• Tidak ada hasil yang ditemukan

FOLIO TASAWWUR ISLAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FOLIO TASAWWUR ISLAM"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

‘PENGARUH ASING YANG

MEROSAKKAN PEMIKIRAN UMAT

ISLAM’

NAMA MUHAMMAD ARIF BIN ABDUL GHANI

TINGKATAN 4 FIKRAH

(2)

2

Bil. Tajuk Muka Surat

1. Penghargaan 3

2. Muqadimmah 4

3. Pengaruh Asing Yang Merosakkan Pemikiran 5

4. Bentuk Pengaruh Budaya Asing 7

5. Ciri-ciri Pengaruh Budaya Asing 19

6. Ancaman Pengaruh Budaya Asing 20

7. Cara Menangani Pengaruh Budaya Asing 21

8. Kesan Pengaruh Budaya Asing Dalam Masyarakat Islam 22

(3)

3

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan Pertandingan Folio Tasawwur Islam bagi tahun 2012. Ini kerana ia bukanlah sekadar hanya untuk bertanding malah ia dapat memberi ilmu yang amat bermanfaat kepada saya. Saya berharap pihak penganjur dapat membuat pertandingan yang amat bermanfaat sebegini pada tahun-tahun yang akan datang.

Yang kedua, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Tasawwur Islam, Puan Zuraidah Bt. Abdul Rahman kerana membantu saya sepanjang saya membuat folio ini. Beliau bukan sekadar hanya memberi tunjuk ajar tetapi juga memberikan kata-kata perangsang yang boleh menaikkan semangat saya sehingga saya dapat menyiapkan folio yang amat bermanfaat ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Ini kerana mereka jugalah yang siap sedia berkorban dari segi tenaga, wang ringgit dan juga masa sepanjang saya menyiapkan folio ini. Sebelum saya akhiri ucapan saya ini , terimalah serangkap pantun daripada saya

Letih berjalan di hujung pekan,

Singgah sebentar membeli joran, Terima kasih saya ucapkan,

(4)

4

Secara amnya, agama Islam datang dengan satu ajaran yang lengkap dan sempurna. Ajaran yang dibawa oleh Islam merupakan ajaran yang sesuai dari semua aspek kehidupan iaitu ekonomi, politik, sosial dan munakahat. Agama Islam sesuai untuk diamalkan dan kekal sehingga hari kehancuran yakni hari kiamat. Akibat daripada kesempurnaannya, datangnya beberapa ideologi-ideologi asing yang mendatangkan kesan yang cukup buruk kepada umat Islam. Ini kerana adanya sifat cemburu yang ada pada diri setiap mereka tidak kiralah sama ada mereka Itu tidak mempunyai agama ataupun yang terlampau extremis tentang agama Islam sehingga tidak mahu menggunakan al-Quran, Hadis, Ijma‟ Ulama‟ dan juga Qias. Mereka hanya menggunakan logik akal semata-mata.

Kini, pengaruh-pengaruh tersebut kian tersebar luas sehingga mendatangkan kesan yang negatif pada setiap diri masyarakat umat Islam. Antara pengaruhnya ialah ajaran sesat, ilmu tarekat, fahaman mulhid dan golongan yang terlampau extremis dengan agama Islam. Pengaruh-pengaruh seperti ini perlulah dibanteras dengan kadar segera bagi mengelakkan ianya semakin parah dalam masyarakat umat Islam.

Akhir kata, setiap masyarakat umat Islam perlulah bersatu padu dan berkerjasama dalam membanteras pengaruh ini daripada terus berleluasa. Ini kerana, agama Islam merupakan agama yang satu-satunya agama yang lengkap dari segala aspek kehidupan manusia dan ianya merupakan salah satu agama yang membolehkan pembangunan tamadun manusia di dunia ini. Wallahuaklam.

