Oleh | Noranita Mohd Nor
Pusat Keusahawanan Koperasi dan Peruncitan, MKM
DEfINISI REKOD DAN SISTEM fAIL Rekod didefinisikan sebagai dokumen di dalam apa jua bentuk atau media yang diwujudkan, diterima, dipelihara atau digunakan oleh sesebuah organisasi dalam menjalankan tugas atau aktivitinya. Rekod juga merupakan bahan bukti bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh koperasi. Akta Arkib Negara Malaysia 2003(Akta 629) menyatakan rekod adalah bahan dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau selainnya merakamkan maklumat dan termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak, buku, peta, pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematograf, rakaman bunyi, rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal dan apa-apa salinannya.
Manakala sistem fail meliputi segala aktiviti berkaitan dengan pengurusan fail aktif (fail semasa) seperti mengklasifikasikan fail, menyusun fail, menyimpan fail, pergerakan fail, mengindeks fail dan mengesan fail. Memfailkan adalah satu proses di mana dokumen-dokumen dimasukkan dalam sebuah folder.
TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN REKOD DAN SISTEM fAIL
A. Pengurusan Rekod
Di dalam pengurusan rekod sesebuah koperasi terdapat empat proses yang akan dilalui. Proses tersebut adalah seperti berikut:
1. Pengwujudan Rekod
Pengwujudan rekod bermaksud “kelahiran” rekod. Koperasi mempunyai pelbagai jenis dokumen yang perlu diwujudkan dalam menjalankan aktiviti seharian. Dokumen ini merupakan rekod koperasi tidak kira ia di dalam bentuk konvensional yakni manual atau pun elektronik. Setiap dokumen yang diwujudkan mestilah mempunyai kegunaannya. Salinan kesemua rekod perlu dibuat mengikut keperluan koperasi sebagai bukti sekiranya berlakunya kehilangan rekod.
Salinan rekod yang berlebihan boleh me-nyebabkan penggunaan ruang yang banyak dan mewujudkan fail-fail yang tebal. Oleh itu, pegawai yang bertanggungjawab hendaklah
PENGENALAN
R
ekod dan fail koperasi merupa
kan dokumen yang amat
penting dalam pengurusan
sesebuah koperasi. Kehilangan
se-suatu rekod boleh menyebabkan
pincangnya
operasi
sesebuah
koperasi itu. Oleh itu, sesebuah
koperasi sudah semestinya
mem-bangunkan satu pendekatan yang
berkesan dalam menguruskan rekod
dan fail pada masa kini. Hal ini
sedikit sebanyak menggambarkan
sikap proaktif dan profesional
koperasi dalam tadbir urus serta
dapat melicinkan perjalanan operasi
koperasi. Artikel ini cuba mengupas
dan menerangkan teknikteknik yang
boleh digunakan oleh koperasi untuk
memastikan sistem pengurusan
rekod dan fail koperasi sentiasa
berada dalam keadaan yang teratur
dan sistematik.
Teknik
Pengurusan
Rekod dan
Sistem Fail
Koperasi
yang Efektif
Alat Dehumidifier
Silica Gel
memastikan perkara ini tidak terjadi. Jika salinan rekod diwujudkan secara berlebihan dengan cara tidak sengaja, pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memusnah kannya dengan cara yang selamat. Peranan Ahli Lembaga Koperasi serta pegawai-pegawai kanan koperasi adalah penting dalam kawalan pewujudan rekodnya.
2. Penggunaan Rekod
Rekod yang telah diwujudkan oleh koperasi mempunyai pelbagai kegunaan. Rekod juga merupakan nadi utama sesebuah koperasi dan tanpa rekod, koperasi itu tidak boleh berfungsi dengan lancar. Rekod juga digunakan sebagai bahan bukti, bahan rujukan, alat kawalan dan perundangan, komunikasi dan perhubungan, rujukan keputusan, penilaian, perancangan dan pelaksanaan, me lindungi hak, peringatan, kesinambungan kerja dan menunjukkan ke-cekapan serta produktiviti.
