• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDANGAN DAN PEMIKIRAN NASIONALISME DAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PANDANGAN DAN PEMIKIRAN NASIONALISME DAL"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

PANDANGAN DAN PEMIKIRAN NASIONALISME DALAM KALANGAN PEMIMPIN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) DARI TAHUN 1951 SEHINGGA 2013 : SATU ANALISA DALAM KERANGKA KEPARTIAN

PAS.

Nor Azizuddin Bin Abdul Manan* Ghazali Shafie Graduate School of Government

Universiti Utara Malaysia

*Email : azizuddin7461@gmail.com

Abstrak

Kajian ini membincangkan pandangan konsep dan ideologi nasionalisme di kalangan pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS). Permasalahan kajian ini ialah mengkaji perbezaan pandangan ideologi nasionalisme di kalangan lima pemimpin utama PAS dan menilai sejauh mana ideologi nasionalisme yang berbeza di kalangan mereka menentukan hala tuju perjuangan PAS. Perbincangan kajian ini juga meliputi faktor yang menyumbang kepada berlakunya perbezaan tersebut serta implikasi terhadap hala tuju kepartian PAS di masa hadapan. Skop kajian ini adalah mengkaji pandangan mengenai ideologi nasionalisme dan implikasi pandangan tersebut dalam kepartian PAS daripada tahun 1951 sehingga 2013. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temuraramah dengan tiga orang responden yang telah dipilih dan mereka merupakan sumber primer serta menganalisis beberapa dokumen sebagai sumber sekunder. Dapatan kajian ini mendapati bahawa perbezaan pandangan mengenai ideologi nasionalisme ini sememangnya berlaku dalam PAS. Terdapat dalam kalangan pemimpin PAS yang menolak ideologi nasionalisme dan terdapat juga yang menerima ideologi ini dengan bersyarat sekaligus memberikan implikasi kepada institusi Presiden PAS untuk berusaha menyatukan kembali pemahaman mengenai ideologi nasionalisme yang diterima oleh Islam.

Katakunci : Nasionalisme, Parti Islam SeMalaysia (PAS), Pemimpin Utama PAS

1.0 Latar Belakang Kajian

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan sebuah gerakan Islam yang terbesar di Malaysia yang banyak terlibat dalam aktiviti politik dan dakwah di negara ini. Sebagai salah sebuah parti politik Melayu, PAS bergerak seiring dan agresif dalam menangani pelbagai isu sama ada isu yang melibatkan keagamaan, kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya. Hamdan Muhammad (2013) dalam memetik kenyataan John Fuston menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti politik yang berorientasikan agama kerana tokoh-tokoh yang mengasaskannya adalah individu yang berlatar belakang pendidikan agama. Sebahagian besar pemimpin parti itu terdiri daripada individu-individu yang berpengetahuan agama, terutamanya guru-guru agama. Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah berada dalam sejarah politik tanah air bermula sejak 23 Ogos 1951 apabila para intelektual Melayu-Islam yang ketika

(2)

selepas pengharaman organisasi Islam seperti Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) dengan menamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil yang terletak di Butterworth, Seberang Prai telah berlaku beberapa rombakan organisasi termasuklah nama Persatuan Islam Se-Malaya kepada Parti Islam SeMalaya. Penglibatan PAS dalam politik di Tanah Melayu bermula pada tahun 1951 atau seawal parti itu ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya umum pada tahun 1955. Kehadiran PAS dalam kancah politik adalah hasil daripada pengaruh dan budaya politik yang berlaku di antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal ditubuhkan seperti Ikhwan Al-Muslimin di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat-e-Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh gerakan ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia.

Kesedaran umat Islam terhadap keperluan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu yang sedang dijajah oleh British ketika itu menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada tahun 1947 diikuti penubuhan Hizbul Muslimin pada tahun 1948 adalah hasil daripada usaha gigih Dr Burhanuddin Al Helmi dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Walau bagaimana pun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini diharamkan oleh pihak British ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948 pada ketika itu.

Penubuhan awal PAS ini mempunyai kaitan dengan UMNO dan juga Hizbul Muslimin. PAS didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor siri pendaftaran pertubuhan iaitu 733 di Pulau Pinang. Pada peringkat awal penubuhan PAS ini dikaitkan dengan beberapa perkara konflik yang berlaku dalam UMNO sendiri seperti keinginan pemimpin-pemimpin UMNO untuk memperolehi sokongan dan menarik penyertaan lebih ramai orang Melayu untuk menyertai UMNO termasuk juga beberapa agenda dan aktiviti UMNO yang sedikit sebanyak tidak mencermin parti itu melambangkan nilai-nilai Islam. UMNO berhasrat untuk mendapatkan sokongan daripada orang-orang Melayu di kampung atau luar bandar melalui golongan agamawan dalam pelaksanaan tindakan-tindakan politik mereka. Hal ini disebabkan UMNO menyedari golongan agamawan ini mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan orang-orang Melayu di kampung dan di kawasan luar bandar.

Malah pada ketika itu juga sudah terdapat perselisihan faham dalam kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, terdapat sekelompok yang menyokong kepimpinan

Dato’ Onn dan terdapat juga yang menentangnya kerana dasar beliau untuk

(3)

menyokong Dato Onn Jaafar seperti Haji Ahmad Fuad Bin Hassan dan terdapat juga yang mula mempersoalkan tindak-tanduknya. Malahan terdapat dalam kalangan golongan alim-ulama yang mula memikirkan untuk memilih jalan sendiri untuk memastikan masa depan umat Islam dan agama di Tanah Melayu pada ketika itu dipelihara. Dasar dan penubuhan PAS pada peringkat awalnya turut mendokong matlamat parti Hizbul Muslimin untuk membentuk sebuah masyarakat yang berpaksikan kepada kefahaman lslam serta mewujudkan sebuah negara lslam yang mengamalkan prinsip-prinsip keislaman dalam semua aspek kehidupan, pentadbiran, hal-ehwal kebajikan dan soal kemerdekaan negara pasca pengharaman Hizbul Muslimin oleh pihak penjajah British. Walau pun terdapat dalam kalangan pemimpin Hizbul Muslimin telah ditahan oleh pihak penjajah British, namun keinginan untuk menubuhkan sebuah parti politik Islam semakin jelas dalam kalangan tokoh-tokoh agama di dalam UMNO termasuk juga ahli-ahli parti Hizbul Muslimin yang telah menyertai PAS.

Othman Hamzah (1987) berkata, tujuan awal penubuhan PAS adalah sebagai satu pertubuhan kebajikan dengan harapan ia dapat memberi nasihat kepada pemimpin UMNO daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar batas susila dan

adab-adab dalam Islam seperti penganjuran loteri, mengadakan ‘fun fair’ dan sebagainya yang bertentangan dengan Islam. Era kebangkitan PAS dalam konteks Nasionalisme bermula apabila Dr. Burhanuddin Al Helmi menjadi Yang Di Pertua PAS pada tahun 1956 yang turut dibantu oleh Profesor Dr Zulkifli Mohammad yang begitu lantang memperjuangkan keadilan, kehormatan dan kemerdekaan bangsa Melayu daripada penjajahan British. Namun begitu, konflik Nasionalisme dalam PAS ini berlaku apabila tampuk kepimpinan PAS bertukar ganti selepas era kepimpinan Dato Haji Mohd Asri Bin Muda dan berterusan sehingga ke hari ini.

2.0 Matlamat, Dasar Dan Ideologi PAS

Konsep ideologi dan makna asas politik ialah fahaman politik manusia yang menerangkan sesuatu pendekatan metodologi pcngurusan politik pemimpin-pemimpin atau pemerintah sesebuah negara dalam urusan pentadbiran dan penggubalan sesuatu polisi atau dasar politik dalam sesebuah negara bagi menjaga kepentingan rakyat serta memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap cara pemerintahan ncgara tersebut. Manakala konsep ideologi politik kepartian adalah satu gagasan politik yang dicipta untuk melakukan aktiviti-aktiviti politik sama ada dalam peringkat negara, gerakan sosial dan di antara parti-parti politik dengan tujuan mengadakan pembaharuan.

(4)

pihak pemerintah atau kerajaan, pemimpin parti politik, kelompok agamawan dan mereka berkepentingan saling bercanggahan dalam menegakkan ideologi politik masing-masing. Percanggahan ini dikenali sebagai ‘konflik ideologi’ yang boleh memberikan kesan mendalam kepada kelompok masyarakat dan organisasi sosial.

PAS sebagai sebuah parti politik turut mempunyai ideologinya yang tersendiri dalam menentukan matlamat perjuangannya. Menurut Maurice Duvenger, ideologi ialah sistem idea, pendapat dan keyakinan. Ideologi yang dibawa oleh PAS dikatakan mempunyai pengaruh dari luar seperti Indonesia. PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebagai ideologi politiknya. PAS menjadikan falsafah politik Islam sebagai ideologi dalam parti. Malah PAS juga mempunyai matlamat untuk mencapai dan memperjuangkan pembinaan atau pembentukan sebuah negara Islam1. Hal ini dapat dilihat daripada hasrat penubuhan parti PAS iaitu untuk mewujudkan sebuah negara Islam dan menjadikan pentadbiran Tanah Melayu berasaskan agama Islam. Perkara ini tidak hanya menjadi matlamat PAS sahaja, tetapi turut menjadi matlamat parti Islam sebelum kewujudan PAS iaitu Hizbul Muslimin. PAS boleh juga dilihat sebagai kesinambungan kepada matlamat golongan agamawan terdahulu.

