• Tidak ada hasil yang ditemukan

1 - Teknik Forex Sebenar - Tfs_free

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1 - Teknik Forex Sebenar - Tfs_free"

Copied!
136
0
0

Teks penuh

(1)

Panduan Menjana INCOME 5 ANGKA SEMINGGU

Dengan HANYA 1 JAM SEHARI Melalui FOREX

Edisi Ke-6 2015

(2)

AMARAN KERAS!

Kami

TIDAK AKAN HALALKAN

ilmu yang terkandung di

dalam ebook ini jika anda mendapatkannya secara

HARAM!

Menuntut ilmu biarlah dengan berkat, barulah

boleh berjaya dengan ilmu yang dituntut.

SILA

BERHENTI MEMBACA SEKARANG JUGA JIKA ANDA

MENDAPATKANNYA SECARA HARAM ATAU TIDAK SAH.

Nama, logo dan keseluruhan kandungan

TEKNIK FOREX

SEBENAR

adalah harta intelek

REAL ONLINE BUSINESS

TRADING

yang telah didaftarkan dengan

PERBADANAN

HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO).

Justeru, anda

dilarang sama sekali mencetak, menyalin, memberi,

meminjamkan, menyebarkan, menyewakan atau menjual

semula mana-mana bahagian ebook ini di dalam apa jua

cara sekalipun tanpa keizinan bertulis daripada pihak

kami. Sekiranya didapati bersalah, tindakan

undang-undang dan penalti yang berat akan dikenakan.

Anda adalah pembeli yang sah jika anda membeli ebook

ini

HANYA dari

www.ForexSebenar.com.

Sekiranya anda

memperoleh ebook ini selain daripada sumber di atas,

sila laporkan kepada pihak kami. Setiap kes yang

terbukti benar akan diberikan sedikit saguhati.

(3)

ISI KANDUNGAN

BAB

TAJUK

M/S

- MUKADIMAH ISTIMEWA 3 - 14

1 PENGENALAN FOREX TRADING 15 - 23

2 ASAS-ASAS FOREX 24 - 46

3 ASAS-ASAS

TEKNIK FOREX SEBENAR

47 - 66

4

TEKNIK FOREX SEBENAR

DIDEDAHKAN!! 67 - 96

5 PENGURUSAN KEWANGAN DALAM FOREX 97 - 111

6 KAWALAN EMOSI DAN PSIKOLOGI DALAM FOREX 112 - 117

7 ISU-ISU SEMASA DALAM FOREX 118 - 131

(4)

MUKADIMAH ISTIMEWA

Penghargaan

Pengalaman En Khalid Dalam Forex Trading

Kenapa Ebook Ini Ditulis?

Sedikit Peringatan Sebelum Anda

Menceburi Bidang Forex

(5)

Syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah izin-Nya terhasillah ebook

TEKNIK FOREX SEBENAR

ini. Terlalu banyak cabaran di dalam penghasilan ebook ini. Mujurlah kami tidak bersendirian di dalam mengharungi segalanya. Justeru, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak budiman di bawah:

SELURUH KELUARGA kami yang telah banyak menyokong dan mendorong kami di dalam mengharungi cabaran hidup ini

GURU-GURU yang telah mengajar kami cara sebenar untuk berjaya dalam forex

RAKAN TRADERS & GROUP FACEBOOK

TEKNIK FOREX SEBENAR

yang sama-sama berkongsi pengalaman pahit dan manis sebagai forex trader

KOMEN-KOMEN MEMBINA daripada para pengkritik ketika ebook

TEKNIK

FOREX SEBENAR

ini masih di dalam proses pembikinannya.

PARA PEMBACA BUDIMAN yang telah mendapatkan ebook ini secara sah

Tidak dilupakan, kepada sesiapa jua yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung, JUTAAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN. Kami akan sentiasa mendoakan kejayaan anda di dalam forex trading dan juga kehidupan anda.

“TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK. HANYA TUHAN YANG MAHA KAYA

DAN PEMURAH DAPAT MEMBALAS JASA ANDA SEMUA…”

Yang benar dan ikhlas,

(6)

Saya mula mengenali forex pada MEI 2007, ketika saya sedang menjalani latihan praktikal di sebuah firma perakaunan antarabangsa. Keadaan kewangan saya ketika itu kurang stabil, jadi saya pun mencari-cari peluang menjana pendapatan daripada internet. Ini kerana pada masa itu saya sedar bahawa masa saya agak terhad. Jadi, pendapatan melalui internetlah yang bermain di fikiran saya ketika itu…

Kebanyakan hasil carian saya menjumpai lelongan online, MLM online, program affiliate, dan pelaburan internet haram. Namun begitu, mata saya benar-benar terpaku apabila terbaca sebuah iklan daripada seorang forex trader yang mengatakan beliau boleh menjana pendapatan sehingga

RM 10,000

SEHARI melalui

FOREX

!! Dalam

hati saya berkata “WOW, menarik ni!” Apabila saya kaji dengan lebih mendalam, ya, forex trading bukan satu bentuk penipuan / skim cepat kaya dan ianya memang wujud!!

Tanpa berlengah lagi, saya pun terus mendapatkan EBOOK + INDICATOR

beliau. (yang berharga RM 97 ketika itu). Sebagai seorang yang langsung tak pernah tahu apa itu forex, saya agak terkial-kial pada mulanya. Nak guna indicator yg dijual pun tak tahu bagaimana ia berfungsi. Bila BUY, dia turun. Bila SELL, dia naik pula. Akhirnya, saya jadi tertekan. Saya rasa, saya kena pergi SEMINAR beliau pula. Jadi, saya pun daftarlah seminar beliau dengan bayaran RM 500. Ia satu jumlah yang sangat besar bagi seorang pelajar IPTA, tetapi saya rela berkorban demi kejayaan.

Di dalam seminar beliau, memang beliau menerangkan dengan terperinci cara-cara menggunakan teknik beliau untuk menjana kekayaan daripada forex. Segala tips dan saranan beliau saya catatkan. Tidak cukup dengan itu, saya berjumpa dengan beliau sesudah habis seminar untuk mendapatkan ilmu-ilmu tambahan. Namun begitu, yang menghairankan saya, apa yang diajar di dalam seminar adalah berlainan daripada apa yang diajar di dalam ebook. Tetapi, pada masa itu saya tidak hiraukan sangat. Iyelah, “NEWBIE” katakan. Balik daripada seminar, saya pun trade menggunakan cara yang disarankan oleh beliau. Memang betul!! SAYA PROFIT SAKAN!!  Tetapi ianya cuma untuk sementara waktu sahaja kerana selepas itu SAYA RUGI SAKAN pula… 

(7)

Saya jadi buntu. Duit dah banyak habis. Ni baru start “Demo / Practise Account” (duit virtual), belum lagi start trading “Real Account” (duit sebenar). Namun begitu, saya tak putus asa. Saya ikhtiar lagi, kali ini dengan menyertai KELAS MENTOR beliau pula. Poket saya labur lagi RM 150. Di dalam kelas tersebut, saya dan rakan-rakan lain diajar perkara yang sama seperti seminar, tetapi kali ini dengan lebih terperinci. Sesi kali ini juga lebih mesra kerana kami boleh bertanyakan lebih banyak soalan. Setelah berpuas hati dengan kelas tersebut, semangat saya kembali berkobar-kobar. Saya pun pulang dengan penuh semangat menaiki motosikal kapcai saya.

Sayang seribu kali sayang, entah di mana silapnya, saya masih lagi tak boleh nak profit secara konsisten dalam forex! Nasib baik demo account aje. Saya tak tahu apa nak buat lagi. Ebook + Indicator dah beli, Seminar dah join, Kelas Mentor dah masuk, tetapi hasil yang diharapkan masih juga tak kunjung tiba. Akhirnya, saya bermuhasabah diri. Saya rasa, ilmu saya agak terhad yakni saya hanya belajar daripada seorang guru sahaja. Mungkinkah ada orang lain yang lebih hebat dan profitable daripada beliau? Saya pun terus membuat carian di internet dan terjumpa beribu-ribu website mengenai forex, baik di dalam mahupun luar negara. Saya masuk satu persatu dan menghabiskan banyak masa mempelajari ilmu forex, di samping meneruskan latihan demo trading saya. Apabila ada orang menjual ebook atau indicator, saya pasti akan beli selagi harganya saya mampu. Dipendekkan cerita, berbekalkan sedikit keyakinan untuk trade, saya pun membuka REAL ACCOUNT dan mendepositkan USD 200.00 sebagai modal percubaan. Broker pertama saya ketika itu ialah

NorthFinance (sekarang dah lingkup). Apa yang menyakitkan hati ialah amaun yang dikreditkan ke dalam akaun saya hanyalah $178.00, di mana $22.00 (hampir RM 80.00!!) dipotong untuk caj bank dan broker. Inilah akibatnya jika kita cetek ilmu dan tidak mengkaji dengan terperinci, tetapi daripada situlah kita menimba pengalaman. 