3. Pemeliharaan Rekod
Pemeliharaan rekod merupakan penjagaan fail dengan baik bagi memastikan rekod-rekod tidak mengalami sebarang kerosakan. Antara faktor yang menyumbang kepada kerosakan rekod adalah seperti
a) Suhu
Suhu yang tinggi akan menyebabkan kertas bertukar warna kekuningan dan akan mula mereput. Keperluan suhu adalah berbeza mengikut bentuk rekod atau media storan. Keperluan suhu bagi rekod adalah seperti jadual di bawah:
Bentuk Rekod/
Media storan Suhu (darjah Celsius)
Kertas 18-22
Gambar (hitam putih) 18-20
Gambar (berwarna) <18 Mikrofilem 15-18 Filem Nitrate <10 Pita Video 15-18 Rekod Elektronik (optikal/magnetik) 10
Alat pendingin udara perlu dipasang oleh koperasi di kawasan penyimpanan rekod serta bilik fail. Pendingin udara ini juga perlu dipasang sepanjang masa iaitu 24 jam sehari.
b) Kelembapan
Kawasan penyimpanan rekod dan fail yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan berlakunya pertumbuhan kulat atau cendawan. Manakala kawasan yang mempunyai kadar kelembapan yang rendah boleh menyebabkan kertas menjadi kering dan mulai mereput. Alat yang boleh mengawal kelembapan ialah ‘dehumidifier’ atau ‘silica
gel’. Dehumidifier adalah sejenis alat
yang dapat menyerap air dari udara dan mengurangkan kelembapan di udara. Silika gel adalah sejenis bahan kimia yang juga dapat meresapkan air dari udara. Kadar kelembapan bandingan (relative humidity (RH)) yang sesuai untuk rekod dan fail adalah seperti berikut:
Bentuk Rekod/ fail RH
Kertas 50%-55%
Rekod Pandang Dengar 25%-45%
Rekod Elektronik 30%-40%
c) Cahaya
Cahaya matahari dan cahaya lampu merupakan dua sumber utama cahaya. Dalam cahaya terdapat pancaran yang merbahaya seperti ‘ultra violet’ (UV). Pancaran ini boleh melemahkan ketahanan kertas dan akan menyebabkan kertas bertukar warna kekuningan.
Tempat penyimpanan rekod dan fail koperasi perlulah dipasang langsir serta lampu ditutupi dengan penapis cahaya bagi
ii. Fail perlu diletakkan di dalam kabinet yang mempunyai ketinggian kakinya sebanyak 6 inci (15sm).
iii. Fail tidak boleh diletakkan berdekatan dengan saluran paip.
iv. Tempat seperti kantin, bilik air dan tangki air perlulah dijauhi.
v. Jarak 45sm ruang dari siling bagi mem bolehkan penyembur air memadam kan api sekiranya berlaku kebakaran.
e) Api
Api boleh mengakibatkan kebakaran dan turut menyebabkan rekod-rekod musnah dengan cepat. Bilik fail koperasi hendaklah di tempatkan di kawasan yang jauh daripada punca-punca api seperti kantin, dapur, stor peralatan dan sebagainya. Rak-rak dan kabinet kayu hendaklah dielakkan sebagai tempat penyimpanan rekod. Peralatan seperti ini adalah mudah terbakar dan boleh menarik serangga seperti anai-anai.
Peralatan-peralatan seperti di bawah hendak lah dipasang di koperasi bagi mengesan dan memadam kebakaran dengan segera:
i. Penyembur Air (water sprinklers) ii. Alat pemadam api (fire extinguishers) iii. Alat pengesan asap (smoke detectors) iv. Alat pengesan haba (heat detectors) v. Salur bantu mula (hose reel)
vi. Loceng amaran (fire alarm) vii. Telefon kecemasan (emergency
telephone)
viii. Pintu rintangan api (fire resistence
door)
Semua Ahli Lembaga Koperasi serta kaki-tangan koperasi hendaklah menjalani latihan memadam api dan mengadakan latihan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
4. Pelupusan Rekod
Pelupusan rekod adalah peringkat akhir dalam kitaran hayat rekod. Pegawai yang ber-tanggungjawab perlulah mengkaji sama ada rekod tersebut perlu di simpan atau dimusnahkan. Fail yang masih digunakan atau aktif perlulah di
Alat Photometer
mengelakkan kesan negatif dari pancaran UV. Jika bilik penyimpanan rekod tidak digunakan, suis lampu hendaklah sentiasa ditutup. Kotak, kulit fail, sampul dan lain-lain bekas merupakan kawasan pe nyimpanan fail yang selamat daripada pancaran UV. Kawasan penyimpanan rekod dan fail sebaik-baiknya perlu dicat dengan warna putih yang mengandungi titanium dioksida dimana ia dapat menyerap pancaran UV. Jumlah unit cahaya boleh diukur dengan alat ‘photometer’ dan sekiranya bacaannya melebihi 50 lux ia adalah merbahaya bagi rekod.
