• Tidak ada hasil yang ditemukan

Usaha Guru dalam Membangunkan Profesiona

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Usaha Guru dalam Membangunkan Profesiona"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Usaha Guru dalam Membangunkan Profesionalnya: Satu Kajian Kes Guru Fizik Sekolah Menengah di Bandar Makassar Indonesia

Muhammad Djajadi, Bambang Sumintono, Nora Mislan Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak. Pembangunan profesional guru fizik memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan fizik. Namun, kajian sebelum ini telah mendedahkan bahawa kandungan pengetahuan fizik, pengetahuan kurikulum, dan kandungan pengetahuan pedagogi guru seringkali tidak lengkap atau tidak mencukupi. Daripada perspektif ini, satu projek penyelidikan direka yang bertujuan untuk mengenalpasti bagaimana guru belajar dan apa yang mereka perlu pelajari daripada satu projek pembangunan profesional. Dalam projek ini, penyelidik telah melaksanakan rumusan kategori Blackburn (2000) dalam kaitannya dengan pelaksanaan pembangunan profesional guru yang berkesan. Penyelidik akan melihat bagaimana sebenarnya pelaksanaan pembelajaran guru sebagai orang dewasa dalam satu wadah program pembangunan profesional serta apa yang mereka perlu pelajari. Dalam artikel ini, kerangka kajian kualitatif dan kuantitatif dibentang untuk memahami perkembangan pembelajaran guru. Hasil analisis data menunjukkan bahawa pembelajaran guru dalam pembangunan profesional ini mempunyai kesan pada guru dan amalan kelas mereka. Selain itu, analisis mendapati bahawa pembangunan profesional guru merupakan pendukung utama dalam meningkatkan pengetahuan, sikap, dan kemahiran guru.

Katakunci: Pembangunan Profesional Guru, Guru Fizik

Abstract. Physics teachers’ professional development plays an important role in the effort to improve the quality of physics education. However, previous studies have revealed that the content of physics knowledge, curriculumknowledge, and pedagogical content knowledge of the teachers is often incomplete or inadequate. From this perspective, a research project that aims to identify how teachers learn, and what they need to learn from a professional development activities analyzed. In this study, researchers have implemented concept from Blackburn (2000) in relation to the implementation of effective teacher professional development. Researchers look at how the implementation of teacher learning as an adult in a platform of professional development programs. In this article, the qualitative and quantitative study framework is presented to understand the development of teachers' learning. Findings of this study show that teacher learning in professional development has an impact on teachers and their classroom practices. In addition, the analysis found that the professional development of teachers is a major proponent in improving knowledge, attitudes, and skills of teachers.

Keyword: Teacher Professional Development, Physics Teacher PENGENALAN

(2)

profesional guru seharusnya dilaksanakan di peringkat bandar, luar bandar, sekolah, atau daripada guru itu sendiri.

Pembangunan profesional guru di Indonesia sebenarnya sudah ada sejak zaman kolonial, tetapi hanya diperuntukkan bagi mempertahankan dan melayani kepentingan kolonial sahaja (Mudyahardjo, 2009; Poerbakawatja, 1970). Sehingga pada tahun 1979, kerajaan menubuhkan pusat in-service pembangunan profesional guru atau Pusat Pembangunan Pendidikan Guru (PPPG) di dalam melengkapkan aktiviti pembangunan profesional daripada sistem yang sedia ada (Adey, Hewitt, Hewitt, & Landau, 2004). Selanjutnya, inisiatif polisi kerajaan pusat membentuk Pemantapan Kerja Guru [PKG] (Adey, et al., 2004; Nielsen, 2003; Thair & Treagust, 2003). Projek PKG bermula daripada tahun 1980 sehingga tahun 1993, kemudian bengkel pembangunan guru kaedah PKG digantikan dengan program baru yang disebut sebagai Mesyuarat Guru Mata Pelajaran (MGMP). Sistem ini berlaku sehingga reformasi yang berlaku sekarang (Thair & Treagust, 2003).

Terdapat dua masalah utama guru di Indonesia iaitu amalan pedagogi dalam bilik darjah masih berpusatkan guru, dan penekanan pada belajar menghafal di dalam bilik darjah (Bjork, 2005; Sriyati, 2009; Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, & Fatin Aliah Phang, 2010; Zulfikar, 2009) yang mengakibatkan pengajaran sains dalam bilik darjah masih jauh daripada yang diharapkan (Wahyudi & Treagust, 2004). Hasil kajian yang dilakukan oleh “The Trend International Mathematics and Science Study (TIMSS)” tentang penilaian kemampuan matematik dan sains bagi pelajar Indonesia usia 15 tahun, yang dilaksanakan pada tahun 1999, 2003, dan 2009 puratanya masing-masing iaitu 435, 420, dan 427 daripada purata antarabangsa 500 (Gonzales, et al., 2004; Gonzales, et al., 2009; Martin, Gregory, & Stemler, 1999; Mullis, et al., 2007; NCES, 2001). Hasil ini masih lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pelajar negara jiran misalnya Malaysia dengan purata masing-masing 492, 510, dan 471 pada tahun yang sama. Kajian lain dilakukan oleh “Program for International Student Assessment (PISA)” yang dilaksanakan pada tahun 2006 dan 2009 pencapaian pelajar Indonesia iaitu masing-masing 393 dan 383, dari purata antarabangsa 500 (Baldi, Jin, Skemer, Green, & Herget, 2007; Fleischman, Hopstock, Pelczar, & Shelley, 2010). Hasil PISA ini pun menunjukkan bahawa pencapaian pelajar Indonesia masih berada di bawah negara jiran seperti Thailand dengan purata 421 dan 425. Sama ada TIMSS mahupun PISA menunjukkan bahawa pencapaian hasil belajar matematik dan sains pelajar-pelajar Indonesia usia 15 tahun (usia Sekolah Menengah Pertama [SMP]) berada di bawah standard purata antarabangsa. Baldi, et al. (2007) mengemukakan bahawa sekitar 61 peratus pelajar SMP di Indonesia mempunyai pengetahuan sains yang sangat terhad, sementara kompetensi pelajar SMP diharapkan minimum mempunyai pengetahuan sains yang mencukupi bagi memberikan penjelasan konkrit daripada hasil penyelidikan sederhana.