Tarikh yang tak mungkin saya lupa ialah 24 Oktober 2007, di mana modal $178 di atas mengalami TOTAL LOSS (modal habis licin) dalam masa SEHARI sahaja!! Pada waktu itu, saya rasa macam nak bunuh diri aje! Nilai total loss tersebut ialah kira-kira RM 700.00 (termasuk caj yang disebutkan di atas). Segala pelaburan yang pernah dibuat saya rasa tak berbaloi langsung. Kenapa saya masih lagi gagal walaupun dah

(8)

Selepas semua tragedi di atas, saya semakin tak tentu arah. Saya selongkar semua yang ada dalam internet. Asal ada saja teknik untuk profit sakan dalam forex, saya akan mencubanya. Follow sekejap seminggu dua, kena loss sekali, terus tukar teknik (dikenali sebagai Inconsistent Trader). Pada masa tu, bagi saya teknik yang kalau ada loss tu memang saya tak akan pilih. Saya nak teknik yang tak akan loss langsung. Inilah salah satu kepercayaan newbie @ mitos dalam forex. Hahaha…

Setelah hilang punca, wang, masa, dan tenaga akibat forex, akhirnya saya mengalah. Forex terlalu mencabar bagi saya. Saya telah meluahkan kekecewaan dan pengalaman saya dalam salah satu forum forex terkenal di internet. Ditakdirkan Tuhan, seorang lelaki bernama Abang Li (bukan nama sebenar) telah membalas posting saya, dan beliau menghantar Private Message untuk mengajar saya cara sebenar untuk berjaya dalam forex. Kami set “blind date” di Tesco Seksyen 13, Shah Alam. Orangnya memang kacak dan baik hati. Beliau berniat ikhlas untuk mengajar saya bagaimana cara trading yang paling selamat dan menguntungkan. Memang tak pernah terlintas langsung di fikiran saya yang forex ini begitu mudah dan straightforward!! Selama ni, ilmu-ilmu yang diajar memang saya dah tahu, cuma saya tak amalkan sebab ia “kurang canggih” dan “too good to be true”. Setelah beliau tunjukkan jalan beserta contoh-contoh di atas chart, semangat saya kembali berkobar-kobar. Balik rumah, terus saya study balik dan catatkan ilmu hebat yang telah saya pelajari. Saya kaji sehingga lewat malam dan membuat backtesting. MEMANG BETUL APA YANG DIAJAR OLEH BELIAU!! Di sinilah turning point dalam forex trading saya berlaku…

Sejak dari hari itu, saya trade dengan teknik beliau, dan ianya memang hebat! Rugi sikit, tapi Untung banyak!! Modal daripada kecil, jadi besar (demo account). Mengikut nasihat Abang Li, seeloknya demo trade dulu sampai mahir. Jadi, saya pun ber-demo bersungguh-sungguh sehinggalah saya yakin dengan kemampuan saya dan keberkesanan teknik ini. Kemudian, saya kembali memasukkan modal ke dalam REAL ACCOUNT saya. Saya trade tanpa emosi dengan penuh dedikasi dan disiplin. Syukur, saya berjaya menjana PROFIT BERTERUSAN sehingga ke hari ini. Bohonglah kalau saya kata saya dah tak merasa loss. Loss tetap ada, kerana itu LUMRAH dalam forex. Namun begitu, loss saya adalah kurang berbanding dengan untung yang saya dapat. 

(9)

Setelah tamat belajar, saya telah bekerja sebagai Pengurus di sebuah bank antarabangsa selama 4 tahun sebelum kini bergelar FULL-TIME TRADER!  Saya pernah menyertai bahagian pelaburan forex di bawah Jabatan Global Market sebagai

CURRENCY ANALYST. Tugas saya adalah membuat analisis fundamental dan memberikan nasihat berkaitan pelaburan forex kepada para pelanggan. Apa yang menariknya, teknik yang diajarkan oleh Abang Li adalah sama seperti yang digunakan oleh trader professional di tempat saya bekerja. Kini, barulah saya tahu bagaimana bank boleh mengaut keuntungan lumayan daripada forex trading tetapi dalam masa yang sama tidak mengalami kerugian yang besar. Jika trader-trader bank dan professional trade menggunakan kaedah

TEKNIK FOREX SEBENAR

, kenapa tidak anda kan?

Jadi, setelah membaca semua pengalaman saya di atas, adakah anda merasa teruja untuk mengetahui teknik yang digunakan oleh para profesional trader? Adakah pengalaman anda sama atau lebih teruk daripada apa yang pernah saya lalui?? JANGAN RISAU!! MAJORITI TRADER MENEMPUHI PENGALAMAN YANG SAMA.  Setelah anda mempelajari

TEKNIK FOREX SEBENAR

sehingga habis, anda akan mendapat segala ILMU + PENGALAMAN + KEMAHIRAN yang telah saya timba selama 8 TAHUN menjadi forex trader. Anda pasti akan merasai kemanisan menjadi seorang forex trader. Pelaburan ilmu yang anda buat pasti akan berbaloi!

“TERUSKAN PERJUANGAN DAN JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA”

(10)

Ebook

TEKNIK FOREX SEBENAR

memang lain dari yang lain! Segala ilmu yang diperlukan untuk menjadi forex trader terunggul terkandung di dalam ebook ini. Ia ditulis berdasarkan pengalaman En Khalid sebagai currency analyst, pembacaan banyak buku-buku forex, dan forum-forum forex di dalam serta luar negara. Kami pasti anda hendak tahu KENAPA EBOOK INI DITULIS dan APAKAH KELEBIHANNYA berbanding ribuan produk-produk ilmu forex di luar sana?? Ini jawapannya:

A

TAK PERLU BAZIR MASA ANDA!!

A

Ilmu forex sangat luas dan boleh didapati di internet secara percuma. Ebook ini adalah kompilasi daripada kesemuanya, ditambah dengan pengalaman

TEKNIK FOREX

SEBENAR

kami. Adakah anda mahu [A] Mengambil masa yang lama mencari ILMU PERCUMA di merata-rata tempat, ATAU [B] Dengan

TEKNIK FOREX SEBENAR

, anda akan mendapat8 tahun pengalaman + ilmu forex professional yang lengkap & hebat? Tahniah, anda telah membuat pilihan yang bijak dengan memilih [B]!!

A

LENGKAP, SEMUA DALAM SATU!!

A

Ebook-ebook lain kurang lengkap, yakni ia hanya memfokuskan kepada penggunaan Indicator / Expert Advisor (EA) / Teknik tetapi soal psikologi trading, money management, penjelasan satu persatu istilah forex dan sebagainya tidak didedahkan. Teknik hanyalah satu aspek sahaja di dalam forex trading. Faktor-faktor lain juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam menentukan kejayaan anda.

ELAKKAN DARIPADA MELAKUKAN KESILAPAN BESAR DALAM FOREX!!

Kami perhatikan di dalam forum-forum forex, masih ramai trader baru dan lama yang melakukan kesilapan-kesilapan besar dalam forex. Misalnya, Stop Loss (SL) lebih besar daripada Target Profit (TP), suka menggandakan lot setelah Loss, menggunakan banyak indicator dalam chart dan banyak lagi. Dengan terbitnya ebook ini, kami amat berharap agar anda tidak melakukan kesilapan yang sama.

(11)

A

BAHASA MALAYSIA YANG MUDAH DIFAHAMI!!

A

Kebanyakan forum, ebook, dan artikel-artikel forex diterbitkan di dalam BAHASA INGGERIS. Ini merupakan satu penghalang besar bagi mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Jadi, sebab itulah kami terbitkan ebook ini dengan menggunakan BAHASA MALAYSIA agar lebih ramai mendapat ilmu

TEKNIK FOREX SEBENAR

. Sebaik mungkin, kami akan menterjemahkan istilah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Namun begitu, sesetengah perkataan tidaklah sesuai untuk diterjemahkan. Misalnya, “Bearish” tidak sesuai diterjemahkan menjadi “Memberuang”. Kami menulis ebook ini dengan menggunakan bahasa yang paling “user friendly”. Apa yang penting, para pembaca faham apa yang ingin kami sampaikan.

A

TIADA TIPU MUSLIHAT!!

A

Sesetengah individu menggunakan ebook sebagai “UMPAN” untuk menarik pembaca menyertai SEMINAR / PERSONAL COACHING mereka dengan bayaran ribuan ringgit!! Kami tidak mahu anda terpedaya. Anda boleh membeli bermacam-macam ebook dan indicator di luar sana (dan berhabis ratusan / ribuan ringgit) tetapi percayalah, dengan ebook + video

TEKNIK FOREX SEBENAR

, semuanya terkandung di dalam pakej ini dengan pelaburan sebanyak

RM 498

.

00

SAHAJA.

A

HAKIKAT SEBENAR FOREX DIDEDAHKAN!!

A

Hakikat sebenar forex selalunya disorok daripada pengetahuan umum, tetapi kami akan bongkarkan segala-galanya. Bolehkah forex menjadikan anda kaya-raya? Adakah ianya benar-benar mudah? Di manakah anda boleh jumpa trader yang tidak pernah loss? Apakah teknik yang memberi Profit 100% tanpa Loss? Apakah forex trading satu lagi bentuk scam? Jawapan kepada semua persoalan anda ada di sini.

A

TIDAK MENGGUNAKAN INDICATOR @ EXPERT ADVISOR!!

A

Kebanyakan produk ilmu forex memfokuskan kepada teknik yang menggunakan indicator / expert advisor (EA) merapu yang tidak akan profitable dalam jangka panjang. Di dalam ebook ini, kami akan dedahkan kepada anda teknik yang sangat mudah dan profitable, yang digunakan oleh professional trader di seluruh dunia. Oh ya,

(12)

Sebelum kita melangkah lebih jauh, izinkan kami memberi beberapa peringatan…

AFOREX MEMERLUKAN WANGA

Forex akan menghabiskan wang anda untuk modal permulaan, membeli ebook, pergi menyertai seminar atau kelas latihan, membeli laptop, membayar bil elektrik, bil internet dan lain-lain. FOREX BUKAN PERCUMA!

