• Tidak ada hasil yang ditemukan

Personaliti Pensyarah Bahasa Arab Komuni (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Personaliti Pensyarah Bahasa Arab Komuni (1)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Personaliti Pensyarah Bahasa Arab Komunikasi Yang Ideal

Muhammad Saiful Anuar Yusoff1, Dr. Jusoh Yacob2, Zawiah Seman3 1,2

ABSTRAK : Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi pelajar terhadap personaliti pensyarah yang ideal dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di UiTM. Sampel kajian ini dipilih secara rawak daripada seramai 264 orang pelajar daripada tiga kampus cawangan UiTM iaitu UiTM Kelantan, UiTM Terengganu dan UiTM Jengka, Pahang. Data-data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar. Seterusnya data tersebut dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 for Windows. Dengan menggunakan perisian SPSS ini, gambaran maklumat latar belakang responden diambil, analisis kebolehpercayaan dan analisis interkolerasi dilakukan bagi melihat pertalian di antara item-item yang dikaji. Hasil daripada analisis tersebut, didapati ciri-ciri personaliti pensyarah adalah sedikit sebanyak berbeza bergantung kepada persepsi pelajar tersebut. Pelajar yang beranggapan Bahasa Arab mudah berbeza penilaian mereka berbanding pelajar yang beranggapan sebaliknya. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa ciri personaliti asas yang amat diperlukan oleh setiap pensyarah untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Katakunci: Bahasa Arab Komunikasi, Personaliti. Ideal

1.0 PENGENALAN

Bahasa Arab Komunikasi adalah salah satu daripada mata pelajaran bahasa pilihan yang

ditawarkan di semua cawangan UiTM. Kandungan mata pelajaran BAK menekankan aspek

pertuturan dan komunikasi dalam situasi-situasi semasa yang berkaitan dengan mereka sebagai

seorang pelajar. Sukatan mata pelajaran BAK di UiTM disusun mengikut dua kategori iaitu

Diploma hanya perlu mengambil satu semester pengajian sahaja dalam pengajian peringkat Ijazah

(2)

Dalam proses pengajaran BAK, pensyarah akan bertindak sebagai fasilitator atau

pemudah cara kepada pelajar. Pelajar akan berbincang tentang isi pembelajaran dan latihan

bertutur sesama pelajar dilakukan untuk mengukuhkan penguasaan frasa asas untuk perbualan.

Penilaian akan dilakukan pada akhir semester pada semua aspek seperti ujian mendengar,

membaca, bertulis, lisan individu dan berkumpulan.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pelaksanaan mata pelajaran BAK di UiTM pada dasarnya adalah untuk membolehkan pelajar

memperolehi kemahiran asas untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab. Namun, ramai pelajar

masih tidak dapat bertutur dengan baik sesuai dengan aras BAK yang dipelajari. Masalah ini

meliputi banyak aspek samada masalah berkaitan pelajar, pengajaran pensyarah atau aspek luaran

yang berkaitan dengan keberkesanan pengajaran iaitu personality pensyarah. Aspek utama yang

dilihat di sini ialah untuk melihat personality pensyarah yang ideal dalam pengajaran.

Kekurangan dari aspek ini akan memberi implikasi bahawa matlamat BAK untuk melahirkan

pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Arab untuk berkomunikasi tidak akan tercapai.

Keadaan ini akan menimbulkan banyak persoalan berkaitan pelaksanaan BAK di UiTM. Adakah

para pensyarah mampu untuk memahami objektif BAK dan mampu untuk untuk mencapai

matlamat tersebut? Apakah ciri-ciri personaliti yang sepatutnya ada pada diri setiap pensyarah

dalam pengajaran mereka?. Apakah ciri-ciri personaliti ini memberikan impak yang positif

kepada pembelajaran pelajar?. Menyedari hakikat ini, adalah wajar satu kajian dijalankan untuk

mengenalpasti ciri-ciri personaliti pensyarah yang menonjol dalam pelaksanaan pengajaran BAK

yang berkesan untuk pelajar UiTM amnya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk melihat dan menilai aspek-aspek berikut:

1.0 Pandangan pelajar seperti faktor pendorong, tanggapan serta minat mereka terhadap

kursus BAK di UiTM.