Masalah lain mengenai pengajaran sains dalam bilik darjah antaranya iaitu, kurang lengkapnya peralatan makmal fizik, bilangan pelajar dalam satu bilik darjah terlalu ramai, beban mengajar guru terlalu ramai, praktikum menghabiskan ramai masa sementara bilangan jam terhad (Sriyati, 2009). Selain itu, penggunaan buku teks atau bahan pengajaran masih ada yang kurang tepat sehingga menyebabkan berlakunya salah faham kepada pelajar (Adisendjaja & Romlah, 2007). Oleh itu, pembangunan profesional guru fizik dalam hal penggunaan dan pemanfaatan makmal sangat diperlukan. Ini disebabkan kerana aktiviti praktikum lebih berkesan daripada seluruh pendekatan didaktik tradisional dan perbincangan (Sumintono, et al., 2010; Thair & Treagust, 1997, 1999; Wahyudi & Treagust, 2003).

(3)

guru belum mampu menyusun kajian tindakan (PTK) dalam upaya pembangunan kerjaya dan karya tulis; dan ketiga, ramai guru belum mampu menggunakan sesuatu produk ICT sama ada sebagai saranan pengajaran mahupun punca belajar, sehingga tugas-tugas yang diberikan tidak boleh diselesaikan tepat pada masanya (MGMP1, 2011; MGMP4, 2011).

Oleh itu, berdasarkan kenyataan dan pelbagai masalah yang telah dipaparkan di atas, sehingga perlu dilakukan kajian mengenai pembangunan profesional guru dalam kaitannya dengan penyelenggaraan pendidikan di Bandar Makassar Indonesia. Kajian ini difokuskan pada pembangunan profesional guru fizik pada sekolah menengah pertama (SMP) di Bandar Makassar Indonesia. Penyelidik akan melihat bagaimana sebenar daripada pelaksanaan belajar guru fizik sebagai orang dewasa dalam satu program pembangunan profesional serta apa yang perlu dipelajari bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan sikap mereka dalam mengajar yang pada akhirnya boleh meningkatkan kualiti pendidikan.

PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU

Salah satu isu yang sering dibincangkan dalam pembangunan profesional guru ialah mengenal pasti unsur-unsur kritikal yang menentukan kejayaan program berkenaan. Menurut Guskey (1994), proses pengajaran dan pembelajaran adalah kompleks dan memerlukan usaha-usaha yang tertanam dalam konteks yang penuh dengan kepelbagaian. Oleh itu kombinasi kompleksiti dan kepelbagaian inilah yang menyebabkan pengkaji sukar, walaupun tidak mustahil mengemukakan satu jawapan yang betul dalam memastikan kejayaan program pembangunan profesional (Guskey, 1994).

Pembangunan profesional guru merupakan pembelajaran orang dewasa. Pembelajaran dewasa dikategorikan kepada tiga teori iaitu yang berteraskan ciri-ciri pelajar dewasa, yang berdasarkan situasi hidup orang dewasa, dan yang berfokus daripada kesadaran orang dewasa (Merriam & Caffarella, 1991).Daripada perspektif teori tersebut, Blackburn (2000) membuat rumusan dengan mengkategorikan ciri-ciri pembelajaran dewasa kepada lima tema seperti: Pertama, sebagai orang dewasa yang matang, mereka suka pembelajaran sendiri. Orang dewasa melihat diri mereka sebagai bebas, bertanggungjawab, dan berkemampuan mengarah dan menilai pembelajaran sendiri. Kedua, pembelajaran dewasa adalah berdasarkan pengalaman. Orang dewasa mempunyai latarbelakang pengalaman yang luas dan mempunyai asas pengetahuan tertentu yang boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran. Ketiga, pembelajaran orang dewasa juga berkesan apabila berpusatkan dunia sebenar. Ini bermaksud program pembelajaran dewasa hendaklah berubah penekanannya daripada fakta kepada manusia dengan mengaitkan pembelajaran kepada realiti seharian. Keempat, orang dewasa belajar secara berkesan dalam persekitaran pembelajaran yang bersesuai. Kelima, pembelajaran dewasa berkesan memilih orientasi pertumbuhan dan menyediakan pendekatan pembelajaran aktif (Blackburn, 2000).

(4)

Seterusnya, akan dipaparkan beberapa kajian mengenai pembangunan profesional guru di Indonesia.Kajian yang dilakukan oleh Nielsen (2003) mengenai reformasi pendidikan guru di Indonesia menerangkan bahawa usaha besar bagi meningkatkan kualiti pendidikan iaitu melalui pengukuhan latihan guru. Ini menunjukkan tahap iltizam dan pelaburan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam aktiviti pembangunan guru dengan melibatkan pelbagai projek yang mempunyai kualiti ciri pembaikan canggih. Satu pemeriksaan ciri kritikal ini akan mendedahkan pola keputusan projek yang mengecewakan dalam hal meningkatkan kualiti yang sebenar daripada pendidikan dan pembangunan profesional guru yang umumnya tidak menyebabkan prestasi guru menjadi lebih baik.

Kajian lain daripada Thair dan Treagust (2003) mengenai sejarah singkat dari inisiatif pembangunan profesional guru sains di Indonesia dan implikasinya pada pusat pembangunan guru menjelaskan bahawa dalam membina pelajaran dari projek PKG di Indonesia dan pendekatan baru bagi pembangunan profesional guru sains, kerajaan perlu merancang pendekatan zon berasaskan luas terhadap pembangunan pengetahuan profesional guru sains. Perancangan pembangunan profesional guru sains perlu berlaku di dalam kebangsaan yang luas mengenai pendidikan dasar dan konteks. Dalam mewujudkan pendekatan ini, elemen kunci mungkin dipertingkatkan pemanfaatan satu model cascade dengan maklumat misalnya melalui daripada jurulatih PKG atau instruktur melalui kakitangan serantau dan daerah, atau menerusi aktiviti PKG peringkat sekolah.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif pendekatan kajian kes bagi mendapatkan gambaran berkaitan dengan upaya guru dalam membangunkan profesionalnya. Adapun kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu pemerhatian, soal selidik, temubual, dan dokumentasi. Soal selidik terdiri daripada soalan-soalan terbuka (open-ended questions) dalam mana satu soalan terbuka diberikan bagi menggalakkan jawapan penuh bermakna yang menggunakan pengetahuan ataupun perasaan sendiri daripada responden (Adey, et al., 2004; Mohd. Najib, 2003).

