• Tidak ada hasil yang ditemukan

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN BAJAU DI SABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN BAJAU DI SABAH"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KURSUS AT10403

:

PENULISAN

AKADEMIK

UNTUK SAINS SOSIAL

NAMA PENSYARAH

:

PROF. MADYA DR.ROSAZMAN

HUSSIN

TAHUN

:

TAHUN 3 (SEMESTER 2) SESI 2014/

2015

NAMA PELAJAR

BIL

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

1.

FISABELLAH BINTI JOHN

YA 2012 - 2076

TUGASAN INDIVIDU:

(2)

3.0

BAJAU PANTAI BARAT (BAJAU DARAT)

Suku kaum Bajau yang mendiami kawasan pantai barat Sabah bermula dari Kudat sehingga ke kawasan pedalaman Sabah. Bagaimanapun majority suku Samah terdapat di Kota Belud, Tuaran, Likas, Petagas, Putatan, Ketiau, Kinarut, Beringgis, Kawang, Pengalat Besar dan Pengalat Kecil di Papar, Sabah. Pada dasarnya gelaran Samah sinonim dengan gelaran kaum Bajau. Suku ini memasuki Borneo melalui kawasan Kota Belud dan Kudat. Mengikut fakta sejarah, "Bajau" adalah nama kepada salah seorang pahlawan Bugis yang berasal dari Makassar yang membantu Johor menyerang Belanda. Kaum Bajau kemudian telah belayar melalui persisiran pantai Borneo dan membuka perkampungan awal di Kota Belud. Oleh itu, adat istiadat perkahwinan asli Bajau pantai Barat boleh dilihat melalui adat istiadat perkahwinan Bajau Kota Belud yang akan diterangkan di bawah.

3.1 ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN BAJAU KOTA BELUD

Terdapat sedikit bersamaan adat istiadat perkahwinan kaum bajau di sabah dengan adat perkahwinan orang melayu. Hal ini mungkin disebabkan sejarah asal usul bajau yang dipercayai berasal dari johor suatu ketika dahulu. Walaupun (sopher 1965:352) andaikan bajau di sabah berasal dari Riau-Lingga . kaum Bajau sangat teliti dalam melaksanakan upacara adat istiadat perkahwinan. upacara selalunya dilakukan mengikut tuntutan adat dan agama. Oleh itu, adat istiadat perkahwinan Bajau banyak dipengaruhi oleh budaya turun temurun dan agama Islam. Seterusnya, untuk memahami lebih terperinci upacara adat istiadat perkahwinan bajau darat adalah melalui tujuh peringkat dalam upacara adat istiadat perkahwinan bajau darat yang utama iaitu TILAU-TILAU IDAAN/MENDO, SERUAN, NORONG/MALAD, MANDI BADAK, NIKAH, NGENDO’ DAN NGEDEDE. Ketujuh-tujuh peringkat dalam adat istiadat perkahwinan bajau ini akan diulaskan di perenggan seterusnya.

3.1.1 TILAU-TILAU IDAAN/MENDO

(3)

Muluk” untuk memastikan calon isteri/suami sesuai untuk dijodohkan dengan anak mereka. Sekiranya calon menantu sesuai dengan anak mereka, ibu bapa akan segera mengaturkan upacara tilau-tilau idaan (merisik). Saudara terdekat ibu bapa (Ngentan Bisoro) yang akan menjadi wakil semasa proses merisik. Biasanya, sekiranya calon sudah bertunang proses merisik akan segera tamat dan sekiranya belum bertunang upacara merisik akan diteruskan untuk bertanyakan latar belakang calon menantu. Proses ini ialah peringkat awal ke arah perkahwinan(mendo). Selain itu, pihak calon menantu tidak akan terus menerima pinangan tersebut. Selalunya, pihak calon akan meminta masa satu minggu untuk memberikan kata putus antara setuju atau menolak. Hal ini untuk memberikan masa kepada keluarga pihak calon untuk bermuafakat dengan waris dan saudara mara terdekat (anak dinakan). Seterusnya, setelah sampai masa yang dijanjikan, wakil pihak calon akan bertemu dengan wakil peminangan untuk memberikan jawapan. Sekiranya ditolak, wakil pihak calon akan memberikan alasan munasabah agar tidak menyinggung perasaan pihak lelaki dan sekiranya pinangan diterima, wakil kedua-dua pihak akan melanjutkan perbincangan untuk menentukan jumlah berian dan penongot yang ditentukan berdasarkan status calon. Hal ini kerana, nilai berian dan mas kahwin ditentukan oleh latar belakang sosial calon iaitu miskin, orangbiasa atau golongan Datu. Setelah selesai upacara ini, majlis seruan akan diadakan .