(5)
(6)

6

Pengaruh Asing Yang Merosakkan Pemikiran Umat Islam

Pengaruh asing ialah ideologi-ideologi yang disebarkan untuk mempengaruhi pemikiran umat Islam pada zaman yang serba moden ini tidak kiralah sama ada di barat mahupun timur. Pengaruh asing ini disebarkan melalui pelbagai cara sama ada melalui penjajahan, media massa dan internet. Terdapat dua kategori yang boleh dikategorikan sebagai pengaruh asing iaitu:-

 Ideologi asing seperti komunisme, kapitalisme, sosialisme, liberalisme, atheisme, sekularisme dan materialisme

 Budaya asing yang berjaya menambat hati remaja pada masa kini seperti punk, gothic, muzik rockers, black metal, grundge, valentine day, skin head, punk dan tarian hip-hop.

(7)

7

Bentuk Pengaruh Ideologi Asing Dan Budaya Asing

Yang Merosakkan Pemikiran Umat Islam

Ideologi Asing

Kapitalisme

Fahaman atau konsep-konsep yang membawa kepada amalan-amalan yang menindas, menzalimi dan menyalahgunakkan tenaga buruh. Segala sektor ekonomi lebih tertumpu dan memberi manfaat kepada sektor swasta. Ia juga membenarkan amalan riba dalam sistem ekonomi.

Komunisme dan Sosialisme

Mencanangkan penghapusan hak milik perseorangan dan menjadi milik negara atau milik bersama rakyat.

(8)

8

Liberalisme

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan.

Sekularisme

Sekularisme ialah salah satu fahaman yang memisahkan ilmu agama dengan ilmu dunia. Fahaman sekularisme berpendapat bahawa dunia ini kekal buat selama-lamanya bahkan mereka tidak mempercayai bahawa kehidupan selepas mati itu adalah benar.

(9)

9

Materialisme

Materialisme ialah satu kepercayaan yang mempercayai bahawa bendalah yang membolehkan mereka untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Mereka akan sentiasa memilih barangan yang sangat berharga, mahal dan cantik.

Atheisme

Atheisme ialah fahaman atau konsep yang tidak mempercayai tentang kewujudan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa dan Pencipta alam. Mereka mengannggap bahawa dunia ini terjadi dengan sendiri. Mereka menjadikan prinsip bahawa “Allah itu sudah tiada” dalam kehidupan mereka di dunia ini.

(10)

10

Budaya Asing

Black Metal

Black Metal ialah muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Diantaranya adalah ia mencemuh semua agama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keagamaan pagan. Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh agama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis agama. Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.

Sejarah Black Metal

Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokoh terkenal di Norwegian adalah Øystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem.

Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya, daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna.."

(11)

11

Sekitar masa ini, terdapat beberapa kes pembakaran yang ditujukan kepada gereja Kristian yang kebanyakannya berusia beratus-ratus tahun, dan secara umum dianggap sebagai mercu tanda penting yang kelompok Aarseth didakwa menggalakkannya, jika pun tidak melakukannya. Peminat Black metal turut menggempur kumpulan "death metal" terkenal lain yang melawati negara mereka atau dalam negara berjiran, berasaskan mereka tidak cukup "setan".

Ciri – ciri Black Metal

 Gitar kencang dengan petikan tremolo.

 Lirik yang berbentuk memuja syaitan, Pagan, atau bertema okkult yang blaspheme Christianity.

 Bunyi gitar agak lemah atau bunyi gitar yang agak kuat, biasanya tidak berbunyi sederhana.

 Keluaran terhad dengan sengaja sebagai kenyataan terhadap muzik utama dan/atau menunjukkan mood muzik, untuk mencipta suasana. Kesan 'kurang pengeluaran' sering kali dicapai dengan menghilangkan frekuensi tinggi dan rendah, meninggalkan jalur bunyi pertengahan.

 Pukulan dram yang laju, garang, seringkali dengan hentaman kuat. Di waktu lain pula, dram dipukul perlahan dan diiringi dengan nada kosong dan kering terutamanya bagi kesan suasana muzik.

