• Tidak ada hasil yang ditemukan

YAYASAN PAHANG KENYATAAN TAWARAN TENDER KAWASAN PEMBALAKAN YAYASAN PAHANG BIL: 01/2012 PAHANG DARUL MAKMUR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "YAYASAN PAHANG KENYATAAN TAWARAN TENDER KAWASAN PEMBALAKAN YAYASAN PAHANG BIL: 01/2012 PAHANG DARUL MAKMUR"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

YAYASAN PAHANG

KENYATAAN TAWARAN TENDER

KAWASAN PEMBALAKAN YAYASAN PAHANG BIL: 01/2012 PAHANG DARUL MAKMUR

1. KENYATAAN TAWARAN

Tawaran ini terbuka kepada syarikat yang mempunyai kilang papan atau kilang papan lapis di dalam negeri Pahang Darul Makmur atau syarikat- syarikat pembalakan yang berdaftar sebagai pembalak di Pejabat Perhutanan Negeri Pahang untuk mengusahahasilkan kawasan-kawasan yang disenaraikan di bawah ini:-

KAWASAN HUTAN LUAS CAGARAN TEMPOH

SIMPAN [+ HA] TENDER LESEN

1 87A & 89B LEPAR, KUANTAN 141.64 20% 1 TAHUN PERTAMA

2 50 JERANTUT TAMBAHAN 152.90 20% 1 TAHUN PERTAMA

3 12B & 16A JERANTUT TAMBAHAN 101.00 20% 1 TAHUN PERTAMA

4 62 TERSANG, RAUB 128.72 20% 1 TAHUN KEDUA

5 63 TERSANG, RAUB 184.03 20% 1 TAHUN KEDUA

6 1 LAKUM, BENTONG 136.91 20% 1 TAHUN PERTAMA

7 5 LAKUM, BENTONG 123.69 20% 1 TAHUN PERTAMA

8 6 LAKUM, BENTONG 123.69 20% 1 TAHUN PERTAMA

BIL KPT. TENDER KALI

2. CARA MEMASUKI TAWARAN

2.1 Mengisi Borang Tawaran

2.1.1 Sebelum mengisi borang tawaran, pihak syarikat dianggap telah

membaca, meneliti, memahami dan bersetuju dengan

kenyataan tawaran tender Bil. 1/2012 dan juga isi kandungan

deraf perjanjian pembalakan yang mana deraf perjanjian

pembalakan tersebut boleh didapati di dalam laman web

YAYASAN PAHANG, www.yp.org.my atau di Bahagian Pelaburan

YAYASAN PAHANG dengan tertakluk kepada pindaan dari masa

ke semasa.

(2)

2.1.2 Tawaran hendaklah dibuat dengan mengisi borang tawaran yang dikeluarkan dan ditetapkan oleh Pengurus Besar atau wakil yang dibenarkannya.

2.1.3 Tawaran ini adalah dibuka pada 21 MAC 2012 (RABU) dan borang tawaran yang sah boleh didapati di pejabat YAYASAN PAHANG pada waktu kerja dengan bayaran RM100.00 senaskah. (Tunai atau wang pos atas nama YAYASAN PAHANG).

2.1.4 Tarikh tutup jualan borang adalah pada 11.00 pagi pada hari terakhir tawaran ditutup iaitu pada 10 APRIL 2012 (SELASA).

2.1.5 Borang tawaran hendaklah dipenuhkan dengan lengkap dengan memasukkannya ke dalam sampul surat yang dimetrikan serta mencatitkan nombor Kompartmen dan kawasan pembalakan yang berkenaan di sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada:-

PENGURUS BESAR YAYASAN PAHANG

KOMPLEKS YAYASAN PAHANG

TANJUNG LUMPUR, 26060 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

2.1.6 Semua borang tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang dinyatakan.

2.2 Wang Harga Tender 20%

Wang harga tender 20% hendaklah dibuat dengan menggunakan bank deraf atau cashier order atas nama YAYASAN PAHANG dengan mempunyai tempoh laku sekurang-kurangnya empat (4) bulan. Bayaran tunai atau cek persendirian/syarikat TIDAK diterima.

2.2.1 Baki bayaran tender 80%, bayaran deposit lesen, penyediaan dan

pengesahan sempadan serta proses dan yuran guaman (Bayaran

Fasa 1) akan dituntut dari pentender yang berjaya dalam tempoh

30 hari dari tarikh perjanjian pembalakan di antara YP dan

pentender yang berjaya ditandatangani/dimeterai.

(3)

2.2.2 Wang harga tender yang dikemukakan oleh pentender dalam bentuk bank deraf atau cashier order seperti di para (2.2) akan dikembalikan oleh YAYASAN PAHANG kepada pentender yang tidak berjaya TANPA SEBARANG FAEDAH melalui pos berdaftar atau serahan tangan kepada pentender/wakil yang ditauliahkan dalam tempoh 1 minggu selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tender Pembalakan/Mesyuarat Lembaga YAYASAN PAHANG.

