• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Institusi Latihan Halal dalam Pe

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peranan Institusi Latihan Halal dalam Pe"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

Peranan Institusi Latihan Halal dalam Pembangunan Pendidikan

Halal di Malaysia

Role of Halal Training Institutes in the Development of Halal Education in Malaysia

Mohammad Aizat Jamaludin,* Dr. Mohd Anuar Ramli,** Prof. Madya Hjh Mariam Abdul

Latif*** dan Hj. Saifol Bahli****

*Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia, mohdaizat@ upm.edu.my **Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, mohdanuar@um.edu.my

***Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah, mariam@ums.edu.my

****Institut Penyelidikan dan Latihan Halal, Universiti Islam Antarabangsa, saifolbahli67@yahoo.com

Abstract

Education plays an important role in enhancing the national economy and social communities. Based on the National Integrity Plan (P.I.N.), the aspect on halal education was emphasized as one of the important country agenda to promote knowledge amongst the consumers through training and strengthening awareness. In achieving these objectives, several institutions related to halal education are made available through the formation of government link companies such as the Halal Industry Development Corporation (HDC), Malaysian Agriculture Research and Development Institute (MARDI) and Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). In addition, there are also private training institutions such as the Halal Management Research Academy (HAMRA), KFCH International College and KasehDia. There are also training institutions under the universities such as the Halal Product Research Institute (HPRI, UPM), Institute of Halal Research and Training (INHART), UIA and Institute of Halal Research and Management (IHRAM, USIM). These institutions had promoted the halal awareness amongst the Muslim consumers and produce human resources as demanded by the national halal industry. At the same time, the existence of these institutions had also produced their individual training modules based on the needs of the halal food industry, logistics, pharmaceuticals, cosmetics and personal care. Hence, this study will discuss the roles of these halal training institutions and their module developments on halal education in Malaysia.

Keywords: Halal training institute, halal education, halal module, halal awareness,

consumerism

Pendahuluan

Potensi pasaran produk halal meningkat tahun demi tahun. Dianggarkan pasaran produk

makanan halal dunia dijangkakan mencecah sehingga RM$2 trilion setahun dan RM$45

(2)

2

keseluruhan pasaran produk makanan di Eropah adalah sebanyak AS$66 bilion termasuk

daging, makanan segar dan makanan dibungkus, manakala pasaran global pula bernilai

AS$634 bilion. Hal ini menunjukkan keyakinan kepada pasaran produk halal global adalah

begitu baik (Hanafi Timan, 2011).

Senario semasa menunjukkan untuk menceburi prospek pasaran halal global, ia

telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelbagai pihak untuk memilih dan

menyediakan produk yang memenuhi standard halalan tayyiban. Kesedaran ini juga timbul

adalah kerana perlunya pemilihan yang tepat apabila wujud pelbagai isu berkaitan dengan

penghasilan produk halal. Di antaranya isu yang melibatkan sumber bahan seperti daging,

cara penghasilan, penyimpanan, pengangkutan dan penyediaan produk akhir. Begitu juga

dengan sikap pengguna dan pengusaha yang tidak memahami konsep halal yang jelas.

Dalam erti kata lain, isu halal ini merangkumi persoalan status halal diseluruh rantaian

produk halal tersebut (halal product chain) (Nurulhuda Noordin et al., 2009).

Oleh itu, bagi mengukuhkan kefahaman dan kesedaran halal dalam kalangan

pelbagai pihak, wujud di Malaysia pelbagai institusi yang menawarkan pendidikan latihan

halal sama ada di peringkat badan bukan berkanun, institusi latihan swasta dan institusi

pendidikan di universiti. Malah berdasarkan Pelan Integriti Nasional (P.I.N.) dan Laporan

Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (LAPPM) 2013-2025, sekolah vokasional

juga telah memasukkan elemen halal dalam kolaborasinya dengan pihak industri

(www.moe.gov.my, 2013). Setiap institusi pendidikan tersebut mempunyai fungsi dan

modul latihan yang tersendiri supaya mampu memenuhi permintaan semasa terutama

dalam memberikan kesedaran halal dan pensijilan halal yang sebenar. Justeru, kertas kerja

ini akan memfokuskan kepada peranan institusi latihan halal dalam pembangunan

pendidikan halal di Malaysia.