 Keyboard eletronik digunakan sekali-sekala. Setting violin, organ, dan choir biasa digunakan, bagi menghasilkan muzik seperti okestra atau seperti kathedral. Sesetengah kumpulan pula cenderung menggunakan keyboard secara kerap, samada sebagai peralatan malah asas keseluruhan bunyi mereka. Ia biasanya diletakkan di bawah label simfoni black metal.

 Suara yang nyaring dengan herotan.  Peralatan muzik perkussion yang laju.

(12)

12

Skinhead

Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London pada akhir tahun 1960an dan sekarang Skinhead telah tersebar ke seluruh belahan bumi. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Meskipun skinhead banyak diasosiasikan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun skinhead yang sebenarnya tidaklan Neo-Nazi, kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja terutamanya buruh pelabuhan di London. Skinhead juga merujuk kepada kelompok remaja yang merupakan peminat muzik streetpunk dan juga punk.

Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinhead telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinhead adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinhead telah berkembang, ini adalah kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads. Skinhead di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yang berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.

(13)

13

Valentine‟s Day @ Hari Kekasih

14 Februari merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine‟s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Maka terjadilah perbuatan-perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

(14)

14

Sejarah Hari Valentine

Pendapat mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi Pertama - Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.

Versi Kedua - Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan „From your Valentine‟ (Daripada „Valentine‟mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

(15)

15

Hippie

Budaya Hippie bermula di Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Barat lain pada era 1960-an dan tersebar ke seluruh dunia. Perkataan "hippie" berasal daripada perkataan "hip" atau "hipster". Budaya ini diperjuangkan oleh kebanyakan remaja dan belia negara barat pada era tersebut, dan timbul disebabkan oleh pemberontakan politik, sosial, dan spiritual yang melanda Amerika syarikat pada pertengahan hingga penghujung dekad 1960-an. Kebanyakan golongan muda yang terikut dengan budaya ini menentang pemikiran konservatif ibu bapa mereka, dengan melakukan hubungan seks bebas, mengambil dadah dengan alasan ia mengembangkan pemikiran spiritual, menyimpan rambut panjang, berpakaian aneh, hidup secara nomad, dan juga berkumpul dengan "hippie" yang lain dalam pesta yang menentang budaya dan pemikiran masyarakat umum, dipanggil "be-in", atau "love-in" sambil mendengar irama rock and roll.

(16)

16

Sejarah Hippie

Budaya ini berakar umbi daripada budaya "Beatnik" 1950-an yang menyebarkan ideologi-ideologi spiritual dan intellektual kepada masyarakat pada masa itu. Kebanyakan tokoh-tokoh "Beatnik" seperti William S. Burroughs, Allen Ginsberg, dan Jack Kerouac adalah sasterawan dan penyajak. Karya mereka penuh dengan mesej yang bercanggah dengan pemikiran masyarakat umum, dan menyeru golongan muda supaya mencari kebenaran dan pengalaman di luar masyarakat umum. Namun, kebanyakan karya Beatnik ini tidak mendapat sokongan (malah mendapat bantahan) oleh masyarakat konservatif. Hanya golongan remaja dan pelajar-pelajar kolej sahaja yang mendapat ilham daripada pemikiran bebas dan liberal golongan Beatnik ini.

Selain itu, budaya hippie juga diinspirasikan oleh budaya bohemian yang wujud di Eropah pada kurun ke-19 dan budaya gypsy dari Romania yang anti-tradisi, dan hidup secara nomad untuk mengelak masyarakat yang konservatif. Ken Kesey dan the Merry Pranksters, sekumpulan hippie yang mempopularkan budaya ini, mula menyimpan rambut panjang, mengambil dadah, dan berpakaian secara "bohemian" semasa pengembaraan mereka menerusi Amerika menaiki bas sekolah yang dihias dengan lukisan "psychedelic" . Pengembaraan bas ini merupakan eksperimen tentang kesan pengambilan dadah LSD dan didokumentasikan dalam buku Tom Wolfe, "The Electric Kool-Aid Acid Test". Buku tersebut menyebabkan ramai golongan muda yang ingin meniru cara hidup kumpulan The Pranksters.

