• Tidak ada hasil yang ditemukan

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN KEBERKESANAN PE (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CADANGAN KAJIAN TINDAKAN KEBERKESANAN PE (1)"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN AUDIO - VISUAL (VIDEO) SEBAGAI BAHAN BANTU BELAJAR TERHADAP PENINGKATAN PEMIKIRAN ARAS TINGGI

MURID DALAM MATAPELAJARAN SAINS TAHUN 5

EMLLY UDING GAU

(2)

KANDUNGAN

ABSTRAK 1.0 PENDAHULUAN

1.1 Refleksi Pengalaman Yang Lalu / Refleksi sorotan Literatur

2.0 FOKUS KAJIAN 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian

 Jadual Pelaksanaan

 Kos Kajian

(3)

ABSTRAK

Kajian yang berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan audio visual iaitu video pembelajaran sebagai bahan bantu belajar bagi meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid Tahun 5 dalam matapelajaran Sains . Kajian ini akan melibatkan seramai 10 orang murid dari kumpulan A di Sekolah Kebangsaan Trusan sebagai sampel kajian . Kumpulan A ini akan dipilih sebagai kumpulan eksperimen yang akan menggunakan bahan audio visual manakala 10 orang murid dari kumpulan B merupakan kumpulan kawalan yang mana akan menggunakan kaedah tradisional iaitu secara

“Chalk and Talk” . Satu set soalan yang mengandungi soalan berbentuk aras tinggi akan diberikan kepada kedua – dua kumpulan tersebut sebagai pra-ujian . Kedua – dua kumpulan ini akan menjalani proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan bahan bantu yang berbeza dan seterusnya menjalani ujian pasca . Oleh itu , bahan berbentuk audio visual seperti video akan digunakan sebagai bahan bantu belajar disokong oleh teknik penyoalan bagi meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid kumpulan eksperimen bagi membandingkan peningkatan . Data kajian juga akan dianalisis dengan menggunakan Borang soal selidik bagi menilai sikap murid – murid terhadap pembelajaran menggunakan audio visual dan juga matapelajaran sains .

(4)

1.0 PENDAHULUAN

Cetusan transformasi pendidikan secara drastik berlaku apabila Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) telah diperkenalkan yang mana antaranya mensasarkan kanak – kanak agar memiliki kemahiran berfikir menjelang abad ke – 21.Menurut Tomei (2005) , berdasarkan pernyataan dalam buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diterbitkan pada tahun 2013, Kemahiran Befikir Aras Tinggi melibatkan kemahiran kognitif yang tertinggi seperti kemahiran menganalisis , sintesis , menilai dan seterusnya penghasilan sesuatu idea baharu . Manakala , takrifan Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah seperti berikut ;

“Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,membuat keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu”

Petikan daripada : Buku Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi , 2013. Secara umumnya,Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah kemahiran yang membolehkan murid – murid mencapai pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi, menganalisis , menilai dan mencipta dalam menyelesaikan satu permasalahan baharu yang mereka hadapi .

(5)

pemikiran aras tinggi adalah tertumpu kepada kemahiran mengaplikasi , menganalisis , menilai dan mencipta . Oleh itu , penggunaan bahan bantu belajar berbentuk audio visual juga mampu meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid dalam matapelajaran sains seiring dengan soalan – soalan aras tinggi .

