• Tidak ada hasil yang ditemukan

Integrasi Spiritual Intelligence Islam d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Integrasi Spiritual Intelligence Islam d"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

33

INTEGRASI SPIRITUAL INTELLIGENCE ISLAM DAN BARAT DI DALAM SPIRITUAL PHYSICAL INTELEKTUAL EMOSI SOSIAL (SPIES)

Faizatul Najihah binti Mohd Azaman1

Abstrak

Spiritual Intelligence hebat diperbincangkan kini, melalui latihan kepimpinan dan turut menyerap di dalam buku-buku motivasi. Sejak kemunculan hasil tulisan Danah Zohar dan Ian Marshall, SQ The Ultimate Intelligence, ramai pengkaji dan konsultansi mula menginterpreta si dan mengaplikasi terminologi spiritual intelligence mengikut ka edah masing-masing. Penubuhan model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang menggunakan terminologi spiritual antara salah satu konsultansi yang menggunakan spiritual intelligence sebagai mekanisme peruba han sikap, minda dan hati. Persoalannya, apakah tiada spiritual intelligence di dalam Islam sehingga menggunakan terminologi Barat sebagai medium? Kajian kualitatif ini menggunakan metodologi analisis kandungan yang dirujuk daripada buku-buku dan jurnal ya ng membincangkan mengenai spiritual intelligence, selain model kerangka Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) yang diperolehi daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali, penyelara s Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Analisis kandungan modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) pula didapati daripada partipasi ikut serta pengkaji ke program Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di ba wah konsultansi Dreamteam Resources pada 5, 6 Ogos 2012 dan 20, 21 Julai 2013. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti spiritual intelligence di dalam Isla m dan bagaimana model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) mengaplikasikannya. Dapatan kajian kemudiannya mendapati terdapatnya integrasi anta ra spiritual intelligence Barat dengan Islam melalui kaedahnya tersendiri.

Kata kunci: Spiritual Intelligence, Islam, Barat, Model dan Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES)

1

(2)

34 LATAR BELAKANG KAJIAN

Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) adalah model yang dirangka oleh YB Dr Halimah binti Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan di Selangor. Model ini adalah bertujuan salah satunya untuk menangani masalah sosial di Selangor khususnya. Di dalam konvensyen Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di Selangor pada 19 Februari 2013, usaha membudayakan model ini sedang giat dilakukan di dalam masyarakat. Objektif umum Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) adalah melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat yang akan menjadi aset pada negeri. Insan yang kamil ini akan melahirkan Selangor sebagai hub-ilmuan yang maju, selamat, aman makmur dan berdaya saing.

Kemunculan Spiritual Intelligence di Barat adalah rentetan daripada Intelligent Quotient (IQ) sekitar tahun 1990-an. Menyedari bahawa memiliki IQ sahaja tidak cukup untuk survival hidup di dalam meladeni masalah dan cabaran, emotional quotient atau EQ diperkenalkan oleh Goleman untuk mendepani secara bijak emosi dan perasaan. Kemudiannya, spiritual quotient atau spiritual intelligence dicetuskan kerana merasakan kelompangan dan kekosongan jiwa di dalam mencari erti makna kehidupan. Justeru, banyak hasil karya yang bukan sahaja dari Danah Zohar dan Ian Marshall tetapi dari pengkaji Barat yang lain yang telah mengimplementasi spiritual intelligence di dalam kepimpinan, pendidikan dan lain-lain. Di Indonesia, Ary Ginanjar memperkenalkan gabungan spiritual quotient dengan emotional quotient yang digabungkan menjadi ESQ. Malah, ESQ turut muncul di Malaysia melalui latihan-latihan kepimpinan dan program TV seperti Halaqah Qalbu di TV 9.

Di Malaysia, kebanyakan pengkaji mulai sedar mengenai kepentingan spiritual intelligence di dalam kehidupan. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kajian yang mengkaji mengenai spiritual intelligence namun diislamisasikan menurut konsep Islam yang merujuk kepada dimensi kerohanian individu Muslim atau tasawuf.Sebagai contoh pengkaji dan juga konsultansi yang mengambil spiritual quotient sebagai unsur di dalam latihan pembangunannya adalah Fazrul Ismail dan Mohd Syamil yang juga menghubungkan empat unsur lain seperti physical quotient, emotional quotient dan intelligent quotient di dalam kajian seperti yang terdapat di dalam buku Transformasi P.I.E.S2 dan Master P.I.E.S3.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian kualitatif ini melibatkan analisis kandungan yang menggunakan buku-buku dan jurnal yang membincangkan mengenai spiritual intelligence. Selain itu, pengkaji juga turut menemu bual separa struktur serta mendapatkan model dan kertas kerja Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) daripada Dr. Ruziah binti Ghazali selaku penyelaras model ini.Analisis kandungan modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) pula didapati daripada partipasi ikut serta pengkaji ke program Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di bawah konsultansi Dreamteam Resources pada 15, 16 Ogos 2012 dan 20, 21 Julai 2013. Pengkaji menggunakan analisis kandungan melalui deskriptif iaitu memberikan gambaran secara umum dan analisis komparatif dengan membuat perbandingan antara kedua penjuru, Islam dan Barat.

2

Syamil. (2009). Transformasi P.I.E.S. Kuala Lumpur : Must Read Sdn. Bhd. 3

(3)

35 OBJEKTIF KAJIAN

Terminologi spiritual intelligence yang kini mendapat sambutan dari kalangan penulis dan konsultansi menemukan pengkaji dengan objektif kajian iaitu :

i. Mengenalpasti spiritual intelligence di dalam Islam dan Barat.

ii. Mengkaji terminologi dan penggunaan spiritual intelligence yang digunakan di dalam model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).