Penyelidikan lapangan berlangsung di Bandar Makassar. Satu bandar yang terletak di pantai barat Negeri Sulawesi Selatan, Indonesia. Terdapat 14 daerah daripada Bandar Makassar. Setiap daerah mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau 3 Sekolah Menengah Pertama (SMP) (Tingkatan 1 hingga 3 atau pelajar tahun 7 hingga 9). Bilangan SMP Kebangsaan seramai 40 unit dengan bilangan guru fizik seramai 112 orang (BPPD & BPS, 2010).

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan teknik persampelan tidak rawak. Satu teknik dimana tidak boleh mendatangkan peluang atau kesempatan yang sama bagi setiap unsur atau ahli populasi untuk dipilih menjadi sampel (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, & Abdul Rahim Hamdan, 2006; Trochim, 2006). Seterusnya, teknik persampelan tidak rawak yang digunakan ialah persampelan bertujuan di mana merupakan teknik penentuan sampel dengan pertimbangan tertentu dan bermatlamat (Azizi Yahaya, et al., 2006; Given, 2008; Merriam, 1998; Patton, 2002; Wikipedia, 2009). Oleh itu, penyelidik memilih 17 SMPN daripada 40 SMPN yang ada di bandar Makassar. Penyelidik menggunakan pengkodan seperti AA/Q-01 untuk responden soal selidik dan AA/I-01 untuk responden temubual. AA merupakan kod sekolah responden, Q adalah soal selidik, dan I adalah temubual, sementara 01, 02, merupakan kod responden nombor 1 atau nombor 2.

(5)

pada kumpulan umur 40 hingga 50 tahun (61%), dan umumnya mempunyai pengalaman mengajar diantara 10 hingga 20 tahun (55%). Selebihnya mengajar lebih dari 20 tahun (33%) bahkan ada responden yang hampir bersara. Pendidikan tertinggi responden sebahagian besar adalah Sarjana (bachelor degree) (86%) bahkan beberapa orang guru diantaranya berpendidikan Master (master degree) (8%). Responden berlatarbelakang pendidikan fizik (91%), biologi (6%), dan teknik (3%).

HASIL KAJIAN DAN PEMBAHASAN

1. Upaya membangun kompetensi pengetahuan, sikap, dan kemahiran guru

Soalan mengenai upaya guru fizik SMPN Bandar Makassar dalam membangun kompetensi pengetahuan iaitu dengan cara belajar sendiri, berkongsi pendapat, belajar melalui internet, melakukan kajian sederhana, mengikuti latihan, dan melanjutkan pendidikan. Belajar sendiri adalah aktiviti yang paling sering dilakukan oleh guru fizik dengan cara membaca buku dan media pembelajaran lain (suratkhabar, majalah dan lain-lain). Pandangan tertulis guru seperti:

Cara saya belajar yaitu memperbanyak membaca buku dan bacaan lain seperti artikel dan media lainnya yang relevan dengan materi yang akan diajarkan (AK/Q-01)

Sementara pandangan lisan dikemukakan oleh guru:

Menurut pengalaman saya, yaitu mencari buku atau sumber rujukan kemudian dibaca dan dipelajari. Setelah itu barulah diterapkan dalam proses belajar mengajar (AK/I-01).

Berdasarkan pendapat di atas, sama ada lisan mahupun tulisan menjelaskan bahawa untuk membangun kompetensi pengetahuan maka seorang guru dituntut untuk selalu belajar sendiri, dilakukan dengan ramai membaca literatur, buku, atau punca lain yang relevan dengan materi yang akan diajarkan. Ini sesuai dengan rumusan kategori Blackburn (2000) mengenai pembelajaran orang dewasa bahawa sebagai orang dewasa yang matang, guru suka pembelajaran sendiri.

Berkongsi pendapat juga merupakan cara yang sering dilakukan oleh guru fizik yang biasanya dilakukan dengan orang yang lebih pintar ataupun dilakukan bersama rakan guru yang mengajar fizik. Tanggapan tertulis dikemukakan oleh guru:

Hal yang saya lakukan untuk meningkatkan pengetahuan saya yaitu dengan melakukan sharing pendapat dengan rekan seprofesi, bertanya kepada teman yang bisa atau saling tukar pendapat dengan guru (BG/Q-01).

Hal ini sesuai dengan pandangan lisan yang dikemukakan oleh AP/I-01 sebagai berikut: Hal yang saya lakukan adalah mendekati orang yang pintar atau teman guru yang cerdas, agar kita bisa mendapatkan apa yang dia bisa.

Oleh itu, dari pandangan di atas menunjukkan pentingnya dilakukan perkongsian pendapat dengan rakan setugas yang juga mengajar fizik ataupun kepada orang yang lebih pintar, agar kompetensi pengetahuan kita boleh meningkat.

Selanjutnya, belajar melalui internet. Hal ini dilakukan oleh guru fizik dengan cara mencari materi-materi yang akan diajarkan, mencari artikel atau jurnal, mencari media pembelajaran, kajian, dan lain-lain. Adapun pandangan secara tertulis mengenai hal ini dikemukakan oleh tiga orang guru:

Kalau saya sendiri, cara saya belajar adalah membuka internet terus menerus. Yang jelas, saya tidak bosan-bosannya membuka internet (BC/I-01).

(6)

Adapun cara saya belajar yaitu belajar dari berbagai sumber seperti internet dan lain-lain (AH/I-01).

Dari ketiga pandangan di atas menunjukkan bahawa salah satu cara belajar yang baik di dalam membangun kompetensi pengetahuan guru adalah mencari punca belajar melalui internet. Keputusan ini sesuai dengan pemerhatian bilik darjah yang dilakukan kepada guru AV/O3-01 di mana pelajar diberi tugas mencari maklumat mengenai mata dan cermin mata melalui internet langsung di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, pemerhatian bilik darjah kepada guru AD/O3-01 juga memberikan tugas yang sama kepada pelajar mereka mengenai pemanfaatan limbah melalui internet. Dokumen rancangan pengajaran (RPP) yang dibuat oleh guru seperti AV/D-01 menunjukkan bukti bahawa punca data dan rajah mengenai mata, cermin mata (peralatan optik) berpunca daripada internet. Aktiviti belajar yang paling digemari oleh guru fizik dalam membangun kompetensi pengetahuannya iaitu melalui program latihan, seperti MGMP, workshop, seminar, dan lainnya. Hampir seluruh guru menyampaikan komennya secara tertulis bahawa cara mereka belajar yang paling baik adalah mengikuti program latihan guru. Pandangan lisan dari dua orang guru adalah seperti berikut:

Pengalaman saya, yaitu ikut pelatihan-pelatihan, workshop, seminar, dan lain-lain (AK/I-01).