2.0 Ciri-ciri personaliti pensyarah dan penilaiannya bergantung kepada persepsi pelajar UiTM

terhadap Bahasa Arab.

4.0 KAJIAN LAMPAU

Kajian khusus kepada personaliti yang ideal dalam pengajaran BAK belum lagi wujud dijalankan.

Namun, kajian tentang persepsi pelajar terhadap pengajaran guru prinsip akaun yang berkesan

telah dilakukan oleh Zubedah Hanam bte. Mohd. Thani et.al. Beliau mengaitkan pengajaran yang

berkesan dengan personaliti, perlakuan pengajaran dan hubungan guru dengan pelajar. Personaliti

pengajaran juga telah disentuh oleh Esah Sulaiman (2004), Saedah Hj. Siraj et.al.(1993) dan

(3)

Personaliti adalah di antara elemen utama yang menyumbang kepada keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran. Ia merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang

individu secara keseluruhan. Ia merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat,

kepercayaan, cita-cita dan nilai. Menurut Kagan, J. dan Segal, J. (1988) mentakrifkan personaliti

sebagai corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi cara dia berfikir, berasa,

bertingkah laku dan cara berhubungnya dengan alam sekitarnya. Personaliti merujuk kepada

organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku

seseorang individu. (Ee Ah Meng : 1996).

Menurut Abdul Majid dan Rahil (1997) [dalam Abd. Rahim M. Ali (2001)], personaliti

ialah perkaitan antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti

menggambarkan sifat keperibadian seseorang. Ia dikaitkan dengan perwatakan. Personaliti

seseorang boleh dikaji melalui tingkah laku, percakapan dan cara menyelesaikan masalah.

Murugiah (1996), menghuraikan personaliti sebagai perwatakan yang lahir daripada diri

seseorang tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Personaliti ialah susunan pola-pola tingkah

laku manusia yang digunakan dalam situasi kehidupan mereka.

Crow & Crow (1969) [dalam Abd. Rahim M. Ali (2001)], menyatakan bahawa

personaliti adalah dinamik dan merujuk kepada tingkah laku secara menyeluruh dan mewakili

gabungan antara potensi yang diwarisi dan pengaruh persekitaran.

Allport dalam Boon dan Ragbir (1998) pula menjelaskan konsep personaliti sebagai

tingkah laku individu yang dinamis, iaitu sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan

persekitaran, dan yang dapat menyesuaikan dirinya dengan alam sekeliling mengikut cara yang

tersendiri.

Menurut Boon & Ragbir (1998), konsep personaliti dapat disimpulkan sebagai jangkaan

tingkah laku secara keseluruhan yang boleh diperhatikan dan dinilai secara objektif oleh orang

lain. Ia menggambarkan keseluruhan diri seseorang yang dinamik dan unik pada sesuatu ketika.

Menurut Mok Soon Sang (1992), antara aspek-aspek personaliti atau kualiti peribadi yang

baik ialah baik hati, suka berjenaka dan mudah didekati, sabar dengan karenah pelajar,

bertanggungjawab dengan amanah yang dipukul, yakin dengan tindakan yang diambil dan

menunjukkan kepimpinan yang baik kepada pelajar. Dengan kata lain, guru haruslah berkelakuan

seperti seorang guru, berpakaian seperti seorang guru, berjalan seperti seorang guru dan bertutur

seperti seorang guru.

Selain mendidik dan menyampaikan ilmu kepada pelajar, guru seharusnya menjadi

contoh dan tauladan kepada pelajarnya. Oleh itu, mereka seharusnya mempunyai sifat dan kualiti

peribadi, profesional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai tatasusila

(4)

Selain itu, kualiti profesional yang perlu ada pada diri pendidik ialah bersikap ingin tahu

dan menambah ilmu pengetahuan, mempunyai kemampuan ikhtisas, suka membaca, mempunyai

kemahiran bertutur, mempunyai daya ingatan yang baik dan mempunyai daya usaha yang tinggi.

Manakala kualiti sosial pada mereka pula ialah mempunyai budi pekerti yang tinggi, bersifat

ramah mesra, merendah diri, mempunyai semangat berbakti dan jujur serta menjalankan tugas

dengan penuh dedikasi dalam menjalankan proses mengajaran dan pembelajaran. (Mok Soon

Sang : 1998).

