• Tidak ada hasil yang ditemukan

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

(2)

2

PEMAHAMAN KOMSAS - 3 BAHAN (CERPEN / SAJAK / GURINDAM) Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1 – CERPEN HIPERTENSI

Aiman teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dia dalam keterasingan di planet bulan memlalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya agar lebih mendekatkan diri kepada Tuhan . jangan kaubinasakan habitat semula jadi di planet bumi. Salahnya barangkali, dia menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Aiman tidak perlu akan latihan yang intensif dan istimewa itu, babah, tidak perlu akan latihan terapi itu, ibu.

Aiman akan mengusahakannya sendiri.

Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’ oleh Illias Zaidi Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

Cerpen Hipertensi oleh Illias Zaidi, Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

SINOPSIS:

− mengisahkan seorang pelajar pintar yang meminati bidang aeroangkasa. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman Aqil berehat di rumahnya di lereng bukit yang telah gondol akibat penerokaan hutan.

− Aiman teringat peristiwa lalu ketika dia berdebat dengan cikgu Faridah tentang teori Graviti. Kelas menjadi kecoh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai profesor kerana dia mempunyai daya fikir yang tinggi serta lebih pintar daripada rakannya yang lain.

− Aiman ialah anak sulung serta mempunyai 2 adik perempuan iaitu Fadilah Fatin dan Azilah Atiqah. Di rumah, Aiman selalu menyindir adik-adiknya kerana kurang bijak Matematik. Aiman juga teringat kisahnya di sekolah rendah iaitu dia selalu ponteng kerana berasa bosan apabila berasakan silibus di sekolah tidak setanding kepintaran yang dimilikinya.

− Disebabkan kepintarannya, Aiman selalu menyakat rakan-rakannya yang lambat menyelesaikan masalah dan latihan terutamanya dalam subjek Matematik ketika berada di sekolah. Dia juga suka merayau di dalam kelas serta ditegur oleh gurunya.

Guru kelasnya melaporkan perkara ini kepada ibu bapanya. Ibu bapa Aiman marah dan merotan Aiman di bahagian pinggul hingga lebam.

− Kejadian ini menyebabkan Aiman ponteng kelas. Dia mengambil kesempatan untuk berhalusinasi (berangan-angan) tentang dunia sains angkasa lepas. Dalam

(3)

3

imaginasinya usianya bertambah 10 tahun. Dia berimaginasi pokok kelapa di rumahnya sebagai tempat berlepas kapal Soyuz. Sikap peliknya itu diketahui oleh ibu bapanya. Aiman dirotan lagi di pinggulnya. Ibunya memprotes tindakan bapanya di dalam hati sahaja.

− Aiman semakin kerap membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan dan berpeluang berlatih dengan pihak Rusia. Aiman membayangkan dirinya mendarat di bulan dengan menaiki kapal Soyuz melalui Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman juga membayangkan dirinya berada di bulan dengan pakaian lengkap angkasawan di tempat yang tiada udara. Dia membayangkan dia melihat ciri-ciri fizikal di bulan.

− Setelah dia remaja, daya imaginasinya semakin kuat. Bapanya terpaksa bersikap kasar kepadanya dan selalu menampar Aiman. Akibat tamparan itu Aiman menjadi gagap pertuturannya. Ibu bapa Aiman menghantar Aiman mendapat rawatan intensif dan latihan terapi.

− Suatu hari Aiman mendengar suara ghaib yang mengajaknya berubah dan berpijak ke dunia nyata. Suara ghaib itu juga menyuruhnya supaya melihat kepada realiti dirinya serta meminta Aiman supaya mendekatkan diri kepada Tuhan.

− Aiman akhirnya sedar dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia tidak perlu lagi rawatan intensif dan terapi. Aiman juga sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh berimaginasi. Dia berdoa kepada Tuhan dan berharap agar hidupnya akan berubah.

TEMA:

− bertemakan keazaman yang tinggi dalam bidang yang diingini sehingga menyebabkan seseorang berimaginasi.

− Aiman sangat meminati bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi mendarat di bulan dengan menaiki kapal Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa.

(4)

4

(5)

5

BAHAN 2 – SAJAK BANGKITLAH

RANGKAP SAJAK MAKSUD

1

Anak-anak yang sedang lena bangkitlah

matahari sudah tinggi di puncak gunung.

2

Lihat jernihnya pagi ini

burung-burung berterbangan di udara

dan pepohon hijau merendang daunnya

apa kau masih belum bangkit?

3

Bangkitlah

jangan sesal nanti

madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan

dan perut belantara menjadi ladang.

4

Anak-anak

esok apa yang akan kaumakan?

tanah atau batu atau debu?

kau mahu terus nangis tanpa air mata?

5

Kalau tidak bangkitlah

matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Rejab FI

Langit di Tangan, 1995 Dewan Bahasa dan Pustaka

BAHAN 3 – GURINDAM HATI WAJA

RANGKAP GURINDAM MAKSUD

1

Jika teguh azam dan cita, Yang dibuat menjadi nyata.

2

Jika kauasah potensi diri, Yang diusahakan pasti menjadi.

(6)

6

RANGKAP GURINDAM MAKSUD

3

Jika ilmu penuh di dada, Idea terbaik sentiasa ada.

4

Jika semangat tersemat di dada,

Hasil kaudapat berlipat ganda.

5

Jika tabah juga semangat, Tidak lagi menumpah keringat.

6

Jika bekerja utamakan muafakat,

Semua usaha membawa berkat

7

Jika idea sungguh kreatif, Kelak kaudapat pelbagai insentif.

8

Jika hidup selalu berbakti, Namamu harum tersemat di hati.

Alias bin Derais Shah Alam, Selangor

(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud rangkai kata potensi diri. [2 markah]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyakan ciri-ciri untuk menjadi remaja yang cemerlang.

[3 markah]

(iii) Remaja dituntut untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan belajar menonjolkan keistimewaan masing-masing sejak di bangku sekolah lagi.

Pada pendapat anda, mengapakah remaja patut bersiap sedia untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan? [3 markah]

(iv) Anda diminta untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran bagi memenuhi impian ibu bapa anda. Namun, anda masih tidak pasti hala tuju anda selepas menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia kerana anda lebih berminat dalam bidang perakaunan.

Sebagai seorang remaja yang bijak merancang masa depan, apakah cara anda untuk berdepan dengan konflik ini? [4 markah]

(7)

7

PEMAHAMAN NOVEL - SONGKET BERBENANG EMAS Sinopsis Umum

Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan.

Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

(8)

8

LATIHAN PEMAHAMAN NOVEL

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Penyakitnya tak merebak! Tak akan ada sesiapa yang akan terjangkit!” potong Embong. Kesabarannya begitu cepat tergugat. Selama ini dia bersabar tetapi jika isteri sendiri dituduh pembawa penyakit, sesiapa pun akan marah.

Haji Sulaiman terkejut. Begitu juga dengan tiga orang lelaki yang datang bersama-samanya. Embong tidak pernah marah dan selalu mengalah, malah kata- katanya sering berlapik. Dia tidak pernah bersuara kasar. Menyedari akan perubahan itu, dia bingkas dan duduk di sisi Embong. Mata mereka saling berpandangan. Haji Sulaiman menahan getar sambil menggigit bibirnya. Dia kemudian menepuk belakang tubuh Embong dan mengusap dengan lembut.

Dipetik daripada Novel Songket Berbenang Emas Karya Khairuddin Ayip Kementerian Pendidikan Malaysia

- MODUL KELAS INTENSIF TAMAT –

Referensi

Dokumen terkait