• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013

2611/3

PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS

Kertas 3

Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

(2)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

(3)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK : MODEL JET PEJUANG

SITUASI

Sebuah syarikat aeroangkasa ingin mereka bentuk model baru jet pejuang untuk dipamerkan di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk model jet pejuang yang bersifat futuristik.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis jet pejuang.

2. Lukisan atau catan realistik jet pejuang yang dipilih. 3. Lakaran olahan reka bentuk jet pejuang serta catatan.

4. Lukisan reka bentuk jet pejuang yang dipilih mengikut skala.

5. Kajian warna pada reka bentuk jet pejuang yang dipilih serta catatan. 6. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(4)

Berdasarkan kajian tersebut, model jet pejuang anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bahan yang bersesuaian

Ukuran minimum : Panjang 30 cm Lebar 20 cm Bilangan warna : Bebas

Tema : Futuristik Teknik : Bebas Contoh: -20 cm 30 cm

(5)

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA MOBAIL

SITUASI

Pengusaha restoran makanan laut akan menghias ruangan hadapan restorannya dengan sebuah arca yang bertemakan hidupan laut sebagai daya penarik.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca mobail yang bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga mempunyai fungsi lain yang berguna untuk restoran tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai arca mobail.

2. Koleksi gambar pelbagai hidupan laut.

3. Lukisan atau catan realistik hidupan laut yang dipilih.

4. Lakaran dan olahan idea hidupan laut yang dipilih serta catatan. 5. Lakaran reka bentuk arca mobail serta catatan.

6. Kajian warna pada reka bentuk arca mobail yang dipilih serta catatan. 7. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan menarik.

8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(6)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk arca mobail anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas Ukuran : Panjang Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas

Contoh:

Nota:

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

- Mengikut kesesuaian - Mengikut kesesuaian - 40 cm

(7)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : LANDSKAP

PRODUK : LANDSKAP PERSEKITARAN

SITUASI

Persatuan Pencinta Alam bercadang untuk membina landskap di tepi sebatang sungai bagi tujuan mengindahkan kawasan sungai dan menjadi tempat riadah.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model landskap di tepi sungai yang berkonsepkan Sungai Indah Masyarakat Ceria.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai landskap yang berkaitan sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuhan yang berkaitan sebagai sumber ilham. 3. Koleksi pelbagai jenis hiasan yang bersesuaian sebagai sumber ilham.

4. Lakaran pelan tapak mengikut skala.

5. Lukisan tumbuhan dan hiasan yang bersesuaian.

6. Lakaran pelan tapak dan susun atur hiasan dan tumbuhan. 7. Lukisan perincian landskap yang dipilih.

8. Ilustrasi landskap dari tiga sudut pandangan menarik. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(8)

Berdasarkan kajian tersebut, landskap persekitaran anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas Ukuran : Panjang Lebar Teknik : Bebas Contoh: Nota:

Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

- 45 cm - 25 cm

45 cm

(9)

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : BATIK

PRODUK : SARUNG BANTAL

SITUASI

Sebuah syarikat hiasan dalaman berhasrat menghasilkan sarung bantal bercorak batik untuk dipasarkan sebagai salah satu produk baru keluarannya.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung bantal bercorak batik yang menggunakan gabungan teknik lukis serta ikat dan celup.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi pelbagai jenis sarung bantal.

2. Koleksi pelbagai corak batik sebagai sumber ilham. 3. Lakaran reka bentuk sarung bantal serta catatan.

4. Lakaran pelbagai corak batik sebagai sumber ilham serta catatan. 5. Lakaran olahan idea motif yang dipilih serta catatan.

6. Kajian warna pada rekaan sarung bantal yang dipilih serta catatan. 7. Lukisan tiga dimensi sarung bantal dari tiga sudut pandangan menarik. 8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(10)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk sarung bantal anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kain

Ukuran : Panjang Lebar Bilangan warna : Bebas

Teknik : Gabungan antara teknik lukis serta ikat dan celup

Contoh:

Nota:

Hasil karya hendaklah dijahit dan dikemaskan.

- 72 cm - 46 cm

72 cm 46 cm

(11)

BIDANG : KRAF

TAJUK : UKIRAN KAYU

PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI

Pengusaha sebuah syarikat pelancongan ingin menghias dinding pejabatnya dengan hiasan dinding jenis ukiran kayu.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dinding yang bertemakan flora.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding jenis ukiran kayu. 2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.

3. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih. 4. Lakaran olahan idea hiasan dinding serta catatan. 5. Reka letak olahan idea serta catatan.

6. Lukisan olahan idea yang dipilih.

7. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(12)

Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kayu Ukuran : Tinggi Lebar Motif : Flora Teknik : Ukiran Contoh: Nota:

Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan.

- 45 cm - 30 cm

30 cm

(13)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : ILUSTRASI

PRODUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK TIGA DIMENSI

SITUASI

Sebuah syarikat penerbitan ingin menghasilkan sebuah buku cerita kanak-kanak prasekolah.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi buku cerita kanak-kanak tiga dimensi untuk prasekolah bertemakan haiwan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis haiwan sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak. 3. Lakaran muka taip untuk kapsyen.

4. Lukisan atau catan realistik haiwan yang dipilih. 5. Lakaran pelbagai bentuk watak haiwan serta catatan. 6. Lakaran papan cerita sebagai sumber ilham.

