• Tidak ada hasil yang ditemukan

latar belakang dan ibnu khaldun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "latar belakang dan ibnu khaldun"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Ahli Ekonomi Islam

Apresiasi para sejarawan dan ahli ekonomi terhadap kemajuan kajian ekonomi Islam adalah sangat kurang dan bahkan dilihat seperti diabaikan dan tidak mempedulikan jasa-jasa intelektual para ilmuwan muslim. Buku Perkembangan Pemikiran Ekonomi1 tulisan Deliarnov

sebagai contoh, sama sekali tidak memasukkan hasil pemikiran para ekonom muslim di abad pertengahan, sedangkan pada zaman itu terdapat ramai ilmuwan muslim terdahulu yang memiliki pemikiran ekonomi yang sangat maju melampaui ilmuwan-ilmuwan Barat dan jauh mendahului pemikiran ekonomi Barat. Dalam buku sejarah Ekonomi tulisan Schumpeter, History of Economics Analysis menyatakan bahawa satu-satunya ilmuwan muslim yang disebutnya secara

ringkas hanyalah Ibn Khaldun di dalam kompilasi dari Schumpeter.2

Buku Sejarah Pemikiran Ekonomi tulisan penulis Belanda Zimmerman, juga tidak memasukkan pemikiran ekonomi oleh para pemikir ekonomi Islam. Oleh yang demikian, atas faktor tersebut bolehlah disimpulkan bahawa kebanyakan buku-buku sejarah ekonomi konvensional hanya menulis sejarah ekonomi Eropah hal ini kerana mereka hanya menulis mengenai ahli ekonomi Eropah.

Fakta sejarah banyak membuktikan bahwa Ilmuwan muslim adalah ilmuwan yang sangat banyak menulis masalah mengenai ekonomi. Mereka tidak saja menulis dan mengkaji ekonomi secara normatif dalam kitab fiqh, tetapi juga secara ilmiah dengan metodologi yang sistematik dengan menganalisa masalah-masalah ekonomi. Salah satu intelektual muslim yang paling terkemuka dan paling banyak sumbangan dalam ekonomi ialah Ibnu Khaldun. (1332-1406). Ibnu Khaldun adalah ilmuwan muslim yang memiliki banyak hasil pemikiran dalam pelbagai bidang,

(2)
(3)

Latar Belakang Ibn Khaldun

Ibnu Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H. Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Itali, dan SepanyoL Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.

Ibnu Khaldun mendapat pendidikan awal dalam pelbagai ilmu Islam seperti Al-Quran dan Al-Hadith. Apabila meningkat dewasa, beliau mempelajari pula tentang perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa dan mantik. Antara bahasa yang dipelajari oleh beliau ialah Lingustik Bahasa Arab seperti Nahu dan Saraf. Antara guru yang mengajarnya dalam ilmu-ilmu yang dipelajarinya adalah Muhammad Ibrahim Al-Abiliti, Abu Abd Allah Al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd Al- Salam dan lain-lain lagi.

(4)

Ibnu Khaldun: Bapa Sosio Ekonomi dan Politik

Ibnu Khaldun adalah tokoh intelektual paling terkemuka di dunia. Ia bukan saja Bapa sosiologi tetapi juga Bapa ilmu Ekonomi. Hal ini kerana banyak teori ekonominya yang jauh mendahului Adam Smith dan Ricardo. Ertinya, ia lebih dari tiga abad mendahului tokoh ekonomi Barat modern tersebut. Muhammad Hilmi Murad telah menulis sebuah buku yang bertajuk Abul Iqtishad: Ibnu Khaldun3 (Bapa Ekonomi: Ibnu Khaldun). Dalam tulisan tersebut

Ibnu Khaldun telah dibuktikannya secara ilmiah sebagai pengasas ilmu ekonomi secara spesifik

Sebelum hasil kajian tentang ekonomi oleh Ibnu Khaldun, kajian-kajian ekonomi di dunia Barat masih bersifat normatif, adakalanya dikaji dari perspektif undang-undang, moral dan falsafah. Karya-karya tentang ekonomi oleh para ilmuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan zaman Scholastic bercorak tidak ilmiah, kerana ilmuan zaman tersebut hanya memasukkan kajian ekonomi dalam kajian moral dan undang-undang.