Dalam penjelasan lain, PAS sebagaimana gerakan-gerakan Islam global telah memainkan peranan dalam mengadakan tanzim atau dikenali sebagai pertubuhan berorganisasi yang bertujuan untuk menegakkan Islam, dengan mengambil contoh sebuah organisasi yang terkenal di kalangan gerakan siyasah Islam iaitu Ikhwan Al Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al Banna pada tahun 1928 yang menjadi model kepada penubuhan gerakan-gerakan Islam lain di seluruh dunia. Melalui pengaruh Ikhwan Al Muslimin ini, tertubuhnya Jamaat-e-Islami oleh Abul A’la Al Maududi di benua Asia Selatan, Jamaah An-Nur di Turki, Majlis Syura Muslimin (Masyumi) di Indonesia dan PAS di Tanah Melayu. Dalam masa yang sama, PAS ditubuhkan selepas berakhirnya Hizbul Al Muslimin yang telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun 1954. PAS secara konsisten meletakkan tiga matlamat politik utama dalam perjuangannya iaitu membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, membentuk sebuah negara Islam yang bersifat sejagat dan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam. Namun begitu usaha PAS untuk meraih tiga matlamat awal ini telah menemui kesukaran kerana sikap penjajah British yang berusaha untuk mengekang pengaruh gerakan Islam seperti yang diperkatakan oleh Sir Lord Cromer yang tidak membenarkan tertegaknya negara Islam dimana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat.

(5)

untuk mencapai matlamat tersebut. Kemerdekaan mengandungi nilai yang besar dan mengangkat maruah umat Islam. PAS sebagai sebuah parti politik berjuang untuk kemerdekaan negara daripada penjajahan. PAS mentafsirkan kemerdekaan dengan tafsiran yang luas iaitu selain daripada membebaskan tanah air daripada penjajahan, ia juga turut melibatkan konteks perluasan ekonomi, sosial dan kebudayaan serta menanam semangat demokrasi kepada rakyat. Manakala dalam konteks matlamat jangka panjang pula ialah usaha untuk mengisi kemerdekaan negara dengan dasar-dasar Islam. Pendirian PAS dalam konteks mengisi kemerdekaan adalah jelas iaitu memastikan penyerapan dasar-dasar dan ideologi Islam dalam semua aspek kehidupan yang dapat memberikan satu jaminan kepada kehidupan yang lebih baik.

Dasar politik PAS adalah jelas iaitu Islam. Hal ini bukan sahaja memandu dalam setiap gerak kerja PAS malah menjadi perangsang dalam setiap tindakan PAS untuk mencapai cita-cita perjuangan parti itu. Dasar ini diperjelaskan saban tahun dalam muktamar tahunan PAS oleh Presiden parti dalam setiap ucapan dasarnya. Begitu juga dengan matlamat politik PAS untuk mengekalkan konsep dan dasar yang sama iaitu memastikan Islam menjadi teras dalam merealisasikan dasar dan tindakan parti.

Dalam konteks ideologi PAS, sebuah kertas kerja yang bertajuk Nasionalisme Melayu Pra dan Pasca Kemerdekaan telah menyatakan bahawa PAS memiliki karakteristik kepartian yang berideologi atau doktrin yang berpegang teguh pada prinsip-prinsip muktamad serta berusaha untuk mengaplikasikannya dalam kerajaan dan pentadbiran. Manakala dalam pendapat lain dijelaskan bahawa sekiranya Islam menjadi rujukan dalam aspek keagamaan, nasionalisme PAS mempunyai makna dan definisi yang tersendiri dan berada dalam kerangka serta skop ideologinya tersendiri sebagaimana Dr. Burhanuddin Al-Helmi menyatakan bahawa Islam memandang ideologi Kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan satu tujuan.

Penekanan kepada aspek ideologi PAS diperkukuhkan dalam setiap ucapan dasar Presiden parti yang menggariskan halatuju parti contohnya ucapan dasar Presiden PAS pada tahun 1983 bertajuk “Ke Arah Pembebasan Ummah”, pada tahun 1984

bertajuk, “Menggempur Pemikiran Asabiyah” dan pada tahun 1985 pula bertajuk

Bertindak Menentang Kezaliman”. Penekanan kepada aspek ideologi PAS iaitu Islam dan Kepimpinan Ulama menyebabkan PAS mengalami tekanan politik. Menurut Profesor Dr Zulkifli Muhammad, PAS tidak menolak kemerdekaan Tanah Melayu, tetapi menolak Perlembagaan Persekutuan yang telah digubal.

(6)

3.0 Penyataan Masalah

Permasalahan yang dibincangkan adalah perbezaan pandangan terhadap konsep nasionalisme dalam kalangan pemimpin sebuah parti dominasi Melayu terbesar di Malaysia iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS) sehingga menyebabkan timbul perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin PAS yang memberikan impak negatif dalam kalangan ahli-ahli PAS. Penyataan masalah dalam kajian ini ialah menilai apakah perbezaan pandangan berkaitan nasionalisme dalam kalangan enam pemimpin utama PAS menyebabkan mereka sukar membawa kepada perpaduan dalam kalangan orang-orang Melayu secara lebih bersepadu. Perbezaan pandangan enam pemimpin PAS tersebut ialah Dr Burhanuddin, Haji Mohd Asri Muda, Haji Yusof Rawa, Haji Mohd Fadzil Nor ,Haji Abdul Hadi Awang dan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin PAS yang dinyatakan adalah penting untuk menilai sebarang perubahan pucuk pimpinan akan menyebabkan pemimpin PAS gagal untuk memahami nasionalisme seterusnya akan menimbulkan kesan terhadap halatuju PAS dalam politik Malaysia.

4.0 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah kajian ini bermatlamat untuk :

i.Mengkaji pandangan terhadap konsep nasionalisme dalam kalangan pemimpin PAS dari tahun 1951 sehingga 2013.

ii.Mengkaji implikasi pandangan terhadap konsep nasionalisme dalam perkembangan kepartian PAS di antara tahun 1951 sehingga 2013.

5.0 Konsep Dan Definisi Nasionalisme

Menurut Syed Husin Ali (1983), nasionalisme itu terbahagi kepada dua elemen iaitu nasiolisme yang umumnya terdapat di Eropah dan keduanya, nasionalisme yang terdapat di negara-negara Asia dan Afrika. Nasionalisme di Eropah melibatkan penyertaan penggerak nasionalis dengan tujuan untuk membina dan menstabilkan negara berdasarkan aspek agama, budaya dan bahasa yang sudah berakar umbi dalam masyarakat di benua tersebut. Manakala nasionalisme di negara-negara Asia dan Afrika adalah hubungan di antara masyarakat yang berada didalamnya yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan dan pembebasan daripada cengkaman penjajahan lantas membentuk sebuah negara yang merdeka dan mempunyai kewarganegaraan yang sama bagi setiap masyarakat sama ada dalam bidang politik dan sosio-budaya masing-masing.

(7)

Untuk menjelaskan definisi nasionalisme dalam kajian ini dikemukakan dua kategori definisi iaitu nasionalisme menurut pandangan Barat dan Nasionalisme menurut pandangan Islam memandangkan perbezaan pandangan terhadap nasionalisme Melayu berkait rapat dengan Barat dan Islam.

R. Suntharalingam (1985) menegaskan bahawa nasionalisme adalah merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat serta menuntut kesetiaan ulung individu untuk disalurkan kepada negara-bangsa itu. Tidak dinafikan bahawa Nasionalisme adalah cubaan untuk bertapak di mana-mana negara demi merobohkan struktur pemerintahan yang dianggap tidak sesuai dengan nilai-nilai kebangsaan.

Zainal Abidin Abdul Wahid (1985), menjelaskan konsep nasionalisme dengan menyatakan bahawa ;

“Pemikiran yang mendorong seseorang itu menumpukan kesetiaan yang sepenuhnya kepada sesebuah negara. Ia merupakan satu ikatan yang kuat kepada ibu pertiwi, kepada tradisi tempatandan biasanya kepada yang berhak berkuasa di negara itu. Pertalian bangsa, bahasa dan agama selalunya menjadi unsur kepada kefahaman kebangsaan. Pengalaman bersama menerusi peristiwa-peristiwa dalam sesebuah negara itu, seperti menentang penjajah, boleh menolong mewujudkan atau memperkuatkan fahaman kebangsaan. Segala unsur ini boleh mencetuskan satu pemikiran yang mengaitkan, menggabungkan melalui memadukan satu kumpulan manusia. Perkara inilah dikatakan fahaman kebangsaa”

Wan Hashim Wan Teh (1985), menyatakan definisi nasionalisme yang menjurus kepada konteks dan keberadaan negara Malaysia iaitu ;

i. Wujud kesedaran kesatuan sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi ras, agama, bahasa dan budaya. Sebagai contoh ialah nasionalisme Melayu yang berakar umbi di abad ke-19 tetapi sampai ke kemuncak perkembangannya pada tahun 1946 apabila penentangan terhadap Malayan Union secara besar-besaran diadakan.