SPIRITUAL INTELLIGENCE DALAM ISLAM

Menurut Mohd Sabri & Salmiah (2010)4 kecerdasan spiritual atau spiritual intelligence dikaitkan dengan konsep ketuhanan sebagaimana Saemah & Zarin (2005) yang menyatakan bahawa perkembangan kerohanian tidak dapat dipisahkan dengan ketuhanan dan penciptaan manusia oleh Tuhan. Malah, sememangnya manusia diciptakan dengan nilai murni yang universal sebagaimana manusia itu mempunyai roh atau etimologi Inggerisnya adalah acreature with spirit.

Apabila disebut pembangunan rohani, atau kerohanian Islam, Mostafa (2003)5 pula menggambarkan ianya spiritual intelligence sebagai tasawuf. Beliau membawakan pengertian manusia sebagai nafs iaitu gabungan roh dan jasad sebagai pandangan dualisme.

Menurut Mohamed Asin Dollah (1998)6, perlaksanaan tiga hubungan iaitu antara manusia dengan dirinya sendiri, dengan Allah SWT, dan sesama makhluk lain akan menghasilkan unsur kerohanian di dalam islam. Sebagai contoh, hubungan pertama dimana manusia perlu menjaga diri sendiri dari segi rohani dan jasmani iaitu memelihara keperluan jasmani, jasadiah seperti makan minum dan sebagainya. Dari segi kerohanian pula manusia mestilah memenuhi tuntutan yang telah diperintah oleh-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya. Hubungan kedua pula adalah keperluan manusia menjaga hubungan dengan Allah SWT melalui kepercayaan kepada rukun Iman, dan beramal dengan rukun Islam. Hubungan ketiga pula menuntut manusia memelihara hubungan dengan makhluk-makhluk Allah SWT yang lainnya seperti yang dididik syariat. Contohnya, manusia diajar untuk mengamalkan sifat yang baik, bercakap benar, ikhlas, jujur, syukur, tawakal, amanah dan sebagainya. Konsep kerohanian di dalam Islam ini adalah bertujuan memelihara status manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan sentiasa mencari keredhaan Allah SWT sebagai matlamat hidup.

Bagaimanapun, (Khatijah et al 20097, Fatimah 20128) memetik pernyataan Imam Ghazali yang mengatakan terdapat tiga konsep asas dalam spiritual individu Muslim, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Mawdudi juga merumuskan konsep ini dengan berpendapat bahawa iman

4

Mohd Sabri & Salmiah.2010. Kecerdasan Spiritual Menurut Islam dan Barat. dlm. Isu-isu dalam Pengajian Islam Siri 2. Johor : Penerbit UTHM. Hlmn 35.

5

Mostafa. 2003. 2003. Pembangunan Rohani menurut Persepektif Tasawuf dan Psikologi Moden. dlm Jurnal Islamiyyat 24 : 21-35. Hlmn 30.

6

Mohamed Asin Dollah. 1998. Antara Psikologi Islam dan Ilmu Kerohanian Islam. dlm. Islam Akidah dan Kerohanian. Bangi : Penerbit UKM. Hlmn 99-100.

7

Khatijah et al. 2009.Asas Pembangunan Spiritual dalam Pembentukan Modal Insan. dlm. Prosiding Seminar Kebangsaan Ketamadunan Islam 2009 (NASIC ‘09). Hotel Impiana, Ipoh 8-9 Disember 2009.

8

(4)

36

itu percaya kepada Tuhan, Islam sebagai sebuah penyaksian dan penyerahan diri kepada Tuhan, Ihsan sebagai nilai murni dalam agama serta menambah taqwa sebagai nilai kesedaran individu kepada Tuhan. Oleh itu, perbincangan secara terperinci akan menyentuh keempat-empat konsep ini:

Iman

Iman adalah tunjang utama kerangka spiritual. Perkataan iman adalah merupakan daripada kalimah Bahasa Arab, amana yang bermaksud berada dalam keamanan atau merasa wujudnya aman. Di dalam terminologi Islam, iman bermaksud membawa kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan. Sebagaimana yang telah dipercayai oleh masyarakat Islam, iman mempunyai enam peringkat rukun kesemuanya, iaitu (i) kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT, (ii) kepercayaan kepada Rasul-rasul-Nya, (iii) kepercayaan kepada kewujudan malaikat, (iv) kepercayaan kepada empat kitab iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Quran, (v) kepercayaan kepada hari kebangkitan dan (vi) keimanan kepada qada’ dan qadar. Keenam-enam prinsip ini adalah saling berkaitan dan sangat penting dalam diri individu Muslim. 910 Islam

Islam berasal daripada 3 huruf, iaitu sin, lam, dan mim yang membawa maksud selamat. Menurut Abdu Jalil (1991) Islam bermaksud salima yang membawa pengertian (i) ikhlas semata-mata kerana Allah, (ii) aman dan sejahtera dan (iii) tunduk atau patuh kepada perintah Allah SWT.11Islam adalah praktikaliti kepada rukun iman yang disebutkan di atas. Terdapat lima rukun Islam yang bersifat secara praktikal iaitu (i) mengucap dua kalimah syahadah, (ii) mendirikan solat lima waktu, (iii) menunaikan zakat, (iv) berpuasa pada bulan Ramadhan, dan (v) mengerjakan haji di Baitullah.12