AFOREX MEMERLUKAN MASA DAN LATIH TUBI UNTUK MAHIRA

Anda TIDAK AKAN BERJAYA DALAM SEKELIP MATA. Forex memerlukan latihan bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti putus asa. Untuk itu, anda perlu meluangkan banyak masa mengkaji pergerakan matawang, tanda-tanda reversal, pengurusan kewangan, backtesting, trade demo account dan sebagainya. Tidak mustahil anda boleh berjaya dalam waktu yang singkat, jika anda betul-betul mengikuti panduan

TEKNIK

FOREX SEBENAR

ini. Yang penting, jangan sesekali berputus asa untuk berusaha.

AFOREX BUKAN SKIM CEPAT KAYAA

Forex bukan skim cepat kaya, di mana anda hanya labur dan kemudian goyang kaki

(4D – Duduk Diam Dapat Duit)

.

Ia memerlukan usaha jitu yang berterusan dan perlu benar-benar berdisiplin mengikuti garis panduan yang ditetapkan walaupun ia memakan masa. Perjalanan ini sangat mencabar, tetapi ia sangat berbaloi dan boleh dicapai.

FOREX MEMERLUKAN KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL YANG KUAT

Salah satu aspek penting yang sering disebutkan di dalam forex ialah aspek

EMOSI

DAN PSIKOLOGI

. Kesukaran mengawal psikologi dan debaran melihat post anda bergerak SETIAP SAAT adalah amat dahsyat! Sedikit kecuaian boleh membawa padah! Setiap kali anda trade, minda anda sendiri akan mencabar anda. Anda akan berperang dengan diri sendiri. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah psikologi ini? Nantikan BAB 6: KAWALAN EMOSI DAN PSIKOLOGI DALAM FOREX.

(13)

AFOREX TIDAK SESUAI UNTUK SEMUA ORANGA

Disebabkan forex berisiko tinggi, ia mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang yang kurang sabar, tidak mampu mengawal emosi, tamak haloba, dan tidak sanggup menanggung risiko. Forex adalah untuk orang yang berani rugi, rajin berlatih, boleh mengawal emosi, dan pandai menguruskan modal. Sekiranya anda tidak ada ciri-ciri di atas, jangan bimbang kerana apabila anda bergelumang dengan forex, sifat-sifat seorang trader berjaya akan datang dengan sendirinya. Ia boleh dibentuk dan dilatih. 

AFOREX PASTI ADA LOSSA

SETIAP TRADER PASTI ADA LOSS, walau mereka sehandal mana sekalipun. Jika ada trader yang mengatakan mereka tidak pernah loss, mereka adalah PEMBOHONG BESAR!!! Apa yang perlu anda lakukan mudah saja, iaitu pastikan PROFIT ANDA MELEBIHI LOSS (ATAU DUIT MASUK > DUIT KELUAR). Sila amalkan PRINSIP PENGURUSAN KEWANGAN (MONEY MANAGEMENT @ MM) yang akan diajarkan dalam BAB 5: PENGURUSAN KEWANGAN DALAM FOREX nanti.

A95% TRADER GAGAL, HANYA 5% SAHAJA YANG BERJAYAA

Statistik sebegini bukan sahaja untuk forex trading, tetapi dalam setiap jenis kerjaya dan perniagaan. Di dalam ebook ini kami akan dedahkan bagaimana anda boleh menjadi salah seorang daripada 5% TRADER YANG BERJAYA itu. Ingat forex senang ke? Susah woo… kalau senang tentu semua trader dah kaya. Namun begitu, percayalah ianya tidak mustahil. YAKIN BOLEH DENGAN

TEKNIK FOREX SEBENAR

!!

AFOREX BERSIFAT JANGKA PANJANGA

Anda tidak mahu menjadi trader untuk sebulan dua, tetapi kalau boleh untuk selama-lamanya. Forex merupakan satu lubuk pendapatan yang hebat!! ANDA MEMPUNYAI BANYAK MASA untuk menjadi seorang trader yang berjaya. Jangan bimbang, MARKET TIDAK AKAN LARI ATAU TUTUP. Ambillah masa selama yang mungkin sampai anda yakin boleh menjana wang melalui forex. Mulakan secara kecil-kecilan pun boleh. Kami akan dedahkan tips-tips bagaimana anda boleh bertahan lama

(14)

Semua orang tahu yang penunggang motosikal lebih terdedah kepada kemalangan berbanding dengan pemandu kereta, lori, bas, kereta kebal dan lain-lain kenderaan yang lebih kukuh. Namun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang menunggang motosikal. Apakah mereka ini tidak takut mati? Apakah mereka ini tidak sayangkan nyawa mereka? Atau adakah mereka mempunyai ilmu kebal? 

Apabila anda menunggang motosikal, anda tahu bahawa RISIKO untuk anda kemalangan adalah LEBIH TINGGI berbanding dengan kenderaan-kenderaan lain. Jadi, anda kawal risiko anda dengan memakai topi keledar, menunggang dengan kelajuan yang sederhana, pastikan motosikal berkeadaan baik, gunakan lorong motosikal, tidak menukar lorong sesuka hati, tidak mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat dan lain-lain. Dengan mengambil langkah-langkah sebegini, anda telah pun berjaya mengurangkan risiko kemalangan anda secara drastik.

Jadi, dengan mengambil risiko menunggang motosikal disusuli dengan kawalan-kawalan risiko yang bijak seperti di atas, anda akan mendapat manfaat-manfaat seperti:

 Parking percuma / murah dan berdekatan dengan lokasi yang dituju  Tidak perlu bayar tol lebuhraya

 Tidak tersangkut dalam traffic jam  Tidak akan kena saman speed trap  Mudah nak parking dan buat U-turn  Kos penyelenggaraan yang rendah  Kos petrol yang minimum

 Road tax dan premium insurans yang rendah  Menjimatkan masa anda secara drastik

(15)

FOREX

JUGA SEPERTI MENUNGGANG

MOTOSIKAL

!!

Ya, memang forex berisiko tinggi, tetapi adakah ini bermakna tidak ada langsung orang yang berjaya menjana wang daripada forex? SUDAH TENTU ADA!! Anda tahu forex berisiko tinggi, jadi anda “mengambil lesen” terlebih dahulu dengan berlatih di DEMO ACCOUNT selama beberapa bulan. Kemudian, anda perlu “asah skill trading” anda sama seperti anda mengasah skill menunggang motosikal. Selain itu, anda perlulah mempunyai MONEY MANAGEMENT yang mantap, disiplin dan emosi anda mestilah tip-top. Anda terus-menerus memperkayakan ilmu berkaitan forex, serta tidak mudah berputus asa menajamkan skill trading anda. Nah… anda pasti berjaya mengurangkan risiko trade anda secara drastik. Ganjarannya ialah:

 Pulangan yang diterima adalah lebih cepat dan lumayan berbanding instrumen pelaburan biasa

 100% untung adalah milik anda, tidak perlu dikongsi dengan sesiapa

 Anda bebas menjana pendapatan di mana-mana sahaja anda berada, selagi ada komputer / smartphone / tablet dan sambungan internet

 Anda tidak perlu bersusah-payah mencari pelanggan atau menjual barang  Anda tidak perlu meluangkan banyak masa dan tenaga untuk menjana

pendapatan yang besar

 Anda tidak perlu menguruskan pekerja atau menurut arahan bos

 Anda tidak perlu berhujan / berpanas / sangkut traffic jam untuk ke pejabat

Sentiasalah ingat hukum universal di mana “jika risikonya tinggi, pulangannya juga tinggi @ high risk, high return”. Begitulah juga sebaliknya. Namun begitu, risiko adalah sesuatu yang boleh dikawal. Rendahkanlah risiko forex trading dengan kaedah-kaedah yang diajarkan di dalam

TEKNIK FOREX SEBENAR

. Nescaya anda pasti berjaya dengan pelaburan “RISIKO RENDAH, TETAPI PULANGANNYA TINGGI”.

P/S

: Sekiranya anda tidak memahami istilah dan singkatan yang

digunakan, jangan risau. Ini sekadar mukadimah sahaja.

Segala-galanya akan diterangkan dalam

TEKNIK FOREX SEBENAR

.

(16)

BAB 1:

PENGENALAN FOREX

TRADING

Apa Itu Forex?

Asal-usul Online Forex Trading

Kelebihan Forex Berbanding Pasaran Lain

Matawang-matawang Utama

Beza Money Changer, Bank dan Online Forex

Kenapa Saya Perlu Pilih Forex Berbanding

Perniagaan Yang Lain?

Betul Ke Forex Boleh Menjadikan Kita Kaya?!

Kelengkapan Asas Untuk Forex Trading

(17)

Dunia Penuh Kepantasan dan Kemewahan!

Selamat datang ke dunia kami, dunia

FOREX TRADING

. Dunia inilah yang telah banyak membantu kami mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita berkenalan dengan ENCIK FOREX.

a

APA ITU FOREX?

a

FOREX

adalah singkatan bagi

FOR

eign

EX

change @

FX, atau tukaran

matawang asing. Matawang bagi setiap negara adalah berlainan, jadi di sinilah timbulnya keperluan untuk sebuah pasaran untuk menjual beli matawang asing. Forex adalah

PASARAN KEWANGAN TERBESAR DI DUNIA

, iaitu dengan nilai transaksi kira-kira USD 5 TRILLIONSEHARI!!(kira-kira RM 17,500,000,000,000).

Contoh mudah forex ialah apabila anda melancong ke luar negara, contohnya US. Anda perlu menukarkan Ringgit Malaysia (RM) kepada US Dollar (USD) kerana pekedai di sana tidak menerima bayaran dalam RM. Katakan USD 1.00 = RM 3.50, dan anda ingin menukar RM 3,500, maka anda akan menerima USD 1,000 (RM 3,500 ÷ RM 3.50). Apa yang berlaku ialah, anda menJUAL RM untuk memBELI USD.

