• Tidak ada hasil yang ditemukan

rekod kerja jahitan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "rekod kerja jahitan"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

REKOD KERJA REKOD KERJA

Rekod kerja adalah satu perancangan yang terperinci tentang proses pembuatan Rekod kerja adalah satu perancangan yang terperinci tentang proses pembuatan paka

pakaian. ian. Ia Ia bertbertujuaujuan n supasupaya ya proproses ses menmenyusyusun un kerjkerja a daldalam am sessesuatuatu u pempembuatbuatanan pakaian dapat dijalankan dengan lancar dan lebih sistematik. Dengan adanya rekod pakaian dapat dijalankan dengan lancar dan lebih sistematik. Dengan adanya rekod kerj

kerja, a, pengpenggunagunaan an fabfabrikrik, , bahbahan, an, tentenaga aga dan dan masmasa a dapadapat t diudiuruskruskan an dendengan gan leblebihih teratur.

teratur.

KANDUNGAN REKOD KERJA KANDUNGAN REKOD KERJA

Kandungan rekod kerja bermaksud perkara berkaitan dengan pembuatan pakaian Kandungan rekod kerja bermaksud perkara berkaitan dengan pembuatan pakaian yang terkandung dalam rekod kerja dan perlu dilakukan sebelum pakaian dihasilkan. Ia yang terkandung dalam rekod kerja dan perlu dilakukan sebelum pakaian dihasilkan. Ia perlu dilakukan dengan sistematik bagi memastikan pakaian yang akan dihasilkan lebih perlu dilakukan dengan sistematik bagi memastikan pakaian yang akan dihasilkan lebih berk

berkualualiti iti dan dan menmengikgikut ut spespesifsifikasikasi i yanyang g dipdiperlerlukaukan. n. KanKandungdungan an rekorekod d kerjkerja a terterdirdirii daripada beberapa perkara iaitu :

daripada beberapa perkara iaitu :

 Lakaran dan huraian stail pakaianLakaran dan huraian stail pakaian

 Senarai ukuran badanSenarai ukuran badan

 PolaPola

 Fabrik dan bahanFabrik dan bahan

 PengekosanPengekosan

 Susun atur polaSusun atur pola

 Langkah menjahitLangkah menjahit

(2)

LAKARAN PAKAIAN

Lakaran stail pakaian menjelaskan tentang rupa bentuk dan ciri yang terdapat pada pakaian yang akan dibuat dalam bentuk lakaran. Manakala huraian stail pakaian pula menjelaskan dengan teliti tentang setiap ciri yang terdapat pada pakaian tersebut, sebagai contoh, lisu, belah, bahu mendatang ( yoke ) , kolar, kelim, lengan dan kancing.lakaran dan huraian stail pakaian perlu dirancang dan dibuat denga teliti supaya pakaian yang dihasilkan menepati apa yang dikehendaki. Lakaran stail pakaian ialah pandangan hadapan dan belakang sesuatu stail pakaian yang hendak dibuat. Ia  juga menunjukkan reka bentuk dan ciri-ciri yang terdapat pada pakaian tersebut.

LUKISAN KERJA

Lukisan kerja ialah lukisan lengkap tentang stail dan maklumat pada bahagian hadapan dan belakang pakaian. Lukisan kerja digunakan sebagai panduan kepada pelakar pola, pemotong fabric dan tukang jahit bagi memudahkan kerja membuat pakaian. Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga, mengelakan daripada berlakunya kesilapan serta dapat menghasilkan pakaian mengikut stail yang telah direka cipta.

HURAIAN STAIL PAKAIAN

Huraian stail pakaian menjelaskan tentang ciri yang ada pada sesuatu pakaian yang meliputi kegunaan, jenis, kedudukan dan cara kemasan. Berikut ialah huraian atau penerangan tentang ciri stail balus yang dipilih :

(3)

SENARAI UKURAN BADAN

Untuk menghasilkan sesuatu pakaian yang selesa dipakai, ukuran badan yang tepat perlu diberikan penekanan. Peraturan tertentu perlu dipatuhi semasa mengambil ukuran badan. Ini adalah bagi memastikan pakaian yang dihasilkan berpadanan dengan pemakai. Jadual di bawah menunjukan senarai ukuran badan untuk menghasilkan blaus yang telah dipilih .

Jadual Ukuran Bahagian Badan Lelaki

Bil Bahagian badan Ukuran (cm) 1/2 1/4 1/6

1 Leher 38 *

2 Dada 85 *

3 Pinggang 82 *

4 Punggung 97 *

5 Keliling hujung lengan 19 *

6 Bidang hadapan 42 *

7 Bahu 44 *

8 Bidang belakang 39 *

9 Garisan tengah belakang 48

10 Labuh punggung 28

11 Labuh lengan 59

(4)

Terdapat dua cara dalam melakar pola pakaian sama ada secara manual atau dengan penggunaan komputer ( CAD ). Ada yang melakar secara terus sehingga siap mengikut stail pakaian dan ada juga yang menggunakan cara mengadaptasi pola asas. Terdapat perbezaan maksud antara pola asas, pola adaptasi dan pola.

