• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TERHADAP KURSUS FUNDAMENTALS OF ACCOUNTING DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TERHADAP KURSUS FUNDAMENTALS OF ACCOUNTING DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TERHADAP KURSUS FUNDAMENTALS OF ACCOUNTING DI POLITEKNIK SEBERANG

PERAI

Suraya Binti Yope@Yahya & Suriani Binti Abdul Wahab Jabatan Perdagangan

Politeknik Seberang Perai Permatang Pauh, Penang, Malaysia

Abstrak

Pencapaian pelajar merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang biasanya ditentukan dalam penilaian berterusan dan peperiksaan akhir semester. Setiap pelajar yang mengikuti program diploma politeknik di Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai perlu lulus Kursus Fundamentals of Accounting sebagai subjek teras program. Kajian ini dilaksana untuk mengkaji apakah faktor penyumbang pencapaian akademik pelajar-pelajar dalam kursus Fundamentals of Accounting di Politeknik Seberang Perai. Kajian ini melihat dari sudut minat pelajar, sikap pelajar, pensyarah dan persekitaran pembelajaran. Persampelan yang dipilih adalah purposive sampling. Responden adalah terdiri daripada pelajar semester 2 dan 3 pada Sesi Disember 2017 yang mewakili 4 program yang berbeza. Kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan borang soal selidik sebagai instrumen kajian.

Pengenalan

Program diploma di Jabatan Perdagangan Politeknik merupakan salah satu saluran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pencapaian pelajar diperingkat diploma adalah sangat penting bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah mahupun bersaing untuk mendapatkan pekerjaan di dalam industri. Terdapat 12 program diploma yang ditawarkan di Jabatan Perdagangan Politeknik Malaysia keseluruhannya namun di Politeknik Seberang Perai menawarkan program Diploma Akauntansi, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perbankan Islam dan Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan. Walaupun terdapat kepelbagaian bidang namun kursus Fundamentals of Accounting adalah wajib di ambil semasa semester 1 bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka. Menurut Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom di dalam kajian Hee Pit Kuan (2014) mengatakan bahawa kurikulum pendidikan perakaunan mendukung cita-cita unggul dalam warga Malaysia untuk menghadapi cabaran era globalisasi abad ke 21. Beliau berkata penguasaan prinsip dan konsep perakaunan dalam subjek ini sebenarnya membantu pelajar menguasai pengetahuan asas bidang bagi pembangunan modal insan yang seterusnya mengisi keperluan Negara Maju 2020 (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2009). Ini menunjukkan bahawa asas perakaunan sangat penting dan tidak terhad kepada pelajar bidang perakaunan semata-mata. Oleh sebab itu, pencapaian pelajar dalam asas perakaunan melalui kursus ini di politeknik adalah perlu dititikberatkan.

Pernyataan Masalah

Pencapaian pelajar dalam kursus Fundamentals of Accounting amat penting bagi membolehkan mereka mendapat keputusan yang memuaskan dan menjadi pemangkin semangat untuk semester-semester akan datang. Pencapaian pelajar terhadap kursus ini yang ditawarkan oleh Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai kurang memuaskan setiap semester. Kecenderungan negatif ini merunsingkan memandangkan Jabatan Perdagangan adalah satu jabatan utama di politeknik dan mempunyai pelajar yang paling ramai berbanding jabatan-jabatan lain di politeknik terutamanya Politeknik Seberang Perai. Masalah ini lebih ketara dalam kalangan pelajar bukan bidang perakaunan dan tiada asas perakaunan

(2)

semasa disekolah. Jadual dibawah menunjukkan perbandingan pencapaian pelajar yang mendapat keputusan Gred 4.00 (A+) bagi dua sesi yang lepas.