Taqwa

Kalimah taqwa adalah berasal daripada kata wa w, qaf dan ya yang bermaksud melindungi serta menjaga. Menurut Ataullah Siddiqui (1997), taqwa adalah bermaksud melindungi individu daripada segala bentuk bahaya, ancaman dan malapetaka. Di dalam konteks spiritual, ia dimaksudkan dengan sikap berjaga-jaga dan berhati-hati dengan setiap tindakan yang dilakukan. Taqwa juga mampu menjadikan individu dapat menilai dan berfikir dahulu sebelum bertindak membuat keputusan atau berkata-kata. Bagaimanapun, Mawdudi menegaskan bahawa taqwa adalah menyeluruh kepada dalaman iaitu dengan merasai takut kepada Tuhan dan taat di dalam menunaikan ibadah kepada Allah SWT.13Menyoroti spiritual intelligence dalam aspek taqwa ia adalah proses mengembangkan mengenai kesedaran(self a wa reness) dan ia adalah asas kepada spiritual intelligence dan emotional intelligence. Ia melibatkan tentang pengetahuan mengenai diri sendiri, mengenali perasaan yang berkembang di dalam diri, mengenali kelemahan dan kelebihan diri sendiri dan melihat diri sendiri di dalam dimensi positif. 14

9

Khatijah et al 2009. Hlmn 356. 10

Abdul Jalil. 1991. Rukun Iman: Huraian & Pecahannya. Kuala Lumpur : Mahir Publications Sdn. Bhd. Hlmn 15-30.

11

Abdul Jalil. 1991. Hlmn 10. 12

Khatijah et al 2009. Hlmn 357. 13

Khatijah et al 2009. Hlmn 358. 14

(5)

37 Ihsan

Ihsan adalah berasal daripada perkataan Arab hasana yang bermaksud paling baik, sesuai, munasabah dan selari. Ihsan adalah merupakan tahap tertinggi di dalam Islam sebagaimana konsepnya yang membawa kepada perasaan kasih dan sayang hamba kepada Pencipta. 15

Ihsan adalah nilai agama yang dilakukan sebagai kawalan kepada diri supaya tidak menyeleweng kepada Allah SWT. Sebagaimana yang telah diceritakan di dalam hadis,16: ....Apakah ihsan itu? Nabi menjawab : “iaitu hendaklah engkau menyembah Allah yang seolah-olah engkau melihat Allah, sekalipun engkau tidak boleh melihat-Nya tetapi Dia boleh melihat engkau...” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Fatimah (2012)17pula menambah empat aspek spiritual intelligence di dalam Islam, satu daripadanya bersamaan dengan Khatijah (2009) iaitu nilai taqwa yang diperincikan di atas. Menelusuri tiga konsep ini dengan perincian di bawah:

Self Control Or Emotions

Spiritual intelligence adalah pembaikan watak yang bergantung kepada kemampuan untuk mengawal diri. Bagaimanapun, untuk mengawal diri ia memerlukan kematangan spiritual dan disiplin sebagaimana yang disebut di dalam terminologi tasawuf sebagai tazkiyah dan riyadah.

Self Control And Personal Strenght

Self control atau mengawal diri adalah asas bagi manusia. Salah satu nilainya adalah kesabaran. Kesabaran mampu memajukan manusia dengan cara yang banyak dan salah satunya adalah memperolehi moral yang unggul dengan mendapat ketenangan jiwa dan hidup yang lebih daripada mereka yang jauh daripada Allah SWT. Personal strenght atau terjemahannya kekuatan kendiri adalah penjanaan prinsip yang jelas dan teguh untuk melalui kehidupan yang penuh mencabar. Individu yang memiliki sikap ini akan mampu untuk memilih tindakan yang sesuai dengan prinsip hidupnya.

Mercy (Rahima) And Interpersonal Power

Spiritual intelligence, menurut Fatimah adalah penting kerana mampu membina hubungan interpersonal yang positif seperti kasih sayang, cinta, kesabaran dan kemaafan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Individu yang mencapai tahap spiritual yang tinggi akan mampu mencapai kualiti yang tidak pentingkan diri sendiri. Memberi maaf dan meminta maaf adalah sebahagian daripada sikap yang tidak pentingkan diri sendiri. Malah, di dalam konteks dengan Pencipta, bertaubat, dengan mengaku segala kesalahan, berazam tidak melakukannya, dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Spiritual bukanlah termaktub kepada hubungan dengan Pencipta sahaja, tetapi termasuk dalam hubungan sesama komuniti. Bagaimanapun, hubungan yang baik antara Pencipta adalah akar dan asas kepada hubungan sesama manusia. Spiritual intelligence di dalam Islam adalah lebih kepada pembangunan

15

Khatijah et al 2009. Hlmn 358.

16Abu Sangkan. 2006. Berguru kepada Allah. Jakarta : Yayasan Solat Khusu’. 17

(6)

38

kerohanian dalaman manusia dan bagaimana manusia menggerakkan dalamannya di dalam kehidupan.

SPIRITUAL INTELLIGENCE OLEH BARAT

Pada awal abad ke 20, IQ (Intelligent Quotient) pernah menjadi isu besar.Kecerdasan intelektual berfungsi sebagai penyelesaian masalah logik. Pakar psikologi telah pun mengadakan ujian untuk mengujinya dan ujian tersebut akan menentukan manusia ke dalam pelbagai tingkatan kecerdasan. Menurut teori ini kecerdasan seseorang itu berdasarkan ketinggian tahap IQnya.

Daniel Goleman telah menemukan pada tahun 1990-an menerusi bukunya, Emotional Intelligence yang telah terbit pada 1996 menunjukkan bahawa EQ adalah sama pentingnya dengan IQ dimana EQ member kesedaran tentang perasaan diri sendiri dan orang lain. EQ memberi rasa empati, cinta, motivasi, dan kemampuan untuk menanggapi kesedihan atau kegembiraan dengan tepat. Menurut Goleman, EQ adalah asas kepada penggunaan IQ secara berkesan.

Awal abad ke 21 pula menunjukkan bahawa adanya Q jenis ketiga.SQ telah melengkapkan gambaran sepenuhnya kecerdasan individu.Ia berfungsi untuk menghadapi dan memecahkan persoalan makna dan nilai, iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup di dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya, dimana kecerdasan itu adalah menilai tindakan seseorang itu lebih bermakna dibandingkan dengan yang lain.

