• Tidak ada hasil yang ditemukan

tingkah laku bermasalah.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "tingkah laku bermasalah.docx"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

Monday, 27 August 2012

TINGKAH LAKU BERMASALAH (Bahagian 1)

Disediakan oleh: Halimah Binti Othman DPLI-SR Matematik/Pengajian Melayu IPGK Tuanku Bainun Ambilan Disember 2011

1.0

PENGENALAN

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di

kalangan masyarakat umum. Gejala tingkah laku bermasalah boleh ini

menyebabkan ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan

seharian individu. Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya , sekolah

rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Kanak-kanak dibentuk

mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku

murid-murid semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru

adalah orang yang penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam

pendidikan.

Dengan bertambahnya bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan

moden, sikap yang tidak mementingkan kanak-kanak ini telah beransur berubah.

Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan

dari segi emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan

pertanyaan anak-anak, membawa mereka makan bersama, berbincang serta

(2)

memberi peluang kepada anak-anak memberi pendapat dan pandangan dan

memberi mereka kebebasan memilih atau membuat keputusan asalkan tidak

memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah memberikan

kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan

satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk

bertanding lebih gigih dalam kehidupan masyarakat.

2.0 KONSEP TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak

normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, tidak kira di dalam

kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia

bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi,

perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang

dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah

laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses

mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam

alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti

kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian

persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada

sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik

darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua

pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah

laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat

belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah

negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif

berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang

berlebihan.

Ahli psikologi mengatakan yang peranan ibu bapa merupakan satu faktor

yang dapat meningkatkan ancaman tingkah laku bermasalah di antara para

remaja (Braumind, 1991; Kazdin, 1987; Patterson, 1982). Banyak lagi kajian

rentas telah mendapati bahawa pengurangan dalam sokongan emosi daripada

(3)

ibu bapa dan pengawalan disipilin yang terlalu ketat adalah saling berkaitan

dengan tingkah laku bermasalah dalam diri remaja (Barnes, 1990; Baumrind,

1991; Lamborn, Mounts, Steinberg, & Dornbusch, 1991). Oleh yang demikian,

guru-guru perlu menggunakan teori behavioris di dalam bilik darjah untuk

membawa perubahan tingkah laku yang positif di dalam diri murid-murid.

Rasional untuk membetulkan tingkah laku bermasalah melalui teknik modifikasi

tingkah laku ialah kebanyakan tingkah laku buruk boleh dipelajari dan dilupai

semula.

3.0 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan

perkembangan sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk

perubahan dari aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua

perkembangan tersebut berkaitan dengan faktor baka dan persekitaran.

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku

bermasalah diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku

bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek

proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang

ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut

berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya

perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran

seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran

dan pembelajaran yang sedang berlaku.

Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah

laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga

15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku

merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti

tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain.

Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata,

vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan

akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku distruktif

(4)

sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun

televisyen.

3.1 Tingkah Laku Disruptif

Tingkah laku masalah distruptif didefinisikan sebagai sebarang tigkah laku yang

dapat menjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang

murid yang distruptif ialah seorang yang dapat menarik perhatian guru dan

mengelak guru tersebut daripada memberikan perhatian kepada murid-murid

yang lain di dalam bilik darjah. Tingkah laku distruptif ditunjukkan apabila

seorang murid tidak bekerjasama dengan guru dan mengelak dirinya daripada

murid-murid yang lain.

Di sekolah yang sering berlaku pergaduhan kecil sesama mereka

disebabkan oleh perkara yang remeh. Walaupun, dilihat sebagai pergaduhan

kecil yang melibatkan kanak-kanak namun ianya akan memberi kesan yang

buruk kelak. Tingkah laku masalah ini dicatat di dalam buku disiplin sekolah.

Tindakan akan diambil adalah berbentuk amaran untuk pertama kali dan kedua

kali dilakukan. Apabila ianya kerap dilakukan maka murid itu akan diambil

tindakan berjumpa dengan waris sebelum sekolah mengambil tindakan susulan.

Terdapat buku peraturan sekolah dan tindakan yang akan diambil termasuk

merotan mengikut undang-undang yang ditetapkan sekolah dengan perserujuan

ibubapa dan Jabatan Pendidikan.

Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif pula sentiasa menganggu

dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama

adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang

mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid

berasa tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Boleh

dikatakan kebanyakkan mereka akan membuat bising sama ada ketiadaan guru

atau sebaliknya. Mereka akan bercakap sesama mereka, menjerit, mengganggu

rakan sekelas dan sebagainya. Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang

boleh membahayakan orang lain dan ia merangkumi tingkah laku seperti:

(5)

Kelakuan nakal: suka menggangu kawan-kawan, bergaduh, membuli

atau menyakat kawan-kawan sekelas.

Bising: menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap

Bergerak sesuka hati: suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran,

berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan

aktiviti yang disukai bila-bila masa.

Ketawa kuat: ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa

menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya

Agresif secara lisan / fizikal: menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang

ajar, tidak sopan

Contoh murid bertingkah laku disruptif : bergaduh

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah

emosi „ neurotic „ atau „psychotic‟ dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang

jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak

stabil. Hal ini juga disebabkan kurangnya guru mengendalikan murid-murid

tersebut seperti tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar, guru

menghadirkan diri ke mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan,

sikap semulajadi murid-murid keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan

mereka akan hilang minat untuk mengikuti pembelajaran selepas waktu rehat

atau melakukan aktiviti luar seperti pendidikan jasmani.

Cara-Cara Mengatasi Tingkah Laku Disruptif

Bagi mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan peranan

dengan menggunakan kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui

ubah suai luaran. Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian

(6)

tingkah laku seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung

mengubah

tingkah

lakunya.