Jadual 1. Keputusan Gred 4.00 Peperiksaan Akhir Semester bagi Kursus Fundamentals of Accounting

Program Sesi Jun 2016 Sesi Dis 2016

DAT 47 39

DPM 33 11

DLS 14 9

DIB 16 18

Jumlah 110 77

Setiap semester terhadap pelajar gagal dan peratus yang lulus bersyarat agak tinggi. Bilangan pelajar yang mendapat markah cemerlang adalah sangat kecil bilangannya. Rata-rata pelajar memberi alasan tiada asas perakaunan di sekolah sebagai sebab ketakutan terhadap kursus ini dan pencapaian rendah mereka. Fenomena ini telah dijelaskan oleh Dr Adibah Jamaluddin yang mengulas mengenai persepsi 'takut akaun', sebenarnya akaun bukanlah semata-mata mengenai 'nombor', tetapi ia hanya persepsi dalam kalangan penuntut dan mereka bakal mengambil pengajian dalam bidang itu yang merasakan sedemikian, dipetik dari Azimah (2017). Pelbagai kemusykilan timbul apabila pencapaian pelajar rendah dalam Fundamentals of Accounting sedangkan kursus ini adalah salah satu kursus yang wajib bagi semester satu.

Terdapat banyak kajian terdahulu yang menjelaskan tentang pencapaian dan prestasi pelajar dalam pelbagai subjek baik disekolah mahupun diperingkat pengajian tinggi. Menurut Zainudin (2009), pengaruh sikap, minat dan pengajaran guru mempengaruhi pencapaian pelajar. Faktor yang sama juga dikaji terhadap pelajar UTHM oleh Wan Hanim Nadrah (2017) yang menunjukkan faktor-faktor ini mempengaruhi pencapaian pelajar. Pelbagai faktor telah dikaitkan dengan permasalahan ini. Oleh yang demikian, bagi mengenal pasti apakah permasalahan yang timbul dalam kualiti keputusan kursus ini di kalangan pelajar, satu kajian dijalankan untuk merungkai masalah ini. Pengkaji akan mengupas faktor-faktor yang sama di dalam kajian lepas iaitu minat, sikap, pensyarah dan persekitaran pempelajaran terhadap kursus Fundamentals of Accounting di Politeknik Seberang Perai.

Objektif Kajian

Matlamat kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang ke arah pencapaian

akademik pelajar dalam kursus Fundamentals of Accounting. Empat faktor telah diambilkira dalam

kajian ini iaitu faktor minat pelajar, faktor sikap pelajar terhadap pembelajaran, faktor pensyarah dan faktor persekitaran pembelajaran.

Minat

Minat merupakan faktor yang penting kerana tanpa minat, pelajar tidak akan berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Pelajar yang mempunyai minat yang mendalam akan lebih cenderung dan bersemangat, Siti Noor Asyikin (2015)

Menurut Yahaya dan Ling (2008) didalam Wan Mohd Fazli (2014), minat ini menjadi pendorong utama pelajar melakukan sesuatu. Minat ialah satu faktor yang boleh mempengaruhi pembelajaran seseorang. Dalam proses pembelajaran, minat pelajar mempelajari sesuatu pekara itu akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan boleh mencetuskan pencapaian seseorang pelajar.

Sikap

Aziz Nordin & Lin Hui Ling (2011) menyatakan pelajar yang bersikap positif seperti berkeyakinan tinggi dan mengetahui kepentingan Sains dalam kehidupan akan menjadi dorongan kepadanya unutk

(3)

mencapai matlamatnya di samping mempengaruhi kesediaan untuk belajar serta meningkatkan penguasaan mereka seterusnya mencapai pencapaian akademik yang memberangsangkan.

Menurut Arham (2006) sikap pelajar sama ada dari segi disiplin, kesungguhan ketika belajar di dewan kuliah, hubungan dengan pensyarah dan cara pembelajaran juga amat penting bagi membantu melahirkan pelajaran yang cemerlang dari segi akademik.

