• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sumbangan Tamadun India.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sumbangan Tamadun India.pdf"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1 1.0 Perkembangan Petempatan India

Kewujudan Sungai Indus menjadikan kawasan Lembah Indus kawasan yang subur dan sesuai sebagai kawasan pertanian, penternakan dan petempatan. Selain itu, tamadun ini terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus. Sungai ini dikatakan bermulanya dari Pergunungan Himalaya dan mengalir ke laut Arab. Lembah Indus ini terletak di kawasan Barat Laut India dan dikelilingi dengan banjaran Makran, Pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajashtan di timur serta Kathiawar dan Gujerat di Tenggara. Tamadun ini dipercayai muncul pada sekitar 2500 Sebelum Masihi (S.M.) dan merosot pada 1800 S.M.

Faktor manusia nomad yang berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain bagi mencari sumber air dan tanah yang subur, maka terhasillah penempatan di sepanjang Sungai Indus. Maka keadaan ini telah menyebabkan wujudnya beberapa bandar utama dilembah ini seperti Mohenjo-Daro dan Harappa. Petempatan terawal di Lembah Sungai Indus terletak dibeberapa tempat seperti di Kalibangan, Banawali dan Mithatal. Kampung-kampung ini kemudiannya berkembang menjadi kota-kota besar. Antara kota besar yang berpengaruh pada masa itu adalah Mohenjo-Daro, Harappa dan Kalibangan (Mahadevan, T. M. P. 1974: 85).

Secara umumnya kota-kota besar ini dikelilingi tembok yang boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, bahagian utama yang terdiri dengan pusat pentadbiran, keagamaan dan penyimpanan makanan. Manakala bahagian kedua adalah kawasan perumahan. Di Mohenjo-Daro, terdapat beberapa bangunan yang ditemui berbentuk seperti kubu dan kolam besar yang digunakan untuk tujuan keagamaan.

(2)

2 1.1 Dasar Pendidikan Tamadun India

Terdapat beberapa aspek penting dalam penekanan bidang ilmu pendidikan dalam tamadun ini. Bagi mereka dengan persediaan pendidikan yang menyeluruh dan mencukupi, ilmu ini dapat digunakan bagi menghadapi kehidupan selepas mati. Justeru itu, pendidikan juga dijadikan sebahagian daripada saluran untuk mendidik pelajar kepada hukum agama dan seterusnya mengajar mereka mengamalkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan seharian.

Pendidikan dalam tamadun awal India berasaskan pelajaran yang terkandung dalam beberapa kitab veda. Semua pengetahuan yang dipelajari adalah berasaskan agama. Maka pendidikan merupakan satu unsur pelengkap bagi mencapai kesempurnaan dalam ilmu keagamaan. Dengan mempelajari ilmu-ilmu dalam kitab veda, ilmu tersebut akan ditinggalkan pada usia tua dan mereka akan hidup dalam alam pertapaan untuk mencapai tingkat nirwana (Majumdar, R. C. 1974:33).

Pendidikan juga memainkan peranan dalam menjaga dan mengukuhkan sistem kasta yang diamalkan dalam masyarakat Hindu. Pendedahan tentang kehidupan berkasta amat dititikberatkan supaya generasi mereka dapat mengetahui masa depan profesion mereka. Selain daripada itu, para pelajar dari kasta Brahmin pada ketika usia lapan tahun akan didedahkan dengan pengetahuan berkaitan kita-kita suci Veda (Basham, A. L. 1969:219).

Manakala para pelajar dari kasta Khastria akan didedahkan dengan pengetahuan ketenteraan dari umur 11 atau 12 tahun. Begitu juga para pelajar dari kasta Vaisya akan didedahkan dengan ilmu berkaitan ekonomi dan perdagangan demi mencorak keluarga mereka masing-masing. Kanak-kanak dari kasta Sudra pula tidak akan diberikan sebarang pendidikan secara formal kerena mereka akan memberi perkhidmatan kepada kasta-kasta yang lain.

(3)

3

Akibat dari keruntuhan tamadun India, orang Indo-Arya telah mengambil alih tampuk pemerintahan dengan memperluaskan lagi pengetahuan berkaitan sains dan agama. Semua pengetahuan tersebut dikumpulkan dan dimudah, pendek dan dijadikan menarik agar mudah difahami dan dihafal oleh golongan kanak-kanak. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa orang-orang Tamil di selatan India mengutamakan pelajaran dalam kehidupan mereka.

Tujuan pendidikan ialah untuk memperoleh pengetahuan berkaitan sains, sastera dan tiga bahagian sastera iaitu prosa, puisi masyarakat dan drama. Oleh yang demikian, guru yang menduduki tempat atau tahap yang tinggi sering dihormati dan dikagumi masyarakat setempat (R. Rajakrishnan, 1994:176).