Pasaran Forex Trading dibuka

24 jam sehari

,

5 hari seminggu

(Isnin -

Jumaat).

Setiap negara mempunyai waktu pasaran yang berbeza-beza. Pasaran Utama forex bermula di AUSTRALIA / NEW ZEALAND, diikuti oleh JEPUN, kemudian EURO / UK, dan akhir sekali US / CANADA. Selepas market US / Canada ditutup, market Australia / New Zealand akan bermula semula. Begitulah kitaran market forex setiap hari selama 5 hari seminggu. Hari

Sabtu

dan

Ahad

adalah

MARKET CLOSE

bagi semua pasaran, dan PUBLIC HOLIDAY bagi sesebuah negara TIDAK akan mengakibatkan pasaran forex ditutup. Walaubagaimanapun, volume atau jumlah dagangan pada hari Public Holiday adalah lebih kecil berbanding hari biasa.

(18)

a

ASAL-USUL ONLINE FOREX TRADING

a

Secara ringkasnya, sebelum tahun 1990-an, pasaran forex hanya dibuka untuk individu kaya, money changer, bank, dan institusi pelaburan sahaja. Ketika era pertengahan 90-an, ia forex mula dibuka kepada orang ramai. Modal permulaan yang dahulunya jutaan dollar, kini menjadi serendah $1.00!! Dengan perkembangan teknologi gadget serta internet, kini forex trading boleh dilakukan secara ONLINE

sahaja, berbanding melalui kaunter dan telefon sebelum ini.

Oleh kerana forex semakin mendapat tempat di hati para pelabur,

ONLINE

FOREX BROKER muncul umpama “cendawan tumbuh selepas hujan”. Persaingan

sihat antara broker telah banyak menguntungkan trader kerana:

Modal permulaan yang diperlukan menjadi semakin rendah Proses membuka akaun, deposit dan withdraw menjadi lebih cepat  Kualiti Perkhidmatan Pelanggan yang bertambah baik

Spread menjadi semakin kecil, dan macam-macam lagi 

a

KELEBIHAN FOREX BERBANDING PASARAN LAIN

a

Pasaran Yang Dibuka 24 JAM SEHARI, 5 HARI SEMINGGU!!

Pasaran saham dibuka 8 jam sehari, tetapi pasaran forex dibuka 24 JAM SEHARI!! Namun begitu, bukan sepanjang masa anda boleh trade. Ada waktu-waktu tertentu sahaja. Ini akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam muka surat 30.

URUSAN TRANSAKSI YANG SANGAT PANTAS!!

Dengan hanya beberapa klik, anda sudah boleh MEMBELI DAN MENJUAL matawang di pasaran online forex. Ianya SANGAT MUDAH DAN CEPAT! Malah, disebabkan pergerakan market yang pantas, anda juga berpeluang MENJANA KEUNTUNGAN BESAR DALAM MASA YANG SINGKAT!!

(19)

KOS YANG SANGAT MINIMUM!!

Kos forex trading adalah amat minimum berbanding pasaran-pasaran lain. Di dalam forex trading, anda perlu membayar “SPREAD” kepada broker. Spread ialah

PERBEZAAN ANTARA HARGA BID DAN ASK. Selain spread, anda juga tertakluk kepada caj-caj lain seperti caj deposit, withdrawal dan rollover fee. Segala-galanya akan diterangkan di dalam Ebook PANDUAN LENGKAP BROKER FOREX.

Forex Adalah PASARAN DUA HALA!!

Anda boleh menjana keuntungan dari forex apabila

HARGA NAIK

DAN

TURUN

, berbanding dengan pasaran lain yang hanya boleh menjana keuntungan apabila harga naik atau Bullish sahaja. Jadi, kita akan ada banyak peluang untuk buat duit!!

Forex Menawarkan LEVERAGE!!

Forex membolehkan anda menggunakan

Leverage

/ Pengganda. Dengan Leverage, anda tidak memerlukan modal yang besar untuk melabur dalam forex. Contohnya, jika anda ingin BUY $10,000 GBP/USD, anda tidak perlukan wang sebanyak $10,000. Sebaliknya, anda hanya perlukan $100 sahaja! (andaikan Leverage 100:1) Baki selebihnya akan dipinjamkan oleh broker. Makna Leverage 100:1 ialah, anda hanya perlu sediakan 1/100 @ 1% daripada jumlah ingin dilabur, manakala 99/100@ 99%

lagi akan dipinjamkan oleh broker. Penerangan lanjut ada di muka surat 99.

RISIKO YANG TERHAD!!

Dalam forex, anda hanya boleh rugi setakat berapa modal yang dilaburkan. Ia tidak seperti saham, di mana anda boleh melabur melebihi kemampuan anda (margin trading). Jika anda mengalami kerugian, anda tetap perlu membayar kerugian itu!

BOLEH DILAKUKAN DI MANA-MANA SAHAJA!!

Online Forex Trading boleh dilakukan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan anda, selagi ada komputer / gadget dan sambungan internet. Seronok kan menjana PENDAPATAN RIBUAN RINGGIT SEHARI tanpa perlu ke mana-mana?

(20)

a

MATAWANG-MATAWANG UTAMA

a

Forex didagangkan dalam PAIR. Contohnya,

GBP/

USD

= 1.5700

. GBP (Kiri) = BASE, manakala USD (Kanan) = QUOTE. Ia bermaksud anda perlu JUAL USD 1.57 untuk BELI GBP 1.00. Terdapat

8 MATAWANG UTAMA

dalam Forex iaitu:

Anda TIDAK PERLU menganalisis matawang-matawang lain seperti ZAR, CZK, MXN, DKK dan lain-lain. Fokuskan kepada 8 matawang di atas sahaja sudah memadai. Terdapat

3 KATEGORI PAIRS

iaitu:

Major Pairs

Major Pairs adalah pairs popular yang selalu didagangkan, dan mempunyai USD sebagai base @ quote. Contohnya GBP/USD, EUR/USD, USD/JPY dan USD/CHF.

Minor Pairs atau Exotic Pairs

Minor pairs juga mengandungi USD sebagai base @ quote, tetapi pairs ini tidak begitu popular di kalangan trader. Contohnya seperti USD/ZAR (South African Rand), USD/CZK (Czech Koruna), USD/MXN (Mexican Peso), dan USD/DKK (Danish Krone).

Cross Pairs

Cross pairs tidak menggunakan USD sebagai base mahupun quote. Contoh cross pairs yang popular ialah GBP/JPY, EUR/JPY, GBP/CHF dan EUR/GBP. Spread bagi cross pairs adalah lebih tinggi dan pergerakannya juga lebih sukar untuk dijangka.

(21)

a

BEZA MONEY CHANGER, BANK DAN ONLINE FOREX

a

Money changer dan bank juga menawarkan khidmat tukaran wang asing. Jadi, apakah perbezaannya dengan online forex trading? Bolehkah kita trade forex (untuk menjana pendapatan) menggunakan saluran-saluran tersebut?

Jawapannya,

BOLEH

. Namun begitu, untuk menjana pendapatan adalah SANGAT-SANGAT SUKAR kerana

SPREAD

yang dikenakan amat-amat melampau (500 – 1000+ pips!) dan LEVERAGE TIDAK DISEDIAKAN.

Money changer menyediakan WANG FIZIKAL melalui forex, di mana anda perlu menggunakannya di negara yang anda lawati. Bank pula menggunakan forex untuk kiriman wang ke luar negara (TELEGRAPHIC TRANSFER). Online forex pula merupakan sebuah platform yang disediakan khas untuk MENJANA PENDAPATAN. Online forex menawarkan SPREAD YANG RENDAH dan LEVERAGE juga disediakan. Anda juga boleh trade pada bila-bila masa dan di mana-mana jua yang anda mahu.

Kesimpulannya, money changer menyediakan wang fizikal, bank menyediakan perkhidmatan Telegraphic Transfer, manakala online forex menyediakan platform untuk menjana pendapatan. Jadi, yang mana satukah anda akan pilih untuk menjana pendapatan? YESSS!! BIJAK.

ONLINE FOREX adalah jawapan yang paling tepat. 

a

KENAPA SAYA PERLU PILIH FOREX

BERBANDING PERNIAGAAN YANG LAIN?

a

Tidak perlu bersusah-payah jual barang, cari downline atau pelanggan

Tidak perlu menurut arahan bos atau menguruskan pekerja

Sangat mudah dan menjimatkan masa. Hanya perlu klik-klik sahaja

Boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, 24 jam sehari

5 hari seminggu, selagi ada komputer / gadget dan sambungan internet

(22)

SUDAH TENTU BOLEH

!!!

Anda hanya perlu kuasai 3 elemen ini:

TEKNIK yang mampu menjana untung maksimum dengan risiko yang minimum

PENGURUSAN KEWANGAN yang betul serta diikuti dengan penuh berdisiplin

KETAHANAN MENTAL (EMOSI) yang kuat, serta RAJIN BERUSAHA dan SENTIASA MEMPERBAIKI KESILAPAN

Forex tidak memerlukan masa yang banyak apabila anda sudah mahir, tetapi

pulangannya sangat lumayan berbanding dengan bekerja kuat sepanjang hari. Untuk sampai ke tahap mahir, tentulah ia menuntut pengorbanan masa, tenaga dan wang. Tetapi percayalah, IA SEMEMANGNYA BERBALOI!!! Apabila anda sudah menguasai

TEKNIK FOREX SEBENAR

, anda cuma perlu ulang formula yang sama sampai bila-bila, kerana ia telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu.