Jadi yang biasa saya lakukan yaitu ikut pelatihan, misalanya MGMP, workshop, seminar, dan lain-lain (AX/I-01).

Oleh itu, program latihan guru masa kini merupakan program yang sangat diinginkan oleh para guru fizik. Sejak tahun 2009, pelaksanaan program latihan guru SMPN bandar Makassar dalam bentuk program MGMP BERMUTU yang punca kosnya berasal daripada bantuan blockgrant Kementerian Pendidikan Nasional. MGMP merupakan satu aktiviti yang telah ada sejak tahun1980 dengan nama PKG yang menunjukkan betapa peliknya pembangunan profesional guru dalam hal ini (Adey, et al., 2004; Thair & Treagust, 2003). MGMP BERMUTU Bandar Makassar dibahagi kepada empat zon kerja. Masing-masing zon ini terdiri daripada sepuluh SMPN, kemudian SMPN masing-masing menghantar dua orang guru fizik untuk terlibat. Setiap zon terdiri daripada 20 orang guru fizik. Secara keseluruhannya terdapat lapan puluh orang guru fizik yang ikut aktif dalam program latihan MGMP fizik BERMUTU. Untuk Zon 1, Zon 2, dan Zon 3, pertemuannya dilakukan setiap minggu secara berkala. Sementara untuk Zon 4 (remote) pertemuan dilakukan paling ramai empat kali dalam satu sesi. Hal ini kerana Zon 4 adalah zon daripada SMPN yang ada di pinggiran bandar Makassar dan yang ada di pulau (ada tiga SMPN di pulau), sehingga proses dan koordinasinya agak sukar.

Mengikut laporan pertanggungjawaban pelaksanaan MGMP BERMUTU Zon 1 ditemukan bahawa kehadiran guru masih kurang. Daripada 20 guru, yang tidak hadir berkisar antara tiga hingga lapan guru di dalam setiap pertemuan. Perkara ini menunjukkan bahawa inisiatif guru masih kurang. Pola yang ada masih top-down dan belum menunjukkan inisiatif guru sendiri. Perkara ini pula menunjukkan bahawa MGMP Fizik BERMUTU merupakan aktiviti latihan guru yang sama dengan aktiviti PKG masa lalu dan boleh berjalan kerana pendekatan birokrasi dan sokongan dana daripada kerajaan.

Upaya lain yang dilakukan guru fizik untuk meningkatkan pengetahuannya iaitu dengan cara melanjutkan pendidikan pada peringkat yang lebih tinggi. Seperti yang dikemukakan secara tertulis oleh guru:

Untuk meningkatkan pengetahuan yang saya miliki, rencana kedepan untuk melanjutkan studi (AT/Q-03).

Tanggapan lain dikemukakan oleh BB/I-01 sebagai berikut:

(7)

Daripada hasil analisis data mengenai pendidikan tertinggi responden pada bahagian awal soal selidik serta temubual yang dilakukan penyelidik, didapati bahawa terdapat tiga orang guru fizik SMPN bandar Makassar berpendidikan sarjana (master degree). Ada tiga orang yang masa ini masih melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (master degree), dan seorang daripada mereka yang melanjutkan pendidikan ke peringkat doktoral (Ph.D). Hal ini menunjukkan upaya yang sebenar dilakukan oleh guru fizik di dalam membangun kompetensi pengetahuan yang dimilikinya.

Selanjutnya adalah upaya yang dilakukan guru fizik SMPN Bandar Makassar dalam membangun kompetensi sikap. Hasil analisis menunjukkan bahawa untuk membangun kompetensi sikap antaranya iaitu belajar dari pengalaman, berkongsi pendapat, bertanggungjawab, bersikap terbuka, bergaul dengan orang lain, dan aktif dalam aktiviti pembangunan karakter. Beberapa guru mengatakan bahawa untuk meningkatkan kompetensi sikap, perkara yang dilakukan adalah belajar dari pengalaman dengan cara membaiki yang masih kurang dan meningkatkan yang baik agar menjadi lebih baik. Pendapat tertulis dikemukakan oleh guru sebagai berikut:

Saya belajar dari pengalaman sehari-hari, merefleksikan diri sendiri, memperbaiki yang masih kurang, dan meningkatkan yang baik menjadi lebih baik (AK/Q-03). Berkongsi pendapat seperti yang dilakukan pada pembangunan kompetensi pengetahuan, dilakukan dengan cara belajar pada orang yang pintar dan belajar pada rakan sejawat atau rakan seprofesion. Pandangan tertulis seperti yang dikemukakan oleh tiga orang guru di bawah:

Harus bertanya kepada sesama teman sejawat, yang lebih pintar, atau pengetahuannya lebih (AC/Q-02).

Selalu sharing dengan teman sejawat dan lebih senior dibidang ini (AC/Q-03). Banyak bertukar pikiran atau sharing dengan teman-teman dalam menghadapi beberapa kasus (AP/Q-02.)

Selanjutnya, bertanggungjawab atas tugas yang diemban dilakukan dengan menanamkan sikap jujur, disiplin, sopan, dan taat. Pandangan tertulis dikemukakan oleh dua orang guru seperti:

Meningkatkan kejujuran, tanggungjawab, dan bimbingan (AC/Q-01).

Mempertahankan sikap yang jujur, disiplin, dan bertanggungjawab (AD/Q-01).

Jadi untuk membangun kompetensi sikap dilakukan dengan menanamkan sikap jujur, disiplin, sopan, taat, dan bertanggungjawap, sepertin yang telah dikemukakan oleh AC/Q-01 dan AD/Q-01 di atas.

Bersikap terbuka juga merupakan usaha guru dalam membangun kompetensi sikap yang dimilikinya. Hasil analisis ditemukan bahawa bersikap terbuka boleh dilakukan dengan cara memberikan contoh yang baik, memahami karakter siswa, mengadakan komunikasi dengan siswa, dan memecahkan masalah. Pandangan tertulis seperti yang dikemukakan oleh tiga orang guru:

Selalu berusaha bersikap terbuka kepada siswa sehingga siswa dapat Melakukan pembelajaran yang menyenangkan (AA/Q-01).

