• Tidak ada hasil yang ditemukan

MASALAH GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MASALAH GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

TINJAUAN MASALAH GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Oleh:

MOHD AIZAT BIN ABU HASSAN SK BATU MUDA, KUALA LUMPUR

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual (PSV) yang diperuntukkan di Sekolah Rendah telah dirancang dengan baik selaras dengan tujuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan perkembangan dunia pendidikan kini. PSV mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi perkembangan mutu setiap murid di sekolah rendah dan menengah. Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran PSV yang baik menentukan perkembangan bagi kegiatan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam hal ini guru Pendidikan Seni Visual mempunyai peranan utama dalam menentukan keberhasilan ataupun tidaknya murid-rnurid dalam mengembangkan pengetahuan, sikap mahu pun kemahiran.

(2)

Menurut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR, 2010) Pendidikan Seni Visual mempunyai objektik seperti berikut:

1. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

2. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan. 3. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.

4. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. 5. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. 6. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. 7. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab. 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.

9. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual.

10.Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

(3)

2.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk meninjau masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini juga bertujuan melihat bilangan guru opsyen dan bukan opsyen serta pengalamn mengajar guru-guru.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan kepada guru-guru melalui laman sosial Facebook. Soal selidik mula dijawab secara atas talian bermula 8 Mac 2016 sehingga 16 Mac 2016.

4.0 SKOP KAJIAN

(4)

5.0 HASIL KAJIAN

Hasil daripada soal selidik dan tinjauan yang dilaksanakan di laman sosial Facebook, pengkaji telah meringkaskan dapatan seperti berikut:

5.1 Guru Opsyen dan Bukan Opsyen

Pengetahuan bidang pengajian dan pengetahuan tentang cara mengajar menjadi penentu utama dalam kualiti pengajaran (Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll & Gruber 1996). Seorang guru yang telah mengikuti pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru dan universiti, sudah pastinya guru tersebut inginkan mata pelajaran opsyen sebagai mata pelajaran yang akan diajar di sekolah. Hal ini adalah sangat penting demi memenuhi kepuasan guru tersebut. Situasi ini secara tidak langsung menjadi pendorong untuk guru-guru menjadi lebih bersemangat untuk menjadi kreatif dan inovatif di dalam bidang kepakaran mereka. Secara tidak langsung, ini membolehkan mereka mendalami dengan lebih mendalam mengenai bidang kepakaran mereka. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan, pengkaji telah mendapat hasil kajian seperti jadual 5.1 di bawah.

Bilangan Peratusan

Guru Opsyen 136 55.7%

Guru Bukan Opsyen 108 44.3%

(5)

5.2 Bilangan Tahun Mengajar

Bilangan tahun mengajar membentuk pengalaman yang merupakan pengetahuan yang terbentuk oleh interaksi dengan faktor-faktor persekitaran tugas guru. Tempoh dan kekerapan melalui tugas pengajaran sama ada berjaya atau sebaliknya, sedikit demi sedikit membina pengetahuan dan kemahiran profesion yang diperlukan. Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell 1992). Jadual 5.2 menunjukkan bilangan tahun pengalaman responden-responden mengajar Pendidikan Seni Visual. Terdapat Antara responden yang tidak mempunyai pengalaman sehingga 30 tahun pengalaman mengajar Pendidikan Seni Visual.

Bilangan Tahun Bilangan Peratusan

0 – 5 122 50.0%

5 – 10 83 34.0%

11 – 15 23 9.4%

16 – 20 9 3.7%

21 – 25 3 1.2%

26 – 30 4 1.6%

(6)

5.3 Masalah Yang Dihadapi Guru Pendidikan Seni Visual

Setiap mata pelajaran mempunyai cabaran dan masalah yang akan dihadapi oleh guru. Bagi Pendidikan Seni Visuan, terdapat juga masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru. Menurut Janis Boyd (2004) dalam kajian beliau "Myths, Misconceptions, Problems and Issues in Arts Education", apabila peruntukan kewangan yang berkurang memberikan kesan kepada Pendidikan Seni Visual. Ini disebabkan berlaku ketidakseimbangan dan menyebabkan kekurangan bekalan, infrastuktur, alatan, guru dan pakar dalam bidang seni visual. Jadual di bawah menunjukkan masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Seni Visual.

Masalah Yang Dihadapi Bilangan Peratusan

Peralatan Tidak Mencukupi Di Bilik Seni 176 72.1% Murid/Pelajar Tidak Membawa Alat dan Bahan 222 91.0% Murid/Pelajar Tidak Meminati Pendidikan

SeniVisual

102 41.8%

Tidak Cukup Waktu Pengajaran dan Pembelajaran 100 41.0%

Tiada Masalah 6 2.5%

(7)

6.0 KESIMPULAN

(8)

RUJUKAN

Gist, M.E. & Mitchell, T.R. 1992. Self-Efficacy: A theoretical analysis of its determinants and malleability. Academy of Management Review 17(2): 183-211.

Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. 1996. The effect of school resources on student achievement. Review of Educational Research 66: 361-396.

Janis Boyd 2004. Myths, Misconceptions, Problems and Issues in Arts Education Griffith University: Brisbane Australia

Kementerian Pendidikan Malaysia 2002. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pusat Perkembangan Kurikulum: Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi guru terhadap peranan PKG sebagai pusat latihan ikhtisas dan kurikulum, pusat sumber, agen penyelesaian masalah dan

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti komitmen terhadap perlaksanaan penerapan PAS dalam pengajaran di bilik darjah dalam kalangan guru pelatih yang mengikuti

Kajian ini dijalankan untuk meneroka kearifan tempatan profesional guru dalam menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar semasa aktiviti pengajaran dan

Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap kepentingan penyeliaan pengajaran, tahap kesediaan mengajar guru semasa penyeliaan pengajaran berlaku

Hasil kajian ini hampir serupa dengan kajian yang dijalankan oleh Fadlina (2008) yang mendapati tahap kompetensi guru sekolah rendah dalam pengajaran Sains dan Matematik dalam

Aktiviti pengajaran boleh dijalankan oleh guru mengikut kesesuaian murid masalah pendengaran yang ada di sekolah.. Antara aktiviti pengajaran

Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat elemen-elemen pengajaran guru berdasarkan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah(MPBS) dalam sesi amali di

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau hubungan di antara mata pelajaran pengajaran mikro dengan tahap keyakinan mengajar dalam kalangan pelajar Sarjana PTV..