Sedangkan Ibnu Khaldun mengkaji masalah ekonomi dengan melihat dari aspek masyarakat dan negara secara terperinci dan sekali gus menjelaskan fenomena ekonomi secara lebih tepat. Muhammad Nejatullah Ash-Shiddiqy, menuliskan satu fakta penting dari hasil kajian Ibnu Khaldun tentang ilmu ekonomi dalam bukunya yang berbunyi:

Ibnu Khaldun has a wide range of discussions on economics including the subject value,

division of labour, the price system, the law of supply and demand, consumption and production,

money, capital formation, population growth, macroeconomics of taxation and public

expenditure, trade cycles, agricultural, industry and trade, property and prosperity, etc. He

discussses the various stages through which societies pass in economics progress. We also get

(5)

the basic idea embodied in the backward-sloping supply curve of labour4 (Ibn Khaldun telah

membincangkan pelbagai jenis masalah ekonomi secara meluas, termasuk subjek tentang nilai, pembahagian kerja, sistem harga, penawaran dan permintaan, penggunaan dan penghasilan, duit, pembentukan modal, pertumbuhan ppopulasi, makro ekonomi dari cukai dan pembelanjaan awam, kitaran perdagangan, pertanian, indusrtri dan perdagangan, hak milik dan kemakmuran, dan sebagainya. Ia juga membincangkan pelbagai jenis tahap yang dilalui oleh masyarakat dalam perkembangan ekonomi masyarakat tersebut.)

Pendapat ini dikukuhkan lagi oleh Shiddiqy Boulokia dalam tulisannya Ibn Khaldun: A Fourteenth Century Economist, yang menyebut bahawa:

Ibnu Khaldun discovered a great number of fundamental economic notions a few

centuries before their official births. He discovered the virtue and the necessity of a division of

labour before Smith and the principle of labour value before Ricardo. He elaborated a theory of

population before Malthus and insisted on the role of the state in the economy before Keyneys.

But much more than that, Ibnu Khaldun used these concepts to build a coherent dinamics system

in which the economic mechanism inexorably led economic activity to long term fluctuation...5

(Ibn Khaldun telah menemui sejumlah besar idea dan pemikiran ekonomi yang penting, beberapa abad sebelum kelahiran ”rasminya” (di Eropah). Dia menemui kepentingan prinsip pembahagian kerja sebelum Smith dan prinsip tentang nilai kerja sebelum Ricardo. Ibnu Khladun telah mengolah suatu teori tentang kependudukan sebelum Malthus dan menekankan tentang peranan negara di dalam ekonomi sebelum Keynes. Bahkan lebih daripada itu, Ibnu Khaldun telah

4 Shiddiqy, Muhammad Nejatullah, Muslim Economic Thinking, A Survey of Contemporary Literature, dalam buku Studies in Islamic Economics, International Centre for Research in Islamic Economics King Abdul Aziz Jeddah and The Islamic Foundation, United Kingdom, 1976

(6)

menggunakan konsep-konsep ini untuk membangunkan suatu sistem yang dinamik di mana mekanisme ekonomi ini secara tidak langsung terarah kepada perubahan aktiviti ekonomi untuk jangkamasa panjang)

Meskipun Ibnu Khaldun menjadi seorang seorang cendekiawan yang agung sehingga disanjung oleh ramai cendekiawan Barat kerana buah fikiran beliau. Tetapi jarang sekali umat Islam mengkaji tentang ilmu beliau. Sumbangan beliau dalam ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya beliau, Al-Muqaddimah. Al-Muqaddimah merupakan hasil teragung yang beliau hasilkan. Antara teori ekonomi dalam buku itu masih lagi releven dengan masalah ekonomi semasa pada masa kini.

Kitab Al-Muqaddimah atau bermaksud pendahuluan ini merupakan kitab terbesar yang dihasilkan oleh beliau. Di dalam kitabnya memuatkan tentang pesuratan tentang sejarah, falsafah dan sosiologi termasuk juga pendidikan.Tema utama dalam kitab beliau adalah mengecam fakta-fakta psikologi, ekonomi, alam sekitar dan juga kemasyarakatan yang memainkan peranan penting dalam proses memajukan peradaban manusia dan perjalanan sejarahnya. Beliau telah membuat pelbagai analisis tentang dinamika hubungan kumpulan-kumpulan dan menunjukkan bagaimana setiakawan dan perpaduan social .Dalam karya tulisannya, beliau telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafahekonomi seperti keadilan (justice), kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), kerja keras (hardworking) dan kelemahan (fairness).