Penemuan Danah Zohar seorang pakar fizik dan falsafah Massachussets Institute of Technology dan suaminya, Ian Marshall seorang pakar psikologi dan falsafah di Universiti Oxford melalui buku popular, Spiritual Intelligence : The Ultimate Intelligence pada tahun 2000 telah mencetuskan fenomena baharu di dalam dunia penyelidikan mengenai kecerdasan. Sebagaimana dijelaskan oleh Goleman kecerdasan emosi memungkinkan “saya” memutuskan dalam situasi apa “saya” berada lalu bersikap tepat dengannya. Dalam keadaan begitu, “saya” bekerja dalam situasi terbatas dan membiarkan situasi tersebut mengarahkan “saya”.Akan tetapi kecerdasan spiritual memungkinkan “saya” bertanya apakah “saya” memang ingin berada di dalam situasi tersebut.Apakah “saya” lebih suka mengubah situasi tersebut dan memperbaikinya? Hal ini bermakna “saya” bekerja dalam batasan situasi, tetapi “saya” yang mengarahkan situasi tersebut dan bukan situasi yang mengarah saya sebagaimana peranan kecerdasan emosi (Zohar & Marshall 200018, TM Sulaiman 2002).19

Spiritual didefinisikan di dalam Webster, sebagai “the animating or vital principle ; that which gives life to the physical organism in contrast to its material elements ; the breath of

life.”Iaitu konsepnya yang membawa kepada kehidupan dan kecergasan sistem. Definisi ini dapat digambarkan melalui fitrah manusia yang secara asasnya adalah makhluk spiritual yang mempunyai beberapa persoalan dalaman iaitu:

a) Kenapa saya dilahirkan? b) Apa makna kehidupan saya?

c) Kemana saya patut pergi apabila penat, tertekan dan terpukul?

18

Zohar & Marshall. 2000 SQ : Spiritual Intelligence The Ultimate Intelligence. United States. Bloomsbury Publishing. Hlmn 6-7.

19

(7)

39

d) Apa yang membuatkan semua yang sementara bernilai?

SQ adalah kecerdasan untuk menghadapi dan memecahkan persoalan makna dan nilai iaitu kecerdasan untuk menempatkan perilaku dan hidup kita dalam konteks makna yang lebih luas dan kaya : kecerdasan untuk menilai sesuatu perbuatan ataupun tingkah laku lebih bermakna berbanding yang lain. SQ adalah puncak kecerdasan tertinggi atau ditakrifkan sebagai Zohar dan Marshall sebagai ultimate intelligence.20

“Man’s search for meaning is the primary motivation in his life and not “secondary rationalization” of instinctual drives. This meaning is unique and specific in that it

must and can be fulfilled by him alone; only then does it achieve a significa nce which

will satisfy his own will do meaning.” – Victor Frankl, Man’s Search for Meaning.

Sains telah membantu kita memahami apa itu spiritual iaitu untuk berpengalaman merasai spiritual yang bermaksud untuk disentuh menjadi lebih besar, dalam, kaya dan meletakkan diri kita di dalam situasi yang terbatas kepada satu perspektif baharu. Spiritual ini memaksudkan something more iaitu yang lebih mendalam realiti sosial atau jaringan pemaknaan sosial.Sebagaimana yang dikatakan oleh Victor Frankl, pencarian kita terhadap makna adalah sebagai motivasi utama di dalam hidup. Pencarian menjadikan kita sebagai makhluk spiritual sebagaimana kita dan apabila semakin mendalam keperluan pencarian, kita akan terasa cetek dan kosong21.

Pencarian makna adalah banyak berkait dengan kehidupan kita sendiri. Tentang apa kehidupan saya ini? Apa pengertian kerja saya? Syarikat ini saya pengasasnya atau saya bekerja untuknya?Hubungan ini?Kenapa saya belajar sampai ijazah ini?Apa pengertiannya terhadap saya? Apa ertinya sekiranya saya mati satu hari nanti. Kenapa saya bertanggungjawab terhadap diri saya kepada sesuatu atau yang lain, atau kepada seseorang atau orang lain? Dua antara sepuluh tertinggi penyebab kematian di dunia Barat adalah bunuh diri dan ketagihan alkohol, kebiasaannya berhubung kait dengan krisis makna.

Pada awal masyarakat, manusia ketika itu hidup di dalam masyarakat yang tidak dikelilingi dengan apa-apa persoalan.Mereka hidup secara budaya di dalam lingkungan kerja masing-masing. Mereka menghidupkan budaya, agama, komuniti, moral, masalah dan matlamat. Bagaimanapun pada masa moden ini, kita kekurangan sesuatu yang dikatakan oleh ahli falsafah “taken for grantedness of life” iaitu tidak mengambil peluang di dalam kehidupan. Kita meninggalkan eksistensial atau masalah kerohanian dan menggunakan kecerdasan untuk menyelesaikannya. Penggunaan IQ atau rasional tidak mencukupi. Dengan bertanya dengan lebih banyak mengenai bagaimana untuk menikmati hidup dan mencari nilai baru, mereka akan menemukan perlunya menggunakan spiritual intelligence. 22

Di dalam buku Multiple Intelligence, Horward Gardner menghujahkan sekurang-kurangnya terdapat tujuh macam kecerdasan termasuk muzik, ruang dan sukan sebaik rasional dan emosional. Bagaimanapun, Zohar menghujahkan di dalam bukunya, Spiritual Intelligence: The Ultimate Intelligence sebagai kemungkinan kecerdasan yang tak berkesudahan yang boleh dihubungkan dengan satu daripada tiga asas sistem neural di dalam otak. Gardner telah

20

Zohar& Marshall. 2000. Hlmn 3-4. 21

Zohar & Marshall. 2000. Hlmn 18-19. 22

(8)

40

menjelaskan kecerdasan adalah sebenarnya mempunyai kepelbagaiannya dan asasnya IQ, EQ, dan SQ adalah berkaitan dengan pengaturan sistem neural.

