2.2 Pengaruh Teknologi Kepada Keruntuhan Tamadun
Jika sesebuah tamadun menghadapi zaman kegemilangan maka tamadun tersebut juga akan menghadapi zaman keruntuhan.Menurut kajian Muhammad Abdul Jabbar Beg ( Ph.D ) dalam Konsep Tamadun Islam Mengikut Ulama Islam Dan Barat mengenai pandangan Ibn Khaldun tamadun beliau berkata sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kemerosotan sesebuah tamadun merupakan suatu kitaran sejarah.Ini kerana pada zaman permulaan sesebuah tamadun, masyarakat mahupun raja raja tamadun tersebut akan berkerja keras bagi menegakkan kegemilangan tamadun
tersebut.Apabila mereka telah mencapainya, mereka tidak akan menghiraukan dan juga tidak akan mengekalkan kegemilangan tersebut.Malah mereka akan mula menunjuk kekuatan mereka kepada orang lain.Mereka akan mula bersikap leka.Disini lah mereka akan mula menghadapi zaman keruntuhan
Selain itu, . Esa Khalid dan Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004), berkata bahawa ‘Kejatuhan tamadun ialah suatu titik masa yang memperlihatkan bagaimana sesebuah tamadun itu beransur-ansur runtuh.’ (hlm 132) Hal ini
bermakna keruntuhan sesebuah tamadun bukan sahaja disebabkan oleh bencana seperti peperangan.Malah keruntuhan berlaku disebabkan oleh penggunaan teknologi yang berleluasa.Terdapat beberapa bukti yang kukuh yang menunjukkan penggunaan teknologi yang pesat menyebabkan keruntuhan sesebuah tamadun.
2.2.1 Kepentingan Terhadap Agama Mula Berkurangan
kepentingan agama. Akibatnya, hubungan manusia dengan Tuhan semakin merosot manakala amalan agama pula semakin berkurangan.
Terdapat segolongan manusia yang hanya tahu menikmati keselesaan hidup melalui melibatkan diri dalam gejala sosial yang dikatakan sebagai ‘kemudahan teknologi’ tetapi tidak mahu mengamalkan ajaran agama sudah tentulah akan membawa keburukan kepada sesebuah tamadun. Golongan yang kurang atau tidak mengamalkan ajaran agama tentulah akan sentiasa membawa masalah kepada negara dengan melibatkan diri dalam gejala gejala sosial seperti rogol, merompak dan sebagainya. Pada masa yang sama, mereka juga akan sentiasa mempengaruhi orang lain untuk mengabaikan agama.Mereka akan mengajak orang lain bagi mengikuti cara kehidupan yang baik itu. Kesannya, pengamalan ajaran-ajaran agama dalam tamadun tersebut akan berkurangan. Jika masalah ini semakin serius, masalah sosial akan berleluasa dan pastinya kejatuhan tamadun akan berlaku.
2.2.2 Kebergantungan Penuh Terhadap Keupayaan Teknologi
Teknologi menyebabkan masyarakat sesebuah tamadun tidak bersikap terbuka.Oleh itu, tamadun yang mengalami keruntuhan akibat daripada sikap tidak mahu menerima perubahan. Sikap seperti ini membantutkan perkembangan tamadun disamping merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat. Hal ini akan menyebabkan masyarakat berkeadaan beku atau statik berpanjangan.Mereka tidak mahu meminta ataupun berkongsi teknologi dengan tamadun lain.Sebagai contohnya kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami kemerosotan disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya.
2.2.3 Peperangan antara negara
kemajuan teknologi dalam peralatan peperangan ini amat penting bagi sesebuah negara demi keselamatan namun kebarangkalian ia membawa kepada pengorbanan ribuan orang dan keruntuhan sesebuah tamadun.Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada populasi rakyat dalam negaranya. Sebagai contohnya, perang dunia pertama dan kedua telah meragut nyawa ribuan orang. Serangan yang dilakukan ke atas Jepun oleh Amerika Syarikat telah menyebabkan tamadun Jepun mengalami keruntuhan. Jelaslah di sini bahawa alat teknologi peperangan mampu meruntuhkan sesebuah tamadun.
Sifat kebendaan (materialisme), akan menjadi musibah kepada sesebuah tamadun apabila masyarakatnya tenggelam dalam keseronokan, keselesaan hidup dan mementingkan diri sendiri. Kemajuan dalam bidang teknologi membawa kehidupan yang mewah kepada sesebuah negara. Apabila masyarakat telah terbuai dengan kemewahan, kesombongan dan kemalasan ia kemudian membawa kepada keruntuhan amalan baik dan hilangnya perpaduan dan semangat kekitaan. Maka, akhirnya semua ini menyebabkan sesebuah tamadun itu berada di ambang kehancuran. Sebagai contohnya, keruntuhan kerajaan Bani Abbasiah disebabkan oleh kemewahan hidup yang membuatkan pemerintahnya mengabaikan tugas dan tanggungjawabnya terhadap negara.
2.2.4 Budaya Masyarakat Semakin Merosot
dengan perkembangan teknologi, mereka pastinya akan memandang rendah terhadap orang yang masih terikut-ikut akan budaya nenek moyang dan mengkategorikan orang tersebut sebagai golongan yang tidak bertamadun.
Fenomena ini akan membawa banyak kerugian kepada sesebuah tamadun. Hal ini demikian kerana banyak budaya nenek moyang yang mengandungi kebaikan dan mampu memberi faedah dalam kehidupan. Sebagai contoh, sekiranya manusia dalam sesebuah tamadun itu tidak mengamalkan budaya menghormati orang asing, pastinya pedagang-pedagang asing akan menganggap mereka sebagai sombong dan tidak datang berdagang ke sana lagi. Sudah tentulah hal ini akan menjatuhkan sesebuah tamadun akibat kemerosotan ekonomi.