• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Perjanjian Sebenar Menurut Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep Perjanjian Sebenar Menurut Islam"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Konsep Perjanjian Sebenar Menurut Islam Mohd Syakir Mohd Rosdi

Felo Akademik

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang

Emel:[email protected] Tel: 0132968643

Tahaluf siyasi adalah satu strategi politik Islam. Terdapat pelbagai istilah konvensional yang dilihat mempunyai sedikit persamaan dengan tahaluf siyasi seperti diplomasi politik, kompromi politik, kerjasama politik, koalisi politik, pakatan politik dan integrasi politik. Namun, adakah tahaluf siyasi yang mempunyai kaitan dengan strategi politik dalam Islam mempunyai persamaan dengan istilah lazim berkenaan?

Contohnya, Ezell, D. dalam kajiannya mengenai Diplomacy and US-Muslim World Relations telah membincangkan mengenai diplomasi antara agama. Ia membawa maksud bahawa diplomasi ini adalah satu strategi berkomunikasi antara dua pihak atau beberapa pihak. Jika, diteliti kajian tersebut, perbincangan berkenaan diplomasi politik mempunyai kaitan mengenai hubungan komunikasi oleh masyarakat umum, tetapi ia tidak sama dengan tahaluf siyasi yang lebih menekankan soal prinsip syariah Islam.

Perbezaan diplomasi dan tahaluf siyasi ini juga adalah berdasarkan pandangan Wang You Bou Ahmed Musa dalam kajiannya ‘Diplomacy Theory And Practice In Islam’ yang mengatakan bahawa diplomasi adalah salah satu daripada kebanyakan praktikal dan topik yang dinamik berkenaan hubungan antarabangsa. Berdasarkan kajian beliau, diplomasi menurut pandangan Barat meliputi tiga aspek iaitu dasar luar negara, rundingan dan cara berunding. Hal ini menunjukkan bahawa diplomasi ini lebih menjurus kepada perjanjian antara negara atau disebut perjanjian internasional. Namun, bolehkah umat Islam menyertai diplomasi itu atas dasar untuk menguatkan negara Islam?

Umat Islam boleh menyertai diplomasi tetapi dengan beberapa matlamat yang ditetapkan. Diplomasi yang dibina adalah harus berdasarkan soal perpaduan umat Islam. Pentingnya ummah ini dilihat menerusi penyebutannya di dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa setiap daripada manusia itu perlu bersatu dan boleh berkompromi dalam melaksanakan sesuatu perkara. Antara prinsip yang digunakan ialah pertama, diukur dari sudut keberkesanan penyampaian mesej Islam pada seluruh manusia. Kedua, merujuk kepada prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dilaksana tanpa menggunakan kekerasan atau paksaan. Inilah dinamakan diplomasi dalam Islam.

(2)

menampakkannya seperti diplomasi Islam, tetapi gunalah Islam sebagai dasar atau teras untuk berdiplomasi walaupun tidak diletakkan Islam sebagai tema atau namanya.

Seterusnya adalah berkaitan kompromi politik. Kompromi politik bermaksud kekuasaan yang dimiliki hasil daripada persetujuan yang dibuat oleh satu pihak dengan pihak yang lain, sama ada dalam bentuk kerjasama di antara parti, pertubuhan ataupun individu. Kerjasama yang dibuat adalah berdasarkan kepada syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan setelah dipersetujui bersama. Di samping tawar-menawar antara kedua belah pihak, timbal balik kepentingan pihak yang terlibat dengan perjanjian juga perlu dijamin daripada sebarang bentuk penipuan dan penindasan.

Menurut hukumnya kompromi politik dibolehkan dalam Islam selagi mana boleh memberikan manfaat kepada umat Islam. Ia berdasarkan pandangan fiqh terhadap perkara muamalat itu sendiri iaitu ‘asal sesuatu perkara itu harus melainkan ada dalil yang mengharamkannya’.

Sekiranya diteliti terhadap maksud berkenaan, kompromi politik dilihat mempunyai konsep yang hampir sama dengan tahaluf siyasi. Perkara ini berdasarkan kaedah berkompromi yang dilakukan yang berdasarkan kepada objektif yang Islami. Antara objektif kompromi politik yang dapat diteliti ialah bertujuan untuk mengembangkan dakwah Islam, membentuk kekuatan umat Islam, menjamin keselamatan umat Islam, membina sikap perikemanusiaan umat Islam dan memperluaskan kekuasaan negara Islam. Hal ini mempamerkan bahawa kompromi politik dilihat hampir tafsirannya dengan tahaluf siyasi dalam Islam.