d) Air
Kerosakan rekod yang disebabkan oleh air adalah seperti banjir, kebocoran atap atau bumbung, kebocoran paip air dan sebagainya. Fail-fail yang telah basah hendaklah dikeringkan dengan kadar segera bagi mengelakkan pertumbuhan kulat. Fail sama sekali tidak boleh dikeringkan di bawah jemuran sinaran matahari. Sinaran matahari mengandungi pancaran UV yang boleh merosakkan rekod dan kertas akan menjadi kekuningan.
Fail yang telah basah perlu dikeringkan dengan menggunakan kertas serap air
(blotting paper) di dalam bangunan dan di
bawah putaran kipas yang perlahan (kipas-kan atau angin(kipas-kan di dalam bangunan). Langkahlangkah di bawah hendaklah di
patuhi bagi mengelakkan sebarang ke-rosakan pada rekod akibat air.
i. Fail tidak boleh di simpan di tingkat bawah (basements).
Alat Pemadam Api Alat Pengesan Asap
simpan di dalam bilik fail. Koperasi hendaklah membuat senarai pemindahan rekod dan fail yang tidak aktif sebelum ditutup. Seterusnya fail yang tidak aktif selepas lima tahun fail ditutup bolehlah dilupuskan dengan cara berikut:-i. Kitar semula
ii. Bakar iii. Rincih iv. Tanam
Sebelum rekod dilupuskan atau dimusnahkan koperasi perlu menyediakan senarai serta jenis rekod dan fail yang hendak dimusnahkan sebagai bukti bahawa rekod tersebut telah dimusnahkan kelak.
B. Sistem fail
Aktiviti-aktiviti utama dalam sistem fail koperasi adalah seperti
berikut:-1. Klasifikasi fail
Klasifikasi fail adalah aktiviti terpenting dalam sistem fail. Ia dapat diertikan sebagai ‘penyusunan maklumat ke dalam kumpulan-kumpulan fail yang mengandungi perkara yang sama atau seakan-akan sama, serta tiap-tiap kumpulan ini mempunyai identitinya tersendiri’. Identiti yang diberikan kepada sesuatu fail atau sesuatu kumpulan fail adalah dalam bentuk abjad, nombor, warna, simbol dan sebagainya. Fail-fail yang diwujudkan oleh koperasi
dapat dikelaskan mengikut beberapa kaedah seperti perkara, taraf keselamatan dan kod. Kebiasaannya taraf keselamatan fail yang berada di koperasi adalah terdiri daripada fail
Nama Ringkas Organisasi: Koperasi Makmur Malaysia Kod Bahagian/ Unit: Pentadbiran Taraf
Keselamatan Perkara:Fail K/tgn Sub Perkara: Fail En. Ali Taraf
Keselamatan Perkara:Fail K/tgn
Sub Perkara:
Fail En. Ali
Contoh Nombor Fail 1:
Nama Ringkas Organisasi: Koperasi Makmur Malaysia Sub Perkara Fail Sykt Maju Jaya Kod Bahagian/ Unit: Kewangan Perkara: Fail Invois Nama Ringkas Organisasi: Koperasi Makmur Malaysia Kod Bahagian/ Unit: Pentadbiran Taraf Keselamatan Perkara: Fail K/tgn Sub Perkara: Fail En. Ali Taraf
Keselamatan Perkara:Fail K/tgn
Sub Perkara:
Fail En. Ali
Contoh Nombor Fail 1:
Nama Ringkas Organisasi: Koperasi Makmur Malaysia Sub Perkara Fail Sykt Maju Jaya Kod Bahagian/ Unit: Kewangan Perkara: Fail Invois
sulit, terhad dan terbuka. Sebagai contoh adalah seperti di
bawah:-Contoh: Koperasi Makmur Malaysia Berhad