5.0 METODOLOGI KAJIAN

5.1 Persampelan

Kaedah persampelan rawak telah digunakan dalam memilih sampel kajian. Populasi dalam

penyelidikan ini ialah seramai 264 orang responden atau pelajar. Kampus yang terlibat sebanyak

tiga buah iaitu Kampus Machang Kelantan, Kampus Dungun Terengganu dan Kampus Jengka,

Pahang. Jumlah pelajar bagi setiap kampus dipilih secara rawak iaitu sebanyak 74 orang atau

28.0% di Kampus Machang, 116 orang atau 43.9% di Kampus Dungun, dan 74 orang atau 28.0%

di Kampus Jengka. Pelajar yang dipilih adalah meliputi semua peringkat kursus BAK di UiTM

iaitu 161 orang peringkat Diploma dan 103 orang peringkat Ijazah. Manakala peringkat semester

pengajian pelajar adalah umum untuk semua peringkat semester Ijazah dan Diploma.

5.2 Instrumen Kajian

Soal selidik ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian A dan

Bahagian B. Bahagian A meliputi aspek demografi manakala bahagian B pula meliputi ciri-ciri

personaliti pensyarah yang memberi kesan kepada pengajaran dan keberkesanan proses

pengajaran berdasarkan faktor ciri-ciri personaliti pensyarah dan pandangan pelajar terhadap

pembelajaran BAK di UiTM. Item-item untuk menjawab subsoalan 1,2,3 dan 4 menggunakan

skala Likert 5 point iaitu 1= Amat Tidak Setuju, 2= Tidak Setuju, 3=Tidak Pasti, 4=Setuju, dan

5=Amat Setuju. Subsoalan 5 menghendaki pelajar menjawab soalan yang ditanya berdasarkan

jawapan yang diberi.

5.3 Kajian Rintis

Seramai 25 pelajar peringkat Ijazah Fakulti Perakaunan Semester 5 telah dipilih untuk kajian

rintis bagi soal selidik ini. Pekali alpha Cronbach telah digunakan untuk menentukan

kebolehpercayaan instrumen kajian. Item yang diperolehi di bawah cukup tinggi untuk

membolehkan instrumen ini digunakan analisis statistik.

Ujian Alpha Cronbach

Item Jumlah Nilai Alpha

(5)

Dalam kajian ini, data-data yang dikumpul daripada jawapan kaji selidik kemudiannya

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 for Windows.

Maklumat demografi dan maklumat pandangan responden terhadap Bahasa Arab diinterpretasikan

dalam bentuk bilangan, peratusan, taburan kekerapan, kecenderungan memusat (median), dan

kebolehubahan (sisihan piawai).

Seterusnya analisis kebolehpercayaan dilakukan bagi melihat kekonsistenan data-data

yang dikumpul. Manakala analisis interkolerasi dan korelasi matrix dilakukan bagi melihat

pertalian di antara item-item dalam kumpulan yang sama bagi ciri-ciri personaliti pensyarah.

Kemudian, jadual kontingensi dan peratusan digunakan bagi melihat perkaitan di antara

item-item dalam ciri-ciri personaliti pensyarah dengan faktor tanggapan serta minat responden

terhadap Bahasa Arab. Dalam analisis ini, hanya item yang mempunyai peratusan tertinggi sahaja

yang dipertimbangkan.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Maklumat Pandangan Responden Terhadap Pengajian Bahasa Arab di UiTM

Dapatan kajian menunjukkan faktor utama yang mendorong responden memilih kursus Bahasa

Arab di UiTM ialah faktor rakan-rakan, iaitu seramai 75 orang atau 28.4% responden menyatakan

demikian. Ini diikuti dengan faktor senang mendapat markah tinggi iaitu 53 orang atau 20.1%,

faktor pensyarah iaitu 44 orang atau 16.7%, faktor ibu bapa seramai 39 orang atau 14.8%, faktor

tiada pilihan seramai 34 orang atau 12.9%, dan yang paling sedikit iaitu faktor kemahuan diri

sendiri iaitu seramai 19 orang atau 7.2% yang menyatakan demikian. Ini menunjukkan bahawa

hanya segelintir sahaja daripada mereka yang mempelajari Bahasa Arab atas inisiatif dan

kehendak diri sendiri.