Guru menjadi model yang disanjung

Teori ini telah diperkenalkan oleh Bandura yang menjelaskan pelbagai

tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Jenis-jenis tingkah laku

desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau,

menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan

fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki

berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi

punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan

aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya.

Pemerhatian yang telah dibuat dalam sebuah sesi pengajaran dan

pembelajaran yang sedang berlangsung, memang didapati masalah ini banyak

berlaku terutamanya di kelas-kelas hujung dalam sesuatu darjah. Kebiasaannya

golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan membuat

bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya

apabila mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi. Murid yang

tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal

diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid

lain.

Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid

yang lain. Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat

pagar tingkap, kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh

(7)

terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid ini akan

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari

kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid

lain. Murid menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika

dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan

kerja. Murid ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya

memberontak ketika di sekolah.

Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan

mengurangkan tingkahlaku bermasalah ini daripada semakin berleluasa.

Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah memenuhi kehendak pelajar

seperti memahami keperluan pelajar tersebut. Apabila kehendaknya dituruti

barulah lama kelamaan murid tersebut dapat memberi perhatian dalam kelas.

Kaedah ini juga boleh dilaksanakan kepada murid keperluan khas Cuma

pendekatannya sahaja yang berbeza berbeza. Contohnya bagi guru harus

mengikut aktiviti pelajar itu seperti berlari tetapi semasa berlari pengisian

pembelajaran harus ada umpamanya berlari sambil mengira. Ini boleh

menimbulkan minat untuk murid itu belajar.

3.2 Tingkah Laku Distruktif

Tingkah laku distruktif juga dikenali sebagai tingkah laku merosakkan. Ia biasa

berlaku di kalangan murid-murid yang berumur 10 hingga 14 tahun. Tingkah laku

ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan

masyarakat. Kanak- kanak yang sentiasa menunjukkan tingkah laku distruktif

akan menunjukkan kelakuan dan perbuatan seperti:

Permusuhan nyata: suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal

dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.

Vandalisme: suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng

dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat

pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah,

menggores atau menconteng meja.

Kumpulan liar: terlibat dengan kumpulan tidak bermoral

Klik: mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai

perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik

Geng: menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang

ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau

menakut-nakutkan murid-murid lain.

(8)

Tingkah laku distruktif antaranya vandalisme di sekolah

Kumpulan liar, klik dan geng

Video pelajar perempuan bergaduh

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku

berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada

(9)

masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh

guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan

menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang.

Menurut Duke (1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab

terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak

berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa

sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential

influence of student’s free will ”.

Terdapat dua sebab utama yang mempengaruhi tingkah laku distruktif

iaitu konsep kendiri dan kawalan kendiri yang rendah. Pendapat Freud ialah

kanak-kanak yang mempunyai sifat agresif telah mempelajarinya daripada ibu

bapa, masyarakat atau televisyen (mencontohi / memodel watak). Justeru itu,

guru-guru mempunyai cabaran untuk memahami dan respon kepada keperluan

murid-murid sedemikian sementara memastikan murid lain berada dalam

keadaan selamat dan terus proaktif.

Cara-Cara Mengatasi Tingkah Laku Distruktif

Kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku distruktif memerlukan satu

persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Struktur ini harus termaktub dalam

rutin harian murid-murid yang dimodifikasikan sejajar dengan perubahan dalam

tingkah laku bermasalah mereka. Guru-guru harus menetapkan

peraturan-peraturan yang diperlukan sebagai satu bahagian rancangan yang berstruktur. Ia

bagi memastikan bahawa semua peraturan adalah berguna dan mempunyai

matlamat yang spesifik. Semua peraturan ini perlu dilafazkan dan diperkukuhkan.

Faktor yang menyebabkan tingkah laku bermasalah distruktif adalah

kekurangan konsep kendiri, pergelutan kuasa dan dendam. Oleh itu, guru perlu

menunjukkan persekitaran cinta aktif kerana ia akan dapat menolong

menghapus dan memperbaiki kekurangan yang disebabkan oleh tingkah laku

distruktif. Dalam mengendalikan murid-murid sebegini, aspek-aspek berikut perlu

dititikberatkan oleh seorang guru iaitu seperti:

Guru tidak boleh selalu marah dan mest sentiasa bersabar;

Guru perlu membuat aksi daripada menunjukkan reaksi kepada murid;

Guru mesti sensitif dalam menstabilkan keadaan dan mendiamkan murid-murid

(10)

Guru tidak boleh membuat ugutan semasa murid-murid marah;

Guru perlu menangani tingkah laku bermasalah daripada mengelakkannya.

Strategi yang paling penting ialah bercakap dengan anak murid dengan

memfokuskan kepada tingkah laku positif.

Guru mesti melibatkan diri dalam kumpulan sokongan yang mungkin wujud

melalui pelbagai program rawatan.

Guru juga mesti dilatih dalam pengurusan stres dan motivasi untuk

mengendalikan kanak-kanak distruktif.

Guru perlu bijak mengurus stres/tekanan

Guru-guru mesti mengambil iktibar daripada pencapain kecil yang ditunjukkan

oleh murid dalam mengawal atau menghapuskan tingkah laku distruktif. Tujuan

disiplin ialah untuk mengarah murid-murid supaya memupuk semangat berdikari

dan menjadi individu yang boleh berfungsi dalam cara yang boleh diterima dalam

masyarakat.

3.3 Penggantungan Lebihan

Tingkah laku penggantungan lebihan merujuk kepada murid-murid yang

mempunyai masalah untuk berdikari, selalu bimbang dan selalu menarik diri

daripada aktiviti-aktiviti akademik dan ko-kurikulum. Penggantungan lebihan juga

merujuk kepada tingkah laku bermasalah dimana seseorang individu berharap

kepada orang lain untuk membuat kerjanya serta menyelesaikan semua masalah

yang dihadapi dan cirri lain penggantungan lebihan adalah seperti berikut:

Kebimbangan: sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang,

tiada keyakinan diri.

