• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) AR-RAHNU

1

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK Tarikh : hh/ bb/tt(Untuk diisi oleh Cawangan)

(Sila baca dan fahami Lembaran Maklumat Produk bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat sebelum anda membuat keputusan untuk memohon atau menerima tawaran produk Pinjaman Ar-Rahnu)

1. Apakah produk ini?

a) Skim Ar-Rahnu AgroBank ialah skim pajak gadai Islam yang membolehkan barang kemas emas diguna pakai sebagai barang cagaran untuk pinjaman tunai. Pihak Bank akan menyimpan barang kemas emas sebagai cagaran dan mengenakan bayaran upah simpan untuk perkhidmatan penyimpanan. Pihak Bank akan memberi pinjaman kepada Pelanggan di mana jumlah yang diberi akan dinilai berdasarkan harga semasa pasaran emas. Jumlah pinjaman yang diberikan walau bagaimanapun, adalah lebih rendah daripada nilai barang kemas emas bergantung kepada margin pinjaman (%) yang ditentukan oleh Bank dan jenis barang kemas tersebut. Tempoh penyimpanan barang kemas emas dan upah penyimpanan ditentukan terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak (Bank dan Pelanggan).

b) Ciri-ciri produk

Kriteria Kelayakan Individu berumur 18 tahun sehingga 70 tahun Berstatus warganegara Malaysia

Jenis-jenis Barang Kemas Emas

Barang kemas gred: 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 (batu permata dikecualikan)

Margin pinjaman Maksimum : Sehingga 70% daripada nilai pasaran semasa barang kemas Nilai pasaran adalah berdasarkan kepada jenis emas yang digadaikan. Tempoh gadaian dan tempoh lanjutan Tempoh Gadaian 6 bulan Tempoh lanjutan

Boleh dilanjutkan untuk tempoh selama 6 bulan sekiranya pembayaran upah simpan telah dijelaskan sepenuhnya.

*Tertakluk kepada perubahan Pendedahan yang

ditetapkan (%)

Bank akan membuat penilaian kembali harga barang gadaian berdasarkan kepada harga emas semasa. Sekiranya jumlah baki pinjaman melebihi dari jumlah pendedahan yang ditetapkan iaitu 90% dari nilai harga emas semasa pada masa lanjut tempoh tersebut, Pelanggan dikehendaki membayar jumlah perbezaan di antara jumlah baki pinjaman dan jumlah pendedahan tersebut supaya baki pinjaman semasa pelanggan adalah tidak melebihi jumlah pendedahan yang ditetapkan

Cara Pembayaran Penggadai boleh membayar pinjaman ini secara ansuran selama 6 bulan atau menebus semula barang-barang kemas yang digadai secara sekaligus sebelum atau pada tarikh matang bersama-sama dengan upah simpan.

2. Apakah konsep Syariah yang digunakan? Konsep syariah yang digunakan adalah :-

a) Al-Qardh

Ia adalah pinjaman berupa sejumlah wang yang diberikan kepada pelanggan di mana pelanggan dikehendaki membayar balik pinjaman tersebut dalam tempoh tertentu sebagaimana jumlah asal.

b) Ar-Rahn

Dibawah prinsip ini, Skim Ar-Rahnu membolehkan pelanggan mendapatkan tunai dengan segera dengan mencagarkan barangan berharga sebagai barang gadaian seperti barang kemas emas kepada Bank.

(2)

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) AR-RAHNU

2

c) Wadiah Yad Dhamanah

i. Kontrak simpanan barangan di antara Bank dan pelanggan di mana Bank menyimpan barangan tersebut bagi tujuan keselamatan dan Bank mengenakan upah penyimpanan barangan tersebut mengikut kadar yang difikirkan sesuai berdasarkan formula yang telah ditentukan.

ii. Bank dikehendaki menggantikan barangan tersebut atau nilau gantirugi yang dipersetujui bersama kepada pelanggan jika berlaku kehilangan.

3. Apakah yang akan saya dapat melalui tawaran daripada produk ini?

Ar-Rahnu ialah satu cara mudah untuk memperolehi wang tunai dengan hanya menyediakan barang kemas emas di mana Bank akan mengenakan upah simpanan yang berpatutan bagi menyimpan barang kemas emas Pelanggan.

4. Apakah tanggungjawab saya?

a) Pelanggan hendaklah membuat pembayaran pinjaman dan upah simpan bulanan. Yuran tersebut perlu dibayar pada tarikh tamat tempoh, penebusan atau lanjutan tempoh kemudahan (yang mana berkaitan). b) Bagi tujuan Lanjut Tempoh, Pelanggan dikehendaki membayar jumlah perbezaan di antara jumlah baki

pinjaman dan jumlah pendedahan tersebut supaya baki pinjaman semasa pelanggan adalah tidak melebihi jumlah pendedahan yang ditetapkan.

5. Apakah fi dan yuran yang perlu dibayar oleh saya?

a) Pelanggan perlu membayar jumlah upah simpan bulanan bagi perkhidmatan barang kemas emas oleh Bank dan caj-caj yang berkaitan (sekiranya ada). Upah yang dikenakan adalah mengikut nilai semasa barang gadaian (marhun) ketika dicagarkan.