Isu Halal di Malaysia

Saban tahun menunjukkan pelbagai isu halal timbul apabila masyarakat tidak mempunyai

kefahaman yang jelas terhadap konsep halalan tayyiban yang sebenar (Mahmood Zuhdi,

2011). Hal ini tidak terkecuali berlaku di Malaysia. Terdapat beberapa kajian lepas

menunjukkan bahawa kurangnya kefahaman dalam kalangan pelbagai pihak seperti

pengguna dan pengusaha industri halal terhadap konsep halalan tayyiban telah

menyebabkan industri halal negara terjejas (Irfan Sungkar, 2008; Zulkefli Mohamad, 2005).

(3)

3

tidak halal (Mohammad Aizat dan Mohd Anuar, 2012). Begitu juga, pengguna mudah

tertipu dengan penyalahgunaan logo dan label pada sesuatu produk. Selain itu, terdapat

juga sebilangan dalam kalangan pengguna yang tidak mengambil berat terhadap pemilihan

premis dan produk halal. Sikap tidak peduli dan kurang berhati-hati menyebabkan

pengguna hanya membuat pilihan berdasarkan persepsi sesuatu masyarakat. Misalnya jika

sebuah premis tersebut menawarkan makanan yang sedap dan mendapat tempat dalam

kalangan pengguna Muslim, belum tentu premis tersebut memenuhi konsep halalan tayyiban

dan pensijilannya.

Selain itu, di antara isu lain yang timbul adalah berpunca daripada pengusaha

industri halal yang kurang kesedaran terhadap konsep dan pensijilan halal. Tidak dinafikan

bahawa halal dijadikan alat pemasaran bagi meningkatkan keuntungan syarikat ke

peringkat global. Malah tinjauan menunjukkan ramai dalam kalangan pengusaha industri

halal yang terdiri daripada syarikat bukan Bumiputera telah melonjak naik ekonomi

masing-masing dengan menggunakan logo halal sebagai alat pemasaran (Golnaz et al.,

2010).

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan pengusaha industri yang tidak bersedia

untuk pensijilan halal kerana kurang kefahaman dan kesedaran bagi memenuhi tuntutan

produk halalan tayyiban. Akhirnya produk yang dihasilkan hanya diperingkat asas dan tidak

memenuhi standard halalan tayyiban yang betul. Sikap sebilangan pengusaha ini lebih

cenderung untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kepada penghasilan produk yang

terbaik memenuhi keperluan halalan tayyiban. Malah terdapat juga sebilangan pengusaha

yang ditarik balik sijil halal mereka kerana sikap dan kurangnya kefahaman berkaitan

amalan tersebut (Zulkifli Hasan, 2007).

Keperluan Pendidikan dan Latihan Halal

Sistem pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan sesebuah Negara. Sistem ini

menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada pelbagai pihak bagi memacu ekonomi

dan memakmurkan Negara. Untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman halal,

keperluan kepada pendidikan boleh dilakukan melalui program kesedaran dan latihan

secara berterusan serta komprehensif (Mohammad Aizat et al., 2012). Program dan latihan

(4)

4 i. Pengguna

Pengguna merupakan di antara sasaran penting dalam memberikan kefahaman terhadap

konsep halalan tayyiban. Dalam isu halal, pengguna Muslim khususnya boleh mengenalpasti

sumber bahan halal haram, mempunyai kesedaran pemilihan produk halalan tayyiban,

memahami hak-hak pengguna berkaitan produk halal dan perlu sedar supaya tidak mudah

tertipu dengan pemalsuan produk halal dan logonya.