3.1.2 SERUAN

(4)

dipersetujui. Peringkat seterusnya akan diadakan iaitu Norong/malad yang akan dinyatakan di perenggan seterusnya .

3.1.3 NORONG/MALAD

Majlis menghantar berian dari pihak lelaki kepada pihak perempuan. Semasa proses ini, wakil kedua-dua pihak akan berbincang untuk menetapkan tarikh perkahwinan. Dalam adat masyarakat bajau terdapat dua jenis norong iaitu norong pertama dihantarkan kepada pihak perempuan tiga bulan atau satu bulan sebelum perkahwinan dan norong kedua sekadar untuk menghantarkan haiwan yang diminta oleh pihak perempuan dan dipersetujui oleh pihak lelaki semasa proses mendo. Pada masa kini, norong lebih dikenali sebagai malad. Ketika norong, tarikh perkawinan ditetapkan dan kedua-dua pihak akan menyampaikan khabar (ngabar) jemputan kepada sanak saudara serta sahabat mereka.

Selalunya, ibu bapa pihak pengantin yang akan menyampaikan khabar kepada saudara mara. Hal ini untuk mengelakkan tercicir atau lupa dikhabarkan. Selain itu, sekiranya ibu bapa pengantin sendiri menjemput sanak saudara, saudara mara lebih gembira dan berbesar hati untuk menghadiri majlis perkahwinan anak mereka. Walaubagaimanapun, pada hari ini masyarakat bajau menyampaikan jemputan melalui kad jemputan tetapi masih menyampaikan (ngabar) jemputan dari ibu bapa pengantin kepada jiran dan orang sekampung . 3.1.4 MADAK ATAU MANDI BADAK

Acara mandi badak atau malam berinai adalah upacara yang dilakukan pengantin sebelum majlis akad nikah dan majlis bersanding. Adat ini dijalankan disebelah malam selepas maghrib oleh kedua-dua pihak pengantin Bajau. Adat ini untuk meraikan bakal pengantin dan tanda restu perkahwinan dari keluarga dan sanak saudara. Mengikut adat turun temurun kaum Bajau, mandi badak dilakukan untuk menaikkan seri wajah pengantin dan sebagai cara untuk menenangkan pengantin semasa upacara akad nikah dijalankan. Mandi badak terbahagi kepada dua iaitu mandi bedak besar (madak oyo) dan mandi bedak kecil (madak diki). Seterusnya, bedak yang digunakan semasa majlis mandi bedak ialah dari tepung beras, minyak wangi dan beberapa jenis bunga.

(5)

dilakukan oleh sekumpulan lelaki dan wanita dalam keadaan duduk dalam bulatan. Seterusnya, selesai berzanji, acara merenjis pengantin akan dilakukan oleh keluarga dan sanak saudara. Bahan yang digunakan dalam upacara merenjis ialah beras kuning, inai, bunga rampai, santan kelapa dan daun pandan. Semasa acara merenjis, pengantin akan diberikan hadiah oleh setiap ahli keluarga yang merenjis. Selalunya, keluarga dan sanak saudara memberikan pengantin bunga telur atau wang hadiah. Selain itu, semasa upacara mandi badak, tetamu yang hadir akan disajikan dengan hidangan yang disediakan oleh pihak pengantin mengikut kemampuan dan citarasa tuan rumah.

Seterusnya, selesai upacara mandi badak, tetamu juga akan dihiburkan dengan acara betitik. Adat betitik adalah irama yang dihasilkan dengan menggunakan alat muzik tradisional Bajau yang dilengkapi dengan set kulintangan yang mempunyai lapan biji, dua gong besar, gong kecil dan dua gandang. Selaluinya irama yang dimainkan semasa acara betiti ialah andu-andu, kedidi, andu bia: kedebak serta sawa . Selain acara betitik, selalunya acara berunsai turut disajikan tuan rumah kepada tetamu yang hadir. Berunsai ialah tarian tradisi bajau yang diselangi kalang-kalang sama iaitu pantun sepanjang malam.

Selain itu, selesai upacara madak, upacara berinai (bepasar) akan dilaksanakan oleh mak andam kepada semua jari pengantin perempuan dan enam jari pengantin lelaki iaitu kanan tiga dan kiri tiga. Pada malam mandi badak, kaum keluarga dan sanak saudara akan sama-sama bergotong royong menyediakan hidangan untuk tetamu keesokan harinya iaitu semasa akad nikah dan bersanding. Oleh itu, perkahwinan dalam masyarakat Bajau mengeratkan hubungan kekeluargaan dan sanak saudara .