Nilai Marhun Upah Simpan Bagi Setiap RM100

RM100-RM2000 RM0.50

RM2001-RM5000 RM0.60

RM5001 Ke Atas RM0.75

Contoh pengiraan upah :

Nilai Marhun : RM10,000.00

Upah Simpan : RM0.75

Tempoh Pinjaman : 6 bulan

Jumlah Upah Simpan : Nilai Marhun X RM0.75 X Tempoh Pinjaman 100

RM10,000.00 X RM0.75 X 6 Bulan 100

RM450.00

Pengiraan upah simpan untuk lanjutan tempoh adalah berdasarkan kepada nilai marhun asal atau sepertimana yang ditetapkan oleh Bank. Bank berhak untuk memegang akaun simpanan pelanggan untuk pembayaran upah simpan.

(3)

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) AR-RAHNU

3

b) Pelanggan perlu membayar sekiranya jumlah baki pinjaman melebihi dari jumlah pendedahan yang ditetapkan iaitu 90% dari nilai harga emas semasa pada masa lanjut tersebut.

Contoh pengiraan pendedahan:

Tarikh permohonan : 1/1/2014 Nilai marhun : RM10,000 Jumlah pinjaman : RM7,000 Margin pinjaman : 70% Upah simpan : RM450 Tarikh matang : 1/7/2014

Ketika lanjut tempoh ingin dilakukan oleh pelanggan pada 1/7/2014, terdapat perubahan terhadap nilai marhun dan pendedahan baki pinjaman seperti berikut:

Nilai marhun semasa : RM7,500

Baki pinjaman : RM7,000

Pendedahan sebenar : 93%

Sehubungan itu, baki pinjaman tersebut perlu dikurangkan di bawah tahap pendedahan yang dibenarkan sebanyak 90% seperti berikut:

Nilai marhun semasa : RM7,500

90% pendedahan yang dibenarkan : RM7,500 X 90% : RM6,750

Baki pinjaman : RM7,000

Jumlah pinjaman perlu dikurangkan : RM7,000 – RM6,750 : RM250

Oleh yang demikian, pelanggan perlu membayar jumlah keseluruhan yang diperlukan sebelum melakukan lanjut tempoh seperti berikut:

Jumlah keseluruhan perlu dibayar : Upah simpan + lebihan pendedahan Jumlah pinjaman perlu dikurangkan : RM450 + RM250

: RM700

Nota: Pihak Bank akan menghantar notis sekurang-kurangnya 21 hari kepada pelanggan sebelum sebarang perubahan dibuat di dalam fi dan caj yang berkuatkuasa.

(4)

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) AR-RAHNU

4

6. Bagaimanakah sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab yang diperuntukkan?

Sekiranya pelanggan gagal membayar jumlah yang terhutang bersama-sama upah simpanan pada akhir tempoh, pihak Bank berhak untuk menjual barang kemas emas bagi menjelaskan jumlah pinjaman berserta upah simpan yang dikenakan dan lain-lain bayaran yang berkaitan dengan penjualan tersebut.

7. Apakah upah simpanan yang dikenakan bagi penebusan awal?

Upah simpan yang dikenakan adalah sehingga bulan di mana pelanggan ingin menyelesaikan awal pinjaman tersebut. Pelanggan diberikan pilihan untuk membayar upah simpan pada waktu gadaian dilakukan bagi tempoh lanjutan yang seterusnya.

Pengiraan upah simpan untuk lanjutan tempoh adalah berdasarkan kepada nilai marhun asal atau sepertimana yang ditetapkan oleh Bank. Bank berhak untuk memegang akaun simpanan pelanggan untuk pembayaran upah simpan.

8. Adakah saya perlu mengambil perlindungan Takaful? Tidak.

9. Apakah risiko utamanya?

Pelanggan boleh menebus atau melanjutkan tempoh kemudahan selagi barang kemas emas masih belum dilelong oleh pihak Bank. Pihak Bank mempunyai hak untuk melelong barang kemas emas yang digunakan sebagai cagaran bagi menyelesaikan jumlah pinjaman dan upah simpanan sekiranya Pelanggan gagal membayar jumlah yang dikenakan pada tempoh matang atau tempoh-tempoh lanjut tempoh (yang mana berkaitan). Sekiranya hasil daripada lelongan barangan kemas emas pelanggan masih tidak mencukupi bagi menyelesaikan jumlah pinjaman dan upah simpanan pelangan, Bank berhak menuntut supaya pelanggan menyelesaikan kekurangan yang berbaki tersebut secara berasingan.

Kadar perlindungan takaful terhadap barang gadaian adalah mengikut nilai gadaian yang asal. Bank akan memberikan gantirugi mengikut kadar yang sama dengan nilai gadaian yang asal sekiranya terdapat kerosakan/ kehilangan terhadap barang gadaian tersebut.

