• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

1

PENGENALAN SYARIKAT

Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Kelantan melalui penubuhan syarikat usahasama milik bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Thames Water PLC yang diberi nama Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB). Pada peringkat permulaan Thames Water PLC memiliki saham sebanyak 70% manakala YAKIN memiliki saham sebanyak 30% dalam KWSB. Perjanjian pemilikan saham dalam KWSB adalah selama 25 tahun dan diakhiri perjanjian tersebut saham Thames Water PLC akan menurun 30% manakala saham YAKIN akan meningkat menjadi 70%.

KWSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah mengambil alih semua tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air. KWSB juga bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan.

Setelah beberapa tahun beroperasi di bawah KWSB, pada 29 April 1999, Nama KWSB telah ditukar kepada Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) setelah PMBK memiliki saham sepenuhnya 100% dalam AKSB merupakan sebuah syarikat swasta milik Kerajaan Negeri atau ‘government link company’ (GLC).

AKSB mempunyai pejabat operasi di setiap jajahan di Kelantan iaitu di Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Jeli, dan Gua Musang. Bagi pejabat jajahan Kota Bharu ianya telah di bahagi kepada 3 kawasan kerana keluasannya yang besar iaitu Kota Bharu Utara, Timur, dan Selatan. Semasa AKSB mengambilalih pengurusan daripada KWSB dahulu jumlah pengeluaran bekelan air bersihbagi semua loji rawatan air di Kelantan adalah sebanyak 184 juta liter air sehari (JLH).

(2)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

2

SEJARAH PENUBUHAN MAKMAL PUSAT

Makmal Pusat Air Kelantan mula beroperasi pada Mac 1996 dengan kos kapital sebanyak RM 450,000 dan terletak di tingkat atas bangunan pentadbiran Loji Rawatan Air Kampun Puteh, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Idea penubuhan asal dicetuskan oleh perunding dari syarikat Thames Water London pada tahun 1995. Pihak perunding berpendapat keperluan untuk mengadakan sebuah makmal dalaman bagi menguji mutu air mentah dan air minum secara berjadual. Oleh itu fungsi utama penubuhan Makmal Pusat Air Kelantan adalah untuk menjalankan aktiviti pemantauan kualiti air di loji (end product) dan sistem agihan.

Pihak makmal pusat akan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan demi memastikan kualiti bekalan air yang disalurkan kepada pengguna mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Aktiviti persampelan dan

penganalisaan ke atas semua sampel air dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak KKM. Terdapat dua bilik makmal di sini iaitu makmal mikrobiologi dan makmal analitikal.

(3)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

3

FUNGSI MAKMAL PUSAT

Aktiviti utama yang dijalankan adalah penganalisaan sampel air. Analisis yang dijalankan termasuklah ujian kimia bukan organik, mikrobiologi, kandungan besi dan kandungan organik. Kesemua parameter ujian dikelaskan di dalam kumpulan I, II, III dan IV. Aktiviti lain yang dijalankan ialah menangani masalah kualiti air yang di hadapi oleh pengguna dengan melawat premis berkenaan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah.

Pihak makmal turut memberi nasihat dan bantuan teknikal/saintifik kepada pihak operasi, individu dan pihak lain yang memerlukannya seperti pihak istana, sekolah, hospital, perkapalan dan lain-lain agensi, khususnya dalam hal-hal berkaitan kualiti air.

(4)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

4

MAKLUMAT LAWATAN

Tarikh Lawatan : 28 Hb Oktober 2014

Lokasi Lawatan : Loji Rawatan Air Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan.

Bil. Pelajar Terlibat : 24 Orang

Cuaca : Baik

Tentatif Lawatan : 8.30 am - Pelajar berkumpul di perkarang bas.

9.00 am - Bas bertolak ke LRA Kg. Puteh.

9.30 am - Pelajar tiba di LRA Kg. Puteh dan

sarapan pagi di bilik mesyuarat.

10.15 am - Mendapat taklimat ringkas daripada

En. Azman & En. Wan Khairuddin.

10.50 am - Melawat makmal mikrobiologi.

11.30 am - Melawat proses rawatan air.