Pensyarah

Mohamad Johdi (2012) menyata bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh guru-guru membantu pelajar dalam merancang strategi pembelajaran yang sesuai dalam mencapai matlamat pembelajaran. Selain itu, dorongan dan juga restu guru mendorong pelajar memilih dan merasakan bahawa guru adalah pembimbing utama kepada kejayaan.

Siti Noor Asyikin (2015) menerangkan faktor utama yang lebih mempengaruhi pencapaian pelajar adalah terdiri daripada teknik pengajaran pensyarah, penerangan pensyarah, toleransi pensyarah, kesungguhan pelajar. Selain itu, peranan pensyarah amat penting dalam memberi kefahaman yang sebaiknya kepada para pelajar.

Persekitaran Pembelajaran

Faktor persekitaran akademik dimana hubungan dengan rakan sekelas yang baik akan membuatkan emosi pelajar termotivasi dengan sendiri kerana keselesaan belajar dapat dicapai. Zahanim (2017).

Suasana pembelajaran yang kondusif amat diperlukan bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan selesa dan boleh memahami sesuatu pelajaran dengan mudah, menurut Arham (2006) didalam kajiannya terhadap pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Stephene Trembley, Nancy Ross, Jean Marie Berthelot (1999) dipetik dari Ahmad Rizal, Nurul akmar & Saifullizam (2005) menyatakan bahawa guru, bilik darjah dan kawasan sekitar adalah penting kepada pencapaian pelajar.

Metodologi

Metodologi kajian adalah salah satu elemen penting dalam memastikan keputusan yang diperolehi daripada penyelidikan adalah tepat dan boleh dipercayai dan dianggap sebagai proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah melalui perancangan, pengumpulan, penganalisaan dan penafsiran data yang sistematik. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dan reka bentuk kajian adalah tinjauan atau deskriptif. Ini adalah kerana kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam subjek Fundamentals of Accounting.

Sampel dan pengumpulan data

Pemilihan sampel dibuat adalah secara purposive atau bertujuan iaitu tertumpu dalam kalangan pelajar semester 2 dan 3 sahaja yang telah mengambil kursus ini pada semester sebelumnya. Saiz sampel kajian ini terdiri daripada 521 pelajar daripada jumlah populasi yang terlibat sebanyak 666 orang. Sampel dikatakan menggambarkan keseluruhan populasi jika tahap ini dapat dicapai (Hair et al., 2005). Pemilihan sampel adalah yang terkini dengan mengambilkira keputusan pencapaian bagi kursus ini telah diperolehi. Borang soal selidik telah diadaptasi dari Wan Hanim Nadrah (2017) dan Arham (2006) untuk mengumpul data bagi setiap pembolehubah dan telah diedarkan kepada sampel kajian yang terpilih. Borang soal selidik bahagian A adalah mengenai maklumat latar belakang responden. Bahagian B adalah mengenai pembolehubah-pembolehubah kajian iaitu minat, sikap, pensyarah dan persekitaran pembelajaran.

Kaedah Analisis Data

Data telah dianalisis menggunakan pakej IBM SPSS Statistics untuk menguji pembolehubah kajian

(4)

digunakan untuk menganalisis dapatan kajian adalah berdasarkan peratusan bagi latar belakang responden dan skor min bagi menjawab pembolehubah-pembolehubah kajian. Skor min ditafsirkan berdasarkan Jadual Min Skor dalam Oxford & Amerstorfer (2018). Data-data dipersembahkan di dalam bentuk jadual.

Jadual 2. Skala Min Skor

Kategori Julat min skor Tahap

1 3.5 hingga 5.0 Tinggi

2 2.5 hingga 3.4 Sederhana

3 1.0 hingga 2.4 Rendah

Hasil Dapatan

Latar Belakang Responden Kajian

Data yang dikumpulkan daripada sampel kajian yang terdiri daripada 521 orang responden yang mengambil kursus Fundamentals of Accounting. Jadual 3 menunjukkan frekuensi sampel yang dipilih dipecahkan mengikut jantina responden.

