• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman Teks Cerpen (10 markah) Sinopsis Cinta Ahmad Mutawakkil

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman Teks Cerpen (10 markah) Sinopsis Cinta Ahmad Mutawakkil"

Copied!
53
0
0

Teks penuh

(1)

Pemahaman Teks Cerpen (10 markah) Sinopsis – “Cinta Ahmad Mutawakkil”

Cerpen ini mengisahkan perjuangan seorang nasionalis Melayu muda, Ahmad Mutawakkil yang sanggup berkorban nyawa untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajahan Inggeris dan kekejaman Parti Komunis Malaya. Cerita ini dimulakan dengan peristiwa menyayat hati apabila Ahmad Mutawakkil muncul secara tiba-tiba dalam keadaan cedera parah dan pakaiannya yang dipenuhi dengan darah serta lumpur di pintu surau kampungnya sebaik-baik sahaja para makmum selesai menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Situasi yang mencemaskan itu menimbulkan kejutan dan tanda tanya kepada Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap, dan seluruh makmum di surau kampung mengenai punca kejadian itu berlaku. Ahmad Mutawakkil yang cedera parah telah dibaringkan dengan segera oleh Penghulu Ibrahim Sigap. Dalam keadaan nafasnya tercungap-cungap, dia rebah lalu pengsan.

Melalui teknik imbas kembali, penulis menceritakan kisah penerokaan kampungnya sejak tiga generasi yang meneroka tanah kebun dan sawah padi. Namun selepas itu, bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar. Tuan Booth mengupah beratus-ratus orang buruh termasuklah penduduk kampung penulis untuk menanam pokok-pokok getah. Kemudian, Tuan Booth telah memasukkan lima belas keluarga buruh berketurunan India untuk bekerja di estet getahnya. Seterusnya, kisah riwayat hidup Ahmad Mutawakkil yang menjadi yatim piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir dan terpaksa hidup menumpang dengan Tuan Booth selama tiga tahun turut dikisahkan.

(2)

Pendaratan askar Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 ternyata telah mengubah suasana damai di kampung penulis. Penulis mengimbas kembali kisah Tuan Booth sekeluarga yang terpaksa meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum kemaraan askar Jepun dan kisah kesulitan seluruh penduduk kampung pada zaman pendudukan Jepun itu. Ketiadaan Tuan Booth sekeluarga telah menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar. Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Imam Ngah Deraman telah menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya. Sejak itu, Imam Ngah Deraman selalu menceritakan perihal Ahmad Mutawakkil kepada penduduk kampung termasuklah kepandaiannya membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris. Pada tahun 1943, Ahmad Mutawakkil telah bekerja di bandar.

Pada tahun 1945, Ahmad Mutawakkil memberitahu Imam Ngah Deraman bahawa bandar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah dibom dan askar Jepun terpaksa menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1946, ketika dalam usia 17 tahun, ketokohan dan kehebatan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu muda terserlah apabila setiap kata dan tindak-tanduknya sangat berpengaruh dan disegani sama ada di kampung atau di seluruh daerah. Tuan Booth kembali semula ke banglo di estetnya selepas Jepun menyerah kalah. Sikap peramah dan baik hati Tuan Booth sekeluarga terhadap penduduk kampung telah mengeratkan hubungan antara mereka.

Ketokohan Ahmad Mutawakkil sebagai pejuang nasionalis Melayu terserlah apabila beliau secara lantang menolak perjuangan komunis dan menentang penjajahan Inggeris melalui sesi pidato dan penulisannya dalam surat khabar. Pembabitannya sebagai wartawan telah berjaya meluaskan pengaruhnya sehingga terpilih sebagai pemimpin nombor dua dalam parti peringkat daerah pada tahun 1952. Pada masa yang sama, Sandra, anak gadis Tuan Booth menyimpan perasaan

(3)

kasihnya terhadap Ahmad Mutawakkil yang telah mengundang pelbagai persoalan mengenai hubungan mereka dalam kalangan masyarakat kampungnya.

Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya mula menggila di Perak dan Ahmad Mutawakkil semakin rancak berkempen untuk menggesa rakyat menolak ideologi komunis yang songsang itu. Keadaan itu telah menyebabkan lima orang pengganas komunis menyerbu banglo Tuan Booth untuk meminta Tuan Booth menyampaikan amaran mereka kepada Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci ideologi mereka. Sungguhpun begitu, Ahmad Mutawakkil tidak mengendahkan nasihat Tuan Booth dan Penghulu Ibrahim Sigap malah semakin berani bersuara dengan lantang.

Pada malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya, Ahmad Mutawakkil telah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau kampungnya. Ahmad Mutawakkil memohon tanda minta diri untuk mengikut budak lelaki itu. Keesokan harinya, kehilangan Ahmad Mutawakkil menimbulkan tanda tanya dan kegelisahan dalam kalangan penduduk kampung apabila seharian dia tidak muncul di surau kampung itu. Oleh itu, tiga kumpulan termasuk Tuan Booth telah dibentuk untuk mencari Ahmad Mutawakkil di seluruh pelosok kampung namun usaha itu menemukan kegagalan.

Sesudah solat maghrib, segala kerunsingan dan keresahan penduduk kampung terjawab apabila Ahmad Mutawakkil muncul di surau kampungnya dalam keadaan cedera parah. Dia meninggal dunia di atas ribaan Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya. Kematiannya amat dirasai oleh penduduk kampung termasuklah penulis. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah air

(4)

dan majlis bacaan tahlil sebagai tanda mengenang jasa dan pengorbanan arwah Ahmad Mutawakkil itu.

Tuan Booth sekeluarga telah pulang ke England seminggu selepas kemerdekaan negara tetapi setahun kemudian, anak gadisnya, Sandra telah kembali ke banglo peninggalan bapanya di estet getah itu. Lantaran kenangannya yang tidak pernah lenyap atau demi kecintaannya terhadap Ahmad Mutawakkil, dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.

Tema

1. Cerpen "Cinta Ahmad Mutawakkil" bertemakan kegigihan dan keberanian seorang pemuda yang sanggup berkorban nyawa demi perjuangannya untuk menuntut kemerdekaan tanah air.

2. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang nasionalis Melayu paling muda yang gigih dan berani menuntut kemerdekaan daripada serangan pengganas komunis dan penjajah Inggeris yang mengancam keselamatan masyarakat dan tanah air.

Persoalan

1. Kasih sayang sebagai tali pengikat hubungan sesama anggota keluarga. Contohnya, Tuan Booth amat menyayangi ahli keluarganya apabila dia bertindak membawa mereka berpindah seminggu sebelum kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu.

2. Ketabahan dalam mengharungi pelbagai kesulitan semasa zaman perang. Contohnya, penulis dan penduduk kampung tabah mengharungi pelbagai dugaan dan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun dan Parti Komunis Malaya yang mengganas.

(5)

3. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang. Contohnya, Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat agar bersama-sama berjuang untuk memerdekakan tanah air daripada cengkaman penjajah Inggeris dan anasir komunis.

4. Kisah percintaan yang mendalam. Contohnya, Sandra amat menyayangi Ahmad Mutawakkil sehingga sanggup kembali semula ke banglo peninggalan bapanya setahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

5. Kerjasama yang erat dalam masyarakat dapat mengeratkan perpaduan dan keselamatan penduduk. Contohnya, masyarakat kampung penulis bekerjasama mencari dan menjejaki kehilangan Ahmad Mutawakkil.

