perkara tak betul

8(20%)

21 wasted terlalu kuat/kick 8(20%)

22 enjen/ngenjen loyar buruk/percakapan yang tidak betul/cakap besar/penipu

menipu orang 7(18%)

23 lalok/layan/nos khayal/nospen 7(18%)

24 guni-guni kesan mengambil dadah/terlebih dos

6(15%)

25 kencing pembohong/kena tipu 6(15%)

26 tokan pengedar/bos besar mendapatkan dadah 6(15%)

27 air kakitangan perlu

berhati-hati/makluman kepada

30 air panas kakitangan yang ditakuti hati-hati dengan kakitangan

3(8%)

31 bubble suntik/salah suntik 3(8%)

32 ces mengambil syabu secara hisapan 3(8%)

33 goyang ecstasy merujuk ubat goyang 3(8%)

34 menyumpit /nyumpit merokok 3(8%)

35 ranting patah/sut gaduh/belasah orang yang suka bergaduh

3(8%)

36 akon mengaku apabila melakukan

kesalahan

2(5%)

37 jaga air jaga line menjaga keadaan 2(5%)

38 jek bodek mengampu kakitangan 2(5%)

39 kapal penyeludup membawa barangan

larangan

43 ngeteng/searching curi orang tidak tahu 2(5%)

(12)

49 gantung tidak cukup dos memberitahu tentang kekurangan dos

1(3%)

50 jambu orang suruhan 1(3%)

51 kaw padat/banyak 1(3%)

52 kena berak ditipu 1(3%)

53 lost mabuk minum arak 1(3%)

54 lui duit membeli barang 1(3%)

55 maley barang tidak berkualiti 1(3%)

56 ngamput seks 1(3%)

57 payung tiada aktiviti 1(3%)

58 perahu kertas aluminium digunakan untuk menghisap syabu

1(3%)

59 royal arak mabuk/khayal/ganti

dadah

1(3%)

60 runner penghantar barang 1(3%)

61 selap dadah berharga RM 100.00 1(3%)

62 serbuk heroin dadah 1(3%)

63 tengkorok hidup orang yang kurus 1(3%)

64 tikus pencuri/mengambil barang 1(3%)

65 u.b. ubat batuk untuk mengaburi

kakitangan

1(3%)

66 ubah angin perubahan mood seseorang merasa marah 1(3%)

PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, istilah yang digunakan oleh pelatih mempunyai potensi untuk berkembang dari semasa ke semasa. Istilah sebegini akan terus digunakan kerana dapat membantu kelompok pelatih untuk menyebarkan maklumat secara komunikasi lisan tanpa diketahui orang lain. Bakal kaunselor atau kakitangan yang bertugas di agensi pemulihan perlulah bertindak memahami istilah yang digunakan oleh pelatih supaya dapat membina proses membantu yang baik dan lebih terapeutik. Secara tidak langsung, golongan pelatih akan merasa lebih mudah berinteraksi kerana terdapat keselarasan maklumat antara kedua-dua pihak.

Istilah-istilah yang disenaraikan merupakan istilah yang seringkali digunakan oleh mereka dan terdapat juga istilah yang tidak jelas dari segi maksud sebenarnya. Contohnya perkataan nyo yang merujuk kepada pil. Oleh itu, terdapat pelbagai bentuk istilah yang boleh direka oleh golongan pelatih untuk berkomunikasi dan menyebarkan maklumat.

(13)

Pembentukan sesuatu istilah mempunyai kaitan yang rapat dengan sesebuah kelompok. Kelompok pelatih di PUSPEN, Kuching mempunyai istilah tersendiri yang merujuk sesuatu perkara berbanding pelatih di PUSPEN lain. Dalam konteks ini, faktor sosiobudaya memainkan peranan yang penting berdasarkan lokasi dan kebudayaan setempat yang merangkumi loghat masing-masing. Contohnya, istilah air sik bagus ialah istilah dalam loghat Sarawak. Sik bermaksud tidak dalam Bahasa Melayu. Oleh itu air sik bagus merujuk kepada kakitangan/pegawai yang kurang baik atau keadaan yang kurang baik.

Istilah juga mempunyai peranan yang sangat jelas untuk menjaga kerahsiaan dalam percakapan. Perkara ini sangat sinonim dengan golongan pelatih yang mahu memastikan keadaan sentiasa terkawal tanpa pengetahuan pihak kakitangan PUSPEN. Oleh itu, istilah yang digunakan mestilah difahami dan diketahui maksudnya oleh kelompok pelatih untuk memudahkan proses komunikasi yang efektif.

Justeru, kaunselor yang ingin melibatkan diri dengan perhubungan menolong di agensi pemulihan dadah perlu mempunyai kesediaan untuk menghormati konteks budaya pelatih. Cara pelatih berfikir, bertingkahlaku dan meluahkan emosi perlu diberi perhatian kerana dapat membantu dalam proses membentuk skema maklumat kelompok ini. Terdapat pelatih yang akan menggunakan istilah yang tidak difahami oleh kaunselor sebagai salah satu cara untuk mengelirukan pihak kaunselor. Berdasarkan pengalaman salah seorang penyelidik kajian ini semasa sesi berlangsung, pihak klien (pelatih) banyak menggunakan istilah yang tidak difahami dan secara tidak langsung pihak klien akan dapat mengakses tahap kemampuan kaunselor untuk memahami konteks istilah yang digunakan. Oleh itu, sesi kaunseling yang dijalankan tidak begitu dinamik kerana tahap penguasaan istilah yang rendah. Hasil bantuan dan interaksi bersama kakitangan yang bertugas membantu penyelidik mempelajari istilah yang digunakan pelatih.

