• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN IPT: PERSPEKTIF MAJIKAN DALAM PERBEZAAN GENDER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAJIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN IPT: PERSPEKTIF MAJIKAN DALAM PERBEZAAN GENDER"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

60

KAJIAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN IPT: PERSPEKTIF MAJIKAN DALAM PERBEZAAN GENDER

Siti Rohamah Binti Ibrahim5* & Muhammad Hussin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Sebagai seorang graduan IPT, memiliki kerjaya sejurus menamatkan pengajian di sesebuah pusat pengajian adalah salah satu ukuran kebolehpasaran siswazah. Status bekerja dan pekerjaan graduan adalah jaminan kelangsungan hidup mereka yang telah melalui proses pembangunan modal insan semasa belajar bagi mengisi pelbagai jawatan yang diperlukan untuk pembangunan nasional. Kebolehpasaran seseorang graduan itu merupakan sumber manusia dalam pembangunan ekonomi negara. Kualiti dan kuantiti graduan yang diserap masuk dalam dunia pekerjaan mampu menentukan tahap output sesebuah organisasi sekaligus kesannya kepada negara. Kebolehpasaran seseorang graduan itu dinilai dalam banyak aspek. Bagaimanapun, kebolehpasaran seseorang graduan adalah berbeza-beza sifat dan darjahnya. Kebolehpasaran seseorang graduan itu dinilai dari segi CGPA khususnya. Namun begitu, tidak ketinggalan dalam aspek lain seperti bidang ilmu yang mereka ikuti, kemahiran insaniah, gender, dan faktor peribadi. Dalam kajian ini, kajian berfokus kepada kajian kebolehpasaran graduan IPT, berdasarkan perspektif majikan dalam perbezaan gender. Yang mana penilaian majikan terhadap seseorang graduan lelaki mahupun wanita dalam sesuatu sektor kerja. Kebolehpasaran berdasarkan gender dalam dunia pekerjaan sangat berkait rapat dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.

Kata kunci: Kebolehpasaran, graduan IPT, perspektif majikan, perbezaan gender

PENGENALAN

Tingkat kebolehpasaran seorang graduan bukan sahaja bergantung pada pencapaian akademik tetapi bergantung juga kepada bidang kerja yang ingin diceburi. Bidang kerja yang ingin diceburi itu seiring atau tidak dengan kelulusan akademik yang dimiliki sepanjang belajar di universiti serta bersesuaian atau tidak sesuatu pekerjaan itu berdasarkan gender seseorang pekerja. Di dunia hari ini, ramai graduan yang keluar dari universiti menceburkan diri dalam dunia pekerjaan yang berbeza dengan bidang yang dipelajari di universiti. Dalam isu kebolehpasaran graduan di Malaysia, banyak faktor yang mempengaruhi. Salah satunya faktor kemahiran yang diperolehi seseorang graduan itu. Perkara yang sangat dititikberatkan dalam pasaran kerja graduan hari ini adalah kemahiran insaniah dan kemahiran praktikal (Beard, 2007; Mariana, 2008; Yassin, 2008; Mohamad Sattar Rasul, et al., 2009; Nik Azma, 2011). Majikan melihat bahawa nilai atau kualiti individu yang dimiliki pekerja sangat mempengaruhi keharmonian di tempat kerja dan membantu pekerja dalam menghadapi setiap

(2)

61

perubahan yang berlaku (Brown, 2004; Raybould & Sheedy, 2005; Syed Hussain, 2005; Shahran, 2005; Cox & King, 2006).

