• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK PIAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERATURAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK PIAL"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013) 1

PERATURAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK PIALA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA 2013

(

UTeM CUP 2013

)

1.0 NAMA

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak Piala Universiti Teknikal Malaysia

Melaka 2013 (UTeM CUP 2013) anjuran Kelab Bola Sepak Pelajar UTeM dengan

kerjasama Pusat Sukan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM.

2.0 UNDANG-UNDANG

2.1 Kecuali apa yang tersebut di dalam peraturan yang menguasai

pertandingan ini, maka undang-undang permainan dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hendaklah diikuti.

2.2 Pertandingan ini dijalankan secara 9 sebelah.

2.3 Masa permainan adalah 15 x 1 x 15 (minit).

3.0 KELAYAKAN PEMAIN

Terbuka kepada semua pelajar yang menghadiri kursus di UTeM.

4.0 PEMBENTUKAN PASUKAN

4.1 Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 15 pemain dan 1 pegawai.

4.2 Hadiah disediakan hanya untuk 15 unit sahaja.

4.3 Setiap pasukan dibenarkan hanya mendaftarkan 2 pemain dalam satu

pasukan yang terdiri daripada pemain Bola Sepak atau Futsal UTeM Bagi

Tahun 2013 sahaja.

4.4 Pemain yang telah bermain untuk satu pasukan tidak dibenarkan untuk

bermain untuk pasukan yang lain sepanjang kejohanan berlangsung.

4.5 Pasukan boleh membuat Pertukaran atau penggantian pemain sekiranya

pemain mengalami kecederaan atau perkara-perkara yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan (JKP).

4.6 Pertukaran atau penggantian pemain hendaklah dimaklumkan kepada JKP

dengan menggunakan borang pendaftaran pasukan.

4.7 JKP berhak untuk menolak atau menerima setiap proses pertukaran atau

penggantian pemain.

4.8 Pegawai dan Pemain perlu memahami Undang-Undang dan Peraturan yang diedarkan.

5.0 YURAN PENYERTAAN

(2)

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013) 2

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Kejohanan dijalankan secara Liga 4 pasukan dalam satu kumpulan

6.2 Kejohanan dijalankan secara 9 pemain sepasukan semasa permainan

dijalankan.

6.3 Sebanyak 32 pasukan akan mengambil bahagian dalam kejohanan

(tertakluk kepada perubahan).

6.4 Pasukan yang mendapat Johan dan Naib Johan akan bermain di First Pool

manakala pasukan yang mendapat tempat ke-3 dan ke-4 dalam kumpulan

akan bermain di Second Pool (rujuk lampiran 1).

6.5 Pusingan kedua akan diundi secara terbuka dan dijalankan secara kalah

mati.

6.6 Pemain dibenarkan membuat pertukaran ‘Rolling Substitution” semasa

perlawanan.

7.0 HADIAH

7.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang seperi berikut :-

 Kategori First Pool Johan : RM 1,000.00 + Piala + Medal

Naib Johan : RM 800.00 + Medal

Ke-3 : RM 500.00 + Medal

Ke-4 : RM 400.00

Ke-5 hingga 8 : RM 200.00

 Kategori Second Pool Johan : RM 200.00

Naib Johan : RM 150.00

Ke-3 : RM 100.00

(3)

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013) 3

8.0 SISTEM KEPUTUSAN

8.1 Sistem keputusan secara kiraan mata digunapakai bagi menentukan pemenang

kumpulan seperti berikut:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

8.2 Jika berlakunya persamaan mata antara dua (2) atau lebih pasukan, pasukan

yang mempunyai perbezaan jaringan yang lebih tinggi dikira sebagai pemenang (Jumlah jaringan tolak jumlah bolos).

8.3 Sekiranya masih sama, pasukan yang mempunyai jaringan yang lebih tinggi akan

dikira sebagai pemenang.

