• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis metode jawapan hukum dalam ruangan soal jawab agama akhbar Harian Metro tahun 2010 / Muhd Imran bin Abd Razak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Analisis metode jawapan hukum dalam ruangan soal jawab agama akhbar Harian Metro tahun 2010 / Muhd Imran bin Abd Razak"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

iii

ABSTRAK

Kajian ini memfokuskan tentang metode soal jawab agama yang diamalkan dalam akhbar Harian Metro. Ia bertujuan untuk melihat sejauh mana jawapan-jawapan hukum yang dikeluarkan dalam ruangan soal jawab agama akhbar tersebut menepati metodologi pengeluaran hukum dalam Islam (usul al-fiqh). Untuk mencapai objektif yang ditetapkan, penulis meneliti prosedur teknikal soal jawab agama untuk menilai realiti positif dan negatif. Penulis turut membuat penilaian latar belakang akademik para panelis yang terlibat serta hubungannya dengan jawapan hukum yang dikeluarkan dan akhirnya membuat perbandingan antara metode jawapan-jawapan hukum tersebut dengan metodologi pengeluaran fatwa dalam Islam. Penulis telah memilih koleksi jawapan-jawapan hukum sepanjang tahun 2010 sebagai asas kajian. Hasil kajian mendapati perjalanan teknikal soal jawab agama berjalan dengan baik tetapi ruangan yang terhad telah menjejaskan kualiti sebahagian jawapan hukum. Latar belakang panelis yang berbeza daripada bidang pengajian syariah turut mempengaruhi metode dan ketepatan jawapan hukum yang dikeluarkan. Kesannya, walaupun sebahagian jawapan hukum telah dikeluarkan dengan baik kerana soalan-soalan bersifat ringkas dan mudah, masih terdapat ruang-ruang penambahbaikan bagi lebih menjamin keautoritian setiap jawapan hukum yang hendak dikeluarkan di masa depan.

(2)

iv

ABSTRACT

Focus of this research is on question and answer method which is displayed in Daily Metro Newspaper. It is aimed at finding out how far ruling of syariah answers given in the column is suited to the Islamic jurisprudence constructional methodology (usul al-fiqh). To achieve the above objective, the author had observed the technical flow of religious question answers done to assess the positive and negative realities. The author also had observed the academic background of the panelist involved and its relation with the constructional method used and finally compare between contructional method used with contructional methodology of fatwa in Islam. The whole answer collections within 2010 were collected as the foundation for this research. The result found that the technical flow of religious question answers are smooth and good but limited space did affect the quality of several answers. The academic background differences of the panelist did influence the answering method and the rules. Eventhought the answers are good because of the simple questions but there are certain rooms for improvement to ensure the authority of each rulling of syariah answers in the future.

(3)

v

PENGHARGAAN

هباحصأو نيرهاطلا هلآىلعو ،ينلسرلماو ءايبنلأا فرشأ ىلع ملاسلاو ةلاصلاو ،ينلماعلا بر لله دملحا

ينلحاصلا

.

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sekalung doa buat para sahabat serta para pendokong risalah agama. Setinggi kesyukuran dirafa`kan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan

inayahNya disertasi ini dapat juga disiapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia yang disegani, Prof. Madya Datin Dr. Noor Naemah Abd Rahman kerana sudi meluangkan masa dan tenaga memberikan tunjuk ajar, keprihatinan, nasihat dan panduan sepanjang menyelia disertasi ini. Sekalung penghargaan juga buat pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan kajian ini iaitu Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim dan Prof. Madya Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri yang memberikan kerjasama dan input yang bermanfaat. Tidak dilupakan penghargaan ini juga ditujukan buat Dr. Mohd Anuar Ramli yang bertanggungjawab memberikan idea kajian dan mencurahkan pengalamannya yang sangat bernilai, juga buat Prof Madya Dr. Raihanah Abdullah dan Dr. Ridzwan Ahmad yang tidak jemu-jemu memberikan segala panduan dan tunjuk ajar yang berharga buat penulis.