(17)

17

Punk

Rock punk merupakan genre muzik yang bermula dari atittuted dan fahaman anti-establishment dalam sekitar 60-an. Momentum besarnya meledak pada lewat 70-an dalam dunia muzik (terutamanya muzik rock). Kehadiran muzik rock punk pada lewat 70-an telah membawa ledakan muzik yang besar hingga ke hari ini. Band yang memulakan rock punk, The Ramones telah membawa dimensi baru muzik rock dalam eranya. Rock n roll yang pantas dan tidak kompleks, tidak banyak polishing bunyian dan berkarat (raw). Seterusnya Sex Pistol di Britain dan the Clash membuka lembaran rock dalam suasana punky dan rebelious, dan mempopularkan budaya punk. Bad Religion yang politikal, Nofx yang sarkastik, The exploited yang anarki sehinggalah kepada R.E.M yang puitis.

(18)

18

Sejarah Punk

Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan. Rock punk berpengaruh besar dalam mempopularkan budaya punk; muzik seakan-akan punk bermula di Amerika Syarikat pada lewat 1960-an, dan dipanggil proto-punk, namun rock punk secara amnya bermula di New York dengan kugiran punk seperti The Ramones dan Blondie pada tahun 1976, dan mula mendapat perhatian dari media apabila band seperti the Sex Pistols dan The Clashdi London meledak pada tahun 1977.

Liputan media di kebanyakan konsert dan “scene” punk mendedahkan fesyen, muzik dan budaya pengikut-pengikut punk kepada remaja pada masa itu dan menjadi ikutan kepada generasi baru golongan belia yang mula bosan terhadap rock n roll “mainstream”, muzik disko dan budaya hippie 1960-an. Di samping memberontak terhadap masyarakat, remaja punk juga memberontak terhadap kepercayaan hippie yang optimistik dan idealistik, seperti cinta dan keamanan, dan pengambilah dadah (walaupun sebilangan besar golongan punk di-stereotaipkan sebagai penghisap dadah). Muzik punk yang pantas, bingit, dan kasar menjadi igauan ngeri ibu bapa dan mencerminkan keadaan remaja pada tahun 1977 dan tahun-tahun berikutnya. Ramai yang beranggapan budaya punk yang ganas merosakkan akhlak remaja, dan menggalakkan kegiatan jenayah.

Pada awal 1980-an, budaya punk mula terpecah menjadi beberapa sub-budaya lain seperti Hardcore Punk di Amerika yang lebih kasar dan berunsurkan politikal, New-wave, goth, dan sebagainya. Meskipun tidak lagi popular pada dekad seterusnya di dalam media, punk bertanggungjawab dalam mengembangkan budaya lain seperti kegilaan rock alternatif dan grunge pada awal 1990-an, pop punk, emo dan juga Budaya Indie yang popular pada tahun-tahun kebelakangan ini.

(19)

19

CIRI-CIRI PENGARUH BUDAYA ASING

1. Menolak kekuasaan Allah S.W.T dan peranan wahyu dalam kehidupan manusia. 2. Menolak ayat-ayat al-Quran dan Hadis megikut logik dan nafsu semata-mata. 3. Terlalu memuja manusia.

4. Mengasingkan agama daripada kehidupan.

5. Memberi kebebasan kepada manusia bertindak tanpa batas, mencari kepuasan yang relatif (tidak mutlak) dan tidak terkawal.

6. Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan tanpa batasan dan melakukan kezaliman kepada orang lain.

