• Tidak ada hasil yang ditemukan

undang undang kawalan penyebaran agama b

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "undang undang kawalan penyebaran agama b"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

UNDANG-UNDANG KAWALAN PENYEBARAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA

ORANG ISLAM

SATU PENILAIAN SELEPAS 50 TAHUN PERLEMBAGAAN

1

PERSEKUTUAN

Oleh

NurHafilah Musa Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

hafilahmusa@gmail.com

Kebebasan beragama merupakan satu hak yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11(4) menyatakan bahawa negeri boleh membuat undang-undang untuk mengawal penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Sehingga kini, kebanyakan negeri telah menggubal dan mewartakan Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam. Persoalannya, setelah sekian lama undang-undang ini digazetkan, amat jarang sekali kedengaran mana-mana pihak dituduh dan dibicarakan menggunakan peruntukan tersebut. Walhal, kes-kes orang Islam murtad semakin berleluasa sehingga mendapat sokongan daripada orang bukan Islam atas alasan jaminan hak kebebasan beragama. Kertas kerja ini akan meninjau enakmen tersebut yang wujud di beberapa buah negeri di Malaysia dan melihat kebekesanan serta penguatkuasaanya selepas 50 tahun penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang menjadi sistem kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14. Hukum Islam dikanunkan dalan dua kod undang-undang yang dikuatkuasakan di seluruh jajahan Melaka, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Kuasa asing yang memerintah Tanah Melayu sehinggalah British mengiktiraf hubungan erat Islam dan Melayu serta menjadikan urusan adat istiadat orang Melayu dan Islam berada di bawah kuasa Sultan. Pengaruh perundangan Islam pada zaman Melaka telah meresap ke dalam sistem perundangan negeri-negeri Melayu dan tidak dapat dipisahkan.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan mengambil kira kedudukan Islam dalam masyarakat. Salah satu perkara yang diambil kira oleh Suruhanjaya Reid dalam penggubalan perlembagaan Malaysia ialah kepentingan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kepentingan kaum lain yang ada di Tanah Melayu2. Walaupun perkataan Islam tidak dinyatakan secara jelas tetapi hubungan Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan. Tun Salleh Abas pernah menyatakan bahawa ‘ The notion of a non-Muslim Malay is alien to the Malay mind. Such a person would be a murtad – excluded from the faith. To be a Malay one must be a Muslim, although he may not be a practising or devout Muslim.3

Rentetan daripada itu, walaupun laporan Suruhanjaya Reid dalam bab Hak-hak Asasi mencadangkan supaya Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kebebasan beragama termasuk hak memeluk, mengamalkan dan menyebarkan agama, Perkara 57 dalam Kertas Putih Cadangan-cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 menjelaskan bahawa hak menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Islam tertakluk kepada undang-undang negeri. Ini menunjukkan bahawa perbincangan ke arah penggubalan Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf kedudukan dan kepentingan Islam dalam masyarakat di Tanah Melayu pada masa itu.

Penulisan ini berhasrat untuk meninjau secara ringkas mengenai kesalahan murtad dalam Islam dan menyorot sepintas lalu tentang kebebasan beragama di Malaysia tanpa membincangkan kes-kes yang telah

1

Kertas kerja ini dibentangkan dalam Persidangan Tuanku Jaafar 2007, 21 & 22 Ogos 2007, anjuran Fakulti Undang-undang UKM

2

Federation of Malaya Constitutional Commission, 1956-1957 Report

3Mohd Salleh Abas, Traditional Elements of the Malaysian Constitution’ in F.A. Trindade & H.P. Lee (eds), (1986)

(2)

2 diputuskan. Fokus utama penulis ialah untuk meneliti dan menilai Enakmen Kawalan Penyebaran Agama Bukan Islam kepada Orang Islam yang dikuatkuasakan di beberapa buah negeri Malaysia serta melihat beberapa isu dan perkembangan yang berkaitan dengannya.

MURTAD & PERBUATAN MENGAJAK ORANG ISLAM MURTAD

Murtad didefinisikan sebagai meninggalkan agama Islam dan keluar daripadanya selepas menganutinya. Murtad merupakan salah satu daripada jenayah hudud dan hukuman ke atas orang Islam yang keluar daripada agama Islam ialah hukuman bunuh4. Islam menghukum orang yang murtad kerana orang ini dikira bertindak melawan Islam yang menjadi sistem pemerintahan dalam masyarakat5. Dalam perspektif perundangan Islam, tidak ada kebebasan beragama bagi orang yang mengaku dirinya Islam. Jenayah murtad merupakan jenayah terhadap agama dan jika orang yang murtad ini dibiarkan begitu sahaja dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Islam, orang ini akan menjejaskan maqasid syariah agama Islam yang pertama, iaitu memelihara agama.