Selain itu, faktor demografi seperti jantina, etnik dan jurusan pengajian juga memainkan peranan dalam kejayaan graduan memperoleh pekerjaan. Daripada data perangkaan guna tenaga dan pengangguran dikalangan siswazah dari tahun 1982 hingga 2010 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, didapati lebih ramai graduan perempuan menganggur (3.86% pada tahun 2009 dan 3.58% pada tahun 2010) berbanding graduan lelaki menganggur (2.23% pada tahun 2009 dan 2.38% pada tahun 2010). Isu lebih ramai graduan perempuan mengganggur menimbulkan tanda tanya. Walhal di peringkat persekolahan pencapaian akademik pelajar perempuan adalah jauh lebih baik. Keputusan peperiksaan awam peringkat kebangsaan 1996 hingga 2011 menunjukkan secara keseluruhannya pelajar perempuan mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir semua mata pelajaran, Zalizan, et al. (2005). Dalam isu pengangguran perbezaan jantina dalam kajian yang telah dijalankan, isu berkait rapat dengan kemahiran insaniah. Didapati kemahiran insaniah graduan lelaki melebihi kemahiran insaniah graduan wanita. Ini menyebabkan kadar pengangguran graduan wanita lebih tinggi. Kertas konsep ini berkisar kepada cadangan kajian yang akan dilaksanakan berkaitan kebolehpasaran graduan di Malaysia dari sudut perspektif majikan dalam perbezaan gender. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti komponen yang berkaitan gender dalam menentukam kebolehpasaran graduan di Malaysia. Kebolehpasaran graduan yang berkaitan gender semestinya berkait rapat dengan jenis pekerjaan yang diceburi graduan. Sesetengah bidang kerja di Malaysia sangat menitikberatkan gender dari segi peratus penerimaan graduan sebagai pekerja. Contohnya, dalam bidang kerja carigali gas dan petroleum di pelantar minyak, graduan lelaki lebih diutamakan kerana dinilai dari segi kemampuan fizikal dan persekitaran kerja. Bagi bidang kerja sebagai pembantu peribadi, kesetiausahaan, jahitan, masakan, dan pendidikan awal kanak-kanak di pelopori oleh graduan wanita. Dalam kajian ini, kajian berfokus kepada kajian kebolehpasaran graduan di Malaysia dari perspektif majikan dalam perbezaan

(3)

62

gender. Kajian ini mahu mengkaji perspektif majikan dalam kebolehpasaran graduan lelaki dan wanita dalam bidang-bidang yang menitiberatkan gender.

DEFINISI DAN KONSEP KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Kebolehpasaran graduan merujuk kepada kemampuan daya saing graduan mendapat tempat dalam dunia pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan akademik yang di miliki. Menurut Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2011-2015, kemajuan sesebuah negara pada masa hadapan sangat bergantung kepada usaha semua pihak dalam melahirkan modal insan yang berketerampilan, berdaya saing dan mempunyai nilai tambah tinggi yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara serta boleh menjamin pertumbuhan ekonomi yang stabil. Oleh yang demikian, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap kualiti siswazah yang dilahirkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). KPT juga sentiasa berusaha melonjakkan tahap kualiti siswazah agar mereka dapat menyumbang kepada pelaksanaan pelan transformasi ekonomi negara.

Setiap institusi pengajian tinggi (IPT) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan siswazah yang berkebolehan yang bersedia ditempatkan di sektor pekerjaan samaada di pasaran tempatan atau antarabangsa. Isu-isu yang berkaitan dengan kebolehpasaran graduan sentiasa berkait rapat dengan kebolehpasaran dan kemahiran siswazah. Menyedari hakikat ini, KPT telah mengambil beberapa langkah strategik bagi memastikan siswazah yang dihasilkan oleh IPT di negara ini mempunyai kualiti dan ciri-ciri yang diperlukan oleh pasaran kerja. Selain menyediakan peluang pengajian tinggi kepada semua golongan yang berkelayakan, KPT juga bertanggungjawab memastikan setiap siswazah yang dihasilkan mempunyai nilai kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja yang tinggi (PSPTN 2010).

Bagi mencapai hasrat tersebut, KPT telah meletakkan kebolehpasaran siswazah sebagai salah satu daripada Projek Agenda Kritikal dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) pada tahun 2007. Pelaksanaan PSPTN Fasa 1 melihat kepada usaha-usaha peletakan asas beberapa program bagi

(4)

63

mencapai hala tuju transformasi pengajian tinggi. Bagi Projek Agenda Kritikal (CAP) Kebolehpasaran Siswazah, pelaksanaan PSPTN Fasa 1 melihat kepada indikator bagi menilai kebolehpasaran siswazah dan sasaran peratus yang perlu dicapai. Bidang tumpuan CAP dalam pelaksanaan Fasa 1 PSPTN ialah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dengan memastikan sekurang-kurangnya 75% siswazah memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan setelah menamatkan pengajian.