Ribuan terima kasih juga buat Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Dr. Saadan Man, barisan pensyarah yang dihormati, Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali, Prof. Madya Dr. Raihanah Hj. Azahari, Prof. Madya Dr. Anisah Ab Ghani, Prof. Madya Dr. Rahimin

(4)

vi

Affandi Abdul Rahim, Prof. Madya Dr. Shamsiah Mohamad, Dr. Luqman Abdullah, Dr. Rushdi Ramli, kakitangan JFU dan Bahagian Ijazah Tinggi APIUM yang terlibat secara langsung atau tidak terhadap kajian ini.

Khusus buat ayah dan emak yang dikasihi, kesabaran dan keikhlasan membentuk dan mendidik akan dikenang sehingga akhir hayat. Semoga Allah SWT memberkati dan membalas semua dengan sebaik-baik kurniaan. Tidak dilupakan juga terima kasih buat isteri tercinta yang banyak memberikan galakan dan sokongan, Nor Intan Shafiqah Shaari, teman-teman perbincangan, Ust. Amir Mohd Nason, Ust. Mohd Farhan Abd Rahman, Ust. Shafiei Ayub, Ust. Khairun Najmi Sharipudin, Ust. Azzat Ahsanie Lokman, Ust. Muhammad Asyraf Ridzuan, Ust. Ahmad Faiz Abu Ubaidah, Ustzh. Badriah Nordin, Ustzh. Norhayati Dahlal dan Ustzh. Sofhan Jamilah Rosli dan rakan-rakan seperjuangan di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Cawangan Melaka.

Penulis merakamkan terima kasih juga buat dan semua yang membantu secara langsung atau tidak dalam penghasilan disertasi ini, semoga budi dan bantuan kalian diberkati oleh Allah SWT, jazakumullah khairan kathiran.

MUHD IMRAN BIN ABD RAZAK

JABATAN FIQH DAN USUL AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

28 MEI 2012

(5)

vii

DEDIKASI

Rabbahu,

Pujian selayaknya bagiMu,

Atas kurniaanMu urusanku dipermudah…

Ayah, ibu dan keluarga,

Terima kasih tidak terhingga,

Atas didikan dan perhatian selama ini…

Para pendidik,

Jasamu sentiasa dikenang,

Tidak ternilai tunjuk ajar dan panduan,

Moga Allah s.w.t membalasnya…

Yang teristimewa,

Sokonganmu kuhargai,

Teruskan perjuangan di bidang ilmu,

Semoga sentiasa mengecapi kejayaan…

Para pecinta ilmu,

Kekal sentiasa di jalan ini,

Manfaahnya akan diperolehi…

Teman-teman,

Tingkatkan semangat,

(6)

viii DAFTAR ISI Kandungan Halaman PRELIMINARI ABSTRAK III ABSTRACT IV PENGHARGAAN V DEDIKASI VII

DAFTAR ISI VIII

SENARAI RAJAH XI

SENARAI JADUAL XI

SENARAI LAMPIRAN XI

SENARAI KEPENDEKAN XII

PANDUAN TRANSLITERASI XII

HURUF VOKAL XIV

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH 4

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN 7

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 9

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN 10

1.5 SKOP KAJIAN 11

1.6 ULASAN KAJIAN LEPAS 12

1.7 METODOLOGI KAJIAN 15

1.7.1 METODE PENGUMPULAN DATA 16

1.7.1.1Penyelidikan Perpustakaan 16

1.7.1.2 Penyelidikan Lapangan 17

(7)