Para ulama telah mengemukakan pelbagai pendapat tentang bagaimana pemeliharaan agama ini dilakukan sama ada dari sudut perbuatan yang berbentuk pengukuhan agama atau perbuatan yang menghalang perkara yang boleh menjejaskan agama. Ibnu Taimiyah, misalnya, berpendapat bahawa menjaga agama dari sudut mengukuhkannya boleh dilakukan dengan mematuhi perintah Allah serta mengetahui sifat-sifat dan nama-nama-Nya. Selain itu, perbuatan yang dikira termasuk dalam memelihara agama ialah berpegang dengan ajaran Islam, mempelajarinya dan menyeru orang lain kepada Islam6. Manakala menjaga agama dari aspek menghindari daripada perbuatan yang boleh menjejaskannya ialah dengan menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dan riya', memerangi golongan murtad dan berhati-hati daripada melakukan perkara bid'ah dan menentang golongan yang melakukan perkara bid'ah7.

Imam al-'Izz ibn ‘Abd al-Salam bersetuju dengan pendapat Ibnu Taimiyah dan menambah bahawa memelihara agama juga boleh dilakukan dengan menegakkan syiar agama melalui pelbagai ibadat serta melaksanakan ketaatan kepada Allah. Dari aspek tegahan, beliau berpendapat bahawa, orang Islam perlu mencegah, menegah dan menghindari daripada perbuatan yang membawa kepada kekufuran, syirik dan bid'ah. Orang Islam juga perlu menjauhi daripada bergaul dengan orang kafir sehingga membawa kepada kesesatan, menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah dan memberi fatwa dalam keadaan tidak berilmu. Islam juga mensyariatkan hudud dan ta'zir sebagai hukuman ke atas mereka yang melakukan perbuatan yang melanggar hak Allah, atau dalam erti kata lain, bertentangan dengan ajaran Islam. Jihad juga termasuk dalam perkara yang dituntut ke arah mengukuhkan agama kerana tanpa jihad atau perjuangan, Islam tidak akan tertegak di atas muka bumi ini8.

Kedua-dua orang ulama' yang dinyatakan di atas mengemukakan pendapat yang hampir sama mengenai bagaimana pemeliharaan agama dilakukan. Penekanan lebih banyak diberi kepada aspek amalan ketaatan dan menghindari daripada melakukan maksiat dan perkara-perkara bid'ah. Jihad juga merupakan sebahagian daripada usaha-usaha untuk memelihara kepentingan agama. Apa yang tidak dikemukakan oleh mereka ialah aspek perundangan, iaitu bagaimana syariat mengadakan peraturan tertentu bagi mengawal hak kebebasan beragama bagi orang bukan Islam selari dengan konsep pemeliharaan agama yang dikehendaki berdasarkan maqasid syariah.

Bahaya terbesar menimpa umat Islam ialah bahaya yang meruntuhkan aqidah. Oleh itu, murtad merupakan bahaya yang paling besar kepada masyarakat Islam9. Gejala murtad yang dilakukan oleh seseorang itu perlu ditentang dan dihapuskan supaya tidak merebak kepada orang lain yang seterusnya

4

Rujuk surah ali Imran : 85-89 dan Sahih Bukhari (edisi ketiga, terjemahan Dr. Muhammad Muhsin Khan),Kitab Istitabah al-Murtaddin wa al-Mua’nidin wa Qitaluhum, Bab Hukm al-Murtad wa al-Murtaddah, Hadith no. 57

5

Abdul Qadir Audah (t.t.) At-Tasyri’ al-Jinaii al-Islami – Muqarinan bi al-Qanun al-Wadhii (Juzu’ 2) Beirut : Dar Al-Kitab Al-‘Arabi, ms 661-662

6

Yusuf Ahmad Muhammad al-Badwiy (2000) Maqasid Syari’ah 'inda Ibn Taimiyah. Jordan : Dar al-Nafais li an-Nasyr wa al-Tawzi', ms. 448-450

7Ibid.,

ms. 453-457

8‘Umar

Salih ‘Umar (2003) Maqasid Syari’ah 'inda al-Imam al-'Izz ibn Abd al-Salam. Jordan : Dar al-Nafais, ms. 477

9

(3)

3 menyebabkan murtad secara ramai ibarat kata pepatah ‘kebakaran yang besar berpunca daripada api yang kecil’.10

Oleh itu, perbuatan mengajak orang Islam untuk keluar daripada agama Islam merupakan satu perbuatan yang mengancam agama Islam dan dikira satu kesalahan. Menjadi tangungjawab pemerintah umat Islam untuk menggubal undang-undang bagi mengawal dan menyekat penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

TINJAUAN RINGKAS KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA

Kebebasan beragama merupakan hak yang dijamin bagi semua orang, sama ada warganegara atau tidak, di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap orang di Malaysia berhak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama. Perkara 11 boleh dikaitkan dengan Perkara 3 kerana Perkara 11 jelas memberi keistimewaan kepada orang-orang Islam. Ini jelas kelihatan dalam fasal 4 yang melarang penyebaran agama-agama selain Islam kepada orang Islam.Walaupun kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, ia tidak dihuraikan dengan jelas. Larangan menyebarkan agama-agama lain kepada orang Islam secara langsung menunjukkan kelebihan yang diberikan kepada Islam berbanding agama-agama lain.11