Bagi mengkaji secara berterusan penerimaan para siswazah ke dalam pasaran kerja, KPT telah mewujudkan satu sistem pengukuran yang bersesuaian dan versatil bagi melaksanakan kaji selidik terhadap graduan yang bakal menamatkan pengajian di IPT di negara ini. Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006 dan membekalkan fakta dan maklumat mengenai status dan pekerjaan graduan baru. Kajian Pengesanan Graduan merupakan satu kajian tahunan untuk mengesan destinasi pertama graduan selepas menduduki peperiksaan pada tahun akhir sehingga tarikh menghadiri majlis konvokesyen, iaitu lazimnya dalam lingkungan tiga hingga enam bulan selepas tamat pengajian. Kebolehpasaran graduan juga merujuk kepada Permintaan dan Penawaran graduan. Bilangan penganggur secara mudah adalah perbezaan antara bilangan orang yang mencari pekerjaan dan bilangan pekerjaan yang diwujudkan dalam ekonomi untuk mengambil mereka bekerja.

Jumlah graduan – Jumlah peluang pekerjaan = Graduan Menganggur

Fenomena pengangguran di Malaysia pada masa kini adalah jelas disebabkan oleh berlakunya lebihan penawaran graduan berbanding pekerjaan yang sedia ada untuk mereka. Ini disebabkan pengembangan yang ketara dalam penawaraan graduan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta sejak penggubalan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996.

Selain itu, kebolehpasaran graduan sangat berkait rapat dengan proses pencarian kerja. Graduan yang berusaha gigih mencari pekerjaan setelah tamat pengajian mampu mendapat tempat dalam dunia pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan dan bebas dari kumpulan graduan yang menganggur. Pengangguran

(5)

64

graduan hari ini didapati semakin meningkat meskipun kualiti pendidikan negara semakin baik. Kebolehpasaran graduan di lihat dalam banyak aspek. Antaranya dari segi kemahiran insaniah, keputusan akademik, tahap keterlibatan graduan semasa di IPT, gender dan lain-lain lagi.

Kebolehpasaran graduan IPT pada hari ini juga dipengaruhi oleh tingkat kemahiran yang diperolehi. Umum sedia maklum, perbezaan gender antara graduan lelaki dan perempuan semestinya wujud jurang dari segi kemahiran. Ketidaksepadanan kemahiran graduan dalam sesuatu bidang kerja yang ingin diceburi menyebabkan graduan gagal mendapat tempat. Dalam era globlisasi hari ini, khususnya syarikat swasta cenderung mengambil graduan lelaki berbanding wanita sebagai pekerja meskipun dari segi kelulusan akademik sama atau hampir sama. Ini kerana kebanyakan sayarikat swasta sangat mementingkan keuntungan dan tangapan mereka pekerja lelaki lebih produktif berbanding pekerja perempuan. Ketidaksepadanan kemahiran mempunyai banyak dimensi: antaranya keseimbangan dalam permintaan-penawaran antara bidang pengajian (seperti kemanusiaan, sains dan kejuruteraan), keseimbangan antara kemahiran teknikal dan generik (insaniah) dan keseimbangan antara teori dan berorientasikan amalan dalam pendidikan dan latihan yang diterima. Sebahagian daripada ketidaksepadanan kemahiran adalah hasil pilihan kerjaya individu dari segi bidang pengajian dan keutamaan berkaitan pekerjaan. Ketidaksepadanan kemahiran boleh juga timbul dari kelemahan oleh institusi pendidikan tertiari dalam bentuk kualiti pendidikan, fakulti dan pedagogi, dalam penyampaian program akademik yang disesuaikan dengan keperluan pasaran dan samaada kaunseling kerjaya diberikan kepada para pelajar.

ISU – ISU BERKAITAN Perspektif Majikan

Perspektif merujuk kepada sudut pandang seseorang individu terhadap sesuatu perkara. Terdapat beberapa perspektif yang dikaji oleh ahli sosiologi antaranya Perspektif (visual), Perspektif (grafis), Perspektif (kognitif), dan Perspektif (geometri). Secara umumnya, perspektif adalah sudut pandang dan cara bagaimana objek terlihat pada mata manusia berdasarkan sifat istimewa, atau

(6)

65

dimensinya dan pandangan relatif terhadap objek. Melalui perspektif tersebut, manusia akan membuat penilaian terhadap sesuatu perkara.

