• Tidak ada hasil yang ditemukan

VITAMIN DAN GARAM GALIAN docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "VITAMIN DAN GARAM GALIAN docx"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

VITAMIN DAN GARAM GALIAN

Vitamin dan Garam Galian

Setiap orang memerlukan makanan yang berzat dan seimbang untuk memelihara kesihatan fizikal dan mentalnya . Protein diperlukan untuk membina tubuh dan ini diperolehi daripada bahn -bahan makanan seperti daging , ikan telur , dan susu . Karbohidrat dan lemak membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti -aktiviti harian . Karbohidrat diperoleh daripada bijirin seperti beras gandum . Lemak pula diperoleh daripada minyak kacang , mentega dan majerin . Selain bahan -bahan ini , ahli sains telah lama mengetahui tentang kumpulan bahan makanan yang dinamakan 'vitamin ' yang diperlukan untuk kesihatan . Jenis -jenis vitamin yang terdapat iailah vitamin A,B,C,D,E,K, asid folik , asid pentotenik , biotin , kolina dan niasin . Setiap jenis vitamin ini mempunyai fungsi yang tertentu dalam metabolisme tubuh badan manusia . Selain itu , ahli sains juga mengenal pasti garam -garam galian

(2)

mangan , sodium , potasium , dan klorida yang juga diperlukan dalam kuantiti yang tertentu untuk kesihatan tubuh manusia .

Kesan -kesan kekurangan vitamin dan garam galian

Kekurangan vitamin dan garam galian boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit atau sering berasa tidak sihat . Umpamanya , kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi kurang baik dan kerap berdarah . Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun malam sementara kekuranagan vitamin D pula boleh menyebabkan penyakit lembut tulang ( rickets) . Kekurangan vitamin K pada peringkat awal kelahiran bayi boleh menyebabkan seseorang itu pucat dan tidak bermaya

(anaemia ) . Bayi dan kanak -kanak yang sentiasa pucat tidak akan membesar dengan optimum . Kanak -kanak sekolah yang pucat sering mengantuk dalam kelas dan tidak dapat

(3)

pula boleh mengganggu metabolisme sistem tubuh manusia dan mengakibatkan rencat akal . Ringkasnya , bahan -bahan garam galian ini amatlah penting untuk kesihatan manusia walaupun hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja . Sebaliknya , kajian doktor menunjukkan bahawa kandungan garam galian yang berlebihan dalam tubuh manusia pula boleh mendatangkan

mudarat . Umpamanya , kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh adalah membahayakan . Plumbum boleh menganggu

fungsi otak manusia . Kanak -kanak yang terlibat boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia dua tahun yang menjadi mangsa

pencemaran bahan raksa ( mercury ) dalam rumah yang telah didiaminya selama enam bulan . Sebiji botol yang mengandungi bahan logam itu telah jatuh dan pecah di atas lantai biliknya . Semakin hari , kanak -kanak tersebut menjadi lemah hingga tidak terdaya berjalan . Perkembangan kognitif dan sosialnya juga turut terjejas . Garam galian memang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menjamin kesihatan . Setiap kali menilai seseorang bayi atau kanak -kanak , doktor perlu sentiasa

(4)

vitamin tambahan diberikan ? Kebanyakan kanak -kanak tidak memerlukan vitamin tambahan jika dapat dipastikan bahawa dia mendapat kesemua bahan -bahan zat ini secukupnya . Walau bagaimanpun , ada juga kanak -kanak yang memerlukan vitamin tambahan kerana menghidap penyakit hepar ( liver ) , penyakit buah pinggang dan alahan . Vtamin tambahan juga diperlukan oleh kanak -kanak yang memakan ubat tahan sawan

( anticonvulsants ) . apabila doktor mengesyorkan

pengubahsuaian diet bagi kanak -kanak yang mengalami alahan makanan , masalah kekurangan bahan -bahan vitamin atau

garam galian tertentu mungkin timbul . Oleh itu , doktor

(5)

berlebih -lebihan boleh menyebabkan penyakit batu karang . Terlalu banyak mengambil vitamin A boleh menyebabkan sakit kepala . Ada juga beberapa laporan yang menyebut bahawa pengambilan banyak vitamin boleh membawa manfaat kapada kanak -kanak yang terencat akal , yang mengalami masalah

pembelajaran dan kanak -kanak autistik . Bekalan vitamin secara berlebih -lebihan ini dinamakan megavitamin . Umpamanya , ada yang memberi vitamin dengan banyaknya kapada anak -anak yang megalami sindrom down dengan harapan

perkembangan fizikal dan mentalnya meningkat . Ini masih merupakan satu kontroversi . Penyelidik -penyelidikan tentang penggunaan megavitamin bagi kank -kanak yang mengalami sindrom down menimbulkan pelbagai pendapat yang berlainan . Dalam satu kajian yang dijalankan di united kingdom ,

(6)

mentalnya yang menggalakkan apabila dirawat dengan

megavitamin . Oleh itu , isu masih merupakan satu kontroversi . Bolehkah makanan segera ( fast foods ) mendatangkan

mudarat ? Rangkaian -rangkaian kedai yang mengusahakan perniagaan makanan segera atau fast foods telah tumbuh ibarat cendawan di merata -rata tempat di negara kita . Ramai kanak -kanak yang menggemari makanan ini. Kajian -kajian yang dijalankan ke atas makanan -makanan seperti burger ,

umpamanya , menunjukkan kandungan garam yang berlebihan serta kekurangan vitamin A dan kalsium . Penjual burger

menghidangkan salad dan sayur -sayuran lain serta milk shake untuk deit yang lebih seimbang . Ada juga kajian yang

menunjukkan bahawa kanak -kanak yang sering sangat makan makanan segera akan mempamerkan tanda -tanda kekurangan zat -zat vitamin dan garam galian . Kanak -kanak yang terdedah kepada risiko ini terdiri daripada mereka yang sering tidak

(7)

mengandungi vitamin -vitamin dan garam galian tertentu supaya mereka dapat memilih makanan dengan bijak . Ibu bapa sendiri perlulah menunjukkcontoh yang baik kerana anak -anak mudah terpengaruh dan mudah terikut -ikut dengan tabii makanan yang ditunjukkan oleh mereka sendiri . Kesimpulan Berhati -hati jika memberi anak megavitamin kerana ia boleh mendatangkan mudarat jika diambil tanpa mendapatkan nasihat doktor .

Pelbagaikanlah diet anak anda sambil memastikan kandungan protein , karbohidrat , lemak , vitamin dan garam galian

mencukupi dan tidak berlebihan . Dengan ini , diet anak anda akan lebih seimbang dan kesihatannya terjamin

Referensi

Dokumen terkait