(8)

Menurut Hans Kohn (1969), seorang pemikir dan pakar dalam ideologi Nasionalisme masa kini, nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan fikiran yang meresap ke dalam jiwa sebagai semangat sebahagian besar rakyat. Beliau juga mengiktiraf negara sebagai satu bentuk organisasi yang unggul dan bangsa sebagai punca segala kehidupan dan budaya untuk membina kekuatan ekonomi. Oleh itu, kesetiaan manusia adalah tertumpu kepada bangsanya kerana kehidupan mereka bergantung kepada kebajikan bangsanya itu sendiri.

Hans Kohn (1968) turut menjelaskan bahawa nasionalisme adalah merupakan satu fahaman yang merangsang kepada ketaatan kepada entiti sesuatu kelompok di atas segala ketaatan termasuk ketaatan dan kepatuhan kepada agama. Ketaatan dan simpati kepada kesatuan nasional khususnya dalam soal integriti yang lebih kuat daripada segala-galanya. Menurutnya lagi, nasionalisme amat menyanjung tinggi bangsa sehingga menyebutnya sebagai tanah tumpah darah (Homeland). Oleh itu, sikap ini melahirkan satu perasaaan menjunjung tinggi bangsanya sama ada dalam perkara yang baik atau pun perkara yang buruk, benar atau salah, tetap membela nama dan harga diri bangsa itu yang diutamakan.

Manakala menurut Norsazali Abdullah (2005), kebanyakan definisi Nasionalisme ini dilakukan dengan menggunakan perkataan nasionalisme itu dengan cara mempelbagaikan maknanya mengikut kesesuaian tempat, situasi dan keserasian penggunaannya dalam beberapa perkara. Perkataan nasionalisme itu berasal daripada

perkataan Latin iaitu “Natio” yang membawa pengertian tempat kelahiran bangsa,

manakala “isme” membawa maksud fahaman. Nasionalisme dapat ditakrifkan

sebagai fahaman kebangsaan yang berdasarkan persamaan tanah kelahiran sesuatu bangsa. Nasionalisme yang diambil daripada perkataan Inggeris dari kata dasar National, Nationalist dan Nationalism, menurut Oxford Advanced Learners Dictionary, istilah nation bermaksud ; “large community of people, sharing a common history, language etc, and living in a particular territory under one government” bermaksud satu kelompok masyarakat yang besar, berkongsi sejarah, bahasa dan sebagainya serta tinggal dalam wilayah tertentu dibawah satu kerajaan. Manakala National pula memberi maksud “common to or characteristic of a whole nation” bermaksud, sifat keseluruhan sesuatu bangsa itu. Nationalist pula merujuk kepada a supporter of nationalism atau penyokong nasionalisme dan Nationalism

bermaksud “movement political independence in a country that is controlled by mother or part of another” atau gerakan yang menyokong pembebasan politik dalam sesebuah negara yang dikuasai oleh orang lain atau sebahagian daripada mereka. Walter S. Jones (1988) menjelaskan bahawa Nationalism membawa maksud satu identiti kelompok bangsa yang secara kolektif dan emosional telah disatukan untuk menjadi satu bangsa dan menjadikan bangsa sebagai sumber rujukan sekaligus dapat menonjolkan identiti bangsa sebagai identiti nasional.

(9)

kelompok masyarakat yang mana sebahagian dari kelompoknya menanggapi bahawa sesuatu bangsa yang sebenar kemungkinan menjadi satu bangsa dan nasionalisme ini mempunyai hubung kait dengan tiga perkara iaitu ; penentuan nasib sendiri, penegasan keperibadian dan sifat tersendiri bangsa.

R. Suntharalingam (1985) telah menjelaskan kesimpulan mengenai nasionalisme iaitu merupakan satu fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya yang tersendiri, memindahkan kedaulatan kepada rakyat serta menuntut kesetiaan ulung setiap individu disalurkan kepada negara-negara itu. Nasionalisme dalam bentuk yang kental ini hanya muncul pada abad ke-18 namun pengaruhnya telah merebak dengan pantas sejak awal abad ini sehingga hampir menguasai seluruh dunia. Tidak dapat dinafikan bahawa nasionalisme mula bertapak untuk meruntuhkan struktur pemerintahan yang dianggap tidak sesuai dengan nilai dan norma kebangsaan.

Thameem Ushama (2011) menjelaskan bahawa nasionalisme dalam Islam merujuk sebagai ideologi politik yang berpendapat bahawa negara adalah sangat penting atau mengamalkan kepercayaan bahawa satu negara merupakan secara semula jadi yang unggul ke atas semua negeri yang lain. Nasionalisme juga ditakrifkan sebagai sentimen atau perasaan atau kesedaran rakyat untuk wilayah tertentu yang dirujuk sebagai polisi kebebasan kebangsaan dan boleh menggambarkan negara sebagai sebuah masyarakat bersatu di bawah satu kerajaan yang telah dikenali atau sebagai satu kumpulan yang besar rakyat dengan keturunan yang sama atau sejarah; satu sentimen berdasarkan kepada ciri kebudayaan yang biasa yang menyatukan penduduk yang bersama-sama sekaligus menghasilkan dasar kemerdekaan kebangsaan atau pemisahan, yang merupakan kesedaran dan rasa bangga dalam watak individu dan semangat rakyat sebagai secara subjektif mengalami dan seterusnya, lebih mudah condong ke arah semangat perpaduan negara.

Mohd Hazizi Abdul Rahman (2011) menyatakan definisi nasionalisme menurut pandangan Imam Hasan Al Banna iaitu pengasas pergerakan Ikhwan Al Muslimin

Mesir dengan mengatakan bahawa ;“Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah

keluarganya dan bangsanya adalah merupakan orang yang paling utama untuk memberikan layanan yang baik dan orang yang paling utama dilimpahkan segala sumbangan dan jihad, maka maksud ini (nasionalisme) adalah benar. Siapakah yang tidak merasakan bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah mendewasakan pemikiran.Menurutnya lagi jika nasionalisme yang dimaksudkan tuntutan untuk berusaha dan berjihad maka menjadi kewajiban setiap kelompok bangsa untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga

dengan izin Allah akan mencapai kejayaan…”, kenyataan ini dipetik daripada ucapan

(10)

Selanjutnya, Mariam Jameelah (1979) menyatakan bahawa nasionalisme juga ditakrifkan dengan tiga terminologi iaitu ;

i. The term of Al Assabiyya has been used in El hadith literature and a few Al hadith explain the meaning of Al Assabiyya. (Terminologi Al Assabiyyah telah digunakan sebagai literatur dalam bidang Hadis dan terdapat beberapa hadis yang menerangkan maksud Al Assabiyyah). ii. As the term Al Wataniyya is derived from the word watan, it generally

means nationalism with reference to land. (Terminologi Al Wataniyyah dipetik daripada perkataan watan, secara umumnya nasionalisme merujuk kepada tanah air).

iii. The term Al Qawmiyya is derived from qawm, it is referred to as nationalism with reference to people or race or ethnic group. (Al Qawmiyyah pula dipetik daripada perkataan qawm, merujuk kepada nasionalisme terhadap masyarakat atau bangsa atau kumpulan etnik).

Menurut Nor Sazali Abdullah (2005), nasionalisme dalam Islam merujuk kepada lima elemen Al Wataniyyah seperti yang dijelaskan oleh Imam Hasan Al Banna iaitu

i. Al Wataniyyah Al Hanin yang bermaksud kasih sayang adalah semangat cintakan tanah air yang wujud secara semulajadi atau fitrah dalam setiap diri manusia dan ianya amat digalakkan oleh Islam. Perkara ini dapat dilihat dalam sikap Bilal Bin Rabah Radhiyallahu anhu yang menyatakan kecintaannya kepada Kota Mekah dan begitu juga rasa cinta Rasulullah SAW menitis air mata ketika mendengar cerita Asil Radhiyallahu anhu yang menggambarkan keindahan Kota Mekah lantaran rasa cinta dan sayangnya Rasulullah SAW terhadap bumi kelahirannya sendiri.

ii. Al Wataniyyah Al Hurriyah wal I’zzah yang bermaksud keagungan dan kemerdekaan adalah sifat tanggungjawab untuk membebaskan tanah air dari kekuasaan asing dengan meletakkan kemerdekaan serta kemuliaan rakyat.

iii. Al Wataniyyah Al Mujtama’ yang bermaksud kebebasan kemasyarakatan dengan usaha untuk menyatukan rakyat demi kepentingan bersama.

iv. Al Wataniyyah Al Fath yang bermaksud penaklukan iaitu perjuangan untuk menguasai dunia dengan membawa agama Islam.

v. Al Wataniyyah Al Hizbiyyah bermaksud perkauman dan pembahagian bangsa kepada kelompok-kelompok kemudian dihasut dan dilaga-lagakan sehingga membawa pepecahan.

(11)

maksud nasionalisme dengan bertujuan untuk memusnahkan perpaduan umat Islam. Relevan definisi nasionalisme oleh Imam Hasan Al Banna inilah yang menjadi fokus utama dalam kajian ini.

Menurut A.C Kapur (1977) dalam karyanya bertajuk, The Principles of Political Science menjelaskan bahawa teori nasionalisme dalam perspektif sains politik adalah merujuk kepada satu simpulan dalam memperkukuhkan asal usul sesuatu kelompok manusia, mempunyai rasa untuk memiliki kebudayaan, adat resam dan nilai estetika tersendiri dengan tujuan untuk hidup bersama dengan memegang satu cara hidup yang telah dipersetujui dengan penuh penghormatan antara satu sama lain.