Dalam kertas konsep ini, kajian berfokus kepada perspektif majikan dalam perbezaan gender bagi graduan dalam mencari pekerjaan. Perspektif majikan dalam kebolehpasaran graduan hari ini sangat meluas. Kebolehpasaran graduan dalam sesuatu bidang kerja sangat terbuka. Perspektifnya bergantung kepada majikan. Majikan dari organisasi swasta mempunnyai perspektif yang berbeza dengan majikan dari organisasi kerajaan. Majikan dari syarikat yang besar mempunyai perspektif yang berbeza dengan majikan dari syarikat kecil. Oleh sebab itu, perspektif majikan hari ini bergantung dari sudut mana seseorang majikan itu menilai untuk mengambil pekerja.

Perbezaan Gender

Perbezaan gender di dunia telah lama wujud. Jika kita menilai dari mata kasar, perbezaan gender sangat sebati dalam kehidupan seharian sejak dari zaman nenek moyang beratus tahun dahulu lagi. Jika tidak diambil kira sudut agama, khusunya agama Islam, pasti kebanyakan antara kita beranggapan dunia ini tidak adil kerana hukum Allah s.w.t melebihkan kaum lelaki dalam banyak perkara. Antaranya seperti hukum faraid, hukum menutup aurat, kuasa dalam membuat keputusan, kuasa lafaz talak dan sebagainya. Namun begitu, perkara yang telah termaktub dalam Al-Quran tidak boleh sesekali dipertikaikan.

Diskriminasi gender

Di dunia hari ini, dalam bidang pekerjaan khususnya, wujud diskriminasi gender. Morgentheau iaitu seorang sarjana yang sering membincangkan isu perilaku kemanusiaan dan tabii peribadi manusia yang mudah didorong oleh emosi dan naluri. Elemen-elemen kemanusiaan ini mendorong wujudnya konflik ketaksamaan gender dimana perspektif-perspektif pesimis yang dilemparkan terhadap wanita membawa kepada perbezaan antara gender. Secara amnya, kewujudan perspektif ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Konflik ketaksamaan gender boleh dibahagikan kepada empat jenis situasi iaitu ketaksamaan gender didalam institusi sosial, ketaksamaan gender didalam pertubuhan ―non-government‖, stereotaip gender, dan diskriminasi terhadap wanita.

(7)

66

Ketaksamaan gender atau perbezaan gender didalam institusi sosial wujud sejak zaman klasik kerana perspektif pesimis terhadap golongan wanita didalam sosial masyarakat. Nusantara melayu memiliki pandangan pesimis terhadap wanita didalam institusi sosial dimana peminggiran peringkat individu mendominasikan institusi sosial walaupun di era modenisasi. Perkaitan antara kaum wanita dengan tugas sebagai suri rumah telah menjadi perspektif umum masyarakat dimana perspektif ini telah menjadi faktor yang mengekang kaum wanita untuk menceburi bidang pekerjaan moden. Elemen-elemen ini secara realitinya dilihat suatu pandangan yang kolot, walaubagaimanapun perspektif sedemikian masih berlaku didalam realiti kehidupan sosial masyarakat.

Perbezaan institusi sosial juga berlaku apabila mentaliti kaum lelaki terikat dengan elemen-elemen negatif bahawa kaum wanita tidak mampu melakukan tugasan lelaki sebaliknya kaum wanita perlu menceburi tugasan feminin dan pekerjaan tidak langsung seperti menjaga anak dirumah, memasak, mengemas dan sebagainya. Sosiologi pemikiran manusia boleh dikatakan melihat sesuatu perspektif dimana persepsi asas lahiriah mengenai kaum wanita diwujudkan berasaskan asas pemikiran yang kolot. Stereotaip didalam institusi sosial telah mewujudkan persepsi mengenai pekerjaan wanita dimana wanita dilabelkan sebagai golongan yang seharusnya bekerja secara tidak langsung seperti kerja-kerja suri rumah dan bukannya kerja-kerja secara langsung seperti kerja beruniform, kerja pejabat dan sebagainya.