Jadual 3. Frekuensi Pelajar Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Pelajar Peratus

Lelaki 133 25.5

Perempuan 388 74.5

Jadual 4 menunjukkan kelayakkan responden untuk meneruskan penggajian diploma di Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai. Lepasan SPM merupakan kelayakkan yang paling tinggi yang menjadi responden kajian ini.

Jadual 4. Kelayakkan masuk ke politeknik

Kelayakkan Bilangan Pelajar Peratus

SPM 489 93.9

STPM 6 1.2

Pra Diploma 20 3.8

Kolej Komuniti 6 1.2

Analisa menunjukkan sampel kajian mempunyai keseimbangan bagi yang mempunyai asas perakaunan dan tiada asas perakaunan. Jadual 5 menunjukkan peratusan yang telah dianalisa bagi asas perakaunan.

Jadual 5. Asas Perakaunan

Asas Bilangan Pelajar Peratus

Ya 261 50.1

Tidak 260 49.9

Jadual 6 menunjukkan markah penilaian peperiksaan akhir bagi responden yang mengambil kursus ini pada semester Disember 2016 dan June 2017. Hasil dapatan mendapati majoriti responden mendapat gred A iaitu seramai 269 orang dari 521 sampel kajian.

Jadual 6. Keputusan Peperiksaan Akhir Fundamentals of Accounting

Gred Bilangan Pelajar Peratus

A-, A, A+ 269 51.6

B-, B, B+ 176 33.8

C-, C, C+ 69 13.2

(5)

Pembolehubah kajian Faktor Minat

Bahagian ini mengandungi 8 item yang berkenaan faktor minat yang dijawab oleh responden. Jadual 7 menunjukkan keputusan analisis deskriptif bagi bagi faktor minat.

Jadual 7. Analisa Kajian Faktor Minat.

Ringkasan Item Min Tahap

Menyukai subjek akaun 3.90 Tinggi

Bersemangat menghadiri kuliah 3.97 Tinggi

Kepuasan menjawab dengan betul 4.30 Tinggi

Suka membuat latihan 3.92 Tinggi

Membuat latihan dimasa lapang 3.67 Tinggi

Membuat latihan tanpa diarahkan pensyarah 3.54 Tinggi

Tetap minat walaupun sukar 3.88 Tinggi

Minat walaupun gagal 3.73 Tinggi

Faktor sikap

Bahagian ini mengandungi 8 item yang berkenaan faktor sikap yang dijawab oleh responden. Jadual 8 menunjukkan keputusan analisis deskriptif bagi bagi faktor sikap.

Jadual 8. Analisa Kajian Faktor Sikap.

Ringkasan Item Min Tahap

Memberi perhatian sepenuhnya 4.16 Tinggi

Mengambil catatan penting semasa pembelajaran 4.18 Tinggi

Memahami dengan mudah 3.97 Tinggi

Membuat nota ringkas semasa ulangkaji 4.08 Tinggi

Sentiasa bersedia menghadiri kuliah 4.11 Tinggi

Sentiasa duduk dibahagian hadapan kelas 3.94 Tinggi

Bertanya pensyarah jika tidak faham 4.05 Tinggi

Memperuntukkan lebih masa jika tidak faham 4.08 Tinggi

Faktor pensyarah

Bahagian ini mengandungi 8 item yang berkenaan faktor pensyarah yang dijawab oleh responden. Jadual 9 menunjukkan keputusan analisis deskriptif bagi bagi faktor pensyarah.

Jadual 9. Analisa Kajian Faktor Pensyarah.