Tamadun dunia pada abad ini sangat terhutang budi akan pencapaian cemerlang dalam bidang ilmu terutama dari bidang sains dan teknologi oleh tamadun India. Kecemerlangan mereka terbukti dengan pelbagai penemuan-penemuan saintifik seperti dari bidang ilmu matematik, astronomi, sains perubatan, fizik, kimia dan zoologi.

Manakala menerusi bidang teknologi, tamadun India telah terserlah dengan penemuan dari bidang kejuruteraan, seni bina, seni tari dan drama. Dalam tamadun India, mereka lebih menekankan dua aspek penting dalam bidang sains dan teknologi iaitu, fungsi dan kepentingan ilmu tersebut secara menyeluruh (Mohd Koharuddin Mohd Balwi, 2002:30).

(4)

4 1.2 Sumbangan dari bidang Matematik

Tamadun dunia amat terhutang budi pada tamadun India oleh kerana angka sifar yang ditemui oleh tamadun India. Pada zaman Gupta, bidang matematik telah berkembang pesat dan mencapai tahap ilmu yang tertinggi. Ahli matematik pada tamadun ini telah berjaya menemui sistem perpuluhan dan membuat penemuan baru dalam ilmu trigonometri. Selain itu ahli matematik pada tamadun ini juga telah menghasilkan penggunaan kaedah separa perentas untuk mengira sudut.

Kejayaan ahli matematik pada tamadun ini adalah kerana mereka mempunyai konsep yang amat jelas berkaitan perbezaan antara nombor abstrak dengan kuatiti berangka bagi suatu objek atau keluasan pada ruang.Oleh kerana ilmu matematik pada tamadun India pada zaman Gupta telah mencapai tahap ilmu yang tertinggi, mereka berjaya mengasaskan konsep algebra dengan menggunakan satu sistem penomboran yang mudah dan kemudiannya dapat membantu menyelesaikan masalah dan pengiraan yang lebih kompleks (Ghazali Darulsalam. 2001).

Aryabhata, Varamahira, Brahmagupta dan Mahavira merupakan antara tokoh dari bidang ilmu matematik yang terkemuka dalam tamadun India. Aryabhata pada 499 Masihi (M.) telah menghasilkan karya penulisan beliau yang bertajuk Aryabhatiuya (Gambar 1.1) yang banyak membincangkan berkaitan trigonometri, sfera dan algebra di samping menyentuh berkaitan beberapa formula matematik seperti persamaan kuadratik dan linear.Terdapat dua jenis sistem angka dalam tamadun India pada ketika itu. Sistem tersebut adalah sistem angka Brahmi dan sistem angka Kharosti, dimana sistem angka Brahmi mempunyai pengaruh dari Yunani manakala sistem angka Kharosti mempunyai simbol-simbol angka seperti angka Rom. Kedua-dua sistem angka ini difahamkan telah mula digunakan sejak zaman Asoka lagi (Ashtanga Hridaya. 1991:22).

(5)

5

Gambar 1.1: Hasil karya Aryabatha yang berjudul Aryabhatiuya yang terkenal dengan ilmu matematik beliau.

Varamahira, salah seorang dari tokoh terkemuka dalam tamadun India juga merupakan salah seorang ahli astronomi yang telah menghasilkan penulisan beliau yang berjudul Pancasiddhanta. Karya beliau banyak menyentuh ilmu dari bidang matematik dari segi pengiraan sudut dan trigonometri dalam menyelesaikan masalah pengiraan sistem bintang dan planet. Manakala, karya Sidhara yang berjudul Ganita-Sara membincangkan berkaitan angka-angka pengukuran, masalah matematik dan juga berkaitan penggunaan angka sifir. Sistem tambah, tolak, darab dan bahagi banyak ditekankan didalam karya Mahavira yang judul Ganita-Sara-Sangraha pada tahun 850 M(Ashtanga Hridaya. 1991:19).

Selain daripada itu, masyarakat India juga menggunakan matematik untuk menentukan tempat upacara pengorbanan menerusi kiraan astrologi. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan kewujudan elemen-elemen permulaan geometri, algebra dan trigonometri dalam ilmu matematik mereka. Nombor-nombor yang digunakan adalah berdasarkan sembilan angka dan kosong. Selain daripada ilmu kiraan biasa seperti punca kuasa dua dan punca kuasa tiga, mereka juga dapat membuat kiraan persamaan kuadratik (R. Rajakrishnan, 1994:176).

(6)

6 1.3 Sumbangan dari bidang Astronomi

Salah satu cabang ilmu pengetahuan Vedik dalam tamadun India adalah Jyotisa iaitu ilmu astronomi. Ilmu pengetahuan astronomi India telah memainkan peranan yang penting dalam menetapkan tarikh dan masa yang sesuai bagi menjalankan aktiviti pengorbanan kepada dewa dan dewi. Semasa zaman Vedik, ilmu astronomi ini dapat diketahui daripada petikan-petikan yang terdapat dalam kitab Rig Veda (Gambar 1.2).