Mau belajar dan mengubah sikap dalam mengajar ke arah yang lebih baik dan menyenangkan, serta menarik (AA/Q-02).

Berusaha memberikan contoh yang baik kepada siswa (AX/Q-01).

Upaya lain adalah bergaul kepada rakan sejawat, ibu bapa, ataupun kepada siswa itu sendiri. Pandangan tertulis seperti dikemukakan oleh dua orang guru:

Saya selalu membangun hubungan dengan sesama guru, siswa, dan orang tua siswa (BH/Q-03).

(8)

Selanjutnya, upaya untuk membangun kompetensi sikap guru iaitu dengan cara ikut aktif dalam aktiviti keagamaan dan aktiviti organisasi profesion. Seperti yang dikemukakan oleh tiga orang guru:

Mengikuti beberapa lomba, membiasakan melakukan penelitian, dan melaksanakan pengabdian pada masyarakat (AV/Q-01).

Berusaha menempatkan diri dan bermanfaat di dalam masyarakat dan lingkungan (AT/Q-01).

Aktif dalam kegiatan keagamaan, melibatkan diri dalam upaya-upaya pembangunan karakter (AT/Q-03).

Jadi secara keseluruhannya, upaya yang dilakukan oleh guru fizik SMPN Bandar Makassar di dalam membangun kompetensi sikap, dilakukan dengan cara seperti belajar dari pengalaman, berkongsi pendapat, bertanggungjawab, bersikap terbuka, bergaul, dan aktif dalam aktiviti pembangunan karakter.

Kompetensi terakhir adalah kompetensi kemahiran guru. Hasil analisis data menunjukkan bahawa upaya yang dilakukan guru fizik untuk membangun kompetensi kemahirannya adalah dengan cara membuat media pembelajaran, menggunakan peralatan makmal, kursus-kursus, membuat LKS, dan melakukan kajian. Pandangan tertulis guru mengenai kemahirannya dalam membuat media pengajaran seperti dikemukakan dua orang guru:

Cara yang saya lakukan adalah membuat media pembelajaran dari bahan limbah sampah (AX/Q-01).

Mengadakan evaluasi daripada apa yang telah diajarkan, menggunakan atau membuat media yang ada di lingkungan sekitar sebagai media pembelajaran (BG/Q-01).

Hal ini menunjukkan bahawa seorang guru sentiasa kreatif dalam mengurus pengajaran, terutamanya di dalam penggunaan dan pembuatan media pengajaran seperti yang dikemukakan oleh guru AX/Q-01 dan BG/Q-01. Selain itu, juga merupakan alternatif strategi di dalam mengajar jika peralatan makmal di sekolah tidak memadai.

Selain itu, kompetensi kemahiran guru berdasarkan analisis data adalah mahir menggunakan peralatan makmal, sebagaimana pandangan tertulis yang dikemukakan oleh empat guru:

Merakit alat-alat yang ada di laboratorium maupun yang tidak ada, yang berhubungan dengan materi yang akan diajarkan (AC/Q-02).

Melakukan uji coba apa yang kami tahu (AC/Q-04). Terampil menggunakan alat dan bahan (BD/Q-02).

Terkait dengan ini, tentu sasarannya ke laboratorium memperbanyak melakukan latihan (AN/Q-02).

Daripada pendapat guru di atas menunjukkan bahawa sangat penting seorang guru fizik membangun kompetensi kemahiran dalam hal terampil menggunakan peralatan makmal.

Selanjutnya, upaya lain yang dilakukan guru fizik dalam membangun kompetensi kemahirannya adalah dengan cara mengikuti kursus-kursus seperti kursus ICT, Bahasa Inggeris, dan Multimedia. Hal ini sesuai pendapat tertulis yang dikemukakan oleh guru AL/Q-01 bahawa:

Upaya saya adalah mengikuti kursus-kursus ICT, Bahasa Inggeris, dan lainnya.

Upaya lain adalah merancang dan membuat lembar kerja siswa (LKS), seperti dikemukakan oleh AL/Q-04 sebagai berikut:

(9)

Pendapat guru AL/Q-04 sebenarnya juga merupakan upaya yang dilakukan guru dalam meningkatkan kemahiran dalam hal melakukan kajian dalam bentuk kajian tindakan (PTK), kajian kes, kajian kritis, jurnal, dan lainnya. Hal ini didukung oleh pandangan lain daripada dua orang guru:

Untuk meningkatkan kompetensi keterampilan, saya membuat media/alat peraga, PTK, jurnal, best praktis, powerpoint dan lain-lain (BB/Q-01).

Banyak melakukan penelitian, case study, dan sebagainya (AP/Q-02).

Daripada pendapat di atas, menunjukkan bahawa pelaksanaan kajian seperti PTK, kajian kes, jurnal, kajian kritis, serta merancang media pembelajaran dan membuat buku dan LKS merupakan upaya guru dalam membangun kompetensi kemahirannya.

Oleh itu, untuk membangun kompetensi kemahiran guru fizik SMPN bandar Makassar, dilakukan dengan cara membuat media pengajaran, menggunakan peralatan makmal, kursus-kursus, membuat LKS, dan melakukan kajian.

2. Pengisian pembangunan profesional guru fizik

Soalan seterusnya iaitu mengenai apa yang dipelajari oleh guru fizik SMPN bandar Makassar di dalam membangun profesionalnya. Seperti pada Jadual 1:

Jadual 1: Domain pengisian pembangunan profesional

Deskripsi Total (%)

Apa yang perlu Anda pelajari dalam mengembangkan profesional Anda yang boleh memberi impak pada sikap, pengetahuan, kemahiran, dan aplikasi? (boleh lebih dari satu pilihan)

- Pengisian pengetahuan pedagogi - Pengisian kurikulum

- Pengisian materi pengajaran - Pengisian ICT

64 67 69 78

Hasil analisis menunjukkan bahawa sebahagian besar guru fizik menginginkan ICT (78%) sebagai pengisian yang harus dipelajari di dalam membangun profesionalnya. Meskipun ramai juga guru yang memilih pengisian materi pengajaran (69%), pengisian kurikulum dan pengajaran (67%), dan pengisian pengetahuan pedagogi (64%) sebagai alternatif kedua.