Manakala bagi tanggapan responden terhadap Bahasa Arab pula, didapati dua pertiga

daripada mereka menganggap bahawa kursus Bahasa Arab di UiTM adalah sederhana iaitu 185

orang atau 70.1%. Manakala 45 orang atau 17.0% daripada mereka pula menganggapnya senang

dan 34 orang atau 12.9% daripada mereka pula menganggapnya susah.

Bagi aspek minat pula, majoriti daripada responden memang berminat mempelajari

Bahasa Arab di UiTM iaitu seramai 246 orang atau 93.2% daripada responden menyatakan

demikian. Hanya 18 orang atau 6.8% daripada mereka sahaja yang menyatakan tidak berminat

(6)

Manakala bagi persepsi responden terhadap Bahasa Arab, iaitu sama ada dapat membantu

mereka mendapat peluang kerjaya yang baik atau tidak, didapati dua pertiga daripada responden

bersetuju iaitu seramai 188 orang atau 71.2%. Hanya 76 orang atau 28.8% daripada responden

sahaja yang tidak bersetuju bahawa kursus Bahasa Arab yang mereka ambil dapat membantu

mereka mendapat peluang kerjaya yang baik.

6.2 Penilaian Responden Terhadap Ciri-Ciri Personaliti Pensyarah Yang Memberi

Kesan Kepada Pengajaran

Dalam bahagian ini, analisis dilakukan terhadap data-data yang diperolehi bagi meninjau sejauh

mana penilaian responden terhadap sesuatu ciri personaliti pensyarah. Sebanyak 16 ciri personaliti

pensyarah dikemukakan kepada responden. Setiap ciri diberikan pilihan 5 skor iaitu sama ada

1-amat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-tidak pasti, 4-setuju, dan 5-1-amat setuju.

Umumnya, boleh dikatakan hampir semua iaitu 260 orang atau 98.48% daripada 264

orang responden bersetuju bahawa personaliti pensyarah boleh mempengaruhi keberkesanan

pengajaran. Hanya 4 orang atau 1.52% sahaja daripada mereka yang tidak bersetuju. Ini

digambarkan sebagaimana carta di bawah:

Berdasarkan hasil analisis terhadap setiap skor bagi ciri-ciri personaliti pensyarah yang

dikemukakan kepada responden, kesemua 16 ciri personaliti pensyarah mempunyai median skor

antara 4 dan 5. Ini bermakna, boleh dikatakan secara puratanya responden bersetuju bahawa

kesemua ciri personaliti pensyarah tersebut dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan jika pemerhatian ditumpukan kepada

skor ‘amat setuju’. Didapati bahawa, ciri personaliti ‘Ceria’ menunjukkan sambutan skor ‘amat

setuju’ yang paling tinggi iaitu 175 orang atau 66.3%. Ini diikuti dengan ciri personaliti ‘Mesra’

sebanyak 162 orang 61.4%, ciri personaliti ‘Keyakinan Tinggi/Tenang’ sebanyak 158 orang atau

59.8%, ciri personaliti ‘Adil/saksama’ sebanyak 157 orang atau 59.5%, dan ciri personaliti

‘Peramah’ sebanyak 156 orang 59.1%.

4 1.52%

260 98.48%

Tidak Ya

Kesan Personaliti pensyarah Carta 5.1: Pecahan Responden Yang Bersetuju Dan Tidak

(7)

Ini bermakna, ciri personaliti ‘Ceria’, ‘Mesra’, ‘Keyakinan Tinggi/Tenang’,

‘Adil/saksama’, dan ‘Peramah’ merupakan ciri-ciri personaliti pensyarah yang paling menonjol

dan amat disukai oleh responden serta boleh memberi kesan yang besar kepada pengajaran.

Manakala sebaliknya, ciri personaliti ‘Tegas’ menunjukkan sambutan skor ‘amat setuju’

yang paling rendah iaitu sebanyak 82 orang atau 31.1% sahaja. Ini menunjukkan bahawa majoriti

responden menilai ciri personaliti ‘Tegas’ kurang memberi kesan kepada pengajaran.