6. Kekejaman dan kezaliman pihak pengganas terhadap masyarakat. Contohnya, serangan maut pengganas komunis telah mengorbankan tiga orang pengurus berbangsa Inggeris dalam serangan berkembar di Estet Ephill dan di Estet Sungai Siput.

Watak dan Perwatakan

1. Watak utama -Ahmad Mutawakkil.

2. Watak-watak sampingan - Tuan Booth, Sandra, Imam Ngah Deraman, Penghulu Ibrahim Sigap, isteri Tuan Booth, lima orang pengganas komunis, lima belas keluarga buruh keturunan India, dan penduduk kampung.

Ahmad Mutawakkil

1. Ahmad Mutawakkil berusia 25 tahun ketika dia meninggal dunia akibat ditembak oleh pengganas komunis.

2. Beliau merupakan anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu selepas kematian ayahnya.

(6)

3. Beliau boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris dengan baik.

4. Beliau bermisai nipis seperti bulu roma dan mempunyai perwatakan yang sangat mengagumkan masyarakat kampungnya.

5. Beliau bekerja sebagai wartawan yang masyhur dan banyak menulis dalam surat khabar.

6. Beliau seorang nasionalis muda yang mempunyai sifat patriotism yang tinggi apabila dia secara terbuka berjuang menentang Inggeris.

7. Ahmad Mutawakkil bijak merancang masa depan. Contohnya, beliau belajar menulis dan membaca daripada Sandra sewaktu beliau menumpang tinggal dengan Tuan Booth.

8. Beliau petah berpidato. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berjaya memukau masyarakat kampung dengan pengucapan pidatonya yang lantang.

9. Beliau berani bersuara demi kebenaran melalui penulisannya dalam surat khabar dan penyampaian pidatonya.

10. Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban dan menggadaikan nyawanya untuk mempertahankan keselamatan penduduk dan kampungnya daripada ancaman pengganas komunis.

11. Beliau seorang yang menghargai jasa dan budi orang lain. Contohnya, Ahmad Mutawakkil tetap menghargai jasa dan budi baik Tuan Booth dengan menghadiri majlis yang diadakan oleh Tuan Booth di banglo estetnya.

12. Beliau seorang yang berhemah tinggi. Contohnya, Ahmad Mutawakkil memberikan senyuman dan bersalam dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap sebagai tanda minta diri.

13. Ahmad Mutawakkil sangat berpengaruh sehingga dihormati dan disegani oleh penduduk di kampungnya dan di seluruh daerah.

(7)

14. Beliau seorang pemimpin parti yang berjiwa besar, iaitu dipilih memegang jawatan pemimpin nombor dua pada peringkat daerah walaupun ketika itu beliau berusia 24 tahun.

Tuan Booth

1. Tuan Booth merupakan pengurus ladang getah di estetnya. 2. Dia berbangsa Inggeris dan berasal dari England.

3. Dia mempunyai seorang isteri dan seorang anak perempuan bernama Sandra. 4. Tuan Booth seorang yang berkulit putih dan gemar berseluar pendek serta bertopi bulat.

5. Tuan Booth ialah majikan kepada lima belas keluarga keturunan India yang bekerja sebagai buruh di ladang getahnya.

6. Dia seorang yang murah dengan senyuman terutamanya apabila berjumpa dengan masyarakat kampung berhampiran dengan estet getahnya.

7. Dia seorang yang baik hati. Contohnya, dia menjemput dan meraikan pasangan pengantin penduduk kampung penulis di banglo estetnya.

8. Dia seorang yang peramah dan pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat tempatan. Contohnya, dia akan ke surau pada setiap petang untuk bersembang dan bergaul mesra dengan penduduk kampung.

9. Dia seorang yang penyayang. Contohnya, dia membawa isteri dan anak perempuannya berpindah seminggu sebelum kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu.

10. Dia seorang yang suka berterus terang. Contohnya, Tuan Booth mengatakan bahawa Ahmad Mutawakkil seorang nasionalis Melayu kerana berani menentang Inggeris.

(8)

1. Sandra ialah anak gadis tunggal kepada Tuan Booth yang telah berumur 27 tahun.

2. Dia seorang gadis yang bermata biru lembut dan berambut perang. 3. Dia seorang gadis berbangsa Inggeris yang fasih berbahasa Melayu.

4. Secara diam-diam, dia menyimpan perasaan cinta terhadap Ahmad Mutawakkil.

5. Dia seorang yang baik hati. Contohnya, dia mengajar Ahmad Mutawakkil membaca dan menulis ketika Ahmad Mutawakkil menumpang tinggal di banglo bapanya.

6. Sandra seorang yang penyayang. Contohnya, dia menangis apabila menyedari kehilangan buah hatinya, Ahmad Mutawakkil.

7. Dia seorang yang setia dalam percintaan. Contohnya, dia kembali semula ke banglo peninggalan bapanya di estet setahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan untuk mengajar anak-anak orang kampung lantaran kecintaannya yang mendalam terhadap Ahmad Mutawakkil.

Imam Ngah Deraman

1. Imam Ngah Deraman ialah seorang imam surau di kampung penulis. 2. Dia seorang yang taat dan alim akan ajaran agama Islam.

3. Dia seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, dia mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya selepas Tuan Booth sekeluarga meninggalkan banglo di estet getahnya.

4. Dia seorang yang mudah berkongsi maklumat. Contohnya, dia akan menyampaikan apa-apa sahaja berita yang dikhabarkan oleh Ahmad Mutawakkil kepada penduduk kampung.

(9)

5. Seorang yang rasional dan berprasangka baik. Contohnya, dia tidak menghalang niat baik Tuan Booth sekeluarga yang meraikan pasangan pengantin kampungnya selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak dan agama.

6. Seorang yang penyayang. Contohnya, wajah Imam Ngah Deraman pucat lesi apabila menyedari kehilangan Ahmad Mutawakkil yang tidak hadir ke surau untuk bersolat subuh secara berjemaah pada pagi Jumaat.

Latar

Latar Tempat

1. Surau kampung. Contohnya, kejadian Ahmad Mutawakkil meninggal dunia di atas ribaan Imam Ngah Deraman sambil menggenggam tangan Penghulu Ibrahim Sigap berlaku di surau kampung.

2. Banglo estet Tuan Booth. Contohnya, Tuan Booth tinggal bersama-sama dengan isterinya dan seorang anak perempuannya, iaitu Sandra di banglo itu.

3. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput. Contohnya, pengganas komunis telah membunuh tiga orang pengurus berbangsa Inggeris di situ.

4. Bandar. Contohnya, Ahmad Mutawakkil bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti Jepun di bandar.

5. Kampung penulis. Contohnya, penduduk kampung mula merasai bahang keganasan pihak komunis.

6. Tengah estet Tuan Booth. Contohnya, terdapat petempatan rumah teres yang dihuni oleh lima belas keluarga buruh berbangsa India di tengah estet.

7. Pekarangan estet Tuan Booth. Contohnya, Ahmad Mutawakkil yang sudah yatim piatu sering keluar masuk di pekarangan estet Tuan Booth.

(10)

8. Laman estet Tuan Booth. Contohnya, lima orang pengganas komunis melepaskan beberapa das tembakan ke udara untuk menakutkan orang kampung di laman estet Tuan Booth.

9. Kawasan kebun getah. Contohnya, pekerja berbangsa India bekerja sebagai buruh di kawasan kebun getah.

10. Kebun kampung penulis. Contohnya, penduduk kampung bertani dengan menanam pisang, ubi kayu, dan keledek di kebun.

11. Sawah. Contohnya, penduduk kampung penulis juga menanam padi sawah. 12. England. Contohnya, Tuan Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Latar Masa

1. Pertengahan tahun 30-an. Contohnya, keluarga Tuan Booth telah datang dan menetap di sebuah rumah banglo di estet pada pertengahan tahun 30-an.

