• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN TARIKH 23 MEI 2015 TEMPAT VROX SPORT CENTER BANGI. SELANGOR.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN TARIKH 23 MEI 2015 TEMPAT VROX SPORT CENTER BANGI. SELANGOR."

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

TARIKH 23 MEI 2015

TEMPAT

VROX SPORT CENTER BANGI. SELANGOR.

ANJURAN

EXCO KESUKANAN DAN KECERIAAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (PERTAMA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

(2)

1 KERTAS KERJA

PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan daripada pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA) bagi mengadakan Pertandingan Futsal FTSM Piala Dekan untuk semua pelajar FTSM dalam melahirkan mahasiswa/i yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah memupuk perpaduan dan pembangunan negara disamping menimba ilmu dalam bidang teknologi maklumat.

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

2.1 - Pengenalan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat atau ringkasnya (PERTAMA) mula ditubuhkan pada tahun 2008. Kami juga merupakan antara badan kepimpinan pelajar tertinggi dalam Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM. PERTAMA pada sesi kali ini merancang untuk mengadakan beberapa projek yang bermanfaat bukan sahaja berkaitan ilmu dalam bidang teknologi maklumat malahan ilmu diluar bidang juga ingin dititik beratkan. Pelajar dapat meningkatkan kecerdasan minda dan daya kreativiti mereka dalam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. Ianya juga untuk menuju ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas dalam diri mahasiswa/i untuk diimplimentasikan dalam kehidupan seharian mereka.

(3)

2 2.2 - Sejarah /Rekod

Program ini adalah program yang julung kali diadakan di FTSM dan pada kali ini kami mengadakan program ini mengikut saranan kerajaan menerusi dasar 1 Pelajar 1 Sukan yang mana mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah mahupun peringkat universiti. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, ianya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

2.3 – Idea

Idea untuk menjalankan program ini lahir hasil daripada pemerhatian PERTAMA dalam kalangan mahasiswa/i tentang kepentingan aktiviti bersukan selain menerapkan ilmu teknologi dan sains maklumat di dalam aktiviti tersebut. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara yang berstatus negara maju menjelang tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap aktiviti kesukanan dalam kehidupan seharian adalah sangat penting. Menurut Dato Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlet-atlet yang berbakat jika tidak digilap dan dilatih dari usia yang muda. Justeru itu, pihak PERTAMA mengambil langkah inisiatif untuk mencari dan mengasah bakat yang terpendam di dalam diri setiap mahasiswa/i FTSM. Disamping mahasiswa/i semakin mahir dalam bidang teknologi, mereka juga boleh berkecimpung dalam bidang sukan untuk membina tubuh badan dan minda yang cergas dan cerdas.

(4)

3

3.0 MISI

Pertandingan ini disasarkan kepada semua warga mahasiswa/i ukm agar dapat menjalinkan sebuah ukhuwah yang baik dan dapat mengurangkan jurang diantara mahasiswa/i ukm.

4.0 MATLAMAT

Selain daripada mahasiswa/i cakna akan perkembangan dunia teknologi sains maklumat yang serba canggih dan moden, ia juga dapat melahirkan mahasiswa/i yang berketrampilan, berdisiplin, bersatu padu, sihat, cergas, bersemangat jati diri, professional dan berkualiti selaras dengan hasrat kerajaan iaitu melahirkan modal insan kelas pertama dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalam bidang sosial dan ilmu pengetahuan sekaligus, dapat menyumbang kearah gaya hidup yang progresif dikalangan mahasiswa/i dalam kehidupan seharian.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Melahirkan mahasiswa/i ukm yang dapat memenuhi aspirasi kebangsaan dengan memupuk sikap berdaya saing secara sihat dan bercita-cita tinggi dalam mencapai sesuatu matlamat.

5.2 Mencungkil bakat-bakat sukan yang ada di dalam diri mahasiswa/i yang boleh diketengahkan untuk mewakili universiti dan mengharumkan nama fakulti.

5.3 Melahirkan modal insan yang dapat menonjolkan diri dengan keterlibatan dalam program anjuran pihak fakulti dan universiti.

5.4 Membentuk generasi baru yang seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi, jasmani dan mental sebagai belia pelapis kepimpinan negara di masa hadapan.