7. Lakaran kenit olahan idea ilustrasi serta catatan.

8. Kajian warna setiap ilustrasi termasuk kulit buku cerita serta catatan. 9. Ilustrasi sebenar cerita yang dipilih mengikut urutan dengan jalan cerita. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(14)

Berdasarkan kajian tersebut, ilustrasi buku cerita kanak-kanak prasekolah anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Ukuran minimum : Lebar Panjang Bilangan warna : Bebas

Teknik : Bebas

Tema : Haiwan

Bilangan muka surat : Minimum 6 termasuk kulit buku

Contoh:

- 26 cm - 33 cm

26 cm

(15)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : PENGIKLANAN

PRODUK : PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

SITUASI

Syarikat Emalin Bersaudara Sdn. Bhd. adalah syarikat pengeluar minuman jus buah-buahan ingin membuat promosi produk jus terbaharu keluarannya.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk papan peraga yang bertemakan jus buah-buahan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk papan peraga sebagai sumber ilham. 2. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.

3. Koleksi gambar buah-buahan.

4. Lakaran reka bentuk papan peraga serta catatan. 5. Lakaran muka taip serta catatan.

6. Lukisan atau catan realisitik buah-buahan.

7. Lakaran olahan idea buah- buahan sebagai sumber ilustrasi serta catatan. 8. Lakaran gabungan reka letak muka taip dan ilustrasi serta catatan.

9. Kajian warna papan peraga yang dipilih.

(16)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk papan peraga anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas Ukuran : Lebar Tinggi Teknik : Bebas

Kapsyen : Mengikut kreativiti sendiri

Contoh:

- 30 cm - 45 cm

45 cm

(17)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : IKLAN

PRODUK : KALENDER MEJA TIGA DIMENSI

SITUASI

Penganjur Jambori Berbasikal bercadang memberi cenderamata berbentuk kalendar kepada setiap pesertanya.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kalender meja tiga dimensi yang berkaitan dengan aktiviti berbasikal.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kalendar.

2. Lakaran reka bentuk kalendar serta catatan.

3. Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ilham. 4. Lukisan atau catan realistik aksi penunggang basikal.

5. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham. 6. Lakaran muka taip serta catatan.

7. Lakaran olahan idea untuk ilustrasi serta catatan.

8. Lakaran reka letak gabungan muka taip dan ilustrasi serta catatan. 9. Kajian warna kalendar meja tiga dimensi dipilih serta catatan. 10. Lukisan tiga dimensi tiga sudut pandangan menarik.

(18)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kalendar anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Ukuran minimum : Tinggi Lebar Bilangan warna : Bebas Teknik : Ilustrasi

Contoh:

Nota:

Kalendar hendaklah meliputi bulan Januari hingga Disember. - 30 cm - 28 cm - Catan

- Muka taip bulan boleh menggunakan cetakan komputer

30 cm

28 cm

(19)

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN TIMBULAN

PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI

Dinding ruang rehat sebuah resort ingin dihias dengan gambar cetakan permainan tradisional.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan kayu yang bertemakan alatan permainan tradisional.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan.

2. Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik alatan permainan tradisional.

4. Lukisan olahan alatan permainan tradisional serta catatan. 5. Reka letak olahan alatan permainan tradisional serta catatan. 6. Kajian warna pada cetakan yang dipilih.

7. Lukisan atau catan sebenar cetakan yang dipilih.

8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(20)

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan timbulan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kayu atau bahan lain yang bersesuaian Ukuran : Panjang

Lebar

Warna : Minimum 3 warna Teknik : Cetakan timbulan

Contoh:

Nota:

Hasil karya hendaklah dibingkaikan.

- 30 cm - 30 cm

3/5 Permainan Tradisional Lia2013

30 cm 30 cm

Referensi

Dokumen terkait

2) Menggunakan kata-kata penghubung yang argumentatif. Misalnya, jika, sebab, karena, dengan demikian, akibatnya, oleh karena itu. Dalam teks persuasi lainnya, banyak juga yang

Pengaruh Current ratio terhadap modal kerja Current ratio digunakan untuk menghitung kemampuan perusahaan dalam membayar utang lancar dengan aktiva lancar yang

Penelitian ini berusaha memperluas Teori Faktor Penyebab Konflik yang dikemukakan oleh Fisher dengan menambahkan sebuah poin bahwa terdapat faktor eksternal yang

podlaktica i lakat desne ruke odmaknuti su od tijela svirača, nastavljaju se na tijelo tambure poput ravne ploče, a dodirna točka podlaktice s tijelom bisernice je na prvoj trećini

Bagi guru yaitu, guru hendaknya memotivasi siswa agar mau berkelompok dengan siswa lain karena tidak mungkin siswa akan melakukan pembelajaran secara individual

Tegangan tarik (tensile stress) adalah sifat suatu material yang dapat menahan kekuatan tarik tertentu dan didapat dari hasil perhitungan gaya maksimum. dibagi dengan

Dengan memiliki website (toko online), akan dapat menekan biaya promosi yang biasanya menggunakan media promosi cetak, seperti: brosur, katalog, iklan majalah dan

Penelitian ini menggunakan metode Kuantitatif dengan lokasi pengambilan data gelombang disebelah timur Jetty Cargo.Hasil perhitungan run-up gelombang diperoleh tiap