• Tidak ada hasil yang ditemukan

LATIHAN PAUTAN BORANG GOOGLE KOLOKIUM PERIBAHASA SIRI KE-24/2022

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "LATIHAN PAUTAN BORANG GOOGLE KOLOKIUM PERIBAHASA SIRI KE-24/2022"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

KOLOKIUM PERIBAHASA SIRI KE-24/2022

BIL SITUASI PERIBAHASA

1 Encik Fadly meminta pelajarnya bernama Haikal membaiki komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.

2 Perhubungan penduduk Kampung Sepakat tidak seindah namanya.

Jika ada majlis kenduri-kendara tidak ramai yang datang menghulur bantuan. Mereka bersikap mementingkan diri sendiri.

3 Pada waktu hampir senja barulah para pelajar sekolah itu berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.

4 Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Asraf menyepak tiang gol itu sehingga kakinya tercedera.

5 Walaupun mahir dengan selok-belok di hutan itu tetapi Mamat tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.

6 Sejak pengurus itu bersara bersara, Akashah yang memangku jawatannya semakin sombong dan tidak berperikemanusiaan kepada pekerja-pekerja bawahannya.

7 Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang asing mestilah menghormati undang- undang yang diguna pakai di Malaysia.

8 Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkan kepada mereka.

9 Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Ikmal itu tersebar ke seluruh daerah Bota, Perak.

LATIHAN PAUTAN BORANG GOOGLE

(3)

BIL SITUASI PERIBAHASA 10 Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut

akan Salam yang mahir seni pertahanan diri itu.

11 Sesuatu pekerjaan yang baru diceburi agak sukar diuruskan tetapi lama-kelamaan akan menjadi lebih mudah.

12 Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan.

13 Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.

14 Mereka kesal akan sikap ketua mereka yang sentiasa berubah-ubah dalam membuat keputusan.

15 Karim yang miskin tidak dihiraukan langsung oleh tuan rumah itu.

16 Baca petikan berikut dengan teliti. Kemudian pilih peribahasa yang tidak sesuai menggambarkan situasi dalam petikan ini :

Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi pelbagai kesusahan tetapi hal itu tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi itu sudah dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup.

Walaupun ada pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka, namun hal itu tidak melemahkan semangat mereka yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu tanah air tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada hidup sebagai abdi di tanah air sendiri.

17, 18

&

19

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai :

...(17)..., demikian peribahasa yang menggambarkan pelbagai golongan harus bekerjasama. Mereka dituntut agar bersefahaman dan bersatu untuk membangunkan negara. Mereka tidak wajar mementingkan diri, yakni bersikap ...(18)... Tambahan pula, perbuatan seperti itu bertentangan dengan norma hidup masyarakat Timur yang

(4)

BIL SITUASI PERIBAHASA mengambil kira kepentingan semua pihak dalam setiap urusan yang

dilakukan dan mereka mementingkan permuafakatan kerana mereka yakin bahawa ...(19)...

20 Lengkapkan peribahasa yang berikut:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

LATIHAN RUMUSAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Bencana alam yang sering terjadi dan menghantui masyarakat kita dewasa ini ialah banjir lumpur. Banjir teruk yang membawa lumpur bukanlah disebabkan oleh faktor semula jadi seperti hujan lebat yang berterusan dalam jangka masa yang lama semata-mata, sebaliknya diburukkan dengan aktiviti penggondolan hutan untuk mendapatkan kayu balak yang semakin berleluasa.

Menurut Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, masyarakat yang tinggal di kawasan mudah dilanda banjir berdepan risiko banjir teruk sepanjang tahun sekiranya aktiviti tersebut dibiarkan berterusan tanpa sistem tadahan air sebagai penampan.

Banjir lumpur boleh dielakkan jika pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal.

Kita tidak dapat menyangkal bahawa aspek pemodenan yang ingin dilaksanakan terutama pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya turut menyumbang kepada kejadian bencana ini. Selain itu, tiada pemetaan di kawasan sensitif banjir oleh pihak pemaju sebelum membangunkan sesuatu kawasan turut menyebabkan keadaan banjir lumpur bertambah teruk.