POLA ASAS

Dilakar mengikut bentuk badan asas seseorang berdasarkan ukuran pelanggan atau mengikut ukuran piawai ( standart ) mengikut saiz tertentu.

POLA ADAPTASI

Dilakar dengan membuat pengubahsuaian pada pola asas mengikut rekaan stail pakaian.

JENIS POLA

POLA DAGANGAN / KOMERSIAL

Pola dagangan / komersial ialah pola pakaian yang dilakar siap sepenuhnya menggunakan ukuran piawai. Boleh didapati di pasaran daalm pelbagai saiz mengikut stail pakaian. Digunakan oleh orang perseorangan , suri rumah tangga, pelajar dan mereka yang kurang mahir dalam melakar pola.

POLA SECARA COUTURE

Merupakan pola pakaian yang dilakar siap sepenuhnya menggunakan ukuran pelanggan. Dibuat mengikut stail pakaian pelanggan. Digunakan oleh tukang jahit, orang perseorangan dan juga pengusaha butik.

(5)

Fabric, bahan dan trimin adalah tiga perkara utama untuk menjadikan sesuatu rekaan itu sebagai pakaian sebenar. Fabric ialah kain yang digunakan untuk membuat pakaian. Ia terdiri daripada fabric pakaian, lapis dalam dan lapik dalam. Manakala bahan pula merupakan sesuatu yang digunakan bersama fabric untuk menjalanakan kerja-kerja menjahit contohnya benang. Trimin bermaksud sesuatu yang digunakan pada pakaian bertujuan untuk menghias, merapi dan mengemas seperti jalur serong tepat.

FABRIK

Fabric ialah bentangan kain daripada yarn yang dibina sama ada ditenun, tanpa tenun atau dikait. Contoh fabric tenun ialah genggang. Contoh fabric tanpa tenun ialah felt dan contoh fabric berkait ialah jersi. Antara ketiga jenis fabric ini, fabric tenun lebih kerap digunakan kerana cirinya yang stabil dan mudah dikendalikan. Factor utama pemilihan fabric bergantung kepada stail pakaian. Di samping itu, factor lain yang perlu dipertimbangkan ialah iklim , ativiti, budaya, corak dan warna.

Huraian fabric perlu diberikan penekanan daripada aspek jenis, nama, rupa, rasa dan cara pembinaannya. Terdapat pelbagai jenis, fabric di pasaran yang mudah didapati pada masa kini. Antaranya ialah fabric kapas, polyester, linen, sutera dan bulu biri-biri. Ada yang berkilat dan kesat seperti satin. Ada yang berkilat dan kasar seperti broked, dan ada yang bertekstur, kelihatan timbul seperti fabric bercorak emboss.

Fabric boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu nipis, sederhana tebal dan tebal. Fabrik nipis seperti sifon, sesuai untuk dibuat pakaian yang berkedut kerana drepnya yang elok. Fabric sederhana tebal seperti tetron cotton pula, sesuai untuk dibuat pakaian seragam sekolah kerana menyerap peluh. Manakala fabric tebal seperti gaberdin, lebih sesuai untuk membuat seluar kerana ia kukuh dan tahan lasak.

Terdapat pelbagai jenis corak fabric misalnya berbunga, abstrak, kekotak dan berjalur. Pilihannya bergantung kepada kegemaran dan juga stail pakaian. Fabric juga

(6)

terdiri daripada pelbagai warna menarik yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa seseorang, warna kulit dan stail pakaian.

Fabric lapis dalam ialah fabric yang digunakan untuk melapis atau mengalas fabric pakaian yang nipis, jarang, berbulu dan kesat supaya pakaian selesa dipakai. Penggunaan fabric dalam juga menghasilkan drep dan bentuk yang elok. Pilihan fabric lapis dalam biasanya lebih ringan daripada fabric pakaian. Sebagai contoh, fabric pongee dan habotai sesuai untuk lapis dalam pakaian dan satin pula sesuai untuk lapis dalam pakaian seperti kot dan jaket yang diperbuat daripada fabric drill dan tweed.