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan bagi matapelajaran Sains dalam kelas Tahun 5 iaitu bermula dari bulan Januari sehingga Mei . Saya telah dapati kebanyakan murid – murid saya tidak dapat menjawab soalan sekiranya saya mengajukan soalan – soalan berbentuk aras tinggi secara lisan . Saya juga mendapati ramai murid – murid hanya memandang saya tanpa suara dan menunggu jawapan . Maka , kebanyakan soalan yang saya ajukan itu terpaksa di jawab oleh saya semula. Di samping itu , saya juga mendapati kebanyakan murid – murid mempunyai prestasi rendah dalam matapelajaran dengan adanya soalan berbentuk aras tinggi . Oleh itu , saya telah bertindak dengan bertanyakan soalan bagi mengenalpasti punca kepada masalah ini dan juga langkah – langkah penyelesaian bersama dengan rakan guru yang lain . Namun begitu , maklum balas yang saya terima daripada guru – guru lain menyatakan bahawa “murid – murid malas berfikir , murid – murid sudah biasa dengan cara tradisional iaitu mahu “disuap” sahaja”.Berdasarkan komen yang saya dapati ini , saya turut melakukan pemerhatian bagi menilai punca utama kepada masalah ini . Oleh itu , saya telah menjalankan pemerhatian terhadap murid – murid Tahun 5 berkaitan dengan kecerdasan pelbagai yang mereka miliki berdasarkan Teori Pembelajaran Howard Gardner (1983). Dengan itu,saya telah mendapati bahawa seramai 80% murid – murid di dalam kelas saya mempunyai kecerdasan visual – ruang . Oleh itu , saya berpendapat bahawa penggunaan audio – visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kelas mungkin dapat membantu murid – murid bagi meningkatkan pemikiran aras tinggi mereka .

2.0 FOKUS KAJIAN

(6)

akan dijalankan ini nanti lebih berfokuskan kepada pengunaan bahan audio visual berserta teknik penyoalan aras tinggi untuk merangsang murid – murid agar berfikir . Di samping itu , ia bagi membantu murid – murid mewujudkan gambaran mental agar mudah untuk ditafsir .

Tujuan kajian ini ialah bagi mengenalpasti sama ada :

1. Audio visual seperti video mampu meningkatkan rasa ingin tahu murid – murid . 2. Audio visual dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi murid – murid untuk

berfikir .

3. Audio visual dapat meningkatkan tahap kognitif , metakognitif dan berfikir sehingga mencapai pemikiran aras tinggi .

4. Audio visual membantu pengaplikasian kaedah penyoalan aras tinggi di dalam kelas . 5. Audio visual mampu membantu murid – murid untuk berfikir dengan lebih baik

dengan adanya rangsangan .

6. Audio visual memudahkan murid – murid untuk mentafsir maklumat bagi menjawab soalan – soalan aras tinggi .

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 3.1 OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan bagi menilai adakah penggunaan bahan bantu belajar seperti audio visual iaitu video dapat meningkatkan kemahiran menganalisis , mengaplikasi , menilai dan mencipta dalam pemikiran aras tinggi murid bagi matapelajaran sains Tahun 5 bagi semua topik .

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Kajian yang dijalankan ini nanti bertujuan untuk :

3.2.1 Meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid dalam pembelajaran dengan menggunakan bahan audio-visual sebagai bahan rangsangan .

3.2.2 Mengubah strategi pengajaran guru bagi mengalakkan murid – murid untuk berfikir dengan mengaplikasikan kemahiran mengaplikasi , menganalisis , menilai dan mencipta dalam menjawab soalan .

3.3.3 Menilai kesesuaian kaedah pembelajaran dengan menggunakan alat audio – visual bagi mempertingkatkan tahap pemikiran aras tinggi murid .

(7)

a) Adakah penggunaan audio visual ini nanti berkesan dalam meningkatkan pemikiran aras tinggi seperti mengaplikasi , menganalisis,menilai dan mencipta bagi murid – murid ?

b) Adakah strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan audio – visual ini dapat mengalakkan murid – murid untuk berfikir sebelum menjawab soalan . c) Adakah bahan bantu belajar iaitu audio visual dapat menarik minat dan merangsang murid – murid untuk berfikir ?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai 20 orang murid dalam kelas Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Trusan , Lawas akan terlibat dalam kajian ini . Seramai 10 orang sebagai kumpulan kawalan dan 10 orang lagi sebagai kumpulan eksperimen . Murid – murid akan dipilih dari segi kebolehan , kecerdasan dan juga latar belakang yang sama .

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan

(8)

berhubung dengan sikap murid terhadap kaedah pengajaran guru menggunakan video pembelajaran .