(5)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

5

MAKLUMAT DIPEROLEHI

Loji Rawatan Air, Kg. Puteh mempunyai kapasiti 45.00 MLD pengambilan air. Jenis pengambilan air di loji ini ialah pengambilan air bawah tanah.

(6)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

6

Proses Rawatan Air Di Loji

Terdapat dua sumber air mentah bagi loji-loji di Kelantan iaitu sumber air permukaan (air sungai) atau air bawah tanah (air telaga). Kelebihan AKSB ialah satu-satunya syarikat perawatan air minum yang menggunakan air bawah tanah sebagai sumber air mentahnya. Secara asasnya, proses rawatan air terbahagi kepada 5 peringkat iaitu:-

AIR MENTAH DARI SUNGAI/ BAWAH TANAH

PENGUDARAAN Pre – Chlorine & Pre -Lime

PENGENTALAN &

PENGGUMPALAN Larutan Alum & Polimer

PEMENDAPAN

(Aliran Mendatar Plet Lamella)

PENAPISAN

(Rapid Sand Graviti)

PENGKLORINAN Post – klorin

PEMBETULAN pH Post – Lime

PENGAGIHAN AIR

(7)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

7

Pengambilan Sumber Air

Pengambilan air bawah tanah (telaga) jenis telaga tiub digunakan untuk mendapatkan sumber air di LRA Kg. Puteh. Pembinaan telaga tiub memerlukan kos yang lebih tinggi. Air yang dikeluarkan dari telaga tiub selalunya mempunyai kualiti yang baik dan boleh terus digunakan.

Peralatan yang sesuai digunakan untuk mengorek sehingga sampai ke akuifer tertakung yang mungkin terletak berates meter ke dalam tanah. Batang paip dengan saiz yang sesuai akan dimasukkan ke dalam lubanag yang dikorek untuk menjadikan telaga tiub.

Lubang yang dikorek mestilah tegak untuk memudahkan kemasukan batang paip tersebut. Batang paip yang akan dimasukkan kedalam akifer mestilah berliang untuk memudahkan air masuk ke dalam telaga.

Batang paip lain yang tidak berliang di atas akuifer akan menahan kemasukan air dan bahan cemar lain ke dalam telaga. Batang paip tersebut akan menahan kemasukan air dan bahan cemar lain ke dalam telaga. Batang paip tersebut seharusnya mempunyai diameter luar yang sama dengan diameter telaga supaya kedudukan tiub stabil dan kukuh di dalam tanah.

Papak konkrit dibina di permukaan tanah di bahagian atas telaga untuk mengelakkan air cemar bertakung dan meresap masuk ke dalam telaga.

Penyaringan

Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.

(8)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

8

Pengudaraan

Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.

Koagulasi dan Flokulasi

Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang

boleh mendap.

Sedimentasi

Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang mungkin untuk suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkannya mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan dari bahagian atas.

Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan akan melekat pada gelembung udara dan terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar tangki. Proses ini dinamakan Pengapungan Udara Terlarut.

Penapisan

Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi.

(9)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

9

Disinfeksi / Pelarasan pH

Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang kekal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.

Tangki Air Jernih

Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan.

Pengagihan Air

 Takungan perkhidmatan

 Tangki Imbangan

 Stesen Pengepaman

Pengagihan Bekalan Air

Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran yang panjang bagi mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk pengagihan menggunakan graviti ke takungan perkhidmatan di dalam pelbagai pusat permintaan. Sistem pengepaman kedua akan digunakan bagi kawasan yang tidak dapat memanfatkan graviti bagi tujuan pembekalan air.