Item Min Tahap

Suka subjek kerana sikap pensyarah 4.33 Tinggi

Pensyarah sentiasa membantu 4.35 Tinggi

Pensyarah bersikap professional 4.38 Tinggi

Pensyarah mahir dalam bidang 4.42 Tinggi

Penyampaian pensyarah jelas dan mudah 4.43 Tinggi

Latihan yang diberi sesuai dengan kebolehan pelajar 4.39 Tinggi

Pengajaran yang kreatif 4.35 Tinggi

(6)

Faktor persekitaran pembelajaran

Bahagian ini mengandungi 8 item yang berkenaan faktor persekitaran pembelajaran yang dijawab oleh responden. Jadual 10 menunjukkan keputusan analisis bagi faktor persekitaran pembelajaran.

Jadual 10. Analisa Kajian persekitaran pembelajaran

Item Min Tafsiran skor

Bahan rujukan yang disediakan banyak membantu 4.24 Tinggi

Penguasaan Bahasa inggeris yang baik 4.02 Tinggi

Rakan sebaya banyak membantu 4.01 Tinggi

Pembelajaran secara berkumpulan 4.11 Tinggi

Sentiasa berbincangan dengan rakan sekelas 4.15 Tinggi

Selesa mengulangkaji di kolej kediaman 4.15 Tinggi

Bilik kuliah yang kondusif 4.11 Tinggi

Berpuashati dengan kemudahan-kemudahan lain 4.14 Tinggi

Analisa purata setiap faktor pencapaian akademik

Faktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik terdiri daripada faktor minat pelajar, faktor sikap pelajar, faktor pensyarah dan faktor persekitaran pembelajaran. Dapatan analisa dalam Jadual 11 menunjukkan setiap faktor memberikan kekerapan dan peratusan yang tinggi bagi skala setuju untuk setiap faktor.

Jadual 11. Analisa Kekerapan dan Peratusan.

Faktor Skala Kekerapan Peratusan

Minat Pelajar Tidak Setuju 50 9.5 Sederhana 115 22.1 Setuju 356 68.4 Sikap Pelajar Tidak Setuju 23 4.4 Sederhana 94 18 Setuju 404 77.6 Pensyarah Tidak Setuju 9 1.7 Sederhana 49 9.4 Setuju 463 88.9 Persekitaran Pembelajaran Tidak Setuju 15 2.9 Sederhana 80 15.4 Setuju 426 81.7

Min bagi setiap faktor yang menyumbang kepada pencapaian akademik bagi kursus ini adalah pada tahap skor min yang tinggi bagi setiap faktor yang dikaji berdasarkan Jadual 12 seperti di bawah.

Jadual 12. Min Purata dan Skor Min

Faktor Min Skor

Minat Pelajar 3.86 Tinggi

Sikap Pelajar 4.07 Tinggi

Pensyarah 4.37 Tinggi

Persekitaran Pembelajaran 4.11 Tinggi

Perbincangan

Hasil dapatan kajian seramai 521 orang responden terlibat yang terdiri daripada 74.5% adalah perempuan berbanding hanya 25.5% adalah lelaki, ini adalah senario biasa di Jabatan Perdagangan

(7)

Politeknik Seberang Perai kerana pelajar perempuan lebih mendominasi semua program yang ditawarkan di sini. Peratusan sampel kajian yang mempunyai asas perakaunan di sekolah adalah 50.1% seimbang dengan peratus sampel yang tidak mempunyai asas perakaunan di sekolah. Ini menunjukkan sampel kajian yang dipilih adalah setara dan adil. Keputusan penilaian akhir bagi kursus Fundamentals of Accounting bagi kedua-dua sesi, majoriti mendapat keputusan yang memuaskan iaitu 51.6% mendapat gred A.