Fabric lapik dalam ialah sekeping fabric yang diletakan di antara fabric pakaian dengan lapik. Ia bertujuan untuk member dan mengekalkan bentuk, mengeraskan, mengukuhkan bahagian tertentu pakaian seperti ikatan pinggang, kolar, kaf dan belah. Pilihan lapik dalam perlulah bersesuaian dengan bahagian pakaian yang hendak dibuat. Misalnya bagi kolar tegak, gunakan lapik dlam tebal dank eras serta berperekat yang diperbuat daripada fabric kanvas. Bagi belah kelepet sama lebar pula, lapik dlam lembut dan nipis paling sesuai digunakan.

Lapik dalam terdiri daripada tiga jenis iaitu nipis, sederhana tebal dan tebal yang diperbuat daripada fabric bertenun dan tanpa tenun, berperekat dan tanpa perekat. Lapik dalam bertenun lebih mahal harganya berbanding tanpa tenun dan ia perlu digunting mengikut ira.

BAHAN DAN TRIMIN

Bahan ialah sesuatu yang digunakan bersama fabric untuk membuat pakaian. Benang adalah antara bahan penting yang diperlukan semasa menjahit pakaian. Pilih benang yang kukuh untuk menjahit pakaian. Bagi kerja menjelujur pula, benang yang kurang kukuh adalah lebih sesuai supaya senang untuk ditangalkan. Antara bahan lain yang digunakan dalam pembuatan pakaian ialah span bahu, butang, cangkuk dan zip.

(7)

Trimin pula ialah sesuatu yang digunakan unutk menghias, dan mengemas pakaian. Antara trimin yang selalu digunakan pada pakaian ialah pita jalur serong tepat, renda, pita brid dan tali pintal.

Bahan dan trimin Keterangan

Benang

• Pilihan benang mestilah

bersesuaian dengan fabric. Sebagai contoh benang kapas digunakan untuk fabric kapas.

• Warna benang hendaklah sama

dengan fabric. Pilih warna benang yang lebih gelap jika ada warna yang sama.

• Terdapat tiga jenis benang yang

digunakan iaitu beneng pengemas tepi, benang jelujur  dan benang untuk mencantum fabric pakaian.

Butang

• Butang hendaklah bersesuaian

dengan stail pakaian yang dibuat.

• Bagi blaus separa sendat yang

mempunyai ciri belah kelepet sama lebar, butang berlubang dua boleh digunakan untuk dipadankan dengan lubang butang melintang.

(8)

• Selain butang berlubang dua,

terdapat juga butang berlubang empat dan yang bertangkai ataupun berkaki.

(9)

Pengekosan ialah pengiraan kos fabric, bahan dan trimin serta kepakaran ( kos prima ) termasuk kos sampingan, tambah harga ( mark up ) dan harga jualan dalam pembuatan pakaian. Pengekosan dibuat bagi mendapatkan keuntungan seperti yang dirancang. KOS SAMPINGAN Elektrik 1 jam RM 0.20 x 8 jam = RM 1.60 Upah Kepakaran a) Menjahit = RM 5.00 b) Menggunting = RM 4.00 c) Menyediakan pola = RM3.00 Jumlah RM 13.60

Jumlah keseluruhan kos bahan + kos sampingan = RM 21.50 + RM 13.60

= RM 35.10

SUSUN ATUR POLA

Bahan Kuantiti Unit Jumlah

Benang 2 gulung RM 1.50 RM 3.00

Fabric Merah/ hitam 1 Meter RM 8.00 RM 16.00

Butang 5 biji RM 0.50 RM 2.50

(10)

Susun atur pola dilakukan dengan menyusun kepingan pola pakaian di atas fabric yang terbentang rata. Tujuan susun atur pola ialah untuk mengelakkan berlakunya pembaziran dan kesilapan semasa memotong fabric. Selain itu susun atur pola juga bertujuan supaya kerja-kerja memotong fabric menjadi lebih kemas, teratur dan mengikut turutan.

 Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan semasa menyusun atur pola  jenis fabric iaitu:

• Tentukan sama ada jenis fabik corak sehala atau tidak

• Pastikan sebelah luar fabric berada di luar dan bahagian lipatan fabric berada di

bahagian tepi meja memotong.

•  Atur bahagian pola yang besar diatur terebih dahulu dan diikuti bahagian pola

yang kecil.

• Susun pola mengikut tanda-tanda pola seperti tanda ira, tanda lipatan dan

bilangan kepingan.

(11)

Penyediaan kolar Mandrin. Langkah 1: Menyediakan kolar 

• Temukan sebelah luar fabric dan

semat di garisan pemadan.

• Jahit di kedua-dua tepi kolar di

garisan pemadan.

• Trim basi jahitan hingga 0.6 cm. snip

penjuru kolar.

Langkah 2: Meratakan kolar.

• Terbalikkan kolar ke sebelah luar 

dan tekan.

• Jelujur pada tepi kolar.

• Jelujur tegak pada tengah kolar.

(12)

Langkah 3: menyediakan badan pakaian.