Islam turut memperjelaskan teori-teori nasionalisme ini dengan menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang bersifat universal yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit. Memandangkan Islam itu bersifat universal, maka seluruh umat Islam merasakan mereka adalah sama disisi Allah SWT. Walaupun Allah SWT mengutuskan Rasulullah SAW dari kalangan bangsa Arab, tidaklah bermakna seruan itu untuk bangsa Arab sahaja, malah ia mencakupi semua bangsa yang ada didunia ini. Abu

A’la Al Maududi (1984) menyatakan nasionalisme yang difahami adalah berkaitan dengan kewarganegaraan (nationality) atas perkara yang berhubung dengan sesuatu kawasan yang dihuni sesebuah masyarakat, di samping itu juga nasionalisme juga bersifat sokongan individu terhadap bangsanya tanpa memusnahkan bangsa-bangsa yang lain.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang Al Maududi tidak bersetuju dengan nasionalisme atau fahaman kebangsaan yang bersifat fanatik keterlaluan, bersifat kesukuan yang membuta-tuli sehingga memandang rendah terhadap bangsa dan terlalu memihak kepada bangsanya tanpa mengira ianya hak (benar) atau batil (salah). Sebaliknya jika nasionalisme itu berasaskan kepada konsep Al Hurriyah (kebebasan) dan Al Istiqlal (kemerdekaan) sudah semestinya tujuan tersebut mempunyai kebaikan lantaran setiap rakyat berhak untuk mentadbir dan berdikari untuk membangunkan negara sendiri tanpa ada kongkongan, penjajahan, perhambaan, kekejaman dan kezaliman. Teori nasionalisme oleh Al Maududi ini jelas menunjukkan bahawa beliau mengklasifikasikan nasionalisme kepada dua aspek iaitu ; Pertama, Nasionalisme yang tidak bertentangan dengan Islam, kedua, Nasionalisme yang bertentangan dengan Islam. lantaran itulah beliau telah mengasaskan Al Mujtama’ Al A’lami yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan Islam dan dasar-dasarnya.

(12)

Wataniyyah yang telah dijelaskan, Al Qawmiyyah juga adalah sebahagian daripada nasionalisme yang diterima oleh kaedah Islam dengan tiga elemen iaitu ;

i. Al Qawmiyyah Al Majid yang berpaksikan kepada nasionalisme yang gemilang dengan mengikuti jejak langkah generasi terdahulu dalam mencapai kegemilangan dan kecemerlangan tamadun serta menjadikan generasi terdahulu sebagai inspirasi dan teladan (Qudwah).

ii. Al Qawmiyyah Al Ummah yang berorientasikan keutamaan untuk memberikan khidmat pembelaan kepada ummah.

iii. Al Qawmiyyah Al Tanzim iaitu nasionalisme yang meminta setiap kelompok rakyat berperanan untuk merencanakan kemenangan.

Manakala Imam Hasan Al Banna memisahkan teori Al Qawmiyyah yang ditolak oleh Islam, terdapat dua teori iaitu ;

i. Al Qawmiyyah Al Jahiliyyah iaitu sikap yang mengembalikan rakyat kepada cara hidup jahiliyah dan membebaskan diri daripada ikatan Islam dan keterlaluan dalam membangga-banggakan sifat kebangsaan serta menghapuskan segala bentuk aspek kehidupan Islam seperti yang dilakukan oleh sesetengah negara seperti Turki.

ii. Al Qawmiyyah Al ‘Udwan iaitu nasionalisme yang bersifat permusuhan serta membawa kepada penindasan dan kezaliman seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Jerman dan Itali.

Seorang tokoh kebangkitan Islam terkenal, Sayyid Rashid Ridha (w.1935) telah menjelaskan konsep nasionalisme dalam tiga bentuk iaitu nasionalisme, patriotisme dan semangat kesukuan (Al Asabiyah). Beliau amat menegaskan bahawa Islam melarang keras konsep berpuak-puak semata-mata untuk mempertahankan puak masing-masing, saling berpecah belah dan saling berbalah sesama sendiri lantaran itu Islam menuntut umatnya untuk memerangi golongan asing yang cuba untuk menyerang negara dan kehormatan mereka sehingga diperingkat wajib untuk mempertahankannya. Itu adalah adalah sikap patriotisme yang dituntut agama Islam. Secara umumnya, Sayyid Rashid Ridha menerima konsep nasionalisme dengan syarat ia mestilah seiring dengan konsep keadilan, keadilan hak dan kehakiman.

(13)

sebagai satu keunikan dalam struktur Islam lantaran kesatuan nasionalisme umat Islam adalah berpaksikan kepada kekuatan agama. Hasil daripada pemikiran beliau inilah, tertubuhnya Republik Pakistan yang dibentuk hasil daripada pemikiran beliau yang selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam mendepani nasionalisme ini, maka hubungan keberadaan bangsa Melayu dengan era kolonialisme dan kebangkitan bangsa pada era penjajahan, maka nasionalisme Melayu telah menjadi satu bentuk teori yang menarik seperti yang dinyatakan oleh W.R Roff. Memetik kenyataan Dr Burhanuddin Al Helmi (w.1969) dalam ucapan dasarnya di Kongres Parti Islam Se-Malaysia 1964 yang dipetik oleh Ahmad Boestamam dalam karyanya iaitu ; “Biarlah saya mengambil peluang mengingatkan lagi kepada bangsa-bangsa di dunia bahawa Melayu adalah nama satu bangsa yang mempunyai kebudayaan dan tanah airnya sendiri. Menghapuskan nama rupa bangsa Melayu adalah satu pengkhianatan politik kepada bangsa Melayu”. Dr Burhanuddin Al Helmi mengulas pandangan Ibnu Khaldun dalam Al Muqaddimah dalam konteks ini bahawa unsur dalam patriotisme bangsa adalah nasionalisme dan beliau berpendapat bahawa perjuangan nasionalisme Melayu yang diperjuangkannya tidak termasuk dalam kelompok yang dimaksudkan dengan sifat Asabiyyah yang sempit. Pada pandangan Dr Burhanuddin Al Helmi, nasionalisme yang dijadikan sebagai ideologi politik hanya perlu disesuaikan dengan Islam. Sehubungan itu, nasionalisme Melayu yang diperjuangkan Dr Burhanuddin Al Helmi adalah bertujuan untuk melahirkan bangsa Melayu yang beriman, bertakwa, berbudi bahasa, sopan-santun, beradab dan berakhlak mulia. Pengkaji mengambil pendekatan positif dengan sikap Dr Burhanuddin Al Helmi terhadap nasionalisme. Maka dalam kajian ini, pengkaji menjadikan pandangan beliau antara sumber untuk memperjelaskan kefahaman terhadap nasionalisme. Kesimpulan daripada teori-teori nasionalisme daripada perspektif Islam, jelas bahawa nasionalisme pada umumnya diterima dan diamalkan tetapi ia perlu diselaraskan dengan kehendak Islam itu sendiri dengan tidak menafikan hak bangsa lain dan perlulah terhindar daripada berlakunya kezaliman dan penindasan.

6.0 Pandangan nasionalisme oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam PAS

(14)

gerak kerja beliau semasa dalam PAS dan pemikiran nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Yang Di Pertua PAS

Ramlah Adam (1996) menyatakan bahawa penyertaan Dr. Burhanuddin Al Helmi ke dalam PAS pada bulan Disember 1956 adalah hasil daripada usaha individu yang banyak memujuk beliau untuk menyertai PAS. Haji Hassan Adli adalah individu yang memainkan peranan dalam membawa Dr. Burhanuddin Al Helmi menyertai PAS. Selepas pertemuan dengan Dr. Burhanuddin Al Helmi sejurus selesai persidangan Parti Rakyat Malaya di Ipoh pada 10 November 1956, bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Perak iaitu Haji Wahab Nur, Dr. Burhanuddin Al Helmi menyatakan kesediaannya untuk menyertai PAS. Pandangan terhadap nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi menjadi semakin menonjol selepas beliau dilantik sebagai Yang Di Pertua PAS pada 25 Disember 1956 menewaskan pesaingannya Zulkifli Mohammad dalam mesyuarat agung PAS kelima di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Selepas memenangi jawatan Yang Di Pertua PAS, beliau menyusun kembali gerak kerja perjuangan PAS dengan lebih teratur dan bersistematik. Fokus Dr. Burhanuddin Al Helmi adalah untuk memperkukuhkan idealisme perjuangan PAS yang berpaksikan kepada konsep dakwah Islam serta agenda kepentingan dan kebangsaan Melayu. Sukar untuk dipisahkan agenda nasionalisme Melayu daripada diri Dr. Burhanuddin Al Helmi.