Perbezaan gender dan diskriminasi gender didalam pertubuhan badan bukan kerajaan juga merupakan salah satu daripada konflik ketaksamaan dimana kebanyakan perubuhan-pertubuhan yang wujud, jawatan-jawatannya didominasi oleh lelaki didalam struktur organisasi. Situasi ini menjadi fenomena sosial yang masih belum diubah walaupun wujudnya jawatan didalam sesebuah organisasi yang dijawat oleh kaum wanita. Namun, wanita masih gagal mendominasi jawatan didalam struktur organisasi dimana limitasi telah diletakkan ke atas wanita didalam struktur organisasi.

Fenomena ini telah membawa kepada pertubuhan organisasi yang dikhaskan untuk wanita. Pertubuhan-pertubuhan ini diasingkan bagi mengelakkan pendominasian gender daripada kaum lelaki sekaligus memberi peluang kepada

(8)

67

kaum wanita membentuk organisasi sendiri. Walaubagaimanapun, keadaan ini dilihat sebagai pembahagian sosial dimana perkara ini masih tidak dapat menyelesaikan konflik ketaksamaan gender. Bagi mentafsirkan fenomena yang berlaku ini, kejelasan fenomena dapat dapat dilihat menerusi struktur politik dimana wujudnya pengasingan pertubuhan didalam politik seperti Puteri Wanita Umno dan sebagainya. Namun begitu, kebolehpasaran graduan IPT hari ini masih kuat terikat dengar gender.

CABARAN: PERSPEKTIF MAJIKAN TERHADAP GENDER DALAM PEMILIHAN PEKERJA

Kertas konsep yang disediakan ini adalah untuk mengkaji perspektif majikan terhadap perbezaan gender sama ada graduan lelaki atau wanita yang dinilai dalam pemilihan pekerja. Cabaran yang sangat besar bagi graduan IPT wanita yang mana kemampuan graduan wanita dipandang rendah berbanding kemampuan graduan lelaki. Perspektif umum terhadap keupayaan wanita yang dilihat tidak mampu menyaingi lelaki didalam melakukan pekerjaan telah menyebabkan berlakunya permasalahan ―double standard ‖ dimana layanan dan perbezaan taraf antara wanita dan lelaki telah dibezakan. Walhal kualiti kerja wanita dalam sesetengah perkara jauh lebih baik berbanding pekerja lelaki.

Lelaki dilihat memiliki keupayaan, dan mutu kerja yang lebih berkualiti daripada wanita kerana fizikal lelaki yang kuat, dan pendominasian lelaki sejak masa lalu berbanding kaum wanita. Stereotaip ini wujud kerana faktor penerapan mentaliti umum yang pesimis. Mentaliti ini yang di pandang serius oleh sesetengah majikan menyebabkan peratusan graduan yang dipilih sebagai pekerja dalam sesebuah organisasi itu sangat kecil. Oleh hal yang demikian, peratusan kebolehpasaran graduan wanita adalah rendah. Jika graduan wanita diambil sebagai pekerja sekalipun, kewujudan stereotaip gender ini telah membawa kepada perbezaan pembayaran gaji ke atas kaum wanita berbanding kaum lelaki. Majoriti majikan swasta membayar gaji yang lebih rendah kepada kaum wanita berbanding kaum lelaki impak daripada pengaruh stereotaip gender ini.

Ketaksamaan gender atau perbezaan gender yang seterusnya ialah pendiskriminasian terhadap kaum wanita. Diskriminasi dalam konteks sosiologi

(9)

68

ketaksamaan gender boleh diinterpretasikan sebagai suatu bentuk penindasan jawatan dimana kaum wanita tidak diberikan peluang menjawat jawatan yang tinggi sebaliknya hanya diberikan jawatan seperti setiausaha, guru biasa dan sebagainya berbanding kaum lelaki yang menjawat jawatan-jawatan yang tinggi didalam sesebuah organisasi syarikat, organisasi kerajaan dan sebagainya. Malahan, organisasi-organisasi yang meliputi kerajaan dan swasta lebih cenderung memilih kaum lelaki sebagai pekerja berbanding kaum wanita.