Analisis kebolehpercayaan dibuat untuk menguji kekonsistenan data yang diperolehi.

Didapati, kebolehpercayaan untuk skala keseluruhan 16 item tersebut adalah tinggi. Berdasarkan

statistik kebolehpercayaan, Cronbach’s Alpha = 0.907 untuk bilangan responden = 264. Analisis

tersebut ditunjukkan dalam Jadual di bawah:

Analisis interkolerasi bagi 16 item tersebut dibuat bagi melihat pertalian di antara setiap

ciri-ciri personaliti pensyarah. Keputusan menunjukkan kesemua ciri personaliti pensyarah

mempunyai min skor melebihi 4.Keputusan juga menunjukkan wujudnya pertalian yang saling

berkait rapat di antara beberapa ciri personaliti pensyarah. Pekali kolerasi yang melebihi 0.5

dikategorikan sebagai mempunyai perkaitan yang tinggi.

Diperhatikan bahawa ciri personaliti ‘Mesra’ saling berkait rapat dengan ciri personaliti

‘Peramah’ dan ‘Ceria’. Manakala ciri personaliti ‘Bertimbang Rasa’ saling berkait rapat dengan

ciri personaliti ‘Sabar’, ‘Perihatin’ dan ‘Keyakinan tinggi/Tenang’. Pertalian bagi ciri-ciri yang

lain dapat diperhatikan dalam jadual kolerasi matrix tersebut.

Implikasi daripada pertalian ini ialah jika seseorang responden menilai sesuatu ciri

personaliti itu penting dalam pengajaran yang berkesan, maka ia cenderung untuk menyatakan ciri

personaliti yang saling berkait itu juga penting.

Seterusnya, analisis dilakukan bagi melihat perhubungan di antara taburan skor ciri-ciri

personaliti pensyarah yang diperolehi dengan persepsi, iaitu tanggapan dan minat mereka

terhadap Bahasa Arab. Ini dilakukan bagi melihat sama ada persepsi responden mempengaruhi

penilaian mereka ataupun tidak.

Anggapan yang dibuat ialah, jika seseorang responden mempunyai tanggapan dan minat

(8)

positif terhadap ciri-ciri personaliti pensyarah. Untuk itu, jadual peratusan bagi skor ‘amat setuju’

dibuat untuk setiap ciri-ciri personaliti pensyarah.Keputusan kajian mendapati adanya perbezaan

kecil dari segi peratusan di antara penilaian responden yang mempunyai persepsi susah, sederhana

dan senang, terhadap ciri-ciri personaliti pensyarah. Diperhatikan, mereka yang mempunyai

persepsi bahawa Bahasa Arab itu senang menunjukkan peratus sambutan ‘amat setuju’ yang

melebihi 50% bagi hampir kesemua ciri-ciri personaliti pensyarah, kecuali 2 ciri iaitu ‘Sikap

Terbuka’ dan ciri ‘Tegas’ sahaja.

Bagi responden yang beranggapan Bahasa Arab adalah sederhana pula menunjukkan

peratus sambutan ‘amat setuju’ yang sedikit berkurangan berbanding responden yang

beranggapan Bahasa Arab senang. Ini dapat dilihat apabila terdapat 7 ciri personaliti pensyarah

yang mempunyai peratus sambutan kurang daripada 50%.

Manakala bagi responden yang beranggapan Bahasa Arab susah pula menunjukkan

peratus sambutan ‘amat setuju’ yang hampir sama dengan mereka yang beranggapan Bahasa Arab

sederhana. Terdapat 7 ciri personaliti yang mempunyai peratus sambutan kurang daripada 50%.

Walau bagaimanapun, keadaan ini didapati berlaku secara songsang bagi beberapa ciri.

Bagi ciri personaliti ‘Cergas Semasa Mengajar’, ‘Ceria’, dan ‘Sabar’, didapati peratus sambutan

‘amat setuju’ adalah paling tinggi bagi responden yang beranggapan Bahasa Arab itu susah.

Ini bermakna, responden yang menganggap Bahasa Arab itu susah lebih mengharapkan

pensyarah mereka mempunyai ciri-ciri yang cergas dalam pengajaran, ceria, dan sabar semasa

mengajar mereka berbanding responden yang menganggap Bahasa Arab itu senang dan

sederhana.