Contohnya, kitab Rig Veda ada menerangkan tentang lintasan perjalanan tahunan matahari. Dari petikan ini, mereka pada zaman Vedik dapat menetapkan jumlah hari dalam setahun kepada 360 hari atau 12 bulan. Selain itu, pada abad ke-6, Aryabatha telah menggunakan pendekatan matematik dalam bidang astronomi dan ini merupakan hasil pengaruh astronomi yang dibawa masuk dari Yunani (Madhaya Nidanam. 1993:12).

Gambar 1.2: Kitab Rig Veda yang mengandungi pelbagai petik-petik berkaitan ilmu astronomi dan lain-lain lagi.

(7)

7

Perkembangan astronomi dalam tamadun India telah mencapai tahap kemuncak pada zaman Siddharta iaitu pada awal tahun masihi hingga munculnya kedatangan Islam. Buku astronomi dan matematik yang berjudul Pancasiddhanta hasil karya Varamahira amat berpengaruh sekali pada zaman itu.

Ilmu astronomi India ada tercatat dalam Jyotisa iaitu salah satu bahagian utama dalam kitab Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Orang India telahpun menjumpai 7 planet dalam galaksi tanpa bantuan teknologi peralatan yang canggih. Planet-planet tersebut adalah Matahari (Surya, Ravi), Bulan (Chandra, Soma), Marikh (Mangala), Utarid (Budha), Mustari (Bhaspati), Zuhrah (Sukra), Zuhal (Sani)(Madhaya Nidanam. 1993:12).

Kemudian dua lagi planet yang mereka namakan sebagai Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180°. Selain daripada itu, tamadun India telah mengenalpasti 27 bintang (nakshatra). Bagi mereka kesemua 27 bintang dan 9 planet yang tersenarai mempunyai pengaruh yang tersendiri kepada kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang mencetuskan ilmu tilik (astrologi) yang muncul pada Zaman Gupta yang seterusnya berkembang pesat serta menjadi pegangan sebahagian besar masyarakat tamadun India (G. Sivapalan, 2001:279).

Tambahan lagi, pada abad ke-7 M., Brahmagupta telah berjaya menganggarkan jarak diantara bumi dengan matahari, iaitu sejauh 5 000 Yojanas dimana satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 kilometer. Anggaran yang dibuat oleh Brahmagupta hampir menyamai jarak sebenar. Malah, pada zaman Gupta orang India telah menyedari akan adanya medan graviti dan mengetahui akan bentuk bumi sebenarnya adalah sfera (Sudheer Birodkar, 1998:431).

(8)

8

1.4 Sumbangan dari bidang Fizik dan Kimia

Tamadun India merupakan asas penting dalam bidang fizik sebelum dikembangkan dengan lebih meluas dan dipraktikan oleh tamadun barat. Tamadun India telah mengenalpasti konsep atom atau lebih dikenali sebagai Parmanu dan konsep relativiti atau Sapekshavada yang digunakan sekurang-kurangnya sejak 600 tahun S.M. Bagi mereke atom wujud dalam setiap kehidupan dan dapat dipisah-pisahkan.

Penemuan konsep atom ini kejumpai oleh Kashyapa pada abad ke-6 S.M. dalam hasil penulisan beliau yang bertajuk Vaisheshita-Sutra. Penemuan ini dikaitkan dengan pemahaman orang India kepada pengkelasan bahan kepada empat unsur iaitu, bumi (Prithvi), api (Agni), udara (Vayu) dan air (Jala). Kemudian ditambah pula dengan unsur baru iaitu gelombang (Akasha)(Sazelin Arif. 2007).

Kelima-lima unsur tersebut dikenali sebagai Pancha Mahabhootas yang mempunyai kaitan dengan deria manusia (Gambar 1.3). Mereka percaya bahawa kesemua unsur dapat dipisahkan kecuali unsur gelombang. Antara penemuan Kashyapa adalah sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih besar apabila ia berada dalam air berbanding apabila ia berada di udara kerana densiti atom di dalam air melebihi densiti atom di udara.

Gambar 1.3: Kelima-lima unsur tersebut dikenali sebagai Pancha Mahabhootas yang mempunyai kaitan dengan deria manusia

(9)

9

Dari segi ilmu fizik dan kimia, Tamadun India berjaya mengenalpasti konsep-konsep jirim berdasarkan intuisi dan logik dan bukannya berdasarkan ujikaji di makmal. Pada zaman tamadun ini, mereka percaya bahawa alam semesta ini diperbuat daripada lima unsur iaitu tanah, angin, air, dan angkasa. Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa orang Buddha melihat atom sebagai ‘Occupying minutrs space in the minutest time’ (R. Rajakrishnan, 1994:176).