10. Adakah saya memerlukan jaminan atau cagaran? Tiada penjamin diperlukan.

11. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada pihak kami tentang sebarang perubahan dalam butiran peribadi anda untuk memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.Untuk mengemas kini maklumat perhubungan anda, sila hubungi:

●Tel : 1-300-88-2476 ●E-mel : customer@agroBank.com.my●Faks: 603-2691 7790 12. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan membuat aduan?

 Jika anda mempunyai sebarang masalah menjelaskan pembayaran anda, hubungi kami terlebih dahulu untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh menghubungi kami di:

AgroBank, Corporate Communications & Public Relations Department , Bangunan AgroBank, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur. ● Tel: 1-300-88-2476 ● Faks: 603-2691 7790 ● E-mel: customer@agroBank.com.my

 Di samping itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), iaitu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan, kaunseling kredit dan penstrukturan semula hutang secara percuma bagi individu. Anda boleh menghubungi AKPK di:

Tingkat 8, Maju JunctionMall, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. •Tel: 1-800-22-2575 • E-mel: enquiry@akpk.org.my

(5)

Bank Pertanian Malaysia Berhad (811810-U) AR-RAHNU

5

 Jika anda ingin membuat aduan mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di:

AgroBank, Corporate Communications & Public Relations Department , Bangunan AgroBank, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur. ● Tel: 1-300-88-2476 ● Faks: 603-2691 7790 ● E-mel: customer@agroBank.com.my

 Jika soalan anda atau aduan tidak diselesaikan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di:

Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. ●Tel: 1-300+88-5465 ● E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my● Faks: 603-2174 1515

13. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila kunjungi cawangan AgroBank berdekatan, atau hubungi kami di: Bangunan AgroBank, Leboh Pasar Besar, Peti Surat 10815, 50726 Kuala Lumpur.

● Tel: 1-300-88-2476 ● Faks: 603-2691 7790 ● E-mel: customer@agroBank.com.my 14. Lain-lain pakej pembiayaan yang sama:

Tiada

15. Sekiranya pelanggan berminat dengan produk ini, apakah produk lain yang mungkin diminati /relevan kepada pelanggan tersebut. (tambahan maklumat)

i. MUS1M-i

MAKLUMAT LAIN

 Maklumat yang disediakan untuk LembaranMaklumat ini adalah sah pada tarikh notis.

 Pelanggan dinasihati untuk meneliti segala risiko yang ada sebelum membuat keputusan untuk memohon pembiayaan ini.

NOTA PENTING :

PIHAK BANK BERHAK MENOLAK ATAU MENARIK BALIK PERMOHONAN/PINJAMAN INI DAN BERHAK MELELONG BARANG GADAIAN JIKA PELANGGAN DIDAPATI GAGAL MENJELASKAN PINJAMAN INI BESERTA UPAH SIMPAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN YANG BERKAITAN PENJUALAN TERSEBUT.

PIHAK BANK JUGA BOLEH MENDAKWA PENGGADAI JIKA BARANG GADAIAN ADALAH PALSU.

Maklumat yang terdapat dalam Lembaran Maklumat ini adalah sah pada atau sehingga hh/ bb/tt. Penafian:

Terma-terma dan syarat-syarat di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah tentatif / petunjuk sahaja dan tidak mengikat pihak Bank. Terma dan syarat yang terakhir adalah seperti yang ditetapkan dalam Surat Akuan Gadaian (SAG) selepas kelulusan.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah berkuatkuasa pada 15 November 2013. Sila hubungi cawangan terdekat atau layari www.agroBank.com.my untuk maklumat lanjut.

Referensi

Dokumen terkait

Akses remote dilakukan dengan menggunakan aplikasi seperti telnet, rsh, rlogin dan ssh dengan cara melakukan autentikasi ke mesin remote (yaitu mesin atau

Pelaksanaan Program Pengabdian Masyarakat (PPM) ini bertujuan untuk memberdayakan masyarakat petani pepaya organik dengan topik pengembangan keamanan pangan produk

Tanpa adanya perencanaan dan pengendalian yang ketat, resiko ketepatan waktu dalam pemasokan dan penerimaan material (bahan baku dan bahan pendukungnya) akan menjadi

Dihimbau kepada para Koordinator Sektor Pelayanan “NAZARETH”, “FILADELFIA” dan “MAKEDONIA”/Pengurus PelKat/Komisi, serta Warga Jemaat GPIB “CINERE” Depok

Hal ini disebabkan karena zat pemanas memiliki kalor laten yang jauh lebih tinggi dibandingkan dengan kalor sensibel zat yang dipanaskan (temperatur lebur zat

Jumlah Puskesmas Dengan Poned, Tempat Tidur Puskesmas, Puskesmas Keliling Dan Rumah Sakit Dengan Ponek, Menurut Kabupaten/Kota Di Provinsi Jawa Barat Tahun 2012 Jumlah Sarana

Dari hasil model distribusi populasi penduduk untuk wilayah Bandung, diperoleh nilai densitas populasi untuk masing-masing kelas lahan pada wilayah administrasi tingkat

• Pada lomba ini peserta diharapkan dapat menceritakan kembali sebuah cerita pendek dan diperbolehkan membawa naskah atau teks cerita dalam waktu yang telah ditentukan,.. •