(5)

4 5.5 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i ukm mengenai penggunaan

teknologi dalam bidang kesukanan.

5.6 Menjalinkan integrasi antara kaum dan ukhuwah yang baik dalam kalangan mahasiswa/i FTSM.

6.0 TEMA

“FTSM FUTSAL YOUTH CHALLENGE”

7.0 ANJURAN

Exco Kesukanan dan Keceriaan

Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA) Sesi 2014/2015

Universiti Kebangsaan Malaysia

8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : 23 Mei 2015 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah :  Vrox Sport Center Bangi. Selangor.

(6)

5

10.0 INOVASI PROGRAM

Dengan penganjuran pertandingan futsal ini, kita dapat melihat hasil daripada keberhasilan utama yang kedua iaitu Penyelidikan dan Inovasi Berimpak Tinggi. Program ini dapat menghasilkan dan mencetuskan sesuatu idea yang baru dimana kita mengimplimentasikan teknologi dalam sukan. Teknologi dalam sukan merupakan satu pautan atau perkara yang penting dalam meningkatkan lagi perkembangan dalam bidang sukan. Sebagai contoh, teknologi seperti gelanggang sintetik dalam permainan futsal, bola tampar dan bola keranjang. Dengan adanya teknologi sebegini, kita dapat meningkatkan mutu permainan dan pada masa yang sama, kita juga dapat meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang teknologi maklumat yang dapat menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial melalui ekosistem yang dapat memupuk penemuan intelek, inovasi, penyebaran dan penggunaan ilmu.

Bukan itu sahaja, kita juga dapat lihat mahasiswa/i ukm melibatkan diri dalam aktiviti riadah dan bersukan. Penglibatan mahasiswa/i FTSM dalam pertandingan ini boleh menjadi sesuatu kelainan. Kita dapat lihat bahawa mereka bukan sahaja mengaktifkan diri dalam bidang perkomputeran malahan juga terlibat dalam aktiviti bersukan. Seterusnya, pengaplikasian penggunaan teknologi dalam pertandingan futsal ini juga membantu mahasiswa/i mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Dimana penggunaan aplikasi daripada Gedung ‘Google Play’ digunapakai dalam pertandingan ini. Dengan ini, kita dapat menjadikan mahasiswa/i FTSM sentiasa cakna dengan perubahan dan pembangunan teknologi semasa.

Selain itu juga, kita dapat meningkatkan lagi daya pemikiran kritis mahasiswa/i untuk memikirkan strategi yang berkesan untuk menjaringkan gol. Tambahan pula, kita juga dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama sesama ahli pasukan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan disamping dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan mahasiswa/i sebagai warga ukm.

(7)

6 Konklusinya kita dapat lihat bahawa pertandingan ini tidak hanya berasaskan pertandingan semata-mata. Walaupun ianya berbentuk pertandingan, namun bukan piala atau pingat yang ingin dijulang semata-mata. Tetapi maksud yang tersirat disebalik pertandingan itu yang ingin disingkap.

11.0 PUBLISITI

Program ini akan diuar-uarkan secara meluas di sekitar kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bahan hebahan yang digunakan adalah media cetak seperti :

 Banner  Banting  Poster

 Hebahan menerusi media elektronik seperti papan digital UKM  Rangkaian laman sosial Facebook dan Twitter.

12.0 CADANGAN PERASMI

i. Perasmian Penutup:

Ybhg. Prof. Dr.Abdullah Mohd Zin, Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

13.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

1) Sasaran peserta

 Mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tahun satu, dua dan tiga.

(8)

7  Seluruh warga mahasiswa/i UKM.

2) Sasaran urusetia

 Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA).

 Mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tahun satu dan dua. 14.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 15.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 16.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C 17.0 PERINCIAN PROGRAM Rujuk Lampiran D

(9)

8

18.0 PERINCIAN KESELAMATAN PROGRAM

Rujuk Lampiran E

19.0 KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM

Rujuk Lampiran F

20.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi:

Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (PERTAMA) Pejabat Dekan

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Saudari Nur Zafirah Binti Mohd Husin 014-8142489)

Tel : 03 – 8921 6141

(10)

9

21.0 SYOR / PENUTUP

Program ini amat bermanfaat kepada mahasiswa/i kerana ia bukan sahaja memberi maklumat dan pengetahuan kepada mahsiswa/i, malahan juga dapat melahirkan mahasiswa/i yang serba boleh dan produktif. Justeru itu, pihak kami amat berharap kertas kerja ini akan mendapat kelulusan daripada pihak tuan. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar mendapat bantuan kewangan daripada pihak tuan untuk menjayakan program ini agar berjalan lebih lancar seperti yang diharapkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

(11)
(12)

11 LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”

Penaung

Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali Naib Canselor, UKM.

