Tajuk: Perspektif masyarakat Iban terhadap fungsi parang ilang.
Pengenalan
pengkaji boleh rasakan sesuai dengan kajian yang dibuat. Objektif yang pertama adalah pengkaji ingin mendalami lagi pemahaman tentang kegunaan parang ilang pada zaman dahulu kerana menurut sejarah dahulu parang ilang digunakan untuk memenggal kepala musuh dan di samping itu mempunyai kuasa sakral. Selain itu, objektif yang kedua ialah pengkaji ingin mengenalpasti faktor yang mendorong parang ilang kurang dikenali generasi pada masa kini. Kedaan ini kerana golongan muda tidak diberi pendedahan fungsi parang ilang. Objektif yang terakhir ialah pengkaji ingin memperkenalkan akan identiti, seni dan warisan parang ilang dalam kalangan peribumi Sarawak dengan memberi pendedahan kepada golongan muda dalam bentuk bengkel dan latihan. Pada hari ini, parang ilang hanya menjadi simbol budaya kaum peribumi Sarawak. Kini, parang ilang dihasilkan dengan variasi yang unik dan menarik. Malah, parang ilang sering dijadikan cenderamata dan buah tangan kepada para pelancong yang datang ke Sarawak. Seni yang terdapat pada parang ilang sememangnya sukar digambarkan, namun ia tetap menarik jika ia disimpan sebagai kenangan-kenangan (Paran,2010).
Perbezaan kegunaan parang ilang pada 50-an sehingga 60-an ke atas dengan masa kini. Tahun 50-an sehingga 60-an ke atas Masa Kini (2014)
Senjata untuk memenggal kepala musuh pada era peperangan.
Senjata warisan ataupun harta pusaka masyarakat Iban
Digunakan untuk upacara-upacara ritual Dijadikan perhiasan dalam rumah dan cenderamata
Digunakan untuk mengubati penyakit “kayap”
Digunakan untuk persembahan taraian
(Sumber diperolehi daripada: Paran 2010)
Parang Ilang
Menurut Carl (1920) pula berpendapat parang ilang merupakan senjata tradisional masyarakat Dayak Borneo. Parang ilang kebanyakkannya digunakan untuk istiadat bagaimanapun versi yang rumit digunakan sebagai alat praktikal setiap hari. Parang ilang sering dikaitkan dengan sejarah pemburuan kepala, di mana orang akan berkumpul untuk menyerang suku kaum yang lain dan mengumpul kepala untuk digunakan dalam pelbagai perayaan. Parang ilang adalah kedua-dua karya seni itu sendiri dan senjata menggerunkan. Manakala menurut Ayob dan Malek (1995) menyatakan bahawa ilang ialah sejenis parang panjang yang digunakan oleh masyarakat Iban di Sarawak. Di Kalimantan, senjata ini dikenali sebagai dengan nama “Mandau”. Nilai parang kepada masyarakat Iban serupa dengan nilai keris kepada orang Melayu. Setiap pahlawan Iban mesti memiliki parang ilang. Hulu parang ilang diperbuat daripada kayu yang diukir dengan motif kenyalang, aso dan sebagainya. Di kepalanya dilekatkan rambut-rambut yang berwarna-warni. Mata ilang ada yang melengkung sedikit tetapi kebanyakannya lurus dan runcing. Bahagian belakang mata ilang turut diukir. Sarung ilang juga diperbuat daripada kayu dan diikat dengan rotan. Pahlawan Iban yang handal biasanya menghiasi sarung ilangnya dengan rambut musuhnya serta taring, gigi binatang yang ditewaskan. Menurut Abdullah dan Senik (2007) juga menyatakan parang ilang lazimnya terkenal di Sarawak, khususnya dalam kalangan masyarakat Iban. Mata parang ilang nipis kecil di pangkal dan semakin melebar di hujung. Bahagian belakang mata parang ilang ini dihias dengan ukiran tradisional etnik. Bahagian ulu dan sarung diperbuat daripada gading yang diukir dengan motif etnik dan dihias dengan bulu haiwan yang telah diwarnakan. Menurut Ganjing (1988) menyatakan bahawa masyarakat Kenyah juga sejumlah besarnya membuat parang seperti masyarakat Iban yang membuat parang ilang. Parang kenyah berbeza dengan parang ilang masyarakat Iban dari segi ukiran parang itu. Parang ilang masyarakat Iban biasanya dihias dengan rambut manusia hasil daripada aktiviti memburu kepala. Menurut Chin (2009) masyarakat Kenyah dan Kayan juga mempunyai parang ilang yang merupakan senjata tradisi mereka. Hulu parang ilang tersebut dihias dengan rambut manusia atau rambut musuh. Sarung parang tersebut diperbuat daripada kayu dan diukir serta dihias dengan manik atau gigi haiwan. Bilah parang dihias dengan rekaan skrol dan bertatahkan tembaga. Parang ilang walaupun banyak digunakan oleh masyarakat Dayak Laut, ia merupakan senjata kebangsaan Kayan iaitu suku kaum perdalaman di Sarawak. Masyarakat Kayan kebanyakkan yang membuat parang ilang. Namun demikian, parang ilang di antara kaum Iban dan Kayan sangat berbeza dari segi hiasan dan ukirannya. (Boyle, 1865).