(7)

tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti ekonomi yang mereka jalankan setiap hari tetapi beliau telah menganggap manusia sebagai manusia islam yang memerlukan pengetauhan dan pembelajaran ilmu tentang ekonomi untuk memenuhi atau menjalankan misinya diatas muka bumi ini. Oleh itu, beliau menekankan bahawa manusia perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya manusia seharusnya dan wajib mengikuti ajaran islam. Selain itu juga, beliau menekankan manusia perlu menjadikan Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), kerja keras, kerjasama dan kesederhanaan (wasatiyyah). Berhubung dengan keadilan, Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah. Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam.

(8)

Teori Pengeluaran oleh Ibn Khaldun

Ibnu Khaldun telah mengemukan pelbagai teori tentang ilmu ekonomi. Teori yang dikemukan dalam ilmu ekonomi adalah teori pengeluaran, teori nilai, wang dan harga dan teori pengagihan. Beliau mengemukan teori bahawa kehidupan ekonomi sentiasa menghala kearah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan.

Dalam teori pengeluaran, Ibnu Khaldun menghuraikan perpaduan, penduduk dan pengeluaran sebagai satu fasa yang berlainan. Pada peringkat permulaan, individu mengeluarkan barang yang paling sederhana, semula jadi dan terpenting kepada dirinya sendiri. Pada peringkat selanjutnya, pengeluaran ditujukan terhadap barangan yang memerlukan kemahiran, memerlukan perkhidmatan perubatan dan kesenian.

Ibnu Khaldun memberi penekanan bahawa pengeluaran yang meningkat dan perpaduan yang berkurangan melahirkan keperluan baharu terhadap kemewahan. Beliau menunjukkan bahawa melalui perpaduan dan cara ekonomi, kita dapat mendifinisikan masyarakat. Bagi beliau, semua faktor perpaduan, kependudukan dan pengeluaran tidak mempunyai kedudukan yang sama mustahak pada ketika yang berlainan.

Menurut beliau lagi, teori pengeluaran adalah berasaskan tentang faktor buruh dan juga kerjasama masyarakat. Beliau juga mengangap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain seperti tanah yang tersedia, tenaga buruh adalah perlu untuk menghasilkan matlamat akhir sesuatu pekerjaan.

(9)

permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu.

Pendapat ini turut disokong oleh Miller, di mana beliau ada mengatakan bahawa:

“As labor is the main source of earning, if labor increase, the value realized from it

increase, and so is their earnings. The prosperity and wealth they enjoy leads them to luxury

commodities such as luxury houses and clothes, fine vessels and utensils, and the use of servants

and mounts. All these activities have value and a skillful people must be chosen to do them and

to be in charge of them. Income and expenditure increase. Affluence comes to those who work

and produce these things by their labor. Demand for luxuries will increase. Crafts and industries

will arises to produce these luxuries, earnings multiplied in the city, production thrives, and thus

(10)

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran.

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.

Referensi

Dokumen terkait

Pada hari ini Kamis, Tanggal 10 Mei 2012, kami Panitia Pengadaan Barang/Jasa Sekretariat DPRD Kota Bekasi telah mengadakan Pembukaan Dokumen Penawaran Pekerjaan

Adapun kelengkapan yang harus dibawa pada saat Klarifikasi dan Pembuktian Dokumen Kualifikasi adalah data isian Saudara yang tercantum pada aplikasi Isian

14 Pengawas Ujian Tulis CPNS

Peserta Seleksi Umum Pengadaan Jasa Konsultansi sesuai dalam lampiran. Demikian, atas perhatiannya diucapkan

Tujuan penelitian adalah memilih model trend yang sesuai untuk peubah daya dukung limbah pertanian tanaman pangan dan populasi ternak ruminansia dalam melakukan pendugaan

Skripsi ini berjudul “Apl ikasi Beberapa Aktivator Untuk Merombak Eceng Gondok (Eichhornia crassipes (Mart.) Solms.) Dari Danau Toba Menjadi Pupuk Organik ” yang

[r]

Pada penelitian ini dibuat model Petri net sistem pelayanan IGD RSUD Kota X dan menghasilkan model Perti net yang terdiri dari 15 place.. dan