Pengerusi

Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM

Penyelaras

Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan

Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni, UKM

Penasihat Utama

Prof. Madya Dr. Mohd Juzaiddin Abd Aziz Timbalan Dekan (Prasiswazah) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM

(13)

12 Pemantau

Mohamad Hazim bin Mat Noh Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat / 2

(A147074) 012 – 930 0538

Ketua Pengarah Nur Zafirah Binti Mohd Husin Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2

(A146297) 014-8142489

Timbalan Ketua Pengarah Sakinah Binti Hamzah

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2 (A146311)

014-2278835

Setiausaha Nurul Suhana Binti Azmi

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2 (A146676)

017 – 342 8543

Bendahari Izyani Binti Ismail

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2 (A146344)

(14)

13

Pengarah Program : Nur Hedayah Nasheema Binti Hussin

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2 (A146243)

Pengarah Pemasaran : Muhammad Iqbal bin Abu Latiffi

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2 (A146358)

Pengarah Logistik : Muhamad Azri bin Othman

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2 (A146204)

Pengarah Publisiti dan Media 1 : Mohd Amir bin Mohd Mazuki

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2 (A146357)

Pengarah Protokol : Nur Fazlin binti Zaitong

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2 (A146788)

Pengarah Cenderamata : Umi Amira Binti Shariffudin

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/2 (A151060)

(15)

14 LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM

TARIKH DAN MASA PERKARA TEMPAT

23 MEI 2015 (SABTU) 8.00 pagi 9.00 pagi – 1 tengahari 1.00 tengahari – 2.30 petang 2.30 petang – 5.00 petang 5.00 petang – 6.00 petang 6.00 petang

Pendaftaran pasukan dan pemberian makanan.

Perlawanan futsal antara kumpulan.

Berehat dan Solat Zuhur

Perlawanan separuh dan perlawanan akhir futsal

Penyampaian hadiah dan perasmian penutup

Bersurai

Vrox Sport Center Bangi, Selangor

(16)

15 LAMPIRAN C BELANJAWAN ANGGARAN PENDAPATAN Bil. Perkara RM 1. Sumbangan - Sumbangan Luar - Persatuan Mahasiswa FTSM - Persatuan Mahasiswa UKM - Yuran

RM 2000.00 RM 250.00 RM 500.00 RM 1540.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 4290.00

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA RM

1 Sijil dan Cenderamata

- Sijil AJK dan Pemenang (RM 2.00 X 100 orang ) - Cenderamata penghargaan

 Pengadil (RM 50.00 X 4 Unit)  Perasmi (RM 50.00 X 1 Unit)  Penaja

- Hadiah (Wang Ringgit + Medal)

 Tempat pertama (RM 200 X 2 Unit)  Tempat Kedua (RM 150 X 2 Unit)  Tempat Ketiga (RM 100 X 2 Unit)  Saguhati (RM 30 X 4 Unit) RM 200.00 RM 200.00 RM 50.00 RM 300.00 RM 400.00 RM 300.00 RM 200.00 RM 120.00

(17)

16 2 3 4 5 Publisiti - Banner (RM 80.00 X 1 Unit) - Bunting (RM 30.00 X 5 Unit) - Poster (RM 2.00 X 10 Unit) Peralatan

- Baju urusetia (RM 20 X 25 helai) - Tag nama urusetia dan lanyard (RM 1.50 X 25 kpg)

Jamuan AJK & Peserta

- Sarapan Pagi (RM 2.00 X 100 Orang) - Tengahari (RM 5.00 X 100 Orang) Tempat - Gelanggang RM 80.00 RM 150.00 RM 20.00 RM 500.00 RM 37.50 RM 200.00 RM 500.00 RM 1000.00

(18)

17 LAMPIRAN D

PERINCIAN PROGRAM

“PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (PERTAMA)

D.1 Modus Operandi

Kejohanan ini dilaksanakan secara perlawanan antara pasukan. Setiap pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga. Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak untuk berentap pada pusingan separuh akhir. Bagi pusingan separuh akhir, hingga akhir, pertandingan akan dijalankan secara “kalah mati”. Format pertandingan adalah seperti yang dilampirkan di Lampiran D. Dalam pusingan separuh akhir pula, setiap pasukan akan mencabut undi bagi menentukan lawan masing-masing ( Johan bertemu naib johan yang berbeza).