3.1.5 MAJLIS NIKAH

(6)

biasanya ditandai dengan beberapa das tembakan di udara. Semua itu dipengaruhi oleh status pengantin lelaki.

Seterusnya, pengantin lelaki akan didudukan di tempat duduk khas iaitu tilam kecil yang dialas tujuh lapisan tipo selisir, sejenis tikar tradisi bajau (peningkoon) dan diapit dua pengapit (pawai). Selain tipo selisir, pelamin bahagian hadapan tradisi Bajau turut dihiasi dengan gubahan menggunakan pelbagai kuih tradisi Bajau seperti Berate, jala, sinsim dan Penjaram (Idang), kain rentang bercorak yang dipasangkan di sekeliling penjuru rumah (sempangan), bantal panjang (bantal beguling), kain bercorak pada bumbung pelamin (lelangit). Seterusnya, pelamin tadisi bajau mempunyai tiga lapis tabir yang perlu dilalui oleh pengantin lelaki untuk bertemu dengan pengantin perempuan.

Untuk melepasi ketiga-tiga tabir tersebut pihak pengantin lelaki perlu megikuti adat. Tabir pertama hanya akan dibuka setelah pengapit (pawai) menghadiahkan sebuah syair kepada pengantin perempuan dan keluarga pihak perempuan. Seterusnya, tabir kedua dan ketiga dibuka selepas membayar cukai (mayad tabir) yang diminta oleh mak andam selepas proses tawar menawar dengan mak andam nilai cukai yang perlu dibayar oleh pihak lelaki. Setelah ketiga-tiga tabir dibuka, pengantin lelaki terlebih dahulu membatalkan wuduk pengantin perempuan dengan memusingkan sapu tangan sebanyak tiga kali di atas kepada pengantin perempuan dan menjatuhkan sapu tangan tersebut di atas tangan pengantin perempuan.

(7)

Setelah bersanding, adat istiadat perkahwinan bajau masih berjalan. Proses ini dipanggil adat ngendo. Adat ini dilakukan untuk menjemput pengantin perempuan ke rumah keluarga pengantin lelaki tiga hari selepas selesai majlis perkahwinan. Proses ngendo biasanya dilakukan oleh ibu bapa pengantin lelaki dan saudara terdekat lelaki. Keluarga pengantin lelaki akan berkunjung ke rumah pengantin perempuan untuk menjemput pengantin dan keluarga pengantin perempuan akan mengiringi perjalanan ke rumah pengantin lelaki. Setelah tiba di rumah keluarga pengantin lelaki, pengantin perempuan tidak terus masuk ke dalam rumah. Pengantin perempuan perlu membasuh kaki untuk menyucikan diri tanda menjadi ahli keluarga pihak lelaki. Setelah selesai menyucikan diri, pengantin perempuan akan dijemput masuk ke dalam rumah dan keluarga perempuan yang mengiringi pengantin akan disajikan dengan hidangan dan dihiburkan dengan acara yang disediakan oleh tuan rumah. Setelah selesai acara, keluarga pengantin perempuan akan meninggalkan pengantin perempuan tinggal bersama keluarga pengantin lelaki beberapa hari. 3.1.7 NGEDEDE

Setelah beberapa hari pengantin di rumah pengantin lelaki, adat ngedede akan dilakukan. Adat ini ialah menghantar semula kedua-dua pengantin ke rumah pihak perempuan. Ketika ngedede, pasangan pengantin akan dibekalkan dengan dua jenis bekal (pebaunan) iaitu yang pertama peralatan dapur (pemanganan) seperti pinggang mangkuk, talam tembaga (dulang), tepak sirih (lapa’), periuk, cawan, gelas, teko dan peralatan dapur yang lain sebagai persediaan kepada pasangan hidup bersama selepas itu. Seterusnya, peralatan tidur (peturian) seperti tilam, selimut, bantal, kelambu, cadar. Bekalan ini adalah hadiah dari keluarga lelaki kepada pengantin. Oleh itu, melalui bekalan tersebut, pasangan pengantin akan membina keluarga.

(8)

4.0 BAJAU PANTAI TIMUR (BAJAU LAUT)

suku kaum ini telah diberikan gelaran sebagai kaum "Badjau" oleh Marco Polo sebagai kaum yang mahir dengan kehidupan laut dan tinggal dalam perahu. Kaum ini kemudiannya telah sampai ke kawasan Pantai Timur Sabah dan mendiami kawasan Semporna, Tawau, Lahad Dato dan Sandakan. Oleh itu, terdapat sedikit perbezaan adat istiadat Bajau pantai Barat dan Bajau Pantai Timur yang akan diulaskan di perenggan seterusnya.

