• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSATUAN POLIS BANTUAN MALAYSIA (No. Pendaftaran : PPM )

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERSATUAN POLIS BANTUAN MALAYSIA (No. Pendaftaran : PPM )"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Program Umum / “Public Program”

dengan kerjasama i GENerasi Inovatif Sdn. Bhd.(791065-H)

Kursus

PENGURUSAN RISIKO

KESELAMATAN PERLINDUNGAN

(A Course on “Protective Security Risk Management”)

TARIKH

27 Februari 2017 – 28 Februari 2017 (2 hari)

MASA

9.00 pagi hingga 5.00 petang

TEMPAT*

eCity Hotel @ One City

Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

GPS: 3°01'18.4"N 101°34'45.1"E

(* tertakluk kepada perubahan)

YURAN

>Ahli Berdaftar Persatuan Polis Bantuan Malaysia (“APA”) – RM1,200.00 >Lain-Lain Organisasi / Profesional

RM1,450.00 (*Yuran tidak termasuk GST)

Tarikh Tutup Penyertaan – 10 Februari 2017

OBJEKTIF

Diakhir kursus berinteraktif tinggi (“highly interactive”) ini para peserta akan dapat:- 1. Memahami tujuan dan kepentingan sistem pengurusan risiko bagi pengurusan

keselamatan perlindungan di organisasi masing-masing.

2. Menjelaskan jenis-jenis dan sumber-sumber risiko yang boleh menjadi ancaman kepada organisasi dan fasiliti-fasiliti di bawah kawalan mereka.

3. Mengetahui standad, garis panduan dan amalan-amalan pengurusan risiko yang berkaitan yang digunakan di dalam industri keselamatan perlindungan. 4. Mewujudkan jadual pendaftaran risiko (“risks register”) berdasarkan model sistem

pengurusan risiko keselamatan perlindungan (Model T.I.R.A.R.C).

5. Mewujudkan senarai keutamaan tindakan-tindakan berdasarkan strategi kawalan terhadap risiko.

6. Mengenalpasti dan menangani cabaran dan halangan ke arah usaha untuk menguruskan sistem keselamatan perlindungan organisasi masing-masing melalui pengurusan risiko secara berkesan.

(2)

PENGENALAN

Pengurusan risiko adalah satu proses bagi mengenalpasti, menilai dan memberikan keutamaan terhadap risiko-risiko diikuti dengan pengurusan sumber-sumber organisasi secara ekonomikal untuk mengurangkan, memantau dan mengawal kemungkinan dan/atau impak insiden-insiden yang tidak diingini.

Pengurusan risiko keselamatan perlindungan (“protective security risk management”) adalah budaya, amalan, sturuktur dan proses aktiviti yang khusus yang dijalankan ke arah mengoptimumkan manafaat-manafaat program keselamatan perlindungan (“protective security”) untuk menyokong objektif sesuatu organisasi.

Setiap organisasi perlu menjalankan proses penilaian risiko sebelum sesuatu tindakan diambil bagi menangani apa-apa situasi berkaitan keselamatan perlindungan. Menggunapakai pendekatan pengurusan keselamatan perlindungan berdasarkan risiko membolehkan organisasi untuk menyusun keutamaan terhadap aktiviti-aktiviti bagi mencegah ancaman-ancaman dan insiden-insiden keselamatan dari berlaku berdasarkan kepada kebarangkalian sesuatu insiden tersebut berlaku dan impak terhadap organisasi jika ianya menjadi kenyataan; serta, meningkatkan pengeluaran dan produktiviti organisasi dengan memastikan kejadian-kejadian yang boleh memberi kesan yang negatif kepada organisasi dibendung dan dicegah.

KUMPULAN SASARAN

 Superintenden Polis / Polis Bantuan, Deputi Superintenden Polis / Polis Bantuan, Assisten Superintenden Polis / Polis Bantuan dan Inspektor / Polis Bantuan.

 Pengurus Besar, Pengurus Keselamatan (“Security Manager”), Penolong Pengurus Keselamatan (“Security Assistant Manager”), Eksekutif Keselamatan (“Security Executive”).

 Pegawai dan Pengurus Operasi Kawalan Keselamatan, Pegawai Jabatan Pentadbiran, Pegawai Pengurusan Kualiti dan lain-lain.

 Profesional yang berminat untuk mendalami bidang Keselamatan Perlindungan.

METODOLOGI PENYAMPAIAN

Kursus ini akan dikendalikan di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris melalui pendekatan ceramah pendek, perbincangan kumpulan, aktiviti individu dan berkumpulan, main peranan, kajian kes serta pembentangan individu dan berkumpulan.