Wu Min Aun, dalam membincangkan peruntukan 11(4) Perlembagaan Persekutuan berpendapat :

It is clear that while non-Muslims are free to practise their religions and to proselyte them, they may not propagate their religions to Muslims. State and Federal laws have been enacted to restrict such propagation. However, Islam may be propagated to non-Muslims. In consequence, the right to propagate is not equal; but given the Islamic law relating to apostasy; it is not difficult to decipher the rationale. A balance is drawn between the freedom to parctice religion and the requirement of Article 11(4)...This fragile balance is constantly under pressure through the conduct of both Muslims and non-Muslim alike. Islam and Christianity are both evangelistic in their practice of faith and in consequence, they are more prone to conflict in terms of proselytizing12.

Apa yang cuba dikemukakan oleh beliau ialah dalam konteks Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai bangsa dan agama, Perkara 11(4) kelihatan agak tidak adil. Namun, penganut agama bukan Islam yang mengetahui bahawa murtad atau perbuatan keluar daripada agama Islam itu suatu kesalahan akan memahami mengapa peruntukan sebegitu diperlukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang mana-mana negara digubal berlandaskan realiti semasa dan sejarah negara tersebut. Dalam konteks Malaysia, sejarah pelaksanaan perundangan Islam dan faktor majoriti penduduk yang beragama Islam tanpa mengira bangsa perlu diiktiraf dan diambil kira dalam menrangka perlembagaan.

Dalam sebuah masyarakat yang berbilang bangsa dan agama seperti di Malaysia, undang-undang berfungsi untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran di mana semua kepercayaan boleh bersaing secara aman, berdasarkan ajaran agama mereka. Namun begitu, layanan yang sama terhadap semua agama tidak bermakna semua agama mempunyai kebenaran yang sama.13

Melihat keadilan dari sudut falsafah konvensional adalah sesuatu yang ilusif dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Banyak perkara, apabila dibahagi sama rata, tidak membawa keadilan. Keadilan boleh berlaku walaupun hak tidak diberi sama rata tetapi diberi bersesuaian dengan keadaan serta kewajaran. Sejarah Tanah Melayu sememangnya memaparkan sistem perundangan Islam yang bertapak lebih awal dan lebih menyeluruh pelaksanaannya. Oleh itu, tidak semestinya tidak adil apabila Perlembagaan Persekutuan memberi kelebihan kepada agama Islam dan penganutnya14.

Hak Menyebarkan Agama

10

Ibid., ms 48-49

11

Abdul Aziz Bari (2005) Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya : Intel Multimedia & Publication, ms 117

12

Wu Min Aun & RH Hickling (2003) Hickling’s Malaysian Public Law, Petaling Jaya : Pearson Malaysia, ms 110

13

Tan, Kevin YL & Thio Li-Ann (1997) Constitutional Law in Malaysia and Singapore. Singapore, Hong Kong & Malaysia : Butterworths Asia, ms 877

14

(4)

4 Penyebaran agama merupakan salah satu elemen penting untuk memastikan ajaran agama tersebut akan diikuti oleh lebih ramai orang. Maksud hak penyebaran ialah seseorang itu boleh menyebarkan pengetahuan agamanya dengan memberitahu orang lain tentang prinsip-prinsipnya. Ini bererti akan berlaku interaksi secara ilmiah antara dua orang atau lebih melalui pelbagai cara tanpa menggunakan paksaan, pujukan atau penipuan. Ini kerana orang yang diseru itulah nanti yang akan membuat keputusan sama ada mahu mengikut agama tersebut atau tidak15.

Penyebaran agama berlaku melalui pelbagai medium. Medium lisan termasuklah perbualan, ceramah, ucapan dan lain-lain manakala penyebaran melalui media cetakan mungkin dalam berbentuk buku, artikel, risalah dan sebagainya. Dalam dunia yang serba canggih ini, teknologi banyak membantu dalam penyebaran agama seperti internet yang boleh menyalurkan maklumat ke serata dunia. Walaupun begitu, terdapat kawalan yang dilakukan ke atas penyebaran agama bukan Islam terutamanya penyebaran terhadap orang Islam.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan,

Undang-undang negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

Berdasarkan peruntukan di atas, terdapat beberapa undang-undang di peringkat negeri yang telah digubal untuk mengawal kebebasan beragama kerana hak ini bukan satu hak yang mutlak. Prof Shad Saleem Faruqi berpendapat tujuan Perkara 11(4) dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah untuk melindungi orang Melayu daripada kuasa antarabangsa yang menjalankan aktiviti pengembangan agama bukan Islam di Malaysia yang telah berakar umbi sejak pentadbiran penjajah Inggeris16. Kawalan undang-undang ke atas hak kebebasan beragama di Malaysia boleh dibahagikan kepada kawalan ke atas orang bukan Islam dan kawalan ke atas orang Islam.