Namun, adakah kompromi politik ini benar-benar mempunyai persamaan dengan tahaluf siyasi? Sekiranya diteliti kajian-kajian yang konvensional didapati bahawa terdapat kajian-kajian yang sedikit berbeza dengan takrifan maksud dan kaedah di atas. Misalnya menurut Lijphart, A. dalam karyanya ‘Thinking About Democracy: Power Sharing and Majority Rule In Theory and Practice’ yang mengatakan bahawa, kompromi politik itu boleh didefinisikan sebagai ‘demokrasi permuafakatan’. Menurut beliau, teori demokrasi permuafakatan ini diperkenalkan pada tahun 1967 di kongres pertubuhan sarjana-sarjana sains politik sedunia di Brussels. Cyprus, Surinam dan Malaysia adalah antara negara dunia ketiga yang berjaya dalam mengadakan permuafakatan.

Permuafakatan boleh berlaku apabila setiap pihak yang terlibat saling mempersetujui perkara-perkara yang akan disepakati. Setiap pihak perlu mengambil kira kepentingan pihak-pihak lain dan mempunyai sikap toleransi bagi menjayakan lagi pakatan permuafakatan politik. Secara praktikalnya, pakatan boleh berlaku dalam apa jua keadaan sama ada ketika pembentukan kerajaan seperti dalam pilihan raya atau pun sewaktu memperjuangkan sesuatu isu. Namun, permuafakatan ini lebih tertumpu kepada golongan elit atau bangsawan saja.

(3)

Dari permuafakatan politik, lahirnya pula kerjasama politik. Kerjasama politik tidak akan terjadi sekiranya tiada muafakat. Kemuafakatan itu lahir daripada kerjasama antara beberapa parti politik atau beberapa pertubuhan. Sehinggakan ada yang mengutarakan bahawa kerjasama politik itu berkaitan dengan tahaluf siyasi.

Bukan itu saja, malah tahaluf siyasi ini disebut juga sebagai pakatan politik. Ada yang cuba untuk mengetengahkan istilah baru yang hampir sama dengan tahaluf siyasi dengan mengatakan bahawa kerjasama politik dan pakatan politik mempunyai persamaan dengan tahaluf siyasi. Sekiranya sama istilahnya, mengapa tidak digunakan saja istilah tahaluf siyasi ini? Kemungkinan kebanyakan orang berfikir bahawa konteks Malaysia pada hari ini dilihat lebih sesuai digunakan istilah selain tahaluf siyasi walaupun kurang bertepatan.

Bukan itu saja, malah perbincangan mengenai koalisi politik juga dikatakan mempunyai kaitan dengan tahaluf siyasi. Benarkah? Sebenarnya koalisi ini adalah berasal dari perkataan Indonesia. Jadi, tidak hairanlah sekiranya perkataan koalisi ini banyak digunakan di sana. Koalisi politik mempunyai dua kaedah. Pertama, pakatan masyarakat boleh berlaku dalam pengundian sesuatu parti walaupun berbeza ideologi. Kedua, pihak pemerintah juga boleh berpakat dari segi prosedur keupayaan parti pemerintah untuk mengawal dan mempengaruhi agenda perundangan.

Koalisi ini digunakan atas dasar untuk melaksanakan kerjasama antara beberapa parti politik supaya mampu memperoleh suara majoriti di parlimen. Suara majoriti penting supaya dapat membentuk suatu kabinet atau pemerintahan yang digunakan juga dalam tahaluf siyasi ini. Bezanya dengan tahaluf siyasi ialah kaedah pengamalannya lebih menjurus kepada aspek mempertahankan kesucian Islam berbanding koalisi yang lebih bersifat umum. Namun, kedua-duanya adalah strategi kerjasama antara dua parti atau lebih untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kesimpulannya, tahaluf siyasi ini mempunyai ruh tersendiri. Ruh yang dimaksudkan itu adalah ruh Islam. Ruh Islam itu sudah pasti berkaitan dengan keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT. Tahaluf siyasi ini adalah berada dalam pengawasan Allah SWT. Tahaluf siyasi ini juga tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Secara ringkasnya, tahaluf siyasi ini adalah suatu kaedah rundingan kerjasama antara dua belah pihak dalam menghadapi suatu permasalahan atau konflik supaya objektif masing-masing dapat tercapai dan dalam masa yang sama tidak menggadai dan melanggar prinsip syariat Islam.

Referensi

Dokumen terkait