(11)

Pergantungan lebihan: terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan

dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu

manja, tidak boleh berdikari.

Pengunduran diri: malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak

memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering

menggangap orang lebih baik dari dirinya

Pengasingan diri: tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan

kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada

kawan-kawan

Murid sentiasa mengasingkan diri

Tingkah laku pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan

kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun, ianya juga

mungkin akan berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika, apabila orang yang

diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan

tidak tahu apa yang dilakukannya. Individu sebegini juga merupakan individu

yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan

tekanan. Di antara punca berlaku tingkah laku pergantungan berlebihan ialah

akibat ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah

tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak.

Kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun

kebimbangan adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman

murid namun ianya juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku

bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya. Seseorang yang

sentiasa bimbang akan sentiasa cemas atau „phobia‟ menghadapi sesuatu

cabaran. Kebimbangan adalah fenomena yang akan menyebabkan kanak-kanak

(12)

mempunyai personaliti dan kendiri yang negatif. Individu sebegini akan

menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan orang lain. Antara sebab

terjadi tingkah laku kebimbangan ialah percanggahan motif, konflik diri antara

tingkah laku dan nilai sebenarnya, penyesuaian diri dalam menghadapi suatu

keadaan yang baru, menghadapi suatu keadaan yang sukar diramal dan

kehilangan tempat bergantung.

Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang

selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela

diri. Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan pengalaman pahit pada

masa lampau. Kanak-kanak yang pernah gagal dalam sesuatu usaha akan

mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang tugas yang

ada kaitannya dengan pengalaman awalnya. Tingkah laku pengunduran diri ini

jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep diri yang rendah, tidak

yakin untuk berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek

serta kurang berupaya untuk menyelesaikan masalah.

Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri

daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan

sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada

berkomunikasi dengan orang lain.Masalah ini turut berlaku di sekolah yang saya

menjalaini PBS. Sesetengah murid enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau

sesi perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah apabila murid

merasakan dirinya tidak dapat mengikuti pembelajaran. Akhirnya ianya akan

menyebabkan murid-murid tidak mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu,

pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak

seimbang.

Cara-Cara Mengatasi Penggantungan Lebihan

Bagi mengatasi masalah tingkah laku ini, guru seharusnya mengabil tindakan

dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut secara individu agar murid

dapat memberi perhatian. Tetapi tumpuan tersebut cuma sekejap sahaja kerana

murid ini cepat bosan dan akan membuat aktivitinya sendiri. Manakala bagi

murid aliran perdana guru seharusnya membincang dengan ibu bapa murid

kerana ini berkemungkinan murid mengalami masalah di rumah. Selain itu, guru

(13)

seharusnya mengajar apa yang diminati oleh murid kerana sedikit sebanyak

akan memberi kesan terhadap murid ketika belajar.

Para guru mesti membenarkan murid-murid berkongsi tanggungjawab

untuk membuat kerja sendiri tanpa bantuan orang lain. Ini membantu mereka

untuk menjadi manusia yang lebih berdikari dan dapat menjaga diri mereka

sendiri. Guru juga mesti mengajar murid-murid untuk berkrompomi di antara

keperluan dan kehendak mereka dengan kehendak orang lain. Murid-murid juga

perlu menghormati kebolehan orang lain serta tidak mengkritik emosi, aksi atau

fikiran orang lain. Dalam serti kata lain, murid-murid diberi pendedahan dan

diajar untuk saling hormat menghormati dan mengurangkan salaing

bergantungan kepada orang lain.

Murid perlu diajar supaya berkongsi tanggungjawab bersama

Murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan

perhatian yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk

memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu

menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna.

Dalam pada itu, golongan yang pasif ini juga seringkali menjadi mangsa buli dan

ditindas oleh pelajar lain kerana kekurangan yang ada dalam diri mereka.

Langkah mengatasi yang telah dijalankan oleh guru untuk mengelakkan masalah

ini daripada menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah

dengan mengasingkan pelajar ini dan menghimpunkan mereka dalam satu

kelompok yang digelar sebagai pelajar pemulihan.

(14)

4.0 KESIMPULAN

Tingkah laku bermasalah ini merupakan perkara yang perlu di beri perhatian

yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya

berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa

hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat di ubah lagi. Setiap

perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah

disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut.

Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana

kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada

orang lain. Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif. Yang

pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau

memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru

mengenalpasti murid-murid yang bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya

agar strategi atau teknik tertentu dapat digunapakai bagi memastikan

keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dapat

berjalan dengan lancar serta berkesan. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi

tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku

bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung

kepada masalah-masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai teknik-teknik dan

penyelesaian yang berkesan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

Teknik-teknik modifikasi yang boleh dipraktikkan ini adalah untuk membantu

murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya

melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila

tingkah laku positif dapat dibentuk, maka ini akan meningkatkan prestasi dan

pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran.

(15)

Cara-cara mengatasi tingkahlaku kanak-kanak berdasarkan 4 model tingkahlaku -Assertive discipline -Model Glasser -Model Ginott -Model Dreikurs Assertive discipline

diperkenalkan oleh Lee Canter (1976)

sistem yang peraturan bilik darjah yang dibentuk oleh guru dan diamalkan dalam bilik darjah. Perkara-perkara yang melanggar peraturan bilik darjah juga nyatakan

Jika murid melanggar peraturan namanya akan dicatat sama ada di papan kapur, di klip board atau buku catatan. Murid yang namanya dicatat lebih daripada sekali akan di hantar ke bilik Guru Besar atau atau ibu/bapanya dipanggil berjumpa guru.