Bayangkan, anda masih lagi bekerja di siang hari, dan meluangkan masa beberapa minit untuk trade forex pada sebelah malam. Anda masih boleh meluangkan masa bersama keluarga tersayang, melancong, shopping, bersukan dan lain-lain aktiviti yang anda suka. Keesokannya, anda dapati trade anda telah PROFIT

sebanyak 125 pips. Anda terus close post tersebut dan withdraw ke dalam akaun anda. Dengan meluangkan hanya beberapa minit sehari, anda dapat mengaut “sedikit wang” daripada pasaran bernilai $5 TRILLION ini. Mahukah anda hidup seperti itu?

Jika jawapan anda “YA!!”, sila baca dan fahamkan ebook ini dari awal sehingga habis. Anda pasti akan dapat menguasai

TEKNIK FOREX SEBENAR

.

(23)

Untuk menjadi seorang forex trader, anda memerlukan beberapa perkakasan di bawah:

DESKTOP, LAPTOP, SMARTPHONE atau TABLET

DESKTOP (PC) atau LAPTOP yang mempunyai spesifikasi standard sudah memadai. Kini, forex trading juga boleh dilakukan melalui mobile gadget (SMARTPHONE atau TABLET). Seeloknya, gunakan laptop kerana ia boleh dibawa ke mana-mana dan lebih berkuasa berbanding dengan smartphone / tablet. Skrinnya juga lebih besar.

SAMBUNGAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI

SAMBUNGAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI dalah sangat-sangat mustahak. Oleh itu, kami cadangkan anda guna WIRELESS BROADBAND. Hanya cucukkan modem ke PC atau Laptop, anda akan dihubungkan dengan internet berkelajuan tinggi

(24)

KAMERA DIGITAL atau KAMERA SMARTPHONE

KAMERA diperlukan untuk menangkap gambar kad pengenalan, dokumen, kad kredit dan lain-lain untuk tujuan pembukaan akaun forex. Caranya mudah sahaja. Tangkap gambar I/C atau dokumen Pindahkan ke dalam komputer melalui Bluetooth @ kabel USB  Email kan kepada broker anda untuk mereka membuat pengesahan. Itu sahaja. Broker antarabangsa tertakluk kepada pelbagai undang-undang yang ketat, kerana itulah mereka memerlukan gambar IC anda untuk pengesahan identiti.

PENCETAK (PRINTER)

PENCETAK digunakan untuk mencetak dokumen-dokumen pendaftaran, rekod trade, deposit, withdrawal dan lain-lain. Dengan adanya rekod-rekod ini, anda boleh mengkaji prestasi semasa anda dan menyimpan data-data penting di dalam sebuah fail khas. Namun begitu, pada zaman kini, semua fail disimpan dalam bentuk digital sahaja kerana ia dapat menjimatkan penggunaan ruang dan juga kertas (mesra alam).

(25)

BAB 2:

ASAS-ASAS FOREX

Istilah-istilah Urusniaga Forex

Hari dan Waktu Forex Trading

Chart Adalah Kompas Anda!

Jenis-jenis Forex Trader

(26)

Topik ini akan menerangkan istilah-istilah asas dalam urusniaga forex yang perlu anda fahami sebelum anda belajar mengenai teknik-teknik “KILLER” dalam forex.

A

PIPS

A

Pips bermaksud nilai perpuluhan terkecil untuk sepasang matawang. 1 Pips adalah bersamaan 0.00010. Bagi pairs yang mempunyai JPY sebagai Quote, 1 Pips = 0.010.

CONTOH: Jika harga USD/CHF TURUN dari 0.92000 kepada 0.91000, ini bermakna ia telah TURUN sebanyak 100 Pips. (0.92000 – 0.91000 = 0.01000 @ 100 Pips)

TIPS: Bagi mengelakkan kekeliruan dalam mengira pips, abaikan sahaja decimal ke-5. Jadi, daripada 0.92000, anda baca sebagai 0.9200 sahaja.

A

BUY @ LONG DAN SELL @ SHORT

A

Pasaran forex bergerak ke ATAS DAN BAWAH. Anda boleh mengaut untung ketika harga NAIK (BULLISH) mahupun TURUN (BEARISH). Anda perlu:

Jika position anda tepat, anda akan meraih UNTUNG @ PROFIT. Anda perlu CLOSE POSITION anda, barulah keuntungan tersebut menjadi milik anda.

Suka kami ingatkan di sini, APABILA ANDA BUY, JANGAN TEKAN BUTANG SELL UNTUK CLOSE POSITION. Sama juga dengan Sell. Jangan BUY pula untuk close position. Tidak kira anda Buy @ Sell, akan terdapat satu butang CLOSE POSITION. Kliklah pada butang tersebut dan Profit (atau Loss) akan menjadi milik anda.

A

ASK PRICE (BUY / LONG) DAN BID PRICE (SELL / SHORT)

A

Apabila anda BUY @ LONG, anda akan Buy pada harga ASK, manakala apabila anda SHORT @ SELL, anda akan Short pada harga BID.

BUY @ LONG

apabila anda menjangka

PRICE AKAN NAIK

; ATAU

SELL @ SHORT

apabila anda menjangka

PRICE AKAN

TURUN

(27)

CONTOH: ASK Price GBP/USD = 1.5153,manakala BID = 1.5150. Apabila anda BUY, anda akan Buy pada 1.5153. Sebaik sahaja position anda dibuka, anda akan dapati harga semasa post anda ialah 1.5150 (Harga Bid) dan anda berada dalam keadaan RUGI sebanyak 3 Pips. Mengapakah ia terjadi sebegitu?

A

SPREAD

A

Ini adalah disebabkan oleh SPREAD, iaitu PERBEZAAN DI ANTARA HARGA BID DAN ASK. Merujuk kepada contoh di atas, spread bagi GBP/USD ialah 1.5153 – 1.5150 = 0.0003 @ 3 PIPS. Jika anda SELL pula, anda akan Sell pada harga Bid (1.5150), tetapi Profit dikira berpandukan harga Ask (1.5153).

PROFIT, LOSS DAN BREAKEVEN (UNTUNG, RUGI DAN PULANG MODAL)

Untuk BUY, anda akan mendapat UNTUNG jika priceNAIK, TETAPI anda akan RUGI jika price TURUN.

CONTOH: Anda Buy USD/CHF di 0.9150, dan 1 jam selepas itu harga naik ke 0.9200, ini bermakna position anda telah UNTUNG 50 Pips (0.9200 – 0.9150 = 0.0050).

Untuk SELL pula, anda akan mendapat UNTUNG jika price TURUN, TETAPI anda akan RUGI jika price NAIK.

CONTOH: Anda Sell AUD/USD di 0.7800, dan harga turun selepas 2 jam kepada 0.7700. Ini beerti, anda sudah PROFIT 100 Pips (0.7800 – 0.7700 = 0.0100). Sebaliknya, jika price terus MENINGKAT ke 0.7900, bermakna anda akan RUGI SEBANYAK 100 PIPS.

Jika HARGA OPEN POSITION = HARGA CLOSE POSITION, ia dinamakan BREAKEVEN (BE) @ PULANG MODAL.

CONTOH: Anda Buy USD/CHF pada harga 0.9300. Harga naik ke atas dan turun semula ke paras 0.9300. Anda Close Position di sini. Jadi, OPEN = CLOSE = 0.9300. Inilah yang dinamakan BE, iaitu tidak Profit mahupun Loss.

(28)

A

STOP LOSS (SL)

A

Stop Loss (SL) ialah paras harga RUGI MAKSIMUM yang anda sanggup tanggung, jika price bergerak ke arah yang bertentangan dengan position anda. Ia SATU KEWAJIPAN & KEMESTIAN untuk meminimumkankerugian anda.

CONTOH: Anda BUY NZD/USD di 0.7200, dan menjangka price TIDAK AKAN BERGERAK KE BAWAH lebih daripada 50 Pips. Jadi, anda set SL pada harga 0.7150 (0.7200 – 0.0050). Malangnya, price bergerak KE BAWAH sehingga 200 Pips ke paras 0.7000. Anda hanya kerugian 50 Pips sahaja, kerana broker akan menutup position anda secara automatik pada harga 0.7150. Jika anda tidak meletakkan SL, anda akan menanggung kerugian sebanyak 200 Pips!! (0.7200 – 0.7000)

Di dalam BAB 4:

TEKNIK FOREX SEBENAR

, anda akan diajar cara paling efektif untuk meletakkan SL yang paling minimum.

A

TARGET PROFIT (TP)

A

Target Profit atau Take Profit (TP) pula adalah paras harga di mana anda mahu broker close position anda setelah TARGET KEUNTUNGAN dicapai. Ia juga SANGAT-SANGAT PENTING untuk memaksimumkan keuntungan anda.

CONTOH: Anda SELL USD/CAD di 1.2550, dan anda menjangka price AKAN TURUN SEBANYAK 100 PIPS KE 1.2450 (1.2550 – 0.0100). Maka, anda pun set TP di 1.2450. Memang benar, price bergerak mengikut jangkaan anda, dan sampai ke paras 1.2450. Position anda akan ditutup secara automatik pada harga ini, dan anda telahpun berjaya memperoleh Profit sebanyak 100 Pips!!

Oh ya, tidakkah rugi jika price bergerak melepasi TP kita? Ya, memang betul tetapi sekurang-kurangnya position anda berakhir dengan PROFIT, bukannya LOSS!!

TEKNIK FOREX SEBENAR

akan menunjukkan di manakah kawasan TP yang sepatutnya anda letak, supaya situasi “melepas” seperti ini tidak akan berlaku. 