Pada tamadun India, kimia dikenali sebagai Ragayan Shastra, Raja Vidja, Rasatantra dan Rasakriya yang membawa maksud sains bendalir (Azhar Hj. Mad Aros, 2000:180). Manakala kerja-kerja mengenali ilmu kimia di makmal dikenali sebagai Rasakriya-nagaram dan Rasakriya-shala. Manakala mereka yang terbabit dalam bidang kimia pula dipanggil sebagai Rasadnya dan Rasa-tantra-vid. Antara penemuan penting dalam tamadun India dalam bidang ilmu kimia adalah aktiviti peleburan logam. Aktiviti tersebut diusahakan oleh Nagarjuna walaupun usahanya gagal.

(10)

10 1.5 Sumbangan dari bidang Perubatan

Dalam tamadun India, karya perubatan yang penting dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Rig Veda pada 1500 S.M., Ayur Veda pada 700 M. dan Susruta Samahita. Bidang ilmu perubatan pada tamadun India sangat penting kerana sumbangannya dalam bidang pembedahan. Bidang pembedahan berkembang sejak 3 M. semasa zaman Gupta. Pada zaman Gupta, mereka sudah memulakan pembedahan mata bagi mengubati penyakit katarak, hidung dan patah tulang(Bhaya Prakasha. 1998.10).

Antara buku karya Shusruta berjudul Shushruta-Sanahita adalah karya yang paling awal menyentuh berkaitan tubuh manusia iaitu pada kurun ke-8 M. Sumbangan besar Shusruta adalah dengan memperkenalkan teknik pembedahan Rhinoplasty yang dapat memulihkan bentuk hidung yang cacat (Gambar 1.4). Teknik pembedahan hidung tersebut ada dijelaskan dengan teliti dalam Shushruta-Sanahita. (C. Dougles, 1945:25).

Gambar 1.4: Antara lancet yang digunakan pada zaman sekarang untuk pembedahan. Lancet ini ditemui pada tamadun India semasa menjalankan pembedahan bagi mencantikkan hidung pada tamadun tersebut

(11)

11

Salah seorang tokoh perubatan yang terkenal, Charaka menyatakan bahawa seseorang doktor haruslah mengetahui punca penyakit termasuklah alam sekitar. Beliau telah memperkenalkan ilmu Ayurveda dimana ia merupakan sistem perubatan yang dapat dibahagikan kepada lapan cabang iaitu, organ dalaman, kaki, lima organ utama, pembedahan plastik, dadah, penyakit orang tua dan ginekologi. Manakala dalam bidang anatomi pula, tamadun India telah sudah mengenali dan mahir terhadap organ-organ dalaman tubuh manusia termasuk tulang manusia. Disamping itu, mereka juga memperkenalkan senaman yoga yang dapat menguatkan badan dan mengawal keseimbangan dalam badan (Wan Fuad Wan Hassan, 1996:98).

Sejak dari Zaman Vedik, Tamadun India telah mengamalkan ilmu perubatan. Namun pada masa itu, ilmu perubatan lebih dikenali sebagai ilmu sihir. Antara bidang perubatan yang dikuasai oleh Tamadun India adalah Fisiologi, Pernafasan, Reproduksi manusia, Pembedahan, Farmakologi dan Perubatan haiwan. Tamadun ini juga mempunyai kehandalan dalam menjalankan pembedahan mata bagi mengubati penyakit katarak mata, pembedahan plastik bagi memperbaiki kecacatan pada tubuh badan seperti hidung, telinga dan bibir dan mengubati tulang yang patah(Bhaya Prakasha. 1998.10).

Amalan perubatan India banyak disumbangkan oleh tulisan dari Ayur Veda seperti Charaka Samhita (Gambar 1.5) dan Susruta Samhita (Gambar 1.6). Kedua-dua tulisan ini adalah hasil dari penelitian yang sangat mendalam tentang organ dalaman manusia serta telah mengalami perkembangan yang lengkap serta dianggap setaraf dengan tulisan yang dikarang oleh Hippocrates dan Galen dalam beberapan penulisan mereka.

(12)

12

Gambar 1.5: Sumbangan dari penulisan Ayur Veda yang sangat penting dalam bidang perubatan tamadun India.

Tamadun India juga telah meneroka penghasilan ubat-ubatan daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan mineral. Susruta dalam bukunya Susruta Samhita telah menyenaraikan sebanyak 760 jenis tumbuhan perubatan. Tumbuhan-tumbuhan perubatan ini telah dibahagikan mengikut bahagian kepentingan dalam perubatan seperti racun, penawar dan tonik. Antra pokok yang berharga ialah Chaul Mugra kerana ianya dikatakan dapat menyembuhkan penyakit kusta. Bawang putih pula dapat merawat bisul dalam perut. Manakala pokok Kanabis digunakan untuk memberi ketengan kepada pesakit. Kunyit dipercayai dapat mengubat luka kerana mempunyai kuasa antiseptik (Sivachandralingam, 1999:442-443; R. Rajakrishnan, 1995:176; G. Sivapalan, 2001:2008).

