• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemakluman Program Lepasan Bursary tahun 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Pemakluman Program Lepasan Bursary tahun 2017"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

PEMAKLUMAN MENGENAI KEPUTUSAN RAYUAN PELAJAR PROGRAM BURSARY UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN KE

UNIVERSITI LUAR NEGARA

1. PENDAHULUAN

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima permohonan rayuan pelajar-pelajar Program Bursary untuk melanjutkan pengajian ke universiti luar negara.

2. KEPUTUSAN

Kerajaan pada 13 Julai 2017 telah bersetuju untuk meluluskan permohonan rayuan pelajar Program Bursary ini dengan syarat-syarat seperti berikut:

a) Ditawarkan kepada pelajar Program Bursary KPM 2014 dan 2015 (SPM 2013 dan 2014) sahaja;

b) Pelajar telah mendapat tawaran tidak bersyarat (unconditional offer) pada tahun 2017 untuk melanjutkan pengajian ke universiti luar negara dan memulakan pengajian

sebelum atau pada Oktober 2018; dan

(2)

3. KAEDAH PENAJAAN

Pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan di Para 2 akan ditawarkan penajaan seperti berikut:

Kategori 1 : Universiti Terkemuka Kategori 2: Luar Negara Mendapat tawaran ke Oxbridge / Ivy

League Universities mengikut

bidang pengajian serta tersenarai dalam 10 universiti terbaik dunia mengikut senarai Times Higher Education tahun 2017.

Mendapat tawaran ke universiti luar negara selain daripada universiti Kategori 1.

Penajaan berkonsep cost sharing

80% JPA : 20% pelajar

Penajaan berdasarkan had yang ditetapkan oleh JPA Berbentuk Pinjaman Boleh Ubah

(PBU)

Berbentuk Pinjaman Biasa

Mod pengajian adalah sepenuh masa

4. HAD PENAJAAN

Bagi Kategori 1 : Had penajaan yang ditetapkan adalah 80% tanggungan JPA dan baki 20% adalah tanggungjawab pelajar bagi bayaran yuran pengajian dan elaun-elaun lain.

(3)

Bidang

Kos Setahun

(RM)

Kos Sepanjang

Pengajian (RM)

Tempoh Pengajian

Perubatan/ Pergigian 127,600 638,000 5 tahun

Farmasi 59,250 237,000 4 tahun

Senibina 41,000 205,000 3+2 tahun

Kejuruteraan 38,250 153,000 4 tahun

Lain-lain 38,000 114,000 3 tahun

5. PENUTUP

Pelajar-pelajar yang telah membuat rayuan dan memenuhi syarat seperti di para 2 adalah dimohon untuk mengemaskini eprofiling di

portal rasmi Bahagian Pembangunan Modal Insan di pautan

http://esilav2.jpa.gov.my/ pada tarikh yang akan dimaklumkan

kelak.

Untuk pertanyaan lanjut, pelajar-pelajar boleh menghubungi JPA di

alamat emel [email protected].

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Referensi

Dokumen terkait