• Tidak ada hasil yang ditemukan

dan menepati jangkaannya. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan tekanan inflasi khasnya imported inflation di samping

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "dan menepati jangkaannya. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan tekanan inflasi khasnya imported inflation di samping"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TR 5:3:74

UCAPAN PERDANA MENTERI DI

PEM-BUKAAN KONVENSYEN PERTAMA MENGENAI

EKONOMI MALAYSIA ANJURAN PERSATUAN

EKONOMI MALAYSIA DI HOTEL MERLIN,

KUALA LUMPUR PADA 25HB MAC, 1974

Prof. Yip Yat Hoong, Pengerusi Konvensyen, Dr Mokhzani, Presiden Malaysian Economic Association, Dif-dif Terhormat, Tuan-tuan dan Puan-puan.

Saya merasa bangga pagi ini kerana dapat bersama-sama dengan sebegini ramai pakar-pakar ekonomi dari dalam dan luar negeri yang menghadiri Konvensyen anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia ini.

I notice many familiar faces, particularly those from the Government sector and other institutions with whom I have-some connection. Sebagai Ahli Kehormat Persatuan Ekonomi Malaysia, saya sangat berbesar hati kerana diberi penghormatan merasmikan Konvensyen yang penting ini.

Sukalah saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Persatuan Ekonomi Malaysia atas inisiatif-nya yang bernas mengaturkan Konvensyen Pertama kali serentak dengan Mesyuarat Agung Kesebelas Persatuan ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan.

Menurut aturcara yang disediakan, saya lihat Konvensyen ini meletakkan perhatian yang berat terhadap masaalah-masaalah ekonomi negara khasnya berhubung dengan Dasar Ekonomi Baru Kerajaan. Saya sungguh tertarik hati melihat emphasis yang diberi-kan kepada perkara yang penting dan mustahak ini, tambahan lagi mengingat bahawa Kerajaan baru saja selesai membuat Kajian Pertengahan Penggal atau Mid-Term Review of the Second Malaysia Plan yang telahpun dibincang serta diterima oleh Parlimen tidak berapa lama dulu.

Meskipun sejak pelancarannya tiga tahun lalu Dasar Ekonomi Baru ini telah menjadi pokok perbincangan samada di dalam ataupun di luar Parlimen, saya rasa amatlah baik perhatian diberikan terhadapnya setiap masa terutama sekali mengenai

(2)

pelaksanaannya—in other words to sustain our deep interest particularly with regard to its implementation. Barangkali ada juga antara ahli-ahli ekonomi kita yang memandang Dasar Ekonomi Baru ini semata-mata dari segi perbelanjaan yang diperlukan bagi membiayainya ataupun masih ragu-ragu dan sceptical samada matalamat yang kita hajatkan itu boleh dicapai dengan jayanya.

Memanglah kita tidak boleh lari dari masaalah wang or the dollars and cents to undertake and accomplish this enormous and heavy task. Bagaimanapun, adalah mustahak diingat dan sentiasa diingat bahawa Dasar Ekonomi Baru ini lahir dari kenyataan dalam masyarakat kita yang telah berubah, dari keadaan politik yang telah matang iaitu sesudah negara kita menempuh pengalaman hebat dan yang memerlu solution yang berkekalan. Seperti seringkali saya tegaskan di masa sudah-sudah atas kejayaannya itulah bergantungnya survival negara ini di masa hadapan.

Saya gembira ahli-ahli ekonomi, ahli-ahli sosiology dan social scientists yang berhimpun di sini akan menumpukan pengkajian serta perbincangan mereka terhadap masaalah-masaalah penting hari ini—our current problems—inflasi, Dasar Pembangunan Negara dan pembangunan ekonomi serantau yang mana adalah merupakan tugas besar Kerajaan untuk beberapa tahun akan datang.

Bagi pihak Kerajaan, saya mengalu-alukan sebarang sumbangan positif hasil dari Konvensyen ini yang boleh memberi panduan serta arah haluan baru dalam menghuraikan masaalah-masaalah yang berkaitan dengan usaha-usaha pembangunan yang kita jalan-kan sekarang. Tidaklah perlu saya berpanjang lebar mengenai hal ini oleh kerana saya perhatikan pada setiap session terdapat wakil-wakil Kerajaan yang boleh menjelaskan pendirian Kerajaan. Tambahan pula mereka sendiri adalah turut terlibat dalam perancangan serta pelaksaaaan dasar-dasar itu dan saya percaya mereka akan dapat mempertahankan kedudukan Kerajaan dalam sesuatu bidang yang tertentu.

Tuan-tuan dan Puan-puan.

Kita boleh bermegah, walaupun dalam masa menghadapi keadaan yang semakin genting pada waktu ini, iaitu paras dan tempoh pembangunan ekonomi negara berada dalam keadaan yang segar

(3)

dan menepati jangkaannya. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan tekanan inflasi khasnya imported inflation di samping tindakan-tindakan tegas bagi menghapuskan perbuatan setengah-setengah peniaga menyorokkan barang-barang keperluan sudah mulai berkesan. We know we cannot meet the inflationary trend altogether but in many ways we have been able to lessen its impact on the economy. From the reports we read in the papers, it is evident that conscientious efforts of the people in encountering the effects of inflation have paid off very well. This is indeed admirable and reflects the new spirit or semangat pembaruan among the rakyat.