8.4 Sekiranya masih lagi sama, pasukan yang mempunyai jumlah bolos yang paling

rendah akan dikira sebagai pemenang.

8.5 Sekiranya masih lagi sama, keputusan perlawanan antara kedua pasukan akan

diambil kira.

8.6 Sekiranya masih sama, Pihak JKP akan menentukan keputusan mengikut

mesyuarat yand diadakan dan keputusan adalah muktamad

8.7 Untuk peringkat suku akhir, dan seterusnya, sekiranya perlawanan berakhir

dengan keputusan seri, maka sistem sepakan penalti akan diadakan.

9.0 SISTEM SEPAKAN PENALTI

9.1 Pengadil akan menentukan gol yang mana sepakan penalti akan dijalankan.

9.2 Setiap pasukan akan mambuat lima (5) tendangan atau menjaga gawang

secara bergilir-gilir. Tendangan mesti dilakukan dari tanda penalti

9.3 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang membuat

sepakan dahulu dengan pasukan yang kalah menjaga gawang gol.

9.4 Hanya pemain-pemain yang berada di dalam padang diakhir permainan sahaja

yang dibenarkan membuat sepakan penalti.

9.5 Penjaga gol boleh ditukarkan pada bila-bila masa sepakan penalti dijalankan

dengan pemain-pemain yang sedia ada dalam padang permainan.

9.6 Jika selepas lima (5) sepakan penalti kedudukan masih seri, maka sepakan

penalti tambahan akan diteruskan dengan pemain-pemain berlainan secara

berselang-seli dengan sistem ‘sudden death’. Jika masih seri, lambungan siling

akan dibuat untuk penentuan pemenang.

9.7 Tiap-tiap tendangan perlu dibuat oleh pemain-pemain yang berlainan (termasuk

(4)

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013) 4

10.0 KEMENANGAN PERCUMA

10.1 Kelewatan

Satu masa yang tidak melebihi daripada 10 minit adalah diberikan kepada

pasukan yang lewat. Selepas daripada masa yang diberikan, pasukan yang

gagal menghadirkan diri untuk perlawanan dikira kalah dengan jaringan gol 3-0.

10.2 Perlawanan boleh dijalankan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya atau

hanya 7 pemain yang berada didalam padang

10.3 Jika kedua-dua pasukan yang bertanding tidak menghadirkan diri untuk

perlawanan tersebut setelah melebihi masa yang diberikan, perlawanan tersebut tidak dikira matanya iaitu kedua-dua pasukan mendapat mata 0.

10.4 Jika sesuatu pasukan itu memberi kemenangan percuma atau Jawatankuasa

Tatatertib Pertandingan berpendapat kemenangan percuma ini sengaja diberikan, samada setelah dilangsungkan atau sebelum dilangsungkan,

perlawanan tersebut tidak akan diambil kira (Null and Void). Pasukan yang

terlibat ini akan dikenakan tindakan tatatertib dan wang pampasan boleh dikira lupus / hilang berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan.

11.0 TINDAKAN TATATERTIB

11.1 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning di dalam pertandingan ini secara

automatik akan digantung satu (1) perlawanan seterusnya.

11.2 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning diikuti dengan kad merah dalam

satu-satu perlawanan dan dikenakan perintah keluar padang secara otomatik akan digantung satu (1) perlawanan yang berikutnya.

11.3 Pemain yang menerima kad merah iaitu dikenakan perintah buang padang

dan tidak dibenarkan bermain dalam dua (2) perlawanan berikutnya. Penyertaan pemain tersebut akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan. Sekiranya keputusan status penyertaan pemain tersebut tidak diperolehi selepas dua (2) perlawanan daripada dia dikenakan kad merah dan perintah keluar padang, pemain tersebut boleh bermain pada perlawanan yang seterusnya.

11.4 Sekiranya berlaku pergaduhan dikalangan pemain dan penyokong pasukan /

jabatan dan disahkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan, pasukan yang menimbulkan dan memulakan kekecohan atau pergaduhan tersebut akan disingkir.