• Cantum kelim bahu dan kemaskan. • Lekatkan lapik dalam ke bahagian

kelepet sama lebar.

• Kemas tepi kelepet.

Langkah 4: menyediakan belah kelepet.

• Lipat kelepet pada garis lipatan ke

sebelah luar.

• Jelujur dan jahit mesin pada garis

leher dari garisan lipatan ke garisan tengah hadapan.

• Trim basi leher.

• Snip sudut basi leher hingga G.T.H.

Langkah 5: memadan garis bahu dengan kelepet.

• Terbalikkan kelepet ke sebelah

dalam pakaian.

• Padankan garis leher lapik ke garis

leher badan hadapan.

• Padankan hujung kelepet dengan

kelim bahu.

Langkah 6: mencantumkan kolar ke badan.

(13)

• Letakkan kolar aas pada sebelah

dalam pakaian di garis pemadan. Tentukan hujung kolar terletak di garistengah hadapan (G.T.H) dan garis tengah belakang (G.T.B).

• Jelujur kolar atas pakaian di

sepanjang garis leher. Jahit dengan  jahitan mesin.

• Trim basi jahitan hingga 0.2 cm.

Jahit basi jahitan. Langkah 7: mengemas kolar 

• Masukkan basi kelim kedalam kolar.

Letakkan bahagian bawah 0.2 cm di bawah jahitan mesin.

• Semat dan jelujur kolar bawah garis

leher di sebelah luar.

• Jahit mesin dari sebelah dalam

pakaian di garis pemadan.

• Tekan supaya kolar kemas dan rata.

(14)

Langkah 1: menyediakan lengan

• Jahit dua barisan jahitan longgar di

atas garis pemadan di atas garis pemadan di kepala lengan.

• Baris yang pertama dijahit 0.3 cm di

atas garis pemadan dan yang kedua dijahit 0.3 cm dibawah garis pemadan.

Langkah 2: menjahit kelim lengan.

• Tentukan garis pemadan lengan d

sebelah luar fabric. Jahit kelim dan tekan kelim lengan supaya terbuka.

Langkah 3: mengemaskan hujung lengan

• Kemaskan hujung lengan dengan

(15)

Langkah 4: menyediakan lubang lengan

• Sedia badan pakaian.

• Cantum kelim bahu dan kemaskan. • Tekan buka kelim.

• Cantum kelim rusuk dan kemaskan. • Tekan buka kelim.

Langkah 5: mencantumkan lengan

• Masukkan lenan ke lubang lengan

dengan sebelah luar fabric bertemu.

• Temukan garis tengah lengan

(G.T.L) dengan kelim bahu.

• Temukan juga kelim lengan

bertemu dengan tanda imbang hadapan baju dan tanda belakang lengan bertemu dengan tanda imbang belakang baju.

• Sematkan dan jelujur di garis

pemadan bahagian lengan. Langkah 6: menjahit lengan.

• Jahit mesin di garis pemadan

lubang lengan untuk memudahkan mengawal keserataan kedut supaya lengan dapat dijahit dengan elok. Tindakan mata jahitan yang akhir di atas mata jahitan yang awal 3 cm hingga 4 cm untuk mengukuhkan kelim.

Langkah 7: mengemaskan kelim lubang lengan.

(16)

• Kelim lubang lengan boleh

dikemaskan dengan: a) Jahitan mesin b) Balutan sendiri c) Jahit lilit ubi d) Jahit insang pari e) Jahit kemas tepi

(17)

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Pn Rosmawati bt Ahmad yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu beliau serta bimbingan beliau kepada saya semasa menyiapkan projek ini. Tidak juga saya lupakan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya. Semasa menyiapkan projek ini saya telah mendapat pelbagai input yang sangat bernilai kepada saya tentang teknologi  jahitan. Segala pengetahuan ini boleh saya gunakan pada masa akan datang semasa berada di sekolah kelak untuk saya sampaikan kepada murid-murid yang saya bakal ajar nanti.

Menjahit jua banyak mengajar saya erti kesabaran kerana menjahit bukanlah satu kemahiran yang mudah untuk dipelajari. Menjahit memerlukan ketekunan dan ketelitian yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Banyak perkara yang saya telah lalui semasa menyiapkan projek jahitan ini sama ada perkara manis ataupun perkara pahit untuk menyiapkan projek ini. Namun dengan dorongan dan sokongan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing serta rakan-rakan saya maka dapat juga saya menyiapkan tugasan projek jahitan ini dengan jayanya.

 Akhir kata dari saya, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyumbangkan tenaga, idea, ataupun masa dalam menyiapkan projek jahitan saya ini. Semoga Allah membalas jasa baik mereka semua Amin……….

(18)

Referensi

Dokumen terkait