Ramlah Adam (1996), menyatakan bahawa gerak kerja memperkasakan nasionalisme oleh Dr Burhanuddin Al Helmi dalam PAS adalah dengan menjadi pengkritik kepada agenda kemerdekaan Tanah Melayu yang diusahakan oleh Parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO. Ketika itu kritikan Dr. Burhanuddin Al Helmi berfokus kepada draf cadangan Perlembagaan Tanah Melayu yang dibentuk oleh panel Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini dibentuk oleh penjajah British dan parti Perikatan untuk mendapatkan pandangan yang tidak berat sebelah. Fokus kritikan Dr. Burhanuddin Al Helmi terhadap suruhanjaya ini berkisarkan soal kepentingan bangsa Melayu, prinsip kerakyatan Jus Soli, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak keistimewaan orang Melayu serta sistem pertahanan dan pendidikan bangsa Melayu. Penentangan Dr. Burhanuddin Al Helmi terhadap Suruhanjaya Reid ini diperkuatkan lagi dengan Memorandum PAS yang mengandungi lima intipati penting yang kesemuanya menjurus kepada semangat nasionalisme Melayu. Ketegasan Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam memperjuangan nasionalisme Melayu dalam PAS ini turut disokong oleh Ustaz Zulkifli Mohammad, Haji Othman Abdullah, Mohd Asri Muda dan Haji Hassan Adli. Nasionalisme Melayu yang dibawa oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi itu jugalah yang menjadi pendirian rasmi PAS sebagai sebuah parti politik Melayu ketika itu.

(15)

melindungi kepentingan politik orang Melayu. Selain itu, kongres ini dijadikan sebagai platform untuk membantah tindakan UMNO berhubung soal kerakyatan Jus Soli. Dr. Burhanuddin Al Helmi dilantik sebagai Pengerusi Kongres ketika itu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan beliau diterima oleh masyarakat Melayu tanpa mengira latar belakang ideologi politik sama ada dari aliran Nasionalis, Sosialis atau Islam.

Nik Anuar Nik Mahmud (2015) menyatakan bahawa, PAS selepas kemenangan Dr. Burhanuddin Al Helmi sebagai Yang Di Pertua PAS memandang serius terhadap tuntutan melampau kaum bukan Melayu yang sekiranya diterima tuntutan golongan tersebut sekaligus menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai bangsa pribumi negara ini. Di atas prinsip itulah PAS memainkan peranannya sebagai pembela bangsa Melayu dan agama Islam memandangkan dalam pada masa yang sama, PAS tidak yakin UMNO mampu untuk menjaga kepentingan orang Melayu kerana terikat dengan sekutunya dalam Parti Perikatan.

Wan Abdul Rahman dan Kamaruzaman (2015) turut menjelaskan bahawa pendirian Dr. Burhanuddin Al Helmi yang memimpin PAS khasnya dalam isu Suruhanjaya Reid, dikritik kerana cubaan beliau untuk mengadunkan dasar dan prinsip Islam dan Nasionalisme. Pemikiran nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi dalam PAS diterjemahkan dalan bentuk ucapan dan pidato beliau. Mohd Syakir Mohd Rosdi (2010) menyatakan bahawa idealisme politik Dr. Burhanuddin Al Helmi terpancar melalui tindakan, ucapan dan tulisan beliau. Lantaran itulah Wan Azam Wan Amin (1997) menjelaskan bahawa idealisme politik dan pemikiran nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi diterjemahkan dengan tiga intipati utama iaitu ; i. Semangat Keislaman, ii. Semangat kebangsaan yang luas dan iii. Penentangan terhadap penjajah.

Mohamed Mustafa Ishak (2015) menyatakan bahawa Dr. Burhanuddin Al Helmi mempertahankan penglibatannya dalam pergerakan nasionalis sebelum menyertai PAS apabila beliau menyatakan :

Kebanyakan orang keliru dengan perkataan asabiyah. Mereka menyamakannya dengan nasionalisme dan dengan itu mereka mengatakan tidak ada nasionalisme dalam Islam… sebenarnya, asabiyah memberikan maksud fanatisme atau kecenderungan parochial atau perkauman, dan ini tida sama dengan tafsiran lebih luas nasionalisme yang disokong dalam Al Quran

(16)

adalah berbeza daripada nasionalisme yang diperjuangkan UMNO memandangkan UMNO memiliki kekurangan dalam aspek karekter pemimpinnya yang bersifat konservatif dan feudalistik sekaligus membuka jalan kepada penjajah untuk memanipulasikan nasionalisme parti itu. Dr. Burhanuddin Al Helmi telah memperkemaskini penyataan ideologi PAS dan menjadikan nasionalisme yang diperjuangkan PAS sebagai satu bentuk antagonis dengan UMNO kerana UMNO telah menerima konsep perlembagaan Tanah Melayu yang mana kandungan perlembagaan tersebut mempunyai elemen-elemen yang bertentangan dengan politik bangsa Melayu. Menurut perspektif Dr. Burhanuddin Al Helmi dan pendirian PAS ketika itu, secara jelas nasionalisme yang diperjuangkan UMNO telah mengkhianati bangsa Melayu sendiri. Pemikiran Nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi turut diperjelaskan dalam ucapan dasarnya di Kongres Agung PAS ke-6 yang bertajuk Perjuangan Segi Tiga : Bangsa, Nusa dan Agama dengan menyatakan bahawa ;

…cintakan cita-cita Islam berdiri di atas bumi pusaka kita ini dengan rupa bangsa dan kebangsaan Melayunya. Maka atas hasrat iamn cita-cita Islam dan kebangsaan Melayu itulah dasar suci perjuangan kita..PAS berjuang kerana kebebasan dan kemerdekaan dasar demokrasi ..kemerdekaan bagi PAS adalah kemerdekaan bangsa dan negara dan setelah berjalan hukum-hukum Islam pada orang perseorangan, masyarakat dan negara

Wan Mohd Azam Wan Amin (1997) dalam membahaskan gagasan nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi, menyatakan bahawa Dr. Burhanuddin Al Helmi membidas segolongan ulama yang beranggapan bahawa pergerakan politik beliau adalah bersifat ‘Asabiyyah dengan penegasan berikut ;

Dalam kita memperjuangan kemerdekaan bangsa kita, kebangsaan Melayu sekarang, pedoman kita Al-Quran, jalan kita Sirat Al-Mustaqim. Hendaknya tiap-tiap diri yang beriman itu, hendaklah menjadi angkatan pelopor kebangsaan hari ini, kebangsaan untuk kemerdekaan, kemanusiaan dan kesejahteraan abadi

Dalam erti kata lain, menurut nasionalisme Dr. Burhanuddin Al Helmi masih lagi bersifat keislaman. Lantaran itu beliau memberikan penegasan dengan menjawab segala tuduhan ke atas gerakan kebangsaan yang dilaksanakan olehnya. Beliau menjelaskan bahawa Islam tidak menyuruh umatnya untuk saling bergaduh atau saling bermusuhan dengan manusia lain, dalam konteks arus pra kemerdekaan Tanah melayu, beliau untuk tidak menggunakan wasilah revolusi dengan penegasan yang begitu kukuh ;

(17)

memperjuangkan Melayu ini sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci

Oleh kerana faktor dan keadaan Tanah Melayu yang masih baharu merdeka, PAS ketika itu yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi tidak berniat untuk memilih jalan revolusi memandangkan prinsip perjuangan PAS ketika itu adalah bersifat kebangsaan Melayu bukannya bersifat Asabiyyah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dalam PAS ketika itu. Malahan Dr. Burhanuddin Al Helmi juga menjelaskan intipati nasionalisme Melayu adalah bertujuan untuk mengembalikan identiti bangsa Melayu, menimbulkan keperibadian kebangsaan yang tulen seperti yang diperkatakan oleh beliau ;

Kebangsaan kita ialah kebangsaan yang memelihara dan menghidupkan hak kebangsaan Melayu bertaraf duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa atau kebangsaan yang lain didunia ini

Nasionalisme Melayu menurut Dr. Burhanuddin Al Helmi perlu disesuaikan dengan Islam. Nasionalisme sebagai satu ideologi politik semestinya sesuai dan serasi dengan Islam. Penegasan ini dinyatakan oleh beliau ;

Agama tidak boleh disesuaikan dengan politik, tetapi politik itulah yang mesti disesuaikan dengan agama. Agama dengan sendirinya berisi berbagai-bagai ragam politik tetapi politik bukanlah agama

Menurut Dr. Burhanuddin Al Helmi, politik mestilah beriman dan bertakwa, berbudi, bersopan santun, beradab dan berakhlak. Pemimpin politik kebangsaan Melayu mestilah bertanggungjawab kepada Allah sebagaimana yang telah dibuktikan oleh masyarakat Ansar dan Muhajirin. Oleh itu, politik kebangsaan Melayu mestilah memfokuskan kepada cara hidup yang menuju kearah kebahagiaan dunia dan mencapai keredhaan Tuhan pada hari akhirat kelak. Oleh sebab itulah, Dr. Burhanuddin Al Helmi berpegang teguh kepada Kebangsaan Melayu agar dapat membangunkan kembali keagungan dan kemuliaan kebudayaan Melayu yang berpaksikan kepada Islam. Maka hubungan antara ideologi politik dan kebangsaan Melayu yang diperjelaskan oleh Dr. Burhanuddin Al Helmi, telah disesuaikan oleh beliau dalam mentadbir masyarakat Melayu kerana menurut beliau pada dasarnya nasionalisme tidak bertentangan dengan Islam.

(18)

Hanafiah Sudin (1992) menyatakan bahawa, pandangan terhadap nasionalisme oleh

Dato’ Mohd Asri Muda telah berjaya mencorak imej baru PAS dengan pendekatan

reformis kerana beliau begitu banyak menghayati perjuangan Syeikh Muhamad Abduh, seorang tokoh reformis Islam Mesir. Bahkan dengan lebih tepat lagi, Dato’ Mohd Asri Muda merupakan lambang aliran modenisasi Islam dari zaman Mohamad Abduh, perjuangan umat Islam di Indonesia, India, perjuangan Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh AI Hadi awal kurun kedua puluh.