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data

Dalam kajian ini , cara pengumpulan data adalah dengan menggunakan instrumen kajian yang terdiri daripada borang temubual , borang maklumat pelajar , borang soal selidik dan satu set kertas ujian namun dalam dua ujian yang berbeza iaitu ujian Pra dan ujian Pasca . Sesi temubual akan dijalankan terlebih dahulu bagi menilai sikap murid – murid terhadap matapelajaran sains dan soalan – soalan berbentuk aras tinggi . Ujian Pra digunakan untuk menilai tahap pemikiran aras tinggi murid terlebih dahulu dan juga sebagai perbandingan kepada ujian pasca. Ujian Pasca adalah bagi menilai keberkesanan penggunaan audio visual dalam meningkatkan pemikiran aras tinggi murid – murid . Borang soal selidik yang menggunakan inventori iaitu skala likert adalah bagi menentukan persepsi murid terhadap penggunaan audio visual dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

5.2.1 Borang Temubual

Sesi temubual secara langsung yang akan dijalankan oleh guru di dalam kelas dengan berfokuskan kepada minat murid – murid terhadap matapelajaran Sains , tahap kefahaman murid – murid dalam memahami soalan – soalan aras tinggi dan bahan yang boleh membantu mereka menjawab soalan . Temubual ini akan melibatkan kedua – dua kumpulan bagi membandingkan persepsi mereka terhadap matapelajaran Sains dan soalan aras tinggi . Temubual secara berstruktur akan digunakan bagi mengutip maklumat .

5.2.2 Borang soal selidik

Soal selidik yang berbentuk Skala Likert ini akan digunakan bagi mengukur sikap murid – murid terhadap kaedah pembelajaran yang menggunakan audio visual sebagai bantu belajar . Borang soal selidik ini juga boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu ;

Bahagian 1

Bahagian ini adalah berkaitan dengan latar belakang responden merangkumi maklumat tentang jantina , etnik , gred pencapaian ujian , pendapat ibu-bapa dan sebagainya .

(9)

Bahagian ini adalah terdiri daripada 10 item soalan yang mana digunakan untuk mengukur sikap murid terhadap kaedah penggunaan audio visual setelah menjalani sesi pembelajaran dengan menggunakan Skala Likert seperti berikut ;

Skala Petunjuk

Jadual 5.2.2 : Skala Likert

5.2.3 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Data akan dikumpulkan berdasarkan ujian pra terlebih dahulu kemudian diikuti dengan ujian pasca untuk menguji tahap pemikiran aras tinggi murid – murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan . Satu set soalan yang mengandungi 80% soalan aras tinggi dan juga menepati huraian sukatan matapelajaran Sains akan dijalankan . Soalan – soalan ini akan mengandungi 20 item jenis aneka pilihan . Bahan – bahan rujukan yang akan digunakan bagi membina item soalan aras tinggi adalah buku – buku rujukan dan soalan – soalan yang telah dibina oleh guru – guru sains lain yang mana telah dimuat turun daripada internet .Selepas itu , saya akan membandingkan peratusan peningkatan dari segi jumlah soalan berbentuk aras tinggi yang boleh dijawab oleh murid – murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan .Set soalan yang sama akan diagihkan kepada kedua – dua kumpulan selepas mereka menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang berlainan . Item soalan dalam ujian pos ini akan diubahsuai dan disusun semula supaya ia menjadi satu set ujian yang baharu .Namun begitu , bentuk item soalan masih berpandukan kepada soalan pada pra . Jadual 5.2.3 menunjukkan susunan baharu bagi soalan – soalan ujian pra dan ujian pasca .

(10)

Jadual 5.2.3: Susunan item soalan Ujian Pra dalam Ujian Pasca

Ujian Pra akan diagihkan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan pada hari yang sama dan masa menjawab yang telah ditetapkan iaitu dalam masa 30 minit . Selepas tempoh 5 minggu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang berlainan . Kedua – dua kumpulan akan menjalani Ujian Pasca pada hari yang sama dan dalam tempoh 30 minit .

