• Tidak ada hasil yang ditemukan

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

123/615

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENDIDIKAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL GRED JAWATAN/GAJI : DS45, DS51/52, DS53/54,

Gred Khas C, Gred Khas B, Gred Khas A,

Gred Khas Turus III,Gred Khas Turus II, Gred Khas Turus I TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2016

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS45

(c) (i) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00);

atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00);

atau

(iii) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00);

atau

(iv) kelayakan Perubatan Veterinar yang berdaftar sebagai Doktor Veterinar di bawah Jadual II Bahagian I, Akta Doktor Veterinar 1974 dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37);

atau

(v) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37).

(2)

124/615

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS51 (d) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DS53 (PROFESOR MADYA)

(e) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: RM6,162.00).

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)

(f) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,190.00).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum gred lantikan boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

TEMPOH PERCUBAAN 4. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

LATIHAN 5. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

6. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

7. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 8. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI

9. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

(3)

125/615

KENAIKAN PANGKAT KE GRED DS52

10. Pensyarah Universiti Gred DS45 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS52 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED DS54

(PROFESOR MADYA)

11. Pensyarah Universiti Gred DS51/52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred DS54 tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS C (PROFESOR)

12. Pensyarah Universiti Gred DS53/54 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas C tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS B (PROFESOR)

13. Pensyarah Universiti Gred Khas C adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas B tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS A (PROFESOR)

14. Pensyarah Universiti Gred Khas B adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas A tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:.

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti; dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

(4)

126/615

KENAIKAN PANGKAT GRED DS45 KE GRED DS54 (PROFESOR MADYA)

DALAM KEADAAN ISTIMEWA

15. Pensyarah Universiti Gred DS45 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred DS54.

KENAIKAN PANGKAT GRED DS45 KE GRED KHAS C (PROFESOR)

DALAM KEADAAN ISTIMEWA

16. Pensyarah Universiti Gred DS45 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas C.

KENAIKAN PANGKAT

GRED DS51/52 KE GRED KHAS C (PROFESOR)

DALAM KEADAAN ISTIMEWA

17. Pensyarah Universiti Gred DS51/52 yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan serta menunjukkan kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas C.

KENAIKAN PANGKAT

GRED KHAS C KE GRED KHAS A (PROFESOR)

DALAM KEADAAN ISTIMEWA

18. Pensyarah Universiti Gred Khas C yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan menunjukkan kecemerlangan akademik luar biasa mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat terus ke Gred Khas A.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS TURUS III (PROFESOR ULUNG)

19. Pensyarah Universiti Gred Khas A adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas Turus III tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang terkemuka mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan;

dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS TURUS II (PROFESOR ULUNG)

20. Pensyarah Universiti Gred Khas Turus III adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas Turus II tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan;

dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

KENAIKAN PANGKAT KE GRED KHAS TURUS I (PROFESOR ULUNG)

21. Pensyarah Universiti Gred Khas Turus II adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Universiti Gred Khas Turus I tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan kesarjanaan yang unggul mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan;

dan

(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

(5)

127/615

KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN KETUA EKSEKUTIF

22. Pensyarah Universiti Gred Khas C dan ke atas adalah layak dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi dalam jawatan Ketua Eksekutif yang kosong apabila telah:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap kecemerlangan akademik yang luar biasa mutunya dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Universiti;

(c) telah terbukti kemampuan dari segi pengalaman dan sumbangan dalam bidang pengajian tinggi; dan

(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pensyarah Universiti yang berkuat kuasa pada 1.9.2010 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2010).

(6)

1

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

1. SKIM PERKHIDMATAN

Pensyarah Universiti Gred DS45, DS51/52, DS53/54, Khas.

2. PERINGKAT ORGANISASI Institusi Pengajian Tinggi Awam.

3. RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 4.1 Fungsi dan bidang tugas umum

4.1.1 Pensyarah Gred DS45

Fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Pensyarah adalah sebanyak 20% untuk sumbangan penyelidikan dan penerbitan, 50% untuk pengajaran dan penyeliaan, 5% untuk sanjungan dan kepimpinan akademik, 5% untuk perundingan, 10% untuk khidmat kepada universiti dan 10% untuk khidmat kepada masyarakat.

Pensyarah Universiti turut mementingkan aktiviti-aktiviti akademik yang utama seperti penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan penyeliaan.

4.1.2 Pensyarah Kanan Gred DS51/52

Agihan fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Pensyarah Kanan

adalah sebanyak 20% untuk sumbangan penyelidikan dan

penerbitan, 50% untuk pengajaran dan penyeliaan, 5% untuk

sanjungan dan kepimpinan akademik, 5% untuk perundingan,

10% untuk khidmat kepada universiti dan 10% untuk khidmat

kepada masyarakat.

(7)

2

Pensyarah Universiti turut mementingkan aktiviti-aktiviti akademik yang utama seperti penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan penyeliaan.

4.1.3 Profesor Madya Gred DS53/54

Agihan fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Profesor Madya adalah sebanyak 35% untuk sumbangan penyelidikan dan penerbitan, 30% untuk pengajaran dan penyeliaan, 10% untuk sanjungan dan kepimpinan akademik, 10% untuk perundingan, 10% untuk khidmat kepada universiti dan 5% untuk khidmat kepada masyarakat.

Pensyarah Universiti turut mementingkan aktiviti-aktiviti akademik yang utama seperti penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan penyeliaan.

4.1.4 Profesor

Agihan fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Profesor adalah sebanyak 40% untuk sumbangan penyelidikan dan penerbitan, 20% untuk pengajaran dan penyeliaan, 20% untuk sanjungan dan kepimpinan akademik, 10% untuk perundingan, 10% untuk khidmat kepada universiti/ masyarakat.

