• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN PELAKSANAAN PENGAPLIKASIAN TEORI. docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "LAPORAN PELAKSANAAN PENGAPLIKASIAN TEORI. docx"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN PELAKSANAAN PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

(PERINGKAT PENCEGAHAN) 1.0 Pengenalan

Teori pembelajaran konstruktivisme merupakan teori yang telah dipelopori oleh Lev Vygotsky. Menurut Firmina Angela Nai (2017), teori pembelajaran konstruktivisme merupakan salah satu kaedah di mana murid bertindak membina atau membangunkan pemikiran dan ilmu pengetahuan sendiri tanpa bantuan daripada guru. Dalam erti kata lain, dalam menyelesaikan sesuatu masalah, murid sendiri yang akan memikirkan penyelesaiannya dan guru pula hanya berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara kepada murid sahaja.

Menurut Lev Vygotsky dalam Amir awang (1986), menyatakan bahawa teori ini menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang aktif di mana pelajar membina konsep baharu atau pengetahuan baharu berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Dalam erti kata lain, dalam mengatasi sesuatu perkara, ia adalah berdasarkan kepada usaha individu itu sendiri dengan berdasarkan kepada pengalaman yang dimilikinya dan bukannya berdasarkan kepada pengalaman orang lain.

Umumnya, Vygotsky dalam Wong Kiet Wah et. Al (2013) juga, menyatakan konsep zon perkembangan proksimal (ZPP) dan “scaffolding” dalam teori ini. Zon perkembangan proksimal ialah satu kaedah di mana meskipun guru berperanan untuk membantu murid dalam memikirkan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan, namun guru hanya berperanan sebagai pemudah cara kepada murid sahaja. Sebaik murid tersebut tahu dan dapat memikirkan penyelesaian kepada sesuatu isu, maka peranan guru sebagai pembimbing sudah tidak diperlukan lagi. Dalam erti kata lain, peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.

(2)

diketahui akan bakal berlaku ke atas murid / klien. Jesteru itu, jika dikaitkan dengan kajian yang akan saya jalankan, pengaplikasian teori pembelajaran dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) adalah bagi mengelak murid daripada melakukan sesuatu isu yang dijangkakan akan berlaku. 2.0 Objektif kajian

Antara objektif kajian terhadap pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) yang telah saya laksanakan ialah :

i. Melihat sejauh mana keberkesanan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) yang dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling.

ii. Melihat sejauh mana murid dan klien dapat membina pengetahuan dan pengalaman sendiri dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu isu yang bakal timbul melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) dengan bersandarkan kepada teori pembelajaran konstruktivisme.

iii. Dengan mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang dijalankan (peringkat pencegahan), ia memberi peluang kepada klien untuk membuat pengetahuan baru melalui pengalaman langsung bagi menyelesaikan permasalahan yang bakal dihadapi.

3.0 Kaedah kajian

Kajian mengenai pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) telah saya jalankan ke atas 3 jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) bersama dengan murid / klien sepanjang menjalani tempoh praktikum di sekolah antaranya ialah dalam perkhidmatan kaunseling kelompok, perkhidmatan bimbingan dalam kelas semasa memasuki kelas relief dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semasa menguruskan kokurikulum pembimbing rakan sebaya sekolah (PRS) dan dalam program “I’m Super Muslim”.

Jesteru itu, semasa menjalankan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah saya gunakan. Antaranya ialah :

3.1 Kaedah pemerhatian

(3)

murid melalui pergerakan fizikal (bahasa badan) yang ditunjukkan semasa dalam sesi di peringkat pencegahan terhadap isu yang dibincangkan.

3.2 Kaedah rujukan

Kaedah rujukan pula, ialah satu kaedah yang telah saya gunakan bagi menjalankan sesi bersama murid / klien dengan cara membuat rujukan online untuk melihat hasil kajian daripada orang yang terdahulu dan membanding beza hasil kajian tersebut dengan hasil kajian yang telah saya jalankan. Selain itu, saya juga telah gunakan kaedah rujukan bagi menimba dan mendalami pengetahuan mengenai teori pembelajaran konstruktivisme dengan lebih mendalam sebelum mengaplikasikannya ke atas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang saya akan jalankan bersama dengan murid / klien.

3.3 Kaedah soal jawab

Kaedah soal jawab pula merupakan satu kaedah yang turut serta saya aplikasikan semasa menjalankan kajian dengan cara bertanya kepada murid / klien akan ideanya (selaras dengan konsep teori konstruktivisme di mana murid / klien membina dan mencari pengetahuan sendiri) dalam mencegah sesuatu masalah yang dijangka akan berlaku ke atas dirinya. Contoh jenis soalan yang diajukan ialah bagaimana? Dengan cara yang bagaimana? Kenapa?

4.0 Isu dan aplikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan)

Isu dalam kajian yang saya jalankan ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) yang telah saya jalankan iaitu:

4.1 Pengaplikasian teori pembelajaran dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) bagi bimbingan kelas semasa memasuki kelas ganti (relief)

(4)

di bawah perkhidmatan bimbingan kelas dengan turut serta pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme.

Bagaimana teori pembelajaran konstruktivisme diaplikasikan ?