2. Waktu pagi. Contohnya, lima orang pengganas komunis telah menyerbu masuk ke rumah Tuan Booth pada waktu pagi. Mereka mendesak Tuan Booth supaya menasihati Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci komunis. 3. Waktu petang. Contohnya, Tuan Booth akan menjengah ke surau selepas waktu asar dan duduk berbual-bual dengan orang kampung.

4. Waktu malam. Contohnya, Ahmad Mutawakkil menyampaikan pidatonya untuk menyeru masyarakat kampung agar bangkit menuntut kemerdekaan negara.

5. Seminggu sebelum Jepun mendarat di Tanah Melayu. Contohnya, Tuan Booth sekeluarga telah meninggalkan banglo di estet getahnya pada tempoh tersebut. 6. Malam Jumaat, bulan Ogos tahun 1953. Contohnya, dalam keadaan cedera parah, Ahmad Mutawakkil melangkah dengan longlai ke arah Imam Ngah Deraman dan rebah di atas ribaannya sebelum akhirnya meninggal dunia pada malam Jumaat tersebut.

(11)

7. 31 Ogos 1957. Contohnya, penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil di surau pada malam kemerdekaan negara.

8. Seminggu selepas 31 Ogos 1957. Contohnya, Tuan Booth sekeluarga telah pulang ke England seminggu selepas kemerdekaan negara.

9. 31 Ogos 1958. Contohnya, Sandra kembali semula ke banglo estet peninggalan bapanya setahun selepas negara mencapai kemerdekaan untuk mengajar anak-anak masyarakat kampung.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Contohnya, Ahmad Mutawakkil lantang berpidato di surau kampungnya untuk menggesa masyarakat kampung agar menolak perjuangan komunis.

2. Masyarakat berbangsa Melayu yang tinggal di kawasan perkampungan yang terpencil. Contohnya, penulis bersyukur kerana penduduk kampung mereka jarang-jarang dihendap askar Jepun disebabkan kedudukan kampung mereka di kawasan pedalaman.

3. Masyarakat yang mengenang jasa pemuda yang banyak berkorban untuk membebaskan tanah air daripada musuh. Contohnya, penduduk kampung menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Ahmad Mutawakkil.

4. Masyarakat yang menjadi mangsa keganasan pihak pengganas. Contohnya, Ahmad Mutawakkil telah terkorban akibat ditembak dengan tiga das tembakan dari jarak dekat.

5. Masyarakat tempatan yang bertindak kejam dan sanggup menjadi pembelot terhadap negara. Contohnya, lima orang pengganas komunis termasuk dua orang berbangsa Melayu sanggup menjadi pembelot ketika menyerbu masuk ke banglo Tuan Booth pada suatu pagi.

(12)

6. Masyarakat penjajah asing yang mengaut keuntungan ekonomi tanah air. Contohnya, Tuan Booth telah membuka estet getah dan mengupah lima belas keluarga berketurunan India untuk bekerja sebagai buruh di estet getahnya.

7. Masyarakat yang menaruh perasaan cinta tanpa sempadan bangsa dan adat resam. Contohnya, Sandra, anak gadis Tuan Booth amat menyayangi Ahmad Mutawakkil.

8. Masyarakat kampung yang gigih bertani untuk keperluan sara hidup. Contohnya, kebanyakan penduduk kampung penulis yang berbangsa Melayu bertani padi sawah, pisang, ubi kayu, dan keledek.

Plot

Binaan Plot

1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.

2. Bahagian pengenalan atau eksposisi cerpen ini dimulai oleh pengarang dengan memperkenalkan watak Ahmad Mutawakkil yang muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya sebaik-baik sahaja para makmum selesai menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Ahmad Mutawakkil dalam keadaan cedera parah dan pakaiannya dipenuhi dengan darah dan lumpur.

3. Pada tahap perkembangan, melalui teknik imbas kembali, penulis menceritakan kisah kampungnya kembali yang telah dipugar oleh poyangnya sejak tiga generasi yang lalu. Selepas itu, bermula pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah datang ke kampung itu untuk meneroka belukar dengan mengupah beratus-ratus orang buruh dan ditanami dengan pokok getah. Kemudian, masuk pula lima belas keluarga buruh berketurunan India yang bekerja di estet getah milik Tuan Booth itu. Seterusnya, kisah riwayat hidup Ahmad Mutawakkil yang menjadi yatim

(13)

piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir dan terpaksa menumpang hidup dengan Tuan Booth selama tiga tahun turut dikisahkan.

4. Cerita sampai ke tahap perumitan apabila pendaratan askar Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941 ternyata mengubah suasana damai di kampung penulis. Ketiadaan Tuan Booth sekeluarga telah menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar. Atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Imam Ngah Deraman menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya. Tuan Booth kembali semula ke banglo di estetnya selepas Jepun menyerah kalah. Sandra, anak gadis Tuan Booth telah menyimpan perasaan kasihnya terhadap Ahmad Mutawakkil yang telah mengundang pelbagai persoalan mengenai hubungan mereka dalam kalangan masyarakat kampungnya. Lima orang pengganas komunis telah menyerbu banglo Tuan Booth dan mendesak Tuan Booth supaya menasihati Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci ideologi komunis.

5. Puncak atau klimaks cerpen ini apabila Ahmad Mutawakkil telah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau pada malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya. Keesokan harinya, kehilangan Ahmad Mutawakkil menimbulkan tanda tanya dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat kampung apabila seharian dia tidak muncul di surau kampung itu. Gerakan mencari Ahmad

Mutawakkil di segenap pelosok kampung telah dijalankan oleh tiga kumpulan pencari termasuklah Tuan Booth namun pencarian itu menemukan kegagalan. 6. Cerita mencapai tahap peleraian apabila Ahmad Mutawakkil meninggal dunia di atas ribaan Imam Ngah Deraman akibat tembakan tiga butir peluru yang menembusi belakang bahunya dari jarak dekat. Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah air dan majlis bacaan tahlil sebagai tanda mengenang jasa arwah Ahmad Mutawakkil yang telah terkorban. Setahun kemudian, Sandra kembali ke banglo peninggalan bapanya di estet getah itu lantaran kenangannya yang tidak pernah

(14)

lenyap terhadap Ahmad Mutawakkil. Dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca dan menulis.

Teknik Plot

Pelbagai teknik plot atau teknik penulisan yang digunakan oleh Zainal Rashid Ahmad untuk mengembangkan plot cerpen "Cinta Ahmad Mutawakkil".

1. Teknik pemerian.

(a) Penulis memerihalkan keadaan Ahmad Mutawakkil sewaktu dia muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya. Contohnya:

Dialah Ahmad Mutawakkil. Wajahnya berkerut-kerut; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. (hlm. 43)

(b) Penulis menggambarkan layanan baik dan kemesraan Tuan Booth sekeluarga terhadap penduduk kampung yang diundang ke majlis yang diadakan di banglo estetnya. Contohnya:

Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke banglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai orang perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap menghidangi kami dengan menu Orang Putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. (hlm. 50)

2. Teknik dialog.

(a) Dialog antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra. Ahmad Mutawakkil sangat terhutang budi atas kesudian Sandra mengajarnya menulis dan membaca. Contohnya:

(15)

"Kalau bukan awak yang ajar saya menulis dan membaca," kata Ahmad Mutawakkil, "tak mungkin saya jadi wartawan. Saya sangat terhutang budi."