Ciri-ciri Spiritual Intelligence Barat

SQ tidak mampu berkembang baik apabila individu tidak memiliki hal-hal seperti (Zohar & Marshall, 2000 : 15) iaitu (a)kemampuan bersikap fleksibel, (b) mempunyai kesedaran diri yang tinggi, (c) berkemampuan untuk menghadapi dan memanfaatkan penderitaan, (d) mampu untuk menghadapi rasa sakit dan derita, (e) hidup secara kualiti yang diperoleh daripada visi dan nilai, (f) tidak melakukan sesuatu yang tidak perlu, (g) kecenderungan untuk bertanya mengapa, dan (h) sikap berdikari.

Individu yang tinggi SQnya akan menjadi seorang pemimpin iaitu yang bertanggungjawab untuk membawa visi yang tinggi dan nilai kepada orang lain dan menunjukkan kepada orang lain tentang bagaimana untuk menggunakannya ataupun dengan kata lain, individu yang tinggi SQnya mampu menginspirasikan orang lain.

Dalam kehidupan moden masa kini, kita hidup dalam keadaan spiritual yang lembap kerana dikuasai oleh materialisme iaitu segala sesuatu yang bersifat kebendaan, sikap pentingkan diri sendiri, kurang pemaknaan dan komitmen. Bagaimanapun setiap individu mampu mengangkat peribadi SQ tersendiri bergantung kepada keperluannya sendiri.Secara umum, seseorang boleh meraih SQnya tersendiri melalui beberapa sikap iaitu (Zohar & Marshall 2000)23, (Mohd Sabri & Salmiah 2010)24 melalui sembilan tingkah laku iaitu, (a) kesedaran kendiri atau bahasa Inggerisnya adalah self a wa renessyang bermaksud mengetahui siapa diri sendiri dan hubungannya dengan seluruh alam, (b) visi dan nilai teladan yang merupakan sesuatu yang pasti untuk manusia sejagat, (c) kebolehan untuk menghadapi dan menggunakan kesusahan dan mengeksploitasi tragedi untuk belajar dari kesilapan, (d) bersifat holistik dengan melihat dari segi aspek yang menyeluruh, (e) mempunyai kepelbagaian dan kelainan untuk bertambah maju serta meraikan perbezaan sesama manusia, (f) cenderung untuk bertanya kenapa, (g) kebolehan untuk mengklasifikasikan sesuatu atau meletakkan sesuatu di dalam makna yang luas, dan (h) bersikap spontan.

Penyelidik Barat lain turut mengemukakan 10 cara mewujudkan kecerdasan spiritual seperti yang dilakukan oleh Gottfried iaitu antaranya (a) baik hati, (b) pemaaf, (c) ketawa, (d) menjadikannya semua baik untuk mendalami perasaan, (e) menjadikan rasa baik untuk melepaskan perasaan, (f) mengelak untuk menghukum, (g) mengkritik dan menyalahkan, (h) membiarkan sahaja keperluan sekiranya tidak dapat disempurnakan, (i) menarik nafas sedalam-dalamnya dengan menangguhkan pemikiran untuk seketika dan (j) belajar untuk menghubungkan ketenangan dalaman, kemudian berkongsi dengan orang lain. 25

ANALISIS KAJIAN

Hasil kajian mendapati terdapat beberapa aspek spiritual intelligence menurut Islam dan Barat di dalam model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) di Selangor. Oleh

23

Zohar & Marshall. 2000. Hlmn 16. 24

Mohd Sabri & Salmiah 2010.Hlmn 39. 25

(9)

41

itu, pengkaji mengemukakan aspek tersebut melalui terminologi dan ciri-ciri penggunaan spiritual intelligence di dalam modul.

Terminologi Spiritual Intelligence Di Dalam Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES)

Berdasarkan terminologi spiritual intelligence, pengkaji melihat penyerapan spiritual intelligence Islam di dalam istilah spiritual yang dibawakan oleh model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).

Di dalam kertas kerja yang didapati daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali, elemen spiritual adalah meliputi beberapa aspek, (i) elemen spiritual yang terbentuk akan menentukan sikap dan tindakan yang tidak melampaui dari apa yang digariskan oleh Tuhan, (ii) spiritual adalah membersihkan jiwa melalui muhasabah dan kesedaran diri yang merangkumi kesedaran dalaman, yang diperolehi daripada kesedaran bertuhan, (iii) mempunyai kekuatan mata hati, disiplin yang kuat, ain al yakin iaitu yakin apabila melihat, ilmu al yakin iaitu yakin dengan ilmu yang dipelajari serta haq al yaqin iaitu yakin kepada hakikat sebenar. Spiritual yang diterapkan adalah usaha meningkatkan kerohanian, jiwa dan minda ke arah yang diredhai oleh Allah SWT, terutamanya.26Dr. Ruziah juga menambah pengertian spiritual intelligence yang diterapkan di dalam model dan modul adalah, “ God-Consciousness iaitu kesedaran kepada Tuhan. Spiritual ditekankan, hati yang bersih akan melahirkan amalan integriti. Itulah yang ditekankan di dalam spiritual.”

Ciri-Ciri Spiritual Intelligence Di Dalam Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES)

Pengkaji menghimpunkan ciri-ciri spiritual intelligence dan telah melakukan analisis perbandingan dengan spiritual intelligence Islam dan Barat di dalam modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES). Pengkaji telah mengklasifikasikan dua bahagian iaitu spiritual intelligence Islam dan spiritual intelligence Barat di dalam model.