Konflik ini berlaku apabila sudut pandangan umum majikan terhadap wanita terutamanya ke atas wanita yang telah berkahwin dimana rata-rata wanita yang berkahwin memiliki prestasi kerja yang tidak memberangsangkan kerana komitmennya terhadap kerja terpaksa dibahagikan dengan komitmen sebagai isteri dan ibu. Bagi organisasi swasta yang mementingkan keuntungan sepenuhnya, majikan cenderung memilih graduan lelaki sebagai pekerja kerana pekerja lelaki tidak terlibat dengan cuti bersalin seperti pekerja wanita. Cuti bersalin yang agak panjang dengan tempoh minimum dua bulan boleh menjejaskan output sesebuah organisasi. Keadaan ini telah mendorong organisasi memilih kaum lelaki untuk dijadikan pekerja. Menurut Unit Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN, 2001), pengangguran dalam kalangan graduan perempuan adalah lebih tinggi berbanding siswazah lelaki.

Kesimpulannya, perbezaan gender didalam sosial masyarakat merupakan suatu konflik yang telah berlaku secara berterusan dimana keadaan ini dilihat sebagai suatu konflik yang sukar diselesaikan. Teras kemanusiaan seperti elemen-elemen stereotaip, persepsi umum, pendiskriminasian telah menjadi faktor yang mencetuskan konflik ketaksamaan gender. Perkaitan kaum wanita dengan tugas suri rumah, dan fizikal yang lemah telah membawa kepada berlakunya fenomena ini. Langkauan masa dimana peralihan dari era klasik ke era modenisasi juga dilihat gagal menyelesaikan konflik ketaksamaan gender ini malah proses ketaksamaan gender mula berkembang didalam sosial moden dimana organisasi pekerjaan turut menerima impak daripada ketaksamaan gender.

(10)
(11)
(12)
(13)

72

PENDEKATAN MENYELESAIKAN MASALAH Peranan penggubal dasar

Para penggubal dasar negara terdiri dari pemengang taruh dalam organisasi kerajaan. Pihak kerajaan perlu meletakkan piawai yang sama rata dalam pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi. Perkara ini untuk membolehkan graduan wanita juga mempunyai peluang yang sama dalam menceburkan diri dalam dunia pekerjaan. Kerajaan perlu memandang serius akan perkara ini agar golongan wanita dinegara Malaysia tidak terus didiskriminasikan dalam pemilihan pekerja. Pihak kerjaan juga perlu meletakkan piawaian kepada organisasi swasta dalam pemilihan pekerja. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada organisasi yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. Jika pihak majikan organisasi swasta beranggapan pekerja wanita kurang produktif dan berkualiti, seharusnya pihak berkenaan menyediakan kursus yang lebih baik bagi membantu golongan pekerja wanita menghasilkan kerja yang berkualiti seiring produktivi pekerja lelaki. Perbezaan gender tidak seharusnya dijadikan point dalam mencipta jurang dalam pemilihan pekerja mahupun pembayaran gaji. Ini kerana, golongan wanita juga sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan golongan pekerja lelaki.

Peranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Di Institut-institut Pengajian Tinggi (IPT), mahasiwa perlu dididik dan dilatih menjadi pelajar yang hebat sekaligus IPT mampu melahirkan pekerja yang berkaliber apabila mahasiswa tersebut masuk ke dunia pekerjaan. Dalam proses pembelajaran, KPT perlu memastikan pelajar-pelajar yang dilahirkan dari sesebuah IPT itu mampu memenuhi pasaran kerja tanpa membeza-bezakan mahasiswa lelaki mahupun wanita. Jurang pendidikan yang diterima oleh mahasiswa lelaki dan wanita semasa berada di IPT boleh mempengaruhi seseorang mahasiswa itu membawa diri dalam dunia pekerjaan. Kursus-kursus yang ditawarkan di IPT perlulah secara terbuka agar semua pelajar yang berkelayakan mampu mendalaminyua tanpa diskriminasi gender. Kursus-kursus yang boleh meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa harus dipertingkatkan dalam mengatasi permasalahan ini. Ini demikian kerana, berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah diijalankan pengkaji, ramai graduan wanita manganggur

(14)

73

kerana kekurangan kemahiran insaniah berbanding graduan lelaki yang agak tinggi kemahiran insaniah. Jurang yang wujud ini meyebabkan perspektif majikan terhadap gender lelaki lebih positif bebanding gender wanita. Maka, tindakan majikan akan memilih graduan lelaki sebagai pekerja. Menyebabkan, kebolehpasaran graduan wanita adalah rendah.