Kamarul Zaman Haji Yusof (2004) menyatakan, signifikan perjuangan nasionalisme

oleh Dato’ Mohd Asri Muda adalah termaktub dalam ucapan sulung beliau yang

menyatakan penegasan semula perjuangan PAS untuk memperjuangkan Islam dalam urusan masyarakat dan negara bahkan beliau turut mengungkap kewajipan untuk memperjuangkan ketuanan Melayu yang telah dizalimi oleh penjajah British dan Parti Perikatan. Beliau juga turut menyatakan kebimbangan di atas pembentukan gagasan Malaysia yang bakal membahayakan kekuasaan politik bangsa Melayu.

Wan Hashim Wan Teh (1993) menyatakan bahawa falsafah perjuangan politik Dato’

Mohd Asri Muda adalah gabungan antara Islam dan nasionalisme Melayu. Oleh itu, beliau sering menegaskan Islam tidak semudah untuk digantung di dahan kayu atau dilekatkan di dinding. Ia mesti ada yang mendokongnya. Dalam konteks kenegaraan Malaysia, pendokongnya ialah bangsa Melayu. Hal ini bermakna Islam dan Bangsa Melayu tidak boleh dipisahkan dan dalam masa yang sama Islam menjadi utuh dan kuat jika kedudukan dan masa depan bangsa Melayu itu terjamin. Nasionalisme

menurut pandangan Dato’ Mohd Asri Muda juga diserlahkan dalam konteks usaha

-usaha beliau untuk kemerdekaan Tanah Melayu apabila Dato’ Mohd Asri Muda

begitu lantang mengkritik UMNO apabila Kerajaan Perikatan berdolak-dalik dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bagi menggantikan

Bahasa Inggeris pada tahun 1967. Menurut Dato’ Mohd Asri Muda, Perwakilan PAS

ke Konvensyen Nasional anjuran UMNO dan MCA menegaskan tidak berkompromi mengenai hakikat dan kedudukan bangsa Melayu sebagai pemilik asal negara ini khasnya dalam konteks bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Dalam usaha

Dato’ Mohd Asri Muda memperkasakan bangsa Melayu melalui PAS, beliau telah

(19)

Implikasi penyertaan PAS ke dalam Kerajaan Perikatan pada 1 Januari 1973, kerajaan campuran Perikatan-PAS telah memberikan satu sumbangan yang tinggi nilainya dari aspek perpaduan dan keharmonian rakyat khasnya bangsa Melayu dan kehormatan agama Islam. Ia sekaligus menyaksikan ramai pemimpin PAS dilantik untuk menganggotai kabinet dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Malaysia bahkan Dato Mohd Asri Muda sendiri menjawat jawatan sebagai Menteri Tanah, Galian dan Tugas-tugas Khas.

Menurut Mohamed Mustafa Ishak (2014), gagasan nasionalisme Dato’ Mohd Asri

Muda sewaktu mempertahankan tindakannya membawa PAS menyertai Parti Perikatan adalah demi perpaduan Melayu. Dalam pada masa yang sama walaupun PAS beragendakan Islam tetapi sama sekali tidak boleh membuang acuan Melayu untuk memastikan dominasi Melayu lebih penting daripada menyebarkan prinsip kemanusiaan dan Islam sejagat. Gagasan nasionalisme Dato Mohd Asri Muda telah

ditentang oleh kelompok yang dikenali sebagai “Turki Muda’ dalam PAS ketika itu. Mereka sangat tidak menyenangi kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda yang begitu

sinigfikan dengan budaya dan nasionalisme Melayu. Hal ini kelompok ini

beranggapan Dato’ Mohd Asri Muda tidak mampu untuk menandingi kedinamikan

Mahathir dalam UMNO apatah lagi setelah Mahathir mendapat kekuatan dengan penyertaan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Seterusnya, PAS di bawah

kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda yang walaupun berjaya meningkatkan prestasi

dalam PRU 1982, pada akhirnya kepimpinan beliau tidak dapat diselamatkan lagi dan melepaskan jawatan pada tahun 1983.

Joseph Chin Yong Liow (2011) menyatakan bahawa, kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda kepimpinannya mempunyai ciri-ciri etnonasionalis Melayu yang kuat. Ini menyebabkan agenda PAS beralih daripada dasar Islam kepada politik etnik yang merenggangkan kompenan keagamaan yang menjadi asas sokongan parti tersebut. Perkara itu diperkuatkan dengan kebangkitan kesedaran Islam di kalangan masyarakat Melayu-Islam pada era 1970-an. Menurut Mustafa Ali (2015), semasa

kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda sebagai Yang Di Pertua PAS, sifat nasionalisme

beliau diterjemahkan dalam prinsip dan pendekatan dakwah dengan mendidik masyarakat Melayu dengan hiburan-hiburan yang mendidik jiwa. Beliau telah membawa mesej itu dengan lagu-lagu nasyid dari Medan, Indonesia. Semasa PAS

berada di dalam kerajaan perikatan, Dato’ Mohd Asri Muda telah membawa prinsip

dakwah Islam dan nasionalisme seiring melalui ceramah-ceramah agama di kalangan peneroka Felda memandangkan pada ketika itu kesedaran masyarakat Melayu

terhadap Islam masih rendah. Melalui pendekatan itu, Dato’ Mohd Asri Muda berpendirian, melalui dakwah bil hal kepada masyarakat Melayu khasnya di kalangan peneroka Felda, kefahaman Islam akan menjadi lebih kukuh.

(20)

Perkembangan nasionalisme semasa era kepimpinan Hj Yusof Rawa sebagai Yang

Di Pertua PAS bermula semasa PAS mengalami krisis kepimpinan dengan Dato’

Mohd Asri Muda. Ketika itu berlakunya konflik pertembungan idealisme sama ada untuk mengekalkan hala tuju PAS menjadi sebuah parti Islam atau sebuah parti nasionalis Melayu. Mujahid Yusof Rawa (2010) menyatakan konflik pertembungan idealisme di dalam PAS bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya konflik ini sudah wujud semasa dekad kepimpinan Dr. Burhanuddin Al Helmi lagi dan ia berlarutan di bawah kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda. PAS pada ketika itu membawa prinsip -prinsip nasionalisme Melayu seiring dengan konsep dakwah Islam memandangkan kepelbagaian latar belakang kepimpinan di dalam PAS antaranya Dr. Burhanuddin Al Helmi yang begitu lantang menentang penjajahan dan mengakui secara terbuka beliau merupakan nasionalis Melayu. Beliau juga beranggapan PAS membawa misi yang sama dengan beliau iaitu mendokong gagasan nasionalisme Melayu dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Bahkan di dalam PAS juga mempunyai pemimpin yang beridealisme Islam seperti Profesor Dr. Zulkifli Muhammad yang merupakan pemimpin PAS yang mempunyai latar belakang akademik Kedoktoran Falsafah Pengajian Islam (Ph.D), Universiti Amerika Kaherah, Mesir iaitu latar akademik yang tertinggi di dalam PAS.

Lantaran itu, wujud pertembungan idealisme di kalangan pemimpin PAS untuk melihat PAS muncul dengan jelas dasar-dasar keislamannya berbanding dengan ideologi Nasionalisme Melayu. Mujahid Yusof Rawa menyatakan lagi bahawa, konflik pertembungan idealisme ini semakin kritikal apabila wujudnya “Young Turks” semasa kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda. Young Turks yang wujud di dalam PAS merupakan fenomena baru dan menambah beban kepada kepimpinan

Dato’ Mohd Asri Muda yang ketika itu menggalas tanggungjawab berikutan krisis

Darurat Kelantan. Dato’ Mohd Asri Muda yang juga dikenali sebagai nasionalis

Melayu telah diasak oleh satu gelombang penentangan kepimpinannya yang dipengaruhi oleh Revolusi Iran 1979 yang berpaksikan kepada konsep menolak penindasan dan pembebasan diri daripada cengkaman Mustakbirin.

Ketika kepimpinan Tuan Guru Hj Yusof Rawa, beliau mengasaskan konsep dan

gagasan “Kepimpinan Ulama” yang terhasil daripada tiga faktor iaitu krisis kepimpinan, kebangkitan Islam dan desakan untuk mempraktikkan tatacara Islam dalam kehidupan. Ideologi nasionalisme secara tidak langsung telah ditolak khasnya di kalangan anggota Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Hasan Shukri yang mahu melihat PAS sebagai sebuah parti yang sebenar-benarnya mendokong prinsip-prinsip Islam dalam amalan dan pengkaderan ahli-ahlinya.

Selepas dipilih sebagai Yang Di Pertua PAS pada tahun 1983, ucapan dasar Hj Yusof Rawa dalam Muktamar Tahunan PAS pada tahun 1984 di Alor Setar, Kedah yang

bertajuk “Menggempur Pemikiran Asabiyyah” menempelak golongan nasionalis

(21)

aspirasi rakyat untuk membentuk satu komuniti yang adil serta bebas daripada ancaman dan masa hadapan yang kabur.