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Berdasarkan kepada ujian pra dan ujian pos , saya mengasingkan item – item soalan tersebut kepada bentuk soalan – soalan menganalisis , mengaplikasi , menilai dan mencipta . 1 soalan yang boleh dijawab adalah bersamaan dengan 5 markah . Oleh itu , murid – murid yang dapat menjawab 20 soalan akan mendapat 100% . Selepas mengumpul data , saya akan menganalisis data dengan menentukan skor markah bagi kedua – dua ujian iaitu pra-ujian dan pasca-ujian . Skor markah bagi kedua – dua ujian ialah 100 markah iaitu bersamaan dengan 100% . Skor akan dikategorikan kepada Sangat Baik , Baik , Sederhana , lemah dan Sangat Lemah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3.

Skor Markah Tahap Pencapaian

80 – 100 Sangat Baik

60 – 79 Baik

40 – 59 Sederhana

20 – 39 Lemah

0 – 19 Sangat Lemah

Jadual 5.3(1) : Markah Ujian dan Tahap Pencapaian murid

Pada akhirnya , perbandingan kedua – dua ujian ini iaitu Ujian pra dan Ujian Pos akan dibandingkan dengan mendapatkan min dan juga sisihan piawai keputusan markah yang diperolehi oleh murid – murid .

Manakala skor sikap murid terhadap pengunaan audio visual adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3 .

Skor Tahap sikap

3.4 – 5.0 Tinggi

(11)

1.0 – 1.7 Rendah

Jadual 5.3(2)

5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian

Kajian ini akan dimulakan dengan sesi temubual secara langsung kepada kedua – dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebagai perbandingan . Sesi temubual yang akan dijalankan adalah secara bersemuka di dalam bilik yang berasingan iaitu satu bilik temubual satu lagi bilik kuarantin . Temubual yang akan dijalankan akan mengambil masa lebih kurang 60 minit iaitu 5 minit bagi satu sesi temubual . Seterusnya , pembinaan set soalan bagi Ujian Pra dan Pasca mengikut sukatan pelajaran dan terdiri daripada 80% sahaja soalan aras tinggi berpandukan kepada Standard kandungan bagi matapelajaran Sains . Ujian Pra akan dijawab oleh kedua – dua kumpulan pada awal kajian . Pelbagai jenis video pembelajaran yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran akan dipilih oleh guru dan seterusnya dinilai oleh guru – guru sains lain yang berada di sekolah bagi mengurangkan kesilapan yang berlaku . Pelbagai bentuk bahan audio visual seperti rakaman video , CD , gambar dan tayangan televisyen dalam astro akan digunakan dan dimuat turun daripada Internet dan juga CD-Rom dari Kementerian Pelajaran Malaysia . Setelah dipersetujui oleh penyelia maka bahan audio-visual (video) akan diaplikasikan di dalam bilik kelas . Bahan bantu belajar ini iaitu video akan ditayangkan kepada kumpulan eksperimen setiap kali pengajaran dan pembelajaran dalam semua topik yang diajar manakala kumpulan kawalan akan menjalani kaedah tradisional . Murid – murid daripada kumpulan eksperimen juga akan disoal dengan berbantukan video bagi merangsang pemikiran aras tinggi mereka dalam menjawab soalan manakala murid – murid kumpulan kawalan hanya disoal secara lisan. Ujian Pasca akan dijalankan selepas 5 minggu iaitu bersamaan dengan 20 waktu selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video . Selepas semua kertas soalan dikumpul , murid – murid dari kumpulan eksperimen akan memberikan respons terhadap keberkesanan penggunaan audio video dalam merangsang pemikiran aras tinggi mereka . Kumpulan eksperimen akan menjawab borang selidik yang telah direka manakala kumpulan kawalan tidak namun mereka juga akan menjawab soalan soalan pasca yang sama .

(12)

Perlaksanaan kajian yang akan dijalankan ini adalah berpandukan Model Kemmis (1946).

Rajah 1 : Urutan perlaksanaan Kajian

Tinjauan awal  Mengenalpasti kelemahan

murid – murid .

 Mengenalpasti kaedah yang

boleh digunakan untuk memperbaiki masalah .