Selain daripada empat pengisian pembangunan profesional yang dipaparkan di atas, pengisian lain yang diinginkan oleh guru fizik SMPN bandar Makassar iaitu membuat karya ilmiah atau melakukan kajian, analisis soalan, kemahiran dalam penilaian berasaskan kelas, dan penilaian prestasi guru. Secara keseluruhannya, beberapa pandangan tertulis guru seperti di bawah:

Menurut saya, konten yang penting selain empat konten itu adalah karya ilmiah dan analisis soal (AK/Q-01).

Selain empat konten, menurut saya adalah penilaian kinerja guru dan PTK (AK/Q-02).

3. Halangan yang dihadapi guru dalam pengajaran dan cara mengatasinya

Soalan selanjutnya mengenai halangan yang dijumpai oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta cara mereka mengatasi halangan itu. Daripada hasil analisis data menunjukkan bahawa halangan yang di dapati guru antaranya berasal dari faktor pelajar, buku pakej/LKS, makmal sains fizik, dan media pengajaran berasaskan IT.

(10)

Sebenarnya kalau berbicara mengenai kendala, salah satu diantaranya adalah tingkah laku siswa itu berbeda-beda. Ada kecenderungan setiap tingkah laku anak itu cenderung negatif dalam kelas, sehingga cara menanganinya juga berbeda-beda (AC/I-01).

Kendala yang paling saya rasakan adalah masalah pengelolaan kelas, terutama pada kelas-kelas yang heterogen. Banyak siswa yang datang ke sekolah memang sepertinya bukan untuk belajar (AP/I-01).

Kendala mengenai siswa, dimana input siswa berasal dari SD di pulau sehingga kualitas siswa tergolong sedang kebawah. Akibatnya saya sangat sulit menerapkan materi-materi pelajaran yang sedikit agak tinggi (BB/I-01). Secara umum, kendala yang saya alami sebenarnya mengenai jumlah siswa dalam kelas terlalu banyak, karakter siswa yang berbeda-beda, dan latar belakang siswa yang bermacam-macam. Jadi untuk mengantisipasi kendala ini kuncinya adalah bagaimana kita mengelolanya sehingga tidak terlalu menghambat pelaksanaan pembelajaran (AH/I-01).

Hasil ini sesuai dengan temuan sebelumnya daripada Sriyati (2009) bahawa bilangan pelajar dalam satu bilik darjah terlalu ramai, watak daripada pelajar berbeza-beza. Oleh itu, jawatankuasa pendidikan dan pengetua SMPN perlu memberikan had-had mengenai zais pelajar dalam satu bilik darjah. Selain itu, guru fizik perlu belajar mengenai pengurusan berasaskan kelas.

Halangan seterusnya adalah mengenai buku pakej atau LKS. Daripada hasil analisis data diperolehi bahawa halangan yang dialami guru adalah semasa pelajar lupa membawa buku, rosak atau hilang, buku pakej sudah lama, dan perisiannya sangat terhad. Pandangan guru secara lisan seperti berikut:

Mengenai buku pelajaran, siswa sebenarnya punya buku tetapi terkadang siswa tidak membawanya ke sekolah. Padahal buku tersebut dibeli dengan menggunakan dana BOS (Bantuan Operasional Sekolah). Selain itu, memang materi dari buku BOS tersebut sangat terbatas. Oleh karena itu, biasanya saya paralelkan dengan buku-buku sumber lain. Namun jika diparalelkan sangat sulit sekali pengadaannya, sementara guru tidak diberi kesempatan untuk mengusahakan buku bagi siswanya (AC/I-01).

Selain daripada komen di atas, temuan lain adalah mengenai penggunaan buku pakej atau bahan pengajaran masih ada yang kurang tepat sehingga menyebabkan berlakunya salah faham kepada pelajar (Adisendjaja & Romlah, 2007). Oleh itu, kerajaan perlu menertibkan penggunaan buku pakej ataupun LKS seragam diseluruh negara (Indonesia), agar tidak terjadi salah faham atau miskonsepsi daripada pelajar.

Mengenai makmal sains, halangan yang ditemui oleh guru fizik daripada hasil analisis data adalah penggunaan peralatan makmal yang belum difahami, peralatannya sudah lama dan ramai yang rosak atau hilang, gedung makmal sains tidak ada, makmal sains digunakan sebagai bilik darjah, dan tidak adanya petugas makmal. Untuk lebih jelasnya, pandangan beberapa guru secara tertulis dikemukakan seperti berikut:

Kendalanya, masih banyak alat-alat laboratorium yang belum bisa saya gunakan. Jadi kalau mentok di situ, terpaksa alatnya tidak dipakai. Yang dipakai cuma alat-alat yang bisa saya operasikan saja. Oleh karena itu, terpaksa saya gunakan metode ceramah (AK/I-01).

(11)

bisa saya buat. Kalau tidak bisa, terpaksa digunakan cara peragaan atau demonstrasi dengan memperlihatkan gambar atau charta mengenai materi/alat sesuai literatur. Yang jelas saya tidak kehilangan akal (AP/I-01). Laboratorium IPA di sekolah saya tidak ada, jadi untuk sementara alat-alat dan bahannya dititip di ruang laboratorium komputer. Jadi ketika ada jam praktikum fisika dan bertepatan dengan jam praktikum komputer dari kelas lain, maka praktikum fisika tidak jadi. Akibatnya siswa jarang melakukan kegiatan eksperimen laboratorium (BC/I-01).

Berdasarkan komen daripada tiga guru di atas (AK/I-01, AP/I-01, dan BC/I-01) secara garis besarnya halangan yang dihadapi adalah penggunaan peralatan makmal yang belum difahami, peralatan sudah lama dan banyak yang rosak atau hilang, makmal sains tidak ada, makmal sains digunakan sebagai bilik darjah, dan tidak adanya petugas makmal. Kondisi seperti ini sebenarnya sudah dijumpai pada kajian yang dilakukan oleh Thair dan Treagust (1997, 1999) dan Sumintono, Mohd Ali Ibrahim, dan Fatin Aliah Phang (2010). Temuan lain antaranya iaitu, kurang lengkapnya alat makmal fizik, praktikum menghabiskan masa banyak sementara bilangan jam terhad (Sriyati, 2009). Oleh itu, kerajaan melalui jawatankuasa pendidikan perlu melakukan survei disetiap SMPN mengenai pengadaan makmal sains dan peralatannya. Selain itu, pengangkatan petugas makmal, serta usaha pembangunan profesional guru fizik yang berhubungkait dengan perisian mengenai penggunaan peralatan makmal perlu dilakukan. Ini disebabkan kerana aktiviti praktikum lebih berkesan daripada seluruh pendekatan didaktik tradisionil dan perbincangan (Sumintono, et al., 2010; Thair & Treagust, 1997, 1999; Wahyudi & Treagust, 2003).