Menurut Tuan Guru Hj Yusof Rawa lagi, ideologi nasionalisme tidak sesuai di dalam sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia kerana perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu ini sebenarnya dipelopori oleh gerakan Tajdid yang berjaya membangkitkan kesedaran dan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat di negara ini. Sikap dan ketegasan Tuan Guru Hj Yusof Rawa terhadap golongan nasionalis yang mendokong ideologi nasionalisme memperjelaskan dasar kepimpinannya yang mahu mengembalikan peranan ulama sebagai peneraju utama PAS sehingga tertubuhnya dasar Kepimpinan Ulama. Menurut Hussin Mutalib (1990), usul untuk mengembalikan prinsip kepimpinan ulama merupakan sindiran

terhadap kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda yang mendokong ideologi

nasionalisme. Prinsip ini yang menguatkan lagi gagasan yang diperjuangkan oleh Hj Yusof Rawa dalam mengenepikan pendokong-pendokong nasionalisme di dalam PAS. Farish A. Noor (2003) menyatakan bahawa pendirian Yusof Rawa juga menyalahkan ideologi nasionalisme yang menjadi penyebab kepada perpecahan di kalangan bangsa Melayu dan beliau turut berhujah bahawa ideologi nasionalisme adalah punca kemunduran politik dan ekonomi mereka (bangsa Melayu). Walaupun beliau tidak mengabaikan atau menafikan keperluan masyarakat Islam di kawasan-kawasan khusus di tempat lain dalam mendokong ideologi ini. Yusof Rawa menegaskan bahawa penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam ada terletak kepada kebangkitan semula institusi ulama.

9.0 Pandangan nasionalisme oleh Dato’ Mohd Fadzil Noor dalam PAS

Dalam konteks ini, pengkaji mendapatkan maklumat melalui ucapan dasar beliau sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar Tahun PAS yang diadakan setiap tahun. Di samping itu kajian berkaitan beliau juga berdasarkan ucapan beliau di Dewan Rakyat serta ceramah-ceramah politik yang beliau sampaikan kepada ahli-ahli PAS untuk memperjelaskan perkembangan nasionalisme sepanjang kepimpinan beliau sebagai Presiden PAS selama 13 tahun. Nasir Ahmad (2003) menyatakan, prinsip nasionalisme yang wujud di dalam PAS adalah ketika ucapan dasar Presiden pada tahun 1994 yang bertajuk, “Ulama Teras Kepimpinan Ummah”, dalam konteks

kedaulatan Bahasa Melayu . PAS menurut Dato’ Mohd Fadzil Noor memandang

(22)

terhadap penggubalan Dasar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. PAS khuatir perubahan dan tidak konsisten Kerajaan Persekutuan terhadap Bahasa Melayu ini akan memberikan impak negatif kepada para pelajar di peringkat pengajian tinggi khasnya.

Perhatian Dato’ Mohd Fadzil Noor terhadap Bahasa Melayu ini dipertahankan sehingga beliau mengungkapnya di dalam ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS ke 41 di Taman Melewar, Selangor. Beliau menempelak Dasar Pengkorporatan Universiti Awam (UA) kerana dasar ini sudah pasti akan membabitkan kedaulatan dan kehormatan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di semua universiti awam akan terhapus dengan perlaksanaan Dasar Pengkorporatan oleh Kerajaan Persekutuan ketika itu. Beliau menyatakan bahawa UMNO selaku kerajaan yang memerintah tidak yakin dengan keupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi, sekaligus menafikan kegigihan golongan cendekiawan dalam mengangkat martabat Bahasa Melayu di peringkat institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa, PAS menolak rasional yang mengatakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan menguasai bidang Sains dan Teknologi, maka wajib menguasai Bahasa Inggeris dan asas kepada penolakan PAS terhadap rasional ini telah adalah dinyatakan dibeberapa buah negara yang maju dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing seperti Jepun dan Korea Selatan

dengan menjelaskan bahasa bukan penentu kepada kemajuan sesebuah negara. Dato’

Mohd Fadzil Noor juga menyanggah prinsip Ketuanan Melayu dalam ucapan dasarnya di Muktamar PAS ke 42, beliau menyatakan bahawa melalui ketuanan Islam sahaja dapat menjamin kemuliaan sesebuah bangsa kerana ketuanan bangsa yang diperjuangkan UMNO tidak mungkin dapat memuliakan Islam tetap kemuliaan dan kedaulatan Islam dapat mempertahankan kemuliaan bangsa dan negara. Beliau mengambil contoh kegemilangan Tamadun Melayu Melaka yang dikagumi dunia Islam dan Dunia Barat kerana kegemilangan Tamadun Melayu Melaka ini bermula dengan penerimaan, penghayatan dan pengamalan Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka ketika itu sehingga berjaya membawa kegemilangannya ke persada antarabangsa. Menurut beliau lagi, dalam konteks mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan bangsa Melayu, PAS mengambil peranan dengan membawa konsep ketuanan Islam yang memberikan jaminan dalam memajukan bidang ekonomi, pendidikan, politik, kemasyarakatan dan lain-lain bidang lagi. Konsep ketuanan Melayu yang diperjuangkan UMNO hanya mengundang igauan dan usaha UMNO mencari sokongan akar umbi Melayu mengundangkan bahan ketawa masyarakat.

Dalam konteks yang lain, ketika berucap di Dewan Rakyat pada tahun 2000, Dato’

(23)

pemerintahan demokrasi liberal berparlimen ala Westminster. Dengan kefahaman dan ideologi nasionalisme Melayu yang berbeza semangat patriotisme telah hilang kerana daya tarikannya berubah berdasarkan realiti semasa memandangkan generasi rakyat Malaysia yang lahir dalam tahun 1960-an dan 1970-an tidak lagi merasai suasana perjuangan kemerdekaan. Semangat Nasionalisme pada masa kini terpaksa bersaing dengan ledakan teknologi maklumat yang menyaksikan ledakan ilmu, pengetahuan dan lonjakan kesedaran nilai serta kemanusiaan sejagat. Psikologi dan pemikiran golongan berpendidikan tinggi jauh berbeza dan tidak mudah diterapkan dengan nostalgia perjuangan nasionalisme zaman silam. Politik perkauman menurut

Dato’ Fadzil Noor lagi sudah ketandusan tarikan dan tidak relevan memandangkan

sistem warisan penjajahan sudah terlalu lapuk dan diresapi dengan segala kepincangan, ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa dalam semua aspek dan amalan ekonomi dan pembangunan negara.

10.0 Pandangan nasionalisme oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam PAS

Riduan Mohamad Nor (2009) menjelaskan bahawa, ucapan dasar Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkaitan nasionalisme telah dijelaskan semasa ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS Ke-52. Beliau mengatakan PAS bukan parti politik yang bersifat perkauman. PAS berpegang kepada ideologi dan anutan akidah Islam yang berpaksikan kepada ketauhidan kepada Allah SWT sekaligus membuktikan PAS menolak semua bentuk fahaman nasionalisme atau Asabiyyah Al Qaumiyyah yang hanya mementingkan kepentingan satu kaum sahaja sebagai asas kepada pengurusan dan pemerintahan negara. Perjuangan PAS adalah bersifat universal yang bertunjangkan Islam serta menerima umat Islam tanpa mengira kaum, ras, bangsa, bahasa, budaya dan keturunan. Namun begitu pengkaji mendapat terdapat perincian pandangan mengenai Nasionalisme berdasarkan kepada kenyataan lisan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa nasionalisme termasuk di dalam agenda sampingan, bukan agenda asas kepada perjuangan PAS.

(24)

ini tetapi sebagai bangsa majoriti iaitu Melayu Islam yang wajib memimpin dan menjadi pemimpin negara.

Dalam ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS, Pas menunjukkan pendirian nasionalisme parti itu dengan menempelak tindakan UMNO yang melemahkan dasar Bahasa Melayu dan peranannya sejak beberapa dekad yang lalu. Menurut beliau lagi, tindakan pemimpin UMNO yang menggubal Akta bahasa Kebangsaan 1967 telah memberikan kesan kelemahan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Tulisan Jawi. Nasionalisme menurut Tuan Guru Haji Abdul Awang ini dapat dilihat dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57. Beliau dengan jelas mengatakan bahawa kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan agama akan hanya lebih cenderung untuk berkonflik adalah akibat daripada fikrah barat yang mencetuskan model Konflik dalam disiplin ilmu. Sebaliknya, Islam menyatakan kecenderungan untuk membenci kaum lain mesti diatasi dengan cara berlaku adil kepada semua. Semua yang berhak mesti menerima haknya. Menceroboh dan menghalang hak seseorang adalah amat bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan keadilan inilah merupakan ciri takwa orang yang beriman. Menjadi kesongsangan apabila seseorang itu mengaku bertakwa kepada Allah tetapi gagal melaksanakan keadilan.