Lee Min Choon telah memberi beberapa pandangan mengenai tafsiran Perkara 11(4). Umumnya, beliau merasakan peruntukan ini tidaklah menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam tetapi hanya memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk membataskannya sahaja. Beliau menghujahkan bahawa, pertama, hak untuk menyebarkan agama di mana sahaja di Malaysia merupakan hak mutlak sehinggalah ada negeri yan meluluskan undang-undang mengawal hak tersebut, iaitu menyebarkan agama bukan Islam kepada orang Islam. Perbuatan menyebarkana agama bukan Islam kepada orang Islam tidak menjadi satu kesalahan sehingga ada undang-undang yang dikuatkuasakan mengenainya.

Kedua, beliau mengatakan bahawa Perkara 11(4) hanya membataskan kategori orang yang boleh disebarkan agama kepadanya. Masyarakat Islam ialah satu-satunya kategori yang dihadkan penyebaran agama bukan Islam kepada mereka. Tiada sebarang sekatan untuk menyebarkan agama kepada penganut-penganut agama lain. Oleh yang demikian, pengembangan agama kepada penganut-penganut agama selain daripada penganut agama Islam adalah dibolehkan di sisi undang-undang.

Ketiga, beliau juga melihat bahawa peruntukan 11(4) tidak menyatakan kawalan akan dikenakan ke atas agama bukan Islam sahaja kerana frasa ‘apa-apa iktikad atau kepercayaan agama’ adalah umum. Ia boleh meliputi juga agama Islam. Hujah beliau yang keempat ialah Perkara 11(4) menggunakan perkataan ‘mengawal’ dan ‘menyekat’ bukan ‘menghalang’ atau ‘mengharamkan sama sekali’. Oleh itu, undang -undang yang boleh dikuatkuasakan oleh negeri-negeri hanya boleh mengawal dan menyekat tetapi tidak boleh menghalang daripada penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam17.

Sebarang tafsiran mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan seiring dan selari dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan. Dato’ Faiza Tamby Chik, dalam membuat keputusan kes Lina Joy di peringkat Mahkamah Tinggi, berpendapat bahawa, dengan menggunakan prinsip ‘harmonious construction’, peruntukan 11(1) perlu dibaca bersama-sama Perkara 3(1), 12(2), 74, 121(1A) dan 160

15

Lee Min Choon (1999) Freedom of Religion in Malaysia. Kuala Lumpur : Kairos Research Centre, ms 83

16

Shad Saleem Faruqi (25th May 2006) Constitutional Limits on Religious Liberty. http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=14215

17

(5)

5 Perlembagaan Persekutuan untuk memberi makna yang dikehendaki oleh penggubal perlembagaan. Beliau menambah bahawa terdapat hubungan yang jelas antara Perkara 3(1) dan 11(1) di mana kedua-duanya menyentuh tentang isu agama. Perkara 11(4) adalah natijah daripada perisytiharan bahawa Islam adalah agama Persekutuan18.

Oleh yang demikian, mentafsirkan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara bersendirian tanpa merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan akan memberi implikasi yang bertentangan dengan sejarah dan perkembangan masyarakat yang ada sekarang. Sekalipun Perkara 11(4) menyatakan bahawa kerajaan negeri ‘boleh menyekat dan mengawal penyebaran agama bukan Islam kepada orang bukan Islam’, ini menunjukkan bahawa perbuatan mengembangkan agama bukan Islam, dengan mengambil kira kedudukan kesalahan murtad sebagai satu kesalahan yang besar di sisi agama Islam, perlu dijadikan satu kesalahan kerana boleh menggugat kedudukan agama Islam itu sendiri.

Kes Jamaluddin Othman19 merupakan kes yang sering dirujuk mengenai kebebasan menyebarkan agama di Malaysia. Kes ini diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi pada tahun 1988, 31 tahun selepas penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Jamaluddin telah ditahan di bawah ISA kerana dikatakan terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam. Pada masa tahanan dilakukan ke atas beliau, Wilayah Persekutuan tidak mempunyai sebarang undang-undang yang menghalang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam sebagaimana yang dibenarkan di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Yang Arif Hakim merujuk kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan berkaitan undang-undang menentang subversif serta tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya, beliau berpendapat bahawa tahanan yang dilakukan itu di luar skop Perkara 149 dan dianggap tidak sah. Sekiranya Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang di bawah Perkara 11(4) untuk Wilayah Persekutuan, sudah tentu kes seumpama ini akan dibicarakan di bawah undang-undang tersebut.