7. Terlampau taksub kepada bangsa dan darjat hingga mengasingkan agama. 8. Berfahaman sempit berdasarkan darjat, keturunan, bangsa dan warna kulit

(20)

20

Ancaman Pengaruh Budaya Asing

Golongan yang tidak senang dengan Islam akan sentiasa untuk mencuba menghancurkan umat Islam tidak kiralah dari luaran mahupun dalaman. Mereka akan menggunakan berbagai cara dengan pelbagai bentuk hiburan yang melalaikan serta bercanggah dengan syarak. Apabila umat Islam lalai dan leka mereka akan meminggirkan ajaran agama dari kehidupan seterusnya menerapkan unsur-unsur yang negatif.

Antara bentuk-bentuk ancaman yang dihadapi oleh umat Islam pada masa kini ialah

1. Menyalurkan hiburan yang keterlaluan hingga melalaikan dan melupakan Allah S.W.T seperti Black Metal dan sebagainya.

2. Menyamai budaya yang bertentangan dengan Islam seperti merayakan Hari Kekasih, mementingkan kebendaan dan sebagainya.

3. Mengekploitasi penggunaan media massa, media elektronik untuk menyebarkan dakyah seperti melalui filem, akhbar, majalah dan televisyen.

4. Menerapkan amalan hidup mementingkan diri sendiri atau individualisme yang tidak menggalakkan hidup berjiran.

5. Menyebarkan bentuk-bentuk pemikiran seperti sekular, sosialis, kebebasan berfikir dan sebagainya.

6. Menjajah negara lain dan menyebarkan ideologi-ideologi dan budaya mereka dinegara yang dijajah.

(21)

21

Cara Menangani Pengaruh Budaya Asing

Bentuk-bentuk ancaman yang boleh melemahkan umat Islam ini perlu ditangani dengan secepat mungkin. Tindakan untuk menyekat penyebarannya di kalangan umat Islam mengkehendaki kerjasama yang berterusan dari semua pihak tidak kiralah individu, masyarakat, negara, media-media massa mahupun agama Islam sendiri. Ini kerana ia dapat melemahkan penyebarannya daripada terus berleluasa.

Antara cara-cara untuk menangani ancaman pengaruh budaya asing ini ialah:-

1. Mengamalkan cara hidup sihat. 2. Menjadikan Islam sebagai cara hidup.

3. Memberi penerangan tentang keburukan budaya asing melalui ceramah, bengkel, media massa, menerbitkan buku-buku dan majalah-majalah.

4. Memperkukuh akidah dan keimanan kepada Allah S.W.T dengan mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, syariah, perubatan, sains dan sebagainya.

5. Mengamalkan budaya tempatan yang positif

6. Menapis berita yang diterima sama ada media massa dan media elektronik terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada orang ramai.

(22)

22

Kesan Pengaruh Budaya Asing Dalam Masyarakat

Islam

Kelahiran pelbagai displin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan. Walau bagaimanapun, budaya asing yang dibawa ke dalam masyarakat, tidak semuanya negatif. Kita harus bijak memilih dan mengasingkan budaya yang negatif dengan budaya yang positif. Kepelbagaian budaya sememangnya memberi banyak sumbangan kepada kemajuan dan perkembangan budaya sesuatu bangsa. Oleh itu, Islam membuka ruang kepada umatnya asalkan ia tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Budaya asing yang negatif memberikan kesan yang mendalam kepada masyarakat. Pergaulan bebas tanpa batasan telah menyebabakan anak-anak luar nikah dibuang bagaikan sampah yang dibuang merata-rata tempat seperti di dalam longkang, tong sampah, lubang tandas, masjid , pondok bas dan sebagainya manakala kegilaan terhadap muzik-muzik rock, telah menyebabkan kita dikejutkan dengan muzik seperti black metal mahupun yang sekutu dengannya yang berunsur memuja syaitan.