(13)

13

Gambar 1.6: Sumbangan dari cabang penulisan Ayur Veda yang penting dalam bidang perubatan dalam tamadun India.

Antara faktor yang menggalakkan perkembangan ilmu perubatan dalam tamadun ini adalah kerana minat yang mendalam dalam bidang fifiologi menerusi amalan yoga, pengalaman mistik dan pengaruh ajaran Buddhisme. Selain itu, perkembangan yang berlaku juga adalah dari segi dorongan kuat hasil hubungan ahli perubatan India bersama doktor Hellenistik.

Namun demikian, perkembangan ilmu perubatan India semakin perlahan selepas Zaman Susruta. Perkembangan yang berlau selepas itu hanyalah tertumpu kepada ilmu yag berkaitan dengan ubat-ubatan seperti candu dan sarsaparilla yang diperkenalkan oelh orang-orang Arab (Sivachandralingam, 1999:442).

(14)

14

Secara umumnya, ilmu perubatan Tamadun India telah menyatakan bahawa kesihatan seseorang dapat dikekalkan melalui keseimbangan pada tiga bendalir asas dalam tubuh manusia iaitu, angin, duktos hempedu dan mukus. Ketiga-tiga unsur ini dikenali sebagai humor (dosa) yang menjadi asas dalam konteks perubatan tamadun ini. Selain itu, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa darah juga adalah salah satu unsur dalam humor. Selain humor, tamadun ini percaya bahawa terdapat lima angin (vayu) yang mengawal badan manusia. Angin-angin tersebut adalah Udana, Prana, Samana, Apana dan Vyana (Gambar 1.7). Udana adalah angin di bahagian kerongkong yang memainkan peranan dalam pernafasan dan menelan makanan. Manakala Samana ialah udara yang membantu dalam penghadaman dalam perut. Apana pula adalah angin yang terletak dibahagian perut dan berfungsi dalam membantu sistem perkumuhan dan peranakan.Vyana pula menjalankan fungsi peredaran darah dalam badan. Selain daripada pengetahuan dalam ilmu perubatan, ilmu sistem saraf juga ada dibincangan sebagai salah satu cabang ilmu perubatan dari Tamdun India (Sivachandralingam, 1999:442).

Gambar 1.7: Gambar rajah yang menerangkan kedudukan angin yang mengawal badan manusia

(15)

15

1.6 Impak dari sumbangan bidang ilmu tamadun India terhadap bidang Sains moden pada masa kini.

Kesan positif daripada sumbangan awal dari tamadun India dalam bidang ilmu Sains dan Teknologi telah banyak membantu menyelesaikan masalah kehidupan pada masa kini. Sebagai contohnya, sistem angka sifar dan algebra yang diasaskan pada zaman Gupta dan diperkembangkan penggunaannya dari satu tamadun ke tamadun yang lain sehingga masa kini.

Dengan adanya sistem angka sifar, kita dapat mengetahui kuantiti sesuatu barang yang difikirkan dengan lebih jelas bagi tujuan pengiraan dan penjumlahan.Manakala ilmu algebra ini sangat luas dan mempunyai banyak pecahan dan pembahagiannya. Algebra masih mempunyai operasi tambah, tolak, bahagi dan darab, Cuma yang membezakannya ialah penggunaan anu x dan y (Gambar 1.8). Melalui penguasaan terhadap ilmu algebra, seseorang itu boleh menyelesaikan permasalahan anu yang terdiri dari pelbagai simbol (Muhammad Ariff Mohamad Yussoff, 2011:44).

Gambar 1.8: Antara kaedah pengiraan yang tertulis dalam Pancah-Siddhantika pada kurun ke-5 M

(16)

16

Dalam pada masa kini, penggunaan algebra dapat dibahagikan kepada empat jenis algebra iaitu, algebra asas, algebra moden, algebra linear dan algebra semesta. Algebra asas merupakan suatu ilmu yang mencatatkan berkaitan sifat-sifat operasi pada sistem nombor yang nyata sebagai pemegang tempat dengan simbol-simbol untuk mewakili pemalar serta pemboleh ubah.Jika dilihat dari segi ilmu matematik yang berkait rapat dengan bidang astronomi yang disumbangkan dari tamadun India, mereka telah menyumbang dari penemuan trigonometri, logarithma dan sukuan.

Dari ilmu ini, tamadun Islam telah menambah baik ilmu tersebut sehingga dapat digunakan sehingga masa kini. Dengan ilmu yang disumbangkan dari tamadun India, kita pada masa kini dapat meramal akan tarikh perayaan setiap kaum dan agama berdasarkan asas logarithma dan sukuan yang disumbangkan dari tamadun India (Hartmann, 1987:177).

Dengan ilmu tersebut juga, kita dapat mengetahui bilangan hari dalam satu tahun dan dalam setiap bulan. Sumbangan ini telah banyak menyenangkan kehidupan masyarakat sekarang bagi merancang jadual kehidupan seharian masyarakat sekarang. Selain dari itu, dengan penemuan 9 planet dari tamadun Indian juga telah memberi impak besar kepada tamadun dunia untuk mencari dan membuat penemuan saintifik bagi planet-planet yang seterusnya.