2.3 Pelan Kawasan

2.3.1 Pelan kawasan boleh didapati di pejabat YAYASAN PAHANG dengan bayaran RM50.00 sekeping. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan Wang Pos atas nama YAYASAN PAHANG. Perlu diingatkan bahawa pelan kawasan yang ditender ini tidak dijamin ketepatan luas dan lokasinya dan adalah berdasarkan kepada sukatan sementara. Hanya kedudukan sempadan kawasan yang disediakan oleh jurukur berlesen dan disahkan oleh pihak Pejabat Hutan Daerah/Negeri adalah disifatkan sebagai muktamad.

2.3.2 Sekiranya terdapat perbezaan ke atas keluasan kawasan tersebut apabila pengesahan oleh pihak Pejabat Hutan Daerah/Negeri dikeluarkan, penyelarasan harga kawasan yang ditenderkan ini akan dikira semula di atas kadar yang telah ditender dan dipersetujui sebelum daripada ini di atas dasar ‘pro-rata’.

2.3.3 Jika ukuran yang disahkan ini melebihi daripada keluasan yang asal, syarikat hendaklah membayar baki tambahan kepada pihak YAYASAN PAHANG tidak lebih dari TIGA PULUH (30) HARI dari tarikh penyampaian pemakluman bertulis perkara tersebut kepada syarikat dan syarikat adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa-apa bayaran lain kepada pihak-pihak Berkuasa yang Berkenaan sekiranya perlu berkenaan dengan penyelarasan keluasan kawasan tersebut.

2.3.4 Sekiranya ukuran yang disahkan ini kurang daripada keluasan

yang asal yang mana perbezaannya melebihi 30 ekar, dengan

sentiasa tertakluk kepada kadar yang dinyatakan di para (2.3.1)

di atas, pihak YAYASAN PAHANG akan membayar beza baki

bayaran tersebut kepada pihak syarikat.

(4)

2.3.5 Perjanjian Pembalakan yang akan ditandatangani berkenaan dengan kawasan ini tidak terbatal sekiranya terdapat perbezaan ukuran keluasan kawasan tersebut seperti yang dinyatakan di atas.

2.4 Premium

Akan dijelaskan oleh YAYASAN PAHANG kepada Pejabat Perhutanan Negeri Pahang.

2.5 Kerja-kerja Penyediaan Sempadan Lesen

Kerja-kerja Penyediaan Sempadan Lesen akan dijalankan oleh Juruukur Berlesen yang dilantik oleh YAYASAN PAHANG dan kos ini akan ditanggung oleh pihak syarikat (pemborong) yang berjaya dan akan dituntut oleh Yayasan Pahang.

2.6 Pemantauan dan Kawal Selia oleh Konsultan

YAYASAN PAHANG akan melantik konsultan untuk memantau dan mengawal selia kerja-kerja penyediaan dan pembinaan jalan balak serta penebangan pokok dan pengeluaran kayu dari kawasan konsesi balak.

Segala kos dan perbelanjaan bagi pelantikan dan pelaksanaan tugas oleh konsultan akan ditanggung oleh pihak syarikat (pemborong).

2.7 Kerja-kerja Tanam Semula

Kerja-kerja Tanam Semula di dalam kawasan pembalakan YAYASAN PAHANG akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik oleh YAYASAN PAHANG dan kos ini akan ditanggung oleh pihak syarikat (pemborong) dan akan ditolak dari wang deposit kerja kawasan berkenaan. Pihak syarikat TIDAK DIBENARKAN untuk melaksanakan kerja-kerja tanam semula di dalam kawasan yang ditawarkan kepada pihak syarikat.

2.8 Bayaran-Bayaran Lain

Bayaran-bayaran lain seperti deposit kerja atas kadar 5% daripada harga

tawaran (Bayaran Fasa 2) perlu dijelaskan oleh pihak syarikat SEBELUM

lesen ditandatangani oleh pihak YAYASAN PAHANG (bayaran-bayaran

seperti penggunaan helikopter, tanam semula dan lain-lain bayaran yang

berkaitan akan ditolak dari wang deposit kerja ini. Walau bagaimanapun,

(5)

3. KANDUNGAN ISI HUTAN

3.1 YAYASAN PAHANG tidak menyediakan maklumat isi hutan, dengan itu pihak syarikat (pemborong) dinasihatkan supaya memeriksa sendiri dengan teliti ke kawasan hutan yang ditender sama ada terdapat pencerobohan/kecurian balak di dalam kawasan tersebut dan untuk mendapatkan kandungan isi hutan. YAYASAN PAHANG tidak menjanjikan serta bertanggungjawab ke atas kawasan yang telah diceroboh/dicuri dan keadaan isi hutan kawasan tersebut.

3.2 Sewaktu pemilihan, pemerhatian dan pemeriksaan dijalankan di hutan, pentender hendaklah memerhatikan dan mengkaji semua faktor muka bumi yang mungkin melibatkan kos-kos pembalakan yang akan ditanggung oleh pentender sebelum membuat penentuan harga tawaran.