Peranan Majikan

Majikan perlu mengubah perspektif negatif bahawa pekerja lelaki lebih produktif berbanding pekerja wanita. Hal ini demikian kerana, dalam era globalisasi hari ini, golongan wanita mampu bergerak seiring dengan pekerja lelaki. Dalam sesetengah perkara, pekerja wanita lebih produktif berbanding pekerja lelaki. Namun, oleh kerana keterbatasan fizikal kaum wanita menyebabkan wanita didiskriminasi. Contohnya, fitrah wanita di ciptakan Tuhan untuk mengandung dan melahirkan anak dipandang satu kelemahan dalam dunia pekerjaan. Keterbatasan kaum wanita dalam bekerja semasa mengandung dan bersalin di anggap pekerja wanita tidak produktif dan berkualiti. Walhal, dari sudut mentalnya, golongan wanita sangat kuat. Berperanan sebagai pekerja ketika di pejabat, apabila pulang kerumah berperanan sebagai isteri dan ibu. Keterbatasan untuk bekerja bukanlah satu kelemahan kepada organisasi kerana fitrah wanita diciptakan sedemikian.

Peranan graduan itu sendiri

Sebagai graduan, seseorang individu tersebut perlu mempamerkan diri kepada majikan agar kelihatan hebat dan berkemampuan untuk bekerja. Jika selama ini, masyarakat menganggap wanita adalah golongan yang lemah, dan kemampuan untuk bekerja lebih rendah berbanding lelaki, graduan wanita hari ini perlu membuktikan bahawa perspektif masyarakat selama ini tidak tepat sama sekali. Kelebihan yang ada pada diri seseorang wanita itu mampu meningkatkan kebolehpasarannya dalam dunia pekerjaan. Kebolehpasaran seseorang graduan itu sangat berkait rapat dengan emahiran insaniah. Kemahiran insaniah adalah satu aspek kompetensi pekerjaan yang harus dimiliki oleh setiap pekerja untuk membolehkan mereka menjadi seorang pekerja yang berketerampilan dan berkeupayaan tinggi dalam dunia pekerjaan yang diceburi. Masalah pengangguran di kalangan graduan universiti sering dikaitkan dengan isu kekurangan dan

(15)

74

kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi. Rungutan daripada majikan di Malaysia adalah graduan kurang menguasai kemahiran et al. 2009). Ini dapat dilihat dari berita yang terpampang di dada akhbar hampir setiap hari mengenai graduan yang kurang kompeten khususnya dalam kemahiran insaniah (Rohaila Yusof,et al. 2007). Oleh itu, graduan itu sendiri perlu menerapkan kemahiran insaniah dalam diri agar lebih bernilai di mata majikan. Dengan kemahiran insaniah yang ada, khususnya bagi graduan wanita, ini dapat menyahkan perspektif negatif majikan dalam perbezaan gender antara graduan wanita dan lelaki.

PENUTUP

Kesimpulannya, kebolehpasaran graduan IPT dari perspektif majikan menentukan layak atau tidak seseorang graduan itu diterima sebagai pekerja. Dalam kajian ini, pengkaji akan menkaji dengan lebih mendalam lagi tentang kebolehpasaran graduan IPT dari perspektif majikan dalam perbezaan gender. Perbezaan gender didalam sosial masyarakat merupakan suatu konflik yang telah berlaku secara berterusan dimana keadaan ini dilihat sebagai suatu konflik yang sukar diselesaikan. Teras kemanusiaan seperti elemen-elemen stereotaip, persepsi umum, pendiskriminasian telah menjadi faktor yang mencetuskan konflik ketaksamaan gender. Perkaitan kaum wanita dengan tugas suri rumah, dan fizikal yang lemah telah membawa kepada berlakunya fenomena ini. Langkauan masa dimana peralihan dari era klasik ke era modenisasi juga dilihat gagal menyelesaikan konflik ketaksamaan gender ini malah proses ketaksamaan gender mula berkembang didalam sosial moden dimana organisasi pekerjaan turut menerima impak daripada ketaksamaan gender . Oleh itu, pengkaji akan mengkaji dengan lebih terperinci berkaitan kebolehpasaran graduan IPT dari perspektif majikan dalam perbezaan gender dan diharap hasil kajian ini nanti dapat membantu para penggubal dasar dalam penggubalan dasar baru bagi mengatasi permasalah kebolehpasaran graduan.