4.1 ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN BAJAU SEMPORNA

Perkahwinan merupakan aspek penting dalam kehidupan Bajau pantai timur . Selalunya, majlis perkahwinan bajau pantai timur disambut dengan meriah untuk meraikan pengantin baru. Selain itu, seperti etnik bajau pantai barat, adat istiadat perkahwinan bajau laut turut dipengaruhi oleh tuntutan adat dan selaras dengan ajaran agama islam. Seterusnya, bajau pantai timur sangat mementingkan hubungan kekerabatan yang mewujudkan perkahwinan bersifat endogami. Perkahwinan ini adalah perkahwinan dengan saudara terdekat yang ditentukan dan dijodohkan oleh ibu bapa. Masyarakat bajau semporna percaya hubungan kekeluargaan atau persaudaraan akan lebih erat dengan perkahwinan antara saudara . Sama seperti adat istiadat perkahwinan bajau pantai barat, adat istiadat perkahwinan bajau pantai timur dimulakan dengan adat merisik, mag pahanda, hantaran dan mas kahwin, nikah, maglami-lami dan tingkuang . 4.1.1 MERISIK

Adat merisik dalam masyarakat bajau semporna adalah untuk mengenal budi pekerti calon menantu. Pada awalnya, sifat perkahwinan endogami adalah sifat perkahwinan kaum bajau semporna. Tetapi pada masa ini, ibu bapa jarang menentukan jodoh untuk anak mereka. Oleh itu, calon menantu selalunya adalah pilihan sendiri pihak lelaki. Selalunya, ibu bapa pihak lelaki akan mengetuai rombongan merisik calon menantu. Oleh itu, sekiranya, ibu bapa pihak lelaki berkenan dan merestui pilihan anak mereka, proses meminang akan dilangsungkan. Semua proses ini dilakukan di rumah pihak perempuan.

(9)

lamaran pihak lelaki. Sekiranya pihak perempuan bersetuju maka proses berunding untuk nilai hantaran akan dijalankan di rumah pihak perempuan. Selalunya, proses berunding akan melibatkan serombongan keluarga pihak lelaki dengan keluarga pihak perempuan. Selain itu, setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan nilai hantaran barulah proses peminangan akan dijalankan.

4.1.2 MAG PAHANDA

Berbeza dengan proses meminang bajau darat, proses peminangan bajau laut dilakukan di rumah datuk atau nenek perempuan. Hal ini kerana, datuk dan nenek perempuan yang akan memberikan kata putus berkenaan peminangan tersebut. Oleh itu, keluarga pihak perempuan akan berkumpul di rumah nenek atau datuk semasa rombongan meminang pihak lelaki datang membawa sebentuk cincin pertunangan. Tetapi belum menjadi milik calon menantu. Barangan tersebut hanya menjadi miliknya setelah perkahwinan sempurna dilaksanakan mengikut tradisi . Setelah pinangan pihak lelaki diterima, tempoh pertunangan akan ditetapkan. Biasanya tempoh pertunangan bajau pantai timur adalah satu sehingga lima bulan. Selain itu, tempoh pertunangan selalunya bergantung kepada persediaan pihak lelaki. Selain itu, setelah bertunang, pihak lelaki akan memberikan hadiah kepada tunangnya mengikut kemampuan .

4.1.3 HANTARAN

Hantaran adalah barang-barang yang di dipersetujui sebelum proses peminangan. Hantaran dalam bahasa tempatan ialah mas kahwin (mahar), barangan lain dan wang hangus. Biasanya, hantaran akan diberikan kepada pihak perempuan seminggu sebelum pernikahan dan bersanding. Jumlah mas kahwin biasanya mengikut kemampuan pihak lelaki atau nilai yang telah dipersetujui kedua-dua pihak. Selalunya, mas kahwin adalah rm80.00 atau lebih. Selain mas kahwin, barangan lain turut diberikan semasa adat ini iaitu, segulung kain putih (basingngan) yang merupakan amalan yang diwarisi turun temurun dalam masyarakat bajau laut.

(10)

kapit kain putih (kakana), kuih penyalam 300 biji, cincin (kabingan buli) dan wang hangus (nilai ditentukan oleh pihak perempuan) .