Selain itu, pengguna bukan Islam juga boleh dididik dengan kefahaman yang jelas

tentang keutamaan pemilihan produk halalan tayyiban terutamanya aspek kualiti dan

kebersihan. Pengguna bukan Islam juga boleh menilai dengan pertimbangan yang lebih

baik untuk memilih produk halal berbanding produk yang syubhah atau haram. Misalnya,

daging yang disembelih secara halal adalah lebih berkualiti berbanding daging yang tidak

disembelih dengan cara halal. Kualiti tersebut dapat diteliti melalui struktur daging yang

lebih lembut tanpa darah yang terkumpul banyak dan memberi rasa daging yang lebih

sedap. Hal ini berbeza dengan struktur daging yang tidak disembelih mengikut cara halal

yang jelas mempunyai tompokan darah dalam daging dan jangka hayatnya lebih cepat

rosak.

ii. Pengusaha Industri Halal

Pengusaha industri halal juga merupakan sasaran yang penting bagi pendidikan halal.

Mereka berfungsi menyediakan produk yang memenuhi standard halalan tayyiban. Dengan

peningkatan kefahaman dan kesedaran melalui latihan yang berterusan dalam kalangan

pengusaha industri halal, isu-isu yang melibatkan penyediaan premis, produk dan

perkhidmatan halal dapat diatasi dengan berkesan. Pengusaha industri halal perlu bersedia

untuk memenuhi keperluan sebelum, semasa dan selepas pensijilan halal. Begitu juga,

pengusaha industri halal perlu membangunkan Sistem Jaminan Halal dalam syarikat

supaya keperluan pensijilan halal dapat dilakukan dengan optimum. Malah kesediaan

untuk melantik Jawatankuasa Halal Dalaman (JHD) atau Eksekutif Halal (EH) banyak

membantu melicinkan perjalanan pensijilan halal syarikat di Malaysia. Dengan itu, integriti

sebagai pengusaha industri halal lebih terjamin.

iii. Badan Pensijilan atau Autoriti Halal

Badan pensijilan halal merupakan pihak berautoriti yang bertanggungjawab mengeluarkan

(5)

5

hanya dua badan sahaja yang diiktiraf iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan

Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) (APD, 2011). Menyediakan sebuah badan yang

berautoriti dan berintegriti juga memerlukan peningkatan keilmuan dan kemahiran

khususnya program kesedaran halal yang komprehensif. Ini kerana penyediaan pegawai

yang kompeten dan sistem pensijilan halal yang cekap mampu memberikan khidmat

terbaik kepada pembangunan hub halal Malaysia. Malah isu-isu yang melibatkan

terbantutnya permohonan pensijilan halal dan penguatkuasaannya dapat diatasi dengan

lebih baik.

Selain itu, program pendidikan dan pelatihan ini juga wajar diperluaskan untuk

meningkatkan tahap kesedaran dan pemahaman halal di peringkat agensi kerajaan

khususnya yang berkaitan dengan penguatkuasaan baik yang secara langsung dengan halal,

seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),

malah yang tidak secara langsung, tapi mempunyai peranan yang cukup signifikan bagi

memastikan khususnya industri bersedia dan mampu memenuhi keperluan industri halal.

Ini termasuklah Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan

sebagainya kerana pasti ada keperluan yang melibatkan mereka dalam usaha industri

mahupun pengguna ke arah pemahaman dan kesedaran halal.

Peranan Institusi Latihan Halal dan Modulnya di Malaysia

Berdasarkan keperluan bagi memenuhi tuntutan kesedaran dan kefahaman yang jelas

berkaitan konsep halalan tayyiban, beberapa institusi latihan halal telah ditubuhkan.

Penubuhan institusi tersebut terdiri daripada badan bukan kerajaan, institusi pengajian

tinggi dan institusi latihan swasta. Setiap institusi tersebut mempunyai visi dan misi,

organisasi, program latihan dan modul berkaitan halal yang tersendiri. Jika diteliti, program

pendidikan latihan halal tidak ditawarkan oleh badan pensijilan halal. Hal ini kerana fungsi

badan pensijilan halal sebagai sebuah badan berintegriti adalah membuat pengesahan dan

mengeluarkan sijil halal kepada pemohon, dan bukan berasaskan keuntungan ekonomi. Ini

sekali gus mengelakkan wujudnya pertentangan dalam kepentingan (conflict of interest)

latihan di bawah fungsi sesebuah badan pensijilan.