-Canter percaya sistem disiplin tegas membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan lebih berkesan.

-Canter mendasari sistem disiplin tegasnya dengan tanggapan bahawa murid hendak mengganggu guru dan mengelak belajar atau supaya guru tidak mengajar.

-Guru yang percaya murid mempunyai keinginan berbeza untuk belajar menyatakan

tanggapan itu tidak wajar. Satu masalah lagi dengan disiplin tegas ialah menganggap murid boleh melakukan sesuatu mengikut disiplin.

-Guru yang berpengalaman menganggap murid boleh belajar bahawa sesetengah tingkah laku boleh diterima di sekolah dan sebahagiannya tidak.

-Guru yang percaya bahawa murid mempunyai keinginan kuat untuk belajar beranggapan bahawa tanggapan ini tidak wajar. Mereka tahu bahawa belajar biasanya mengambil masa, perlu bimbingan, dan ulangan pengalaman.

-Sistem disiplin tegas beranggapan apabila murid diberi tahu peraturan dan menghukum mereka yang melanggarnya akan mengelakkan pelakuan yang tidak diingini. Pendekatan ini akan mengawal tingkah laku murid pada waktu itu, tetapi murid tidak tahu mengapa sesuatu pelakuan itu tidak diterima ataupun adakah mereka belajar untuk menyesuaikan diri pada situasi yang lain.

-Sistem pengurusan tingkah laku yang menguatkuasakan peraturan oleh golongan dewasa yang berautoriti tidak akan membantu murid belajar bertanggungjawab.

-Walau bagaimanapun sistem ini mengajar murid untuk mematuhi peraturan yang diamalkan melalui kuasa yang tegas. Ada masanya orang dewasa perlu tegas dan dan menuntut kepatuhan semerta. Misalnya, untuk mengelakkan kecederaan atau semasa kecemasan seperti kebakaran. Orang dewasa perlu mengawal disiplin sehingga murid memahami rasionalnya mereka perlu mengawal tingkah laku dalam keadaan demikian. -Walau bagaimanapun , mengawal tingkah laku murid dengan kuasa dan menuntut kepatuhan semerta tidak semestinya sebagai cara pengurusan tingkah laku.

-Pada pandangan Gartrell (1987a) menegaskan disiplin tegas akan merosakkan konsep kendiri murid dan menjadikan guru „pengurus teknikal‟. Malahan ia menyebabkan murid tidak dapat memastikan tingkah laku yang sesuai dan tidak membina rasa tanggungjawab dalam

(16)

diri mereka.

-Model disiplin tegas gagal memastikan sebab berlakunya tingkah laku mengganggu. Sistem ini diaplikasikan tanpa mengambilkira kurikulum, susun atur bilik darjah atau jadual waktu. -Sistem disiplin perlu mengambil kira semua faktor dan individu yang terlibat dalam situasi pengajaran.

-Jones dan Jones(1990) melaporkan sesetengah sekolah yang mengamalkan program disiplin tegas selama ini telah tidak lagi mengamalkannya sebab:

> ramai guru kecewa kerana murid bermasalah kurang berkait dengan prosedur itu > murid yang tidak memerlukan kaedah disiplin tegas merasa aib atau bimbang > guru yang sering melaungkan “duduk!”, “diam!” “keluar!” semasa di bilik darjah adalah gagal memenuhi keperluan asas dan akademik murid

> guru lebih banyak menggunakan disiplin tegas untuk mengelakkan tingkah laku mengganggu daripada menilai kaedah pengajarannya

Model Glasser

berdasarkan penyediaan banyak pilihan yang baik untuk murid dan menguruskan gangguan yang berlaku secara tenang dan logik.

-Glasser percaya pilihan yang baik menghasilkan tingkah laku yang baik dan pilihan yang tidak baik menyebabkan tingkah laku tidak baik.

-Tingkah laku individu menggambarkan keinginannya memenuhi keperluannya . Jika Sekolah mempunyai disiplin yang baik ia akan menjadi tempat di mana kurang terdapat murid atau guru yang kecewa dalam nenenuhi keperluan masing-masing.

-Antara keperluan yang dikenal pasti ialah keperluan dimiliki, keperluan kebebasan dan keperluan untuk berjenaka atau gembira.

-Sekolah yang muridnya tidak mempunyai perasaan memiliki ( sense of belonging) atau tiada peluang membuat pilihan merupakan sekolah yang sering mengalami masalah disiplin. -Glasser mencadangkan guru menstruktur pengalaman pembalejaran murid supaya mereka mempunyai motivasi yang tinggi bekerja dalam kumpulan dan murid yang pandai membantu murid yang lemah. Ini memberi peluang kepada murid yangpandai memenuhi keperluan memimpin/kuasa dan yang lemah untuk menyumbang kepada kumpulannya.

-Dalam model glasser, mesyuarat kelas antara murid akan membincangkan peraturan dan tingkah laku dalam bilik darjah.

-Walau bagaimanapun, model Glasser sering digunakan untuk murid menengah,

tetapi model ini berfokus kepada penyelesaian masalah, pilihan yang disediakan guru dan cara guru membantu murid bermasalah dengan cara yang bersesuaian.

Model Ginott

berdasarkan pengelolaan iklim bilik darjah yang kondusif untuk disiplin yang baik melalui komunikasi berkesan antara guru dan murid.

-Beliau percaya , disiplin adalah proses berterusan yang perlu dicapai sepanjang masa. -Prinsip model ini ialah sebagai mesej membaiki kepada murid dalam menangani masalah.