ENAKMEN KAWALAN PENYEBARAN AGAMA BUKAN ISLAM KEPADA ORANG ISLAM

Terdapat beberapa aspek kawalan kebebasan beragama yang dikenakan ke atas orang bukan Islam di Malaysia khususnya berkaitan pengamalan dan penyebaran agama. Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa negeri-negeri mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam. Hak untuk menyebarkan agama merupakan hak yang boleh dikawal dan disekat oleh kerajaan negeri. Tujuan mengapa negeri diberi bidang kuasa untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam ialah aktiviti penyebaran agama boleh menyebabkan tercetusnya perselisihan antara penganut agama-agama. Ini boleh menjejaskan ketenteraman awam dan memerlukan kuasa kerajaan negeri untuk menangani masalah setempat.20

Beberapa negeri yang telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam ialah Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Melaka, Johor dan Perak21. Contohnya seksyen 4 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam (Johor) 1991 menyatakan,

(1) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika ia -

(a) memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut; atau

(b) mengadakan atau mengendalikan apa-apa aktiviti, pertunjukan, hiburan atau persembahan di mana isi kandungannya atau perutusannya adalah bertujuan untuk memujuk, mempengaruhi atau menghasut seorang Islam –

18

Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah & Anor [2004] 2 MLJ 119, 129

19

Jamaluddin Othman v Menteri Hal Ehwal dalam Negeri Malaysia & Anor [1989] 1 MLJ 368

20

Mohamed Imam, Freedom of Religion under the Federal Constitution – A Reappraisal (1994) 2 CLJ lvii, lxxxiii

21

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam (Kelantan) 1981, Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Kedah) 1988, Enakmen Kawalan dan Sekatan

(6)

6 (i) supaya menjadi penganut atau anggota atau cenderung ke arah suatu agama bukan Islam; atau

(ii) supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam

(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada empat tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

Walaupun kebanyakan negeri di seluruh Malaysia telah menggubal dan menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal penyebaran agama lain di kalangan orang Islam, terdapat 4 buah negeri yang masih belum lagi berbuat demikian. Negeri-negeri tersebut ialah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Pada sekitar pertengahan tahun lepas, YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengarahkan keempat-empat negeri tersebut supaya mengambil tindakan untuk menggubal undang-undang yang sesuai bagi mengawal penyebaran atau pengembangan apa-apa iktikad dan kepercayaan lain di kalangan orang Islam22. Bagi negeri Terengganu, setakat carian yang telah dilakukan, tidak dijumpai sebarang enakmen atau peruntukan undang-undang berkaitan kawalan pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam.

Masalah sekatan dalam penyebaran agama merupakan satu isu yang hangat sejak dahulu lagi. Disebabkan faktor negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, penyebaran agama di kalangan rakyat adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Larangan penyebaran agama lain kepada orang Islam ialah untuk memelihara pengikut agama Islam dilihat sebagai sekatan yang bertentangan dengan hak kebebasan beragama. Mereka yang melihat hak ini dalam konteks universal berpendapat bahawa hak untuk menyebarkan agama perlu diberikan sama rata kepada semua agama. Namun begitu, untuk menjamin keharmonian dan keamanan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia, sekatan ini perlu untuk menjaga status agama Islam sebagai agama rasmi dan untuk menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Hampir kesemua negeri di Malaysia mempunyai Enakmen Kawalan Penyebaran Agama Bukan Islam kepada Orang Islam cuma nama yang digunapakai berbeza-beza mengikut negeri. Oleh kerana isi kandungannya hampir sama, penulisan ini hanya akan menumpukan kepada Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam) (Negeri Sembilan) 1991(selepas ini disebut ‘Enakmen’).

Enakmen ini diluluskan pada tahun 1991, agak lewat berbanding negeri-negeri lain yang meluluskan enakmen yang sama pada sekitar tahun 1980-an. Dinyatakan pada bahagian awal Enakmen bahawa tujuan undang-undang ini ialah untuk mengawal dan menyekat pengembangan iktikad dan kepercayaan-kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang-orang yang menganuti agama Islam. Enakmen ini mengandungi 15 fasal yang dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu Bahagian I – Permulaan, Bahagian II – Kesalahan-kesalahan dan Bahagian III – Penguatkuasaan dan Pelbagai.

Fasal 2(1) Enakmen mentafsirkan agama bukan Islam bererti,

Agama Kristian, Hindu, Buddha, Sikh, Yahudi atau apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana agama tersebut, dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunaian –

(a) Yang mana salah satu daripada sifat-sifatnya ialah menyembah suatu wujudan atau kuasa kebatinan atau ghaib, sama ada benar atau yang disangkakan; atau

(b) Yang mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan,

Iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai agama Islam.

22

Gubal Perundangan –PM-Kawal pengembangan agama lain di kalangan orang Islam

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=muka_hadapan&pg=m

(7)

7 Tafsiran yang diberikan mengenai agama bukan Islam bukan sahaja meliputi agama-agama utama yang dianuti oleh penduduk Malaysia tetapi juga apa-apa pegangan, ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui oleh Islam sebagai agama Islam. Boleh diandaikan bahawa kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang digazetkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atau Majlis Fatwa Negeri termasuk dalam definisi ini.