Bagi meneliti peranan institusi latihan halal di Malaysia, berikut dihuraikan

(6)

6

Penelitian ini berdasarkan latar belakang penubuhan, misi dan visi, program latihan dan

perkhidmatan halal yang ditawarkan serta modul pembangunan pendidikan halal.

i. Badan Bukan Kerajaan (Government Link Company-GLC)

Badan bukan kerajaan merupakan anak syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi

merealisasikan sebahagian peranan kerajaan. Terdapat pelbagai badan bukan kerajaan

seperti Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd. (HDC), INSKEN, SME Corp.,

TPM Sdn. Bhd., Jabatan Standard Malaysia (DSM), IHI Alliance dan SIRIM. Dalam artikel ini

difokuskan hanya kepada program latihan halal dan pembangunan modulnya yang

ditawarkan oleh HDC.

Halal Industry Development Corporation (HDC)

Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) mula ditubuhkan pada 16

September 2006 (www.hdcglobal.com, 2013). Pada tahun 2008-2009, HDC telah diberi

mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk mengendalikan pengurusan pensijilan halal Malaysia

sebelum diserahkan semula kepada JAKIM. Tujuan penubuhan HDC adalah untuk

menyelaras pembangunan industri halal Malaysia secara bersepadu (integrated) dari segi

Integriti Halal, Pembangunan Keupayaan dan Penjenamaan Halal yang merangkumi

pemasaran dalam dan luar Negara malah turut menawarkan perkhidmatan konsultansi dan

latihan halal. Terdapat beberapa program latihan dan modul halal yang ditawarkan

meliputi latihan Halal Tahap Asas, Pertengahan dan Profesional. Program latihan halal

tersebut merangkumi aspek shariah, standard dan proses pensijilan halal, pasaran halal,

makanan dan kepenggunaan halal serta keselamatan dan kualiti makanan.

Berikut adalah objektif dan sasaran pada setiap tahap modul yang ditawarkan.

Bil. Program latihan Sinopsis Program Sasaran Tempoh

(7)

7 ii. Institusi Pengajian Tinggi

Institusi pengajian tinggi sama ada universiti mahu pun kolej juga berfungsi dalam

membantu membangunkan kefahaman dan kesedaran halal kepada pelbagai pihak. Sebagai

sebuah pendidikan tinggi di Malaysia, kebanyakan universiti telah menubuhkan pusat 2. Program Industri Halal

(Halal Industry

Program-Program tahap pertengahan ini menawarkan kursus kesedaran yang lebih khusus terhadap amalan industri halal yang terbaik meliputi konsep, cara pengendalian dan pengurusan halal dalaman berkaitan makanan dan perkhidmatan.

Program tahap professional merupakan kursus lanjutan kefahaman halal selepas mengikuti tahap asas dan pertengahan. Penawaran kursus ini memfokuskan aspek pratikal dan penyediaan jurulatih dan juruaudit halal. Selain itu, ia juga menawarkan kursus ulangkaji dan perunding halal.

4. Kursus Eksekutif Halal (Halal Executive Program-HEP)

(8)

8

penyelidikan dan perkhidmatan berkaitan halal. Malah penubuhan tersebut selari dengan

program kesedaran melalui latihan dan penyelidikan yang dilakukan. Selain itu terdapat

juga penawaran kursus peringkat ijazah dan pasca siswazah berkaitan dengan halal.

Institusi pertama yang diwujudkan di Malaysia bagi membangunkan penyelidikan

halal dan perkhidmatannya adalah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) di Universiti

Putra Malaysia dan kemudiannya diikuti oleh beberapa universiti lain seperti International

Institute for Halal Research and Training (INHART), di Universiti Islam Antara bangsa

Malaysia, Institute Halal Research and Management (IHRAM), di Universiti Sains Islam

Malaysia.

Sementara itu dalam penawaran ijazah oleh institusi pengajian tinggi tempatan

termasuklah Sarjana Falsafah (Sains Halal) oleh Universiti Teknologi Malaysia, program

Sarjana dan Doktor Falsafah Sains Produk Halal, Sarjana dan Doktor Falsafah Pembangunan Produk

Halal, Sarjana dan Doktor Falsafah Pengurusan Produk Halal dan Sarjana dan Doktor Falsafah

Syariah dan Undang-undang Halal oleh Universiti Putra Malaysia, Sarjana Pentadbiran

Muamalat (Produk Halal) oleh Universiti Sains Islam Malaysia, Sarjana Pengajian Islam

(Pengurusan Hab Halal) oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, kursus Diploma dan Ijazah

Sarjana Muda Pengurusan dan Sains Halal oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan

Diploma Pengurusan Halal oleh Kolej UNITI.