(17)

-Ginott menggunakan istilah komunikasi kongruen (setimpal) untuk menerangkan tindak balas yang harmoni dengan perasaan murid tentang sesuatu situasi atau diri mereka. -Ginott menggalakkan kerjasama bukan memaksanya.

-Guru yang menggunakan cadangan Ginott tidak melabel murid dan berkomunikasi berdasarkan kerelaan mereka untuk membantu murid menyelesaikan masalah.

-Laporan Charles dan Barr (1989), guru yang gunakan pandangan Ginott merasa perlu pengurusan yang berstruktur dalam situasi pengajaran.

-Ginott menegaskan tentang kebolehan komunikasi berkesan dengan murid amat perlu kepada guru prasekolah.

-Beliau juga menegaskan perlunya guru meningkatkan keyakinan murid dan tingkah laku guru sebagai contoh/model.

Model Dreikurs

-Dreikurs mendefinisikan disiplin sebagai mengajar murid peraturan yang membataskan mereka.

-Beliau percaya semua murid ingin rasa dimiliki , dan tingkah laku mereka menggambarkan usaha untuk dimiliki, Masalah salah laku berpunca daripada matlamat yang tidak jelas atau silap ,seperti untuk mendapat perhatian atau kuasa, dendam dan mendedahkan kelemahan orang lain.

-Dreikurs mencadangkan kaedah mendisiplin yang baik ialah menggalakkan tingkah laku positif.

-Untuk mengatasi masalah tingkah laku, Dreikurs mencadangkan guru menjelaskan kepada murid secara logik tindakan mereka ambil terhadap mereka.

Penjelasan secara logik tehadap dendaan adalah berbeza dengan hukuman. Hukuman (punishment) ialah aksi yang diambil oleh guru kepada masalah tingkah laku dan untuk menunjukkan siapa berkuasa. Hukuman menyebabkan ingin melawan . Penjelasan ini mengajar mrid memahami bahawa setiap tingkah laku ada implikasinya. Tingkah laku yang baik mendapat ganjaran yang baik dan menggembirakan, begitulah sebaliknya.

Charles dan Barr (1989) berpendapat kaedah Dreikurs memberi peluang kepada murid membina tingkah laku secara asli kerana murid mengamalkan tingkah laku yang baik kerana murid beranggapan mereka wajar berbuat demikian.

(18)

PENGURUSAN BILIK DARJAH: SATU KAJIAN LITERATUR RINGKAS.

2.1 Pengenalan

Tinjauan literatur dijalankan bertujuan untuk mengkaji proses dan prosedur dalam aspek pengurusan bilik darjah yang diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Telah banyak kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak antaranya oleh para guru yang menyambung pelajaran di bawah Program Pensiswazahan Guru(PPG) sama ada secara jarak jauh atau sepenuh masa.

2.3 Konsep Bilik Darjah

Semasa di sekolah, para guru menghabiskan sebahagian besar masa mereka di dalam bilik darjah. Pernahkah kita terfikir apa itu sebenarnya bilik darjah? Besar kemungkinan ada yang akan mengatakan bahawa bilik darjah ialah bilik buru mengajar dan murid belajar. Ya, itulah gambaran paling mudah tentang bilik darjah. Ia merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Menurut Akta Pendidikan, murid atau pelajar merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. Sebaliknya, guru bermakna seseorang yang:

(a) Mengajar murid-murid di sekolah atau di institusi pendidikan, atau

(b) Menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal dalam bilik darjah mungkin merupakan „kawan‟ atau „musuh‟ dalam pengajaran. Susunan fizikal biluk darjah boleh memberi sumbangan dari segi kawalan,

(19)

pembelajaran, perhubungan guru dan murid, juga antara murid dengan murid dan keseronokan bekerja bersama-sama.

2.4 Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada timgkah laku murid. Ramai yang mengatakan pengurusan bilik darjah merupakan aspek yang paling sukar. 36% guru di Amerika menyatakan bahawa mereka tidak akan menjadi guru sekiranya mereka tahu akan menghadapi masalah dalam pengurusan bilik darjah. (laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981).

Malah Maskowitz dan Hayman (1976) pernah menyatakan sekali guru kehilangan kawalan ke atas bilik darjah, akan menjadi lebih sukar untuk dapat dikawal semula.

Secara umumnya pengurusan bilik darjah bolehlah diumpamakan seperti

“pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah.” (Lemlech, 1988).

Namun begitu pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya menurut Anderson (1989) ialah tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisen.

2.4.1 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah

Di dalam mengurus bilik darjah seseorang guru berperanan besar bagi memastikan suasana bilik darjahnya bersifat kondusif dan selesa sesuai untuk dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng (1995), peranan guru adalah begitu rumit. Dia perlu mewujudkan suasana yang penuh kemesraan dan dan kasih sayang di dalam bilik darjah. Seorang murid memerlukan kasih sayang. Seseorang guru yang cekap pengajarannya tetapi tidak berupaya menunjukkan kemesraan dan kasih sayang masih tidak dapat memenangi hati murid-muridnya.

(20)

a) Seseorang guru perlu mempelajari atau mengenali tentang murid yang ada di dalam bilik darjahnya. Ia bukan sekadar mengetahui nama muridnya sahaja tetapi lebih dari itu ia perlu mengetahui latar belakang muridnya, tahu siapa ibubapa mereka serta mengenali mereka. Dengan memiliki maklumat ini, akan memudahkan bagi guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

b) Guru juga merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian bagi tempoh satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan kondusif. Usah dipandang remeh soal lampu atau kipas yang tidak berfungsi, kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu tumpuan murid untuk menerima pelajaran. Begitu juga dengan hiasan bilik darjah dan soal kebersihan perlu diberi perhatian. Dan lebih penting ialah susunan atau susun atur bilik darjah mestilah sesuai kerana ia akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.