Walhal, pemetaan tersebut sangat penting untuk mengenal pasti kawasan yang tidak ada risiko banjir sebelum bertindak melakukan pembersihan kawasan. Oleh sebab itu, agensi berkaitan seharusnya mempunyai sistem pemetaan kawasan sensitif banjir agar masalah bencana banjir lumpur tidak berulang atau menghantui masyarakat.

Bencana banjir lumpur juga boleh berlaku akibat kegagalan pemilik tanah untuk menyelenggara sistem saliran dengan baik. Kegagalan tersebut mengundang risiko banjir kilat atau banjir lumpur. Pemilik tanah sepatutnya memastikan sistem saliran tidak tersumbat dan berfungsi dengan baik agar air hujan dapat mengalir dengan sempurna. Kejadian banjir lumpur juga dapat dielakkan andai kata pihak berkuasa lebih tegas dalam pelaksanaan undang-undang. Sebagai

(5)

tamsilnya, jika mendapati syarikat konsesi atau pihak yang berkenaan tidak memiliki lesen dan menjalankan pembalakan haram, hukuman keras perlu dikenakan tanpa sebarang kompromi.

(Dipetik dan diubah suai daripada Gondol Hutan Punca Banjir Makin Buruk Oleh Suzalina halid, Berita Harian Online, 11 Januari 2021)

Bahan 2 – Grafik

MENGANALISIS BAHAN RUMUSAN

BAHAN 1

FOKUS 1:

- Isi 1- - Isi 2- - Isi 3- - Isi 4- - Isi 5-

BAHAN 2

FOKUS 1:

- Isi 1- - Isi 2- - Isi 3- - Isi 4- - Isi 5- FOKUS 2:

- Isi 1- - Isi 2- - Isi 3- - Isi 4- - Isi 5-

(6)

LATIHAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Media sosial merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan- kerajaan di seluruh dunia cuba mengawal media baharu ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan media sosial sering digunakan sebagai wahana untuk menyebarkan berita tidak berasas secara talian terus.

Di samping itu, media sosial juga digunakan untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku diseluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. Kebimbangan terhadap media sosial turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus yang boleh menimbulkan ketidakstabilan ekonomi. Media sosial menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Media sosial sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan media sosial.

Dipetik dan diubah suai daripada, ‘Pengunaan Internet : Kesan kepada Pengguna’

Oleh Salmah Ali, Majalah Siswa, Jun 2012

Bahan 2

Walaupun media sosial banyak kebaikannya, namun terdapat kesan negatif yang perlu diberikan perhatian oleh golongan remaja. Antara kesan negatif media sosial ialah penyebaran berita palsu secara berleluasa. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang bebilang kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera. Selain itu, media sosial juga boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa dengan mengabaikan pelajaran.

Di samping itu, media sosial menyebabkan golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperi melihat gambar dan video lucah. Dalam aspek keselamatan negara, media sosial kadang-kadang mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara diperkatakan di dalam laman sembang. Dalam hal ini, kerajaan perlu memantau media sosial untuk memastikan keselamatan negara terjamin. Selanjutnya, banyak kes telah dilaporkan apabila penggodam mencuri maklumat peribadi media sosial untuk tujuan menipu.

Dipetik dan diubah suai daripada rencana ‘Berita Palsu Musuh Negara’

Oleh CMCF Dewan Siswa, April 2018

(7)

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata sering digunakan sebagai wahana. [2 markah]

Jawapan: kerap dijadikan saluran / perantaraan

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kesan buruk penggunaan

media sosial kepada masyarakat. [4 markah]

Jawapan:

Keburukan media sosial

Bahan 1 Bahan 2

-menyebarkan berita tidak berasas secara talian terus.

-menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara -pelanggaran hak cipta

-kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus yang boleh menimbulkan ketidakstabilan ekonomi

-menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas

-mencabar amalan budaya dan moral

-penyebaran berita palsu secara berleluasa

-mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa dengan mengabaikan pelajaran

-golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperi melihat gambar dan video lucah

-mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara diperkatakan di dalam laman sembang -penggodam mencuri maklumat peribadi media sosial untuk tujuan menipu.

(iii) Hasil laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuite dan We Are Social, jumlah penggunaan Internet di negara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna yang mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin taasub dengan media sosial dan menjadi fokus utama dalam kalangan remaja hari ini.

Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab remaja menggemari media sosial? [3 markah]

Jawapan:- beranggapan media sosial mampu mencari kenalan baru / media sosial dianggap sebagai sumber hiburan / media sosial dianggap sebagai sumber maklumat / media sosial sebagai penyebar maklumat yang murah dan mudah / perkongsian informasi menjadi lebih pantas tanpa sebarang kawalan atau tapisan / media sosial juga mempunyai paparan antara muka yang interaktif dan menarik / penstriman video kini menjadi lebih mudah dan pelbagai aktiviti interaktif

(8)

(iv) Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp mendapat perhatian masyarakat di negara kita. Kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan sukar membendung angkara negatif di sebaliknya.

Cadangkan langkah-langkah mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.

[4 markah]

Jawapan:- pengguna sendiri perlu mengawal diri dengan mengurangkan penggunaan media sosial dalam kehidupan / kerajaan menentukan tahap umur tertentu untuk pemilikan media sosial / ibu bapa perlu mengawal pengunaan media sosial dalam kalangan anak mereka / Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) perlu menguatkuasakan undang-undang yang ketat kepada pengguna media sosial / kerajaan perlu mengetatkan kawalan penggunaaan Internet dengan menggubal akta penggunaan Internet / mengenakan hukuman yang berat kepada pengguna yang menyalahgunakan media sosial

LATIHAN NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP

SINOPSIS –

Novel ini mengisahkan Adnan (watak utama) yang dilahirkan di Sungai Ramal, Selangor, hidup dalam kemiskinan di kampung. Kehidupan mereka bergantung kepada hasil sawah padi dan kebun getah yang cukup-cukup makan sahaja. Adnan dibesarkan oleh kedua-dua ibu dan bapanya iaitu Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan yang merupakan anak sulung mempunyai dua orang adik-beradik iaitu Ahmad dan Amarullah. Watak utama novel ini mempunyai nilai kerajinan dan taat kepada perintah orang tuanya.

Sejak usia sepuluh tahun, beliau membantu orang tuanya di kebun getah pada setiap pagi.

Moyang kepada Pak Saidi merupakan orang buruan Inggeris, maka beliau sengaja merahsiakan keturunan pahlawannya kerana khuatir diburu. Semangat patriotik itu diwarisi oleh Adnan. Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya di kampung, justeru dia memiliki keazaman untuk memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik. Pak Saidi sedar bahawa ilmu pengetahuan anak- anaknya boleh menabur bakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Beliau berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris tetapi mendapat tentangan orang kampung kerana risau akan dipengaruhi anasir yang tidak diingini.

Adnan telah dihantar belajar di sebuah sekolah aliran Inggeris dan menjadi seorang pelajar yang disenangi oleh rakan-rakan serta guru kerana sikapnya yang rajin dan pintar. Setelah tamat persekolahan, beliau menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun, bidang perguruan bukanlah minatnya, sebaliknya cita-cita Adnan adalah untuk menjadi seorang Askar. Tersebar berita tentera British ingin menubuhkan askar Melayu yang terdiri daripada anak-anak Melayu. Selepas mendapat restu ayah dan ibunya, Adnan serta beberapa pemuda kampungnya menyertai latihan ketenteraan di Port Dickson.

(9)

Dengan kesungguhan menjalani latihan ketenteraan, Adnan berjaya direkrut ke dalam pasukan Askar Melayu. Beliau ditugaskan untuk ke Singapura, kemudian menerima kenaikan pangkat sebagai Sarjan seterusnya terpilih untuk menyertai upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama selepas itu, Adnan dinaikkan pangkat sebagai seorang Leftenan dan telah berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia. Hasil perkahwinannya melahirkan tiga orang zuriat dan mereka menetap di Pasir Panjang, Singapura di Kem Rejimen Askar Melayu.

Apabila Perang Dunia Kedua mula berlaku, terdapat ura-ura bahawa Jepun akan menyerang Singapura.