Merancang Tindakan

 Mengenalpasti rekabentuk kajian.

 Mengenalpasti sampel kajian , populasi .

 Mengenalpasti kaedah kajian ,

cara mengumpul dan menganalisis data.

Memerhati

 Data yang dikumpul akan dianalisis .

 Kenalpasti keberkesanan

kaedah yang digunakan .

Melaksana tindakan dan memerhati

 Menjalankan kajian dan

(13)

CARTA GANTT PELAKSANAAN KAJIAN

 Pemilihan Alat Kajian /Kaedah Kajian/Rekabentuk Kajian

 Pembinaan soalan – soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca

 Sesi Rawatan / Intervensi

(14)

 Pengumpulan Data

 Analisis Data

√ √

3. PEMBINAAN LAPORAN KAJIAN

(15)

KOS KAJIAN

Bil Bahan – bahan Harga seunit Kuantiti Jumlah

1. Kertas A4 RM13.90 3 RM 41.70

2. Thumb Drive (4GB) RM24.90 1 RM24.90

3. Ink Printer Epson L21 RM26.00 4 RM104.00

4. CD kosong RM1.00 5 RM5.00

5. Pensel RM0.80 20 RM16.00

(16)

Rujukan

Anuar,M.S. (2014) Menambah Baik Amalan Guru Mengendalikan Aktiviti Menjana Idea Menggunakan Peta Bulatan Bergambar . Negeri Sembilan

Kementerian Pelajaran Malaysia,(2012).Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 .Kuala Lumpur .

Kementerian Pelajaran Malaysia,(2013).Pentaksiran Kemahiran berfikir Aras Tinggi : Lembaga Peperiksaan Malaysia.Melaka.

Lee,C.W.(2012). Pembelajaran Visual Dalam Usaha Meningkatkan Tahap Kefahaman Murid Prasekolah : Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP.Kuching , Sarawak . Loi,K.S.(2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bercerita Dalam Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Sains Tahun Lima : Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP.Kuching , Sarawak.

Lu,W.W.(2012). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Visual Dalam Pengajaran Subjek Sains Tahun 3 : Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP.Kuching , Sarawak.

Open University Malaysia,(2011).Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan.

Siti,R,A.,Roslini,A. & Hafsa,M.M (2008) Faktor Konstributsi Kecerdasan Pelbagai Dalam Kalangan Pelajar Remaja : Jurnal Pendidikan .

S.Supramani,(2006). Penyoalan Guru : Pemangkin Pemikiran Aras Tinggi Murid : Jurnal Pendidikan , Universiti Malaya.

(17)

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai salah satu acara tv pada era sekarang ini suatu hiburan memang terlebih banyak mendapatkan porsi dari pada berita dan headline new di setiap

Berdasarkan kesimpulan yang telah diambil, maka diberikan saran sebagai berikut:Pertama, perusahaan harus menerapkan Good Corporate Governance dalam pengelola perusahaan

Jika sebuah file audio disertakan pada suatu halaman web menggunakan sebuah link, maka sebagian besar browser akan menggunakan sebuah plugin untuk memainkan file

Fakta bahwa pekerjaan rumah tangga meningkatkan kualitas hidup rumah tangga tersebut dapat dianggap memiliki nilai sosial, bisa sejauh mana pekerjaan tersebut memudahkan waktu

Berdasarkan latar belakang diatas, penulis berencana melakukan penelitian untuk mengetahui respon dari karbon pensil dalam analisis asam urat secara voltametri

Wilayah transmigrasi di kecamatan Tolangohula provinsi Gorontali merupakan wilayah yang memiliki masyarakat multietnis.Pembauran masyarakat suku Gorontalo dan suku

Bali sebagai sebuah Pulau Taman karena memang tersusun oleh banyak taman, baik yang bersifat alami seperti: taman pantai, taman danau, taman pegunungan, taman

Tabel 2 menunjukkan bahwa NPV lebih besar dari nol, IRR lebih besar dari tingkat suku bunga yang digunakan yaitu 15 %, B/C lebih besar dari satu, maka dapat