Kecekapan guru dalam mengurus penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran, menyediakan berbagai rekod, menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks, Rancangan Makan Tambahan dan sebagainya. Dengan adanya rutin ini, segala aktiviti di dalam bilik darjah akan dijalankan dengan lebih teratur. Proses pembelajaran tidak akan terganggu dan proses pengajaran akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

c) Bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjahnya, seseorang guru hendaklah merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru, sebagai perancang hendaklah memikirkan objektif satu-satu pelajaran serta kaedah pengajaran yang akan digunakan. Guru hendaklah mengambil kira kebolehan dan minat murid-murid ketika membuat perancangan pengajaran. Di peringkat ini, guru juga merancang tentang cara menilai muridnya sama ada menggunakan ujian, lembaran kerja atau pun projek.

d) Malah guru juga berperanan sebagai pegawai perhubungan awam semasa di dalam kelas apabila berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga murid yang datang untuk bertanya tentang pencapaian anak-anak mereka. Guru perlu melayan ibu bapa atau penjaga murid sebagai pelanggan yang inginkan maklumat tentang pencapaian anak-anak mereka selepas sesuatu ujian atau peperiksaan diadakan.

e) Terkini, guru perlu merefleksi akan amalan pengajaran dan pembelajaran yang telah mereka

(21)

jalankan bagi mencari kelemahan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi supaya hasilnya benar-

benar menepati objektif yang telah ditetapkan.

2.5 Amalan Pengurusan Bilik Darjah 2.5.1 Merancang

Seseorang guru perlu merancang perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran atau sesuatu aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Dalam membuat perancangan pengajaran guru akan menentukan tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, serta jenis bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang akan digunakan bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

Selain perancangan pengajaran, guru juga merancang disiplin dan pengurusan bilik darjah yang baik agar pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam keadaan yang tenteram. Guru perlu memikirkan cara-cara untuk mengurangkan masalah disiplin seperti menggalakkan aktiviti yang bermakna serta menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti baru boleh menimbulkan unsur suspens dan mengagumkan.

Sebagai kesimpulan, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan atau kegagalan satu-satu pelajaran atau kegiatan di dalam bilik darjah amat bergantung kepada perancangan teliti yang dibuat oleh seseorang guru.

2.5.2 Mengurus

Guru juga boleh bertindak sebagai seorang pegurus yang cekap.Ini penting bagi mewujudkan keadaan yang tenteram, kerana keadaan yang tenteram adalah selesa untuk pembelajaran. Sebagai pengurus guru akan memastikan segala kegiatan harian seperti menanda kedatangan dan mengedar serta mengumpul buku-buku latihan dijalankan dengan teratur.

Sebagai pengurus, guru juga menentukan bahawa susunan meja dan kerusi adalah sesuai bagi murid-muridnya. Masalah seperti halangan kepada penglihatan murid-murid yang lain hendaklah dielakkan. Penyusunan tempat duduk murid-murid mengikut kumpulan akan memudahkan interaksi antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid.

Selaku pengurus yang baik, guru hendaklah mendengar masalah murid dan sentiasa

(22)

menggerakkan muridnya supaya mereka terdorong untuk belajar dengan lebih tekun lagi. Pengurus yang cekap lazimnya berjaya membentuk disiplin kendiri individu-individu di bawah jagaannya. Oleh itu, sebagai pengurus guru juga berusaha untuk menimbulkan disiplin kendri di kalangan murid-muridnya. Situasi ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran-pembelajaran.

2.5.3 Mengelola

Selain mengajar, peranan guru sebagai pengelola tidak kurang juga pentingnya. Sebagai pengelola, guru menjalankan tugas-tugas berikut di dalam bilik darjah:

1- Memastikan penyusunan kerusi meja adalah sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.

2- Menyediakan keadaan bilik darjah yang menggalakkan penyertaan murid-murid. 3- Memastikan segala bahan, peralatan serta kelengkapan mencukupi.

4- Menyediakan kumpulan-kumpulan yang senang mengambil bahagian dalam perbincangan seperti sesi buzz dan sumbangsaran.

5- Memastikan masalah disiplin tidak timbul agar pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

6- Menyediakan jenis penilaian dan melaksanakannya untuk mendapatkan hasil yang sah serta boleh dipercayai.

Sebagai pengelola yang cekap, guru akan berjaya menyediakan suasana bagi menjamin pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan.

2.5.4 Mengarah

Dalam pengurusan bilik darjah, para guru tidak dapat lari dari memimpin dan memberi arahan. Guru perlu menonjolkan dirinya sebagai seorang pengarah yang berjaya dan berkesan bagi memastikan bilik darjah yang dijalankan proses pengajaran dan pembelajaran benar-benar memberi erti kepada muridmurid yang diajarnya.

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti.

(23)

Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.

2.5.5 Mengawal

Kebolehan atau kemahiran mengawal yang dimiliki oleh guru turut memberi peranan yang besar dalam menjayakan misi mencapai target atau objektif pembelajaran. Keupayaan seorang guru untuk mengawal bilik darjahnya dari sebarang salah laku disiplin adalah satu kejayaan yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit usaha yang dijalankan bagi mengawal bilik darjah benar-benar kondusif dan selesa bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru sarna ada berjaya mengawal dan mendorong, bertindak sebagai perujuk dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif umpamanya objektif pembelajaran.

Guru juga dikaitkan dengan orang yang berkebolehan merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, guru harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap agar sesuatu matlamat tercapai.

2.6 Model Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra.

Terdapat beberapa model yang dapat diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya yang akan dibincangkan ialah:

2.6.1 Modifikasi Tingkah Laku

Mengikut kamus Dewan Edisi ke-4 modifikasi ertinya proses (perbuatan atau tindakan) mengubah sedikit sesuatu (keadaan atau sifat) supaya sesuai dengan keperluan. Guru mengubah tingkah laku pelajar dari tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.