Pada dasarnya, penubuhan institut penyelidikan halal mempunyai latar belakang,

organisasi, program dan modul latihan yang khusus. Dalam artikel ini, huraian akan

difokuskan kepada IPPH, INHART, IHRAM dan UMS.

a. Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM

IPPH mula ditubuhkan pada tahun 2005 dengan nama Institut Makanan Halal dan ditukar

namanya kepada IPPH pada tahun 2006. Penubuhan IPPH adalah bagi membantu

pembangunan dan analisis produk halal melalui penyelidikan dan perkhidmatan halal di

dalam dan luar Negara. IPPH terdiri daripada tiga laboratori yang utama iaitu Laboratori

Polisi dan Pengurusan Halal (LPPH), Laboratori Penyelidikan Sains Halal (LPSH) dan

Laboratori Perkhidmatan Halal (LPH). Kepakaran IPPH meliputi pelbagai bidang

kepakaran sama ada shariah, sains, undang-undang, ekonomi, pelancongan, perkhidmatan

analisis, pertanian, ICT dan sebagainya. Terdapat beberapa program dan modul latihan

khas yang dilaksanakan oleh IPPH untuk pengguna, pengusaha industri halal dan badan

(9)

9

IPPH. Program latihan halal IPPH dikendalikan oleh sebuah unit latihan halal di bawah

LPH.

b. Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa (INHART), UIA

Institut Penyelidikan dan Latihan Halal Antarabangsa atau International Institute for Halal

Research and Training (INHART), UIA merupakan di antara institusi pendidikan halal di

Malaysia (www.iium.edu.my, 2013). Mula ditubuhkan dengan nama Halal Industry Research

Center (HIRcen) pada Julai 2006 dengan misi menjadikan UIA sebagai hub penyelidikan

industri halal. Penubuhan INHART pula mula berfungsi selepas disahkan oleh Senat UIA

pada Mac 2011 dan Majlis UIA pada April 2011. Seterusnya diluluskan oleh Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia pada Ogos 2011. Sebagai sebuah institusi yang menyokong

pembangunan hub halal Malaysia, INHART juga telah menawarkan beberapa program

kesedaran dan kefahaman halal kepada pelbagai pihak. Bidang kepakaran INHART juga

Bil. Program latihan Sinopsis Program Sasaran Tempoh

1. Halal Eksekutif Program : Asas Shariah dan Sains

Program ini memberikan kesedaran berkaitan konsep halal dan isu-isunya berasaskan pendekatan integratif shariah dan sains. Isu yang dikupas dibincangkan dengan mendalam supaya peserta dapat memahami asas kepada persoalan yang timbul dan penyelesainnya. Di antara topiknya adalah halal dan kaedah penentuannya, alkohol, DNA, penyembelihan halal, gelatin dan sebagainya.

Program ini memberikan pendedahan tentang kefahaman untuk menganalisis produk halal berasaskan penggunaan instrumen makmal seperti FTIR, GCMS, HPLC dan sebagainya.

(10)

10

komprehensif merangkumi penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersialan

produk halal. Begitu juga farmaseutikal dan barangan gunaan termasuklah perkhidmatan

halal seperti hospitiliti dan pelancongan. Selain program kesedaran halal, INHART turut

menawarkan perkhidmatan konsultansi pensijilan halal, khususnya untuk syarikat –

syarikat luar Negara yang ingin mendapatkan pensijilan halal JAKIM.

