• Tidak ada hasil yang ditemukan

Esei Ringkas Bagi Meningkatkan Akauntabiliti Dan Integriti Guru Berkenaan Isu Yang Dipilih

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Esei Ringkas Bagi Meningkatkan Akauntabiliti Dan Integriti Guru Berkenaan Isu Yang Dipilih"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Esei Ringkas Bagi Meningkatkan Akauntabiliti dan Integriti Guru Berkenaan Isu yang Dipilih

Prinsip akauntabiliti dan integriti amat penting untuk diterapkan di dalam diri setiap penjawat awam melalui dua kaedah iaitu usaha yang berterusan oleh penjawat awam itu sendiri seperti penghayatan nilai-nilai murni dan keadah kedua melalui penguatkuasaan daripada kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Pelan Integriti Nasional (PIN), kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan Kod Etika Kerja yang dapat membantu ke arah meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam diri penjawat awam terutamanya bagi pihak guru yang terlibat dengan isu etika keguruan yang sering dilaporkan di dada akhbar dan media massa yang lain. Setiap isu yang timbul berkaitan keguruan yang melanggar etika keguruan mampu merosakkan imej profesion perguruan dan menyebabkan masyarakat memandang rendah pada kerjaya sebagai guru.

Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atatu terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifiasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan.

Integriti pula merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi (Institut Integriti Malaysia, 2004). Integriti berkait erat dengan etika. Integriti berlandaskan etikan dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Lanjutan itu, intergriti guru sebagai penjawatan awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

(2)

Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, adil dan saksama, telus, berkecuali dan kebolehpercayaan. Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Antara isu etika keguruan yang sering dipaparkan di dada akhbar dan media massa adalah berkaitan penampilan guru yang menjolok mata, gangguan seksual kepada murid, guru pecah amanah dan guru sering mengambil cuti sakit palsu.

Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Sebagai seorang guru, kita perlu meningkatkan akauntabiliti dan integriti kempimpinan diri supaya segala tanggungjawab dan tugas-tugas dapat dijalankan dengan penuh komited.

Berdasarkan pembacaan dan analisis artikel yang telah dilakukan oleh saya dan pasangan, kami telah menjumpai satu isu yang berkaitan kesantunan guru iaitu gangguan seksual. Gangguan seksual dalam isu kesantunan guru ini terbahagi kepada dua iaitu secara verbal dan non-verbal. Dalam artikel yang dianalisis, terdapat dua bentuk gangguan seksual iaitu gangguan seksual sesama guru dan gangguan seksual di antara guru dan murid. Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama, iaitu: gangguan secara lisan, gangguan secara bukan lisan, gangguan secara fizikal, gangguan secara visual dan gangguan secara psikologi.

Isu gangguan seksual ini memberikan impak yang besar kepada profesion keguruan. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya.

(3)

Justeru itu, sebagai guru kita harus mengelakkan berlakunya isu ini kerana ia mencemarkan nama baik profesion perguruan. Langkah-langkah tindakan perlu diambil supaya kita dapat meningkatkan akauntabiliti dan integriti sebagai seorang guru. Guru mempunyai akauntabiliti terhadap pelajar dimana ia berkehendakkan guru untuk mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membentuk potensi murid secara menyeluruh supaya melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,emosi, social dan fizikal. Oleh itu, guru tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap muridnya dengan melakukan gangguan seksual. Tetapi sebaliknya guru harus menggunakan amalan-amalan pengajaran dan memilih bahan-bahan untuk semua murid dari pelbagai bangsa, jantina, etnik, agama, kebolehan, tingkah laku atau kepercayaan.

Sebagai seorang guru, tanggungjawabnya amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan negara. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang supaya dapat memberikan didikan yang terbaik kepada mereka. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keperihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Guru juga perlu mempunyai tahap ketabahan tinggi dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar dan bukannya mengambil kesempatan terhadap pelajar. Selain itu, guru juga perlu sentiasa bersifat pengasih dan penyayang dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.

Selain bertanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara, guru perlu menjalin hubungan baik sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka. Semua guru harus menghormati profesionnya dan sentiasa berusaha berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Mereka perlu bekerjasama sesama rakan sejawat demi menjaga inej profesion. Di samping itu, guru perlu bersedia membantu rakan sejawat yang baharu dalam profesion.

(4)

Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya dan bukan sekadar mengikut tatacara kita sahaja. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsure-unsur budaya yang dalam masyarakat setempat. Jika tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka situasi itu akan mengundang nilai negatif misalnya guru dianggap sebagai seorang yang angkuh, tidak beradat dan tidak sopan. Guru juga perlu mengawal tingkah lakunya terhadap rakan sejawat. Tidak wajar seseorang guru bersikap bengis dan kasar, suka memarahi guru lain dikhalayak ramai dengan menggunakan kata-kata tidak sesuai kerana perhubungan baik di antara guru tidak akan terjadi dengan tingkah laku guru yang tidak santun.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu mempunyai akauntabiliti dan integrity terhadap profesion kerana ia akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Jika guru menghayati segala yang diamanahkan, maka semua warga guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas dengan penuh kmoited. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap diri sendiri, pelajar, ibu bapa dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.

(5)

Salam sejahtera, saya berasa sangat bersyukur kerana dengan peruntukan waktu yang telah diberikan mampu membantu saya membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan bagi mata pelajaran EDU 3108 iaitu Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru dengan jayanya. Berdasarkan isu etika keguruan yang telah dianalisis dan dibentang tempoh hari, maka kini saya dikehendaki untuk mencadangkan beberapa langkah penyelesaian bagi meningkatkan prinsip akauntabiliti dan integrasi dalam diri saya sendiri sebagai seorang bakal guru dan kepada guru-guru sedia ada jua. Sesungguhnya dengan adanya kedua-dua prinsip ini di dalam diri setiap guru, maka diharapkan mampu membendung isu etika keguruan yang sangat hebat diperkatakan di media massa kini.

Sebelumnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan ini juga ingin saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing yang amat dihormati iaitu En Wee Kok Leng kerana telah memberi penerangan dan tunjuk ajar yang jelas mengenai penulisan esei ringkas ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan sekelas yang sudi memberikan idea dan pendapat mengenai isu yang saya analisis. Kami juga turut bertukar-tukar buah fikiran dan maklumat agar penghasilan esei yang dibuat adalah tepat dan menepati kehendak sebenar yang ditetapkan oleh pensyarah. Diharapkan segala usaha yang telah dilakukan ini mampu memberikan kebaikan kepada diri saya dan warga guru yang lain. Diharapkan dengan adanya langkah penyelesaian yang saya lampirkan mampu memberi kebaikan kepada seluruh warga pendidik hendaknya.

(6)

JURNAL

Lula J. Henry., Kimberly G. Griffith., Fara M. Goulas.(2005). Perspectives on Sexual Misconduct by Educators: A Call to, Action and a Mandate for Reform and Solutions. National Forum of Teacher Education Journal-Electronic. Volume 16. Number 3E 2005-2006.

Leah P. McCoy, 2008. Studies In Teaching 2008 Research Digest. Wake Forest University. Winston-Salem. NC

Richard D. Shane. (2009). Teacher as Sexual Harassment Victims: The Inequitable Protctions of Title VII in Public Schools. University of Florida.

LAMAN WEB

Utusan Online. 2010. http//.www.utusanonline.com.my Dilayar pada 20 Ogos 2011

Berita harian Online. 2011. http//:www.bharian.com.my Dilayar pada 20 Ogos 2011

Referensi

Dokumen terkait