(24)

Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti yang menggalakkan lahirnya tingkah laku positif.

Cth: jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang telah ditetapkan.

2.6.2 Model Disiplin Asertif Canter

Model ini menekankan hubungan yang positif antara guru dan pelajar. Di mana guru menerangkan kehendak dan peraturan yang diingini kepada pelajar. Penerangan ini penting kerana setiap tingkah laku pelajar ada memberi kesan sama ada positif atau negatif. Dengan kata lain model ini mengutamakan kepentingan disiplin di dalam bilik darjah.

Matlamat utama model ini adalah berlandaskan kepentingan pematuhan pelajar di dalam bilik darjah supaya dapat membentuk satu suasana belajar yang kondusif serta berkesan untuk pembelajaran. Aspek pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas) oleh itu guru perlu bertindak menjadi guru asertif.

Terdapat beberapa prinsip model yang dilaksanakan dalam model Canter: • Guru perlu memberi peneguhan terhadap tindakan pelajar dengan wajar.

• guru harus merangka sistem dendaan dan ganjaran yang boleh dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.

Pandangan Canter adalah untuk mengawal dan mengajar dengan berkesan, seseorang guru perlulah bersifat tegas. Mengikut disiplin Canter guru ada kuasa untuk menetapkan peraturan di dalam bilik darjah dan mengorganisasikan satu perjumpaan dengan pelajar untuk jelaskan peraturan yang perlu dipatuhi. Jika terdapat peraturan bilik darjah yang dilanggar, guru perlu mengambil tindakan bilik darjah dengan serta merta.

2.6.3 Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs

Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru

(25)

perlu mengenalpasti punca salah laku murid, disamping itu murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Murid juga perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Secara keseluruhannya, murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah

agar amalan demokrasi dapat diaplikasikan.

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:

• mendapatkan perhatian

• mencabar kuasa

• membalas dendam

• mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku

• berkomunikasi perkara yang positif

• galak peningkatan murid

• kenal pasti kelemahan murid

• belajar daripada kesilapan

• percaya kebolehan murid

• bekerjasama

• rasa bangga pencapaian murid

• optimis

• beri galakan dan motivasi

2.6.4 Terapi Realiti Glasser

Model Terapi Realiti ini diasaskan oleh William Glasser(ahli psikologi) pada tahun 1950-an. Beliau telah banyak menulis serta mengemukakan pendapat mengenai isu-isu pendidikan dan disiplin. Buku pertama beliau bertajuk „Reality Theraphy: A New Approach to Psychiatry” yang memperkatakan tentang terapi realiti.

Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu pula berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka. Menurut Glasser, masalah tingkah laku yang berlaku di dalam bilik darjah adalah akibat dari rasa bosan atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan persekitaran yang menyebabkan murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah. Antara keperluan asas murid ialah :

(26)

a) kasih sayang –

b) mempunyai kuasa dan kawalan c) kebebasan

d) keseronokan

Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kauseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan tentang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang.Melalui terapi realiti, guru dapat:

- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan.

- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid.

- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku. - bertindak sebagai pembimbing murid.

Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan

mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti

• akan meningkatkan mutu pendidikan

• kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang

kepada murid untuk memahami dan meneroka apa yang diajar.

Kualiti pengajaran

• persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif

• guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah

• tugasan-tugasan pengajaran dan pembelajaran perlu yang berkaitan dengan kehidupan

seharian murid

• berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik

• beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya

Guru yang membimbing akan:

• memahami murid

(27)

• berbincang dengan murid

• menggalakkan murid meneroka p&p

• menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan

• menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran

Membina bilik darjah yang berkualiti

• tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan

hubungan baik

• mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian

• bina hubungan dengan guru murid

• peraturan kelas

• elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau

mengancam murid apabila timbul masalah

• pengetahuan

• kompentensi

• kualiti

• penilaian

• kefahaman dan penggunaan

2.6.5 Model Pengurusan Kelompok Kounin (1970)

Model pengurusan kelompok kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan guru yang teliti terhadap aktivit-aktiviti dalam bilik darjah. Ia mencadangkan teknik dan strategi yang proaktif bagi menggalakkan dan mengekalkan tingkah laku sosial dan akademik yang baik. Diperkenalkan supaya pelajar melibatkan diri dan mengurangkan ganguan dalam kelas dan membuktikan bahawa teknik atau pendekatan yang digunakan oleh guru lebih penting berbanding personaliti guru dalam aspek pengurusan bilik darjah.

Model ini memberi fokus kepada pencegahan disiplin dengan menggunakan strategi dan teknik untuk mengelakan kesalahan tingkah laku pelajar. Ia direka untuk mencegah masalah di peringkat permulaan. Kounin menyatakan pengurusan kelas yang baik bergantung pada pengurusan kelas yang berkesan. Kajian ini telah menemukan istilah „ripple effect‟. Ripple effect ialah teguran dan tindakan guru terhadap pelajar yang melakukan kesalahan akan mempengaruhi pelajar lain. Beliau menjelaskan guru yang efektif adalah guru yang menghalang dari berlakunya masalah pengurusan bilik darjah.

Teori Kounin :

(28)

q Kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah. q guru bertanggunjawab memerhatikan sikap pelajar dalam kelas.

q guru mesti mengetahui perkara asas berkenaan murid. ( contoh: nama, hobi, kekuatan dan kelemahan)

q Guru perlu menggunakan teknik non-verbal (bahasa badan).

2.6.5.2 Pertindanan (Overlapping)

q Menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak (pertindihan). q Guru boleh mengawal kelas dalam 2 situasi berbeza dalam satu masa.

Contoh: Mariam, teruskan dengan pembacaan awak, Azizah sila beri perhatian dan

jangan bercakap.