ix

1.7.2 Metode Analisis Data 20

1.7.2.1 Induktif 20

1.7.2.2 Deduktif 20

1.7.2.3 Komparatif 21

1.8 SISTEMATIKA PENULISAN 21

BAB 2: METODOLOGI FATWA MENURUT ISLAM

2.0 PENDAHULUAN 24

2.1 KONSEP FATWA DALAM ISLAM 25

2.2 METODOLOGI FATWA 27

2.3 METODE BERFATWA DALAM PERUNDANGAN ISLAM 29

2.4 METODE BERFATWA DALAM REALITI MALAYSIA 38

2.4.1 Latar Belakang Amalan Fatwa di Malaysia 38

2.4.2 Metode Berfatwa Dalam Realiti Semasa di Malaysia 41

Memahami Realiti Mustafti dan Masyarakat 42

Bebas Dari Sifat `Asabiyyah dan Taqlid 46

Memudahkan dan Tidak Menyusahkan 49

Mengemukakan Fatwa yang Jelas dan Rasional 52

2.5 KESIMPULAN 56

BAB 3: LATAR BELAKANG DAN SENARIO RUANGAN SOAL JAWAB AGAMA AKHBAR HARIAN METRO

3.0 PENDAHULUAN 57

3.1 RELEVANSI AKHBAR DAN MEDIA MASSA SEBAGAI MEDIUM

PENYAMPAIAN MAKLUMAT HUKUM ISLAM:

LATAR SEJARAH 58

3.1.1 Dakwah dan Media Massa 58

3.1.2 Peranan Akhbar di Tanah Melayu Sebelum Merdeka 61

(8)

x

3.2 RUANGAN SOAL JAWAB AGAMA DI MALAYSIA 69

3.3 RUANGAN SOAL JAWAB AGAMA AKHBAR HARIAN METRO 73

3.3.1 Latar Sejarah Harian Metro dan Metro Ahad 73

3.3.2 Ruangan Soal Jawab Agama: Harian Metro dan Metro Ahad 76

3.3 LATAR BELAKANG PANELIS 81

3.4 KESIMPULAN 86

BAB 4: ANALISIS TERHADAP METODE JAWAPAN HUKUM DALAM RUANGAN SOAL JAWAB AGAMA AKHBAR

HARIAN METRO

4.0 PENDAHULUAN 87

4.1 ANALISIS JAWAPAN HUKUM 88

4.1.1 Pembahagian Bidang 88

4.1.2 Sumber Jawapan Hukum 102

4.2 ANALISIS TERHADAP METODE ASAS PENGELUARAN

JAWAPAN HUKUM 108

Memudahkan Tidak Menyusahkan 109

Memahami Realiti Masyarakat 115

Bebas Daripada Taqlid Terhadap Mazhab Tertentu 119

Jelas dan Rasional 124

4.3 REALITI METODE PENGELUARAN JAWAPAN HUKUM DALAM

RUANGAN SOAL JAWAB AGAMA AHKBAR HARIAN METRO 134

4.3.1 Aspek Kelebihan Atau Positif 134

4.3.2 Aspek Kelemahan Atau Negatif 136

4.4 KESIMPULAN 143

BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN 145

(9)

xi

5.3 SARANAN DAN CADANGAN 150

5.4 PENUTUP 153

BIBLIOGRAFI 155

(10)

xii

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Petikan Laporan And Bureue Of Circulations (ABC) Berkenaan Rating Akhbar Di Malaysia Sehingga 30 Jun 2010

Rajah 2: Jumlah Keseluruhan Persoalan Mengikut Bidang

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Aliran Teknikal Ruangan Soal Jawab Agama Akhbar Harian Metro Jadual 2: Persoalan Hukum ‘Fikrah Dr Salam’ Tahun 2010

Jadual 3: Persoalan Hukum ‘Anda Musykil Dr Mashitah Jawab’ Tahun 2010 Jadual 4: Kategori Persoalan Khusus Mengikut Bidang

Jadual 5: Bilangan Sumber Rujukan Abd Salam Muhamad Shukri Jadual 6: Bilangan Sumber Rujukan Mashitah Ibrahim

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1: Keratan Akhbar Ruangan Soal Jawab Agama Akhbar Harian Metro (Anda Musykil Dr Mashitah Jawab)

Lampiran 2: Keratan Akhbar Ruangan Soal Jawab Agama Akhbar Harian Metro (Fikrah Dr Salam)