Gadis itu tersenyum, menjawab dalam bahasa Melayu yang fasih. "Dari dulu, saya tau awak bijak ... tapi saya tak sangka, awak akan sehebat ini."

(hlm. 52)

(b) Dialog seorang daripada pengganas komunis yang telah mendesak Tuan Booth supaya menyampaikan mesej amaran kepada Ahmad Mutawakkil. Contohnya:

"Gua tau ... lu ... dia punya kawan baik, Kasi tau sama itu Ahmad. Kalau mau ini kampung aman, jangan hasut orang benci komunis dalam surat khabar atau mana-mana tempat." (hlm. 53)

3. Teknik imbas kembali.

(a) Penulis mengimbas kembali peristiwa kedatangan satu keluarga Orang Putih ke kampungnya. Contohnya:

Pertengahan tahun 30-an, datang satu keluarga Orang Putih mengupah beratus-ratus orang buruh, termasuk kami sendiri meneroka belukar. Tak lama kemudian, berjejerlah anak-anak getah. (hlm. 44)

(b) Penulis juga teringat kembali kisah Ahmad Mutawakkil ketika berusia 17 tahun. Contohnya:

Usia Ahmad Mutawakkil pada waktu itu, baru 17 tahun. Meskipun masih terlalu muda remaja, setiap kata dan tindak-tanduk Ahmad Mutawakkil sangat berpengaruh. Selain dihormati di kampungnya sendiri, dia juga disegani di seluruh daerah. (hlm. 48)

4. Teknik imbas muka.

Penulis membayangkan ketiadaan Sandra, anak gadis Tuan Booth pada malam penyampaian pidato oleh Ahmad Mutawakkil di kampungnya berkemungkinan disebabkan faktor kesihatan atau faktor merajuk. Contohnya:

(16)

Agak memeranjatkan, si rambut perang bermata biru lembut itu tidak kelihatan. "Barangkali dia tak sihat .., atau merajuk dengan Ahmad Mutawakkil ... atau ... . " (hlm. 54)

5. Teknik kejutan.

(a) Kemunculan mengejut Ahmad Mutawakkil dalam keadaan cedera parah di pintu surau pada permulaan cerita menimbulkan kejutan kepada pembaca sedangkan dialah watak utama dalam cerpen ini. Contohnya:

Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan. Sebelah tangannya memaut tiang pintu, manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami sedar – perkara yang ditakuti belakangan ini, benar-benar terjadi. (hlm. 43) (b) Kemunculan semula Sandra di banglo peninggalan bapanya di estet getah setahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan benar-benar memberikan kejutan kepada pembaca dan penduduk kampung. Contohnya:

Tuan Booth sekeluarga balik ke England seminggu selepas merdeka, tapi setahun kemudian - ketika kami bersiap-siap di surau meraikan setahun merdeka - gadis Inggeris berambut perang dan bermata biru lembut itu muncul semula.

(hlm. 58)

6. Teknik saspens.

(a) Peristiwa kehadiran Sandra, anak gadis Tuan Booth di surau pada setiap kali Ahmad Mutawakkil pulang ke kampung untuk berceramah benar-benar menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan penduduk kampung dan pembaca tentang hubungan sebenar antara mereka berdua. Contohnya:

Dalam diam-diam, sebenarnya kami juga ingin tahu, apatah lagi setelah menyedari kehadiran anak gadis Tuan Booth di surau, setiap kali Ahmad Mutawakkil balik ke kampung untuk berceramah. (hlm. 51)

(17)

(b) Peristiwa kemaraan askar Jepun yang menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 telah menimbulkan tanda tanya kepada pembaca tentang nasib penduduk kampung itu. Contohnya:

Sebaik-baik saja perang pecah pada tahun 1941 dan Jepun masuk, keadaan jadi berkecamuk. Suasana kehidupan kampung dipengap ketakutan. (hlm. 46)

(c) Peristiwa keberanian Ahmad Mutawakkil secara terang-terangan mengkritik orang Melayu yang sanggup diperalat oleh Parti Komunis Malaya benar-benar menimbulkan tanda tanya kepada pembaca tentang nasib yang akan menimpa Ahmad Mutawakkil itu. Contohnya:

Selain citra merdeka, dalam ceramah pada malam itu, dengan nada penuh kesal, Ahmad Mutawakkil turut mengkritik orang Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Walaupun, siang tadi Penghulu Ibrahim Sigap berulang kali menasihatinya agar tidak menyentuh perihal komunis, Ahmad Mutawakkil tetap lantang membidas. (hlm. 54)

7. Teknik monolog dalaman.

(a) Penulis melahirkan rasa kesyukuran dalam hatinya atas dua perkara walaupun ketika itu Jepun sedang menjajah negerinya itu. Contohnya:

Namun, kami bersyukur atas dua perkara. Pertama, kampung kami terpencil, maka jarang-jaranglah dihendap oleh Jepun ... . Kedua, kami bersyukur kerana kacau-bilau zaman Jepun menyedarkan kami betapa hinanya hidup terjajah.

(hlm. 46)

(b) Penulis melahirkan rasa rindunya terhadap kata-kata semangat yang pernah diungkapkan oieh Ahmad Mutawakkii yang kini hanya menjadi kenangan. Contohnya:

Kami sentiasa rindu akan kata-kata semangat anak muda itu: "Tanah Melayu pasti Merdeka!" (hlm. 58)

(18)

Gaya Bahasa

1. Bahasa Arab. Contohnya: (a) solat maghrib (hlm. 43) (b) Alhamdulillah (hlm. 48) (c) syahadah (hlm. 56)

2. Bahasa slanga. Contohnya:

"Gua tau ... lu ... dia punya kawan baik. Kasi tau sama itu Ahmad. Kalau mau ini kampung aman, jangan hasut orang benci komunis dalam surat khabar atau mana-mana tempat." (hlm. 53)

3. Perulangan atau repetisi. Contohnya:

(a) Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan. (hlm. 50)

(b) ...tak terkesan sebarang jejak, tak ketemu sebarang tanda atau petunjuk. (hlm. 56)

(c) Barangkali, dek kenangan yang tak pernah lenyap, atau demi kecintaan yang tak pernah padam,... (hlm. 58)

4. Personifikasi. Contohnya:

(a) ...seluruh ketenangan hidup warisan moyang-poyang kami terasa tersentap pergi dan terlucut begitu saja daripada genggaman. (hlm. 46)

(b) ... tiada seorang pun antara kami yang pernah diratah atau dirobek peluru. (hlm. 46)

(c) ...ketegangan merayap ke seluruh negara dan sampai juga ke kampung kami.

(hlm. 52)

(d) Parti Komunis Malaya mula menggila. (hlm. 52)

(e) … Ahmad Mutawakkil menyusur tangga lalu menghilang ditelan kegelapan

(19)

5. Simile. Contohnya:

(a) Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang maut. (hlm. 43)

(b) Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. (hlm. 46)

(c) Pada usia 15 tahun, Ahmad Mutawakkil laksana jendela – tempat kami menjenguk dunia. (hlm. 48)

(d) Misai terunanya tak ubah macam bulu roma, tetapi perawakannya sangat mengesankan. (hlm. 48)

(e) Darah membuak-buak bagai mata air. (hlm. 56) 6. Metafora. Contohnya:

(a) Garisan perang (hlm. 46) (b) bola matanya (hlm. 48) (c) sayap parti (hlm. 48) 7. Sinkope. Contohnya:

(a) "Aku tak sangka budak tu pandai menulis..." (hlm. 47)

(b) "Dari dulu, saya tau awak bijak ... tapi saya tak sangka, awak akan sehebat ini."