Mengenai media pengajaran atau media IT, halangan yang didapati oleh guru fizik SMPN bandar Makassar adalah bilangannya terhad, belum tahu cara mengoperasikan, proses penggunaan harus seizin pengetua, dan tidak adanya aliran listrik dalam bilik darjah. Beberapa komen guru dituliskan seperti berikut:

Mengenai media IT, di sekolah saya hanya ada satu proyektor-LCD dan digunakan ketika mendapat izin dari kepala sekolah. Proyektor-LCD ini digunakan ketika ada rapat dadakan dan membutuhkan presentasi menggunakan powerpoint. Selain itu, memang sumber tegangan listrik dalam kelas tidak ada. Akibatnya, kalau ada kegiatan yang membutuhkan aliran listrik, terpaksa menarik kabel dari kantor atau ruang guru (AP/I-01).

Terusterang saja, biasanya yang menjadi kendala adalah pengoperasian IT (AS/I-01).

Sementara model bekerja kolaboratif melalui infrastruktur teknologi maklumat pun merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan pencapaian pelajar (Sumintono, 2010). Oleh itu, perlu dilakukan satu usaha pembangunan profesional guru mengenai perisian ICT, agar semua guru fizik boleh menggunakan dan mengoperasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ataupun pada masa belajar sendiri.

KESIMPULAN

(12)

bertanggungjawab, bersikap terbuka, bergaul, dan aktif dalam aktiviti pembangunan karakter. Seterusnya, untuk meningkatkan kompetensi kemahirannya boleh dilakukan dengan cara membuat media pengajaran, menggunakan sarana makmal, kursus-kursus, membuat LKS, dan melakukan kajian.

Kajian ini memberi petunjuk mengenai apa yang dipelajari oleh guru fizik SMPN bandar Makassar dalam membangun profesionalnya. Kajian ini menunjukkan bahawa sebahagian besar guru fizik menginginkan ICT sebagai pengisian yang harus dipelajari dalam membangun profesionalnya. Meskipun ramai juga guru yang memilih pengisian materi pengajaran, pengisian kurikulum dan pengajaran, dan pengisian pengetahuan pedagogi sebagai alternatif kedua. Selain daripada empat pengisian pembangunan profesional yang dipaparkan di atas, pengisian lain yang diinginkan oleh guru fizik SMPN Bandar Makassar iaitu membuat karya ilmiah atau melakukan kajian sederhana, analisis soalan, kemahiran dalam penilaian beasaskan kelas, dan penilaian prestasi guru.

Kajian ini juga memberikan petunjuk mengenai halangan-halangan yang dijumpai oleh guru fizik SMPN bandar Makassar di dalam membangunkan profesionalnya. Halangan yang di dapati guru antaranya berasal dari makmal sains, faktor pelajar, buku pakej/LKS, media pengajaran berasaskan IT, dan lokasi sekolah bagi guru yang mengajarnya di pulau. Halangan mengenai makmal sains antaranya adalah penggunaan peralatan makmal yang belum difahami, peralatan sudah lama dan ramai yang rosak atau hilang, gedung makmal sains tidak ada, makmal sains digunakan sebagai bilik darjah, dan tidak adanya petugas makmal. Walaupun demikian, guru fizik tetap melaksanakan aktiviti pengajaran mereka meskipun dengan menggunakan peralatan sederhana yang ada pada persekitaran sekolah atau merancangkan peralatan daripada bahan sederhana.

RUJUKAN

Adey, P., Hewitt, G., Hewitt, J., & Landau, N. (2004). The Professional Development of Teacher: Practice and Theory. London: Kluwer Academic Publishers.

Adisendjaja, Y. H., & Romlah, O. (2007). Analisis Buku Ajar Sains Berdasarkan Literasi Ilmiah Sebagai Dasar untuk Memilih Buku Ajar Sains (Biologi). Paper presented at the Seminar Nasional Pendidikan Biologi.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, & Abdul Rahim Hamdan. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis, dan Interpretasi Data. Kualalumpur, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Baldi, J., Jin, Y., Skemer, M., Green, P. J., & Herget, D. (2007). Highlights From PISA 2006: Performance of U.S. 15-Year-Old Students in Science and Mathematics Literacy in an International Context U.S.: Program for International Student Assessment

Bjork, C. (2005). Indonesian Education: Teachers, Schools, and Central Bureaucracy. New York and London: Routledge.

Blackburn, B. R. (2000). Barriers and Facilitators to effective Staff Development: Perceptions from Award-Winning Practitioners. Unpublished Dissertation, University of North Carolina, Greensboro.

(13)

Fleischman, H. L., Hopstock, P. J., Pelczar, M. P., & Shelley, B. E. (2010). Highlights From PISA 2009: Performance of U.S. 15-Year-Old Students in Reading, Mathematics, and Science Literacy in an International Context (NCES 2011-004), supplemental table S2; data from the Organization for Economic Co-operation and

Development (OECD) Washington, DC: Program for International Student Assessment (PISA), 2006 and 2009, National Center for Education Statistics. Fredriksson, U. (2004). Quality Education: The Key Role of Teachers. Education

International, 14, pp. 1-20.

Given, L. M. (2008). The Sage Encyclopedia of Qualitative Research Methods (Vol. 2). Thousand Oaks, CA: Sage.

Gonzales, P., Guzmán, J. C., Partelow, L., Pahlke, E., Jocelyn, L., Kastberg, D., et al. (2004). Highlights From the Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2003. Washington, DC: National Center for Education Statistics, Institute of Education Sciences, U.S. Department of Education.

Gonzales, P., Williams, T., Jocelyn, L., Roey, S., Kastberg, D., & Brenwald, S. (2009). Highlights From TIMSS 2007: Mathematics and Science Achievement of U.S. Fourthand Eighth-Grade Students in an International Context. Washington, DC: National Center for Education Statistics, Institute of Education Sciences, U.S. Department of Education.

Guskey, T. R. (1994). Result-Oriented Professional Development: In Search of An

Optimal Mix of Effective Practices. Journal of Staff Development, Vol. 14(Iss. 4), pp. 42-50.