12.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

12.1 Sebarang permohonan penangguhan perlawanan adalah tidak dibenarkan.

12.2 Jika pengadil membuat keputusan muktamad bahawa keadaan cuaca,

padang mahupun persekitaran adalah tidak sesuai untuk dijalankan sesuatu perlawanan itu, maka perlawanan tersebut hendaklah ditetapkan pada suatu tarikh dan masa yang dirasakan sesuai oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan

dengan kedudukan mata 0 – 0.

12.3 Permulaan bagi perlawanan yang ditangguhkan adalah dengan keputusan 0 –

(5)

Kejohanan Liga Bola Sepak Piala UTeM 2013 (UTeM CUP 2013) 5

13.0 KEPUTUSAN PENGADIL

13.1 Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang ketidakpuashatian

daripada pasukan bolehlah dihantar secara bersurat kepada Jawatankuasa Teknikal.

13.2 Jawatankuasa Pengelola akan meneliti semua keputusan yang dibuat oleh

pengadil-pengadil dalam setiap perlawanan. Sekiranya dirasakan pengadil daripada mana-mana jabatan adalah tidak sesuai / tidak mematuhi peraturan / tidak mengadili dengan adil, maka Jawatankuasa Kecil Sukan berhak meminta jabatan tersebut menggantikan pengadil yang berkenaan dengan pengadil yang baru atau tidak akan digantikan sama sekali.

14.0 BANTAHAN

14.1 Sebarang bantahan perlu dibuat secara bertulis berserta duit cagaran

bantahan RM 200.00 dalam masa 24 jam selepas perlawanan.

14.2 SEBARANG BANTAHAN SECARA LISAN TIDAK AKAN DILAYAN.

14.3 Jawatankuasa bantahan termasuk Penasihat Kejohanan, Pengerusi Teknikal

Kejohanan dan 3 pengurus pasukan yang berkecuali yang dipilih secara rawak oleh Jawatankuasa Pertandingan.

14.4 Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD.

14.5 Duit cagaran bantahan tidak akan dipulangkan sekiranya bantahan tidak berjaya.

15.0 HAL-HAL YANG TIDAK DI NYATAKAN

15.1Segala hal yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini atau soal perbezaan

Referensi

Dokumen terkait

Hasil analisis pengaruh ketimpangan pendapatan dan kemiskinan terhadap pertumbuhan ekonomi di Pulau Maluku Dan Papua, model estimasi terbaik berdasarkan Uji Chow dan Uji

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat beberapa bentuk pergeseran dalam pernikahan adat Batak Samosir di Kuantan Singingi yaitu : Mebat atau Paulak Une atau merupakan

Di dalam Renstra Pusat Pengembangan Konsumsi Pangan Badan Bimas Ketahanan Pangan, Deptan (2001), dinyatakan bahwa pengembangan konsumsi pangan ditempuh melalui pengembangan

Pada kegiatan ini peserta dan penyaji mereview materi yang telah dipelajari.. Guru yang profesional tidak hanya menguasai sejumlah materi pembelajaran, tetapi juga terampil

Handayani (2010:56) mengatakan bahwa aplikasi analisis ini adalah cara kekuatan mampu mengambil keuntungan dari peluang yang ada, bagaimana cara mengatasi kelemahan yang

Untuk semua pihak yang telah membantu penulis baik dari segi moril maupun materil dalam penyusunan skripsi ini, penulis mengucapkan banyak terima kasih, mohon maaf jika saya

Bagi suatu organisasi visi memiliki peran dan fungsi sebagai berikut: memberikan arah, menciptakan kesadaran untuk mengendalikan dan mengawasi (sense of control),

Setelah koloni agen antagonis dan patogen tumbuh dan beradu, lalu dilakukan reinokulasi ke cawan petri lain untuk melihat pada akhirnya apakah agen antagonis atau