(29)

A

STOP ORDER DAN LIMIT ORDER (A.K.A PENDING ORDERS - PO)

A

Sila tonton video “Pending Orders – TFS” untuk praktikal market

Position atau Trade anda boleh dibuka melalui 2 cara iaitu:

1) Secara terus daripada market pada HARGA SEMASA (Manual Entry / Market Execution). Hanya klik Buy @ Sell dan position anda akan terus dibuka; ATAU

2) Tempah harga untuk Buy @ Sell pada HARGA PILIHAN ANDA (Pending Orders @ PO). Position anda akan dibuka apabila harga mencecah PO anda.

Terdapat 2 JENIS PENDING ORDERS, iaitu Stop Order [SO] dan Limit Order [LO]: Sila rujuk rajah di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.

STOP ORDER [SO] ialah tempahan harga DI ATAS harga semasa (jika ingin Buy – BUY STOP) atau DI BAWAH harga semasa (jika ingin Sell – SELL STOP).

LIMIT ORDER [LO] pula digunakan apabila anda ingin BUY pada harga DI BAWAH harga semasa atau SELL DI ATAS harga semasa. Dalam erti kata lain, anda mahu “BUY LOW, SELL HIGH”.

CONTOH: HARGA SEMASA GBP/USD ialah 1.58497. Anda boleh BUY STOP pada harga DI ATAS 1.58497 atau SELL STOP DI BAWAH 1.58497. Katakan anda Buy Stop di 1.58755. Apabila harga semasa naik dan sampai ke 1.58755, position BUY anda akan dibuka secara automatik. Begitu juga sebaliknya jika anda membuat Sell Stop.

(30)

Untuk BUY LIMIT & SELL LIMIT pula, ia adalah sebaliknya. Sila rujuk kembali rajah sebelum ini dan video tutorial yang disediakan untuk pemahaman lebih jelas.

Sesetengah broker mengenakan syarat jarak untuk membuat PO mesti berbeza 5 pips daripada harga semasa, contohnya FxCitizen. Ada juga yang mensyaratkan 10 pips. Ia bergantung kepada broker anda, kerana syarat yang dikenakan oleh setiap broker adalah berlainan. Ia sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan.

Kami PANTANG menggunakan Market Order, kerana ia banyak dipengaruhi emosi dan kebanyakan masanya menyebabkan loss. Anda MESTI menggunakan PENDING ORDERS untuk trade jika nak untung besar dalam forex. Trade menggunakan PO adalah lebih selamat dan mudah. Malah, untungnya juga jauh lebih lumayan!!

Secara peribadi, kami lebih gemarkan LIMIT ORDER berbanding STOP ORDER. Ini kerana LO lebih lumayan dan selamat berbanding SO. Trade pada “Retracement”

menggunakan LO kurang berisiko berbanding trade pada “Breakout” menggunakan SO, kerana apabila price breakout kita tidak dapat tahu sejauh mana ia akan pergi.

a

JANGAN MAIN FOREX!!

a

Sebelum kita melangkah lebih jauh, ingin kami tegaskan di sini bahawa istilah yang betul ialah

TRADE FOREX

, BUKAN

MAIN FOREX

!!

Forex tidak boleh dibuat main, kelak nanti anda yang kena main dengan forex. Forex adalah sesuatu yang serius kerana ia melibatkan wang. FOREX ADALAH PERNIAGAAN!! Anda tentu tak nak main-main dengan wang atau perniagaan anda bukan? Ingat, jangan sesekali sebut “MAIN FOREX”, sebaliknya gunakanlah istilah yang betul iaitu “TRADE FOREX”.

(31)

HARI yang terbaik untuk trade ialah hari SELASA hingga KHAMIS, manakala hari-hari yang TIDAK DIGALAKKAN UNTUK TRADE pula ialah:

a

BILAKAH PULA WAKTU TERBAIK UNTUK TRADE?

a

TIME ZONE (TZ) bagi setiap pasaran forex adalah berbeza-beza. Terdapat 4 TZ yang utama, iaitu AUSTRALIA & NEW ZEALAND, JEPUN, EURO & UK dan US & CANADA. TZ bagi setiap satunya mengikut WAKTU MALAYSIA adalah seperti berikut:

Waktu yang terbaik untuk trade ialah di antara pukul 3 PETANG ke 12 MALAM iaitu ketika market Jepun, Euro / UKdanUS / Canada sedang dibuka. Mengikut kajian yang telah dijalankan, volume trading adalah TERTINGGI dalam pertindihan TZ ini berbanding pada waktu-waktu lain. Malah, anda juga dapat mengaut keuntungan yang menarik di dalam TZ ini kerana pergerakannya SANGAT AKTIF, berbanding sebelum pukul 3 petang kerana market-market besar iaitu Euro & US sedang tidur.

(32)

CHART (Carta / Graf) berfungsi sebagai “KOMPAS” kepada trader (tak kira saham, forex, CPO, dan lain-lain). Melalui analisis pada chart, trader akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai arah pasaran. Di dalam topik yang MUSTAHAK ini, kita akan belajar mengenai Line Chart, Bar Chart dan Candlestick Chart.

 Line chart menunjukkan harga CLOSE sahaja untuk sesuatu time frame.

Bar chart menunjukkan harga Open, High, Low dan Close (OHLC). Harga open ditunjukkan oleh senggat kiri, manakala harga close ditunjukkan oleh senggat kanan. Titik tertinggi dan terendah pula boleh dirujuk pada hujung garisan.

Mengapakah kedua-dua chart ini

tidak bagus sebagai rujukan

?

 Kekurangan data, kerana Line chart hanya menunjukkan harga close sahaja  Sukar dilihat sekali imbas samada bar itu bullish, bearish atau neutral jika kita

zoom-out apabila ingin melihat gambaran lebih luas. Ini kerana garisan bar chart akan menjadi sangat halus apabila kita zoom-out

 Sukar ditafsir dan dilihat jika dipecahkan kepada time frame yang lebih kecil

Masalah-masalah ini boleh diselesaikan menggunakan…

(33)

Sila tonton video “Asas Candlesticks – TFS” untuk praktikal market

CANDLESTICK (CS) chart telah diperkenalkan oleh trader JEPUN sejak kurun ke-18 untuk melihat turun naik harga beras. Dahulunya, CS hanya digunakan di Jepun. Sejak ilmu ini disebarkan oleh STEVE NISON di dalam bukunya BEYOND CANDLESTICKS, barulah CS digunakan secara meluas di seluruh dunia. CS sama sahaja dengan Bar chart, cuma ianya lebih mudah ditafsir sekali imbas kerana ruang antara OPEN dan CLOSE diisikan dengan warna. Ini akan menjadikan analisis anda lebih mudah, cepat dan tepat. Cuba anda bandingkan chart yang sama di bawah.

Yang mana lebih mudah untuk ditafsir dan sedap mata memandang

?

(34)

Terdapat 4 MAKLUMAT PENTINGOHLC di dalam setiap candlestick iaitu:

Open

(O)

- Harga pembukaan untuk sesuatu Time Frame (TF)

High

(H)

- Harga tertinggi yang dicapai dalam sesuatu TF

Low

(L)

- Harga terendah yang dicapai dalam sesuatu TF

Close

(C)

- Harga penutup untuk sesuatu TF

Body

- Jarak di antara Open dan Close yang diisikan dengan warna

Shadow

- Jarak di antara Open / Close ke High / Low

Terdapat 2 PERBEZAAN KETARA di antara BULL dan BEAR CS iaitu:

Bull CS Open di bawah, Close di atas; tetapi Bear CS Open di Atas, Close di bawah Biasanya, Bull CS diwarnakan Putih, Biru atau Hijau, manakala Bear CS

diwarnakan Hitam atau Merah (boleh diubah mengikut citarasa masing-masing).

Dengan ciri-ciri yang ada pada CS, sekali imbas sahaja

anda sudah tahu ia

Bullish

atau

Bearish

CS bukan?

TIPS!! LEBIH PANJANG Body candlestick (MARUBOZU),

(35)

Untuk memantapkan lagi pemahaman anda, mari kita rujuk CS TF 4 JAM di bawah:

Merujuk chart di atas, PENJURU ATAS KIRI (KOTAK BIRU) menunjukkan maklumat Pairs & TF beserta OHLC CS PALING KANAN (KOTAK MERAH). Pairs yang sedang dianalisis ialah EUR/GBP, TF H4 (4 Hours @ 4 Jam).

Setiap CS di atas mengandungi informasi untuk 4 JAM. Sila POINT ke arah CLOSE

untuk mendapatkan maklumat OHLC. Merujuk kepada CS di atas anak panah, harga OPEN = 0.87550 dan setelah 4 jam berlalu, harga CLOSE @ 0.86830. Di dalam 4 jam tersebut, HIGH dan LOW yang dicapai ialah 0.87730 dan 0.86710. CS ini bermula pada pukul 04:00 (GMT), bertarikh 21/05/2010, dan VOLUME yang didagangkan ialah 5,581.

Anda juga boleh membaca OHLC DI BAHAGIAN BAWAH CHART ANDA. Anda TAK PERLU POINT ke arah close. Hanya pastikan pointer mouse anda SELARI dengan CS yang ingin dikaji. Info-info OHLC yang sama akan terpapar di bawah chart.

(36)

a

PEMAHAMAN & PEMECAHAN TIME FRAME

a

Sila tonton video “Asas Candlesticks – TFS” untuk praktikal market

TIME FRAME @ TF adalah penunjuk harga OHLC “dalam satu-satu julat masa”.Julat masa yang dimaksudkan boleh jadi 1 Minit, 5 Minit, 1 Jam, 4 Jam, 1 Hari, dan seterusnya. Untuk pemahaman yang lebih jelas, rujuk rajah CS H4 di bawah:

CS TF H4 pukul 12:00 (GMT) pada 20 Mei 2010 di atas (bawah anak panah biru) boleh diterjemahkan sebagai “Harga buka pada pukul 12:00 ialah 1.06200. Dalam masa 4 jam, harga naik setinggi 1.07190. Harga terendah yang dicapai pula ialah 1.06080. Sesudah 4 jam, akhirnya harga ditutup pada paras 1.06560 pukul 16:00.”