Manakala sumbangan dari ilmu matematik trigonometri telah menjadi alat utama dalam ilmu mengukur segitiga. Malah, trigonometri mempunyai banyak aplikasi pada kehidupan sehari-harian sebagai contoh dalam bidang teknik kejuruteraan dan astronomi. Selain daripada itu, trigonometri juga mempunyai kaitan yang sangat erat dalam kehidupan kita, baik secara langsung dan tidak langsung. Ilmu perbintangan dan pembinaan bangunan sangat dibantu oleh hadirnya trigonometri.

(17)

17

Penemuan dari tamadun India telah membuka ruang kepada para pengkaji di seluruh dunia untuk menjalankan aktiviti kajian mereka di bulan sebagai contonnya demi mengetahui dengan lebih lanjut komposisi dan ciri fizik dan kimia setiap planet. Jika bukan kerana sumbangan dari tamadun India, kita pada masa kini tentunya sekali tidak mengenali planet-planet yang terdapat di galaksi kita (Gambar 1.9). Malahan mungkin, kita baru sahaja ingin memulakan penyelidikan dalam bidang ilmu astronomi. Sumbangan ilmuan dari tamadun India sangat membantu masyarakat zaman ini.

Gambar 1.9: Gambar yang menunjukkan penemuan 9 planet dari Tamadun India

Jika dilihat dari sumbangan bidang perubatan pada zaman sekarang, salah satu sumbangan terbesar tamadun ini adalah dengan penemuan teknik pembedahan hidung atau lebih dikenali dengan Rhinoplasty dengan menggunakan lancet. Teknik ini telah dikembang dan diberi penambahbaikkan dari satu tamadun ke tamadun yang lain sehingga zaman sekarang. Kaedah Rhinoplasty yang mudah telah dikembangkan dan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis Rhinoplasty diantaranya adalah Rhinoplasty: Nasal Class I, Class II, Class III, Class IV, Class V dan Class VI (Saraf S. Sushruta, 2007:188).

(18)

18

Jika dilihat pada zaman sekarang, industri kecantikan dan pembedahan plastik semakin mendapat sambutan hangat terutamanya di Korea Selatan. Bukan sahaja mendapat sambutan dari golongan artis malah dari golongan pelajar dan rakyat biasa. Bukan sahaja perempuan tetapi lelaki juga ada menjalankan pembedahan tersebut bagi menyelesaikan masalah kecantikan muka mereka. Sumbangan teknik pembedahan dari tamdun India jelas dilihat membantu masyarakat sekarang dalam menyelesaikan masalah kecantikan wajah.

Bukan itu sahaja, malah pengamalan ilmu perubatan dari tamadun India masih diamalkan sehingga sekarang. Sebagai contoh dari kenyataan diatas, kunyit masih digunakan bagi mengubati luka. Hal ini kerana kunyit mempunyai iunsur farmakologinya iaitu bermanfaat sebagai antiseptik dan antibakteria. Kunyit juga dapat digunakan bagi mengubati luka akibat terbakar. Selain daripada itu, dengan mengamalkan kombinasi diantara bunga kobis dan kunyit dalam masakan juga dapat mencegah dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat.

Setelah tamadun India menjumpai bahawa kunyit mempunyai nilai farmakologi dengan mengandungi unsur antiseptik dan antibakteria, banyak penyelidikan berkaitan penggunaan tumbuhan ini. Justeru itu, pada zaman ini kunyit dipercayai dapat menyembuhkan banyak penyakit diantaranya adalah, dapat mengubatai cirit birit, dapat mengukarkan risiko luekimia, dapat membantu proses ditoksifikasi racun pada hati, dapat melambatkan penyakit Alzheimer dengan menghilangkan amiloid didalam otak, dapat mengawal berat badan, dapat menyembuhkan tekanan dan radang pada kulit (Purwanti, 2008:693).

Bidang kosmetik pada zaman sekarang juga telah mengaplikasikan penggunaan herba dari kitab veda ke dalam produk kecantikan pada zaman sekarang. Antaranya adalah produk ‘AV Ayurveda’. Ilmu dari peninggalan tamadun India telah diaplikasikan oleh penyelidik zaman sekarang dan telah menghasilkan produk kecantikan yang telah dikomersialkan diseluruh negara (Gambar 2.0).

(19)

19

Gambar 2.0: Antara iklan produk kecantikan yang mengaplikasikan ilmu sumbangan dari tamadun India dan dijadikan produk pada masa sekarang

Selain daripada kunyit, tamadun India juga turut memperkenalkan penggunaan bawang dalam bidang perubatan. Sumbangan tersebut diguna pakai sehingga zaman sekarang kerana penyelidik telah mengesahkan bahawa bawang putih bukan sahaja dapat menyembuhkan penyakit bisul seperti yg dinyatakan dalam tamadun India, malah ianya juga adalah sebagai angen membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan mengandungi kandungan tenaga yang rendah.