Sesetengah ciri personaliti pensyarah menunjukkan perbezaan yang agak ketara di antara

penilaian mereka yang berminat dan yang tidak berminat terhadap Bahasa Arab.

Antara ciri-ciri personaliti tersebut ialah ciri ‘Bertimbang Rasa’, ‘Kreatif Mengajar’, dan

ciri ‘Sikap Terbuka’. Ciri-ciri ini menunjukkan peratus sambutan ‘amat setuju’ yang agak tinggi

bagi responden yang tidak berminat terhadap Bahasa Arab. Ini menunjukkan, responden yang

tidak berminat terhadap Bahasa Arab lebih memerlukan pensyarah yang bertimbang rasa,

bersikap terbuka dan kreatif dalam mengajar supaya minat mereka dapat dipupuk.

Mereka yang berminat pula menunjukkan peratusan ‘amat setuju’ jauh lebih tinggi bagi

ciri personaliti ‘Kemas/Tertib/Menarik’, ‘Peramah’, ‘Perihatin’, dan ‘Dedikasi/Bersungguh’. Ini

menunjukkan mereka lebih memerlukan pensyarah yang mempunyai penampilan yang baik serta

mempunyai komitmen yang tinggi dalam pengajaran.

Bagi ciri-ciri personaliti yang lain, peratusan ‘amat setuju’ adalah hampir sama antara

(9)

Umumnya, boleh dikatakan hampir semua iaitu 260 orang atau 98.48% daripada 264

orang responden bersetuju bahawa personaliti pensyarah boleh mempengaruhi keberkesanan

pengajaran. Hanya 4 orang atau 1.52% sahaja daripada mereka yang tidak bersetuju. Ciri

personaliti ‘Ceria’ menunjukkan sambutan skor ‘amat setuju’ yang paling tinggi iaitu 175 orang

atau 66.3%. Ini diikuti dengan ciri personaliti ‘Mesra’ sebanyak 162 orang 61.4%, ciri personaliti

‘Keyakinan Tinggi/Tenang’ sebanyak 158 orang atau 59.8%, ciri personaliti ‘Adil/saksama’

sebanyak 157 orang atau 59.5%, dan ciri personaliti ‘Peramah’ sebanyak 156 orang 59.1%.

Seterusnya, analisis dilakukan bagi melihat perhubungan di antara taburan skor ciri-ciri

personaliti pensyarah yang diperolehi dengan persepsi, iaitu tanggapan dan minat mereka

terhadap Bahasa Arab. Anggapan yang dibuat ialah, jika seseorang responden mempunyai

tanggapan dan minat yang positif terhadap Bahasa Arab, maka ia juga cenderung untuk

memberikan penilaian yang positif terhadap ciri-ciri personaliti pensyarah. Apa yang

diperhatikan ialah mereka yang mempunyai persepsi bahawa Bahasa Arab itu senang

menunjukkan peratus sambutan ‘amat setuju’ yang melebihi 50% bagi hampir kesemua ciri-ciri

personaliti pensyarah, kecuali 2 ciri iaitu ‘Sikap Terbuka’ dan ciri ‘Tegas’ sahaja. Bagi responden

yang beranggapan Bahasa Arab adalah sederhana dan susah pula menunjukkan peratus sambutan

‘amat setuju’ yang sedikit berkurangan iaitu kurang daripada 50%.

7.0 Rumusan dan Cadangan

Hasil daripada penyelidikan ini, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri personaliti pensyarah adalah

sedikit sebanyak berbeza bergantung kepada persepsi pelajar tersebut. Pelajar yang merasakan

bahawa Bahasa Arab adalah susah atau tidak berminat dengan Bahasa Arab dilihat lebih

memerlukan pensyarah yang mempunyai personaliti cergas, ceria, sabar, bertimbang rasa dan

bersikap terbuka.

Manakala pelajar yang merasakan Bahasa Arab senang dan sederhana atau memang

berminat mempelajari Bahasa Arab pula dilihat mudah menerima apa jua personaliti pensyarah.

Walau bagaimanapun, mereka lebih menekankan aspek kesungguhan pensyarah dalam

menyampaikan isi pengajaran dengan mengambil kira keupayaan bagi setiap pelajar.