Pensyarah Universiti turut mementingkan aktiviti-aktiviti akademik yang utama seperti penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan penyeliaan.

4.2 Perincian Fungsi dan Bidang Tugas 4.2.1 Penyelidikan dan Penerbitan

a. Bidang tugas ini diperlukan untuk memperluaskan bidang pengetahuan dan juga menyumbang kepada aktiviti pengajaran yang lebih berkesan (lebih terkini, lebih hands-on, dan sebagainya).

4.2.2 Pengajaran dan penyeliaan

a. Bidang tugas ini adalah tugas rasmi/ hakiki staf. Aspek tugas pengajaran diutamakan dan penyeliaan projek tahun akhir/ latihan amali juga dititikberatkan.

4.2.3 Sanjungan dan Kepimpinan Akademik

a. Aspek tugas ini meliputi penglibatan staf untuk meraih

anugerah akademik, penilaian tesis, artikel, jurnal

kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam

(8)

3

persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.

4.2.4 Perundingan

a. seseorang ahli akademik mempunyai aspek tugasan memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakarannya melalui pelantikan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Pada asasnya dua jenis perundingan dikenal pasti iaitu perundingan yang mempunyai ganjaran dan perundingan yang tidak mempunyai ganjaran.

Perbezaan asas antara kedua-duanya ialah ganjaran kewangan yang diperoleh calon (tidak termasuk honorarium, per diem, dan sebagainya) dan sama ada projek ini melibatkan pembayaran kepada universiti atau tidak. Perundingan yang membawa kewangan sangatlah digalakkan dan juga projek-projek yang berbentuk khidmat kepada masyarakat juga digalakkan.

4.2.5 Khidmat kepada Universiti

a. Bidang tugas ini merujuk kepada penglibatan atau pelantikan seseorang ahli akademik dalam semua aktiviti universiti untuk menjayakan wawasan, perancangan dan hala tuju universiti. Terdapat dua jenis penglibatan:- i. berasaskan jawatan pentadbiran (contoh: Dekan/

Pengarah, Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah/

Ketua Jabatan/ Pengerusi/ Penyelaras); atau ii. berasaskan keupayaan dan kepakaran individu.

4.2.6 Khidmat kepada Masyarakat

a. Bidang tugas ini merujuk kepada penglibatan seseorang ahli akademik kepada masyarakat di luar universiti khususnya dalam bidang/ aktiviti bukan akademik.

5. HUBUNGAN KERJA Dalaman

a. Pengurusan tertinggi universiti.

b. Dekan.

c. Pelajar.

(9)

4

Luaran

a. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

b. Jabatan-jabatan kerajaan.

c. Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

d. Institusi penyelidikan dalam dan luar negara.

e. Sektor swasta dan industri.

6. PERSEKITARAN KERJA a. Dalam dan luar pejabat.

b. Fakulti/ pusat akademik.

c. Institusi pendidikan dan penyelidikan di dalam dan luar negara.

7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN) a. Berkelulusan sarjana/ doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan

yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

b. Berkebolehan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

c. Berpengetahuan luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

d. Berkebolehan untuk menulis artikel, jurnal, bahan penerbitan dan sebagainya.

e. Berkemahiran dalam pelbagai perisian komputer berkaitan dengan penyelidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran.

f. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis.

g. Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.

h. Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah- hujah dengan baik.

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

a. Integriti.

(10)

5

b. Bertanggungjawab.

c. Profesionalisme.

d. Intelek.

e. Kualiti.

f. Disiplin.

g. Menepati masa.

h. Semangat berpasukan.

9. ANCAMAN/ BAHAYA

a. Percanggahan kepentingan.

b. Percanggahan pendapat.

c. Penglibatan dengan aktiviti luar pejabat.

d. Kes-kes pemalsuan kelayakan akademik dan maklumat penyelidikan.

e. Kes-kes disiplin.

f. Boleh diambil tindakan undang-undang.

Sumber : Surat daripada Kementerian Pengajian Tinggi Ruj. KPT.S.500-8/15 Jilid 4(37) bertarikh 19 September 2012.

Referensi

Dokumen terkait

Persoalan utama yang ingin diselesaikan dalam kajian ini ialah apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Kajian ini bertujuan menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Bendahari Universiti Utara Malaysia (UUM).. Seramai

Jika dilihat masa dan waktu latihan yang dijalankan oleh atlet adalahlah di luar masa pejabat dan ada latihan yang dijalankan di luar kawasan universiti, namun perkhidmatan

4.3 Status Persepsi Pensyarah IPTS Bertaraf Universiti Terhadap Pembolehubah Tidak Bersandar: Dimensi Ciri-Ciri Ke rja, Dimensi Sikap dan Amalan Pengurusan, Dimensi Nilai Kerja

Selain itu, pihak universiti dan Kementerian sewajarnya membuka ruang bagi pensyarah yang mengajar kursus keusahawanan melibatkan diri secara langsung dalam

2.3.1.4.1 Bagi perolehan bekalan atau perkhidmatan bukan bermasa yang bernilai melebihi RM500,000, Universiti/PTJ hendaklah mengeluarkan SST dan disusuli dengan

Kajian ini mencadangkan perkhidmatan sukan di universiti boleh disesuaikan dengan keperluan semasa seperti kecekapan staf dalam urusan tadbir organisasi, berpengetahuan dalam bidang

Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor yang boleh memberikan kepuasan kerja kepada golongan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah UMS khususnya dalam dua faktor iaitu