D.2 Masa Pertandingan

D.2.1 Masa bagi perlawanan futsal (L) adalah seperti berikut:

 Separuh masa pertama :10 minit  Masa berehat : 3 minit

 Separuh masa kedua : 10 minit

D.2.2 Masa bagi perlawanan futsal (W) adalah seperti berikut:

 Separuh masa pertama : 7 minit  Masa berehat : 3 minit

(19)

18

D.2.3 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di dalam padang lima (5) minit

sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan jika sesuatu pasukan gagal berada dalam padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan tanpa mengemukakan alasan yang munasabah.

D.3 Peralatan Permainan

D.3.1 Pakaian sukan yang bersesuaian dengan aktiviti sukan futsal adalah baju, seluar,

stoking, shin guard dan kasut. Pemakaian kasut adalah wajib.

D.3.2 Pihak Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan jenis bola ‘standard’ yang

diiktiraf oleh pihak FIFA / FAM.

D.4 Pengadilan

Pihak jawatankuasa penganjur akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah di sepanjang pertandingan diadakan.

D.5 Pemberian Mata dan Penentuan Kemenangan

Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut: a) Menang – 3 mata

b) Seri – 1 mata c) Kalah – 0 mata

Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan menjadi johan kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua terbanyak akan menjadi naib johan kumpulan. Jika dua atau lebih pasukan terikat seri maka perbezaan gol akan digunakan untuk memutuskan kedudukan.

(20)

19

(21)

20 LAMPIRAN E

PERINCIAN LANGKAH KESELAMATAN “PERTANDINGAN FUTSAL FTSM PIALA DEKAN”

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT (PERTAMA)

E.1 Langkah – langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan aktiviti berjalan

dengan lancar sepanjang tempoh pertandingan berlangsung. a) Pemilihan Gelanggang

 Sebelum aktiviti pertandingan dilaksanakan, urusetia akan memastikan pemilihan gelanggang adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang bencana dan kecelakaan kepada peserta.

b) Kawalan Risiko

 Urusetia akan memastikan keadaan gelanggang yang dipilih adalah tempat yang selamat untuk acara pertandingan. Perkara ini termasuklah dari segi persekitaran di sekeliling gelanggang.

c) Prosedur Kecemasan

 Urusetia juga akan menyediakan peralatan pertolongan cemas seperti “First Aid Kit” untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau kecelakaan semasa bermaian.

d) Sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

(22)

21 LAMPIRAN F

PUSAT PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN PERHUBUNGAN ALUMNI

KEPERLUAN PERKHIDMATAN / KEMUDAHAN PROGRAM

A. PERALATAN MAJLIS

Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti

1. Kerusi untuk Pentas (Sofa Single) 3 9. Papan Pameran 3’ x6’ x 6’

2. Kerusi Tetamu Khas (Banquet) 3 10. Booth 10’ x 10’

3. Kerusi Plastik 150 11. Meja Jamuan 3’ x 3’

4. Pentas (Platform) 4’ x 8’ x 6’ 1 12. Meja Bulat untuk Jamuan 2

5. Kanopi 20’ x 20’ 4 13 Meja Peperiksaan

6. Kanopi 15’ x 15’ 14. Meja Pameran

7. Papan Pameran 4’ x 4’ x 6’ 15. Meja Kopi

8. Papan Pameran 4’ x 6’ x 6’

B. KEPERLUAN ELEKTRIK

Bil. Perkara Kuantiti Bil. Perkara Kuantiti

1. Set Sistem Siaraya 1 5. Kipas Siling Khemah 4

2. Mikrofon 2 6. Lampu Khemah

3. DVD Player 7. Soket Kuasa di Khemah 2

Referensi

Dokumen terkait