lama. Kepala musuh (tengkorak) yang sudah betul-betul kering disebut sebagai antu pala atau hantu kepala dan dianggap sebagai pesaka atau harta keluarga. Dipercayai juga bahawa antu pala akan membawa tuah, kekuatan dan kekayaan kepada pemilik dan penghuni rumah panjang berkenaan. Antu pala digantung di atas bedilang di ruai dan akan dipanaskan dengan api kecil yang dibuat di atas bedilang tersebut kerana dipercayai bahawa antu pala memerlukan kepanasan untuk berehat dengan aman. antu pala juga akan diberi makan, minum tuak dan juga akan diusapi dengan darah ayam yang segar dari semasa ke semasa untuk mententeramkan roh kepala itu.
Simbol
Mengikut Tugang (2009) medefinisikan simbol sebagai satu reka corak yang mengandungi makna tertentu menerusi perkaitan antara satu simbol dengan satu simbol yang lain dan reka corak tersebut memberi makna kepada sesebuah masyarakat. Penggunaan simbol merupakan cara yang satu-satunya untuk berkomunikasi. Simbol ini dapat digunakan untuk mengekspresi sesuatu nilai dan menerusi simbol-simbol, manusia dapat mengawal pengamalan mereka. Ini bermakna untuk sebarang komunikasi yang berlaku berkaitan dengan keagamaan, simbol-simbol yang dibentuk mesti dapat mengekspresi sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan sesebuah masyarakat itu.
Identiti
Metodologi
Pengumpulan data
Kaedah-kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan pengkaji membuat temu bual, pemerhatian dan soal selidik. Pengkaji melakukan temu bual dengan informan yang terlibat untuk mendapatkan maklumat kajian. Pengkaji menggunakan temu bual bersemuka iaitu temu bual individu. Temu bual akan memperoleh maklumat secara lisan dari informan. Bagi menjalankan kajian ini pengkaji menggunakan rakaman kaset, video dan media elektronik lain untuk merekod jawapan daripada informan. Pengkaji juga mencatat maklumat secara bertulis. Temu bual digunakan kerana merupakan salah satu cara untuk mendapat maklumat yang lebih dalam satu masa yang singkat. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau pengkaji menjadi salah satu seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pemerhati. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian menjadi lebih sah dan boleh dipercayai. Dalam melakukan kajian ini, pengkaji juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mendapat maklumat yang tepat daripada responden. Pengkaji telah menetapkan 300 orang responden yang bermaksud 300 helai borang soal selidik yang harus diedarkan kepada responden. Dengan menggunakan borang soal selidik ini juga, pengkaji telah mengetahui dengan sejauh mana reponden masyarakat Iban terhadap fungsi parang ilang.
Pemburuan Kepala
Sumber Data
Perbincangan
Bahagian A: Latar belakang responden
1. Jantina
Jantina Kekerapan %
Lelaki 130 43.3
Perempuan 170 56.7
Total 300 100.0
43%
57%
Jantina
Lelaki Perempuan
Merujuk gambar rajah 4.1 carta tersebut menunjukkan kekerapan bagi jantina masyarakat Iban telah mengisi borang soal selidik. Seramai 170 bersamaan 56.7% orang daripada golongan wanita manakala seramai 130 bersamaan 43.3% orang daripada golongan lelaki. Golongan lelaki didapati lebih kurang mengisi borang tersebut kerana golongan ini agak kurang berminat dan tidak begitu mengambil perhatian tentang topik yang bersifat warisan dan kebudayaan seperti ini berbanding dengan topik politik dan ekonomi.
Tambahan pula, golongan ini lebih mudah didekati dan senang untuk memberi kerjasama kepada pengkaji berbanding responden dari golongan umur yang lain.