Hendayana, S., Asep, S., & Imansyah, H. (2010). Indonesia’s Issues and Challenges on Quality Improvement of Mathematics and Science Education. Journal of

International Cooperation in Education, pp.41-51.

Martin, M. O., Gregory, K. D., & Stemler, S. E. (1999). TIMSS 1999 Technical Report Boston: International Study Center Lynch School of Education Boston College-International Association for the Evaluation of Educational Achievement(IEA). Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education.

Hoboken, NJ: Jossey-Bass.

Merriam, S. B., & Caffarella, R. S. (1991). Learning in Adulthood: A Comprehensive Guide. San Francisco: Jossey-Bass.

MGMP1. (2011). Laporan Kegiatan dan Penggunaan Dana Block Grant MGMP Fisika BERMUTU Wilayah 1 Kota Makassar. Makassar: Lembaga Penjamin Mutu Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan.

MGMP4. (2011). Laporan Kegiatan dan Penggunaan Dana Block Grant MGMP Fisika BERMUTU Wilayah 4 (Remote) Kota Makassar. Makassar: Lembaga Penjamin Mutu Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan.

Mohd. Najib. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor Darul Ta'zim: Universiti Teknologi Malaysia.

(14)

Mullis, I. V. S., Martin, M. O., Ruddock, G. J., O’Sullivan, C. Y., Arora, A., & Erberber, E. (2007). TIMSS 2007 Assessment Frameworks Boston: International Association for the Evaluation of Educational Achievement.

NCES. (2001). Highlights from the Third International Mathematics and Science

Study–Repeat (TIMSS–R) 1999. Washington, DC: Office of Educational Research and Improvement, U.S. Department of Education.

Nielsen, H. D. (2003). Reforms to Teacher Education in Indonesia: Does More Mean Better? In E. R. Beauchamp (Ed.), Comparative Education Reader. New York:

RoutledgeFalmer (Tailor and Francis Group).

Nurkamto, J. (2009). Peningkatan Profesionalisme Guru melalui Reflective Teaching, Pidato Pengukuhan Guru Besar FKIP Universitas Sebelas Maret Surakarta. Surakarta: UNS.

Patton, M. Q. (2002). Qualitative Research and Evaluation Methods (3rd ed.). Thousand Oaks, California: Sage Publications, Inc.

Poerbakawatja, S. (1970). Pendidikan Dalam Alam Indonesia Merdeka (Education in Independence Indonesia). Djakarta: Gunung Agung.

Sriyati, S. (Ed.). (2009). Analisis Buku National Science Educational Standards (BAB III, IV DAN V). Bandung: Program Pendidikan IPA Sekolah Pascasarjana Universitas

Pendidikan Indonesia.

Sumintono, B. (2010). Pembelajaran Sains, Pengembangan Keterampilan Sains dan

Sikap Ilmiah dalam Meningkatkan Kompetensi Guru. Al-Bidayah, Vol. 2 No. 1, pp. 63-85.

Sumintono, B., Mohd Ali Ibrahim, & Fatin Aliah Phang. (2010). Pengajaran Sains dengan Praktikum Laboratorium: Perspektif dari Guru-Guru Sains SMPN di Kota Cimahi. Jurnal Pengajaran MIPA, Vol. 15 No. 2, pp. 120-127.

Thair, M., & Treagust, D. F. (1997). A Review of Teacher Development Reforms in Indonesian Secondary Science: The Effectiveness of Practical Work in Biology. Journal of Research in Science Education, Vol. 27(Iss. 4), pp. 581-597.

Thair, M., & Treagust, D. F. (1999). Teacher Training Reforms in Indonesian Secondary Science: The Importance of Practical Work in Physics. Journal of Research in Science Teaching, Vol. 36(Iss. 3), pp. 357-371.

Thair, M., & Treagust, D. F. (2003). A Brief History of A Science Teacher

Professional Development Initiative in Indonesia and the Implications for Centralised Teacher Development. International Journal of Educational Development, Vol. 23(Iss. 2), pp. 201-213.

Trochim, W. M. K. (2006). Nonprobability Sampling. Retrieved February 6, 2012, from http://www.socialresearchmethods.net/kb/sampnon.php

Wahyudi, & Treagust, D. F. (2003). Learning Environment and Students’ Outcomes in Science Classes in Indonesian Lower Secondary Schools Journal of Science and Mathematics Education in South East ASIA, Vol. 27, No. 1 pp.139-165.

(15)

Wikipedia. (2009). Nonprobability sampling. Retrieved February 6, 2012, from http://en.wikipedia.org/wiki/Nonprobability_sampling

Zulfikar, T. (2009). The Making of Indonesian Education: An overview on

Empowering Indonesian Teachers. Journal of Indonesian Social Sciences and Humanities, Vol. 2, pp. 13–39

Referensi

Dokumen terkait

Guru dapat mengembangkan dan memperkaya pengalaman belajar siswa dengan daya kreasi dalam bentuk kegiatan-kegiatan lain yang relevan dan disesuaikan dengan potensi siswa di

Selain itu dari pihak siswa yang kurang bisa memahami rumus trigonometri yang banyak, (3) Hasil dari pelaksanaan pembelajaran berbasis kompetensi kurang baik dikarenakan adanya

Namun begitu, hanya satu sahaja yang didapati unik dan suar suria ini telah menyebabkan pengurangan keamatan komponen H pada semua data di stesen khatulistiwa magnetik iaitu pada

merdeka, merdeka; Hiduplah Indonesia Raya; Indonesia Raya, merdeka, merdeka; Tanahku Negeriku yang kucinta; Indonesia Raya, mer- deka, merdeka; Hiduplah Indonesia Raya (ada

5. Tidak bertentangan dengan fakta sejarah atau sirah nabawiyyah yang sahih 6. Tidak bertentangan dengan indera, akal dan kebenaran ilmiah. Dalam menentukan kualitas matan hadis

Adapun penelitian yang dilakukan oleh Dwijayanti (2011) mencoba membahas tentang manfaat yang dapat diperoleh indonesia dari penerapan atau pengimplementasian carbon

Diharapkan dapat menjadi bahan masukan bagi Pemerintah Kota Padang dan Dinas Pendapatan Daerah (DISPENDA) kota Padang dalam menerapkan kebijakan dan strategi

Memperhatikan masalah di atas, maka peneliti mengadakan penelitian dengan judul “Perbedaan recovery active dan recovery passive pada olahraga futsal malam hari