Di antara program kesedaran latihan halal ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Program Latihan Halal (Halal Training Program):

a) Sistem Pengurusan Halal (The Halal Management System-HMS)

b) Sistem Perniagaan Halal (The Halal Business System-HBS)

c) Sistem Audit Halal (The Halal Audit System-HAS)

2. Pematuhan Shariah (Shariah Compliance):

a) Hotel yang memenuhi pematuhan Shariah (Shariah Compliance Hotel-SCH)

b) Pelancongan Halal (Halal Tourism-HT)

3. Program Latihan yang khusus (Designated Training Program)

a) Personal Halal (HALPER).

b) Program Eksekutif Pematuhan Shariah (SCE)

c) Latihan Ketua Auditor Halal (Halal Lead Auditor Training-HLAT).

c. Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM), USIM

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (Institute Halal Research and

Management-IHRAM) merupakan di antara pusat kecemerlangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

yang ditubuhkan pada Januari 2010 (www.ihram.usim.edu.my, 2013). Fungsi IHRAM

adalah untuk memberikan pengetahuan dan perkhidmatan yang terbaik ke arah membina

generasi yang bermaklumat. Sebagai salah sebuah institusi pendidikan university, IHRAM

juga telah menawarkan dua kursus pendidikan berkaitan halal iaitu Latihan Umum Halal

dan Latihan Analisis Makmal Halal. Latihan Umum Halal memberikan pendedahan

berkaitan konsep umum halal, pengesanan kontaminasi dalam rantaian halal, integrasi

undang-undang berkaitan halal menurut shariah dan sains serta amalan pengeluaran

(11)

11

pula memfokuskan kepada analisis aspek toyyibah dalam makmal berkaitan kaedah

pengesanan produk halal seperti DNA khinzir dan lemaknya.

d. Universiti Malaysia Sabah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP)

juga turut menyumbang kepada program kesedaran halal terhadap pembangunan industri

halal negara khususnya di bumi Borneo Malaysia (www.ums.edu.my, 2013). Program

kesedaran ini ditawarkan melalui dua bentuk bengkel latihan tahap asas dan lanjutan, iaitu

Latihan Kesedaran Halal dan Latihan Pemantapan Produk Halal. Objektif program

kesedaran halal ini adalah untuk membantu merealisasikan hasrat kerajaan meningkatkan

kualiti produk halal Negara melalui khidmat latihan dan rundingan.

Program latihan kesedaran halal dikendalikan selama satu hari dengan kerjasama

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang melibatkan penyertaan terbuka kepada

semua lapisan golongan sama ada orang awam, golongan professional, usahawan serta

agensi kerajaan. Program ini dijalankan melalui aktiviti taklimat dan klinik usahawan halal.

Manakala program lanjutan latihan pemantapan produk halal pula akan dilaksanakan

selama empat hari dengan memfokuskan kepada pengusaha industri makanan serta jabatan

kerajaan (agama dan agensi yang terlibat dalam pensijilan halal). Program lanjutan tersebut

juga berasaskan pendekatan taklimat dan pelaksanaan audit di tapak. Di antara topik yang

dibincangkan sepanjang program latihan kesedaran halal berlangsung adalah pengenalan

kepada konsep halal, perundangan dan pensijilan halal, sistem audit halal dalaman, isu-isu

halal dan prospek industri halal di Sabah.

Selain daripada latihan di atas, SSMP juga menawarkan kursus akademik elektif, UK02202 “Pengenalan kepada Makanan Halal” di bawah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS sejak tahun 2012. Kursus tersebut ditawarkan kepada semua pelajar dari pelbagai

jurusan di seluruh kampus UMS.

iii. Institusi Latihan Swasta

Institusi latihan swasta turut menyumbang kepada pembangunan pendidikan halal di

Malaysia. Institusi ini ditubuhkan bertujuan membantu menyedikan kefahaman dan

kesedaran halal kepada pengguna dan pengusaha industri halal. Tidak dinafikan

penubuhan institusi tersebut sebagai pemudah cara dan pelengkap untuk meningkatkan

(12)

12

bergiat aktif dengan menyusun program dan modul yang tersendiri bagi memenuhi

keperluan industri dan kehendak pensijilan halal Malaysia. Di antara institusi tersebut

adalah Halal Management Research (HAMRA)-MISDEC, Melaka, KFCH International

College, National SME Council (NASMEC), Al-Hamra Management and Consultancy

Services dan Olive Global Sdn Bhd. Institusi latihan swasta ini juga turut lengkap

mempunyai visi dan misi, organisasi, program dan modul latihan yang terperinci. Dalam

kertas kerja ini hanya dihuraikan peranan institusi seperti HAMRA-MISDEC, KFCH dan