(hlm. 52)

8. Paradoks. Contohnya:

(a) Suaranya bersahaja, tetapi setiap patah perkataan yang disebutnya cukup untuk menyemarakkan hati sanubari kami. (hlm. 48)

(b) Meskipun masih terlalu muda remaja, setiap kata dan tindak-tanduk Ahmad Mutawakkil sangat berpengaruh. (hlm. 48)

9. Peribahasa. Contohnya: (a) anak angkatnya (hlm. 47)

(b) menjaga tepi kain orang (hlm. 51) (c) macam kera mendapat bunga (hlm. 51) (d) minta diri (hlm. 54)

(20)

(e) tangan kosong (hlm. 56)

Nilai

1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Tuan Booth amat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Sandra apabila dia bertindak membawa mereka meninggalkan banglo di estetnya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu.

2. Nilai patriotisme/cinta akan negara. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berjuang meniupkan api semangat patriotik melalui penulisannya di surat khabar dan melalui ceramah yang disampaikannya kepada masyarakat kampung.

3. Nilai keberanian. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani bersuara dengan lantang dan secara terang-terangan membidas dan mengkritik perjuangan pihak komunis.

4. Nilai ketabahan. Contohnya, Ahmad Mutawakkil tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan negara.

5. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Ahmad Mutawakkil bijak memanfaatkan peluang semasa menumpang di banglo Tuan Booth selama tiga tahun dengan belajar membaca dan menulis daripada Sandra.

6. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Imam Ngah Deraman bertanggungjawab mencari dan membawa Ahmad Mutawakkil pulang ke rumahnya selepas Tuan Booth sekeluarga meninggalkan banglonya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu.

7. Nilai kerjasama. Contohnya, tiga kumpulan pencari bekerjasama meredah belukar dan hutan di seluruh pelosok kampung untuk mencari jejak Ahmad Mutawakkil yang hilang.

(21)

8. Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Tuan Booth sekeluarga menghormati masyarakat kampung penulis yang berbangsa Melayu walaupun mereka berlainan agama, bangsa, dan adat resam.

9. Nilai mengenang jasa. Contohnya, penduduk kampung menganjurkan majlis doa kesyukuran dan bacaan tahlil untuk mengenang jasa dan pengorbanan Ahmad Mutawakkil sebagai nasionalis yang banyak berjasa kepada penduduk kampung. 10. Nilai pengorbanan. Contohnya, Ahmad Mutawakkil sanggup berkorban dan mempertaruhkan nyawanya untuk membebaskan tanah air daripada ancaman komunis dan penjajah Inggeris.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani dalam melakukan sebarang tindakan. Contohnya, Ahmad Mutawakkil berani bersuara dengan lantang untuk mengajak rakyat menolak perjuangan songsang komunis.

2. Kita mestilah memupuk semangat cinta akan negara untuk memerdekakan tanah air daripada anasir pengganas dan penjajah. Contohnya, Ahmad Mutawakkil merupakan nasionalis muda yang bersemangat dalam menggesa rakyat menentang penjajah Inggeris.

3. Kita perlulah bekerjasama dan bantu-membantu untuk melakukan sesuatu perkara. Contohnya, tiga kumpulan pencari bekerjasama meredah belukar dan hutan di seluruh pelosok kampung untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang telah menghilangkan diri.

4. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai kesulitan dan keperitan hidup pada zaman perang. Contohnya, masyarakat kampung penulis tabah menghadapi kesulitan ketika zaman pendudukan Jepun dan era komunis yang menggila.

(22)

5. Kita mestilah mengenang budi seseorang yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air. Contohnya, masyarakat kampung penulis menganjurkan bacaan tahlil khusus untuk arwah Ahmad Mutawakkil sebagai mengenangkan jasa dan pengorbanannya.

6. Kita hendakiah mempererat ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga sekali gus melindungi mereka daripada sebarang bahaya atau ancaman. Contohnya, Tuan Booth membawa ahli keluarganya berpindah dari banglo di estetnya seminggu sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu.

7. Kita hendaklah bijak mengambil peluang untuk menambahkan ilmu. Contohnya, Ahmad Mutawakkil telah belajar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris daripada Sandra ketika dia menumpang selama tiga tahun di banglo Tuan Booth.

Latihan

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Selain citra merdeka, dalam ceramah pada malam itu, dengan nada penuh kesal, Ahmad Mutawakkil turut mengkritik orang Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Walaupun, siang tadi Penghulu Ibrahim Sigap berulang kali menasihatinya agar tidak menyentuh perihal komunis, Ahmad Mutawakkil tetap lantang membidas.

"Mereka bukan pejuang, tapi orang yang sanggup menjual agama dan bangsa kepada komunis."

Apa-apa pun, kami lega. Tiada sebarang gangguan komunis dan keadaan di sekitar surau tenang, aman.

(23)

Sekalipun majlis ceramah sudah usai, kami orang lelaki, masih bersantai di surau. Kira-kira pukul 11:00 malam, seorang budak lelaki mendekati Ahmad Mutawakkil yang sedang berbual-bual dengan Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap.

Budak lelaki itu membisikkan sesuatu. Kemudian, kami nampak Ahmad Mutawakkil tersenyum, bangun lalu bersalaman, tanda minta diri.

Kami masih duduk bergebang di beranda surau sambil menghirup saki-baki kopi ketika Ahmad Mutawakkil menyusur tangga lalu menghilang ditelan kegelapan malam.

(Dipetik daripada cerpen "Cinta Ahmad Mutawakkil" oleh Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)

(i) Apakah kandungan ceramah yang disampaikan oleh Ahmad Mutawakkil berdasarkan petikan di atas? [2 markah] _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah Ahmad Mutawakkil membidas perihal gerakan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu pada waktu itu?

Berikan tiga alasan anda. KBAT [3 markah] _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

(24)

(iii) Huraikan satu persoalan yang terkandung dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah] _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

(25)

Pemahaman Teks Cerpen (10 markah) Sinopsis – “Hipertensi”

Cerpen ini mengisahkan seorang pelajar bernama Aiman Aqil yang sangat meminati bidang penerokaan sains angkasa lepas. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman yang berehat di rumah banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah. Kemudian, cerita ini berkisar tentang peristiwa masa lalu yang ditempuhi oleh Aiman sepanjang perjalanan hidupnya. Aiman teringat kembali peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan Teori Graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton. Dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga suasana di dalam kelas itu menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai profesor disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir yang tinggi serta matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.

Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik. Ketika menuntut di sekolah rendah, Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat berasa bosan dan jelak dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan daya berfikir yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyelesaikan latihan terutamanya bagi mata pelajaran Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu bapa

(26)

Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila mengetahui hal tersebut. Bapa Aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul sehingga lebam.

Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang. Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas. Dalam imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah ditambah sepuluh tahun. Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat berlepas ke angkasa lepas dengan menggunakan sebuah kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi telah diketahui oleh ibu dan bapanya. Kesudahannya, pinggul Aiman dirotan lagi oleh bapanya. Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di dalam hati sahaja.

Aiman semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang telah diberi peluang mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama-sama dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang akan mendarat di bulan dengan menaiki kapal angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman berpendapat bahawa dia perlu membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu sebelum dia meneroka bulan. Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin meluas apabila dia membayangkan dirinya berada di ruang udarakasa bulan tanpa udara. Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan, dia melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan bulan yang sebenar.

Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih kuat. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu sering kali menampar Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman

(27)

yang gagap dalam pertuturan, bapa dan ibu Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi. Aiman terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu melihat dirinya sendiri dalam kehidupan yang realiti dan lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Aiman berasa bahawa ibu dan bapanya tidak perlu lagi membawanya untuk mengikuti latihan intensif dan latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi.

Tema

1. Tema cerpen "Hipertensi" adalah tentang keinginan yang tinggi dalam bidang sains angkasa sehingga menyebabkan Aiman Aqil membayangkan dirinya berada dalam suasana di angkasa lepas.

2. Aiman sering berhalusinasi tentang dunia penerokaan sains angkasa lepas dengan menjadikan sebatang pohon kelapa dara di penjuru banglonya sebagai tempat berlepas ke angkasa dengan sebuah kapal angkasa.

Persoalan

1. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya. Contohnya, ibu bapa Aiman membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi bagi memulihkan pertuturannya yang gagap.

2. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Contohnya, Aiman Aqil bijak menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walaupun ketika itu dia masih bersekolah rendah.

3. Rasional dalam membuat sebarang keputusan atau tindakan. Contohnya, guru kelas Aiman memberikan amaran dengan tegas kepada Aiman supaya dia kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu murid-murid lain menyiapkan latihan.

(28)

4. Pengorbanan seorang guru terhadap anak murid. Contohnya, Cikgu Faridah mengajar Aiman Aqil dan murid-murid yang lain subjek Sains dengan bersungguh-sungguh.

5. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Contohnya, hasrat dan impian Aiman Aqil untuk menjadi seorang angkasawan tidak tercapai apabila dia hanyalah sekadar berimaginasi.

6. Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Contohnya, Aiman Aqil masih menyimpan dendam terhadap perbuatan bapanya yang pernah merotan dan menamparnya.

Watak dan Perwatakan 1. Watak utama - Aiman Aqil.

2. Watak-watak sampingan - bapa Aiman, ibu Aiman, Cikgu Faridah, Fadilah Fatnin, Azilah Atiqah, dan sebagainya.

Aiman Aqil

1. Aiman Aqil berumur hampir 20 tahun.

2. Dia berwajah agak cengkung dan memiliki jari-jemari tangan yang kurus runcing. 3. Dia merupakan anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.

4. Aiman seorang yang bercakap gagap, iaitu mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum keluar kata-kata.

5. Aiman mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat.

6. Dia seorang murid yang pintar dalam pelajaran terutamanya dalam subjek Matematik dan Sains.

(29)

7. Aiman bercita-cita tinggi, iaitu menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Armstrong.

8. Dia gemar menyakat orang lain. Contohnya, Aiman selalu merayau dan menyakat rakan-rakan sekelasnya hingga dia diberikan amaran oleh guru kelasnya. 9. Dia seorang yang suka memberontak dan marah-marah terhadap suasana persekitarannya. Contohnya, Aiman akan ponteng kelas setelah dirotan oleh bapanya.

10. Dia seorang yang pendendam, iaitu menyimpan dendam terhadap kebengisan bapanya yang sering merotan dan menamparnya.

11. Aiman seorang yang insaf. Contohnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi.

Bapa Aiman

1. Bapa Aiman mempunyai tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah.

2. Dia bertugas sebagai seorang jurutera mekanikal.

3. Dia dipanggil dengan gelaran "babah" oleh Aiman dan anak-anaknya.

4. Dia seorang yang bertanggungjawab dengan membesarkan tiga orang anaknya di sebuah rumah.

5. Dia seorang yang bengis dan garang, iaitu dia pernah menampar Aiman dan merotan Aiman kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu.

6. Dia seorang yang penyayang, iaitu dia berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan terapi.

(30)

Ibu Aiman

1. Ibu kepada tiga orang anak, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. 2. Ibu Aiman bertugas sebagai seorang saintis dalam bidang geologi.

3. Dia seorang yang penyayang. Contohnya, dia berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.

4. Dia seorang isteri yang taat dan patuh akan suami. Contohnya, ibu Aiman tidak melawan apabila suaminya merotan Aiman.

5. Dia seorang yang penyabar, iaitu dia tetap bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman yang bersikap kontras dengan suaminya.

Cikgu Faridah

1. Cikgu Faridah ialah guru Sains di sekolah Aiman.

2. Dia seorang yang dedikasi. Contohnya, dia menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya.

3. Dia seorang yang cepat marah. Contohnya, wajahnya segera berubah apabila Aiman mempertikaikan teori graviti yang diajarinya dengan kuasa Tuhan.

4. Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi murid. Contohnya, dia menggelar Aiman sebagai profesor kerana kepintaran dan kecerdikan muridnya itu.

Latar

Latar Tempat

1. Sekolah. Contohnya, Aiman dan rakan-rakannya belajar mata pelajaran Sains daripada Cikgu Faridah di sekolah.

2. Rumah banglo Aiman. Contohnya, Aiman sekeluarga tinggal di sebuah rumah banglo.

(31)

3. Stesen Angkasa Antarabangsa. Contohnya, tempat permulaan kapal angkasa Soyuz ke bulan adalah di Stesen Angkasa Antarabangsa.

4. Ruang udarakasa bulan. Contohnya, Aiman terapung-apung di ruang udara itu dengan berpakaian sebagai seorang angkasawan.

5. Pohon kelapa dara di penjuru banglo. Contohnya, Aiman mengandaikan pohon itu sebagai Stesen Angkasa Antarabangsa dan kapal angkasa Soyuz.

Latar Masa

1. Waktu siang. Contohnya, peristiwa Aiman belajar di sekolahnya berlaku pada waktu siang.

2. Waktu pagi. Contohnya, peristiwa Aiman Aqil dilahirkan di bilik bersalin berlaku pada waktu pagi.

3. Zaman sekolah rendah. Contohnya, Aiman kerap ponteng kelas semasa di sekolah rendah kerana sikapnya yang mudah bosan dan jelak terhadap pengajaran guru.

4. Zaman remaja. Contohnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi dan kembali ke dunia realiti.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seseorang yang diidamkannya. Contohnya, Aiman Aqil menyimpan angan-angan dan bercita-cita untuk menjadi seorang angkasawan yang berjaya seperti Neil Amstrong.

2. Masyarakat yang bijak dan pintar dalam pelajaran. Contohnya, Aiman Aqil merupakan murid yang bijak dan pintar dalam pelajaran.

3. Masyarakat yang bekerja sebagai pendidik. Contohnya, Cikgu Faridah merupakan guru mata pelajaran Sains yang mengajar Aiman dan rakan-rakannya.

(32)

4. Masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga. Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah. 5. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap penyakit anaknya. Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.

6. Masyarakat yang mendidik anak secara bengis dan garang. Contohnya, bapa Aiman merotan dan menampar Aiman apabila dia melakukan kesalahan tanpa berusaha untuk menasihati atau memujuknya.

7. Masyarakat yang insaf akan kesilapan lalu. Contohnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi.

8. Masyarakat yang berpendirian tegas dalam membuat keputusan. Contohnya, guru kelas Aiman memberikan amaran dengan tegas kepada Aiman supaya dia kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu murid-murid lain menyiapkan latihan.

9. Masyarakat pendendam yang masih mengingati kisah lalu. Contohnya, Aiman Aqil masih menyimpan dendam terhadap perbuatan bapanya yang pernah merotan dan menamparnya.

Plot

Binaan Plot

1. Plot cerpen ini disusun mengikut kronologi.

2. Bahagian pengenalan atau eksposisi cerpen ini mengisahkan watak Aiman yang berehat di rumah banglo keluarganya. Banglo tersebut terletak di lereng bukit yang sudah gondol akibat kerja-kerja penerokaan dan pembangunan tanah.