Leftenan Adnan terpaksa menghantar isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung mereka demi keselamatan keluarganya. Askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan dan menyebabkan ramai Askar Melayu tumpas dan terkorban. British juga tidak berjaya untuk menghalang pergerakan Askar Jepun untuk mendarat di Tanah Melayu pada ketika itu kerana aset ketenteraan seperti kapal perang telah diserang terlebih dahulu. Pihak British ketika itu yakin kubu pertahanannya di Singapura kebal daripada serangan Askar Jepun. Namun, seramai 42 anggota Rejimen Askar Melayu telah terkorban termasuk Leftenan Adnan yang berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Jepun berjaya menakluki Singapura tetapi tidak lama setelah Amerika Syarikat mengebom pangkalan tentera Jepun di Hiroshima. British kembali memerintah Tanah Melayu.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pihak berkuasa tentera yang telah berjaya menguasai politik Jepun mewujudkan satu Dasar Perluasan Kuasa dengan slogan Asia Timur Raya ataupun Asia untuk Orang Asia. Mereka juga bercita-cita seluruh kawasan Asia mesti berada di bawah kuasa politik Jepun.

Sebagai langkah pertama, pada tahun 1937, Jepun menyerang negara China dan berjaya menaklukinya. Ekoran daripada tindakan itu, Amerika Syarikat dan sekutunya Britain serta Belanda telah menentang pencerobohan itu, lalu mengenakan sekatan ekonomi dan tentera kepada Jepun.

Jepun yang mempunyai ramai penduduk menghadapi kesulitan akibat kekurangan bahan pertanian dan bahan galian, terutamanya getah, bijih timah dan besi untuk membangunkan perindustrian mereka. Oleh itu, pembangunan perindustrian mereka turut terbantut.

(Dipetik daripada novel “Leftenan Adnan Wira Bangsa”

karya Abdul Latip Ismail, Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia) (i) Nyatakan kesan yang dialami oleh negara Jepun setelah negara itu menyerang negara China demi

merealisaskan cita-citanya untuk menakluk seluruh kawasan Asia. [4 markah]

(10)

LATIHAN KARANGAN RANGSANGAN / RESPONS TERHAD

Petikan dan maklumat di bawah berkaitan dengan alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang pemeliharaan atau pemuliharaan alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Pertumbuhan pesat sektor perindustrian dan projek pembangunan akan memberi kesan kepada kualiti alam sekitar sekiranya pihak pemegang taruh tidak memberi perhatian kepada elemen menjaga kelestarian alam sekitar. Berdasarkan jurucakap Jabatan Alam Sekitar (JAS), terdapat peningkatan kesedaran awam dalam isu alam sekitar. Kerjasama semua agensi penguat kuasa pada peringkat kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam menangani isu pencemaran alam sekitar amat penting agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan lebih berkesan di bawah bidang kuasa masing-masing.

Sumber: Akhbar Berita Harian 14 Mac 2022.

- LATIHAN TAMAT -

(11)

Dapatkan di Shopee . Tekan link https://shp.ee/s6ttx8b

Referensi

Dokumen terkait

Upaya yang telah dilakukan oleh guru untuk mengatasi permasalahan perencanaan perangkat pembelajaran terkait model pembelajaran berbasis inkuiri (inquary based

Metode yang digunakan untuk mensintesis data adalah dengan melakukan literature review (studi literatur) terhadap artikel ilmiah dalam jurnal terpublikasi di

contoh permasalahan perkembangan Iptek di Indonesia ini salah satu bullying berunsur di media sosial, pengguna media sosial tidak mengenal umur dan gender membuat

Penggunaan Media Sosial sebagai Komunikasi Politik dalam Tanda Informasi Dalam proses penggunaan media sosial yang dilakukan oleh DPW PSI Jakarta, perlu adanya

Tiada pautan media sosial atau mengandungi media sosial yang tidak berkaitan dengan PTJ dan UPM.

Oleh karena itu, pemerintah sebagai pengguna media sosial perlu memahami efektivitas penggunaan media sosial sebagai media dalam interaksi G2C agar dapat meningkatkan

Perunding Perubatan dan Neurologi, Dr Hiew Fu Liong berkata, sistem saraf manusia terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf periferal (PNS) dan sistem saraf pusat

4 Nasrullah, Rulli. Media Sosial : Perspektif Komuniasi, Budaya, dan Sosioteknologi. Perilaku Pengguna dan Informasi Hoax di Media Sosial.. termasuk di dalam pengguna media