Jika dibandingkan min purata di antara setiap faktor, min purata bagi faktor pensyarah adalah yang paling tinggi iaitu adalah 4.37 dan mendapat peratusan setuju paling banyak iaitu 88.9%. Item berkaitan penyampaian pensyarah yang jelas dan mudah mencatat min tertinggi 4.43 dan min terendah adalah 4.33 berkaitan suka subjek akaun kerana sikap pensyarah. Dapatan ini seiring dengan Siti Noor Asyikin (2015) yang menyatakan faktor utama yang lebih mempengaruhi pencapaian pelajar adalah terdiri daripada teknik pengajaran pensyarah, penerangan pensyarah, toleransi pensyarah, kesungguhan pelajar. Selain itu, peranan pensyarah amat penting dalam memberi kefahaman yang sebaiknya kepada para pelajar.

Min purata kedua tertinggi adalah bagi faktor persekitaran pembelajaran iaitu 4.11 dan peratusan setuju sebanyak 81.7%. Bahan rujukan yang disediakan oleh pensyarah banyak membantu proses pembelajaran mereka adalah item yang mencatat min tertinggi iaitu 4.24 bagi faktor ini. Sementara, min terendah dengan nilai 4.01 adalah bagi item rakan sebaya banyak membantu dalam pembelajaran bagi kursus ini. Stephene Trembley, Nancy Ross, Jean Marie Berthelot (1999) dipetik dari Ahmad Rizal, Nurul akmar & Saifullizam (2005) menyatakan bahawa guru, bilik darjah dan kawasan sekitar adalah penting kepada pencapaian pelajar.

Seterusnya, min purata ketiga tertinggi adalah bagi faktor sikap pelajar itu sendiri iaitu mencatatkan nilai 4.07 dan peratusan setuju sebanyak 77.6%. Min tertinggi 4.18 bagi faktor sikap adalah bagi item kedua yang berkaitan dengan pelajar sentiasa mengambil catatan penting semasa proses pembelajaran berlaku. Min terendah bagi faktor ini adalah 3.94 bagi item pelajar sentiasa duduk di bahagian hadapan di dalam kelas. Perkara ini membuktikan duduk di bahagian hadapan kelas bukanlah kemestian, menurut Arham (2006) sikap pelajar sama ada dari segi disiplin, kesungguhan ketika belajar di dewan kuliah, hubungan dengan pensyarah dan cara pembelajaran juga amat penting bagi membantu melahirkan pelajaran yang cemerlang dari segi akademik.

Secara keseluruhannya, faktor minat mencatatkan min purata yang terendah sebanyak 3.86 dengan peratusan sebanyak 68.4% sahaja. Walaubagaimanapun, nilai min purata faktor ini masih berada di tahap yang tinggi. Min tertinggi bagi faktor minat adalah bagi item kepuasan menjawab soalan akaun dengan betul iaitu 4.30 dan min terendah adalah bagi item membuat latihan tanpa arahan pensyarah, iaitu 3.54. Dapatan kajian ini dikukuhkan dapatan oleh Siti Noor Asyikin (2015), yang menyatakan minat merupakan faktor yang penting kerana tanpa minat, pelajar tidak akan berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Pelajar yang mempunyai minat yang mendalam akan lebih cenderung dan bersemangat.

Kesimpulan

Kajian ini tertumpu kepada faktor-faktor penentu pencapaian akademik pelajar bagi kursus Fundamentals of Accounting di Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai. Penemuan kajian menunjukkan keempat-empat faktor yang dikaji mempunyai skor min purata yang tinggi. Hasil daripada keputusan kajian ini jelas menunjukkan bahawa tahap pencapaian kursus ini telah meningkat di mana separuh daripada bilangan responden mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam kursus ini bagi tahun terkini. Ini adalah kerana pensyarah sangat komited dengan tugas mereka serta persekitaran pembelajaran yang kondusif banyak membantu dalam peningkatan pencapaian akademik mereka. Selain daripada itu, pelajar-pelajar ini mempunyai sikap yang positif dan menunjukkan minat yang tinggi dalam kursus ini.

(8)

Rujukan

Affizal, A., & Rafidah, S. (2009). Teacher-Student Attachment and Teachers' Attitudes Towards Work. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jld 24, 55-68.