Koperasi Makmur Malaysia Berhad adalah sebuah koperasi kredit yang menjalankan aktiviti pembiayaan kepada anggotanya. Terdapat empat bahagian di dalam koperasi tersebut iaitu:
i) Pentadbiran ii) Kewangan iii) Pembiayaan iv) Keanggotaan
Oleh itu cara untuk mewujudkan atau men daftar-kan nombor fail tersebut adalah seperti
berikut:-Contoh Nombor fail 1:
Contoh Nombor fail 2:
2. Penyusunan fail
Koperasi boleh menggunakan kaedah nombor iaitu mengikut bahagian dalam koperasi bagi penyusunan fail. Kaedah nombor ini lebih teratur kerana ia senang dicari berdasarkan bahagian ko-perasi itu. Sekiranya fail-fail tidak disusun dengan baik dan teratur ia boleh menyebabkan fail-fail tersebut tidak dapat dikesan dengan cepat.
Rak Fail
5. Pengesanan fail
Pengesanan sesuatu fail dapat dibuat dengan menggunakan kaedah berkomputer atau senarai fail seperti di
bawah:-Senarai Fail : Koperasi Makmur Malaysia Bil. No. fail Tajuk fail
1. KMM 1001 Mesyuarat
2. KMM 1001/1 Mesyuarat Lembaga Koperasi
3. KMM 1001/2 Mesyuarat Bahagian Pentadbiran
4. KMM 1001/3 Mesyuarat Bahagian Kewangan
5. KMM 1002 Kursus
6. KMM 1002/1 Kursus anjuran Maktab Koperasi
Malaysia
7. KMM 1002/2 Kursus anjuran Suruhanjaya
Koperasi Malaysia
8. KMM 1003 Perjawatan
9. KMM 1004 Kakitangan
10. KMM 1005 Lawatan
KESIMPULAN
Pengurusan rekod dan sistem fail yang efektif boleh mencerminkan atau melambangkan sistem pengurusan koperasi itu sendiri. Sehubungan itu, koperasi yang ada pada hari ini perlu meningkatkan lagi cara menguruskan rekod dan sistem fail dengan lebih baik dan efektif. Bagi yang sebelum ini masih samar-samar atau keliru bagaimana hendak mengurus rekod dan sistem fail koperasi, diharap artikel yang ditulis ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurus rekod harian koperasi.
3. Penyimpanan fail
Setiap koperasi perlu mempunyai bilik fail serta peralatan seperti kabinet fail, rak, peti besi atau bilik kebal. Setiap rak dan kabinet fail perlu di-labelkan bagi memudahkan pengesanan fail. Bilik fail juga hendaklah terletak berdekatan dengan pegawai koperasi supaya tindakan dapat diambil dengan segera sekiranya fail tersebut diminta.
4. Pergerakan fail
Setiap kali fail hendak di buka ia perlu direkodkan dalam buku daftar fail dan apabila fail berkenaan keluar dari bilik fail, kakitangan yang mengeluarkan fail hendaklah mencatatkannya ke dalam buku keluar masuk fail atau kad keluar fail. Koperasi bertanggungjawab untuk mengawal pergerakan fail.
Contoh: Kad Keluar Fail
No. fail: Tajuk fail:
Dihantar Dihantar
Kepada Tarikh Oleh Kepada Tarikh Oleh
Rujukan
Mina Resources Sdn.Bhd. Pengurusan Rekod, Fail dan Pentadbiran Pejabat Sistematik. Dicapai pada 5 Oktober 2011, daripada http://www.mina.edu.my
Savumthararaj.G (2008). Pengenalan Kepada Pengurusan Rekod & Sistem Fail. Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Intan Spektra Sdn.Bhd.