Perlu diambil perhatian dari segi pengiraan isi hutan kelak, kawasan di sepanjang sungai dan anak sungai (jika ada) yang terdapat di dalam kawasan yang dilesenkan adalah dikira sebagai kawasan tampan (buffer zone) dan keluasan kawasan ini adalah dikira telah termasuk di dalam kawasan lesen. Sehubungan dengan itu, kayu-kayu balak yang terdapat di kawasan ini tidak boleh dibalak dan pihak tuan dinasihat tidak mengambil kira kayu-kayu yang boleh dibalak dalam kawasan tampan ini.

Kawasan-kawasan tampan adalah ditentukan oleh pihak Pejabat Perhutanan Negeri Pahang kelak dan jika ada kawasan tampan terlibat, tidak ada penggantian yang diberikan oleh YAYASAN PAHANG. Kawasan yang ditender sama ada mempunyai isi hutan yang baik atau sebaliknya tidak boleh ditukar dan diganti. YAYASAN PAHANG tidak bertanggungjawab ke atas kawasan yang tidak dibenarkan untuk dibalak (jika ada) dalam kawasan lesen oleh pihak Pejabat Perhutanan Negeri Pahang/Pejabat Hutan Daerah untuk menjaga alam sekitar dan faktor- faktor lain.

Selain daripada itu, kawasan kosong, berbatu curam, jalan lama, bekas

lombong atau bekas matau yang terdapat di dalam kawasan, tidak boleh

dikeluarkan daripada kawasan lesen dan sekiranya dikeluarkan, ianya tidak

akan dikira oleh YAYASAN PAHANG.

(6)

3.3 Pengeluaran isi kandung hutan adalah tertakluk kepada peraturan- peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari masa ke semasa dan juga tertakluk kepada syarat-syarat di dalam lesen yang akan dikeluarkan oleh pihak Pejabat Perhutanan Negeri/Daerah. Bagi maksud ini, had pengeluaran balak tidak melebihi 15 tan seekar (67 m 3 ) adalah terpakai untuk menepati spesifikasi “Malaysian Criteria & Indicator” (MC &

I). Had pengeluaran ini adalah tertakluk kepada bancian pre-f dan tanda pokok yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Perhutanan Negeri Pahang. Bagi pengeluaran yang tidak mencapai 67m 3 sehektar, YAYASAN PAHANG tidak akan bertanggungjawab dan kawasan ganti tidak akan dilayan. Harga kawasan yang akan ditawarkan kelak, hendaklah dikira bersesuaian dengan had pengeluaran yang dibenarkan.

3.4 Majlis Perhutanan Negeri (MPN) telah memutuskan bahawa sebanyak 32 spesis pokok-pokok sumber makanan fauna (NOTA 1) tidak boleh ditebang semasa pembalakan. Oleh itu, pihak tuan dinasihat tidak mengambil kira kayu-kayu yang tidak boleh ditebang/dibalak tersebut.

4. TARIKH TUTUP TENDER

4.1 Tarikh tutup tawaran ini ditetapkan seperti berikut:-

TARIKH TUTUP : 10 APRIL 2012

HARI : SELASA

MASA : 12:00 TENGAHARI

5. LAIN-LAIN

5.1 YAYASAN PAHANG tidak terikat untuk menerima tawaran yang tertinggi dan berhak membuat tawaran semula jika terdapat sebab-sebab yang tertentu.

5.2 Sekiranya pihak syarikat (pemborong) berhasrat untuk membina sebarang

parit atau jalan bagi laluan pengeluaran balak, pihak syarikat (pemborong)

mestilah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada YAYASAN

PAHANG dan mestilah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh

YAYASAN PAHANG.

(7)

5.3 Keputusan tender samada berjaya atau sebaliknya akan diberitahu melalui surat berdaftar, serahan tangan atau telefon dalam tempoh 1 minggu selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tender Pembalakan/Mesyuarat Lembaga YAYASAN PAHANG.

5.4 Tempoh kerja pembalakan adalah mengikut lesen yang dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri. Walau bagaimanapun perlanjutan tempoh lesen boleh didapatkan dengan kebenaran Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.

5.5 Mana-mana pentender yang telah berjaya ditawarkan oleh YAYASAN PAHANG dan kemudiannya menarik diri dan atau gagal atau engkar untuk mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran dan Perjanjian YAYASAN PAHANG termasuklah syarat-syarat berhubung dengan kaedah pembayaran atau berhubung dengan tempoh waktu pembayaran dan sebagainya, tawaran akan terbatal secara otomatik dan 10% daripada nilai tawaran tender akan dilucuthakkan (forfeited) oleh YAYASAN PAHANG.

5.6 Kenyataan tender ini adalah tertakluk kepada apa-apa peraturan atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dari masa ke semasa.

5.7 Sila ambil perhatian bahawa YAYASAN PAHANG berhak untuk menjadikan mana-mana syarat-syarat am tawaran ini sebagai sebahagian daripada perjanjian pembalakan yang akan ditandatangani mengikut budi bicara mutlak YAYASAN PAHANG.

D\Anis\Tender\ 2012 \kenyataan tawaran bil 1.12

Referensi

Dokumen terkait