Begitulah cara membaca CS, tak kira apa pun TF yang dirujuk. Mengikut contoh di atas, CS baru akan terbentuk setiap 4 jam. Jika anda merujuk kepada TF yang besar, anda tidak akan dapat melihat secara terperinci pergerakan price. Contohnya, CS tadi menunjukkan harga Tertinggi ialah pada harga 1.07190 di antara jam 12:00 – 16:00 (mula pukul 12:00, jadi tamat selepas 4 Jam = 16:00). Secara tepatnya, pada JAM berapakah price mencecah paras Tertinggi tersebut? Untuk menjawab soalan ini, anda perlu kaji TF yang lebih kecil pula. Mari kita lihat CS 1 JAM (H1) di sebelah…

(37)

CS H4 12:00 – 16:00 sebelum ini boleh dipecahkan kepada 4 unit CS H1 (4 jam ÷ 1 jam = 4 CS) seperti di atas (dalam kotak ungu, ditunjukkan oleh anak panah biru). Price mencecah High @ 1.07190 di antara jam 14:00 – 15:00. Nampak? Itu untuk Jam. Bagaimana pula jika anda ingin tahu dengan lebih terperinci, iaitu pada MINIT ke berapa? Kita zoom-in pula kepada Chart TF M1 @ 1 Minit bagi jam 14:00 – 15:00.

CS H1 Jam 14:00 – 15:00 boleh dipecahkan kepada 60 unit CS M1 (1 jam @ 60 minit ÷ 1 minit = 60 CS). Daripada CS M1 di atas, price mencecah 1.07190 pada pukul 14:25.

Anda perlu memahami bagaimana TF yang besar boleh dipecahkan kepada

TF yang lebih kecil.

Kemahiran membaca TF

merupakan salah satu asas

penting yang perlu dikuasai untuk menjadi trader yang berjaya.

CHART H1

(38)

a

APAKAH TIME FRAME YANG TERBAIK?

a

Time Frame yang terbaik adalah time frame yang BERJANGKA PANJANG, seperti 4 JAM (H4), 1 HARI (D1) dan 1 MINGGU (W1). Ini kerana TF-TF ini (1) mengandungi lebih banyak maklumat, (2) dapat menggambarkan keadaan semasa dengan lebih tepat, serta (3) mudah menunjukkan kita arah tuju market.

TF yang KECIL seperti 1 Minit (M1), 5 Minit (M5), dan 15 Minit (M15) tidak boleh diharap kerana akan memberikan anda banyak false signal. Anda perlu melihat chart anda pada skala besar (BIG PICTURE), barulah anda akan mendapat “FEEL” market tersebut untuk melihat trend semasa yang sebenar.

Di bawah adalah contoh-contoh pergerakan price dalam TF yang berbeza TETAPI pada WAKTU YANG SAMA (CS TERKINI dalam kotak BIRU hujung sebelah kanan). Tarikh yang dirujuk ialah 9 JUN 2010, manakala masanya pula ialah 23:25.

Pada Chart TF M5 di atas, Bullish CS terbentuk dan pergerakan sebelumnya juga adalah UPTREND. Adakah anda akan BUY? Tunggu… lihat Chart TF H1 dahulu.

(39)

Eh, price nampaknya seperti dalam DOWNTREND pula. CS-CS sebelumnya tidak menentu (doji) dan menolak ke bawah. Jom kita lihat pula Chart TF H4

Sama seperti H1, TF H4 juga menunjukkan DOWNTREND. Tetapi, CS sebelumnya ialah Bullish. Apakah reversal akan berlaku? Sabar, kita semak Chart TF D1 pula…

(40)

Chart TF D1 juga menunjukkan DOWNTREND nampaknya. CS sebelumnya juga adalah Bearish. Jadi, apakah position yang patut diambil dalam situasi sebegini? SELL!!

INGAT!! Sentiasa IKUT TREND PADA TF YANG BESAR / BERJANGKA PANJANG. Seperti contoh-contoh di atas, anda perlu mengintai peluang untuk SELL sahaja, kerana TF besar seperti H4 dan D1 menunjukkan price masih berada dalam DOWNTREND.

TEKNIK FOREX SEBENAR

menggunakan TF H4, D1 dan W1 untuk melihat pergerakan price dan mengambil position di mana price tidak akan reverse melebihi 50 pips!! Ini merupakan kombinasi TF terbaik kerana ia mampu memberi peluang trade berkualiti dan berulang kali setiap hari dan minggu.

TIPS!!

Untuk memahami CS dan TF dengan lebih mudah, cuba buka

CHART M1

dan

lihat bagaimana CS dalam TF M1 (1 Minit) terhasil.

Anda pasti akan dapat memahaminya. Cara CS terbentuk adalah sama

(41)

Terdapat 4 KATEGORI FOREX TRADER yang dikenalpasti. Mari kita lihat ciri-ciri mereka beserta kelebihan VS kelemahan masing-masing.

ASCALPERA

Scalper merupakan jenis trader yang open dan close position dalam masa yang singkat. Disebabkan oleh sifatnya yang berjangka pendek, scalper akan membuka banyak post dengan harapan untuk mengaut keuntungan besar. Scalper biasanya terdiri daripada orang yang suka menatap chart dan kerjanya asyik nak buka post sahaja.

TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: M1, M5, M15 dan M30

ADAY TRADERA

Trader jenis ini akan open dan close position dalam hari yang sama. Ertinya, mereka akan hold post mereka selama beberapa jam, tetapi tidak melebihi satu hari.

TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: H1, H4 dan D1

ASWING TRADERA

Swing trader adalah lebih kurang sama dengan Day Trader, cuma mereka akan hold position yang dibuka untuk jangkamasa yang lebih lama. Kebiasaannya, post mereka akan ditutup selepas beberapa hari, tetapi tidak melebihi satu minggu.

TIME FRAME YANG BIASA DIGUNAKAN: H4, D1 dan W1

APOSITION TRADERA

Ini merupakan jenis trader paling otai dan penyabar. Post yang dibuka akan dipegang sampai berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya.

(42)

A

PERBANDINGAN KELEBIHAN VS KELEMAHAN

A

A

ANDA TRADER JENIS APA??

A

Setelah anda membaca jenis-jenis forex trader di atas, anda rasa anda trader jenis apa? Jika jawapan anda “tak pasti”, cuba fikirkan jawapan kepada soalan-soalan ini:

 Berapa banyak masa yang boleh anda luangkan untuk membuat analisis teknikal?  Berapa banyak masa anda perlu untuk membaca perkembangan ekonomi semasa?  Berapa banyak modal yang anda ada dan bilakah masa yang anda boleh trade?  Berapa banyak yang anda sanggup rugi, dan berapa pula anda nak untung?  Berapa lamakah anda mahu hold position anda?

(43)

YA, SOALAN YANG

SANGAT BIJAK

. TAHNIAH!!

Setiap jenis trader mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Namun begitu, jika anda tanya kami jenis trader manakah yang terbaik, jawapan kami ialah…

Benar, kami adalah trader jenis DAY + SWING TRADER (DST) dan kami mahu anda juga menjadi seperti kami kerana terdapat banyak kelebihannya seperti:

A

TAK PERLU SUSAH-PAYAH NAK UNTUNG BANYAK

A

Cuba anda kira sendiri. Katakan target anda 100 pips. Anda mahu jadi Scalper yang trade 10 kali x 10 pips = 100 pips, atau DST yang trade 1 kali x 100 pips = 100 pips? Sudah tentu trade 1 kali sahaja bukan? Anda trade 10 kali sudahlah penat, itu pun belum tentu kesemuanya profit. Baik anda jadi DST, trade dengan tenang dan lebih mudah profit berbanding menjadi Scalper.

A

KURANG TRADE, MAKA KURANGLAH RUGI

A

Kalau anda menjadi Scalper, belum tentu semua post anda akan profit. Kebiasaannya, scalper target 10 pips tapi SL nya sampai 50 pips (kadang-kadang tak ada SL pun!). Maknanya, 5 kali profit (10 pips x 5 kali = 50 pips) baruboleh cover SATU LOSS jika terkena SL 50 pips. Semakin banyak anda trade, semakin tinggi kebarangkalian anda untuk rugi. Oleh itu, dengan menjadi DST, bila anda kurang trade, maka kuranglah rugi.

A

TAK PERLU MODAL YANG TERLALU BESAR

A

Jika anda ingin menjadi seorang Position Trader, anda perlukan modal yang besar. Ini kerana TF yang besar memerlukan SL yang besar. Potensi profitnya pun besar juga, tetapi lambat nak profit sebab jarang sekali ada peluang trade. Lebih baik anda jadi

DST. Modal sederhana, risiko rendah tetapi pulangannya tinggi serta lebih cepat!!

DAY TRADER + SWING TRADER

(44)

A

TAK PERLU LUANG BANYAK MASA DEPAN SKRIN

A

Seorang DST hanya buat analisis KURANG DARIPADA 1 JAM SEHARI!! Scalper pula akan sentiasa melihat chart kerana mereka sentiasa ketagih untuk open post. Pantang nampak movement sikit, nak open post!! Jika anda menjadi DST, anda tidak perlu membazir masa depan skrin dan boleh melakukan perkara-perkara lain yang anda suka. Cara trade sebegini lebih tenang dan menyeronokkan.