(20)

20

Malah penyelidik telah menjumpai dalam setiap 100 gram bawang putih ada mengandungi 623 kJ kaori, karbohidrat, gula, serat, lemak, protein, beta karotin, thiamine (Vitamain B1), riboflavin (Vitamin B2), niacin, asid panthitenik, Vitamin B6, folate, Vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium, natrium dan zink. Malah bawang putih juga ada mengandungi zat lain seperti mangan dan selenium. Kandungan nutrient dan zat yang dibekalkan oleh bawang putih adalah sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.

Selain bertindak sebagai anti bakteria, bawang putih didapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik zaman sekarang juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolestrol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian ini nyata menjelaskan bahawa bawang putih dapat mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk (Muhammad Zakaria, 2010: 165)

Acapkali kita akan mendengar ungkapan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Ungkapan ini sebenarnya datang dari karya penulisan yang bertajuk “Ayurvedic Treatise Charaka Samahita” dari tamadun India. Dari tamadun India lagi, ungkapan ini sering menjadi pegangan dan motivasi kepada masyarakat India. Hal ini kerana untuk berjumpa tabib bagi menjalani pemeriksaan kesihatan, hanya kasta tinggi sahaja yang akan dirawat. Kasta yang rendah akan menderita kesakitan dan akan cuba mencari ubat alternatif. Oleh yang demikian, mereka masih berpegang dengan ungkapan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Malah ungkapan ini telah menjadi salah satu ungkapan yang sering digunakan dalam mempromosi kesihatan di merata dunia amnya dan Malaysia khususnya.

(21)

21 1.7 Kesimpulan

Tamadun India banyak memberi impak kepada masyarakat daripada zaman dahulu lagi sehingga kini. Selain itu, tamadun ini juga antara tamadun yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai adat budaya dan kesenian yang tidak dapat ditandingi dengan mana-mana tamadun lain.

Kehebatan dan kecemerlangan dalam bidang sains dan teknologi dari tamadun ini menjadi bukti bahawa tamadun ini dapat membina satu empayar yang besar dan agung jika penerokaan, penemuan, penciptaan, pengubahsuaian dan pembaharuan sering dilakukan. Selain itu, persaingan dalam mencintai ilmu juga perlu dijadikan contoh kepada remaja zaman sekarang. Dengan persaingan yang sihat dalam menerokai ilmu seperti yang ditunjukkan dari tamadun India, ianya sedikit sebanyak dapat membantu masyarat zaman sekarang dalam membina jati diri dan dapat meningkatkan lagi ilmu ke tahap yang lebih tinggi.

Justeru, tidak hairanlah kenapa negara Barat pada masa kini begitu tinggi dengan pencapaian dalam bidang sains dan teknologi sehinggakan mereka memulakan zaman baru yang dikenali sebagai Zaman Cyber atau Zaman Teknologi Maklumat. Hal ini adalah kerana mereka menjadikan contoh tamadun India dalam konsep Research and Development atau lebih dikenali dengan R&D.

Masyarakat seharusnya menerap dan menyemai nilai-nilai murni dalam menerokai ilmu pengetahuan seperti mana tamadun India dan tamadun-tamadun yang lain. Hanya dengan ilmu pengetahuan yang tinggi sahaja dapat memberikan perubahan dan impak positif kepada kehidupan kita. Selain itu, ilmu pengetahuan yang tinggi juga akan membantu sesebuah negara untuk membangun dan menuju ke arah negara maju dengan mempunyai masyarakat yang berpengetahuan tinggi dalam bidang sains dan teknologi.

(22)

22

Kemajuan dari bidang sains dan teknologi ini bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah malah, dapat memudahkan kehidupan seharian masyarakat sesebuah negara yang mempunyai tahap kecemerlangan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu, masyarakat tamadun India telah membuktikan bahawa mereka berkebolehan serta berkeupayaan untuk mengeksploitasi kelebihan mereka bagi memudahkan kehidupan seharian mereka sekaligus menjadi asas kepada perkembangan kepada tamadun India.

(23)

23 Rujukan Azhar Hj. Mad Aros. 2000. Op. Cit. hlm. 180. C. Dougles. 1945. Op. Cit. Hlm. 25.

G. Sivapalan, M. Rajantheran dan R. Rajakrishnan. 2001. Tamadun India: Masyarakat.

Hartmann, W. K. 1987. Astronomy, the Coamic Journe. Belmont, California: Wadsmorth Publishing Co.

Mohd Koharuddin Mohd Balwi. 2002. Sains dan Teknologi Asia: Hadiah Asia kepada Dunia. Journal Teknologi, 37: 29-46.