NASMEC.

a. HAMRA-MISDEC

Akademi pengurusan dan penyelidikan Halal (Halal Management and Research

Academy-HAMRA)-Melacca Industrial Skill Development Center (MISDEC) merupakan di antara

institusi swasta yang menawarkan program kesedaran halal sepenuh masa. Organisasi

HAMRA-MISDEC beroperasi di Bemban, Melaka melalui Program Pembangunan

kemahiran Industri (Industrial Skills Enhancement Program-INSEP) sebagai salah sebuah

pusat pembangunan swasta pendidikan halal Malaysia. Terdapat sebuah program latihan

halal yang utama ditawarkan HAMRA-MISDEC, iaitu Kursus Eksekutif Produk Halal

(KEPHAL). Kursus yang telah beroperasi sejak 2003 telah melahirkan graduan Eksekutif

Halal dalam pelbagai bidang seperti pengurusan halal, logistik halal dan hopitaliti halal.

Kursus yang ditawarkan ini dikendalikan selama enam bulan yang mana tiga bulan teori di

dalam kelas dan tiga bulan lagi praktikal di dalam industri halal. Penawaran program ini

telah membantu meringankan dan melincinkan perjalanan industri halal di samping

mewujudkan peluang pekerjaan yang luas kepada graduan lepasan kolej dan universiti.

b. KFCH Kolej Antarabangsa

Institusi latihan swasta ini beroperasi di Puchong Perdana, Selangor. KFCH menawarkan

program kesedaran halal dan pembangunan sumber manusia kepada industri halal melalui

latihan yang dianjurkan. KFCH menjayakan program latihan tersebut berdasarkan

rangkaian kerjasama dengan beberapa agensi dan badan bukan kerajaan seperti HDC.

Penawaran program seperti Kursus Eksekutif Halal yang dianjurkan bersama HDC kepada

para pelajar lepasan diploma hospitaliti telah menambahkan nilai kepada para graduan

(13)

13

c. NASMEC

Pertubuhan EKS Nasional atau National SME Council (NASMEC) juga merupakan di antara

institusi latihan swasta yang beroperasi di Puchong, Selangor yang menawarkan kursus

latihan halal secara intensif kepada pengusaha industri halal di Malaysia. Program latihan

kesedaran halal yang ditawarkan adalah bersifat nilai tambah kepada kursus-kursus

pengendalian makanan yang dianjurkan. Sebuah program kesedaran halal yang telah

dianjurkan oleh Nestle-NASMEC-HdC F&B pada tahun 2009 merupakan antara program

yang telah dijalankan dan berjaya membantu peningkatan kemahiran yang diperlukan oleh

industri halal Malaysia (www.nasmec.com.my, 2013).

Berdasarkan penubuhan institusi penyelidikan dan latihan halal tersebut, program

pendidikan halal memainkan peranan yang signifikan dalam menyemarakkan industri halal

di Malaysia.

Kesimpulan

Pembangunan pendidikan halal di Malaysia menunjukkan perkembangan yang konsisten

dan menyeluruh. Penubuhan institusi latihan yang berperanan sebagai institusi yang

menyalurkan kefahaman dan kesedaran halal telah membantu melengkapkan pertumbuhan

ekonomi Negara melalui pembangunan sumber manusia. Malah turut merealisasikan

Malaysia sebagai salah sebuah hub halal dunia. Peranan ini juga disokong berdasarkan

program dan modul latihan halal yang komprehensif kepada pelbagai pihak sama ada

pengguna, pengusaha dan badan pensijilan halal. Kerjasama dan kesinambungan usaha

institusi masing-masing dapat memastikan program kesedaran dan pelatihan halal dapat

dijalankan secara berterusan dengan berkesan.

Rujukan

Golnaz, R., Zainalabidin, M., Mad Nasir, S. and Eddie Chiew, F.C., 2010, Non-

Muslims’

awareness of Halal principles and related food products in Malaysia, International Food

Research Journal, 17, pp. 667-674.