Adalah benar bahawa keadaan yang sedang berlaku sekarang ini di negara kita tidaklah sebegitu hebat sepertimana yang di-rasakan oleh kebanyakan negara-negara perindusterian yang maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Namun bentuknya adalah hampir-hampir sama iaitu inflasi dalam keadaan paras pengangguran yang tinggi. Apa yang dikatakan-"stagflation" merupakan satu phenomenon baru yang sama sekali di luar dugaan ahli-ahli ekonomi kelasik ataupun golongan Keynesian. Saya sangat tertarik hati dengan pandangan yang diberikan oleh Professor Walters dalam articlenya "A Failure of Economics" yang mana saya percaya tuan-tuan dan puan-puan sedia maklumi. Pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh Professor itu dalam ceramahnya baru-baru ini patut benar dijadikan bahan perbincangan dan panduan kita bersama oleh kerana perkara itu menepati keadaan yang kita hadapi pada masa ini.

In fact, I think it is quite relevant in this context for the Convention to formulate new guidelines in respect of our economic and fiscal policies. The topic you have chosen for the second session—Development in an Inflationary Environment—will cer-tainly evoke a great deal of interest and perhaps provide new line of approach for our planners. This to my mind will be a valuable contribution coming forth from this Convention.

Bagaimanapun, saya sukacita mengambil kesempatan ini mengu-langi lagi seruan saya beberapa hari yang lalu tentang betapa mustahaknya kita menanam disipiin diri—a sense of self-disci-pline—which is so essential for a newly emerging nation. Dalam keadaan negara yang sedang berkembang maju, walaupun usaha-usaha menimbus jurang ekonomi berjalan pesat, terdapat

(4)

setengah-setengah golongan menikmati kemewahan yang berlebih-lebihan sedangkan golongan lain tidak banyak berubah kehidupan-nya daripada masa lampau. Keadaan seperti ini kehidupan-nyatalah tidak sihat sama sekali terutama pula dalam suasana inflasi yang melanda kita hari ini. Oleh yang demikian, adalah sebaik-baiknya bagi kita terutama golongan yang berada supaya mengamalkan perbuatan yang sederhana dan dengan itu mengelakkan timbulnya gejala-gejala yang tidak diingini.

It would do well for us, particularly those who are better off to adopt the maxim of moderation in our everyday life and thereby help to avoid the likelihood of social tension. I personally think during these difficult times it doesn't do any good for everyone to flaunt his wealth and indulge in excesses which is not only wasteful but may give rise to undesirable consequences. Indeed we should strive to live up to the principles of Rukunegara which embodies all the qualities of life we dearly cherish and aspire.

Tuan-tuan dan Puan-puan.

Saya menyambut baik serta menghargai usaha-usaha yang dibuat oleh badan-badan akademik seperti Persatuan Ekonomi Malaysia ini yang bertujuan hendak membantu Kerajaan mencari huraian-huraian kepada masaalah-masaalah negara. Apatah lagi boleh dikatakan seluruh anggota Persatuan ini terdiri dari tenaga akademik dan intelek Malaysia yang benar-benar faham latar belakang serta keadaan dalam negara. Persatuan ini selayaknya bertindak sebagai watchdog dengan maksud memerhatikan supaya p rancangan dasar Kerajaan dan pelaksanaannya benar-benar menurut kehendak rakyat dan negara supaya mencapai matalamat-matalamat yang hendak ditujui itu.

Dalam hubungan ini sukalah saya menyebut tentang penerbitan Kajian Ekonomi Malaysia yang diusahakan oleh Persatuan ini. Tidak syak lagi penerbitan yang berharga ini mempunyai tempat-nya sendiri dalam senarai penerbitan-penerbitan akademik usaha cerdik pandai kita sendiri.

Bagi pihak Kerajaan, saya berterimakasih atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan oleh ahli-ahli akademik kita samada sebagai perseorangan ataupun mewakili institusi mereka dalam beberapa Jawatankuasa ataupun badan-badan yang dilantik oleh Kerajaan. Begitu juga tentang adanya kerjasama yang erat antara

(5)

ahli-ahli akademik dengan pegawai-pegawai Kerajaan dalam beberapa projek tertentu yang merupakan sumbangan yang tidak ternilai harganya.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata ini, sukalah saya mengulangi lagi ucapan terimakasih kepada Persatuan Ekonomi Malaysia khas-nya kepada Presidenkhas-nya—Dr Mokhzani, dan juga Jawatankuasa Konvensyen kerana memberi saya kesempatan yang amat berharga ini. Saya dengan sukacita merasmikan Konvensyen Ekonomi Malaysia ini sambil berharap semoga perbincangan-perbincangan berhasil dengan mendapat penuh kejayaan.

Referensi

Dokumen terkait

In line with the above theoretical framework, in particular the- ories emphasising the importance of civic participation and the democratisation of processes of urban planning and

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan, kemudian dianalisis dan diperhitungkan maka dapat diambil kesimpulan yaitu analisis biaya diferensial yang

Namun masih ada 2 kategori lapangan Usaha yang mengalami kontraksi sehingga menyebabkan laju pertumbuhan ekonomi pada triwulan II-2017 tidak secepat triwulan sebelumnya

Saya senang jika dapat mengerjakan tugas dengan cara yang berbeda dari teman

Mahkamah Syar’iyah dalam hal ini mengadili, memeriksa dan memutuskan dalam penetapan ahli waris yang mana dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan di Aceh pasca

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui (1) profil budaya berakhlak berprestasi (2) bentuk perilaku menyimpang yang dilakukan siswa/siswi SMA Darul Hikam (3) upaya

Adapun tujuan penulisan karya tulis ilmiah ini adalah: (1) Membuat laporan gaji pegawai dan laporan data pegawai Universitas U’Bud iyah Indonesia, (2) melakukan rancang bangun

Sekarang ini, dunia usaha semakin berkembang dan membutuhkan pengelolaan yang semakin baik dan sehat. Etika bisnis tidak disangkal lagi memiliki peran yang sangat besar dalam