Muhammad Ariff Mohamad Yussoff. 2011. Indahnya Matematik. Discovering Mathematics. 33(2):37-44.

Muhammad Zakaria dan Mustafa Ali Mohd. 2010. Traditional Malay Medicine Plant. Institut Terjemahan Negara Sdn. Bhd.: Oxfard Fajar. Hlm 1-179.

Purwanti, S., Mutia, R., Widhyari, S. D. Dan W. Winarsih. 2008. Kajian Efektiviti Kunyit, Bawang Putih dan Mineral Zink Terhadap Performa. Pusat Penelitian dan Pegembangan Peternakan. Department Pertanian. Hlm: 690-695,

R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran. 1994. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Saraf S. Sushruta. 2007. Rhinoplasty in 600 B.C.Journal of Plastic Surgery. 3(2):188.

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan.2000. Tamadun Dunia. Shah Alam: Fajar Bakti.

Sudheer Birodkar. 1998. India’s Contribution to the World Culture. Hindu Press. Wan Fuad Wan Hassan. 1996. Op. Cit. Hlm. 92-98.

(24)

24

Charaka Samhita, P. V. Sharma Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi, India. 1981. 4:9-32.

Sushruta Samhita, K. L. Bhishagratna Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi, India. 1991. 2(3):3-116.

Ashtanga Hridaya. Shri Kanta Murthy Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi, India. 1991. 3:9-26.

Sharngadhara Samhita. Shri Kanta Murthy Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi, India. 1984:3-16.

Madhaya Nidanam.Shri Kanta Murthy Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi, India. 1993:3-15.

Bhaya Prakasha.Shri Kanta Murthy Translator, Chaukhamba Orientalia, Varanasi, India. 1998. 2:7-12.

Ghazali Darulsalam. 2001. Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd.

Sazelin Arif. 2007. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Ratna Roshida, Moris Z., Kailasam, A., Ellias Haji Zakaria, Suhaila Abdullah dan Muhammad Azizan Sabjan. 2009. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Shah Alam:MacGraw-Hill Sdn. Bhd.

Majumdar, R. C. 1974. Ancient India, Motilal Bonarsidass, Delhi, hlm. 33.

Mahadevan, T. M. P. 1974. Invitation to Indian Civilization, Arnold Heinemann, New Delhi. hlm 85.

Basham, A. L. 1969. The Wonder That Was India: A Survey of the Cultural of the Indian Sub-continent Before the Coming of Muslim. hlm 219.

Sharma, S. R. The Soul of Indian History. Bharatiya Vidya Bhavan, Bombay. hlm 41.

Gambar

Gambar 1.1: Hasil karya Aryabatha yang berjudul Aryabhatiuya yang     terkenal dengan ilmu matematik beliau
Gambar 1.2: Kitab Rig Veda yang mengandungi pelbagai petik-petik                berkaitan ilmu astronomi dan lain-lain lagi
Gambar 1.3: Kelima-lima unsur tersebut dikenali sebagai Pancha Mahabhootas              yang mempunyai kaitan dengan deria manusia
Gambar 1.4: Antara lancet yang digunakan pada zaman sekarang untuk     pembedahan. Lancet ini ditemui pada tamadun India semasa       menjalankan pembedahan bagi mencantikkan hidung pada     tamadun tersebut
+7

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian yang dilakukan oleh Henny Prianto (2013), yaitu isolasi minyak atsiri bunga cengkeh menggunakan metode destilasi uap dengan penggunan sampel sebanyak 200 gram yang berupa

Sungai-sungai besar hingga kecil yang berasal dari wilayah pegunungan di bagian tengah Kepala Burung yang mengalir ke arah dataran rendah (berawa) dan bermuara di Teluk Bintuni.

Tengger Brang Kidul di Desa Ngadas kare- na masyarakat meyakini bahwa agama Buddha merupakan agama resmi negara yang relevan dengan keyakinan ke-Bu- da-an mereka.. Dominasi

terhadap kualitas audit yang dilakukan salah satunya ketepatan waktu dalam menyampaikan laporan audit, dimana seharusnya semakin besar KAP, sumber daya yang dimiliki semakin

Rekan-rekan asisten konsultan Pusat Layanan Psikologi Unika Widya Mandala Surabaya (Alethea, Glorry, Lambang, Putri Makmur, Evelyn) yang telah menjadi teman

Ketika ada beberapa data yang memiliki kesamaan dan hasil kelas yang berbeda maka hanya satu kelas yang akan terbentuk sehingga ketika diujikan hasil sistem

Permasalahan yang dibahas dalam penelitian ini yaitu, (1) Bagaimanakah Kondisi Pers di Surakarta pada awal Orde Baru, (2) Bagaimanakah perkembangan Majalah Adil di

Selanjutnya, bagaimana kemudian sehingga pelayanan bergeser atau berpindah/pemekaran dari desa Borgo ke desa Ranowangko yang sekarang sebagai suatu jemaat mandiri