A

TAK PERLU TUNGGU TERLALU LAMA UNTUK PELUANG TRADE

A

Position Trader akan menunggu sangat lama sebelum membuka sesuatu post, kerana mereka menggunakan TF D1 – MN (Monthly). Peluang trade mungkin muncul 1 – 4 kali sahaja dalam sebulan. Untuk forex memberikan pendapatan harian kepada kita, cara trading sebegini tidaklah praktikal. DST juga yang terbaik kerana anda berpeluang menjana pendapatan harian mahupun mingguan. Yeahhh!!!

A

TAK PERLU MENGGELABAH ATAU KELAM-KABUT

A

Menjadi seorang Scalper memang sangat stressful, kerana Scalper sentiasa ingin enter post yang profitable, tak boleh ada loss langsung! Apa yang difikirkan ialah “aku kena kaut duit dari forex sebanyak dan secepat mungkin”. Namun begitu, akhirnya ia berkesudahan dengan Loss / Margin Call. Dengan menjadi DST, anda dapat membuat analisis anda dengan tenang, malah trade anda juga dibuat berdasarkan analisis yang jitu. Tambahan pula, setiap position yang anda buka sudah dikira awal-awal potensi dan risikonya. Jadi, anda tidak akan risau walauapapun keputusan trade anda.

A

TAK PERLU KAYAKAN BROKER

A

Pernahkah anda mendengar istilah “the broker always win”? Istilah tersebut muncul kerana tidak kira anda untung atau rugi, broker akan sentiasa mendapat spread. 95% trader adalah trader yang gagal. Mereka inilah yang menjadikan broker kaya. 5% trader yang berjaya tidak akan membuatkan broker bankrap. Semakin banyak anda trade, semakin banyaklah spread yang anda “sedekahkan” kepada broker. Ini tak termasuk lagi Loss anda. Jadi, kurangkanlah spread anda dengan menjadi DST yaa…

(45)

Topik kali ini akan mengetengahkan professionalisme dalam forex. Forex is not a hobby, but to MAKE SERIOUS MONEY!! Forex merupakan salah satu sumber pendapatan TERHEBAT di dunia. Untuk menjadi seorang forex trader yang unggul, anda memerlukan FOREX TRADING PLAN dan FOREX TRADING JOURNAL.

A

FOREX TRADING PLAN (FTP)

A

Sila rujuk ebook “Trading Plan TEKNIK FOREX SEBENAR” untuk pemahaman lanjut

Forex trading memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi. Sebagaimana sesebuah perniagaan memerlukan Rancangan Perniagaan (RP), begitu jugalah dengan forex. Tanpa perancangan yang betul, anda tidak akan berjaya. Ingat,

“IF YOU FAIL TO PLAN, YOU PLAN TO FAIL”. Sebab itulah kita kena ada FTP...

FTP merupakan BUKU PANDUAN anda di dalam forex trading. FTP adalah sangat-sangat peribadi. Anda perlu menulisnya dengan penuh emosi dan bersemangat. Antara perkara-perkara penting yang perlu ada dalam FTP anda ialah:

1) Apakah tujuan anda menjadi forex trader?

2) Kenapa anda memilih forex berbanding peluang perniagaan yang lain? 3) Berapakah modal anda dan peratusan modal yang akan digunakan? 4) Jika modal anda habis kesemuanya, mampukah anda meneruskan hidup? 5) Apakah yang anda akan lakukan apabila anda profit / loss?

6) Apakah yang akan anda lakukan dengan wang yang dijana dari forex? 7) Siapakah broker anda dan kenapa broker tersebut dipilih?

8) Apakah teknik yang anda guna dan TF apa yang dirujuk dalam analisis anda? 9) Bagaimanakah rutin trading harian anda?

Senarai di atas adalah sekadar panduan sahaja. Anda bebas menambah perkara-perkara lain sekiranya dirasakan perlu. Seeloknya, buatlah trading plan tersebut

(46)

A

FOREX TRADING JOURNAL (FTJ)

A

Sila rujuk “Trading Journal dan Checklist TEKNIK FOREX SEBENAR”untuk pemahaman lanjut

FTJ ialah sebuah BUKU REKOD / DIARI di mana anda akan mencatatkan:

Analisis anda (pair, masa dan apa yang anda lihat di chart pada waktu itu) Position yang anda ambil berdasarkan analisis itu (BUY, SELL @ NO TRADE) Hasil daripada position anda, samada anda Profit atau Loss

Sebab atau punca anda dapat Profit atau Loss tersebut

Dengan adanya sebuah trading journal, anda akan maju dengan lebih cepat kerana setiap apa yang anda lakukan anda catat, jadi anda akan sentiasa belajar daripada kejayaan / kesilapan. Jika untung, kenapa trade tersebut menguntungkan? Jika rugi, kenapa ia merugikan? Catatkan semuanya dalam FTJ supaya anda boleh mengulangi faktor kemenangan dan tidak mengulangi faktor kekalahan anda.

Apabila anda telah berulang-ulang kali menganalisis profit dan loss anda, kami yakin anda akan berjaya dengan lebih mudah berbanding dengan orang-orang yang tidak pernah mengkaji kelebihan / kekurangan mereka.

(47)

Rajah di sebelah merupakan FTP & FTJ En Khalid ketika beliau baru bermula menjadi trader. Beliau amat naif ketika itu. Berikut merupakan antara kandungan FTP beliau:

“Kalau pairs GBP/JPY & EUR/JPY, SL mesti 25 pips. TP pula 20 pips” “Saya akan guna TF M5, M15 dan H1 sahaja”

“Saya akan trade menggunakan 10% daripada modal saya”

Apakah KESILAPANFTP yang telah beliau lakukan PADA MASA ITU?

Posisi Stop Loss dan Target Profit yang tak masuk akal

Tidak mengenali pergerakan pairs, yang mana bergerak laju dan perlahan Pengurusan modal yang lintang-pukang

Penggunaan TF yang tidak sesuai

Di dalam FTJ beliau pula, antara SEBAB UTAMA BELIAU LOSS ialah kerana:

Tidak menggunakan PO, sebaliknya enter post secara manual Menggandakan lot selepas loss, menjadikan loss semakin banyak

Position yang selalu melawan trend, konon nak “Sell at Top, Buy at Bottom” Tidak membuat analisis yang mencukupi dan gelojoh asyik nak trade

Lihatlah betapa banyaknya kesilapan yang pernah beliau lakukan dahulu, dan dengan bantuan FTP dan FTJ, beliau berjaya mengatasinya. Sediakan setiap satu sebelum anda bermula, kerana jika tidak, karier trading anda tidak akan ada hala tuju. PERCAYALAH, FTP + FTJ SANGAT-SANGAT MEMBANTU ANDA!!

INGAT, INGAT DAN INGAT

!! Masukkan JENIS TRADER ANDA dan senaraikan

mengapa anda rasa anda trader jenis itu ke dalam FOREX TRADING PLAN anda. Ia berfungsi sebagai “reminder” supaya anda tidak menjadi seorang trader yang tidak berpendirian. Ia juga berfungsi sebagai panduan anda setiap kali anda hendak open post. DST adalah jenis trader terbaik, sepertimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

INGAT, JADILAH SEORANG DAY + SWING TRADER!! (DST)

(48)

BAB 3:

ASAS - ASAS

#1 - Trend Pasaran

#2 - Support and Resistance (SNR)

#3 - Candlestick Reversal Signals (CRS)

#4 - Trendline dan Channel

(49)

A

#1 – TREND PASARAN

a

UPTREND = Cari Peluang BUY sahaja

Uptrend @ UT adalah “siri KENAIKAN harga yang mencipta High dan Low yang LEBIH TINGGI daripada sebelumnya”. High yang lebih tinggi dilabel sebagai HH (Higher High), manakala Low yang lebih tinggi dilabel sebagai HL (Higher Low). Sila rujuk gambarajah di bawah untuk pemahaman yang lebih jelas.

DOWNTREND = Cari Peluang SELL sahaja

Definisi bagi Downtrend @ DT pula ialah terbalik daripada Uptrend, iaitu “siri PENURUNAN harga yang mencipta High dan Low yang LEBIH RENDAH daripada sebelumnya”. Ia dilabel dengan LH(Lower High) dan LL (Lower Low).

Referensi

Dokumen terkait

Dalam mekanisme water  drive yang ditunjang oleh persediaan air yang besar, akan menyebabkan batas air- minyak (WOC) makin bergerak keatas; dan untuk daerah yang makin

Dari hasil penerimaan data sensor yang dilakukan oleh peneliti yang juga mengacu pada hasil uji performa LoRa dengan melakukan penggantian nilai sf maka dapat disimpulkan

Permasalahan penentuan awal bulan qomariyah seperti penentuan jatuhnya tanggal untuk bulan syawal, ramadhan atau bulan-bulan qomariyah yang lain, menjadi sebuah problematika

(2) Bank Penyalur atau Perusahaan Pembiayaan Penyalur sebagaimana dimaksud pada ayat (1) dapat mencairkan Besaran Penyaluran Pembiayaan Tapera sesuai dengan

Sebagai alternatif, atau jika tidak terlarut air, serap dengan bahan kering yang lengai dan isikan dalam bekas pelupusan bahan buangan yang wajar.. Buang melalui kontraktor

Sesuai dengan judul dalam penelitian ini, maka yang menjadi sampel penelitian adalah : Wajib Pajak Badan yang melakukan restitusi PPN LB dan Fiskus.. Berdasarkan pada

Alur penelitian yang dilakukan ditunjukkan pada Gambar 4. Secara garis besar penelitian ini dibagi menjadi tiga tahapan, yaitu tahapan segmentasi, tahapan pengukuran fitur dan

16 tersebut berhasil diimplementasikan dengan baik maka akan membantu menciptakan ketahanan pangan khususnya dari aspek availability (produksi dan ketersediaan