Spiritual Intelligence Islam Di Dalam Modul

Bil. Ciri-ciri spiritual intelligence Islam Model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).27

1. Mohammed Asin Dollah (1998) mengatakan asas kerohanian Islam mempunyai tiga hubungan iaitu manusia dengan diri sendiri, manusia dengan Pencipta, Allah SWT dan akhir sekali manusia dengan makhluk lain yang dicipta oleh Allah SWT.

26

Dr Ruziah binti Ghazali. 2013. Kertas kerja Pembangunan Modal Insan (PMI) Selangor Program S.P.I.E.S. Temu bual dan kertas kerja pada 24 September 2013. Hlmn 7.

27

Model kertas kerja yang didapati daripada temu bual bersama Dr Ruziah binti Ghazali.2013. Pembangunan Modal Insan (PMI) Selangor Program S.P.I.E.S. & Mengehsankan Insan Selangor Darul Ehsan.

Manusia Tuhan

(10)

42

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan hubungan vertikal dan horizontal antara tiga hubungan.

Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) membawakan tiga hubungan penting di dalam setiap kerangka modelnya bagi mencapai keharmonian di dalam masyarakat. Sekiranya manusia menjaga dirinya sendiri, memelihara hubungan dengan Pencipta-Nya, maka hubungannya dengan sesama manusia atau makhluk lainnya akan baik.

2. Khatijah et al (2009) mencirikan empat konsep penting di dalam spiritual Islam, iaitu Iman, Islam, Taqwa (Fatimah 2012), dan Ihsan.

Di dalam model Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES) menegaskan bahawa keimanan adalah penting berdasarkan konsep keyakinan terhadap kewujudan Tuhan sebagai Pencipta Alam dan Makhluk serta hari akhirat. Penekanan Islam pula diberi secara praktikal iaitu melalui zikir mengingati Allah pada permulaan modul, serta mengingatkan kembali tujuan penciptaan manusia di dunia. Elemen taqwa yang diterapkan adalah istiqamah di dalam melakukan perkara kebaikan, serta menjaga diri dari perbuatan yang menyusahkan orang lain dan diri sendiri. Ihsan atau ehsan dalam definisi model adalah manifestasi tahap paling tinggi amalan dan perbuatan individu yang lahir dari kekuatan spiritual. Slogan yang dibawa dalam

model, “mengehsankan insan Selangor Darul Ehsan” menginginkan keberhasilan yang

meliputi lima aspek, iaitu; elemen spiritual mampu menghasilkan sifat integriti, hati yang terbuka, berjiwa besar dan berkeyakinan. Physical pula menjadikan individu berdisiplin mengusahakan sesuatu secara berterusan, berdikari, berani dan jelas dengan apa yang mahu dilakukan. Intelektual melahirkan golongan yang pandai, dan berpendidikan serta kreatif. Keempat elemen ini akhirnya akan menghasilkan sosial yang baik iaitu berbuat kebajikan dan kebaikan dan saling membantu antara satu sama lain. 3. Fatimah (2012) menambah tiga ciri spiritual

Islam iaitu self control, self control and personal strenght, dan mercy (Rahima) and interpersonal power.

Dari segi self control,model ini mendidik manusia untuk mengawal diri daripada perkara negatif melalui elemen Pyhsical yang diterapkan dengan menjaga kesihatan diri dan memelihara daripada melakukan perbuatan yang mudharat dan tidak sihat. Self control and personal strenght pula didapati daripada amalan Spiritual yang kuat dengan Allah SWT akan menghasilkan kekuatan dalaman dan kemampuan mengawal diri daripada melakukan perkara yang

merosakkan diri. Mercy

(11)

43

saling hormat menghormati, dan menghargai manusia serta makhluk lain.

Spiritual Intelligence Barat Di Dalam Modul

Di dalam perbincangan ini, pengkaji membahagikan dua perbincangan iaitu pertama penggunaan spiritual quotient (SQ) dan indikasi atau kriteria spiritual quotient (SQ) di dalam model.

1. Penggunaan spiritual quotient (SQ) di dalam modul. Bil. Penggunaan Spiritual Intelligence

Barat

Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).28

1. Menggunakan SQ untuk menjadi lebih kreatif, berwawasan luas, atau spontan secara kreatif.

Modul SPIES dibentangkan oleh Puan Mastura dan Cik Zuraida Zakaria. Fasilitator yang turut terlibat adalah Siti Shazwani, Muhammad Ikhsan, dan Muhammad Munzir. Untuk menjelaskan modul yang telah dibentangkan, Puan Mastura dan fasilitator yang lain akan berlakon secara spontan dan kreatif untuk memberi gambaran yang jelas kepada peserta. Untuk menjana SQ yang lebih berwawasan kajian Al-Fatih membuka kota Konstantinople telah dibentangkan oleh penulis buku,

Muhammad Sya’ari Ab.Rahman. Hubungan SQ dihubungkan

dengan bagaimana wawasan (impossible vision) Sultan Muhammad Al-Fatih untuk menakluki Konstantinaple yang mempunyai keutuhan bangunan yang teguh disamping ketenteraan yang kuat. Namun, hal itu tidak menjadi masalah kerana ketaqwaan Sultan Muhammad al-Fatih kepada Allah SWT melebihi segala-galanya.

2.

Menggunakan SQ untuk berhadapan dengan masalah yang wujud, dimana apabila ketika individu merasa tersekat dengan masalah dan terperangkap dengan kebiasaan lampau akibat penyakit dan kekecewaan.

Menggunakan SQ untuk berhadapan dengan masalah baik dan jahat, hidup dan mati, dan asal-usul sejati penderitaan dan putus asa manusia.

SPIES menggunakan SQ di dalam mendepani masalah di Malaysia seperti kadar bunuh diri, kes buang anak, sumbang mahram dan pelbagai gejala sosial yang lain. Oleh itu, elemen SPIES seperti yang dijelaskan di dalam definisi di atas adalah konklusi dan solusi untuk masalah dan gejala sosial di Malaysia, khususnya di Selangor.