Ahmad Rizal, M., Nurul Akmar , K., & Saifullizam, P. (2005). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Menguasai Mata Pelajaran Kejuruteraan Di Politeknik-Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG. Retrieved from

http://eprints.uthm.edu.my/2748/1/FAKTOR-FAKTOR_YANG_MEMPENGARUHI_PENCAPAIAN_PELAJAR.pdf

Arham, A., Baharin , M., & Ahmad Muhaimin , M. (2006). Faktor-Faktor Yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia.

Azimah , G. (2017, November 15). Ubah Persepsi Bidang Perakaunan. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/kampus/ubah-persepsi-bidang-perakaunan-1.757521

Aziz, N., & Lin, H. (2011). Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Journal of Science & Mathematics Educational, Volume 2, 89-101.

Azizi, H., Jamaluddin , R., & Yusof , B. (2007). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik: Sejauhmanakah Hubungan Ini Relevan? Retrieved from http://eprints.utm.my/2355/1/Aziziyahaya_Sumbang_Sikap_terhadap_matematik.pdf

Hee Pit Kuan. (2014). Sumbangan Input-Persekitaran Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah.

Mohamad Johdi, S., Mazliza, K., & Henry, J. (2012). Kajian Terhadap Faktor-Faktor Mempengaruhi

Pencapaian Pelajar Dalam PMR di Sabah. Labuan International Conference On Education

Research .

Nur Maizatul Azra, M., Faizal, H., Marina, M., Nor Aimi , A., Noorezal Atfyinna , M., & Suhaiza, H. (2017). Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik:Satu Sudut Pandangan. International Academic Research Journal of Social Science , 195-201.

Nurfadzlina , M. (n.d.). Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Subjek Yang Mempunyai Konsep Pengiraan Adalah Di Dorong Oleh Faktor Pencapaian Dalam Subjek Matematik Bagi Pelajar DKA3-S2. Penyelidikan JKA.

Oxford, R. L., & Amerstorfer, C. M. (2018). In Language Learning Strategies and Individual Learner Characteristics (p. 176). Bloomsbury Publishing Plc.

Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach (Fourth Edition ed.). United States: John Wiley & Sons, Inc. Retrieved from http://www.wiley.com/college

Siti Noor Asyikin, M., Suliadi Firdaus, S., & Norazman, A. (2015). Pencapaian Kursus Matematik dan Statistik di Kalangan Pelajar UTHM: Faktor Mempengaruhi dan Teknik Pengajaran dan

Pembelajaran yang Lebih Diminati. 39-50. Retrieved from

(9)

Wan Hanim Nadrah, W., & Muhd Azuanafzah, A. (2017). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Matematik Di FPTV UTHM.

Wan Mohd Fazli, W. (2014). Faktor Yang Mendorong Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Program Kimpalan Di Kolej Vokasional.

Zahanim, A. (2017). Hubungan Persekitaran Akademik Di Kalangan Pelajar Universiti: Kajian Perbandingan Di Antara Pelajar Universiti Malaysia Dengan Universiti Chiang Mai Thailand.

Retrieved from

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Xwn5BhI7Q1oJ:conference.kuis.edu

.my/pasak2017/images/prosiding/sosiologi/12-ZAHANIM-AHMAD.pdf+&cd=7&hl=en&ct=clnk&gl=my

Zainudin, A., Meor Ibrahim, K., & Tan May Yang. (2009). Pengaruh Sikap, Minat, Pengajaran Guru, Dan Rakan Sebaya Terhadap Pencapaian Matematik Pelajar . Retrieved from http://eprints.utm.my/11310/1/LAPORAN_AKHIR.doc

Zuaini , I., Nor Aziah, A., & Rosliza, M. (2008). Faktor Penentu Prestasi Pelajar Matrikulasi dalam Subjek Perakaunan. MJLI VOL.5, 99-115.

Referensi

Dokumen terkait