Dalam hal ini, walau bagaimana hebatnya gelombang cabaran yang datang, kita boleh menangkis dengan kekuatan akidah dan keimanan dalam diri kita. Akidah yang kukuh, iman yang mantap dan amalan yang sempurna boleh dijadikan perisai dalam menghadapi semua badai tersebut.

Kita sewajarnya menjadi insan yang bijak dalam menilai sesuatu perkara. Berfikir sebelum bertindak dan menjauhkan perkara keji dan maksiat memang menjadi tuntutan rohani. Oleh itu, gunakanlah kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Ilahi sebagai jalan unuk menjauhkan diri daripada perkara yang keji dan perbuatan yang dibenci oleh Allah S.W.T.

(23)

23

Snouck Hurgronje, seorang orientalis dan penasihat Belanda di Indonesia menerangkan semakin kuat rakyat sesebuah negara yang dijajah oleh menganut peradaban barat , semakin bebas mereka daripada ajaran Islam. Mereka berhasrat untuk menjadikan negara dan umat Islam yang dijajah menganut pemikiran dan menjaga kepentingan mereka. Oleh itu, mereka berusaha menyempitkan ajaran agama Islam yang sebenar dengan membataskan hal-hal kerohanian sahaja.

Umat Islam dahulu berjaya mempertahankan kesucian Islam daripada pengaruh luar yang merosakkan disebabkan kekukuhan akidah Islamiah mereka. Perkara ini ditegaskan oleh As Syahid Sayyid Qutb. Menurutnya, sekalipun kaum penjajah melakukan penjajahan pemikiran , kejiwaan, kemasyarakatan dan politik, mereka belum pernah mampu untuk membunuh akidah Islamiah umat Islam. Hal inilah yang menjadikan mereka umat yang berkedudukan tinggi dan tidak mudah menyerah dan tunduk kepada mana-mana kuasa manusia. Mereka hanya tunduk kepada satu kuasa sahaja iaitu Allah S.W.T. Inilah akidah yang mampu membangunkan umatnya melawan segala bentuk penjajahan.

Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah Islam, selagi itulah pengaruh-pengaruh luar yang mahu merosakkan Islam tidak akan berjaya.

(24)

24

 Buku Teks Tasawwur Islam Tingkatan 4  Buku Nota Tasawwur Islam SPM

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Punk  http://ms.wikipedia.org/wiki/Hippie

Referensi

Dokumen terkait

SKRIPSI Perlindungan Hukum Dalam Putusan Hakim Mengenai Penerapan Sanksi Anak Pelaku Tindak Pidana Perdagangan Orang Gita Ayu Sartika Candra... Sus /

Starting from the left, we have a Consumer bundle (represented using a component icon); it is utilizing Blueprint Container to import services from OSGi Service Registry

Pada tahap ini peneliti menyusun beberapa instrumen penelitian yang akan digunakan dalam penelitian. Instrumen penelitian tersebut terdiri dari lembar observasi

Hasil daripada kajian ini menunjukkan tahap kepuasan keija adalah sederhana dari aspek gaji iaitu dengan min sebanyak 2.99 dan juga bebanan keija iaitu dengan min sebanyak

Maka dari itu, tujuan dari dilakukannya penelitian ini adalah sebagai berikut: (1) m enganalisis Kelayakan aplikasi DSS apakah mampu dan mendukung pengambilan keputusan

Penggunaan Berbagai Bahan Pengikat terhadap Kualitas Fisik dan Kimia Pelet Hijauan Makanan Ternak (Effect of Binder on Physical and Chemical Quality of Grass

Pembelajaran kooperatif tipe TPS ini pertama kali dikembangkan oleh Frank Lyman di University of Maryland pada tahun 1981. Lyman menyatakan bahwa TPS merupakan

bentuk membangun hubungan dengan Tuhan kabhanti (5) direpresentasikan ungkapan dadihanomo aitu dasenea-neatiha ‘jadi sekarang kita berniat’ sedangkan tujuan doa disampaikan