(3)

KANDUNGAN KURSUS

1. Pengenalan kepada Pengurusan Risiko Keselamatan Perlindungan

 Tujuan dan Matlamat Pengurusan Risiko Keselamatan Perlindungan

 Konsep Pengurusan Risiko

 Pengenalpastian Risiko Melalui Konsep “S.W.O.T, “P.E.S.T” dan “P.O.S.T” 2. Risiko Keselamatan Perlindungan Di Industri / Korporat / Fasiliti Perniagaan

 Jenis-jenis Risiko

 Sumber-sumber Risiko

 Tahap-tahap Risiko

3. Sistem Pengurusan Keselamatan Perlindungan Berdasarkan Risiko

 Piawai / Standad, Garis Panduan dan Amalan Baik

 Orang-Orang Yang Berkepentingan (“Stakeholders”) Di dalam Pengurusan Risiko Keselamatan Perlindungan

 Proses Umum Pengurusan Risiko 4. Strategi Kawalan Terhadap Risiko

 Penerimaan Terhadap Risiko

 Memastikan Risiko Tidak Menjadi Kenyataan

 Mengurangkan Impak Insiden

 Berkongsi Tanggungjawab Untuk Menangani Risiko

5. Pengurusan Risiko Keselamatan Berdasarkan Model “T.I.R.A.R.C”

 Pengenalpastian Ancaman-Ancaman Keselamatan

 Penilaian Risiko

 Pembentukan Daftar Risiko

 Pembentukan Sistem Pertahanan Keselamatan dan Kawalan Risiko

6. Cabaran-Cabaran Pengurusan Keselamatan Perlindungan Berpandukan Pengurusan Risiko

 Pengurusan Atasan

 Pegawai-Pegawai Jabatan

 Pelanggan Dalaman dan Luar

 Orang-Orang Lain Yang Berkepentingan (“Stakeholders”)

JURULATIH / FASILITATOR

Kursus ini akan dikendalikan oleh Jurulatih / Fasilitator daripada kalangan Pegawai-pegawai Kanan Ahli Persatuan yang mempunyai pengalaman lapangan (“hands-on”) dan penggiat (“practitioner”) di dalam bidang industri Keselamatan Perlindungan.

(4)

YURAN PENYERTAAN

1. Ahli Persatuan Polis Bantuan Malaysia – RM1,200.00 seorang

2. Lain-lain Organisasi / Profesional – RM1,450.00 seorang

NOTA:

1. Pendaftaran peserta seramai tiga (3) orang atau lebih dari agensi atau organisasi yang sama layak mendapat DISKAUN sebanyak 5%.

2. Yuran adalah termasuk nota ceramah, helaian-helaian kerja, sijil penyertaan, minum pagi, petang serta makan tengahari sahaja.

3. Yuran adalah tidak termasuk GST. Yuran adalah tertakluk kepada GST.

PENTADBIRAN

1. Semua pendaftaran hendaklah disertakan dengan pembayaran atau Surat Pengesahan Bayaran (“Letter of Undertaking”).

2. Pengesahan pendaftaran dan penyertaan akan dikeluarkan selepas pembayaran disahkan atau Surat Pengesahan Bayaran diterima.

3. Pembayaran melalui Cek, ‘Money Order’ atau ‘Postal Order’ hendaklah dibayar kepada “I GENERASI INOVATIF SDN. BHD.”.

4. Pembayaran melalui atas talian boleh dibuat terus ke dalam akaun bank

MAYBANK, I GENERASI INOVATIF SDN BHD, nombor akaun – 5124-5517-4921

5. Borang pendaftaran dan bukti pembayaran hendaklah difaks ke 03-3325-7501

atau email ke [email protected].

6. Polisi Berkenaan Pembatalan Penyertaan, Pemulangan Yuran dan Pertukaran Peserta:-

a) Pemulangan yuran penuh (100%) jika pembatalan penyertaan dibuat secara bertulis melalui faks atau email lima (5) minggu sebelum tarikh kursus.

b) Pemulangan yuran sebanyak 50% jika pembatalan penyertaan dibuat empat (4) minggu sebelum tarikh kursus.

c) Tiada pemulangan yuran jika pembatalan penyertaan dibuat kurang dari empat (4) minggu sebelum tarikh kursus.

d) Pertukaran peserta kursus dibenarkan dan dibuat secara bertulis melalui faks atau email kepada pihak I GENERASI INOVATIF SDN BHD.

7. Pihak penganjur berhak untuk menunda atau membatalkan kursus ini di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan perserta-peserta yang telah disahkan pendaftarannya akan dimaklumkan berkenaan penundaan atau pembatalan kursus.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

i GENERASI INOVATIF SDN BHD

No. 45-A, Lorong Sentosa 4A, Bayu Tinggi, 41200 Klang, Selangor Faks: 03-3325-7501 | email: [email protected]

Pegawai Koordinasi Kursus:

(5)

BORANG PENDAFTARAN

Tarikh: 27 Februari 2017 – 28 Februari 2017

Ahli APA?

Ya

Tidak (Tandakan “X” pada petak yang berkenaan)

Nama Syarikat / Organisasi: ………...………

Alamat Syarikat

/ Organisasi: ………..

…………..………. …………..……….

Nama Pegawai Untuk Dihubungi: ………...………

Jawatan: ………..……….

No. Telefon Pejabat: ………...……….. No. Telefon Bimbit: ……….

No. Faks: ………. Alamat email: ………..

Bersama-sama ini disertakan CEK / ‘POSTAL ORDER’ / ‘MONEY ORDER’ / SLIP PINDAHAN

ATAS TALIAN* (*potong yang tidak berkenaan) bernombor ………. dibayar kepada “I

GENERASI INOVATIF SDN BHD” bagi pendaftaran peserta(-peserta) yang disenaraikan di bawah (atau lampiran) dengan pembayaran sebanyak RM…………..……….

……….

Tandatangan & Tarikh ……….. Cop Rasmi Syarikat / Organisasi

No. (mengikut Kad Pengenalan) Nama Penuh Peserta Jawatan

1. 2. 3. 4. 5.

Referensi

Dokumen terkait