11.0 Kesimpulan

Rumusan pengkaji mengenai perbezaan pandangan Nasionalisme dikalangan pemimpin PAS dinyatakan seperti berikut ;

i. Dr Burhanuddin Al Helmi (1956-1969) ; Beliau lebih menfokuskan untuk memperkukuhkan idealisme perjuangan PAS yang berpaksikan kepada konsep dakwah Islam dan agenda kepentingan dan kebangsaan Melayu. Amat sukar untuk dipisahkan agenda nasionalisme Melayu daripada dalam diri Dr. Burhanuddin Al Helmi. Sikap dan pendirian Dr Burhanuddin Al Helmi ini telah menunjukan beliau menerima prinsip dan amalan Nasionalisme.

ii. Dato’ Mohd Asri Muda (1969-1981) : Dalam ucapan beliau memberikan

penegasan semula perjuangan PAS untuk memperjuangkan Islam dalam urusan masyarakat dan negara bahkan beliau turut mengungkap kewajipan untuk memperjuangkan ketuanan Melayu yang telah dizalimi oleh penjajah British dan Parti Perikatan. Beliau juga turut menyatakan kebimbangan diatas pembentukan gagasan Malaysia yang bakal membahayakan kekuasaan politik bangsa Melayu.

Perjuangan nasionalisme Dato’ Mohd Asri Muda amat jelas di sepanjang kepimpinan

(25)

iii. Tuan Guru Haji Yusof Rawa (1982-1989) : Pandangan beliau mengenai nasionalisme telah dinyatakan dalam ucapan dasarnya ketika dalam Muktamar

Tahunan PAS 1983 yang bertajuk, “Menggempur Pemikiran Asabiyah”, di dalam ucapan tersebut beliau menempelak golongan nasionalis Melayu yang gagal membentuk satu identiti negara dan kegagalan besar dalam proses pengisian kemerdekaan negara dengan nilai-nilai hidup dan matlamat yang jelas bahkan gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat untuk membentuk satu komuniti yang adil dan bebas daripada ancaman dan masa hadapan yang kabur. Berdasarkan kepada intipati ucapan ini menjelaskan sikap ketegasan dan penolakan Hj Yusof Rawa terhadap golongan nasionalis yang mendokong ideologi nasionalisme di samping memperjelaskan dasar kepimpinannya yang mahu mengembalikan peranan ulama sebagai peneraju utama PAS sehingga tertubuhnya dasar Kepimpinan Ulama yang digunapakai sehingga ke hari ini.

iv. Dato’ Mohd Fadzil Noor (1989-2002) : Beliau menunjukkan sikap yang terbuka terhadap kepekaan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan memandangkan Bahasa Melayu merupakan asas nasionalisme bangsa di negara ini. Namun dalam konteks yang lain, beliau menolak nasionalisme yang diperjuangkan UMNO kerana menurut beliau, kerangka perjuangan nasionalisme UMNO sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa. Faktor penolakan nasionalisme itu adalah disebabkan oleh ledakan teknologi, pengabaian generasi muda terhadap sejarah kemerdekaan negara serta nasionalisme sudah tidak menjadi asas kepada realiti politik Malaysia.

v. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002-2013) : Menurut beliau, PAS menerima nasionalisme sebagai satu gagasan dan pengaruh yang mendokong Islam dan menolak Nasionalisme yang dijadikan sebagai akidah politik sehingga memencilkan prinsip-prinsip Islam.

Rujukan

Abdullah, Norsazali. 2005. Perspektif Melayu, Barat dan Islam mengenai nasionalisme : satu kajian perbandingan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Adam, Ramlah. 1996. Burhanuddin Al-Helmi : Suatu Kemelut Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad, Nasir. 2003. Koleksi Ucapan Dasar Muktamar PAS. Ledang: Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.

(26)

Ali, Syed Husin. 1983. Menanam semangat nasionalisme tulen melalui Sastera. Dewan Masyarakat, 15 Ogos 1983.

Amin, Wan Mohd Azam Mohd. 1997. Antara 'Asabiyyah Dan Nasionalisme : Menurut Pandangan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Universiti Malaya: Jabatan Pengajian Media.

Banna, Imam Hassan Al. 1981. Majmu'ah Ar Rasa'il. Beirut: Muassasah Al Islamiyyah.

Fadhil, Siddiq. 1992. Minda Melayu Baru. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

Hamzah, Othman. 1987. 36 Tahun PAS Meniti Perjuangan Buku Cenderamata Sempena Muktamar Tahunan PAS 1987.

Haw, Lim Seng. 2009. "Perkembangan Ideologi Politik dan Masyarakat Melayu di Tanah Melayu." Malaysia Dari Segi Sejarah no. 37.

Helmi, Dr. Burhanuddin Al. 1960. "Sambutan Kemerdekaan Kali Ke tiga." Utusan Melayu,31 Ogos 1960.

Ibrahim, Shafie. 1981. The Islamic Party of Malaysia : its formative stages and ideology. Pasir Puteh: Penerbitan Nuawi.

Ismail, Khairul Azmi. 2002. Fadzil Noor : Pemikiran dan Pendekatan Dakwah. Edisi 2. Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS Pusat. Ulang cetak kali ke-2.

Jameelah, Maryam. 1979. Islam and Modernism. Lahore: Kazi Publications Inc.

Jones, Walter S. 1988. The logic of International Relations. 6th ed. Glenview: Ill Scott, Foresman 1988.

, A.C. 1977. The Principles of Political Science. New Delhi: S. Chand & Company.

Kohn, Hans. 1968. International Ecyclopedia of Social Science. London: Macmillan Company & The Free Press.

Kohn, Hans. 1969. "Nationalism"Encylopedia Britannica. Vol. 16. London: William Benton Publisher.

Liow, Joseph Chinyong. 2011. "Islamist Ambitions, Political Change, and the Price of Power: Recent Success and Challenges for the Pan-Malaysian Islamic Party, PAS." Journal of Islamic Studies no. 22 (3):30.

(27)

Awang Abdull Rahman Mahmood, Zakaria Stapa, Survival Politik Muslim Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Maududi, Abu A'la Al. 1984. Al Islam Wa Al Madaniyyah Al Hadith. Edited by Marzuki Mahmood, Islam dan Kemajuan Moden. Bangi: Penerbit UKM.

Muhammad, Hamdan. 2013. PAS dan Isu-isu Agama. Kuala Lumpur: Unit Buku Harakah.

Mutalib, Hussin. 1990. Islam and Ethnicity in Malay Politics. Singapore: Oxford University Press.

Noor, Farish A. 2003. "Blood, Sweat and Jihad: The Radicalization of the Political Discourse of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) from 1982 Onwards." Contemporary Southeast Asia no. 25 (2).

Nor, Riduan Mohamad. 2009. Sejarah dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden. Edisi 2. Kuala Lumpur: Jundi Resources Sdn. Bhd.

Rahman, Mohd Hazizi Abdul. 2013. Nasionalis atau Sekularis 2011 [dicapai pada September 4, 2013].

Rawa, Mujahid Yusof. 2010. Menuju PAS Baru. Kuala Lumpur: The Malaysian Insider Sdn. Bhd.

Ridha, Sayyid Rashid. 1992. Al Wataniyyah wa Al Qawmiyyah wal Majmuah Al Masyrubat Ar Ruhiyyah Fil Islam. Edited by John Esposito, Islam in Transition Muslim. New York: Oxford University Press.

Said, Ismail. 2008. Dr. Burhanuddin Al-Helmi : Pejuang Melayu sejati. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.

Said, Ismail. 2008. Parti Islam Se-Malaysia : Kepimpinan Dan Perjuangan Dari Tahun 1951 hingga 1970, Pusat Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Minden, Pulau Pinang.

Salleh, Kamarudin. 2008. Nasionalisme Melayu Pra dan Pasca Kemerdekaan. Dalam Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan III, Editor Mazlan Ibrahim dan Kamarudin Salleh. Fakulti Pengajian Islam UKM: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, FPI UKM.

Smith, Anthony D. 2010. Nationalism. Second Edition ed. Cornwall: MPG Books Group Ltd.

Sudin, Hanafiah. 1992. "Asri: Sebuah Citra Keperihadian Bangsa Yang Agung " Persatuan Sejarah Malaysia no. 1 (20).

(28)

Teh, Wan Hashim Wan. 1985. "Cintakan Tanah Air Asas Nasionalisme Malaysia." Utusan Malaysia,31 Ogos 1985.

Ushama, Thameem. 2011. "Nationalism in the Discourses of Muslim Revivalists." Islam and Nationalism no. 1.

Wahid, Zainal Abidin Abdul. (1985). Fahaman Kebangsaan Melayu : cabaran terhadapnya. Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Arus Politik Kebangsaan, Bangi : UKM.

Yaakub, Azhar. 2005. Strategi Dakwah Rasulallah Dalam Pembentukkan Negara : Kajian Perlaksanaannya oleh PAS Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Yusof, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, Kamaruzaman. 2015. Peranan Ulama Dalam Gerakan Kemerdekaan. Editor Jaffaray Awang Abdull Rahman Mahmood, Zakaria Stapa, Survival Politik Muslim Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yusoff, Kamarul Zaman Haji. 2004. PAS dalam Era Mohd Asri Muda 1965-1982, Political Science, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Zain, Mohd Faiz Mohd. 2011. "Pengaruh nasionalisme Melayu mewarnai budaya politik dalam UMNO." Jurnal Melayu no. 7.

Referensi

Dokumen terkait

Tetapi beliau dengan pemikirannya seorang yang peduli dengan keadaan islam dan juga masyarakat saat itu yang masih terjajah oleh belanda, karena saat itu memang ramai ramainya

Dalam artikelnya yang bertajuk T a j al-Sal ati n kitab peradaban raja-raja dunia Melayu Islam, beliau telah membincangkan polemik tentang edisi T a j al-Sal ati n dan