Hanafi Timan, 2011, Hab Halal dalam Pertumbuhan Ekonomi Negara, dlm. Dewan Ekonomi,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hh. 6-8.

Irfan Sungkar, 2008, ‘Muslims’ Awareness of Halal in the Age of Globalisation’, The Halal

(14)

14

Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (LAPPM) 2013-2025, 2012, Lihat

www.moe.gov.my, dipetik pada 10 Julai 2013.

Mahmood Zuhdi Hj Ab. Majid, 2011, Fiqh Kepenggunaan Semasa: Realiti dan Cabaran di

Malaysia, dlm. Kertas kerja Seminar Hukum Islam VII, anjuran Jabatan Fiqh dan Usul,

APIUM, di Balai Ilmu, APIUM pada 14-15 Disember 2011.

Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli, 2012, Isu Sensitif Berkaitan dengan

Kepenggunaan dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia, dlm. Emini Amir Abdullah

(pnyt.), Isu Sensitif Dalam Hubungan Etnik di Malaysia, UPM Press: Serdang, hh. 125-140.

Mohammad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli, Mariam Abdul Latif, Dzulkifly Mat

Hashim & Suhaimi Ab Rahman, 2012, Pendidikan Kepenggunaan Halal di Malaysia, dlm.

Norarfan Zainal et al. (pnyt), Membongkar Rahsia Pendidikan Islam, Bandar Seri Begawan:

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, hh. 148-152.

Nurulhuda Noordin, Nor Laila Md Noor, Mardziah Hashim dan Zainal Samicho, 2009,

Value Chain of Halal Certification System: A Case of The Malaysia Halal Industry, in

European and Mediterranean Conference on Information Systems 2009 (EMCIS2009), on 13-14

July 2009, at Crowne Plaza Hotel, Izmir, pp. 1-14.

Suhaimi Ab Rahman & Yaakob Che Man, 2010, Undang-Undang Produk Halal dan

Penguatkuasaan di Malaysia, dlm. Prosiding Seminar Syariah dan Undang-undang Peringkat

Kebangsaan (SYUK 2010), di Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM pada 2-3

November 2010.

www.hdcglobal.com, dipetik pada 14 Julai 2013.

www.nasmec.com.my, dipetik pada 13 Julai 2013.

www.ihram.usim.edu.my, dipetik pada 15 Julai 2013.

www.iium.edu.my/inhart, dipetik pada 5 Julai 2013.

www.ums.edu.my/ssmp, dipetik pada 13 Julai 2013.

Zulkefli Mohamad. 2005, ’Muslims and the Halal Standard’, The Halal Journal, Jan/Feb 2005, Kuala Lumpur: KasehDia Sdn. Bhd., pp.36-37

Zulkifli Hasan, 2007, Undang-undang Produk Halal di Malaysia, dlm. Konvensyen

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil pengujian model yang digunakan dalam penelitian ini dapat diketahui bahwa variabel bebas pendapatan nasional, tingkat suku bunga, penghimpunan dana

fleksibilitas panggul terhadap hasil kecepatan panjat tebing kategori speed. Dengan rumusan masalah penelitian

Dari hasil yang telah diperoleh maka dapat disimpulkan bahwa keaktifan siswa berpengaruh positif dan signifikan terhadap prestasi belajar mata pelajaran akuntansi mengelola

Penilaian autentik adalah pengukuran yang bermakna secara signifikan atas hasil belajar peserta didik untuk ranah sikap, keterampilan, dan pengetahuan. Istilah asesmen

di atas, dapat menganalisis adanya persamaan antara penggunaan blangko PPAT yang disediakan oleh Badan Pertanahan Nasional dengan akta yang disediakan sendiri oleh

Kebutuhan air irigasi adalah jumlah volume air yang diperlukan untuk memenuhi kebutuhan evaporasi, kehilangan air, kebutuhan air untuk tanaman dengan

Teori dan Penerapan Media Komunikasi, Informasi dan Edukasi Gizi .Jakarta : Erlangga..

Jangan membantu anak dan jangan memberitahu nama gambar ini, suruh anak menggambar seperti contoh ini di kertas kosong yang tersedia. Isilah titik dibawah ini dengan