Pengumpulan data kajian yang turut melibatkan kakitangan adalah sangat relevan kerana mereka bertugas secara langsung dengan golongan pelatih. Selain itu, pihak penyelidik dapat membuat perbandingan data yang diperolehi. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa istilah yang disenaraikan oleh kakitangan turut terdapat dalam senarai pelatih. Hal ini menggambarkan bahawa kakitangan berusaha untuk memahami konteks sosiobudaya yang berbeza dalam kalangan pelatih.

(14)

tersebut ialah kalau kamu tidak mahu ganja, saya bagi kamu pil eramin five. Lepas itu memang kamu akan khayal .

Kekerapan istilah yang disenaraikan dikira sebagai penting dan selalu digunakan atau didengari. Contohnya, istilah kapal yang kerap digunakan oleh pelatih menunjukkan bahawa mereka merujuk kepada aktiviti penyeludupan. Hal ini memberi maklumat bahawa aktiviti penyeludupan barang berlaku di pusat pemulihan. Istilah bom juga mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan (kapal) kerana apabila barang dibawa masuk, maka barang tersebut perlu ditempatkan atau disembunyikan di tempat yang selamat. Kelompok pelatih juga ada menyenaraikan istilah yang betul dari segi tatabahasa dan maksudnya. Sebagai contoh, istilah sumpit merujuk kepada rokok dan menyumpit maksudnya

merokok.

Pihak kakitangan yang kurang dan tidak menyenaraikan istilah-istilah tertentu yang disenaraikan pelatih menunjukkan bahawa istilah berkenaan masih belum meluas dalam kalangan kakitangan. Kemungkinan situasi ini berlaku kerana pihak pelatih tidak menyebarkan istilah tersebut sehingga diketahui oleh pihak kakitangan. Istilah ini juga boleh dianggap sebagai eksklusif untuk mereka sahaja. Istilah demi istilah boleh dicipta oleh pelatih dan penagih dadah dengan usaha untuk memperluaskan proses komunikasi asalkan tidak diketahui dan mengaburi perhatian masyarakat. Mereka juga boleh melakukan penyesuaian diri dengan keadaan sekeliling apabila mereka mempunyai pelbagai istilah yang boleh digunakan dalam tahanan untuk berkomunikasi. Hal ini mempunyai kaitan dengan latarbelakang mereka yang pernah ditempatkan di pusat pemulihan yang bercampur gaul dengan pelatih dari negeri lain.

KESIMPULAN

Limitasi kajian ini merujuk kepada kelompok responden yang terdiri dari sebuah PUSPEN sahaja. Selain itu, terdapat istilah yang disenaraikan oleh responden tetapi tidak dinyatakan maksudnya. Oleh itu, kajian lanjut memerlukan proses pengumpulan data dari PUSPEN dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) lain untuk dijalankan kajian perbandingan istilah. Pihak penyelidik juga boleh melakukan sesi temubual dengan pihak pelatih bagi mendapatkan data yang jelas berhubung tujuan penggunaan istilah.Penyelidik juga berpendapat, kajian lanjut perlu dijalankan di setiap PUSPEN agar satu pangkalan data dapat diwujudkan dan boleh digunakan oleh kaunselor. Selain itu, kajian berkaitan komunikasi tanpa lisan juga perlu dijalankan bagi memahami konteks interaksi pelatih dalam berkomunikasi.

(15)

sebegini bagi memastikan keperluan dan masalah pelatih diberi perhatian yang khusus dan sewajarnya.

RUJUKAN

Adam Bin Mohamed (2006). Tingkahlaku pelatihan semula, punca-punca pelatihan dan

pemulihan kerohanian menurut. Diambil dari

http://eprints.utm.my/6552/1/AdamMohamedMFP.pdf Bakti Budiman (2009). Masalah gejala sosial. Diambil dari

http://My.Opera.Com/Karangan/Blog/Masalah-Sosial-Remaja

Elena, O. 2006 . You can tell by the way they talk : Analysing the language young people in Russia use to talk about drugs. Journal of Communist Studies and Transition

Politics, 22(1), 54-72

Harun A. Ghani (1990). Bahasa di kalangan penagih dadah. Jurnal Pengembangan dan

Pengajaran Bahasa SEKATA, 8 (2).

Lasimon Matokrem (n.d.). Intervensi dan peranan kaunselor untuk menjana kepulihan klien sepanjang hayat. Jurnal Antidadah Malaysia,97-118.

Muhamad Fuad Abdul Karim, Rokiah Ismail & Mohamad Fauzi Sukimi (2009), Sub Budaya Mat Rempit Dan Perubahan Sociobudaya. Geografia Online Malaysian Journal Of

Society And Space,5 (3), 26-43

Nik Safiyah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood

(2003).Tatabahasa dewan (Ed 3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Paynter, R.H. (1928). The language of drug addicts. American Speech, 4(1), 19-21. Rokiah )smail 2004 . Kumpulan Mat Motor dan perlumbaan motor haram: Suatu

penelitian aspek sosiologi. Prosiding Seminar Kebangsaan Ke-3 Psikologi dan

Masyarakat 2004. Pusat Teknologi Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.4-5

Oktober.

Yuseri B Ahmad, Sapora Bt Sipon & Marina Munira Abdul Mutalib(n.d.). Peranan

Referensi

Dokumen terkait