Fasal 2 turut mentakrifkan beberapa istilah lain yang dianggap sebagai media penyebaran seperti ‘bahan publisiti’, ‘filem’, ‘rakaman audio’ dan ‘terbitan’. Daripada huraian yang diberikan di bawah Fasal 2, boleh disimpulkan bahawa apa-apa sahaja bahan, sama ada bentuk bercetak di atas helaian kertas atau berbentuk rakaman boleh dianggap sebagai bahan sebaran. Fasal 2(2) menghuraikan apakah yang dimaksudkan terbitan mengenai agama bukan Islam, iaitu yang mengandungi pegangan ajaran tersebut atau yang bertujuan memberi maklumat mengenai ajaran tersebut atau bertujuan memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut orang supaya menjadi penganut atau anggota ajaran tersebut atau mempelajari atau bertanya tentang ajaran tersebut atau mempunyai kombinasi tujuan yang telah dinyatakan. Namun begitu Fasal 3 menjelaskan bahawa suatu terbitan agama bukan Islam tidak menjadi subjek kesalahan di bawah Enakmen ini jika diterbitkan bagi kepentingan umat Islam.

Bahagian II Enakmen mengandungi 6 fasal yang menghuraikan jenis-jenis kesalahan yang dikategorikan sebagai perbuatan mengembangkan agama bukan Islam kepada orang Islam. Jadual di bawah menerangkan secara ringkas jenis-jenis kesalahan dan hukuman yang dikenakan.

Fasal Kesalahan Hukuman

4 kesalahan memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang pengikut ajaran bukan Islam

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

5 Kesalahan mendedahkan seorang Islam di bawah umur 18 tahun kepada pengaruh-pengaruh suatu agama bukan Islam

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya

6 Kesalahan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukkan apa-apa perkara mengenai suatu agama bukan Islam

Denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya

7 Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada orang yang beragama Islam

Denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya

8 Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai agama bukan Islam kepada orang yang beragama Islam

Denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya

9 Kesalahan berhubung penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan tertentu yang bersumber Islam (Rujuk Jadual Bahagian I & II dalam Enakmen)

Denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya

(8)

8 ditujukan itu bukan seorang Islam. Fasal 4(4) menyebut bahawa tidak menjadi suatu pembelaan jika orang yang ditujukan itu tidak terpengaruh dengan apa-apa yang dilakukan oleh yang tertuduh kepadanya.

Persoalan mengenai bagaimana untuk mengetahui sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak bagi tujuan membuktikan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini dijawab oleh Fasal 3. Fasal ini menerangkan bahawa persoalan sama ada seseorang itu Islam atau tidak hendaklah diputuskan mengikut kriteria reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimana, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan atau kemungkiran orang itu.

PENGUATKUASAAN ENAKMEN

Fasal 1(2) menyatakan bahawa Enakmen ini dipakai bagi Negeri Sembilan sahaja. Fasal 2(1) menghuraikan siapakah yang dimaksudkan pegawai diberikuasa. Pegawai ini ialah pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 10 supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai yang diberikuasa di bawah Enakmen ini, dan termasuklah seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Seksyen 10 menerangkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri, iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, boleh melantik mana-mana pegawai awam menjadi seorang pegawai diberikuasa di bawah Enakmen ini. Pelantikan dibuat secara bertulis. Mengikut Fasal 11(3) menyebut bahawa mana-mana pegawai yang dilantik mempunyai kad kuasa yang hendaklah dikemukakan apabila menjalankan tugas.

Pihak yang boleh membuat dakwaan ke atas pelaku kesalahan ini ialah Pendakwa Raya termasuk Timbalan Pendakwa Raya. Fasal 11 (1) menghuraikan bahawa semua kesalahan di bawah Enakmen ini disifatkan sebagai kesalahan boleh tangkap dan kes boleh tangkap bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah. Secara tidak langsung, ini menunjukkan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini merupakan kesalahan jenayah yang berkait rapat dengan peruntukan dalam Kanun Keseksaan dan prosedur-prosedur sebelum perbicaraan mengunapakai peruntukan dalam Kanun Prosedur Jenayah. Kesalahan boleh tangkap, mengikut Kanun Prosedur Jenayah ialah kesalahan yang mana pelakunya boleh ditangkap tanpa waran. Oleh yang demikian, sesiapa yang disyaki melakukan mana-mana kesalahan dalam Enakmen ini boleh ditangkap tanpa memerlukan waran tangkap.

Fasal 13 dan 14 menerangkan tentang kuasa pegawai yang diberikuasa untuk menghendaki saksi-saksi hadir dan kuasa membuat penyiasatan yang diberi kepada pegawai tersebut. Fasal 15 menjelaskan tentang pengendalian pendakwaan di mana-mana setiap pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh mengendalikan pendakwaan berkaitan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini.

Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini dibicarakan di mahkamah sivil dan bukan di mahkamah syariah walaupun kesalahan yang dilakukan menyentuh diri orang Islam dan agama Islam. Selain itu, proses pembuktian di mahkamah sivil tertakluk kepada Akta Keterangan 1950 dan bukan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah. Merujuk kepada takat hukuman yang dikenakan ke atas pihak yang tertuduh, kes seumpama ini dibicarakan di Mahkamah Majistret.