3. Bagaimanakah anda mengetahui parang ilang? Bagaimanakah
anda mengetahui parang ilang?
Kekerapan %
Article 3 1.0
Internet 9 3.0
Keluarga 262 87.3
Kawan 26 8.7
Total 300 100.0
1% 3%
87% 9%
Bagaimanakah anda mengetahui parang ilang?
Article Internet Keluarga kawan
lebih ramai. Manakala, yang paling rendah di sini ialah responden mengetahui melalui article. Keadaan ini berlaku kerana golongan generasi kurang membaca article. Ini kerana zaman sekarang lebih suka kepada gajet dan sebagainya.
Bahagian B: Pengetahuan masyarakat Iban terhadap parang ilang. Pengetahuan masyarakat Iban terhadap parang
ilang. Tidak PastiK % NeutralK % Sangat PastiK %
Adakah anda mengetahui tentang amalan
penggunaan parang ilang? 31 10.3 63 21.0 206 68.7
Adakah anda berminat untuk mengetahui
tentang amalan penggunaan parang ilang? 10 3.4 17 5.7 273 90.9 Adakah anda mengetahui bahawa parang ilang
dapat mengubati penyakit “kayap”?
42 14.0 41 13.7 217 72.3
Adakah anda mengetahui bahawa parang ilang juga dibuat oleh masyarakat Kenyah dan Kayan?
138 46.0 55 18.3 107 35.7
Adakah parang ilang masih digunakan dalam kalangan masyarakat Iban setiap hari?
252 84.0 22 7.3 26 8.7
Adakah parang ilang hanya digunakan dalam
upacara ritual? 54 18.0 22 7.3 224 74.7
Adakah parang ilang pada masa kini hanya
dijadikan sebagai perhiasan rumah? 38 12.7 25 8.3 237 79.0 Adakah parang ilang merupakan salah satu
daripada senjata warisan masyarakat Iban? 33 11.0 25 8.3 242 80.7 Adakah parang ilang diwarisi secara turun
temurun? 49 16.3 26 8.7 225 75.0
Adakah anda atau keluarga anda masih
menyimpan parang ilang? 124 41.3 35 11.7 141 47.0
Adakah parang ilang pada masa kini masih
dianggap mempunyai kuasa keramat atau sakti? 51 17.0 33 11.0 216 72.0 Haruskah golongan tua (pakar) memberi
bimbingan dan saluran informasi kepada
golongan muda tentang aspek nilai dan peranan parang ilang dalam masyarakat Iban?
11 3.6 3 1.0 286 95.4
3.4% yang tidak setuju dalam berminat untuk mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang. Andaian pengkaji di sini masyarakat Iban khasnya generasi baru lebih sangat pasti untuk mengetahui tentang amalan penggunaan penggunaan parang ilang. Keadaan ini berlaku kerana parang ilang mempunyai keunikan yang harus dimiliki oleh setiap masyarakat Iban. Dengan adanya parang ilang disimpan oleh setiap keluarga maka ia menunjukkan identiti sesebuah masyarakat tersebut khasnya kaum Iban. Selain itu, andaian bagi parang ilang masih digunakan dalam kalangan masyarakat Iban setiap hari dan parang ilang digunakan dalam upacara ritual ialah kerana generasi zaman sekarang kurang mengetahui berkenaan dengan parang ilang. Mereka lebih gemar melayani internet dari mengetahui tentang kegunaan parang ilang yang merupakan senjata pusaka kaum Iban. Seterusnya, andaian tentang minat untuk mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang kerana generasi sekarang tidak berminat yang berkaitan dengan warisan. Keadaan ini berlaku kerana mereka lebih suka lagi dengan benda-benda yang berkaitan dengan teknologi dari minat mengetahui harta pusaka keturunan nenek moyang
Bahagian C: Perbezaan fungsi parang ilang di antara tahun 1950-1960 dengan tahun 2014.
Perbezaan fungsi parang ilang di antara tahun 1950-1960 dengan tahun 2014.
Tiada Tidak yakin Neutral Sangat yakin
Parang ilang
Bahagian D: Cadangan untuk memelihara parang ilang daripada hilang tradisinya.
khasnya dalam pembuatan parang ilang. 4 .4 2 .7 294 98.0 Memperbanyakkan tulisan lisan berkenaaan parang
ilang agar generasi muda dapat mengetahui kegunaan parang ilang dari zaman dahulu sampai sekarang.