(16)

75

RUJUKAN

Shaharuddin Ahmad, Noraziah Ali dan Mohd Fauzi Hamzah. (2011). Universiti Kebangsaan Malaysia. Kebolehpasaran Graduan UKM: Satu Kajian Perbandingan Antara Graduan Disiplin Sains dengan Bukan Sains. Jurnal

Personalia Pelajar. Bil 14.

Rahmah Ismail, Zulridah Mohd Noor, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Salma Hamzah. (2013). Fakulti Pengurusan Perniagaan. Universiti Teknologi MARA, Pahang. Penentu Penglibatan Pekerja dalam Latihan Pembangunan Sumber Manusia Behad.

Jurnal Ekonomi Malaysia.

Hazilah Mohd Amin, Johari Jaafar, Zaihosnita Hood, Saidah Saad dan Hamizah Mohd Amin. (2013). Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemahiran Insaniah Pelajar Prasiswazah: Analisis Perbezaan Jantina. Jurnal Teknologi.

Muhammad Hazrul Ismail. (2012). Kajian Mengenai Kebolehpasaran Siswazah di

Malaysia: Tinjauan dari Perspektif Majikan. Prosiding Perkem VII.

Ishak Yussof, Rahmah Ismail dan Robiah Sidin. (2008). Universiti Kebangsaan Malaysia. Graduan dan Alam Pekerjaan: Kes Siswazah UKM. Akademika

72 (Januari) 2008.

Mazlan Abu Seman dan Adnan Zulkipli. (2013). Universiti Malaysia Pahang.

Program Perantis Sedia Ada bagi Meningkatkan Kebolehpasaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaysia Pahang.

Mohamad Hairudin Bin Shahari. (2013). Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Kebolehpasaran Graduan dan Hubungannya dengan Rasionalisasi Program, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri). Universiti Teknologi Malaysia.

Nazliha Zakaria. (2014). Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Persepsi Pengurus Terhadap Penanan Pengurusan dalam

Organisasi. The 2nd National Human Resource Management Conference.

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. (2013). Perangkaan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Website: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

http://www.mohe.gov.my/psptn/index.php?option=com_content&view=article&id =59&Itemid=60

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan: Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara hasil pemeriksaan sputum Basil Tahan Asam (BTA) dengan gambaran luas lesi radiologi pada pasien

Pertanyaan kedua mengenai materi pelatihan yang diberikan telah sesuai dengan kebutuhan pekerjaan karyawan tanggapan responden sebanyak 9% atau 2 orang yang

Hasil penelitian menunjukan bahwa disiplin, kompensasi, lingkungan kerja secara simultan berpengaruh signifikan terhadap produktivitas kerja karyawan di PT.PLN (Persero)

Perubahan alih fungsi lahan mangrove ini dapat diketahui melalui perubahan tutupan lahan mangrove di kawasan pesisir Kota Banda Aceh periode 2004, 2009, dan 2014 yaitu

Sedangkan desain penelitian yang digunakan yaitu The One-Shot Case Study menggunakan satu kelompok subjek untuk mengetahui tingkat kemampuan multiple representasi

Penelitian ini menggunakan metode monte carlo untuk memprediksi jumlah keuntungan yang dapat diperoleh perusahaan berdasarkan data penjualan

Pematangan ( ripening ) seperti yang ditunjukkan pada Gambar 2.1 adalah proses yang mengubah dadih-dadih (keju mentah) segar menjadi keju yang penuh dengan