4.1.4 SAMBULAYANG

Adat ini dilakukan untuk mengkhabarkan kepada masyarakat bajau bahawa ada perkahwinan yang akan berlangsung. Pada awalnya, sambulayang diperkenalkan kepada masyarakat bajau semporna oleh masyarakat bajau yang berasal dari pulau Bum-Bum. Sambulayang adalah panji yang akan dikibarkan di hadapan rumah bakal pengantin untuk memberitahu ada pasangan yang akan berkahwin di rumah tersebut. Selain itu, sambulayang adalah panji besar yang dibuat daripada kain berwarna-warni. Kain yang dicatkan dengan warna-warni adalah lambing kegembiraan. Seterusnya, sambulayang selalunya bermotifkan sotong dan hiasan bunga akan ditambah pada sambulayang untuk mencantikkannya lagi. Oleh itu, apabila sambulayang telah dikibarkan, masyarakat Bajau semporna akan maklum bahawa keluarga tersebut akan mengadakan keramaian. Masyarakat bajau akan datang ke rumah bakal pengantin dan bergotong-royong membantu mempersiapkan majlis perkahwinan tersebut. 4.1.5 NIKAH

Pada malam sebelum nikah, pengantin akan diinaikan dalam upacara berinai. Tujuan berinai untuk menambah seri pengantin dan salah satu adat istiadat dalam perkahwinan Baju serta orang Melayu. Sebelum akad nikah dijalankan, pengantin akan didandan mengikut cita rasa pengantin termasuklah busana yang akan dipakainya semasa bersanding. Golongan muda masyarakat Bajau semporna pada masa kini lebih selesa dengan pakaian pengantin moden iaitu Kot dan gaun perkahwinan. selain itu, pantun adat yang diwarisi turun temurun akan dibacakan sebelum akad nikah. Adat ini sangat sinonim dengan adat istiadat perkahwinan Bajau Semporna. Sesudah pantun adat dibacakan, acara akad nikah akan dijalankan. Setelah selesai akad nikah, pengantin lelaki akan didukung oleh sahabat dan saudara mara lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan. Perarakan pengantin lelaki diiringi pukulan tagunggu. Majlis keramaian (Maglami-lami) biasanya dijalankan pada hari yang sama di sebelah malam yang bermula pada jam 7 malam sehingga 5 pagi.

(11)

Malam maglami-lami (Bersanding) saudara mara pengantin lelaki dan perempuan akan berkumpul untuk memeriahkan majlis. Pengantin perempuan akan duduk di kiri dan pengantin lelaki duduk di kanan pelamin. Selain itu, untuk menghiburkan pengantin, individu tertentu akan dipanggil untuk membacakan syair. Selain syair, majlis ini turut dipenuhi dengan pelbagai hiburan tradisi Bajau semporna antaranya ialah persembahan tarian Igal-igal yang diiringi dengan alunan muzik tradisional seperti Gong, Kulintangan dan Tambal yang merupakan alat muzik turun temurun kaum Bajau pantai Timur .

Seterusnya, tarian Igal-Igal selalunya adalah acara pembukaan majlis maglami-lami. Hiburan yang disajikan kepada tetamu yang hadir. Oleh itu, tetamu turut diajak manari bersama penari untuk menambahkan kemeriahan majlis. Tarian ini boleh ditarikan antara dua orang penari atau sekumpulan penari. Selain itu, tarian Igal-Igal selalunya ditarikan di majlis persandingan sebagai satu pertandingan. Pertandingan tarian Igal-Igal yang memerlukan wakil dari setiap kampung lain sebagai simbol kehadiran orang kampung tersebut ke majlis persandingan tersebut. Wakil-wakil ini selalunya dipanggil pengigal yang disimbolkan sebagai Bog-bog (persaudaraan). Seterusnya, pengigal ini akan diberikan sagu hati berupa wang yang diselitkan di jari penari Igal-igal. Selalunya, jumlah sagu hati tidak ditetapkan dan terpulang kepada penonton yang menentukan jumlah apabila terhibur dengan tarian pengigal.

(12)

esoknya, seorang imam akan dijemput ke rumah pengantin perempuan untuk berjumpa dan memberikan nasihat kepada pasangan pengantin baru. Adat ini akan diteruskan selama tiga hari berturut-turut untuk membantu memberikan ilmu rumah tangga kepada pengantin baru dan membantu pengantin menempuhi hidup baru dengan bahagia. Setelah tiga hari berlalu, imam akan menjalankan adat mandi batin kepada pasangan pengantin tanda telah menyempurnakan adat memberikan ilmu rumah tangga kepada pengantin . Seterusnya, fasa terakhir adat istiadat perkahwinan Bajau Pantai Timur ialah adat Tingkuang. Adat menerima menantu kaum Bajau Semporna.

4.1.7 TINGKUANG

Referensi

Dokumen terkait