Realiti yag berlaku sekarang ialah penyebaran maklumat berlaku begitu pantas. Undang-undang yang digubal hampir 20 tahun dahulu di kesemua negeri-negeri memerlukan satu semakan. Perkembangan sains dan teknologi telah membolehkan sebaran maklumat berlaku melalui telefon bimbit mahupun komputer. Kecanggihan teknologi telefon bimbit bukan sahaja mengeluarkan suara malahan sebarang teks atau gambar boleh diedarkan secara percuma atau dengan kos yang amat murah. Teknologi jalur lebar membolehkan apa sahaja maklumat disampaikan dari satu tempat lain ke tempat lain tanpa menggunakan seurat wayar.

(9)

9 Sehingga kini, hanya negeri Pahang yang menguatkuasakan undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam. Dalam kes PP lwn Krishnan a/l Muthu23, pengadu telah berkenalan dan bercinta dengan pihak tertuduh selama tujuh tahun. Pihak tertuduh sudah beristeri. Apabila pengadu tidak mepunyai tempat tinggal, dia memohon kebenaran pihak tertuduh dan isterinya untuk tinggal bersama. Beberapa pertengkaran telah berlaku antara pengadu dan pihak tertuduh sehingga melaibatkan pergaduhan. Pengadu pernah diugut keluar daripada agama Islam dan memeluk agama Hindu. Pengadu juga pernah disuruh bersumpah dengan kuil Hindu dan pernah dilarang mengerjakan solat. Selain dari dikenakan pertuduhan di bawah peruntukan Kanun Keseksaan, pihak tertuduh juga dikenakan denda sebanyak RM1,500 dan penjara selama 20 haro di bawah seksyen 4(2)(i) Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam negeri Pahang 198924.

PERKEMBANGAN TERKINI

Kelantan merupakan antara negeri yang terawal menggubal dan meluluskan enakmen seumpama ini. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam negeri Kelantan telah dikuatkuasakan pada tahun 1981. Jadual di bawah menghuraikan kesalahan-kesalahan serta hukuman yang termaktub dalam Enakmen tersebut. Terdapat perbezaan yang ketara antara peruntukan hukuman dalam Enakmen Kelantan dan Enakmen Negeri Sembilan memandangkan perbezaan tempoh penggubalan dan penguatkuasaan antara kedua-dua negeri ini ialah 10 tahun.

Fasal Kesalahan Hukuman

4(2) kesalahan memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang pengikut ajaran bukan Islam

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya

5(2) Kesalahan mendedahkan seorang Islam di bawah umur 18 tahun kepada pengaruh-pengaruh suatu agama bukan Islam

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya

6(2) Kesalahan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukkan apa-apa perkara mengenai suatu agama bukan Islam

Denda tidak melebihi RM5000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya

7(2) Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada orang yang beragama Islam

Denda tidak melebihi RM3000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya

8(2) Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai agama bukan Islam kepada orang yang beragama Islam

Denda RM1000

9(2) Kesalahan berhubung penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan tertentu yang bersumber Islam (Rujuk Jadual Bahagian I & II) dalam Enakmen)

Denda RM1000

Kerajaan Kelantan telah mengambil inisiatif meminda beberapa peruntukan di dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam dengan meluluskan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Ugama Bukan Islam (Pindaan) 2007 semasa Sidang Dewan Negeri pada bulan Mei lalu. Kesemua seksyen berkaitan kesalahan telah dipinda dengan meningkatkan hukuman ke atas setiap kesalahan tersebut.

23

Kes rujukan : MA 83-146-2002

24Mohamed Azam Mohamed Adil, ‘Kebebasan Beragama dan Hukuman ke atas orang Murtad di Malaysia, dalam

(10)

10 Fasal Hukuman Dahulu Hukuman Sekarang

4(2) Denda RM10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

5(2) Denda RM10,000 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

6(2) Denda RM5000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

7(2) Denda RM3000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya

Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

8(2) Denda RM1000 Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

9(2) Denda RM1000 Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan

KESIMPULAN & CADANGAN

Semua pihak perlu mengiktiraf kedudukan agama Islam yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, masyarakat tidak akan mentafsirkan hak kebebasan beragam secara mutlak tanpa melihat latar belakang sejarah penggubalan Perlembagaan serta memahami implikasi perbuatan keluar daripada agama Islam ke atas orang Islam.

Oleh kerana Islam telah diletakkan dalam bidangkuasa negeri, maka pihak berkuasa negeri perlu lebih tegas dan menggunakan bidang kuasa yang ada. Apa yang menjadi masalah ialah tidak semua negeri telah meluluskan enakmen untuk mengawal penyebaran agama lain kepada umat Islam. Selain itu, timbul juga persoalan keberkesanan peruntukan berkenaan dalam menangani masalah murtad. Ini memandangkan kepada terhadnya bidang kuasa mahkamah syariah.25

Disebabkan sudah ada peruntukan yang memberi kuasa kepada negeri dan kerajaan Persekutuan, bagi Wilayah-wilayah Persekutuan, untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mengawal penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam, kuasa ini perlu digunakan bagi memelihara kesucian agama Islam dan menjaga akidah umat Islam di Malaysia. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Peguam Negeri serta cawangan-cawangannya perlulah mengambil inisiatif mewujudkan jawatan dan mengadakan peruntukan undang-undang serta peraturan yang sewajarnya. Semua pihak perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan agar kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak tinggal peruntukan semata-mata tanpa diberi nafas kuasa perundangan yang sebenar.