1 0.3 1 0.3 298 99.4
Mempamerkan parang ilang di muzium agar masyarakat Malaysia mengetahui kewujudan senjata warisan bagi masyarakat Iban.
3 1.0 - - 297 99.0
Merujuk kepada jadual tersebut menunjukkan kekerapan bagi cadangan untuk memelihara parang
ilang daripada hilang tradisinya. Seramai 298 bersamaan 99.4% responden yang sangat setuju
dengan memperbanyakkan tulisan lisan berkenaaan parang ilag agar generasi muda dapat
mengetahui kegunaan parang ilang dari zaman dahulu sampai sekarang. Andaian pengkaji golongan
tua yang tahu mengenai kegunaan parang ilang hanya menceritakan dari mulut ke mulut dengan
tiada penulisan. Ini kerana ramai mereka pada zaman dahulu tidak pergi ke sekolah. Selain itu,
seramai 2 orang bersamaan 0.7% responden yang neutral dalam menyediakan bengkel latihan
kepada golongan muda khasnya dalam pembuatan parang ilang. Andaian pengkaji di sini yang
menjawap neutral kerana mereka tidak mahu membebankan diri dalam pembuatkan parang ilang.
Ini kerana mereka mengganggap parang ilang tidak mempunyai fungsi pada zaman sekarang.
Seterusnya ialah seramai 3 orang bersamaan 1.0% responden yang tidak setuju untuk mempamerkan
parang ilang di muzium agar masyarakat Malaysia mengetahui kewujudan senjata warisan bagi
masyarakat Iban. Salah seorang responden yang tidak setuju menyatakan bahawa parang ilang tidak
seharusnya dipamerkan di muzium lebih-lebih parang ilang yang lama. Parang ilang seharusnya
disimpan oleh si pemiliknya sebagai harta keturunan keluarganya.
Umur Adakah anda mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang?
Jumlah
Tidak pasti Kurang pasti Neutral Pasti Sangat pasti
16-19 Jantina
Jantina Lelaki 4 10 29 20 67 130
Perempuan 3 14 34 33 86 170
Jumlah 7 24 63 53 153 300
lelaki dan 19 perempuan yang telah menjawap borang soal selidik dalam kajian tersebut. Daripada 53 responden tersebut, terdapat 17 orang menyatakan bahawa mereka tidak pasti, 28 orang neutral dan sebanyak 8 orang responden menyatakan mereka sangat pasti dengan mengetahui tentang amalan parang ilang. Melalui jadual tersebut juga dapat dilihat bahawa bahawa 28 menunjukkan reaksi yang positif manakala sebanyak 17 orang menunjukkan reaksi negatif terhapad mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang. Selain itu, seramai 11 orang responden yang berumur 26-29 yang terbahagi kepada lelaki iaitu 4 orang dan 7 orang perempuan. Seramai 3 orang responden yang tidak pasti, 3 orang responden yang neutral dan seramai 11 orang responden yang sangat pasti mengetahui tentang amalan penggunaan parang ilang. Keadaan ini disebabkan generasi baru ramai yang tidak tahu apa itu parang ilang. Dengan dunia yang serba berteknologi ini ramai yang tidak mengambil tahu tentang budaya dan warisan. Mereka lebih gemar dengan alat-alat yang berteknologi mengiku peredaran masa.
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha Based on Standardized Items
.746 .768
hasil kajian yang dijalankan didapati bahawa nilai Cronbach’s Alpha bagi kajian mempunyai nilai 768. Dengan ini dapat dirumuskan hawasa hasil tersebut mempunyai nilai boleh kepercayaan kerana lebih daripada 0.7. Untuk menentukan jumlah Cronbach’s Alpha yang dapat diterima serta boleh dipercayai jumlah tersebut mestilah melebihi 0.7 (>0.7).
Informan Anting Anak Ngumbang (55 tahun) dari Kpg Mawang Kara turut menyatakan parang ilang dahulunya digunakan untuk “ngayau”. Beliau turut menyatakan bahawa keturunan mereka ada menyimpan parang ilang. Parang ilang telah diwarisi dari turun temurun keluarganya. Ianya telah diwarisi oleh bapanya Ngumbang dan diwarisi oleh bapanya kepada Anting. Menurut bapa Anting parang ilang telah di beri oleh keturunan “bungai nuing” kepada penurun Ngumbang.