(33)

3. Cerita sampai ke tahap perkembangan apabila melalui teknik imbas kembali, iaitu Aiman teringat tentang Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid yang sekelas dengannya berkaitan dengan Teori Graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton. Dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut, berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga mencetuskan suasana riuh di dalam kelas itu. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai profesor disebabkan kepintarannya dan dia mempunyai daya berfikir yang tinggi dan matang berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.

4. Cerita memasuki tahap perumitan apabila Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat berasa bosan dan jelak dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya yang cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan daya berfikir yang tinggi, dia gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyiapkan latihan terutamanya bagi mata pelajaran Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu dan bapa Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah apabila mengetahui hal tersebut. Bapa Aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul sehingga lebam.

5. Puncak atau klimaks cerpen ini apabila daya imaginasi Aiman terhadap dunia penerokaan sains angkasa lepas itu masih begitu kuat setelah Aiman meningkat remaja. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu sering kali menampar Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, bapa dan ibu Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi.

6. Cerita mencapai tahap peleraian apabila Aiman Aqil sedar dan insaf daripada imaginasi dan angan-angannya selama ini. Hal ini demikian kerana dia terdengar

(34)

suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu melihat dirinya sendiri dalam kehidupan realiti dan lebih mendekatkan diri kepada Ilahi.

Teknik Plot

Pelbagai teknik plot atau teknik penulisan yang digunakan oleh Illias Zaidi untuk mengembangkan plot cerpen "Hipertensi".

1. Teknik pemerian.

(a) Penulis memerihalkan keadaan Aiman Aqil sewaktu dia dilahirkan di bilik bersalin. Contohnya:

Nama sebenar murid lelaki yang bernama Aiman itu ialah Aiman Aqil. Dia bangga akan nama itu, nama yang diberikan sebaik-baik sahaja rengekan pertama memecah kesunyian di bilik bersalin. Pada ketika itu, Sang Suria memuncaki ubun-ubun. (hlm. 60)

(b) Penulis menggambarkan situasi Aiman yang berada di ruang udarakasa dalam keadaan berpakaian lengkap sebagai seorang angkasawan. Contohnya:

Dia terus terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. Pakaian angkasa lepas yang serba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. Di kiri dan di kanannya kelihatan padang pasir yang luas terhampar persis Sahara keadaannya. (hlm. 64-65)

2. Teknik dialog.

(a) Dialog antara Aiman Aqil dengan Cikgu Faridah berhubung dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton. Contohnya:

Perlahan-lahan Aiman bangun. "Newton ambil ingatan akan daya graviti dapat menetapkan kedekatan bulan dengan bumi."

"Maksudnya?" Satu lagi pertanyaan terlantun daripada Cikgu Faridah, ... (hlm. 61)

(35)

menyiapkan kerja rumah Matematik. Contohnya:

"Ah, tambah, kurang, darab dan bahagi yang mudah itu pun tak boleh jawab!" Aiman mengetis sindiran kepada adik-adiknya yang sedang membuat kerja rumah.

"Babah, tengok abang ni, ganggu kami nak buat kerja rumah," yang tengah selalu marah-marah terhadap sikap abangnya. (hlm. 62)

3. Teknik imbas kembali.

(a) Aiman teringat semula tentang Teori Graviti yang dicetuskan oleh Isaac Newton, seorang saintis berbangsa Inggeris ketika sebiji buah mempelam gugur di hadapannya secara tiba-tiba. Contohnya:

Sebiji buah mempelam jatuh terlepap di hadapannya, gugur dengan tiba-tiba. Spontan, dia teringat akan Isaac Newton, saintis berbangsa Inggeris itu.

(hlm. 59)

(b) Aiman Aqil teringat kembali kisahnya ketika belajar di sekolah rendah. Dia selalu ponteng sekolah dengan alasan berasa bosan dan jelak dengan

pengajaran guru di kelas. Contohnya:

Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. "Bosan dan jelak," tingkahnya kepada babah dan ibu. (hlm. 62)

4. Teknik imbas muka.

Aiman membayangkan dirinya sudah lulus dalam peperiksaan pada peringkat pengajian tinggi dengan memperoleh ijazah kelas pertama dalam bidang aeroangkasa. Contohnya:

Betapa tidak; dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tinggi, dapat ijazah pertama dalam bidang aeroangkasa. (hlm. 62)

5. Teknik kejutan.

(a) Keberanian Aiman Aqil untuk melontarkan pendapatnya berhubung dengan Teori Graviti yang sedang diajarkan oleh Cikgu Faridah benar-benar

(36)

menimbulkan kejutan kepada pembaca dan rakan murid di kelasnya. Contohnya:

"Alam semesta sebaik-baik kejadian pada sisi Allah Taala." Riuh gemuruh terus berterusan menyambut jawapan ringkasnya. (hlm. 61)

(b) Kedegilan Aiman Aqil yang berterusan mengganggu rakan sekelasnya hingga dia dirotan oleh bapanya juga menimbulkan kejutan kepada pembaca kerana tindakan keras bapanya itu. Contohnya:

Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati. (hlm. 62)

6. Teknik saspens.

Peristiwa percanggahan pendapat antara Aiman Aqil dengan Cikgu Faridah benar-benar menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca dan murid tentang penyelesaian pendapat mereka berdua itu. Contohnya:

Wajah Cikgu Faridah spontan berubah, memercikkan darah amarah yang nampaknya macam tidak terkawal, tidak terbatal. Sedar akan hakikat itu, cepat-cepat Aiman membetulkan jawapannya. (hlm. 61)

7. Teknik monolog dalaman.

(a) Aiman bermonolog bahawa dia tidak akan berasa hairan dengan Teori Graviti yang diperkenalkan oleh Isaac Newton sekiranya dia lahir pada tahun yang sama dengan beliau. Contohnya:

"Jika aku lahir sezaman dengan Newton pada tahun 1642, ataupun beberapa dekad kemudian, aku pasti tidak berasa hairan tentang sebab buah mempelam itu gugur dengan tiba-tiba," fikir Aiman. (hlm. 59)

(b) Aiman menimbulkan pertanyaan dalam hatinya sama ada dia selamat berlepas dan mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa kelak atau tidak. Contohnya:

(37)

Adakah dia selamat berlepas dan mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa? (hlm. 63)

Gaya Bahasa

1. Istilah sains angkasa lepas. Contohnya: (a) orbit (hlm. 61)

(b) aeroangkasa (hlm. 62) (c) planet (hlm. 64)

2. Bahasa Inggeris. Contohnya: (a) IQ (hlm. 61)

(b) genius (hlm. 62)

3. Perulangan atau repetisi. Contohnya: (a) Tidak ada udara. Tidak ada air. (hlm. 65)

(b) ...daunnya kian keras dan lidinya kian liat. (hlm. 66)

(c) Di manakah harmonisnya? Di manakah humanisnya? (hlm. 66)

(d) Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis.