Pihak Jabatan Agama Islam, terutamanya bahagian penguatkuasaan serta pihak polis di negeri-negeri turut terlibat dalam menguatkuasakan undang-undang kawalan penyebaran agama bukan Islam. Latihan yang secukupnya perlu diberikan kepada kakitangan Jabatan Agama Islam negeri supaya memahami prosedur Acara Jenayah di mahkamah sivil termasuk prosedur keterangan sebagaimana yang terkandung dalam Akta Keterangan 195026. Pihak polis juga perlu diberi kefahaman yang jelas mengenai ajaran-ajaran selain agama Islam yang mungkin disebarkan kepada orang Islam. Pendedahan kepada fatwa-fatwa serta ciri-ciri kumpulan ajaran sesat yang telah digazetkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga amat mustahak agar setiap kakitangan yang terbabit bagi melicinkan lagi penguatkuasaan undang-undang.

25

Abdul Aziz Bari (2005) op.cit., ms 127

26

(11)

11 BIBLIOGRAFI

1. Abdul Aziz Bari (2005) Islam dalam Perlembagaan Malaysia, Petaling Jaya : Intel Multimedia & Publication

2. Abdul Qadir Audah (t.t.) At-Tasyri’ al-Jinaii al-Islami – Muqarinan bi al-Qanun al-Wadhii (Juzu’ 2) Beirut : Dar Al-Kitab Al-‘Arabi

3. Federation of Malaya Constitutional Commission, 1956-1957 Report

4. Gubal Perundangan –PM-Kawal pengembangan agama lain di kalangan orang Islam

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=muka_h adapan&pg=mh_01.htm

5. Jamaluddin Othman v Menteri Hal Ehwal dalam Negeri Malaysia & Anor [1989] 1 MLJ 368 6. Lee Min Choon (1999) Freedom of Religion in Malaysia. Kuala Lumpur : Kairos Research Centre 7. Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah & Anor [2004] 2 MLJ 119

8. Mohamed Azam Mohamed Adil, ‘Kebebasan Beragama dan Hukuman ke atas orang Murtad di Malaysia, dalam Ahmad Hidayat Buang (ed.) (2005) Mahkamah Syariah di Malaysia, Kuala Lumpur : Universiti Malaya

9. Mohamed Imam, Freedom of Religion in the Federal Constitution (1994) 2 CLJ lvii

10. Mohd Salleh Abas,’Traditional Elements of the Malaysian Constitution’ in F.A. Trindade & H.P. Lee (eds), (1986) The Constitution of Malaysia : Further Perspectives and Developments, Oxford University Press

11. Shad Saleem Faruqi (25th May 2006) Constitutional Limits on Religious Liberty. http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=14215

12. Tan, Kevin YL & Thio Li-Ann (1997) Constitutional Law in Malaysia and Singapore. Singapore, Hong Kong & Malaysia : Butterworths Asia

13. ‘Umar Salih ‘Umar (2003) Maqasid Syari’ah 'inda al-Imam 'Izz ibn Abd Salam. Jordan : Dar al-Nafais

14. Wu Min Aun & RH Hickling (2003) Hickling’s Malaysian Public Law, Petaling Jaya : Pearson Malaysia 15. Yusuf Ahmad Muhammad al-Badwiy (2000) Maqasid Syari’ah 'inda Ibn Taimiyah. Jordan : Dar

al-Nafais li an-Nasyr wa al-Tawzi'

Referensi

Dokumen terkait

Manajer Investasi dapat menghitung sendiri Nilai Pasar Wajar dari Efek tersebut dengan itikad baik dan penuh tanggung jawab berdasarkan metode yang menggunakan asas konservatif

[r]

802 Sukaraja Gedong Tataan mengumumkan Rencana Umum Pengadaan Barang/Jasa untuk pelaksanaan kegiatan tahun anggaran 2012, seperti tersebut dibawah ini:. NO NAMA PAKET PEKERJAAN

Apabila Pimpinan Perusahaan tidak bisa/berhalangan hadir dapat di wakilkan oleh Pengurus yang namanya tercantum dalam Akte Perusahaan dengan membawa surat Kuasa/ Tugas bermaterai

Mandor Pemasangan Rangka Atap Baja Ringan (TS 056) 1

Mohammad Ibn Ishaaq stated of Wahb Ibn Munbah said that when Allah took Kalih Ibn Yofra (Jephtha) after Joshua, Ezekiel Ibn Buzi succeeded him as the prophet to the Israelites..

[r]

Dengan ini diberitahukan bahwa setelah diadakan penelitian oleh Kelompok Kerja Konstruksi IV (empat) ULP Kabupaten Lampung Tengah menurut ketentuan – ketentuan yang berlaku,