Anting juga mengatakan ilang yang dimilikinya digunakan untuk mengubat penyakit “kayap”. Beliau menceritakan sepasang suami isteri datang ke rumahnya untuk mengubat kayap yang dihadapi oleh suaminya iaitu kayap ular. Menurut si suami mengatakan bahawa beliau telah mendapat mimpi yang memberitahu Anting mempunyai ilang yang boleh menyembuhkan kayapnya itu. Selepas dia merawat kayapnya dengan air ilang yang diasah maka kayapnya sembuh. Selepas itu, banyaklah orang yang datang berubat khasnya yang berpenyakit kayap.
Menurut Liang Anak Melada (56 tahun) berasal dari Sg. Tengang menegaskan bahawa parang ilang pada zaman dahulu digunakan untuk ekpedisi “ngayau” atau memenggal kepala musuh. Parang ilang merupakan senjata untuk pertahanan untuk lelaki khasnya kaum Iban. Setiap lelaki harus ada mempunyai parang ilang. Ini menunjukkan mereka bersedia untuk berburu atau melindungi keluarga mereka.
Selain itu, parang ilang juga digubakan untuk merisik pihak perempuan atau “ngambi anak indu”. Difahamkan bapa lelaki akan letakkan parang ilang dekat pinggang atau “nankin duku”. Parang ilang akan dibawa ke rumah perempuan tersebut. Selepas sampai di rumah perempuan tersebut bapa lelaki itu akan megantungkan parang ilang yang di bawanya di tanduk rusa. Keadaan ini menunjukkan pihak lelaki datang ke rumah pihak perempuan.
Di samping itu, parang ilang juga digunakan untuk upacara “gawa” iaitu upacara ritual. Parang ilang akan digunakan oleh ketua atau “lembabang” “muka jalai” . Ia juga digunakan untuk “nyayat jani” atau membelah babi. Upacara ini dilakukan untuk “meda ati jani” atau melihat hati babi bagi melihat tuah golongan lelaki Iban.
Menurut Jamali Anak Rajaw (76 tahun) berasal dari Kpg Batu Kepit, Simunjan menyatakan bahawa parang ilang pada asalnya zaman dahulu digunakan oleh masyarakat Iban untuk memenggal kepala manusia atau “ngayau”. Masyarakat Iban khasnya golongan lelaki harus ada menyimpan parang ilang sebagai langkah persediaan untuk “ngayau” ataupun senjata perlindungan daripada musuh. Ketika zaman peperangan, parang ilang merupakan senjata utama yang digunakan masyarakat Iban untuk berperang. Selain dari membawa parang ilang lelaki Iban yang pergi “ngayau” juga harus ada Terabai untuk menjadi perisai semasa berlawan dengan musuh.
Penyakit “kayap” ini merupakan senjenis penyakit kayap yang boleh membawa maut kalau ianya lewat diubati. Bilah parang ilang akan diasah dan air dari bilah ilang yang diansah itu akan diambil bagi merawat penyakit tersebut.
Pada zaman 50-an parang ilang digunakan untuk aktiviti “ngetas ulit” atau penamatan upacara berkabung. Masyarakat Iban khasnya menggunakan parang ilang untuk “ngetas ulit”. Dalam upacara “ngetas ulit” ada satu upacara yang dilakukan iaitu upacara “nako antu pala”. Upacara itu bermula di kubur si mati dan pengakhirnya di rumah panjang keluarganya. Ketua bagi “nako antu pala” itu akan membawa parang ilang dengannya. “Antu pala” akan dibawa ke rumah panjang dan di sambut oleh golongan wanita. “Antu pala” akan diletak di atas pinggan batu yang disaluti dengan pua kumbu dan “piring”. Parang ilang akan digunakan untuk menguntin rambut bagi yang berkabung. Selepas upacara itu selesai maka tamatlah tempoh berkabung.
Kesimpulan
Reference
Abdullah, M.Z & Senik, M.S. (2007). Senjata warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anon. (2013). Senjata Sarawak. Dicapai daripada
http://informasikraf.blogsport.com/2013/02/senjata-sarawak-tradisional-weapons-of.html
Ayob, Y & Malek, M.R. (1995). Senjata dan alat traditional. Selangor: Prisma SDN BHD.
Boyle, Federick. (1865). Adventures among the Dyaks of Borneo. London. Hurst and Blackett.
Chin, L. (2009). Cultural heritage of Sarawak. Kuching: Sarawak Muzeum.
Ganjing, A. A. (1988). Basic Iban design. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim, W. S. (2005). Identiti Melayu di dalam alam bina. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.