(hlm. 67)

4. Personifikasi. Contohnya:

(a) Sang Suria memuncaki ubun-ubun. (hlm. 60)

(b) Kebanggaannya kian menguntum dan terkelopak kembang mawar mewangi menyentuhi deria penghiduan. (hlm. 60)

(c) Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan terungkai. (hlm. 62)

(d) Kawah besar ternganga tidak jauh daripada situasi keterapungannya. (hlm. 65)

(38)

5. Simile. Contohnya:

(a) ...memercikkan darah amarah yang nampaknya macam tidak terkawal, ... (hlm. 61)

(b) "Bukankah aku yang sedang terlompat-lompat macam beruk dan kera di bulan," (hlm. 64)

(c) Dia merasakan bahangnya umpama sudah mencecah angka 150 darjah Celsius;... (hlm. 65)

(d) Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya. (hlm. 66)

(e) ...adakah dia akan terjun bersama-sama dengan beberapa biji buah kelapa seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya? (hlm.66)

6. Metafora. Contohnya: (a) dedaun kemaafan (hlm. 62) (b) tasik hati (hlm. 62)

(c) Pentas halusinasinya (hlm. 63) 7. Sinkope. Contohnya:

(a) Betapa tak bangganya? (hlm. 60)

(b) "Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun kau tak dapat buat." (hlm. 62)

8. Inversi. Contohnya:

(a) Perlahan-lahan Aiman bangun. (hlm. 61) Sepatutnya: Aiman bangun perlahan-lahan. (b) Keterujaan Aiman terus melonjak. (hlm. 63)

Sepatutnya: Aiman terus melonjak keterujaan. (c) Sekali lagi dia kaget. (hlm. 65)

Sepatutnya: Dia kaget sekali lagi.

(39)

1. Nilai kasih sayang. Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah.

2. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.

3. Nilai belas kasihan/bersimpati. Contohnya, ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan oleh suaminya.

4. Nilai dedikasi. Contohnya, Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya.

5. Nilai tanggungjawab. Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.

6. Nilai kesabaran. Contohnya, ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman.

7. Nilai keinsafan. Contohnya, Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi lalu memanjatkan doa dan harapannya ke hadrat Ilahi.

8. Nilai kebersihan mental dan fizikal. Contohnya, Aiman mementingkan pengambilan makanan seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat.

9. Nilai rasional. Contohnya, guru kelas Aiman berfikiran rasional dengan memberikan amaran keras kepada Aiman supaya dia kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu murid-murid lain menyiapkan latihan.

Pengajaran

1. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Contohnya, ibu Aiman amat menyayangi anak-anaknya, iaitu Aiman Aqil, Fadilah Fatnin, dan Azilah Atiqah.

(40)

2. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, Aiman boleh menyelesaikan latihan matematik murid tingkatan lima walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.

3. Kita mestilah dedikasi dan amanah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan kawan-kawannya.

4. Kita perlulah bertanggungjawab terhadap aspek kesihatan ahli keluarga. Contohnya, bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan intensif dan latihan terapi.

5. Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan masalah. Contohnya, ibu Aiman bersabar dengan sikap garang suaminya dalam mendidik anak-anak terutamanya Aiman.

6. Kita mestilah rasional dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Contohnya, guru kelas Aiman berfikiran rasional dengan memberikan amaran keras kepada Aiman supaya dia tidak mengganggu rnurid-murid lain menyiapkan latihan.

7. Kita haruslah mementingkan kebersihan mental dan fizikal untuk menjalani kehidupan yang sihat dan berkualiti. Contohnya, Aiman mementingkan pengambilan makanan yang seimbang dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Latihan

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Paul Broca, pakar anatomi dan pakar antropologi berbangsa Perancis. Kucintai penemuan tahun 1861 itu, fungsi otak manusia bergantung pada bahagian yang membina otak itu sendiri.

(41)

Branca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Perkara yang lebih penting, layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya, dia fasih berbicara.

Keadaan diriku lebih baik, fikir Aiman. Situasi pertuturanku tidak segagap itu. Aku dapat bertutur, biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi yang berisi. Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat pada kejuruteraan mekanikal. Ibu juga saintis, tetapi lebih pada bidang geologi.

Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah; tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu. Aiman akan mengusahakannya sendiri.

(Dipetik daripada cerpen "Hipertensi" oleh Illias Zaidi dalam antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd.)

(i) Mengapakah Aiman merasakan nasibnya lebih baik berbanding dengan Paul

Broca? [2 markah]

_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

(42)

(ii) Pada pendapat anda, apakah kelebihan yang dapat diperoleh Aiman melalui latihan intensif dan latihan terapi yang dijalaninya?

Nyatakan tiga kelebihan tersebut. (KBAT) [3 markah] _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

(iii) Huraikan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan Aiman yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.[4 markah]

_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

(43)

Sinopsis – “Gerhana Manusia”

Cerpen ini memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian nilai kemanusiaan. Profesor Doktor Juaidi cuba mempengaruhi kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada Tuan Besar Musa yang menjadi penyumbang utama kepada jamuan tahunan kelab elit mereka.

Nusia sedang memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang koma dan semakin tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu Doktor Murni berkaitan dengan bank darah yang sudah kehabisan stok tabung darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia agar menghebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu menderma darahnya kepada Tuan Besar Musa.

Dalam keadaan dirinya yang sedang koma dan tenat itu, Nusia merasakan bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu lagi diselamatkan kerana dia hanya hidup bergantung pada alat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikal tersebut, bacaan surah Yasin dan pengucapan Syahadah lebih diperlukan. Nusia turut mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak kelihatan menjenguknya. Doktor Murni menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi mahu Tuan Besar Musa hidup. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi itu. Menurut Nusia, harapan Tuan Besar Musa untuk hidup adalah terlalu nipis dan arahan Profesor Doktor Juaidi supaya dia memasukkan darah ke dalam tubuh Tuan Besar Musa itu dianggap suatu pembaziran. Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlalu beremosi dan menurut sahaja arahan itu.

(44)

Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakit yang sedang koma serta menunggu bantuan darah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Solehah tenat dan koma akibat pundi janinnya yang pecah di ovari. Al-Hafiz pula ditimpa kemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi itu juga terdapat bayi buangan yang hampir kekeringan darah, gadis malang yang koma dan tenat akibat didera, dan mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Nusia mengatakan bahawa selagi riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh Profesor Doktor Juaidi, maka selama itulah akan berlaku ketidakadilan dalam proses rawatan di situ.

Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah daripada hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan. Profesor Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat dan teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannya yang telah menaja majlis makan malam tahunan yang bernilai ratusan ribu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya.

Nusia memberitahu bahawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberikan gelafundin untuk menggantikan darah disebabkan bekalan darah tidak mencukupi. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi yang tidak mahu memberikan darah tulen kepada Solehah. Profesor Doktor Juaidi menyoal Nusia mengenai status perempuan yang sedang koma itu jika dibandingkan dengan Tuan Besar Musa. Akhirnya, Nusia akur dengan arahan Profesor Doktor Juaidi dan mengambil sebotol gelafundin lalu dimasukkan ke dalam tubuh Solehah yang sedang koma untuk menggantikan darah.

(45)

Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek-pek darah di dalam bank darah di hospital itu adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu emosional kerana mereka ialah golongan minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah apabila seratus pek darah diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa yang koma serta memang tidak boleh diselamatkan. Walhal, hanya empat pek darah diperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang berpenyakit leukemia itu dan setengah pek darah sahaja diperlukan untuk menghidupkan bayi buangan yang sedang koma.

Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk memberikan peluang kepada empat orang yang sedang koma pulih kembali. Juruteknik makmal darah itu menegaskan bahawa darah itu adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan bahawa Tuan Besar Musa sebenarnya sudah mati kerana hanya adrenalina, dopamin, serta atropina yang masih merangsang denyutan jantungnya ketika itu. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung segala risiko atas tindakannya itu.

Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu menyelamatkan Solehah, mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia, sekiranya lima pek darah itu dimasukkan ke dalam tubuh Tuan Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.

Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin dan atropina.

Referensi

Dokumen terkait