Teori ini diaplikasikan dengan cara guru memberikan penerangan mengenai isu utama yang ingin dicegah iaitu isu malas datang ke sekolah (dari aspek bagaimana isu tersebut? Apa punca isu tersebut?). Selaras konsep perkembangan zon proksimal Lev Vygotsky, murid dibahagikan kepada 5 orang dalam 1 kumpulan. Dalam kumpulan tersebut, murid diminta untuk berbincang mengenai kebaikan dan keburukan malas datang ke sekolah sesama mereka terlebih dahulu. Seterusnya, mereka akan membincangkan langkah-langkah bagi mengatasi isu yang dijangkakan akan berlaku tersebut. Di sepanjang perbincangan murid bersama ahli kumpulan, guru hanya berperanan sebagai fasilitator sahaja. Setelah itu, murid diminta untuk membuat perkongsian mengenai hasil perbincangan di dalam bilik darjah (walaupun murid-murid dalam kelas tersebut bukanlah golongan yang selalu tidak datang ke sekolah namun ia serba sedikit berupaya memberi kesedaran kepada mana-mana murid dalam kelas tersebut yang dijangka bakal melakukan salah laku malas datang ke sekolah). 4.2 Pengaplikasian teori pembelajaran dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling (peringkat pencegahan) semasa mengendalikan program kokurikulum pembimbing rakan sebaya sekolah (PRS) dan program “i’m Super Muslim” (anjuran guru praktikum)

Bagi pengaplikasian teori konstruktivisme dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) semasa mengelolakan program PRS dan program “I’m Super Muslim” ini, ia telah dilakukan semasa saya menjalankan slot tanggani isu buli yang dijangka oleh pihak sekolah akan berlaku dalam kalangan murid. Walaupun dalam program PRS dan program “I’m Super Muslim” yang dijalankan tersebut bukanlah golongan murid yang mempunyai masalah disiplin namun, sebagai langkah pencegahan, pendedahan mengenai isu buli diberikan melalui kaedah pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme.

Bagaimana teori pembelajaran konstruktivisme diaplikasikan

(5)

implikasi mengenai isu tersebut ke atas mangsa dan si pelaku. Seterusnya, mereka diminta untuk memikirkan mengapa isu dalam paparan video itu berlaku. Kemudian, guru menyoal dan meminta murid untuk membincangkan bagaimana hendak mengatasi isu tersebut jika ia berlaku dalam kalangan warga sekolah. Tindakan ini sejajar dengan prinsip zon perkembangan proksimal dan scaffolding Lev Vygotsky. (Semasa dalam pelaksanaan slot buli, semuanya berpusatkan kepada murid, guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing kepada hasil pengetahuan yang dicipta oleh murid). 4.3 Pengaplikasian teori pembelajaran dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling (peringkat pencegahan) dalam kaunseling kelompok

Isu yang dibincangkan dalam kaunseling kelompok ialah mengenai isu malas belajar. Murid-murid ini bukanlah malas belajar tetapi dijangkakan sebagai malas melalui sifat jarang menghantar buku latihan guru. Dalam perkara ini, saya telah menggunakan kaedah scaffolding dalam teori pembelajaran di mana pada peringkat awal saya selaku kaunselor membimbing murid terlebih dahulu untuk menghapuskan sikap tersebut. Sebagai contohnya, saya bertanya kepada murid terlebih dahulu mengenai sebab musebab tidak mahu menghantar buku latihan. Selepas itu, murid dalam sesi kaunseling kelompok diminta untuk memikirkan akan kebaikan dan keburukan tindakan tersebut. Seterusnya, mereka diminta untuk memikirkan perkara rasional yang sepatutnya mereka laksanakan bagi mengelak daripada tidak menghantar buku latihan sekolah. Dalam sesi, klien tersebut sendiri yang memikirkan perbincangan isu yang dibawa.

5.0 Dapatan kajian 5.1 Kekuatan

(6)

5.2 Kelemahan

Pembinaan pengetahuan sendiri bagi pencegahan isu yang dijangka akan berlaku dilihat tidak sesuai bagi murid sekolah rendah. Hal ini kerana mereka masih mentah dan belum mempunyai pengalaman (skema) yang banyak mengenai sesuatu isu yang bakal berlaku dalam kalangan mereka tersebut. Selain itu, didapati juga bahawa situasi dan keadaan persekitaran boleh mempengaruhi pemikiran murid. Jesteru itu, dalam pengaplikasian teori ke atas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (peringkat pencegahan) di sekolah khususnya bimbingan kelas dilihat sebagai satu aspek yang tidak sesuai. Persekitaran bilik darjah yang kurang memberangsangkan keselesaan murid menyebabkan mereka tidak meampu untuk berfikir sendiri secara kristis. Di samping itu, telah dikenal pasti juga bahawa untuk menjana sesuatu pemikiran atau pengetahuan yang baharu ke atas murid, ia tidak semudah yang dijangkakan. Murid memerlukan masa yang lama untuk berfikir dan bukannya boleh mendapatkan pengetahuan dan pemikiran melalui usaha sendiri dalam jangka masa yang singkat.

5.3 Cadangan penambahbaikan

Sebagai langkah penambahbaikan kepada kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti, guru seharusnya menyediakan persekitaran yang kondusif terlebih dahulu kepada murid agar ia mampu untuk membantu dan mendorong murid untuk berfikir dengan lebih kritis dan rasional. Selain itu, murid juga perlu diberi peruntukan masa yang mencukupi untuk berfikir. Sebagai contohnya, dalam bimbingan kelas ia hanya diberi masa maksimum sebanyak 30 minit setiap kali guru memasuki kelas ganti (relief). Saya melihat, peruntukan masa ini kurang mencukupi bagi pelaksanaan kajian yang ingin saya laksanakan. Jesteru itu, kajian ini seharusnya dilaksanakan ketika ingin menjalankan kelas bimbingan yang diberi peruntukan masa sebanyak 1 jam.

6.0 Kesimpulan

(7)

Referensi

Dokumen terkait