Lampiran 3: Currriculum Vitae (C.V) Dato’ Dr Mashitah Ibrahim

Lampiran 4: Currriculum Vitae (C.V) Prof. Madya Dr Abdul Salam Muhammad Shukri Lampiran 5: Gambar Temubual

(11)

xiii

SENARAI KEPENDEKAN

& Dan

a.s. ‘alayhi al-salam

c. Cetakan

e. Edisi

ed. editor (penyunting)

eds. editors (penyunting-penyunting)

et. al. (Latin : et alii/alia) dan lain-lain yang melebihi dua

H Hijrah

h. Halaman

hh. halaman-halaman

ibid. (Latin : ibidem) pada tempat, buku atau halaman yang sama

j. Jilid

juz. Juzuk

lwn. Lawan

M Masihi

op.cit. (Latin : opera citato) dalam karya yang sudah dipetik r.a. radiyallah ‘anhu

s.a.w. Sallallahu ‘alayhi wasallam s.w.t. Subhanahu wa ta‘ala

t.p. tanpa penerbit

t.t. tanpa tarikh

t.t.p. tanpa tempat penerbitan

terj. Terjemahan

(12)

xiv

PANDUAN TRANSLITERASI

Senarai pedoman tersebut adalah seperti berikut:1

i. Huruf konsonan

Huruf Arab Nama Huruf Latin

ا

alif a / ’

ب

ba b

ت

ta t

ث

tha th

ج

jim j

ح

ha h

خ

kha kh

د

dal d

ذ

dhal dh

ر

ra r

ز

zay z

س

sin s

ش

syin sy

ص

sad s

ض

dad d

ط

ta T

ظ

za z

1 Jawatan kuasa Tetap Bahasa Melayu (1992), Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka; Buku Panduan Penulisan Tesis/ Disertasi Ijazah Tinggi Akademi

Pengajian Islam. (2001), Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Bagi perkataan berasal dari bahasa Inggeris yang dimelayukan, pengkaji merujuk kepada Nor Azizah Abu Bakar et al. (eds.) (1999), Kamus Inggeris-Melayu Dewan. c. 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(13)

xv

ع

‘ayn `

غ

ghayn Gh

ف

fa F

ق

qaf Q

ك

kaf K

ل

lam L

م

mim M

ن

nun N

و

waw W

ه

ha H

ي

ya Y

ة

ta’ marbutah H

ii. Huruf vokal

Vokal Huruf Arab Huruf Latin

Pendek (fathah) a (dammah) u (kasrah) i Panjang آ a ْوُا u ْيِا i Diftong ْوَا aw ْيَا ay ّي iy/i ّو uww

Referensi

Dokumen terkait

Untuk itu, buku ini diharapkan dapat menjadi salah satu referensi dan sekaligus solusi bagi para pihak (pemerintah, peneliti, akademisi, dan lembaga

Terapi antibiotik awal secara empirik untuk HAP atau VAP pada pasien tanpa faktor risiko patogen MDR, onset dini dan semua derajat penyakit (mengacu ATS / IDSA 2004)..

Seiring dengan penyelenggaraan pemilihan presiden, sosok calon pemimpin bangsa yang memiliki gagasan yang tidak hanya meyoroti dan memberikan

transformasi di bidang linguistik menggunakan aturan struktur frasa untuk menyusun kata ke dalam bahasa.. Bahasa, menurut Chomsky, disusun melalui frasa dan kata sementara

Dinamika Kawasan Asia Timur : Studi Hubungan Bilateral Yang Asimetris Antara Korea Utara Dengan Tiongkok.. Disusun untuk memenuhi tugas mata kuliah

Peranan Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan (Studi Kasus Pada PT. Asuransi Jiwasraya Madiun Branch Office). Skripsi Program Sarjana, Jurusan Manajemen, Universitas

Berdasarkan kesimpulan yang telah diambil, maka diberikan saran sebagai berikut:Pertama, perusahaan harus menerapkan Good Corporate Governance dalam pengelola perusahaan