3.

Menggunakan SQ untuk lebih cerdas di dalam beragama. SQ membawa kepada jantung segala sesuatu, dan mampu menghubungkan makna dan roh di dalam agama.

SQ adalah secara ringkasnya mencari makna di dalam kehidupan, begitu juga dengan modul SPIES yang turut menekankan bahawa asasnya adalah kembali kepada agama selain, menjadikan agama sebagai jalan atau cara hidup di dalam kehidupan. Sebagai contoh, mengingati Allah SWT setiap masa, pertuturan, dan perbuatan.

28

(12)

44 4. SQ memungkinkan untuk

menyatukan intrapersonal dan interpersonal dan menyambungkan kembali jurang antara individu dan orang lain.

SPIES mengutarakan 12 misi untuk menjadi orang bermagnet. Antaranya adalah :

 5S – senyum, salam (salam semut), sapa, sopan, dan santun.

 5M – membaca, mengira, menulis, memikir, mengamal  Think Others (fikir tentang orang lain)

 Be a good listener (menjadi pendengar yang baik)  Sifat suka memberi bukan tunggu untuk menerima  Menolong, memudahkan dan meraikan orang  Make everybody feel wanted (membuat semua orang

rasa dihargai)

 Lebih sabar (menahan perasaan – buahkan pahala)  Tidak rasa diri hebat untuk mengelakkan rasa riak.  Melihat kekuatan sahabat bukan kelemahan

 Berjiwa besar dan berlapang dada- sentiasa menuntut ilmu

 Berfikiran positif dan sangka baik dgn Allah.

Dua belas misi ini membabitkan hubungan antara manusia, tidak kira berbeza personaliti sekalipun.

2. Indikasi dan kriteria Spiritual Intelligence dan Spiritual Quotient (SQ) di dalam model.

Bil. Indikasi dan kriteria Spiritual Intelligence atau Spiritual Quotient (SQ).

Modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial (SPIES).29

1.

Kemampuan untuk bersikap fleksibel spontan dan aktif.30

Konsultan SPIES menggunakan visualisasi dengan mengetengahkan lakonan di dalam setiap kupasan modul di samping mempersembahkan pembentangan dengan intonasi suara yang sederhana bersama iringan muzik.

2.

Tingkat kesedaran diri yang tinggi31.Kesedaran yang tinggi adalah untuk tentang pertanyaan

kepada diri, “di manakah

berakhirnya saya?” Persoalan itu

sesungguhnya dapat adalah sebenar titik pertumbuhan dan titik perubahan dalam diri manusia.32

SPIES membangkitkan rasa kesedaran yang tinggi apabila ia mengingatkan mengenai ‘spiritual life’ iaitu apabila bangun tidur, sentiasa bersyukur kepada Allah dan berfikiran positif. Selain itu, SPIES juga menekankan dunia adalah sekadar pentas lakonan, dan ladang amalan untuk dihitung di tuaian akhirat nanti. Oleh sebab itu, sabda Nabi SAW :

“Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa

mengingati mati.”

(Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya). Individu yang sentiasa mengingati mati akan bersedia ke arah itu seperti memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik, menjaga hubungan dengan Allah SWT dan menjaga hubungan antara sesama manusia.

3.

Kemampuan untuk menghadapi dan memanfaatkan penderitaan

(13)

45 dan kemampuan untuk

menghadapi dan melampaui rasa sakit.

4.

Kualiti hidup yang diilhamkan oleh visi dan nilai-nilai.

Walk the talk. Buat seperti apa yang diperkatakan.

5. manusia lainnya mengikut kaum. Selain itu, menurut Freud, “we can never love our neighbour as we love ourselves.”SQ yang tinggi akan membawa manusia merasakan sekiranya dia merugikan orang lain, maka dia akan merugikan dirinya sendiri. Sekiranya kita mencemari

Cubaan membebaskan daripada belenggu dosa, seperti :  Salah sangka (persepsi negatif)

 Rasa susah hati kerana masalah.

“Jadikan masalah sebagai pengajaran hidup”.

SPIES menganggap bahawa belenggu ini adalah suatu kerugian kepada individu, kerana ia akan menjauhkan hubungan antara dengan Tuhan dan sesama manusia. Justeru, belenggu ini perlu dibuang supaya dapat meningkatkan rasa taqwa kepada Allah dan kasih sayang antara sesama manusia. Malah, di dalam SPIES sering diingatkan bahawa, “life is cycle”, sekiranya pada hari ini kita berbuat kerosakan, maka suatu hari nanti, ia akan

Melalui kecenderungan ini, SPIES melihat bahawa apa yang manusia lakukan di dunia ini adalah berkait dengan apa yang akan dapat di akhirat. Pepatah Inggeris menyebut, “what we give, we get back”. Justeru, setiap apa yang dilakukan adalah baik, maka dapatannya juga baik, begitu juga dengan sebaliknya. 7. individu untuk jujur terhadap diri mereka dan benar-benar sedar terhadap diri sendiri. Malah, ia menuntut supaya menerima pengalaman, agar dapat menangkap cara baru. Zohar sekali lagi menekankan bahawa “we live the questions rather than the answers”.

Walaupun SPIES mengutamakan konsep kembali kepada Tuhan, namun ia juga sentiasa mengingatkan bahawa usaha itu juga perlu diutamakan dan doa itu adalah selepas berikhtiar. Sebagaimana kisah lelaki cina yang bermain judi menanam tanaman, beliau sentiasa menjaga tanamannya cukup air, baja dan keperluan matahari. Selepas melihat tanamannya, beliau pergi berjudi. Lain dengan seorang muslim yang juga mempunyai tanaman, namun beliau tidak mempedulikan keperluan tanaman, sebaliknya mengutamakan ibadahnya. Dalam konteks ini, tentulah tanaman lelaki cina yang menjadi dan subur, hal ini kerana beliau telah berusaha untuk menjaga keperluan tanamannya. Berbanding dengan lelaki Muslim tadi yang tidak berusaha ke arah itu dan mengharapkan keajaiban yang berlaku apabila beliau mengutamakan ibadah. Kejayaan hanyalah milik orang yang berusaha.