2.6.5.3 Kelicinan (Smoothness)

q Guru memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau member pendapat berkenaan dengan pengajaran.

q Guru dapat menilai tahap pengajaran berdasarkan soalan dan komen yang diberikan. q Guru sebagai fasilitator semasa kerja berkumpulan dan memberi cadangan kepada pelajar jika diperlukan.

2.6.5.4 Momentum

q Guru memulakan pengajaran yang menarik, lancar serta membuat rumusan di akhir pengajaran dengan berkesan.

q Mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan pelajar. q Menerangkan konsep terlebih dahulu supaya pelajar faham.

(29)

2.6.5.5 Kepekaan Kelompok/Kumpulan • Perhatian kumpulan(Group alerting) :

• Pelajar lain memberi perhatian semasa rakan memberi penerangan. • Menggalakkan akauntabiliti(Encouraging accountability) :

• Memberitahu pelajar bahawa mereka diperhatikan dan akan dinilai. • Format penyertaan tinggi(High participation format)

• Mentakrifkan tingkah laku pelajar apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung.

2.7 Masalah dan Halangan Pengurusan Bilik Darjah

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Secara rasmi, bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Kemahiran guru dalam memanipulasi saiz dan ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan menarik untuk keperluan pelajar. Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam pelajaran.

Namun terdapat beberapa masalah dan halangan yang sering mengganggu dalam pengurusan bilik darjah. Masalah dan halangan ini dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu masalah disiplin, tingkah laku, komunikasi dan interaksi. Disamping itu terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan kepada pengurusan disiplin bilik darjah iaitu hubungan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, keadaan persekitaran bilik darjah, masalah perkembangan murid dan salah laku yang tidak dijangka.

Berikut pecahan atau huraian tentang masalah disiplin yang bersifat disruptif sepertitidak memberikan perhatian, menganggu rakan, bercakap, makan dan tidur didalam kelas, keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran, lewat masuk kelas, tidak membawa buku latihan/teks, menunjukkan sikap biadap terhadap guru, membuli, melepak, berlari, menjerit di koridor. Termasuk juga dalam kategori kesalahan disiplin ialah masalahmasalah kekemasan diri contohnya tidak memakai lencana, tanda nama, stoking, kuku panjang, warna rambut dan pelajar lelaki berambut panjang.

(30)

Selain dari disiplin, soal tingkah laku di dalam bilik darjah juga merupakan masalah dan halangan dalam pengurusan bilik darjah. Menurut Shrigley (Levin & Nolan, 2004)apa jua tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif. Justeru perbuatan seperti kurang memberikan perhatian, hiperaktif, pendiam, sensitif, apati (tidak kisah kepada arahan guru), sikap melengahkan dan sambil lewa, gemar bercakap, menganggu rakan, membuli, berbohong, menipu, menimbulkan kekecohan dalam bilik darjah, kurang sopan, mencuri, merosakkan harta benda dan mudah marah dan agrasif. Manakala tingkah laku distruktif pula ialah permusuhan nyata, vandalisme, kumpulan liar, klik atau geng.

Masalah gangguan atau halangan dalam komunikasi antara pelajar dengan guru juga berlaku mungkin disebabkan suasana kelas yang bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Terdapat juga pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek telah menyebabkan pelajar itu mempunyai pemikiran tertutup terhadap subjek tersebut. Pelajar enggan mendengar pengajaran guru dan mengehadkan aktiviti pembelajaran terhadap subjek tersebut. Contohnya pelajar itu tidak suka kepasa subjek Sains. Guru sains mempunyai masalah kerana terpaksa menanamkan minat kepada setiap pelajar untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu masalah bahasa juga menyumbang masalah komunikasi. Contohnya seorang guru Melayu mengajar di sekolah kebanyakan pelajarnya majoriti Cina atau India. Pelajar tersebut tidak dapat memahami bahasa Melayu yang digunakan oleh guru dengan sepenuhnya.

Pembelajaran dan pengajaran juga tidak dapat berlangsung dengan efektif sekiranya terdapat masalah dalam cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah. Interaksi boleh berlaku antara objek atau organisma yang tidak bertindak balas. Sebagai contoh, bila guru berkomunikasi secara lisan atau melalui media, interaksi berlaku. Seorang pelajar berkomunikasi bersama guru manakala dia hanya berinteraksi dengan sebuah komputer. Pelajar mengalami masalah takut untuk berbincang dalam bilik darjah atau pun mereka tidak berminat dengan topik perbincangan guru. Selain itu guru tidak

dapat memadankan bahan – bahan pelajaran yang sesuai dengan umur kognitif para

pelajar. Guru terlalu mengikut sukatan pelajaran dan mengabaikan tahap pembelajaran Masteri. Ini ialah kerana bahan pembelajaran terlalu sukar, pelajar tidak dapat menyertai dalam proses interaksi yang efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran

Masalah lain yang dihadapi di dalam bilik darjah ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus, kerusi meja yang banyak dan nampak

(31)

berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, bilangan pelajar yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah di dalam bilik darjah. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan pelajar terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi, pelajar yang tertinggal atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini.

sumber: pengurusan bilik darjah dan tingkah laku oleh Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel)

2.8 Kesimpulan

Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti

pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak

menyenangkan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.

Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.

(32)

Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas dan dikembangkan di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah persoalan yang belum dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada setiap individu guru untuk membuat kajian lanjut.

RUJUKAN

Banathy, B. H. (1991). Systems design of education: Ajourney to create the future.Englewood.

Ahmad Zabidi Abdul Razak, Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 - 19 3, Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran, 128- Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya.

Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008, Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (Phd), 2012 Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). „Pengurusan Bilik Darjah‟. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis.

(33)

Referensi

Dokumen terkait