(10)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

10

Piawaian Air Minum Selamat Berpandukan Kementerian Kesihatan Malaysia

Kumpulan Parameter Unit Bacaan Standard

GII Coliform cfu/100ml 0 E-coli cfu/100ml 0

Turbidity NTU Tidak melebihi 5 Colour TCU Tidak melebihi 15

pH - 6.5 – 9.0

Free CI2 Mg/l 0.2 – 5.0

GII TDS Mg/l Tidak melebihi 1500 Chloride Mg/l Tidak melebihi 250 Ammonia Mg/l Tidak melebihi 1.5 Nitrate Mg/l Tidak melebihi 10 Iron Mg/l Tidak melebihi 0.3 Fluorida Mg/l 0.4 – 0.6

Hardness Mg/l Tidak melebihi 500 Aluminium Mg/l Tidak melebihi 0.2 Manganese Mg/l Tidak melebihi 0.1 GII Cadmium Mg/l Tidak melebihi 0.003

Arsenic Mg/l Tidak melebihi 0.01 Cyanide Mg/l Tidak melebihi 0.07 Lead Mg/l Tidak melebihi 0.01 Chromium Mg/l Tidak melebihi 0.05 Copper Mg/l Tidak melebihi 1

(11)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

11

Zinc Mg/l Tidak melebihi 3 Sulphate Mg/l Tidak melebihi 250 Selenium Mg/l Tidak melebihi 0.01 Silver Mg/l Tidak melebihi 0.05 Magnesium Mg/l Tidak melebihi 150 Bromoform Mg/l Tidak melebihi 0.1 Mercury Mg/l Tidak melebihi 0.001 Sodium Mg/l Tidak melebihi 200 Chloroform Mg/l Tidak melebihi 0.2

Program Persampelan KKM – Air Terawat

Air terawat ialah air minuman yang tulen yang boleh diminum dengan risiko yang rendah dan tidak memudaratkan kesihatan manusia pada jangkamasa panjang.ia telah melalui proses rawatan yang lengkap di loji air termasuklah proses disinfeksi iaitu menghapuskan mikroorganisma merbahaya seperti E.coli. (Berpandukan kepada National Standard For Drinking Water Quality, KKM, January 2004)

Kumpulan LOJI SRO DIST. SYST

Kump.1 (GI) W W M

Kump.2 (GII) M M Y/2

Kump.3 (GIII) Y/4 Y/2 Y/2 Kump.4 (GIV) Y/4 Y Y

(12)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

12

GAMBAR LAWATAN

Proses pengudaraan Proses pengentalan Tangki pengenapan

Jentera digunakan untuk membuat telaga

Sistem perpaipan ke tangki pengudaraan

Sistem perpaipan keluar

Tangki simpanan air Tempat untuk memasukan klorin

(13)

LOJI RAWATAN

AIR KELANTAN

Laporan Lawatan Ke

13

Taklimat ujian makmal Peralatan digunakan Colilert untuk ujian air

Sepectrometer untuk menentukan pH value

Referensi

Dokumen terkait

Trofoblas yang terpapar hipoksia secara invitro menyebabkan terjadinya proses apoptosis yang berlebihan, sehingga invasi sitotrofoblas ke dalam miometrium menjadi dangkal

Pendidikan pada abad ini memiliki peran yang sangat penting karena dunia pendidikan dituntut untuk mampu menjamin peserta didik memiliki keterampilan belajar dan

Kurangnya konsep yang terdapat di buku panduan yang digunakan oleh siswa dalam mata pelajaran Ilmu Pengetahuan Alam kelas IV.5 Dari permasalahan yang ada, perlu dilakukan

Sumber data pada penelitian ini yaitu data sekunder yang dikumpulkan dengan teknik dokumentasi, yang diperoleh dari situs resmi Bursa Efek Indonesia (BEI) atau website

Apabila dalam klarifikasi penawar menyatakan tetap sanggup untuk melaksanakan pekerjaan dengan harga yang ditawarkan tersebut, maka peserta lelang tersebut harus

Untuk menciptakan suasana belajar yang menyenangkan, meningkatkan jiwa kompetitif serta memudahkan peserta didik memahami konsep pada level makroskopik, simbolik bahkan

Dari pendapat di atas, dapat disimpulkan bahwa menulis adalah suatu kegiatan menuangkan ide, pendapat, perasaan ke dalam suatu tulisan, yang telah disepakati dan dipahami

Berkaitan dengan aspek-aspek motivasi kerja karyawan Anoraga (2009) menjelaskan tentang aspek-aspek motivasi kerja yaitu: 1) Adanya kedisiplinan dari karyawan. Sikap, tingkah