8.

Menjadi apa yang disebut oleh ahli psikologi – field independent atau menjadi inspirasi kepada orang lain (Zohar & Marshall

(14)

46 2000).

Ciri utama untuk SQ yang tinggi adalah apa yang disebut di dalam psikologi “field-independent” iaitu mampu berhadapan dengan khalayak, bertegas dengan hujah yang sangat diyakini. Oleh sebab itu, harus munculnya kesedaran dalam diri yang kuat terlebih dahulu. Ciri SQ ini lebih mengarah kepada fungsi ego sebagai contoh, berada di luar dari garisan kumpulan, tetapi masih mampu memberi sumbangan dari segi pandangan - I know who I am, and what I believe - adalah satu individualisasi bukanlah egoisme.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

(Hadis riwayat Muslim).

Oleh sebab itu, untuk memiliki iman yang sempurna, individu mestilah yang sentiasa baik terhadap orang lain. Ukuran baik ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW,

“sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang

lain.”

(Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sahih al-Jami' al-Shaghir wa Ziyadatihi, al-Maktab al-Islami, cetakan ke-3, Beirut, 1408H, no:3289).

Selain itu, individu mestilah memikirkan orang lain ‘think others’ di dalam setiap pertuturannya serta melakukan kebaikan kecil ‘small kindness’ di dalam setiap perbuatan supaya ia bukan sahaja memudahkan orang lain tetapi mampu memberi contoh terbaik di dalam kalangan masyarakat juga.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, spiritual intelligence bukanlah perkara yang baru di dalam Islam. Ianya telah ada pada zaman Rasulullah SAW, namun tidak pernah diistilahkan atau dibentukkan menjadi disiplin ilmu. Kecerdasan spiritual sebenarnya adalah asas kepada apa yang di dalam Islam, namun golongan Barat sebahagiannya tidak memasukkan unsur keagamaan di dalamnya, walaupun terdapat nilai-nilai dan unsurnya terdapat di dalam agama. Oleh yang demikian integrasi yang terdapat di dalam model dan modul Spiritual Physical Intelektual Emosi Sosial dilihat dapat membangunkan kerohanian di dalam masyarakat secara komprehensif dan efektif seiring dengan dunia globalisasi pada masa kini.

RUJUKAN

Abd. Jalil. 1991. Rukun Iman : Huraian dan Pecahannya. Kuala Lumpur : Mahir Publications Sdn. Bhd.

Abu Sangkan. 2006. Berguru kepada Allah. Jakarta : Yayasan Solat Khusyu’.

Fatimah. 2012. Teaching Islamic Ethics and Ethical Training : Benefiting from Emotional and Spiritual Intelligence. dlm. International Journal of Humanities and Social Science 2(3): 224-232.

Khatijah et al. 2009. Asas Pembangunan Spiritual dalam Pembentukan Modal Insan. dlm. Prosiding Seminar Kebangsaan Ketamadunan Islam 2009 (NASIC ‘09). Hotel Impiana, Ipoh 8-9 Disember 2009.

Mastura Mohammad & Zuraida Zakaria. 2012, 2013. Modul SPIES Pemantapan Belia. Hotel Quality, Shah Alam.

Mohamed Asin Dollah. 1998. Antara Psikologi Islam dan Ilmu Kerohanian Islam. dlm. Islam Akidah dan Kerohanian. Bangi : Penerbit UKM.

(15)

47

Mostafa. 2003. Pembangunan Rohani menurut Persepektif Tasawuf dan Psikologi Moden. dlm Jurnal Islamiyyat 24 : 21-35.

Ruziah binti Ghazali. 2013. Temu bual pada 24 September 2013.

Ruziah binti Ghazali. 2013. Kertas Kerja Pembangunan Modal Insan (PMI) Selangor Program S.P.I.E.S.

Ruziah binti Ghazali. 2013. Kertas kerja Mengehsankan Insan Selangor Darul Ehsan. TM Sulaiman. 2002. Terorisme Global dan pengganas : Cabaran Hidup beragama pada Alaf

Baru. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil analisis diatas, dapat disimpulkan bahwa formula gel ekstrak etanol daun Kecombrang (Etlingera elatior) mempunyai efektivitas dalam menyembuhkan luka sayat pada kelinci

Cloud computing merupakan sistem virtualisasi yang mampu menampung beragam platform, bahasa program (coding), aplikasi dan infrastruktur yang berbeda agar dapat bekerja dalam satu

Hasil presentasi tindakan KK/Ibu rumah tangga tentang pengelolaan sampah rumah tangga di Kelurahan Penfui Kecamatan Maulafa Kota Kupang tahun

Yang mana jika gambar tersebut tidak sama atau bukan pasangannya maka gambar tersebut akan tertutup kembali sehingga pemain harus lebih berkonsentrasi dan mengingat

kriteria berhak mendapatkan paket Elpiji 3 kg secara gratis (contoh: penduduk musiman yang tidak memiliki KTP/ KK / Surat Keterangan dari kelurahan setempat), maka dapat

Dalam Makalah ilmiah Anies Ma’rufatin mengenai respon pertumbuhan tanaman kentang dalam sistem aeroponik terhadap periode penyinaran, juga menjelaskan bahwa aeroponik

Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan (Jabatan

Strategi penting yang perlu diterapkan adalah guru mengadvokasi dan memfasilitasi siswa agar teks-teks yang telah dihasilkan dapat dipublikasi melalui media