Analisis korelasi pula menunjukkan bahawa keberkesanan proses pengajaran berkait

dengan personaliti pensyarah manakala analisis regresi pula menunjukkan 36% daripada daripada

keberkesanan proses pengajaran diterangkan oleh ciri personaliti pensyarah.

BIBLIOGRAFI

________________. (2000). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran PJK: Isu dan

Pelaksanaan. Jurnal Pendidikan Guru. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia.

(10)

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan: Prospek dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahim M. Ali. (Penyusun) (2001). Ilmu Pendidikan DPM: Pendidikan di Malaysia dan

Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdul Raof Dalip & T. Subahan Mohd. Meerah. (1991). Isu-isu latihan mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Improving teaching. Virginia : ASCD Yearbook. Pp 1-14.

Atan Long. (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long. (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

Boon Pong Ying dan Raghbir Kaur. (1998). Psikologi 1 – Semester 1. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Ee Ah Meng, (1996), Psikologi Pendidikan 1 : Psikologi Perkembangan (Semester 1). Shah Alam: Fajar Bakti.

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Cetak Ratu Sdn Bhd.

Gay. L.K (1992). Education Researce for Analysis and Application Competencies. NY Mc Millan Pub. Co, 138-145.

Hewit, J.S. (1997). Teaching Methods for Today’s School. London: Allyn & Bacon.

Kamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar. (1996). Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.

Murugiah Velayutham. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rahimah Hj. Ahmad. (1990). Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Forum Hari Guru Wilayah Persekutuan 23 Jun 1990, Universiti Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Saedah Siraj, Zainun Ishak & Tunku Mohani Tunku Mokhtar. (1996). Motivasi Dalam

Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi; Strategi

dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Bentong, Pahang: PTS Publications &

(11)

Sidi Ghazalba. (1981). Pembimbing Latihan Ilmiah dan Tesis. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara.

Spees E.R. (1989) Higher Education; An Arena of Conflicting Philosophies. New York: Peter Lang Publisher.

Sulaiman Ngah Razali (1997). Pedagogi: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(12)

1.0 PENGENALAN... 1

2.0 PERNYATAAN MASALAH ... 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN...2

4.0 KAJIAN LAMPAU ... 2

5.0 METODOLOGI KAJIAN... 4

5.1 Persampelan...4

5.2 Instrumen Kajian ...4

5.3 Kajian Rintis ... 4

6.0 DAPATAN KAJIAN ... 5

6.1 Maklumat Pandangan Responden Terhadap Pengajian Bahasa Arab di UiTM ... 5

6.2 Penilaian Responden Terhadap Ciri-Ciri Personaliti Pensyarah Yang Memberi Kesan Kepada Pengajaran 6 7.0 Rumusan dan Cadangan ...9

Referensi

Dokumen terkait

Untuk Laboratorium Radio, Laboratorium Produksi, dan Ruang Sub on Air-Master Control yang menggunakan dinding dengan peredam suara banyak menyerap luminasi

Panti Sosial Sina Daksa Wirajaya (PSBDW) Makassar adalah sebuah panti sosial yang berdiri dari naungan kementrian sosial Ripublik Indonesia adalah sebagai bentuk kebijakan

Jodipan sekarang ini sudah menjadi objek wisata yaitu wisata kampung warna-warni yang terbentuk pada tanggal 4 September 2016, upaya perbaikan lingkungan telah dilakukan oleh

Perbedaan nilai rerata dari hasil pemeriksaan leukosit dan trombosit antara kelompok kasus dengan kelompok kontrol memiliki nilai p-value 0,000 serta hasil uji

Kantor Pertanahan Kabupaten Grobogan juga melakukan penataan untuk program Larasita ini dalam bidang sumberdaya manusia ( SDM ). Terlihat dari komposisi karyawan

Selanjutnya lebih tingginya peningkatan daya serap MDF terhadap formaldehida dibandingkan terhadap kloroform (CHCl ) dimana keduanya bersifat polar, diduga terjadi karena

Pelatihan peningkatan kemampuan mendongeng bagi guru dan orang tua siswa di PAUD Makanatut Thalibin ternyata mendapat respon yang sangat baik dan positif dari peserta